ARKIB SOKERNET

76

Divers of the world, Unite(d) and take over.

Jorji Isnin, Ogos 31, 2009
Muka sebijik macam pelakon Telenovela Maria Mercedes

Aku baru sampai ke KLIA ni. Telinga aku masih sakit. Berdengung-dengung. Inilah akibatnya bila berdiri di Stretford End. Aku dah bagi amaran pada skuad Arsenal dalam preview game aku yang lepas, Lionel Messi pun kucar kacir bila di sorak oleh barisan penyokong tegar yang berdiri di Stretford End, inikan pula Abu Dhabi. Tapi, Arsenal angkuh! Konon-konon mereka mampu mengalahkan juara England. Hasilnya?

Abu Dhabi lemah semangat dan menjaringkan gol sendiri. Apa punya turr


Aku baca komen pada 2 post sebelum ini, ramai yang kata Manchester United bernasib baik dan Arsenal bermain lebih baik. Kepala lemang! Macamana tengok bola? Ni mesti kejap-kejap tukar ke Channel Astro Ria tengok Azwan Ali Cak Cak Cak. Tu sebab banyak miss aksi penting.


Mengikut ratings yang dikeluarkan oleh jabatan sukan The Sun UK dan juga Soccernet, average semua player kedua pasukan mendapat 6 dan 7 mata manakala terdapat 2 pemain mendapat LAPAN MATA = Rudeboy Rooney dan Darren Fletcher. Sementara possession pula 51% memihak kepada Manchester United. Ada pemain Arsenal dapat 8 mata? Cak cak cak.


Wayne Rooney adalah jawapan Manchester United kepada kehilangan bintang sensasi C. Ronaldo dan Tevez. Bila Pak Alex meletakkan beliau sebagai topman dalam game menentang Arsenal, aku terus yakin dengan pilihan taktikal Pak Alex. Solo or duo, serangan United tetap berbisa…bagai duri dalam daging! Cak cak cak!


Bila Giggs melorongkan bola kedalam kotak penalty, Rooney mengejar dan Almunia juga sama-sama…dan Martin Tyler – komentator lagenda bolasepak inggeris menjerit,

“no doubt, it’s a penalty”


Kenal Martin Tyler? Jangan sampai bab itu pun aku nak kene sekolahkan. Cukup la Rooney menyekolahkan Eduardo dan seluruh Arsenal tentang ‘pro dive’ Pulau Sipadan. Itupun Eboue masih tak faham lagi.


“Not that they had learned their lesson as Emmanuel Eboue proved with a disgraceful unassisted tumble that will not be beaten for the worst fall all season” - Soccernet.


Dasar kepala lemang. Lambat terima pelajaran. Wenger pun bengang lalu dikeluarkannya Eboue dan dimasukkan Bendtner. Eduardo yang dari tadi moyok, cuba-cuba berselindung disebalik bangku simpanan di panggil turun untuk memanaskan badan, lalu disambut dengan ejekan Stretford End sampailah ke penghujung perlawanan. Terus tak menjadi. Kesian.


Pada minit terakhir, Arsene Wenger pun nampaknya tak mahu ketinggallan, melakukan aksi Hagemaru di tepi padang. Memang klimaks yang terbaik. Orgasm beramai-ramai setan merah di Old Trafford melihat aksi Arsene Wenger berdiri diatas tempat pemain simpanan. Memang klasik sekali pertemuan Manchester United menentang Arsenal. Aku puashati. Cak Cak Cak!


Orgasm beramai-ramai.




23

Ya, Arsenal Tewas Kepada Manchester United

Pipiyapong Abdillah Hamzah ,
Masih setia dengan baju Arsenal di Jalan Old Trafford 3/12C (depan rumah lama Diego Forlan)

Buat masa ni, gua di Disneyland. Bila dah sampai Malaysia nanti, gua ulas pasal perlawanan tu. Celaka, tak sabar-sabar ya lu orang?
37

REVIU: MANCHESTER UNITED VS ARSEWHINER 29/08/2009

Kali ini reviu bergambar. Pertama kali dalam sejarah liputan ulasan perlawanan bergrafik, hanya di sokernet (jika bukan pertama pun, kami anggap yang pertama)



Arsenal turun dengan bekalan ini



Minit ke 40 - OMG, lawanya gol



Minit ke 59 - Rudeboy balas.


Minit ke 64 - Pemain baru Manchester United tambah onak dalam hati.



2-1. Wisel berbunyi. Arsenal jadi Arsewhiner. (nota: semua di bawah adalah quote Ketua kem Arsenal Pipiyapong)











Better luck next time.

Apa yang masa depan Arsenal selepas perlawanan yang meruntuhkan hati pengurus, pemain dan peminat?

Di bawah adalah jawapannya;


Okey geng Manchester United, damage done, up to you guys menambah cuka dalam luka.

Sign off, for now...
28

Rebiu Chelsea Lawan Burnley - Minit Ke Minit

LuciusMaximus
Abang Pipi memang hampeh, ada ke patut dia beli tiket Chelsea lawan Burnley musim 1979/80 punya untuk aku?

Ah, pagi Ahad. Sepatutnya bergelumang di atas katil bersama yang tersayang. Tapi aku di Starbucks ditemani Caramel Macchiato.

Komitmen pada Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia.

Minggu lepas tilikan aku ialah Chelsea menang 3-0. Aku rasa… (sekejap, telefon berbunyi)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Okay, John Dykes dari ESPN yang telefon aku tadi. Dia tanya aku free atau tidak minggu depan, nak jemput jadi panel jemputan Football Focus. Aku jawab sibuk solat terawih.

Kita kembali ke program biasa. Rebiu Chelsea lawan Burnley, minit ke minit.

1 Aku dalam kereta. Baru balik dari majlis berbuka puasa, Mee Celup Siam, Nasi Kerabu dengan Ayam Percik, Lompat Tikam, Pasembor dan Bubur Cha-Cha. Bergegas untuk sama ada pulang ke rumah atau singgah di mana-mana kedai makan yang ada Astro.

35 Cikgu dari Pagalungan yang baru keluar hutan dan katanya ada crush dengan ‘fat Spanish waiter’ teks aku, “Telur ayam lagi bang?”

45+2 GOL! Drogba dengan larian cantik di sayap kiri. Hantaran lintang kepada Anelka di hujung pintu gol. Mungkin ada kulit pisang di tengah padang, Anelka tergelincir dan bola masuk ke dalam gawang. Siapa cakap Drogba dan Anelka tidak sehati sejiwa? Mee Celup Siam memang sedap. Tengok bola di Api-Api Centre memang agak menyukarkan. Sumandak Dusun di sayap kanan, baju baby-T ketat warna kuning kusam digayakan dengan hot pants putih.

Tamat separuh masa pertama. Hujan turun mencurah-curah di Kota Kinabalu, Bandaraya Ujana Rimba Tropika. Kejadahnya menatang ujana ni?

46 Burnley dengan sepak mula. Owen Coyle dengan Plan B, membawa masuk bas Burnley dan memarkirnya di depan pintu gol. Ancelotti dengan penuh gaya bersahaja duduk di atas tong Coleman yang penuh dengan Lucozade. Selamat jalan Mourinho!

47 GOL! Anelka dengan lorongan hantaran ke belakang, kepada Lampard yang dengan kesinambungan penuh harmoni memberi hantaran lintang kepada Ballack, disambut dengan penuh rasa syukur melalui tandukan yang penuh rendah diri ke dalam gawang Burnley. Budu dalam Nasi Kerabu tadi memang kick. Dua orang Sumandak Kadazan di seberang jalan sana, menunggu hujan teduh, rambut hitam lurus paras pinggang, skirt pendek dan kasut tumit tinggi 3 inci.

50 Cola dijatuhkan. Drogba mengambil giliran untuk melakukan tendangan percuma. Syukur tiada perebutan mengambil tendangan sekali ini. Dari jarak 30 batu tendangan Drogba melepasi palang 3 inci tinggi. Sumandak Kadazan dengan kasut tumit tinggi 3 inci tadi masih menunggu hujan teduh. Aku seluk poket dan memegang kunci kereta. Hati berbelah bagi, bolasepak atau menumpangkan Sumandak pulang ke rumah?

52 GOL! Lawan Burnley atau lawan Felda United? Macam ini susahlah. Mana mahu tengok gol lagi, tengok Sumandak lagi? Satu-dua dengan Lampard, Cole meledak gawang Burnley dengan salah satu gol terbaik musim ini. Memang Cashley! Lompat Tikam tadi memang sedap. Terasa macam mahu melompat dan ‘menikam’ Sumandak Cina, meja sebelah, hot pants hitam dan tube-top kelabu.

59 Burnley betul-betul disekolahkan oleh Chelsea. Yang membuatkan aku tertanya, adakah ini bermakna Manchester United dan Everton sebenarnya ditadikakan oleh Burnley tempoh hari?

63 Ini lebih baik dari Fulham di Craven Cottage minggu lepas. Aku merenung penuh takjub ke skrin TV. Seakan-akan ternampak roh Ruud Gullit berjalan di padang Stamford Bridge. Bolasepak seksi sudah kembali? Mungkinkah?

66 Belletti masuk menggantikan Bosingwa. Sumandak Lotud turun dari rumah sewanya di atas Api-Api Centre. Baju bertali spaghetti dengan seluar jeans ketat yang low-cut. Tali G-string berwarna merah jambu, macam jambu air.

71 Ancelotti memberikan ulasan perlawanan walapun perlawanan masih berbaki 19 minit lagi. “Kami bermain dengan baik di separuh masa pertama. Kami amat bertuah untuk menjaringkan gol di penghujung separuh masa pertama. Kemudian semuanya menjadi lebih mudah. Saya sungguh berbangga melatih pasukan ini kerana mereka pemain yang berkualiti. Saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada Lucius Maximus. Harap tidak terlalu awal.”

78 Drogba keluar dan digantikan oleh Kalou. Jensen, penjaga gol Burnley selayaknya mendapat tabik hormat. Jika tidak perlawanan ini mungkin sudah menjadi 6-0.

84 Ballack keluar dan diambil alih oleh Mikel. Tepukan berdiri untuk Ballack oleh Ancelotti dan seluruh Stamford Bridge. Perlawanan ini secara zahirnya telah pun berakhir. “Kalau ada sumur di padang, boleh saya menumpang mandi, oleh kerana saya bukan lagi di padang, saya nak masuk dalam mandi”, ulas Ballack.

87 Chelsea masih berkira-kira untuk menambah jaringan. Aku berkira-kira jika tilikan aku 3-0 kekal tepat hingga tamat perlawanan. Sumandak Rungus melintas di depan meja. 34-24-34. Nombor kerusi di belakang pintu gol Chelsea. Seksyen 34, baris 24, kerusi nombor 34.

90 Terry dan Carvalho mengesahkan mereka tidak memerlukan mandian selepas perlawanan kerana menghabiskan 90 minit bersiar-siar sekitar padang Stamford Bridge.

90+3 Tamat perlawanan dan Chelsea menang 3-0. Seperti yang ditilik, cuma senarai penjaring sahaja yang lari. Roman Abramovich tersenyum dan melambai ke arah aku, kot?

Sementara itu, Liverpool menang bergaya ke atas Bolton Wanderers yang bermain 10 orang. Manchester United menjaringkan satu gol penalti dan dijaringkan satu gol sendiri oleh Arsenal. Arsenal pula mengesahkan teori aku selama ini, mereka remaja yang cukup bertenaga bila menentang pasukan bawahan, tapi menangis macam bayi bila berjumpa anggota Big Four yang lain.

Selamat Hari Merdeka!
75

ABANG PIPI MANA?

Kenapa abang Pipi lambat update sokernet?

Game dah lama habis.

Selalu abang pipi up to date.

Kali ini macam abang pipi terus masuk tidur dan set alarm jam untuk bangun sahur.

Abang Pipi,

Update la.

Abang Pipi,

Mana abang pipi?

Abang Pipi....
20

Perihal 5 Gol

Image asal disini. Moga mereka sihat sentiasa untuk meneruskan perjuangan. Amin.

Dingin dah predict betul dah. 5 gol dia bilang. Cuma terlepas kat belah Bolton 2 biji.

Nasib baik menang 3-2.

Nasib baik Steven Gerrard hebat last last minute.

"Boy: Now desperate only wanna score.
Girl: Desperate is good. Pump up the adrenaline"

Kalau tak seri bodoh je la.

Glen Johnson ni not bad juga ya.

Kalau nak mengeji sebab baru menang I should say, ini bukan nasib, ini hasil titik peluh keringat kesungguhan pemain-pemain Liverpool FC yang keep on fighting walaupun down. Yeah, that's the spirit soldier. Sebut ramai-ramai wahai Kop sekalian semesta, kita hebat!

And after watching a live Lucas in person with a ball kat kaki dia baru rasa mana datangnye mamat ni. And macam mana Benitez beli dia? Tengok video ke apa? Harap ada la magic satu dua up his sleeve yang dia masih sorok tak mahu pertontonkan. Lucas the Mysterius Man.

Anyhow, game tadi hampir sudah buat aku sumpah seranah. Siap mahu tanya Abang Google how to curse in 50 languages, tapi nasib baik bulan puasa ni setan-setan diikat, jadi masih boleh bersabar. Manusia bertopeng setan cerita lain.

Boy: Kalau Liverpool kalah baru ada duit :P
Girl: Keji.

Plus I asked my friend Shoba to do some sexy voodoo dance for Liverpool to win. Sampai hujan kat KK jadinya. Anything helps when you're tied ain't it?

Terima kasih Vovin sebab cakap aku hot awek. Gila terharu. Tak jadi nak potong rambut pendek macam Torres sebab panas sangat kat Pagalungan nun.


Image taken from this news post. Torres sayang, terima kasih.

Boy: Going to be the worst start of all time soon. For a team that has never been relegated and a super power of European football this is pretty sad.
Girl: Gerrard!!! Goal!!!

Bolton main 10 orang, tapi tak rasa one man down. Aku rasa macam season ni the Reds tak cukup perisa lagi, macam something missing. And Amri Yahya sokong Arsenal so he can't play for Liverpool FC okay.

P/s Siot jek Spurts, sempat gak score a goal at 4:25 minit masa tambahan. Macam ada konspirasi teori pulak menang gol masa tambahan.

19

Mari Bersorak - YNWA

Jannah Sabtu, Ogos 29, 2009 ,

Kalah 3-1 minggu lepas, dengan Aston Villa some more. Like duh!! Bikin malu sudah.

Aku busy minggu ini, cuti sekolah. Maka haruslah aku bawa diri keluar dari Pagalungan sebab cuti sekolah budak-budak asrama desa semua balik rumah masing-masing. Nak duduk seminggu sorang-sorang kat rumah macam tak berani jek. Nanti stok makanan habis aku kerjakan sebab boring tak tau nak buat apa.

Jadi aku pun membawa diri ke Sandakan, berjumpa teman-teman merangkap lepak free di rumah mereka.


Sempat juga kami berbuka kat Pizza Hut awal sejam dari orang Semenanjung. Jangan jeles bah.

Tapi a few days before that straight from Nabawan, aku yang memang suka hati jek ajak le mamat sorang ni jalan-jalan cari makan kat Tanjung Aru (sebenarnya dia yang bawa ke situ setelah dipaksa dengan penuh rakus Oh bawaklah aku makan kat tempat yang ada MSG, aku rindu masakan kedai - kat kampung aku takde gerai makan, apatah lagi burger Otai) dan kami makan kerang bakar dan sotong goreng tepung. Baju biru kaler Chelskie tu satu kebetulan okay, bukan dipakai semata-mata mahu menggoda En Lucy, yang sampai sekarang aku tak tau nama sebenar dia (call me Max).



Anyhow apa kena mengena kerang bakar dan Liverpool? The bakar part la. Seharusnya setelah dimalukan beberapa kali oleh semua orang, maka kami the Kopites harus lebih terbakar semangat untuk memberi sokongan dengan penuh hati dan perasaan kepada the Mighty Reds. Let them call us delusional or angan-angan Mat Jenin, selagi darah merah mengalir dalam diri, selama itu kasih sayang tak berbelah bagi akan aku beri pada Liverpool FC.

So come on lads, lets do it for the Kop, what's that all about!!

Lawan Bolton FC. Jangan kalah bodoh lagi. Jangan sampai aku start mencarut di Sokernet. Tak sopan.

P/s, The Beast bawah ni besar orangnya kan?



18

Prebiu – Goliath Lawan David

LuciusMaximus Jumaat, Ogos 28, 2009
Solat Jumaat tadi aku pergi McDonald’s, maaf sasul, maksud aku Masjid Negeri. Masa aku tengah berkira nak ambil set Double Cheeseburger, silap, maksud aku masa nak ambil wuduk aku terdengar dua mamat sebelah sembang pasal bolasepak dan pasar Ramadhan mana di Sabah ini yang ada murtabak baik punya.

Aku cuma beri perhatian tentang bab murtabak yang diceritakan. Pasal bolasepak itu aku malas nak ambil tahu sebab cerita Manchester United dengan Arsenal, dua pasukan kurang ternama.

Sekarang ini kalau di England, dari Portsmouth ke Sunderland orang hanya bercakap tentang Burnley FC. Aku dengar cerita di Kuala Lipis pun sama, kecuali bebudak Arsenal macam Pipiyapong. Tapi set macam Pipiyapong jenis lepak mamak minum air kosong dengan roti krim strawberi. Memang tak ‘up to date’ kata Owen Coyle.

Bahkan mengikut luahan Michel Platini yang aku jumpa malam tadi selepas undian Liga Juara-Juara, tidak mustahil Burnley boleh mencatat sejarah memenangi EPL musim ini jika mereka membeli beberapa pemain berkaliber lagi sebelum tertutupnya tingkap perpindahan sekarang. Pemain macam Amri Yahyah, kata Platini lagi.

Reputasi Burnley sebagai pembunuh gergasi (giant killer kata Ashley Cole) bukan baru bermula 2 atau 3 minggu lepas. Pusingan ketiga Piala FA 2005, Burnley menumpaskan Liverpool 1-0. Piala Liga tahun yang sama juga, Burnley mengalahkan Aston Villa 3-1.

Lebih menarik lagi ialah ketika pertandingan Piala Liga 2009, bila Burnley dengan tenang dan yakin menundukkan kelab-kelab EPL iaitu Fulham, Arsenal dan juga Chelsea sendiri, sebelum kemaraan mereka disekat di pusingan separuh akhir oleh Tottenham Hotspur.

Jadi bila Burnley dengan mudah menewaskan Manchester United dan Everton, ia tidak syak lagi bukti kemampuan Burnley dan betapa Manchester United sangatlah hampeh tanpa Cristiano Ronaldo, atau Everton memang layak ditapau 6 gol oleh Arsenal.

Tapi Chelsea tidak kehilangan mana-mana tonggak utama seperti apa yang berlaku kepada Manchester United atau pernah ditapau 6 gol oleh Arsenal baru-baru ini. Yang membuatkan aku dengan penuh rendah diri dan tawaduk, memilih Chelsea untuk menang mudah ke atas Burnley esok sambil aku duduk depan TV makan murtabak baik punya.

Berapa gol?

3-0 cukuplah. Aku letak Didier Drogba dengan 2 gol dan satu lagi gol jaringan Florent Malouda.

Jangan tiba-tiba Amri Yahyah tandatangan kontrak dengan Burnley esok sudah. Kalau tidak kacau juga tekaan aku nanti.
13

MANCHESTER UNITED VS ARSENAL - PRE HYPE

Nazri

Klik, print dan sebarkan flyers ini jika anda sayangkan Manchester United.


13

Liverpool 5 Bolton 0

MDM FARAH FAIZURA
Esok cuti dan Isnin pun cuti. Kalau cuti memang tak ada internet. Kalau ada pun, broadband father in law aku. Malulah nak pinjam broadband father in law. Jatuh saham aku sebagain son in law.

Jadi sebab itu, aku akan bagi future review Bolton (kelab tak kuat) VS Liverpool (Kelab paling hebat di dunia!)

Sebelum aku review, aku carik2 la lagu raya kat youtube. Nak layan. Sekali aku terjumpa satu ANALISA yang mengejutkan aku. Terkesima aku. Nak dekat 2 3 minit jugak aku tergamam depan komputer tengok ANALISA tu. Nanti aku cerita ANALISA apa aku jumpa. Kita dahulukan cerita pasal kelab hebat ni dulu, Liverpool.

Bolton seperti biasa akan bermain dengan fizikal. Dengan defend mereka yang bertubuh keras, memang kegemaran gay di seluruh dunia. Tetapi Liverpool akan menurunkan orang Greek, (Keturunan Spartan). Budak yang Rafa baru beli. (Sori, tak ingat nama. Susah sangat nak sebut. Aku panggil dia Thomas jek. Ok?)




Mamat Greek @ Thomas ini agak gergasi orangnya dan dia akan membuatkan budak-budak Bolton menjadi 'adik-adik' sahaja. Kasihan Bolton. Aku yakin esoknya, budak2 Bolton akan keluar kat paper dengan tajuk yang sama dengan tajuk Roslan Shah.


Ok. Untuk Liverpool, aku jugak nak masukkan Riera. Dia adalah winger sejati. (macam lagu sejati kumpulan Wing lak). Dia pantas, dan terus shoot. Better daripada Benayoun sebab mamat Tel Aviv itu jenis bawak bola sampai ke depan gol. Tak ada pasing-pasing dah. Mamat Tel Aviv itu elok jadi second striker, tolong Torres. Gerrad jadi midfield menyerang. Gerrard tak boleh jadik DM sebab dia agak kelam kabut sikit kat bawah. Tak pasal2, asyik beri penalti kat orang jek.

Lucas pulak, hmm... aku harap dia duduk baik2 kat bench dengan Voronin dan Babel. Tak kisah derang nak buat apa, nak main enjet2 semut ke, main cak-cak ke, asal jangan main bola.

Rafa pulak, aku tahu, dia jurulatih yang tertekan sebab terpaksa mengendalikan Liverpool, kelab terhebat. Sesiapa pun akan tertekan. Silap2 boleh jadi gila. Aku harap dia boleh memotivasikan pemain dan membuat keputusan yang munasabah dan menggembirakan peminat Liverpool. Pesanan peribadi aku untuk rafa, “Liverpool, mana cukup 1 cup euro dalam masa 4 tahun. Tak cukup. Kalau kelab 'adik-adik' takpelah. Kita kelab abang besar. Ingat tu. Jangan jatuhkan prestij Liverpool. Ok?”

Jadi keputusannya, aku jangka akan menjadi 5 Liverpool dan 0 Bolton. Aku harap ramalan aku ni tak terbalik dah.

Ok, nak cerita pasal ANALISA yang mengejutkan itu. Tengok youtube kat bawah ni.


Apa macam? Mengejutkan tak ANALISA tuh? Memang boleh sakit mental!
15

Manchester United VS Arsenal - Secara Langsung Dari Sokernet

Pipiyapong Abdillah Hamzah , ,



Keh keh keh... Amacam Jorji?
28

Preview Manchester United vs Divers.

Arsenal nampaknya tidak putus bakat pemain dalam membuat diving untuk mendapatkan penalti atau tendangan percuma. Robert Pires masih belum bertaubat melakukan aksi onar ini di kelab lain, kesinambungannya pula dilakukan oleh pemain yang nama dan mukanya langsung tak Croatian - Eduardo!
Besar kemungkinan The Professor ada melakukan latihan 'diving' ini kepada pemain serangannnya. Macam-macam cara nak menang piala!

******************************

Esok perlawanan diantara Manchester United vs Arsenal di Old Trafford berlangsung di Astrol sekitar jam 12 tengah malam.

Momentum kemenangan Arsenal nampaknya sangat kuat. Jumlah jaringan juga agak tinggi. Aku dapat merasakan, malam esok juga mereka akan bermain dengan baik. Mungkin lebih baik dari Manchester United. Mereka memang terkenal dengan permainan baik dan cantik. Tapi mungkin cuma baik dan cantik sahajalah.. sorakan dari Stretford End mampu mengkucar kacirkan Lionel Messi, inikan pula Abu Dhabi! Mamat Abu Dhabi ini belum kene siku Vidic lagi. Esok dia tau la tu.

Rekod musim lepas memihak ke Manchester United dengan jumlah jaringan dan permainan yang cantik. Peminat Arsenal MUNGKIN masih ingat perlawanan timbal balik separuh akhir Champions League yang berlangsung bulan April lepas dimana kedua-dua perlawanan itu berjaya memalukan Arsene Wenger. Apakah mereka sanggup melihat aksi serupa malam esok?

Manchester United juga kembali mendapat momentum mereka dengan kemenangan ke atas Wigan minggu lepas. Walaubagaimanapun, mereka masih belum mempamerkan keupayaan sebenar sebagai pasukan Manchester United yang terulung. Kemenangan dengan permainan bergaya keatas Arsenal malam esok baru boleh dikatakan yang 'setan merah telah kembali!'
Gandingan Rooney-Berba bersama Scholes di tengah begitu berbisa. Bagai duri dalam daging kata Zainal Abidin Rawop.

Ramalan aku Manchester United 2 - 0 Arsenal dan selepas perlawanan itu, Arsenal terus terlungkup dan merudum macam biasa.

*******************************

Adakah Arjen Robben akan bermain dalam pasukan Man United? Aku fikir dia sesuai dengan kelajuannya. Tapi dia selalu tamak. Suka mendribble seorang diri dan melakukan percubaan, walau jelas jika beliau melakukan passing, akan menghasilkan gol. Maka dia tak sesuai bermain dengan Rooney. Aku bayangkan jika Arjen Robben bermain bersama Rooney dan asyik tamak walau Rooney dah mintak bola, kemungkinan beliau akan dimaki Rooney adalah tinggi.

Aku lebih suka jika Luca Modric yang main bersama United.

Akhir sekali, Majulah United untuk semua dan Eduardo nak kene patahkan kaki lagi sekali tu!
35

Keputusan Penuh Undian Peringkat Kumpulan Liga Juara Juara Eropah

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Kumpulan A
Juventus, Bayern Munich, Bordeaux, Maccabi Haifa

Kumpulan B
Manchester United, CSKA Moscow, Besiktas, vFl Wolfsburg (Man U memang sayur kat group ni)

Kumpulan C
Real Madrid, AC Milan, Olympique Marseille, FC Zurich

Kumpulan D
APOEL, Chelsea, Porto, Atletico Madrid (APOEL kuat gila woi...)

Kumpulan E
Debreceni, Liverpool, Lyon, Fiorentina (Gua malas nak cakap banyak. Tak ke mana Liverpool. Lawan Debreceni mesti berpeluh )

Kumpulan F
FC Rubin Kazan, Barcelona, Inter Milan, Dynamo Kiev

Kumpulan G
Uniera Urziceni, Sevilla, Rangers, Stuttgart

Kumpulan H
Arsenal, AZ Alkmaar, Olympiakos, Standard Liege (Gila babi lauk team. Nampaknya main 2 game pun dah layak ni.)
19

"Maafkan saya..." - Eduardo

Pipiyapong Abdillah Hamzah Khamis, Ogos 27, 2009 ,
Baju raya impian anak muda berfikiran jauh.

Saya selaku wakil kepada Eduardo Da Silva dan Arsenal ingin memohon maaf kepada semua peminat sukan bola sepak di atas kesilapan beliau (Eduardo) menjatuhkan badan secara sengaja ketika bertemu Celtic baru-baru ini. Pihak kami berjanji tidak akan mengulangi perkara ini lagi dan akan sentiasa menghormati kempen Fair Play yang dianjurkan FIFA. Tapi cuba kalau Celtic menang? Lepas tu layak pula masuk group stage. Mesti tak ada la nak bising bising macam tu...
25

Berita Liverpool - Mencari salah.

MDM FARAH FAIZURA , ,
Sesi mencari salah orang (Tak baik)

Sekarang adalah waktu yang elok untuk marah-marah dengan kelab kesayangan sendirik. Mengapa elok? Pasal baru 3 game jek pun. Sebab, baik marah sekarang dan carik salah, berbanding nak marah dan carik salah, waktu hujung musim. Dah takde makna dah waktu tu. Lebih kurang macam kau beli kaset Kak Melah @ Ramlah Ram sekarang. Dah season.

Waktu Moores dan Parry berjabat tangan dengan Hick dan Gillet, sambil mengumumkan pembinaan stadium baharu Liverpool, aku memang enjoy. Enjoy gila lah. Macam stadium tu nak buat kat kampung aku jek. Hairan betul.

Itulah tawaran menarik yang dibuat oleh Hick dan Gillet sampai Moores tolak DIC, tanpa dia sedar DIC tu dah taraf infiniti punca kewangannya. Sedangkan Hick dan Gillet, orang Amerika yang memang involved dalam bisnes sukan, di Amerika, sebenarnya berhutang dengan bank untuk membeli Liverpool. Berhutang yang sangat banyak. DIC pula, walaupun tawaran mereka cuma kurang sikit, tapi daripada duit mereka sendirik, dan DIC sekarang sudah menunjukkan belangnya dengan Manchester City. Beli pemain macam makcik-makcik beli sayur kat pasar tani jek.

Jadi mengapa tidak ada stadium lagi? Sebab pertamanya, antara niat Hick dan Gillet nak ambil Liverpool ni, adalah untuk membiayai Taxes Ranger di Amerika. Texas Rangers ni main sukan yang kita main waktu PJK dulu, baseball. Pastu, ekonomi meleset, dan alasan ni jelah yang Amerika tu cakap kat orang ramai. balik2 ekonomi meleset.

Apa macam? Jadi kalau ada yang bertanya, bagaimana pula dengan pembelian pemain oleh Rafa yang dah dekat 200 juta sejak dia datang ke Anfield? Itu semua duit hutang, bukan dari poket orang Amerika tu. Hutang semua tu. Macam kau beli Home Theater kat Court. Hutang. Tengok sekarang, Liverpool dan takde duit nak beli pemain kelas A macam Torres. Balik2 pemain kelas B. Yang duit jual Keane dulu pun, rasanya tak tau dah pakai ke tak. Entah-entah dah pakai kat Texas Rangers.

Tapi untuk berlaku adil dengan dua orang Amerika yang tak tau pasal bola tu, kita boleh cakap, yang Rafa pun salah. Mengapa salah? Yalah, sebab dia beli pemain yang under valued, macam Babel, Voronin, hah siapa lagi. Senaraikanlah sendirik. Malah terkadang, macam Keane, dia beli mahal pastu jual balik, murah. Pakai kejap je pun. Dah taraf henpon CSL dah aku tengok, takpun M-Mobile. Jadik kalau kau ada duit, kau nak ke bagi orang macam Rafa belanjakan duit kau?

Itu belum lagi masuk dengan taktikal Rafa yang tak konsisten tu. Main nasib-nasib jek. Contohnya lawan Aston hari tu, adakah patut, main dengan dua midfield yang bersifat bertahan macam Mascherano dan Lucas. Padahal, Liverpool ni kuat, boleh jek main serang bertubi-tubi dengan kelab tak kuat macam Villa. Last-last midfield Villa relek-relek jek bila midfeild Liverpool dapat bola, pasal mereka tau, alih-alih, midfield Liverpool ni pasing kat Reina balik. Tak mengancam pun. Belum cerita pasal zonal marking. Ah, banyak betullah, tak puas hati aku. Main taktikal sangat ni, boleh mabuk tau tak!

Itu satu hal. Alang-alang salahkan Rafa dan Amerika tu, kena salahkan jugak Moores dan Parry. Bekas pengarah dan chief excutive Liverpool. Waktu tu BOD Liverpool tak setuju pun nak jual Liverpool kat Amerika tu, tapi sebab tawaran stadium dan lebih 8o juta pound masuk dalam poket depa, Moores dan Parry terima. Nasib baik depa ni dah takde. Sebab Parry jugaklah dulu Daniel Alves yang power tu tak masuk Liverpool.

Jadi apa kesimpulan daripada semua ini? Kesimpulannya, ayam terlepas, tangan bau taik. Tangan siapa? Tangan peminat-peminat Liverpool la. Mana tahan bila kena tanya, bila nak menang BPL ni? EPL memang dah tak merasa langsung dah.

Tapi, untuk lebih adil lagi, apa yang kita perlu buat sebagai peminat Liverpool? Tetap sokong juga. Dengan harapan suatu hari nanti Rafa boleh buktikan yang aku salah pasal dia. Aku berharap sangat pada akhir musim ni, Rafa datang kat aku dan cakap, “Tengok, aku dah menang BPL, Euro, dan FA untuk Liverpool. Kau? Apa kau buat? Tau nak marah2 orang jek! Bingai!”

Ya, aku tunggu hari itu. Waktu itu aku akan mengaku aku salah dan aku sanggup nyanyi lagu Axl- andai dapat ku undurkan waktu kat Anfield.


16

Penulis Tamu Minggu Ini

Pipiyapong Abdillah Hamzah Rabu, Ogos 26, 2009
"Tingkap-Tingkap Pertukaran a.k.a Transfer Windows"

Ahh.. Soccer-soccer bandits@pundits dah patut masuk kelas balik. Semua prediction, forecast, ramalan, tekaan semua tak betul. Apa kejadah Shebby cakap Arsenal mungkin seri dengan Everton 1-1 masa first game dalam suratkhabar 'bintang', ingat Arsenal ayam sangat ke? Semalam pulak diorang mesti kata Liverpool boleh menang dengan Aston Villa 10-1, abes game semua mati kutu kalah 3-1.

Kenapa fenomena sebegini tiba-tiba berlaku? EPL baru 3 game dah kucar-kacir seluruh England. Ye la, Chelsea pun first game dulu struggle nak menang, apatah lagi M.U yang tiba-tiba boleh kalah dengan Burnley. Nak kiamat agaknya EPL musim ni kalau Burnley menang akhir season nanti. "Susah nak predict dah sekarang..", mungkin itu kata-kata Shebby..

Tak. Tak susah.. Senang je nak tengok, bukan payah sangat. Secara seriusly aku boleh cakap, kekucar-kaciran EPL season ni disebabkan ke-gila-gilaan transfer window. Gila apa MU jual Ronaldo pastu ganti Owen? Gila tak Liverpool jual Xabi pastu dah kalah 2 kali baru sedar Gerrard tu dah overloaded? Gila kaya tak Manchester City?

Betul bro, tak tipu punya. Semua tu kat situ je dia main, pusing-pusing. Dah kelab tu jual player terrer pastu tak ganti, susah la dia nak menang. Arsenal tak payah cakap la, dia dari start zaman King Henry gi Barca dulu dah start down dah tak pernah menang. Itu pun kelab-kelab lain tanak amik iktibar, itu yang susah. Sakit sikit la nak depend pada player-player lain bila buah jantung team tu dah takde, betul tak?

Relax, transfer window tak tutup lagi. Ada lebih kurang seminggu lagi.. Terpulang la pada manager-manager yang dah lutut longgar tu nak beli ke tanak. Bukan susah pun nak buat call pada Amri Yahyah. Ada duit sikit buat la offer pada Usain Bolt ke, dia pun boleh consider jadi striker. Kipas-susah-mati semua diharap bagi la sedikit dorongan ke, tekanan ke, takpun sogokan pada manager-manager kelab masing masing. Suruh la diorang tambah sikit player yang kuat-kuat. Lagi-lagi kelab-kelab yang top four tu. Malu beb kalau kalah dengan Burnley.

Tak payah nak invest mahal-mahal beli Raul. Player banyak, diorang je yang tak nampak. Scout tak power la katakan. Kalau nak murah pegi upah scout Arsenal. Arshavin tu bape puluh sen la sangat, Fabregas tu lagi la, 3 sen kot. Yang penting quality. Yes, kualiti, mutu, keunggulan.. Itu baru betul. Bukan beli top-top player yang muka cam model saja walaupun itu juga penting tuk menarik peminat-peminat perempuan comel.

Pastu mintak la diorang pun kekalkan yang mana pemain-pemain bagus. Cam Vidic tu (walaupun aku lagi suka dia cepat-cepat gi Barca sebab aku sokong Arsenal, YEAAHH!!), masuk Barca mesti la lagi fragile MU tu. Sian pulak kalau tengok tiap-tiap minggu kena tibai. Patutnya Liverpool tak patut biarkan Xabi pergi, buat la apa sekali pun jangan la biar dia meninggalkan daku.. Tapi sekarang semuanya dah terlambat.

Aku rasa, sebelum tingkap-tingkap tu tutup, kebarangkalian kelab-kelab untuk membuat sebarang transaksi amat tinggi. Manchester City tu rasanya diorang tak cukup lagi pemain-pemain yang nak dipenuhkan dibangku simpanan, so maybe diorang akan beli Joleon Lescott (chances amat tinggi) dan juga John Terry (50-50). West Ham pun berminat nak beli Gudjohnson, Benayoun dan mungkin Muhammad Amran, entah.. Sekian.


Iftitah
meriambuluhfc.blogspot.com
44

Aksi ganas penyokong-penyokong team EPL

MDM FARAH FAIZURA ,
21 tahun keatas: Gambar-gambar dibawah akan menyinggung sensetiviti sesetangah orang dengan aksi2 yang ganas. Jadi kalau jenis panas, dinasihatkan skip entri ini. Dikhuatiri merosakkan puasa.


Macam anti ISA pun ada. Seluar track dan kasut futsal Umbro.

Totenham plak, takat ni jek ganasnya.

Arsenal boleh tahan ganas.


Liverpool. Tengok gambar dah tau.
Tapi ganas2 Liverpool tak boleh lawan ganas peminat MU.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Senang hati. Sambil menyanyikan lagu Bunkface 'Situasi'
36

Sebab-Musabab Liverpool Tidak Boleh Menang EPL, Kot?

LuciusMaximus Selasa, Ogos 25, 2009
Musim lepas Liverpool kalah 2 perlawanan dan berada di tangge ke-2 EPL. Untuk musim ini biar pun baru 3 perlawanan berlangsung, Liverpool sudah pun menyamai rekod kekalahan musim lepas.

Dan mereka masih belum bertemu Arsenal, Chelsea dan Manchester United.

Peminat Liverpool setahu aku percaya benda-benda tahyul, agak superstitious. Mereka percaya ada sumpahan yang mengakibatkan Liverpool ketandusan kejuaraan liga untuk 20 tahun lamanya.

Selepas melihat Liverpool diaibkan di Anfield oleh sebuah pasukan muda yang rata-rata terdiri dari pemain England, aku rasa aku tahu jawapannya.

Ia kerana Liverpool mengkhianati semangat jati diri bolasepak British dalam diri mereka, dengan melantik pengurus Sepanyol yang lebih mengagungkan pemain luar dari pemain tempatan.

“Dia bakal mempunyai musim yang cemerlang. Dia adalah pemain terbaik pra-musim dan di Spurs, bila kami semua tidak bermain dengan bagus, Lucas masih yang terbaik bersama Glen Johnson dan Pepe Reina.”

Lucas Leiva dari pandangan Rafa Benitez

“Dia sangat penting untuk kami dalam aspek serangan. Dia adalah ancaman kepada benteng pertahanan kerana bila anda mempunyai Torres dan Pepe bersama anda tahu sebagai pemain pertahanan anda tidak sanggup menghadapinya.”

Pepe Reina dari pandangan Rafa Benitez

“Ia bukan hanya salah Lucas. Kita perlu berlaku adil. Gerrard adalah punca penalti diberikan.”

Steven Gerrard selepas kekalahan malam tadi, dari pandangan Rafa Benitez
Kali terakhir Liverpool mejadi juara liga ialah musim 1989/90. Pada masa itu tidak ada pengurus Sepanyol, tidak ada pemain tengah dari Brazil dan tidak ada penjaga gol Sepanyol. Skuad Liverpool ketika itu terdiri dari pemain England (11), Scotland (4), Republik Ireland (4), Ireland Utara (1), Wales (1), Sweden (1), Israel (1) dan Zimbabwe (1).

Secara zahir dan batin, sebuah skuad yang penuh jati diri British.

Kemudian Rafa Benitez hadir untuk mengkucar-kacirkannya.

Siapa Rafa Benitez?

Pelayan restoran gemuk Sepanyol, dari pandangan peminat Aston Villa.
14

This Is Ant-field

Jorji
Pagi yang cerah
Langit membiru
Terasa kedamaian diseluruh alam
Unggas kembali berahi..

Tiada kesesakan dirasai
Tolok minyak seakan berhenti
Deruan enjin kenderaan bagai irama yang mengasyikkan..
Aku teruja sendiri

Buruh kasar menyanyi girang
Walau keringat membasahi dahi
Tiada yang lebih berharga
Dari ketenangan dan kegembiraan hati..

Aku hampiri seorang tukang kayu
Ingin aku pastikan apa yang tersembunyi
Disebalik senyuman semurni pagi
Lalu aku bertanya;

"Ya, kenapa Pak? kok gembira bangatt?"

Lalu dia menjawap;

"katanya Liverpool kalah ditempat sendiri subuh tadi, apa Bapak belum tahu lagi?"

Aku hanya tersenyum dan berlalu pergi.
Dunia memang bergembira dan akan lebih indah lagi jika berterusan begini.
21

Liverpool VS Aston Villa : Aftermath

MDM FARAH FAIZURA ,
Prolog
Hari ini aku tak ada mood. Mood nak buat lawak pasal Jamal Abdillah @ Jama pun takde. Kalau ada mood pun, cuma mood nak memarang dan menakik. huh. Semuanya sebab ramalan aku sebelum ini betul, tetapi terbalik. Aku ramalkan Liverpool menang 3-0. terbalik pulak jadi kalah 3-1. Yang betul adalah berkenaan Lucas. Aku ramalkan Lucas akan main seperti biasa, main macam haram dan ia memang betul, sampai boleh jaringkan gol sendiri. Power beb! Jadi seperti kata Hasbullah Awang, “Apa sudah jadi?” Aku pun nak menganalisis kekalahan ini dalam bentuk cerpen sedih, dengan hati yang ditoreh-toreh.

Sebelum perlawanan. Anfield.
Rafa tersenyum kecil melihat Lucas berjaya mengelecek Mascherano. Rafa mencatat sesuatu pada buku nota kecilnya sebelum berpaling kepada Sammy Lee yang terus menjerit-jerit kepada Nabil yang berlari lemah kerana berpuasa.

“Sammy, aku dah dapat 1st eleven aku untuk malam ini,” kata Rafa sambil membetulkan kaca matanya.

Sammy menoleh dan berhenti berteriak kepada Nabil dan mengerut dahi memandang wajah Rafa yang terus memandang ke arah Lucas, yang menunjukkan skill menimbang bola di hadapan Nabil yang berpuasa.

“Bos nak masukkan Lucas?” soal Sammy dengan mimik wajah yang tegang.

“Ya. Prestasinya dalam latihan memuaskan hati,” jawab Rafa sambil sesekali menjeling pemain Greek yang baru dibelinya sedang bercakap-cakap dengan Voronin berkenaan cara menjaga rambut.

“Tapi bos, bukan bos tak tahu, Lucas tu cuma jaguh waktu training je. Walaupun skuad Brazil dah panggil dia untuk team nasional, tetapi ia belum cukup,” bantah Sammy Lee.

“Kita tak ada pilihan. Aquilini pun masih cedera. Nak beli pemain tengah yang ada visi menyerang, tuan Amerika tu tak bagi duit yang cukup. Tau nak untung jek. Bodoh punya Amerika,” jawab Rafa dengan mimik wajah yang geram sambil mencatat-catat lagi dalam nota kecilnya.

“Tapi, kita masih ada Gerrard. Mengapa tidak kita letak saja Gerrard di tengah. Kemudian second striker kita boleh letak Voronin ataupun Kuyt,” kata Sammy Lee sambil dahi berkerut apabila melihat Voronin sedang mengikat rambut pemain Greek itu. Pemain Greek yang Sammy syak adalah daripada keturunan Spartan.

“Sammy, kalau kita tak beri peluang kepada Lucas, sampai bila-bila pun Lucas tidak akan mampu menunjukkan prestasinya. Kau jangan risau. Aku yakin dengan Lucas,” jawab Rafa dengan nada serius.

Sammy hanya mengangguk kecil. Dia nak cakap apa lagi, kalau bos dah cakap macam tu. Tapi tanpa Rafa sedar, keputusannya itu adalah antara keputusan yang akan melukakan jutaan hati penyokong Liverpool di seluruh dunia. Kalaulah Rafa tahu perkara itu.

Masa perlawanan.
Rafa terus menunjukkan aksi isyarat tangannya yang pantas selepas Gerrard terlepas peluang keemasan di depan pintu gol. Aksi isyarat tangan Rafa itu membuatkan pemain Greek yang baru itu mengerut dahi dan dia berbisik kepada Voronin, “Risau aku tengok Rafa. Silap-silap boleh jadi Naruto.”

“Aku pun minat Naruto,” kata Voronin sambil menunjukkan isyarat tangan Naruto untuk memanggil Gamabunta (Katak raksasa yang boleh bercakap)

Pemain Greek berketurunan Sparta itu menahan nafas. Dia diam jek sambil tengok Lucas tendang bola ke laut.

“Tapi, aku tak risau sangat pasal tu. Tapi, aku risau tengok Gerrard. Bukan kau tak tahu, kalau Gerrard tak perform, satu team ni tak perform. Lebih-lebih lagi kalau defend lawan kawal Gerrard, kawkaw. Tak ada siapa lagi dah nak support Torres,” kata Voronin pula.

Pemain Greek berketurunan Spartan seperti yang Sammy syak itu mengangguk-angguk kepala dan berkata, “Memang Liverpool banyak sangat bergantung pada Gerrard, ya?”

“Tak jugak. Cuma, ada waktunya. Tapi, aku rasa malam ini, Liverpool banyak bergantung pada Gerrard jek. Tengah macam tak ada support. Nasib baik ada Benayoun tu lincah,” jawab Voronin sambil memandang Lucas yang baru mengasari pemain Aston Villa.

“Bahaya ni,” kata pemain Greek itu apabila pemain Aston Villa meletakkan bola dengan berhati-hati.

Voronin cuma diam. Dan kemudian. Gol! Lucas menjaringkan gol sendiri. Voronin mengeluh kecil. Itulah permulaan kecelakaan Liverpool.

Selepas tamat perlawanan. Analisis.
Aku malas dah nak tulis cerpen. Aku nak tulis point-point yang aku ingat saja.

  1. Penjaga gawang Aston Villa pasti akan dinobatkan menjadi hero kerana banyak save bola. Tetapi bola yang dia save tu, semua bola yang terus tendang ke arahnya saja. Tinggal nak tangkap or tepis jek. Cuba kalau bola tu leret, mampus dia nak save.
  2. Muka Torres masih biru sebab berlanggar dengan Wigan minggu lepas. Defend Aston, kawal kawkaw. Kesian dia.
  3. Gerrard tak perform macam yang aku nak. Tapi lagi ok daripada Lucas.
  4. Defend Liverpool masih sangat lemah kalau bola lintang dan tanduk ni. Liverpool perlukan defend yang macam Hyypia tu, hebat diudara. Bukan sekadar hebat ditanah rata.
  5. Benayoun agak meyakinkan dengan lariannya.
  6. Lucas, aku malas nak cerita.
  7. Kuyt, tetap menjadi pemain pilihan aku. Dia rajin dan tak kenal putus asa. Kalau dia kerja KFC, dia akan terpilih sebagai 'Staff of the month' (Ye ke anugerah tu? Hahaha. Betulkan kalau salah.)
  8. Insua, seperti yang Rafa cakap, “Insua tu, tak lama lagi, national team pangillah dia tu.” Ya, dia memberikan alternatif serangan yang baik.
  9. Glen. Bagus mamat ni, satu alternatif serangan yang baik jugak.
  10. Babel, seperti yang aku ramalkan dia akan ganti Benayoun, dan dia suka pulak try jauh-jauh. Oklah tu. Tapi, kalau dia passing kat orang lain, lagi ok rasanya.
  11. Defend Aston Villa, dan midfield agak kemas malam ini. Sidwell tu walaupun macam rangka jek, tapi mantop.
  12. Liverpool kuasai game, tapi Villa yang menyempurnakan peluang.
  13. Voronin masuk jadik 2nd striker ganti Lucas dan Gerrard main kat tengah, baru ada gol. Tapi boleh pulak Gerrard kasi penalti kat Aston.
  14. Pemain Greek berketurunan Spartan tak main malam ni.
  15. Peluang Liverpool menjuarai 3 cup tahun ini, kabur tetapi bak kata Rafa, “Kita perlu optimis.”
  16. Semua pembenci Liverpool sedang ketawa kuat-kuat dan buat ayat yang mencabar kesucian Ramadan untuk peminat Liverpool.

Epilog.
Aku tetap tengok game tu sampai habis. Game yng menamatkan rekod 31 tanpa kalah digelanggan sendiri. Game untuk kekalahan yang ke 52 kepada Aston Villa. Dan aku tetap akan sokong Liverpool. Ok, bagi peminat Liverpool, anggaplah Ramadan ini adalah Ramadan terakhir untuk kita. Jadi, ayuhlah kita tingkatkan lagi amalan kita dan paling utama, tingkatkanlah lagi kesabaran kita.
28

Liverpool 1-3 Aston Villa

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Torres main sampai mata bengkak bengkak menangis.

Kem Liverpool, sila ulas. Kah kah kah.

*Foto dari TeamTalk.com
3

EMEL SOKERNET

Nazri Isnin, Ogos 24, 2009
Dengan rasminya sokernet mempunyai emel untuk sebarang komunikasi rahsia antara pengulas dan peminat.

alamat emel tersebut adalah: sokernetmail at gmail dot com

Kami akan mengadakan kolum khas setiap Rabu bernama "Kolum Khas". Ya, kami belum memikirkan nama yang catchy lagi saksama. Beri kami masa. Rome juga tidak dibina dalam masa beberapa minit apatah lagi Manchester United yang gilang gemilang.

Kolum khas ini diadakan untuk pembaca-pembaca sokernet menghantar ulasan dan artikel serta pandangan, merasakan mereka mempunyai pendapat tersendiri tentang hal ehwal bolasepak.

Sebarang artikel yang ditulis oleh bukan contributor tetap akan kami siarkan (jika bersesuaian) setiap hari Rabu. Macam dah sebut kat atas tadi kan.

Emelkan artikel atau ulasan berkaitan bolasepak ke alamat yang diberikan di atas. Sebarang artikel yang dihantar tidak akan dibayar kerana ini akan menimbulkan amarah yang tidak terhingga oleh Lucius yang hanya dibayar dengan kasih sayang.

Teruskan menyokong sokernet dengan penuh berhemah.

Terima kasih
14

Ramadhan Hari Cuti Je, Bilang Ghezzal

LuciusMaximus
ROME (AFP) – Penganut Islam Abdelkader Ghezzal meraikan ketibaan Ramadhan, bulan berpuasa Islam, dengan jaringan tunggal Siena yang tumpas 2-1 di tempat sendiri di tangan AC Milan tetapi kemudiannya mengaku bahawa beliau mungkin tidak dapat melaksanakan tuntutan agamanya.

Ketika bulan Ramadhan, penganut Islam berpuasa ketika waktu siang, tidak mengambil bukan saja makanan malahan juga minuman.

Amalan ini menjadi lebih sukar ketika musim panas di Eropah di mana waktu siang lebih panjang berbanding di Arab, di mana Islam diasaskan, dengan kelembapan serta suhu meningkat naik.

Sebahagian besar Itali kini mengalami suhu sekitar 35 hingga 40 darjah Celcius dengan waktu imsak sekitar 6.30 pagi dan waktu berbuka sekitar 8 malam.

Ia bermakna seorang Muslim perlu berpuasa lebih dari 13 jam dan buat atlit sukan profesional cabaran sedemikian menjadi lebih sukar.

Ghezzal, keturunan Algeria yang lahir di Perancis tetapi bermain bolasepak untuk Algeria, mengakui adalah mustahil untuk bermain sepenuhnya jika beliau berpuasa.

“Saya berpuasa ketika hari rehat, bila tidak ada perlawanan atau latihan,” dedahnya.

“Saya sentiasa berpuasa bulan Ramadhan tetapi terpaksa berhenti atas sebab kesihatan semenjak tahun pertama menjadi profesional.”

“Ketika di Crotone (masa itu di Serie C1 kini Serie B) saya berpuasa untuk dua minggu tetapi jatuh sakit dan terpaksa berhenti.”

Tidak semua pemain bolasepak Muslim memilih untuk tidak berpuasa ketika Ramadhan dan Ghezzal menegaskan ianya terpulang pada pegangan masing-masing.

Sesetengah pemain mampu, sesetengah lagi tidak.

“Ia bergantung pada keadaan fizikal anda. Saya seorang yang sentiasa bekerja keras,” tambah pemain berusia 23 tahun itu lagi.

“Bagaimana pun, Houssine Kharja, rakan sepasukan saya di Siena tahun lepas yang kini di Genoa, berjaya berpuasa sepenuhnya, kecuali di hari perlawanan.”

Walaupun makan dan minum ketika Ramadhan, Ghezzal menegaskan beliau bukanlah Muslim yang lalai.

“Bermain bolasepak ialah mata pencarian saya. Kamu tidak dipaksa untuk membahayakan kesihatan diri sendiri tetapi disuruh berpuasa jika keadaan mengizinkan,” tambahnya.

Sesetengah pemain seperti Samir Nasri (Arsenal) dan Kolo Toure (Manchester City) juga sebelum ini mengaku tidak berpuasa jika Ramadhan jatuh ketika musim bolasepak.

Sementara itu, Nicolas Anelka (Chelsea) dan Momo Sissoko (Juventus) memilih untuk tetap berpuasa biar pun dibebani tuntutan perlawanan.

Sulley Muntari pemain bolasepak Ghana yang bermain di Inter Milan juga adalah seorang Muslim.

Beliau dikeluarkan dalam perlawanan seri Ahad lepas dengan Bari dan pengurus Jose Mourinho berpendapat “Muntari mempunyai sedikit masalah berkaitan Ramadhan – mungkin dengan suhu panas ini adalah tidak wajar untuk beliau melakukannya (berpuasa).”

“Ramadhan telah tiba bukan pada masa yang ideal untuk para pemain bermain bolasepak,” hujah Mourinho.

Tidak dapat pula dapat dipastikan jika moderator Sokernet seperti Pipiyapong dan Nazri berpuasa sepanjang Ramadhan kerana mereka juga sibuk bermain bolasepak seperti Pro Evolution Soccer atau FIFA.

(Artikel dicedok dan diterjemah dari sini, kecuali perenggan terakhir)
25

Tazkirah Ramadhan – Bolehkah Tottenham Hotspur Memecah Monopoli Big Four Dan Relevannya Dalam Konteks Sosio Masyarakat Islam Hadhari Masa Kini

LuciusMaximus
Penemuan seekor ayam dan sebiji bola yang disumpah menjadi batu oleh Sang Kelembai adalah asal penubuhan Tottenham Hotspur - Bernama

Saja aku bagi tajuk panjang-panjang supaya kamu semua mengantuk.

Dulu-dulu masa zaman bebudak, Mak selalu pesan kalau nak raya mesti cukup puasa satu bulan. Kalau setakat puasa seminggu memang jangan haraplah nak raya, pesan Mak.

Sebenarnya tidak relevan pun. Puasa cukup satu bulan atau tidak aku tetap juga beraya, pakai baju raya, songkok raya dengan kasut raya. Cuma kutipan duit itu kurang sikitlah. Kalau puasa 10 hari, dapatlah RM10. Kalau sebulan dah boleh cecah RM30. Tahap loaded dah kiranya tu. Setakat nak beli mercun roket sekali Cikedis memang tarak hal.

EPL pun baru lepas 3 perlawanan. Bak kata Karim, masih jauh lagi perjalanan. Manchester United mungkin sudah kalah satu perlawanan tapi musim lepas pun mereka kalah 4 perlawanan dan masih bergelar juara.

Begitu juga Liverpool, setakat ini juga turut tewas satu perlawanan. Musim lepas mereka kalah 2 perlawanan dan tidak bergelar juara. Aku yakin hanya satu lagi kekalahan dan Liverpool bakal tidak memenangi EPL lagi musim ini.

Sekarang ini kecoh-kecoh tentang Tottenham Hotspur, kelab cap ayam yang telah menang bergaya 3 perlawanan setakat ini, dan kemungkinan mereka dapat memecahkan monopoli Big Four dalam EPL musim 2009/10 ini.

Ledley King sudah mula bersuara dengan yakin akan kemungkinan benda luar biasa ini akan berlaku. Begitu juga mamat yang selalu jual skaf Spurs buatan Siam di White Hart Lane. Selepas menang bergaya ke atas Liverpool, Hull City dan West Ham United para peminat Spurs rata-rata sudah terlupa tentang Arsenal, Chelsea dan Manchester United, sekadar menyebut beberapa nama.

Persoalannya, mampukah Spurs? Apa kata kita lihat beberapa perkara yang memungkin ini semua. Mari, adik-adik!

1. Harry Redknapp sekarang pengurus Spurs. Siapa yang tak kenal Redknapp? Kalau tak kenal maknanya memang mat jiwang Manchester United, cuma kenal Sir Alex je. Redknapp ialah pengurus keturunan Inggeris yang terbaik masa ini. Tengok apa yang dicapainya masa zaman West Ham United dan Portsmouth dulu.

2. Tottenham Hotspurs pernah sekali hampir memecah monopoli Big Four musim 2005/06 dulu. Hanya ketinggalan 2 mata di belakang Arsenal (yang berada di tangga ke-4) jika tidak kerana kes keracunan lasagne malam sebelum perlawanan terakhir mereka menentang West Ham United (Spurs kalah 2-1).

3. Kemenangan berturut-turut dalam 3 perlawanan pertama EPL ini adalah pencapaian terbaik buat Spurs semenjak musim 1960/61, bila mereka menang 11 perlawanan pertama berturut-turut dan merangkul kejuaraan Divisyen 1 dan Piala FA. Sebelum ini Spurs gemar membuka tirai musim dengan kekalahan.

4. Tahun depan tahun Piala Dunia. Spurs dibarisi ramai pemain England seperti Jermaine Defoe, Ledley King, Aaron Lennon, David Bentley, Jermaine Jenas dan ramai lagi. Mereka perlu bermain dengan baik jika mahu turut serta dalam rombongan ke Afrika Selatan nanti. Secara tidak langsung ia membantu Spurs dalam saingan EPL mereka.

5. Skuad Spurs kali ini jelas tidak ketandusan pemain. Jika sekalipun berlaku insiden kecederaan, pemain yang ada di bangku simpanan berkeupayaan untuk mengambil alih. Lihat saja barisan serangan Spurs hari ini sebagai contoh (Pavlyuchenko, Keane, Crouch dan Defoe).

Memang di atas kertas, Spurs dilihat berpotensi. Di atas padang, kita kena tunggu bila perlawanan bermula.

Namun, bak kata Haji Hasbullah Awang, harus diingat, Spurs masih ada 35 perlawanan lagi. Lihat pada Aston Villa di musim lepas, bermula garang tapi kemudiannya pancit. Konsistensi adalah senjata utama untuk memenangi EPL. Daniel Levy juga hendaknya mengelak dari cuba campur tangan urusan Redknapp. Begitu juga ada kemungkinan Manchester City akan datang dengan timbunan wang untuk membeli sesiapa pemain Spurs yang mereka berkenan di hati.

Seperkara lagi, bagaimana Spurs akan berdepan dengan seteru Big Four bakal menentukan sama ada mereka mampu untuk berada di empat tempat teratas EPL. Menang dengan Liverpool satu hal, tapi belum tentu lagi dengan Arsenal, Chelsea dan Manchester United. Itu belum kira perlawanan di tempat lawan.

Jadi apa pendapat kamu semua? Boleh atau tidak Spurs memecah monopoli Big Four musim ini? Sila beri komen dan kalau boleh cuba sangkut pautkan dengan konteks sosio masyarakat Islam Hadhari.

Dah, aku nak berehat dulu, McDonald’s Delivery aku dah sampai.
13

Assalamualaikum.

Pertama tama sekali, saya nak ucap selamat berpuasa. Hari tu dah ucap tapi tapi itu pra puasa, kali ni dah actual puasa. Hari itu dah kata, hari tu masa kami kalahkan hulk...hull city tu, tapi kali ni, sempena kejayaan ke tiga kami, selagi lagi, kami ucapkan selamat menang lagi,,, maksud kami, selamat berpuasa 2-1, maksud saya, selamat menjalani ibadah puasa. Susah betul nak get it straight, maklumla, lapar.

Now where were we? Ooo, that menang lagi thing of course. Ok. 2-1 ke atas west ham. Ceritanya gini.....

Bilik persalinan. 10 minit sebelum perlawanan... Jermaine Dafoe dan rakan rakan telah dipaksa menandatangani satu agreement dengan Cikgu Mat (siapa cikgu Mat? tanya penyokong spurs sejati). Barangsiapa score melebihi 2 gol dalam perlawanan ini, maka dia akan di jual ke kelab kelab-kelab berikut mengikut turutan seperti di bawah:

2 gol pertama : Arsenal
1 gol berikutnya : Manchester
Another one goal : Liverpool

Maka kerana itu, tiada siapa mangkuk yang berani score lebih lebih. Seperti yang saya telah janjikan dalam entry yang terdahulu, kami telah menepati janji kami kali ini iaitu tidak score banyak sangat. 2-1 tu, kira hadhari lah tu, sempena ramadhan ini.

Saya juga cukup terhibur tengok gol yang macam team kami tak nak score jer tu, tapi masuk jugak. Satu player tu tengah minum kat tepi padang, penat, pastu datang bola kat dia, dia yang tengah minum, pass balik bola kat Jermain Dafoe, bla bla bla...... Goal. Hahahaha. Personaly, ni la gol yang paling bersahaja saya pernah tengok, literally.

Saya tak mahulah cakap banyak banyak di bulan puasa ni. The fact yang dimana kami berada sekarang sudah speak for it self.

Sekali lagi, selamat berpuasa 2-1, maksud saya, selamat berpuasa.

*Lepas buka, saya mungkin tulis sumthing yang sama sekali tidak boleh ditulis di siang hari ketika berpuasa kerana ia akan jeopardise puasa saya, dan yang membaca, tengok nanti camner.

Sekali lagi, 2-1, maksud saya, selamat berpuasa.

John Lennon & Usain Bolt meraikan kedatangan Ramadhan
20

Rebiu Fulham Lawan Chelsea – Minit Ke Minit

LuciusMaximus
Jejak Kasih - Encik Drogba dari Ivory Coast ditemukan dengan saudara kembarnya Anelka dari Perancis yang terpisah semenjak dilahirkan

Minggu lepas tekaan aku untuk perlawanan ini ialah Chelsea menang, 2-1 dengan gol jaringan Didier Drogba dan Nicolas Anelka untuk Chelsea manakala Clint Dempsey menjaringkan gol tunggal Fulham.

Ulasan pra perlawanan, Jamie Reeves dan Paul Masefield (ESPN Star) berhujah bahawa agak mustahil untuk Drogba dan Anelka bermain bersama.

Sepak mula – Chelsea
1 Aku tuangkan gelas pertama air soya Yeo’s yang dibeli di Servay 3 jam sebelum perlawanan bermula dan buka kacang Supernut berperisa bawang.

12 Ballack dan Drogba berebut untuk mengambil tendangan percuma. Drogba meletakkan bola di posisi yang dikehendakinya dan kemudian Ballack mengubahnya kembali. Ballack mengambil tendangan dan berjaya menghantar bola ke penonton di belakang gol, barisan W kerusi nombor 12.

17 Isi air soya untuk kali kedua di dalam gelas. Jumlah kacang Supernut ditelan setakat ini, 21.

20 Chelsea berkampung di luar kotak penalti Fulham, Mikel mendapat peluang untuk melakukan rembatan tapi tersasar beberapa inci dari tiang. Aku bangun untuk pergi buang air kecil.

27 SMS dari sumandak, ajak pergi kelabing. Bulan puasa, aku balas.

30 Tendangan Terry melepasi palang. Aku tertidur.

38 GOL! Anelka menguasai bola, melakukan lorongan bola yang sempurna untuk Drogba, penjaga garisan tiba-tiba merasakan bendera terlalu berat untuk dinaikkan, Drogba menghantar bola masuk ke gawang di penjuru melepasi Schwarzer yang terkapai-kapai. Aku hampir tersedak kulit kacang.

43 Lari ke 813 untuk menonton Burnley lawan Everton. Ada gaya macam Everton bakal senasib dengan Manchester United.

Tamat separuh masa pertama. Pergi seterika baju dan seluar untuk pakaian kerja.

51 Tipikal, Fulham menguasai perlawanan separuh masa kedua. Kamera fokus ke arah Ancelotti untuk beberapa saat. Tekaan aku tepat, Ancelotti mengenakan sut Armani warna kelabu dan tali leher Chelsea berwarna biru. Agak-agak di mana aku boleh beli?

54 Drogba menguji Schwarzer sekali lagi selepas menyambut baik bola lintang Anelka. Aku berjaya habiskan semua kacang Supernut. Tuang air soya ke dalam gelas untuk kali ketiga.

60 Sakit perut, masuk jamban sekejap.

65 SMS dari kawan, terkena tuduhan belot kerana tidak bertandang ke rumah dia untuk menonton bola. Aku jawab ‘rumah kau takde Supernut’.

69 Lari ke 811, FC Girondins de Bordeaux 1 OGC Nice 0.

72 Lampard melakukan lerekan yang melepasi gawang gold dan hanya beberapa inci melepasi tiang gol. Penonton yang mengenakan jersi Fulham perlahan-lahan berjalan keluar dari Craven Cottage.

75 Tertidur lagi.

78 GOL! Drogba membuat hantaran ke arah Anelka. Meluru melalui bahagian tengah dan bersemuka satu lawan satu dengan Schwarzer. Le Sulk melakukan side step untuk memperdaya penjaga gol Fulham dan dengan lafaz Bismillah menyumbat bola masuk ke dalam gol.

80 Aku rasa Anelka tak puasa, macam selalu.

83 Tuang air soya ke dalam gelas untuk kali keempat. Lari ke 813 sebentar, Burnley 1 Everton 0. David Moyes agak berair matanya.

90+3 West London Derby tamat. Semua penonton di Craven Cottage bersorak gembira bila PA mengumumkan bahawa England telah memenangi Ashes.

Tekaan aku Chelsea menang, betul. Dua gol untuk Chelsea, betul. Jaringan oleh Drogba dan Anelka, betul. Cuma yang tidak betul ialah tiada gol untuk Fulham dari Dempsey.

Moral? Aku sepatutnya ganti Jamie Reeves dan Paul Masefield di ESPN.

Atau kita boleh kata, Sokernet jauh lebih tepat dan betul berbanding ESPN.

8

Berita Liverpool

MDM FARAH FAIZURA ,
Cerita satu - Babel dah kena warning.

Ok, selamat Ramadan semua kepada peminat bola sepak negara terutamanya peminat Liverpool. Apa macam? (Buat style Zainal Abas – Siapa Zainal Abas? Tengok Yotube ini.)


Ok, aku tanya lagi, apa macam? Betul tak? Tak ada cerita sangat nak update. Main lawanVilla pun tak lagi. Cuma yang agak best, Rafa dah warning Babel dah sebab main tak sama dengan harga. Liverpool habis £11.5million tu nak amik Babel ni. Tapi Babel buat tak menghargai lak dengan performance yang sama dengan performance Ahmad, dari rumah hijau. Hah, elok lah tu. Rafa pun dah cakap dah, “"He will have opportunities to prove himself with so many games coming up, but it is important he has the right mentality.”

Ya, Babel perlu right mentality. Kalau tak right, logiknya, tak true lah kan. Hmm...


Cerita 2. Merapu.

Sebab entri tu pendek sangat. Aku amik alternatif nak tambah entri. Agak merapu, tapi layanlah.

Liverpool malam ini akan tampil untuk mencari kemenangan yang ke 80 sepanjang pertemuan dengan Villa. Villa pulak nak cari kemenangan yang ke 52. Tapi harap2, jangan pulak Liverpool or Villa tambah seri mereka yang ke 38. Rugi beb.

Jadi aku harap Liverpool kali ini akan menang bergaya, hasil daripada perjuangan gigih Steven Gerrad dan kawan-kawan. Itu yang aku suka kat Gerrad walaupun aku tak suka sangat style rambutnya tu. Nak kata gunting askar, tak jugak, nak kata gunting RELA lagilah bukan, jadi aku tak tau style apa. Tapi setidak-tidaknya ia lagi ok daripada rambut Donald Trump, dan rambut Jamal Abdillah @ Jama dalam filem 'Ghazal Untuk Rabiah'.

Sori, agak melalut cerita pasal rambut pulak. Aku nak cerita pasal apa yang Liverpool perlukan untuk memang 3 piala. Tapi sebab tak ada berita sangat, aku pun cubalah minta pendapat orang berkenaan hal itu.

Orang pertama yang aku tanya adalah bapak aku sendiri. Aku telefon dia, jam 7.30 pagi. Aku agak, time tu dia sedang sedap berguling nak sambung tido balik.

Aku pun tanya, “Apa pendapat ayah, tentang apa yang Liverpool perlukan untuk menang 3 piala pada tahun ini?”

Cepat jek bapak aku jawab, “Kau gila?”

Pelan-pelan aku matikan call. Tak pasal-pasal aku jadik Tanggang, kena sumpah jadik tikar getah. Raya dah dekat dah ni.

Lepas tu, aku jumpa sorang mamat Nepal ni. Pendatang haram yang tinggal kat Jelebu, Negeri Sembilan. Dia sedang berlatih menjadi orang tempatan dengan harapan mahu mengaburi mata pihak berwajib. Aku pun tanya soalan yang sama.

Katanya, “Adat buapak, adat berlembago. Orang ke bulan, ekau ke mano. Liverpool?”

Aku dah menyumpah-nyumpah dalam hati. Agak-agak lah nak praktis cakap Nogori pun. Orang tanya elok-elok, dia perli pulak. Perli dalam loghat Nogori lak tu. Nak je aku panggil RELA. Nak tengok adat buapak apa pulak dia nak cakap dengan RELA tu. Tapi pasal bulan Ramadan, aku pun blah dengan semangat burung Liver yang ditahan-tahan.

Aku jumpa pulak sorang mamat Indon yang memang kerja secara halal kat sini. Aku tanya soalan yang sama jugak. Mamat Indon yang pakai baju jersi Persib Bandung itu angguk-angguk kejap sebelum jawab, “Aku rasa Liverpool itu butuh....”

“Hoi! Kau jangan nak carut Liverpool!” Cepat aku potong cakap mamat Indon itu.

“Pak, bapak usah salah sangka. Saya cuma mahu bilang, kalau Liverpool itu pengen menang 3 piala, Liverpool butuh....”

“Hoi!” Aku dah start nak temper dah. Siut. Ramadan-Ramadan pun nak mencarut ke?

Mamat Indon tu senyap jek. Kemudian aku tengok dia tarik nafas panjang. Lepas tu dengan sekali nafas dia cakap cepat-cepat, “Liverpool itu butuh pemain seperti Alonso, pasingnya pas, dan accurate!”

Aku tak sempat nak hoi, pasal dia cakap sekali nafas. Kemudian aku diam. Barulah aku kembali sedar. Maksud perkataan 'butuh' tu dalam bahasa Indonesia sebenarnya adalah 'Perlu atau harus'. Macam manalah aku boleh lupa, padahal kerja aku memang translete bahasa Indonesia ni.

Untuk kaver malu, aku pun cakap, “Aku setuju. Tapi bagaimana dengan kelab lain. Man U, Arsenel, Chelsea, dan Totenham, adakah mereka juga sangat butuh?”

Mat Indon tu senyap kejap. Mungkin agak pelik dengar soalan aku. Tapi dia cakap jugak. “Kelab-kelab itu juga sangat butuh....”

“Berapa kali butuh?” Aku pantas potong.

Mat Indon itu tambah pelik dengar soalan lanjut aku tu, namun tetap juga dibuat-buat tahu dan jawab, “Kelab-kelab itu butuh berkali-kali....”

“Kau cakap kelab tu butuh, Persib Bandung pun butuh jugak,” cepat aku potong lagi.

“Ya, Persib Bandung memang butuh....”

“Ok, terima kasih,” potong aku lagi sambil tepuk-tepuk bahunya. Lepas tu aku blah sambil senyum2. Mamat Indon tu pulak, terus buat muka hairan-hairan.

Kemudian aku tanya pulak Nazmi Yaakob, guna Facebook. Yalah, sekarang semua orang pakat guna FB jek. Kemudian aku terima mesej dari FB Nazmi Yaakob

'assalamualaikum,

terima kasih kerana mengirimkan permintaan add as a friend. dengan rendah hati saya memohon sdr memperkenalkan diri.

salam hormat'

Owh. Aku dah start pelik. Cek punya cek. Rupanya dia ni penyokong Chelsea. Padanlah macam tu. Aku dah terbayang Drogba tengah sengih-sengih layan game Mafia atau ZOO kat Facebook. Aku syak, game ZOO Drogba dah penuh dengan binatang, takpun dia main2 kidnaped dengan Puyol kat Barca. Ok, fine.

Lepas beberapa orang aku interview, haram sorang pun tak boleh nak bagi pendapat yang bernas. Jadik merapu jugak akhirnya cerita aku. Apa macam? Betul tak?

YNWA






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...