ARKIB SOKERNET

24

LIVER WHAT???

saudagar gaRAM.. Rabu, September 30, 2009
atas nama kebizian,dah berapa malam gua tak layan bola..sibuk dengan mau raya lagi,dengan projek jadah nak siap cepat time ni lagi..sampaikan nak mandi pon sempat pikir dua tiga kali.

masa team cap ayam kena titik dengan chelsea pon gua tak tengok..ntah jadah apa diorang main sampai kena titik.blom lagi masa kena dengan setan merah..hampir gua sekeh kepala redknapp masa tu..

senang senang je rooney bermaharajalela masa tu..
tapi cap ayam bangkit semula lepas dua game kalah..nasib baik depa tak buat pasal dengan gua..kalau sampai tiga game kalah berturut,mau je gua lempang redknapp tu.

titik burnley yang penah titik setan merah masa season baru mula aritu pon gua tak tengok..tau kat livescore result jek..so gua tak berani nak ulas,pasal gamenya gua tak tengok.
selamba je cap ayam bagi 5-0.keane tu siap buat hat trick plus one lagi..




pon gua tak tengok game tu..bizi layan konsert m.nasir kat tivi mana ntah..
tapi,tadi gua kelapangan berkesempatan layan game LIVERPOOL lawan kelab FIORENTINA..
masa gua layan game ni tadi pon ada dengar suara sorang mamat yang duduk belakang gua..FIORENTINA ni geng mana plak?tak penah dengar pon..

gua syak yang tanya ni bebudak sekolah kot..zaman BATISTUTA main kat FIORENTINA dulu depa dok bizi main pasir kat padang permainan lagi masa tu..

last gua tengok game FIORENTINA memang masa BATISTUTA dulu pon rasanya..punyalah disanjung mamat tu kat FIORENTINA,siap ada satu statue dia dah plak..dah tahap ALAN SHEARER kat NEWCASTLE dah..


masa gua sampai kedai mamak,game dah mula dalam 10 minit,nampak satu mamat FIORENTINA main sket punya elok..luas je kiri kanan dia.ada je tempat dia nak menyelit.

rambut dah macam JIM MORRISON plak tu..nama STEVAN JOVETIC..muda lagi ni.main elok..
ada je tempat kosong dia selit.

tak lama gua tunggu,mamat ni bagi sebijik..kontrobesi sket pasal kat mamak tu ramai penyokong LIVERPOOL tadi.diorang syak mamat ni OFFSIDE..
maklumlah ITALIAN football ni main memang selalu pantas nak lepaskan diri dari perangkap offside..

REINA memang tak dapat watpe dah masa tu..

masa first half,gua tak tau apa jadah LIVERPOOL main..cam budak sekolah gua plak.jadah passing kat baju ungu?buta kaler kot..memang semua passing cam gampang.senang senang je lepaskan ball possesion kat mamat fiorentina..

pastu mamat JOVETIC tu bagi plak lagi sedas..mamat LIVERPOOL dah lopong je.gua?gua sebenarnya datang nak tengok BARCA main..dah mamak tu pasang LIVERPOOL,gua layan jelah..

tamat first half.gua dah mula rasa LIVERPOOL malam ni hancus..bila mula second half,LIVERPOOL dah mula sket panas..tadi main jadah apa ntah..ni nampaklah jugak bagus,yang FIORENTINA plak satu hal.masa second half gua syak FIORENTINA main 8 orang je kot..haram tak nampak mamat FIORENTINA,maybe diorang lepak belakang gol pekena cendol..

itupun tetap LIVERPOOL tak bleh makan..goalkeeper FIORENTINA tu hah bukan kena banyak sangat wat save pon..game yang membosankan pada gua.
tapi second half barulah merasa tengok LIVERPOOL main.kalo harap masa first half tadi agaknya memang gua dah terlelap kat kedai mamak tu..

final score, LIVERPOOL jinak kat ITALI..
2-0
30

Stoke City 0 - 2 Manchester United. Giggsy! Giggsy!

Jorji Ahad, September 27, 2009
Ibarat sirih pulang ke gagang, Manchester United kembali ke puncak persada liga perdana inggeris apabila menumpaskan Stoke City 0-2. Sementara rekod tanpa kalah Chelsea hancur apabila digulai oleh Wigan di DW stadium.

Itulah klimaks cuti raya tahun ini sebelum semua akan memulakan kerja isnin depan.

Apa yang berlaku di Britannia stadium adalah rutin. Manchester United menang-rutin. Giggsy cemerlang dalam ketenangan-rutin. Kembali ke kedudukan no 1 liga juga rutin. Tiada yang baru, pelik atau sebarang masa tambahan diperlukan.

Nani perlu banyak belajar dari Giggs. Beliau perlu tahu bila mahu menghantar bola ke tengah, menyimpan bola, menolak atau membuat percubaan. Semua itu ditunjukkan (disekolahkan) dengan baik oleh Giggsy. Tenang dan tepat. Hasilnya Berba dan O' Shea terus berlari ke arah Giggsy untuk meraikan jaringan mereka kerana ianya adalah 'assist' yang sempurna dari Giggs.

Walaupun Stoke City meletakkan 6 pemain pertahanan, dan ianya terbukti menyukarkan Manchester United untuk menembusi kubu mereka, tapi pengalaman Giggs selama 20 tahun mengemudi bahagian kiri /tengah bersama Scholes berjaya menghasilkan gol serta beberapa percubaan menarik.

Keseluruhannya adalah rutin.

Ryan Giggs
35

Wigan Athletics 3 Chelsea 1

LuciusMaximus Sabtu, September 26, 2009
Mak cakap, kalah menang adat perlawanan.

Aku berani jamin Bramble, Rodallega dan Scharner dapat minum bir percuma malam ini di Wigan.

Petr Cech dengar khabar dah beli tiket kapal terbang balik Republik Czech. Sambung cuti raya katanya.

Eh, apa cerita raya kamu semua? Best tak?
32

Khairul Azman Mohamed

LuciusMaximus Isnin, September 21, 2009 ,
Tahun 1992, Stadium Darul Makmur di Kuantan akan dipenuhi sekitar 20,000 penyokong setia Pahang yang mahu menyaksikan skuad Tok Gajah mereka beraksi dalam Liga Malaysia. Di hujung padang, di tengah pintu gol Pahang berdiri seorang lelaki tinggi lampai dengan rambut panjang bertocang. Suaranya lantang memberi arahan kepada barisan pertahanan Pahang, sambil tangan bersarungnya sekali-sekala memberi tunjuk arah.

Lama sebelum Real Madrid muncul dengan idea Galacticos mereka, Pahang terlebih dulu memulakan projek sedemikian. Atas titah baginda Sultan Pahang yang mahukan Piala Malaysia dibawa pulang ke Kuantan, Pahang membina skuad yang dibarisi Mubin Mokhtar, Zainal Abidin, Dollah Salleh, Fandi Ahmad, Borhan Abu Samah dan Alan Davidson. Tetapi ada satu posisi yang pemainnya tidak perlu diganti. Posisi penjaga gol Pahang kekal milik Khairul Azman Mohamed, lelaki tinggi lampai bertocang yang kali pertama menyarung jersi Pahang di tahun 1985 ketika baru berumur 17 tahun.

Siapa yang tidak kenal Khairul Azman? Dia bukan sekadar penjaga gol Pahang tetapi juga penjaga gol Malaysia. Dan ketika zaman kemuncaknya Khairul Azman pernah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik Asia.

Kehadiran beliau di pintu gawang menggusarkan banyak pemain serangan lawan. Khairul Azman adalah benteng terakhir skuad Pahang dan beliau bukan penjaga gol yang mudah dibolosi. Reputasi beliau meletakkan Khairul Azman sebaris dengan V Arumugam dan Rashid Hassan.

Ketika Khairul Azman bermain atas padang bolasepak, Iker Casillas masih lagi bermain di atas padang permainan kanak-kanak.

Tahun 1993, Khairul Azman membantu Malaysia menjuarai Piala Merdeka selepas menewaskan Korea Selatan 3-1.

Keutuhan beliau menjaga gawang Pahang membawa skuad Tok Gajah itu bergelar juara berganda Piala Malaysia dan Liga Malaysia pada tahun 1992. Khairul Azman turut membantu Pahang bergelar naib juara Piala Malaysia tahun 1994.

Tahun 1995 menyaksikan lelaki tinggi lampai bertocang ini menyeberangi Laut China Selatan dan berhijrah ke Sabah. Khairul Azman membantu skuad Badak memenangi trofi pertama mereka, Piala FA pada tahun 1995. Tahun berikutnya, Khairul Azman memainkan peranan membantu Sabah menjuarai Liga Malaysia, kejuaraan kedua negeri di bawah bayu sehingga kini.

Tahun 1996 juga menyaksikan Sabah layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama. Namun skuad Badak tewas di tangan Gergasi Merah, Selangor.

Kebolehan Khairul Azman tidak terhad di kancah domestik. Beraksi untuk Malaysia dalam Piala Tiger 1996, beliau membantu Malaysia bergelar naib johan setelah tewas kepada Thailand 1-0.

Pencarian Piala Malaysia Khairul Azman bersama Sabah bagaimana pun tidak kesampaian. Layak ke akhir dua kali pada tahun 2002 dan 2003, tetapi sekali lagi tewas kepada Petaling Jaya dan Selangor. Khairul Azman akhirnya mengambil keputusan untuk menggantung but bolanya pada tahun 2005 selepas gagal pulih dari kecederaan.

Di mana abang Khairul Azman sekarang?

Beliau kini menetap di Penampang, Sabah bersama isteri Caren John Bion dan anak. Beliau kini tidak bekerja dan hidup bergantung pada bayaran bulanan Perkeso berjumlah RM540 sebulan.

Kenapa aku menulis tentang abang Khairul Azman?

Kami berbual di telefon petang tadi. Dan dari perbualan itulah aku mahu bercerita tentang kisah beliau di sini.

Abang Khairul Azman yang pernah kita kagumi kini tidak lagi bekerja kerana kecederaan yang beliau hadapi kesan dari sukan bolasepak kesayangannya. Kecederaan beliau mengakibatkan kedua-dua lututnya sakit dan tidak berfungsi dengan baik. Lutut kanan kehilangan ligamen, tendon dan miniskus. Lutut kiri pula ketiadaan ligamen dan tendon.

Dua kali setiap minggu beliau berulang ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan mengurangkan kesakitan.

Biaya pembedahan bagi menggantikan ligamen dan tendon beliau boleh mencecah sekitar RM16,000.

Tanpa pekerjaan dan pendapatan tetap serta keluarga untuk disara, sukar buat beliau mengumpul dana bagi pembedahan tersebut.

Malam ini, Buletin Utama TV3 melalui slot Buletin Sukan bakal menyiarkan kisah Khairul Azman.

Sokernet juga turut menyeru semua pembaca dan pencinta bolasepak di luar sana untuk membantu abang Khairul Azman mengikut kemampuan masing-masing.

Derma untuk beliau boleh disalurkan ke akaun Public Bank milik Khairul Azman Mohamed bernombor 4-8352847-02.

Atas segala bantuan yang disalurkan, Sokernet bagi pihak abang Khairul Azman mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga Tuhan membalas jasa baik tuan puan adanya.
18

Rebiu Chelsea Lawan Cap Ayam - Tiga Juadah Ayam Di Hari Raya

LuciusMaximus
White Hart Lane cooked chicken fat chilli padi oleh Chef Ashley 'Overlapping' Cole
(Ayam White Hart Lane masak lemak cili padi)

Spurs duftenden Zitronen-Gras Huhn rendang bertahi Öl oleh Chef Michael 'Ubermensch' Ballack
(Rendang ayam Spurs serai wangi bertahi minyak)

Tottenham capitaine de poulet au curry avec des pommes de terre oleh Chef Didier 'The Drog' Drogba
(Kari ayam Tottenham Kapitan dengan kentang)

Tiga sajian lauk ayam malam tadi di Stamford Bridge sempena rumah terbuka Chelsea memang yang terbaik raya ini. Memang tak sia-sia aku beraya di Stamford Bridge.

Awal permainan, Jose Bosingwa menguji bekas veteran Chelsea, Carlo Cudicini dengan percubaan luar kotak penalti. Namun tendangan jauh Bosingwa dinafikan oleh tiang reban ayam Spurs.

Spurs memberikan tentangan hebat di awal permainan. Macam ayam di kampung yang melawan dan berteriak lantang bila tertangkap. Ayam bernama Jermaine Defoe membolosi kepungan para penangkap ayam Chelsea tapi cubaan beliau dinafikan oleh Petr Cech.

Ayam Tom Huddlestone menggegar kepungan Chelsea sekali lagi, tapi Petr Cech bertindak bijak untuk menangkis bola. Ayam laga Spurs, Jermaine Jenas pantas merebut bola tapi macam ayam tempang, tendangannya tersasar jauh.

Melihat kepada keliaran ayam-ayam Spurs, Ashley Cole naik ke atas untuk menjalan tugas overlapping fullback beliau. Hantaran Drogba disambut baik di tepian reban ayam Spurs dan melalui satu tandukan padu Cole meletakkan bola di dalam reban pada minit ke-31.

Terkejut, ayam-ayam Spurs riuh sekampung ibarat baru bertelur sebiji. Tapi para penangkap ayam Chelsea tenang di sebalik keriuhan itu. Ini bukan kali pertama Chelsea berdepan dengan ayam-ayam Spurs di Stamford Bridge. Chelsea belum pernah dikalahkan oleh Spurs dalam 23 perlawanan sebelum ini di Stamford Bridge, hampir 20 tahun lamanya.

Masuk separuh masa kedua, Didier Drogba menembusi kelompok ayam Spurs seawal minit ke-47 dan melerekkan bola buat Frank Lampard tetapi cubaan Lampard tersasar dari reban ayam Spurs.

Baru ayam-ayam Spurs mahu bertenang kembali, mereka dikejutkan dari tidur-tidur ayam mereka bila Lampard menarik bola masuk dari garisan padang untuk Michael Ballack menyembelih ayam Spurs yang kedua, tepat minit ke-57.

Spurs membuktikan mutu cap ayam sebenar mereka pada minit ke-62, bila The Drog dengan mudah menewaskan saingan ayam kampung bernama Corluka sebelum memperdayakan Cudicini untuk gol ketiga Chelsea. Darah ayam Spurs menitis di atas padang Stamford Bridge sambil bapak ayam Harry Redknapp menggelupur kehilangan nyawa.

Hari raya memang best dapat makan ayam.

Perlawanan malam tadi adalah derby ke-140 antara Chelsea dan Spurs. Ia adalah kemenangan ke-59 Chelsea ke atas Spurs. Chelsea kini mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di Stamford Bridge kepada 21 perlawanan berturut-turut. Kemenangan malam tadi juga adalah kemenangan ke-11 berturut-turut dalam EPL, satu rekod baru untuk Chelsea.

Buat Cap Ayam Spurs, tuah ayam nampak di kaki, tuah Spurs mungkin lawan Arsenal nanti. Harap-haraplah.
45

KLASIK 2009: MANCHESTER DERBY

Saya tanya, layak bukan game malam tadi dipanggil klasik?

Game yang bakal diceritakan 10 tahun lagi.

Antara game yang saya ceritakan pada cucu-cucu saya 30 tahun lagi.

A real thriller, bak kata orang puteh.

Adrenalin rush.

Dan seperti biasa, ending yang menggugah jiwa.

Cucu-cucu saya sudah duduk bersila di beranda rumah sambil berlatarkan muzik cengkerik dan angin hutan.

Yes, Adebayor tak main, tapi itu lebih memberikan jawapan. Learn to get over it, seperti Manchester United tidak kerinduan tanpa Ronaldo. Atau dalam kes mereka, belajar jangan bergantung pada Gerrad, err, maksud saya Adebayor. Sorry Scousers.

Oh, kita ada potensi deja-vu meraikan dendam.

Tapi Tevez hanya mampu sengih. Dan gelak selepas game, itupun mungkin mendengar satu dua joke Andeson yang lame.

Rooney masih tidak putus asa. Mahu memberitahu satu dunia kami tidak rindu-rinduan pada Ronaldo. Manchester City...tersentak.

Ben Foster pula berikan kami rindu-rinduan pada Van Der Sar. Hatinya besar mahu menjadi Manchester United No.1, tapi kalut berdepan dengan Tevez yang memastikan assist untuk Barry.

Saya tahu kedai mamak satu Malaysia sudah hampir roboh.

Fletcher dahulu adalah si lembik yang selalu menjadi pujaan kerana tidak berguna sesen pun. Tapi tahun ini dia sudah matang. Sudah pandai main big game. Dia balas untuk satu gol yang merobek hati pembenci Man U.

Bellamy kata, no way. Kami mahu buktikan Blue is the real one. Cantik juga dia kasi.

Sekarang sudah 2-2, game yang awalnya dijangka gol tak banyak.

Not yet, itu kata saya bila bercerita depan cucu saya. Game belum habis, cerita belum habis and you only heard the half of it (peh, nampak sangat saya kahwin dengan mat saleh ni, atau anak saya kawen dengan mat saleh, amin).

Tanduk sana, setting sini, tanduk sini, setting sana. Wauuu, saya sungguh terkejut kerana Manchester United control game ketika ini.

Ah, mana boleh seri, kata saya kepada cucu-cucu saya. It's all about pride, about glory.

Giggs orang tua. Tapi orang tua ini masih boleh kasi satu passing kena pada kepala...teka siapa?

"Fletcherrrrrr!!!" jerit cucu-cucu saya.

Saya senyum. Memang layak jadi cucu-cucu saya.

okey, 3-2 sudah cukup. Tapi main bertahan bukan stail Manchester United. Keep on going. Push! Push! Push!

SEPULUH MINIT sahaja lagi. What else they could do right?

Yet! Not yet!

Pernah dengar Rio Ferdinand? Ini idola kawan atuk, Pipiyapong. Well, dia mahu main cantik. Main cantik dia ialah dengan buat chip kena badan Gareth Barry dan masalahnya...

Gareth Barry main side satu lagi! Baik dia lorongkan pada Bellamy.

Jangan harap Rio keluarga Ferdinand ni boleh match dengan pace Bellamy.

Kedai mamak masa ni sudah roboh. Meja habis terbalik. Anti Manchester sudah tersengih-sengih. Padahal seri je.

Minit ke 90!

Masa sebenar sudah habis.

Tunggu pengadil bunyikan wisel.

ohhhh, seri dan it's all even. Tapi ego The Blue side akan naik melonjak-lonjak sebab berjaya seri di Old Traffod.

Not yet!

Tadi nampak Owen terkedek-kedek masuk.

Sebab apa?

Sebab 4 minit selepas itu, si tua Giggs kasi satu perfect pass pada Owen yang berada di sebelah kiri. Owen lari sikit dan kasi tendang ke penjuru kanan. Nah, ini jawapan kepada sesiapa yang kata Fergie sudah nyanyuk, buat benda bodoh.

A decision that they wish, they have the balls to do it, right?

Selepas tu apa jadi Tok? Tanya salah seorang cucu saya.

Saya tersenyum.

Selepas itu yang dinamakan klasik. Dinamakan sejarah. Dinamakan truly Manchester United spirit.

Ahhh, kami menang 5 European Cup, jerit seorang cucu saya dari satu penjuru, konon-konon tak mahu mendengar cerita saya pada tahun 2039 itu. Tapi pasang telinga juga.

Saya sekadar tersenyum mengenangkan berapa banyak European glory yang telah kami kecapi selepas tahun klasik 2009 itu.

Isteri saya datang membawakan teh dan lemang. Cerita bola di Aidilfitri habis disitu dan kami tukar topik cerita keamanan dunia, sosio-ekonomi dan falsafah Plato.

TAMAT



11

Prebiu: Chelsea Makan Rendang Ayam Tottenham

LuciusMaximus Ahad, September 20, 2009
Rumah Terbuka Aidilfitri Chelsea

Mana?
Stamford Bridge, London, Sw6 1 HS

Bila?
1 Syawal, 4.00 petang waktu London

Pakaian?
Baju Melayu lengkap bersamping warna biru sedondon untuk lelaki
Baju Kebaya Nyonya warna biru sedondon untuk wanita

Makan?
Rendang ayam Tottenham masak Defoe
Kari ayam Spurs ala Redknapp

Berapa pinggan boleh makan?
Dua pinggan cukuplah. Drogba satu pinggan, Malouda lagi sepinggan. Semua sekali 2-0.

Siapa lagi datang?
Dengar cerita, Joe Cole datang kalau sihat tubuh badan.

Abramovich?
Mestilah ada. Pakai baju Melayu biru Teluk Belanga lagi.

Ancelotti pakai baju Melayu juga?
Tak, dia pakai sut Armani macam biasa.

Eh, rumah terbuka Manchester apa cerita?

Gambar suka-suka rembat dari sini.
19

Siri Khas Raya Di Sokernet - Dendang Perantau

LuciusMaximus
Hari raya ni, sambil dengar lagu Dendang Perantau, memang terkenang kampung halaman dibuatnya. Teringat pkok kelapa, rambutan, ayam itik, kerbau kambing dan macam-macam lagi.

Biasalah, nostalgia lama kembali berulang.

Bercakap tentang nostalgia di Sokernet, sempena hari raya ini marilah kita mengenang kembali kelab-kelab yang pernah beraksi penuh hebat dalam kancah EPL dahulu tapi kini merantau di liga bawahan yang lain.
Newcastle United

Siapa kot?
Newcastle United ditubuhkan pada tahun 1892. Popular dengan nama jolokan The Magpies dan diwar-warkan sebagai satu-satunya kelab bolasepak di Newcastle upon Tyne. Stadium mereka ialah St James’ Park dengan kapasiti 52,387 penonton. Kelab yang mempunyai kepercayaan kuat tentang messiah (penyelamat). Baru saja tersingkir dari EPL musim lepas, oleh itu masih lagi segar dalam ingatan para peminat bolasepak.

Hebat sangat ke?
Newcastle United kali pertama naik ke EPL pada musim 1993/94, di bawah pimpinan Kevin Keegan, salah satu dari messiah mereka. Dalam musim pertama saja mereka mencapai posisi ke-3 liga. Di bawah Keegan, Newcastle adalah sebuah pasukan yang agresif dan mereka menanam cita-cita besar untuk menjuarai takhta liga. Musim 1996/97 dan 1997/98 mereka mencapai posisi ke-2, dikecewakan oleh Manchester United biar pun membeli pemain seperti Alan Shearer (dengan rekod dunia masa itu pada harga £15 juta), Les Ferdinand dan David Ginola.

Juga kelab pilihan sebahagian rakyat Malaysia sekitar dekad 90-an dulu.

Secara keseluruhan, Newcastle United bergelar juara Liga Inggeris sebanyak 4 kali, Piala FA (6), Piala Inter-Cities Fairs (1) dan Piala UEFA Intertoto (1) sepanjang kewujudan kelab ini.

Apa cerita sekarang?
Tamatnya musim 2008/09 dan selepas bertukar messiah dalam musim yang sama (Keegan kepada Kinnear dan kemudian Shearer), Newcastle United akhirnya tersingkir dari EPL. Kini sedang mengadu nasib dalam Liga Kejuaraan dan ternanti-nanti kemunculan messiah yang baru untuk menyelamatkan mereka dan mungkin membawa kejuaraan liga ke Newcastle upon Tyne seperti yang diidamkan selama ini.
Sheffield Wednesday

Siapa kot?
Kelab dari Sheffield yang diasaskan pada 1867, asalnya dengan nama The Wednesday. Seperti namanya, ia ditubuhkan pada hari Rabu dan terkenal dengan nama jolokan Wednesday sendiri. Kenapa Rabu? Kerana asal pemain Wednesday adalah dari kalangan pemotong daging dan pada masa itu mereka bekerja separuh hari setiap Rabu. Stadium mereka ialah Hillsborough (39,814), yang menjadi lokasi pada Tragedi Hillsborough pada tahun 1989 bila 96 penyokong Liverpool terkorban akibat kesesakan penonton.

Hebat sangat ke?
Sheffield Wednesday adalah antara kelab pengasas EPL. Pencapaian terbaik mereka ialah posisi ke-7 (musim 1992/93, 1993/94 dan 1996/97). Selebihnya Wednesday hanyalah sekadar kelab pertengahan liga. Pada musim 1999/00, Wednesday menamatkan saingan liga di posisi ke-19 dan tersingkir dari EPL. Chris Waddle, David Hirst dan Mark Bright antara pemain yang pernah membarisi skuad Wednesday dalam era EPL mereka. Tidak lupa juga, Benito Carbone barangkali.

Wednesday pernah memegang kejuaraan Liga Inggeris sebanyak 4 kali, Piala FA (3) dan Piala Liga (1).

Apa cerita sekarang?
Seperti Newcastle, Wednesday kini sedang mengadu nasib di Liga Kejuaraan. Musim 2009/10 adalah musim ke-4 mereka dalam liga tersebut setelah dipromosi naik pada musim 2005/06 dari Liga 1.
Nottingham Forest

Siapa kot?
Sebuah kelab bolasepak dari Nottingham dan diasaskan pada 1865. Popular dengan panggilan Forest, namun begitu ianya tidak ada kena mengena dengan sebarang hutan banat di Nottingham sana. Bermain di City Ground, sebuah stadium dengan kapasiti 30,602 penonton. Lewat 70-an adalah zaman kegemilangan Forest di bawah pimpinan pengurus xenophobia, Brian Clough.

Hebat sangat ke?
Musim 1977/78, Forest dipromosi naik ke Divisyen 1 (pra-EPL) dan mereka terus menjuarai liga dalam musim pertama di sana. Namun begitu bila Divisyen 1 bertukar menjadi EPL, Forest mendapati diri mereka tersingkir di musim pertama setelah hanya mampu menduduki posisi ke-22 liga. Mereka kembali semula ke EPL pada musim 1994/95, bertahan untuk 3 musim sebelum tersingkir kembali. Musim 1998/99 Forest dipromosi kembali ke dalam EPL tetapi menjelang akhir musim mereka berada di kedudukan tercorot liga dan tersingkir sekali lagi.

Nigel Clough, Stuart Pearce dan Stan Collymore adalah antara pemain yang pernah bermain untuk Forest dalam era EPL mereka.

Kabinet trofi Forest terdiri dari 1 kejuaraan Liga Inggeris, Piala FA (2), Piala Liga (4) dan 2 Piala Eropah (pra-Liga Juara-Juara).

Apa cerita sekarang?
Forest kini melalui musim kedua mereka dalam Liga Kejuaraan, selepas bergelumang dalam Liga 1 selama 3 musim sebelum ini. Mereka adalah satu-satunya kelab Inggeris yang pernah menjuarai kejuaraan Eropah tetapi kini bermain di luar EPL.
Leeds United

Siapa kot?
The Whites adalah nama panggilan mereka. Nama penuhnya Leeds United Association Football Club dan diasaskan pada tahun 1919. Kelab yang berpengkalan di Leeds ini bermain di Elland Road yang berkapasiti 39,460 penonton. Elland Road, mengikut kata Sir Alex, mempunyai atmosfera yang paling mencabar dalam bolasepak Eropah.

Hebat sangat ke?
Siapa yang tidak kenal Leeds United bermakna baru 3 atau 4 tahun mengikuti EPL. Salah satu kelab pengasas EPL, Leeds United beberapa kali mencabar kejuaraan liga, rekod terbaik mereka ialah posisi ke-3 pada musim 1999/00, sebelum akhirnya tersingkir pada musim 2003/04 setelah hanya mampu menduduki posisi ke-19 liga. Dua belas musim dalam EPL, Leeds menghabiskan majority darinya berada dalam kedudukan lima teratas EPL.

Sumbangan paling besar Leeds ketika berada dalam EPL ialah melahirkan pemain-pemain ternama yang juga turut pernah mencuba nasib di kelab EPL yang lain. Antara yang pernah menyarung jersi putih Leeds ialah Eric Cantona, Gary Speed, Gordon Strachan, Gary McAllister, Tony Yeboah, Harry Kewell, Nigel Martyn, Jonathan Woodgate, Lee Bowyer, Jimmy Floyd Hasselbaink, Alf-Inge Haaland, Paul Robinson, Rio Ferdinand, Mark Viduka dan ramai lagi. Mereka ini kemudiannya membarisi skuad-skuad Manchester United, Liverpool, Chelsea, Newcastle United, Tottenham Hotspur dan banyak lagi.

Dalam era kegemilangan Leeds United, mereka telah menjuarai kejuaraan Liga Inggeris sebanyak 3 kali, Piala FA (1), Piala Liga (1) dan Piala Inter-Cities Fairs sekali.

Apa cerita sekarang?
Leeds United adalah pengajaran klasik untuk mana-mana kelab yang gemar berhutang dan berbelanja besar. Ketika musim 2000/01 Leeds masih lagi beraksi di persada Eropah dalam Liga Juara-Juara. Yakin bahawa Leeds akan tetap layak ke Liga Juara-Juara musim berikutnya, pihak pengurusan mengambil pinjaman kewangan dengan harapan wang perkongsian penyiaran dan tajaan dari Liga Juara-Juara akan dapat membayar balik pinjaman mereka. Tapi Leeds gagal layak ke Liga Juara-Juara musim berikutnya. Wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar balik pinjaman dibazirkan melalui bayaran bonus kepada pihak pengurusan kelab, pembinaan gimnasium mewah, kolam renang bersaiz Olimpik di pusat latihan dan juga satu set akuarium bernilai £4 juta di pejabat pengerusi Leeds United, Peter Ridsdale.

Beban hutang yang tinggi memaksa Leeds United menjual pemain-pemain, pusat latihan dan stadium mereka. Penghujung musim 2003/04, Leeds United tersingkir dari EPL.

Tidak cukup dengan itu, pada 2007 Leeds United dikenakan insolvensi dan mengikut peraturan liga, mereka ditolak 10 mata sekaligus jatuh ke Liga 1 Inggeris.

Pada masa ini, Leeds masih lagi bergelumang dalam Liga 1, beradu nasib dengan kelab-kelab seperti Tranmere Rovers, Yeovil Town, Brighton & Hove Albion dan sebagainya, sedangkan 5 tahun lalu mereka bermain menentang kelab-kelab Eropah yang lain.

So apa pendapat you all huh? Ada tak sesiapa peminat Newcastle United, Sheffield Wednesday, Nottingham Forest dan Leeds United di sini? Atau ada kelab-kelab lain yang pernah bersaing dalam EPL satu masa dulu tapi kini tidak lagi yang kamu semua mahu tambah? Sila kongsi di ruangan komen.
9

Liverpool di pagi raya.

MDM FARAH FAIZURA
Like father, like son. Rumah bapak aku kat Sarawak ni pun, sama dengan rumah aku kat Keramat. Sama-sama takda Astro. Takkan nak tumpang Astro ketua kampung. Jadi game malam tadi yang dengarnya power tu, aku tak tengok. Sedih betul. Sib baik ada internet pulak kat rumah bapak aku ni.

Tapi, Torres dan Voronin kat Liverpool dah SMS aku dah, bagi pantun

West Ham serunding, kami makankan,
3-2 kami berikan,
Selamat hari raya kami ucapkan,
silap dan salah harap ampunkan,

Budak-budak lain cuma setakat SMS, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Huh.
Tapi tak pa, mereka dah menang kat West Ham dengan si pisau Torres dan menores dua kali luka kat West Ham. Kuyt lak seperti biasa, asyik skor lak akhir2 ni.

Naku ulas pun, aku dah tak berapa nak ada idea, ayam2 dah menanti untuk aku jamah.

Ok, selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, daripada saya, kepada semua pembaca pembaca sokernet. Tak kisahlah, peminat tim mana pun. Ada silap2 tu, jangan bawak ke mati pulak.

Selamat hari raya Aidilfitri. :)
18

SELAMAT HARI RAYA

Nazri Sabtu, September 19, 2009
Selamat hari raya kepada semua pembaca Sokernet yang budiman.

Harap-harap raya tahun ini menggembirakan.

Malam raya saya mungkin sekali tidak berpeluang untuk menonton game Manchester United vs Manchester City atas desakan komitmen berlebuhraya. Ada RNR yang pasang live telecast agak-agak? EDITED: Celake, gua salah tengok tarikh game. Bukan hari ini. Esok rupanya. Ada geng Sokernet Ipoh nak join tengok live di mana-mana kedai?

Saya akan pulang ke Ipoh sebelum berangkat ke UK pada raya kelima untuk beraya bersama Wes Brown.

Saya akhiri dengan serangkap pantun;

Kuih samperit duit raya
Lemang keras padan muka
Raya takbir, bukan take beer
Salam lebaran untuk semua


note: Saya menutup ruang komen untuk "tanpa nama" melihat kurangnya disiplin pengkomen-pengkomen kita. Mungkin anda terlalu teruja kot. Telah ditekankan sila berhemah dalam mengomen dan strictly on football matters. Mau bash, mau hina, mau carut pun, sila jangan terpesong dari subjek bola.

Komentar untuk "tanpa nama" akan saya buka kembali jika pihak pengulas yang lain mahukan ia sedemikian rupa.

Terima kasih
18

Pos Pendek Sibuk Nak Raya Punya Pasal

LuciusMaximus Jumaat, September 18, 2009
Rumah terbuka Chelsea kot?

Chelsea 1 FC Porto 0 – Minit Ke Minit

48 GOL! Anelka bermain sebagai penyerang tunggal melaksanakan apa yang sepatutnya, iaitu menjaringkan gol.

Selebihnya? Pemain Chelsea main hujan. Permainan paling buruk setakat musim ini. Tapi apa yang penting, 3 mata dalam tangan.

Selamat Jalan Peter Kenyon

Kenyon, CEO yang bertanggungjawab membawa Luiz Felipe Scolari ke Chelsea musim lepas kini mengikut jejak pengurus dari Brazil itu. Pengganti Kenyon ialah Ron Gourlay, yang sebelum ini memegang jawatan COO dan sudah 5 tahun bersama Chelsea.

Gourlay, 46 tahun, pernah memegang jawatan senior dalam pengurusan Manchester United. Macam Kenyon juga.

Selamat Hari Raya Pembaca Sokernet

Cuti raya aku bermula semenjak 16 September lagi, tapi cuma hari ini baru tiba kembali ke Kuala Lumpur. Nasib baik MAS sediakan kapal terbang tambahan. Boeing 777 lagi tu, yang penuh dengan orang-orang Semenanjung yang mahu balik beraya.

Yang peliknya, hampir 100% yang balik beraya pagi tadi tidak ketinggalan untuk makan makanan dalam kapal terbang.

Walaupun sibuk berhari raya, dengan lemang, rendang, ketupat, kuih bahulu dan air sirap, bolasepak tetap tidak dilupakan. Nasib baik kampung aku di Kuala Lumpur lengkap dengan talian jalur lebar, jadi komitmen pada Sokernet pasti diteruskan.

(Pipi, bonus raya tak de ke?)

Dengan kesempatan ini, aku mewakili kem Chelsea, Roman Abramovich, Carlo Ancelotti, John Terry dan skuad Chelsea serta seluruh warga Stamford Bridge mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faizin. Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin di atas segala keterlanjuran dan salah tutur kata kami selama ini.

Lebih-lebih lagi buat Karim dan Mat Jagung, juga tak lupa semua Tanpa Nama di luar sana.

Nanti lepas makan lemang pagi raya, aku cari gaduh lagi. Seronok sakat korang.
9

preview Manchester United vs. Manchester City

Jorji
Tiada Adebayor, Tevez dan Robinho, adakah Man City mampu menguasai permainan dan mengalahkan Manchester United?

Derby yang ditunggu-tunggu fans kedua pasukan, juga kembalinya 2 bekas hero Manchester United ke Old Trafford, Tevez dan Hughes. Jika Tevez bermain, apakah respons OT sama seperti penyokong Arsenal terhadap Adebayor? Adakah Tevez akan melakukan aksi melampau jika beliau menjaringkan gol menentang Manchester United?

Aku yakin Manchester United akan mengulangi kekemasan permainan sama seperti mereka memusnahkan rekod tanpa kalah Spurs minggu lepas. Kemenangan akan berpihak kepada Manchester United walau kesemua pemain Man City boleh bermain. Letak la semua Adebayor, Tevez dan Robinho, aku yakin Manchetser United akan menang. Gareth Barry dan Stephen Ireland aku tengok masa lawan Arsenal hari tu, tak la begitu hebat idea-idea mereka. Jauh sangat kualiti Giggsy dibanding dengan mereka berdua.

Manchester United 3 - 0 Manchester City dan Oasis!

Kem Manchester United mengucapkan Selamat Hari Raya.
25

Besiktas FC 0 - 1 Scholesy

Jorji Rabu, September 16, 2009
Dengan Sokernet, perlawanan bolasepak Manchester United sekarang lebih mendebarkan! Tak caya tanya PP. Dia lebih terasa bahangnya dengan performance Arsenal sekarang ini. :P

Perlawanan malam tadi, aku lelap separuh masa pertama. Besiktas FC lawan Manchester United untuk perlawanan pembukaan Champions League. Permainan separuh masa kedua boleh tahan hambarnya. Manchester United bermain agak teruk. Banyak hantaran yang tak berjaya. Mujur Besiktas bukan sebuah pasukan yang bagus. Langsung tak mencabar pertahanan Manchester United.

Manchetser United, apabila diundi bersama dengan Besiktas FC, bukan pasukan itu yang merisaukan Pak Alex, tetapi perjalanan jauh ke Turkey itu yang boleh menggugat performance dan kekuatan fizikal dan minda pemain. Jet lag. Itu yang Pak Alex tak suka. Balik semula ke England dan kene bersedia untuk derby Man City pula. Semua itu memenatkan pemain. Barisan pilihan kedua Manchester United nampak agak tidak menjadi bermain bersama. Gandingan Owen-Berba agak menyakitkan jiwa melihatnya. Takkan asyik nak harap Rudeboy Rooney.

Apapun menang 1-0 adalah lebih baik dari seri atau kalah.


Rudeboy Rooney bertekak dengan fans Besiktas FC yang banyak bunyi.
45

Berita Liverpool. Debreceni dan Yos we can.

MDM FARAH FAIZURA

Berita satu. Liverpool 6 Debreceni 0.

Pagi esok, akan melawan Debreceni. Sebuah kelab yang agak misteri. Tetapi misteri-misteri kelab itu pun, ia tak lah semisteri Uncle Seekers. Selepas menggodek-godek internet, menurut wikipedia, Debreceni ni kelab Hungry yang ditubuhkan pada 1902 oleh seorang owner yang ada sakit schizophrenia lalu kelab ni diberi nickname Schizo. Kat sini pun dah nampak misterinya. Kalau tahu kat Uncle Seeker, mau dia datang kat sana dan disuruh seorang perempuan Hungry yang cun, duduk sorang2 kat stadium. Kerja yang paling bodoh dalam sejarah penghantuan.

Selepas tu korang boleh baca seterusnya pasal kelab ni kat Wikipedia. Aku nak tulis panjang2 pun lemah. Yang pasti, kelab ni memang pemain Hungry jugak yang main. Ada beberapa orang jek pemain luar. Sikit sangat. Memang semangat nasional 1Hungry kuat kat kelab ni. Betul2 represent Hungry. Ini antara faktor yang buat kelab Hungry ni menjadi bahaya. Mereka akan main mati-matian demi 1Hungry. Macam Indonesia jugak, kita dok sibuk Satu Malaysia, derang pulak dok sibuk Sapu Malaysia pasal semangat patriotik yang tak tentu pasal. Bahaya betul.

Jadi, selepas berjalan di sana sini dalam dunia internet, selepas melihat apa kata2 pundit dan posession yang mereka rasa akan berjaya menitik kelab Hungry ni, jadik aku pilih posession ni. Semua sama macam belasah Burnley, tapi Carra tak main, ganti dengan mamat greek. Pastu budak baru, mesti ada main, iaitu Degen. Ganti Glen Johnson pasal, Glen dah penat sangat. Dia yang paling banyak berlari. Turun naik je kerjanya. Tapi, aku agak Yossi tak main kat posisi hari tu, pasal Masherano main. Pasal Rafa cakap kat aku, “ni semua taktikal.” Sammy Lee pun angguk2 jek dan sambung, “Ya, ni semua taktikal.” Apa macam?

Jadik, aku ramalkan Liverpool 6 1Hungry 0. Aku memang tak boleh nak ramal gol kecik2 sekarang. Terus six digit terus. Baru boleh menang juta2. Eh...

Berita kedua. Yos we can.
Aku tak tau tahap keyahudian Yossi ni. Apakah dia jenis macam Mat Rempit, tau nak gang bang je, ataupun macam budak2 kat kelapa sawit yang tau nak 3gp jek. Ataupun jenis, Bangunkan ibu suruh sembahyang, Jadilah anak yang disayang. Aduh-aduh Yossi benayoun, Mandi di kalir rambutnya basah, Tidak sembahyang tidak puasa... eh jadi lagu pulak.

Cuma aku nak tau tahap Zionisnya dia ni. Pasal jahat ataupun tidak Yahudi tu, kena tengok pada zionis. Yang jahat bunuh2 Palestin, orang yang Zionis ni lah. Patriotik membabi buat. Sibuk Sapu Palestin. Setakat ini, tak adalah pulak aku dengar dia ni tampar budak Palestin. Kalau masih macam tak percaya, kita boleh tanya Nabil. Ada tak dia saja2 makan ais krim kat depan nabil time training waktu Ramadan ni. Ataupun saja2 minum air sambil urut2 kerongkongnya depan Nabil. Kalo ada memang Yossi tu patut kena sumpah macam dalam youtube ni.



Tapi selagi bukti takda. Ia samalah kesnya dengan Mark Zuckerberg, pengasas Facebook. Dia ni Yahudi taat, tapi dia cakap dia bukan zionis.

Nabi kita pun berurus niaga dengan Yahudi. Ni, aku copy paste hadis ni.
“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Imam al-Nawawi pun dah cakap:
“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

Apa macam? Yos we can?
9

Tak Kena Ban

Pipiyapong Abdillah Hamzah
"Haa mana ada i dive dive. Sekarang ni nak kira macam mana ni u all?" - Eduardo
10

BINOCULAR SOCCER

Nazri
Benda ni dah lama, tapi khas untuk sesiapa yang belum menontonnya.


Ronaldo pun menangis kalau main game sebegini.
29

Cerita Bergambar

Jannah Selasa, September 15, 2009 ,

Merah: Brader. Gue mahu FA Cup tahun ini. Loe jangan sibuk-sibuk ya?

Biru: Apa saja untukmu. Ke dasar lautan biru. Eh, Laut Merah.



The Man: Boss. Percaya sama gue, gue bisa bawa Liverpool ke mana saja kau mahu.

Boss: (Dalam hati) Menjadi jugak aku seronok-seronok beli mamat ni. Nyeh nyeh nyet.



Aku bukan kenal sangat pun mamat ni. Yang aku tahu he's some sort of supersub. Masukkan dia sure some magic would happen.

Seperti En Dingin juga, aku tak tengok game Liverpool 4 Burnley 0 Live di Stadium Astro. Malam tiada matahari jadi tiada elektrik hasil janaan tenaga solar. Sepatutnya boleh isi minyak diesel tapi generator tu bocor ke apa ceritanya.

Al-kisah hari Isnin semasa check result di Sokernet, awal pagi semua pengulas tak masuk pejabat curi Internet jadi check result di website Liverpool FC terus. Wah 4-0! Biar betul. Terngeh-ngeh ngeh aku seorang diri di sini, sambil kepuasan tidak terhingga menguasai akal nafsu fikiran. Kadang-kadang terasa kalau tak tonton game live boleh pulak Liverpool menang. Karut, mana mungkin sebab aku sorang boleh mengubah perjalanan perlawanan pasukan merah kuat ini.

Anyhow, dah menang sudah. Bukan boleh ubah keputusan akhir. Buat rusuhan di stadium pun tak guna. Ulang berulang kali Kop sekalian. Kita hebat!!

Moga-moga menentang West Ham nanti tak tersangkut kesudahannya. Ikut logik abang aku Hardi the supporter Reds tegar semenjak zaman Ian Rush (masih single and available ladies) kalau kita tak kalah langsung lepas ni dan menang semua permainan Liga Perdana Inggeris bakal menjadi milik kita. So far so good. Keep it up boys.


28

Prebiu: Chelsea Lawan FC Porto

LuciusMaximus
Abang Drogba yang penyayang menunjuk cara menendang bola kepada adik-adik kesayangannya

Ya, Liga Juara-Juara sudah kembali. Esok Sabah cuti sempena Hari Malaysia, jadi malam ini bolehlah aku cepat-cepat naik kapal terbang untuk ke London (harap Mat Jagung tak marah).

Chelsea akan turun tanpa kelibat Jose Bosingwa dan Didier Drogba, yang digantung oleh UEFA kerana terlebih ramah dan rajin bersembang dengan pengadil Norway dalam Liga Juara-Juara yang lepas. Selain itu ketiadaan Joe Cole, Paulo Ferreira, Yuri Zhirkov dan Alex kerana kecederaan bermakna ada banyak tempat duduk kosong di bangku simpanan untuk pemain Chelsea yang lain.

Situasi Deco pula masih 50-50, tapi dengan mempertimbangkan pertemuan dengan Spurs hujung minggu ini, aku sudah arahkan doktor pasukan untuk tidak memberi lampu hijau buat Deco malam ini.

Ramai sangat yang tak boleh main. Habis tu, siapa yang nak main?

Gael Kakuta? Tak boleh juga, kena gantung dengan FIFA.

FC Porto sebaliknya turun malam ini berbekal kemenangan 4-1 ke atas Leixoes SC. Porto pada masa ini di kedudukan ke-3 dalam Liga Portuguesa, dengan 10 mata dari 4 perlawanan. Barisan Porto juga hadir dengan semua pemain utama tanpa sebarang penggantungan atau kecederaan.

Sandaran Porto malam ini pastinya Falcao, bukan bekas pemain Brazil tu tapi pemain Colombia, yang setakat ini sudah meledakkan 4 gol dalam saingan liga. Turut membantu Falcao ialah Hulk, pemain Brazil dan tidak ada kena mengena dengan Incredible Hulk, setakat ini dengan 2 gol bawah namanya.

Ketandusan pemain, aku sudah menghantar email kepada Ancelotti sebentar tadi. Kemungkinan besar bakat-bakat muda seperti Jeffrey Bruma, Sam Hutchinson dan Fabio Borini bakal diberi peluang untuk beraksi malam ini.

Harapan murni aku, para pemain muda ini tidak terlalu emosional macam bebudak Arsenal.

Tilikan untuk malam ini?

Jeng, jeng, jeng!

1-1. Gol oleh Lampard dan buat FC Porto, oleh Falcao.

Ya aku akui aku kurang optimis kali ini.

12

Are you Jimmy Bullard

MDM FARAH FAIZURA
Jimmy Bullard waktu main dengan Fulham. Kacak dan bergaya. Tunggu sampai korang tengok Youtube nya.

Ramai tak kenal. Aku pun baru kenal. Maklumlah pemain Hull, team kacang. Siapa minat. Kalau aku kenal pun, aku tak nak ngaku, kang tak pasal2 org ingat aku true Hull pulak. Sebelum ni dia main kat tim kat kacang jugak, Wigan dan Fulham. Antara kecemerlangan dia ni, dia yang tolong Wigan jadik Champion second division 2002-2003. Kira kat almari dia ada piala jugak lah nak tayang time krismas.

Aku nak tulis pasal dia ni, bukan pasal skill dia yang hebat. Bukan juga pasal Abang Rafa nak beli dia, tapi pasal dia ni agak sesuai dengan Sokernet. Dia ni lawak giler. Kiranya, keras jugak lah perut aku tengok aksinya ni. Dapat relek2 sambil baca fitnah2 pasal Liverpool. Fitnah pasal Liverpool tak kuat la, itu la ini la. Aku bab fitnah2 ni, tak ambik port sangat, malas nak emo. Kalau nak emo pun, aku emo kat team sendirik. Emo kat Rafa, Gerard dan Lucas. Jadi, baik aku layan Jimmy Bullard, senang hati aku. Jadi mari layan.







87

Arsenal Tepuk Air Dalam Dulang Terpercik Muka Sendiri

Sama macam kerusi duduk kat rumah nenek aku

Tak banyak beza antara Drogba dan Adebayor, Kedua-duanya pemain bolasepak dari Afrika, berkulit hitam, dianggap dewa di negara asal mereka (Ivory Coast dan Togo) dan berperangai Afrika.

Siapa yang tidak tahu istilah perangai Afrika memang sah belum pernah berjumpa dengan sekumpulan pelabur dari Sierra Leone yang naik Mercedes 190E sewa, pakai jam Rolex dari Petaling Street dengan kasut kulit bukan buaya sebenar warna putih, datang ke pejabat bercerita tentang mahu buat kilang baja.

Cerita lain.

Berbalik pada Drogba dan Adebayor, apa yang berbeza ialah layanan kelab dan peminat masing-masing. Drogba walaupun banyak memberikan sakit kepala pada Chelsea dengan perangai Afrikanya masih tetap cuba diasuh dan dibentuk untuk menjadi pemain yang kurang bermasalah. Adebayor pula akhirnya menjadi anak tiri Arsenal dan kemudiannya dijual kepada Manchester City.

Nak kata Adebayor belot? Kata Kolou Toure, “Adebayor pergi untuk membawa duit kepada Arsenal.”

Duit sebanyak £25 juta, untuk sebuah kelab yang enggan berbelanja besar tapi tertekan oleh peminat penuh emosi yang dahagakan piala.

Apa sumbangan Adebayor selama hidupnya di Arsenal? 62 gol dari 143 perlawanan. Sampai peminat Arsenal sendiri pernah menyanyikan “Adebayor, Adebayor, give him the ball and he will score”.

Tapi habis madu sepah dibuang. Adebayor blah kerana tidak lagi sebulu dengan Wenger dan Arsenal. Sampaikan sebelum bermula perlawanan Manchester City dan Arsenal tempoh hari, beberapa pemain Arsenal enggan bersalam dengan Adebayor di dalam terowong.

Bukan aku yang cakap, tapi Toure yang cakap.

Dasar kelab budak emo.

Kita yang duduk tepi padang atau depan TV memang mudah bercakap Adebayor tak patut meraikan gol sedemikian rupa, memprovokasi para penyokong Arsenal. Tapi perasaan hati tuan punya badan siapa yang tahu?

Agak-agak, Eric Cantona suka-suka bagi tendangan kung fu pada peminat Crystal Palace tahun 1995 dulu?

Ramai nak salahkan Adebayor kerana jadi punca penyokong Arsenal merusuh. Tapi jangan lupa kekadang penyokong yang suka provokasi pemain. Bukankah penyokong Arsenal sendiri yang bersiul sebaik perlawanan bermula untuk memprovokasi Adebayor?

Bila Adebayor buat knee slide, penyokong Arsenal merusuh. Nak salahkan Adebayor atau nak salahkan penyokong yang emosi macam budak-budak?

Apa? Pemain bolasepak macam Adebayor sepatutnya professional? Mesti kawal perasaan?

Habis tu para penyokong Arsenal tidak perlu kawal perasaan? Tidak perlu emo?

Atau mahu dikawal macam haiwan dalam kurungan, bak kata legenda Chelsea, Tony Cascarino?

Sekurang-kurangnya Adebayor sudah minta maaf dan para penyokong Arsenal yang emo sepatutnya memaafkan, seperti kata lagenda Manchester United, Roy Keane.

Atau kalau para penyokong Arsenal sekalian (khusus yang di Sokernet ini) masih lagi mahu emosional macam budak-budak, mungkin boleh renungkan gambar di bawah ini.


Despite the endeavours of the goal, the Frenchman still had enough left in the tank to celebrate with an almost pitch-length sprint and knee slide.

Heheh, rupa-rupanya apa yang Adebayor buat hasil dari inspirasi oleh apa yang Henry buat pada penyokong Spurs dulu.

Cuma bezanya, penyokong Spurs mungkin tidak berperangai macam budak-budak Arsenal yang cepat emo.
Macam aku selalu cakap, team budak-budak…
33

Rebiu Stoke City Lawan Chelsea – Bukan Minit Ke Minit, Dan Beberapa Ulasan Ringkas Yang Lain

LuciusMaximus Isnin, September 14, 2009
Ikatan silaturahim yang kuat ialah kunci pada perpaduan ummah

Adik-adik kaki bangku, hari ini kita akan belajar peri pentingnya masa kecederaan.

Tidak ada siaran langsung untuk perlawanan kali ini, cuma siaran tertunda. Itu pun aku saspek perlawanan sudah habis lebih awal dahulu. Maka atas sebab itu tiada laporan minit ke minit.

Awal-awal lagi aku sudah tekankan Stoke City adalah pasukan yang agak sukar di Stadium Britannia.

Sambil duduk-duduk tengok perlawanan Liverpool dan Burnley di Api-Api Centre, tiba-tiba ada skrin kecil terpampang keluar. Minit ke-32, Abdoulaye Faye melompat tinggi dan menanduk bola ke dalam gawang Chelsea. Petr Cech langsung tidak kelihatan, aku syak pergi beli burger stadium barangkali.

Sehinggalah habis perlawanan Liverpool dengan Burnley, langsung tidak ada berita pasal Chelsea, baik dari ESPN atau Star Sport. Aku dah tak senang duduk. Cepat-cepat bayar air minum, bangun dan bergegas balik rumah.

Sampai rumah, siaran tertunda sudah di hujung-hujung separuh masa pertama. Pengadil Mike Dean memberi tambahan masa selama 8 minit. Satu rekod sebenarnya dalam EPL. Penyokong Stoke dah mula buat bising, tapi tambahan masa pun kerana perlawanan terhenti akibat kecederaan penyerang Stoke, James Beattie.

Minit ke-45+2, Lampard mendapat bola di bahagian tengah. Tanpa perlu berfikir panjang, satu hantaran kepada Drogba yang menunggu di tepian kotak penalti. Dengan penuh gaya kelicikan seorang penyeludup berlian dari Ivory Coast, Drogba mudah memperdayakan Abdoulaye Faye, menyerbu masuk ke dalam kawasan penalti dan kemudian melepaskan satu rembatan padu melepasi Simonsen, ke penjuru pintu gol.

Terima kasih masa kecederaan.

Masuk separuh masa kedua, The Blues menguasai perlawanan. Stoke City terpaksa bertahan bermati-matian dengan meletakkan semua 11 pemain dalam kotak penalti mereka sendiri. Nasib baik lawan mereka ialah Chelsea dan Carlo Ancelotti sikit pun tidak merungut dengan corak permainan Stoke. Kalau Arsene Wenger, mesti dah kompelin Stoke parking bas depan pintu gol lah, anti football lah, main defensif lah dan entah apa lagi.

Tapi ini Chelsea, London’s Pride, semangat sang singa. Tidak pernah putus asa dan tidak pernah retak di bawah tekanan. Walau ketinggalan tetap berjuang dan bangkit kembali.

Serangan artileri Chelsea ke atas pintu gol Stoke tidak putus-putus. Rembatan-rembatan oleh Lampard, Terry dan Drogba ditangkis oleh para pemain Stoke. Hingga minit ke-90, aku hampir angkat tabik kepada Tony Pulis dan anak buahnya. Macam aku cakap, lawan Stoke City di Britannia jauh lebih sukar dari lawan Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil (sebab tu Amri Yahyah boleh score).

Rilek-rilek Mike Dean beri tambahan masa sebanyak 5 minit. Terima kasih daun keladi.

Kata Sun Tzu, kadangkala kita perlu belajar dari musuh kita sendiri. Stoke City yang berniat membuang masa telah menyepak bola keluar dari permainan. Belletti mengambil lontaran, dan dengan gaya mirip Rory Delap, membuat lontaran jauh ke dalam kotak penalti. Essien menyambut bola, membuat hantaran kepada Anelka yang dengan mudah menolak kepada Malouda untuk satu tendangan tepat ke sasaran.

Simonsen memncium padang. Para pemain Stoke City yang lain terduduk diam. Satu Stadium Britannia yang diiktiraf paling bising dalam EPL menjadi sunyi sepi macam Perpustakaan Negara.

Di tepi padang, pemain Chelsea berpelukan ibarat menyambut hari lebaran. Gol kemenangan pada minit ke-90+4.

Itu, adik-adik sekalian, ialah peri pentingnya masa kecederaan.

Sebelum ada yang bising-bising cakap menang nasib atau menang sebab masa kecederaan, sila ingat gol Iniesta ialah pada minit ke 90+3 bila Barcelona menundukkan Chelsea dalam separuh akhir Liga Juara-Juara yang lepas. Manchester United julang piala Liga Juara-Juara melalui gol Teddy Sheringham (90+1) dan Solskjaer (90+3) tahun 1999.

Tiga mata penuh tapi tetap tabik hormat untuk Stoke City.

Yossi We Can?

Entah hantu Merseyside mana agaknya yang merasuk Pepe Reina sampai boleh keluar kenyataan ‘kejuaraan EPL tidak realistik lagi buat Liverpool’.

Nasib baik ada mamat Israel bernama Yossi Benayoun. Di saat Gerrard dan Torres melalui sindrom berat telur, Benayoun menjadi sumber inspirasi buat Liverpool menundukkan ‘pasukan yang kalahkan Manchester United’.

Tapi apa sangatlah Liverpool kalau tidak naik turun macam selalu. Minggu depan lawan West Ham United, silap-silap kecundang di tempat lawan.

Jap lagi nak bincang taktikal dengan ‘bekas Chelsea’, abang Zola.

Cap Ayam Memang Ayam

Gol awal permainan bukan jaminan kemenangan di hujung perlawanan. Tak percaya tanya Tony Pulis dan Stoke City. Sia-sia saja lipat gunting Jermaine Defoe kalau lepas tu bolos sampai 3 biji.

Tapi itu tidak bermakna Tottenham Hotspur belum mampu menyaingi Big Four. Silap malam semalam, lawan Spurs ialah Manchester United (aku akui, yang terkuat antara Big Four). Manchester United yang pastinya bukan Liverpool, jauh sekali Arsenal.

Macam kita sedia maklum, Manchester United ketinggalan satu gol juga melawan Arsenal tempoh hari. Tapi bangkit kembali. Yang ini adalah intipati untuk setiap pasukan yang ingin bergelar juara. Menukar kekurangan kepada satu kelebihan.

Kalau ikut pada rentak EPL semasa, hanya Manchester United dan Chelsea yang berkemampuan sedemikian buat masa ini.

Buat Spurs, jangan putus asa. Aku yakin dengan Arsenal mereka mampu menang. Dengan Chelsea minggu depan, harap-harap sebaliknya.

Jap, kem Spurs di Sokernet tak buat ulasan ke?

Adebayor 4 – Bebudak Arsenal Emo Tak Tentu Pasal 2

Dulu-dulu, bukan korang ke yang kutuk dia? Bukan korang ke yang sibuk nak dia berambus? Bukan korang ke yang awal-awal dah tak mengaku dia pemain Arsenal?

Memang dia minta bayaran lebih. Dah itu kerja dia, main bola. Siapa yang tak nak buat duit?

Bila bayaran cantik, main pun cantik. Bila dia jaringkan gol, tak payah la baling kerusi.

Korang memang bebudak, cepat sangat emo. Dulu tak suka, sekarang benci.

Padan muka dah kena tapau.
25

Review : Spurs vs. Manchester United

Jorji
Hujung minggu yang mengujakan!

"Rendang ayam Spurs memang kegemaran saya dipagi aidilfitri" kata Wayne Rooney.

...............................

Aku sampai mamaks jam 12.30malam. Mamaks baru tanya aku nak minum apa, Defoe dah score! Baru 50 saat! Aku yakin semua fans Spurs masa itu membayangkan pasukan mereka akan berpesta gol. Mereka membayangkan 4-0 mesti dalam tangan. Langsung tak ambik iktibar ulasan-ulasan pra-perlawanan yang aku buat selama ini! Cuba ulangkaji semula preview 2 perlawanan Manchester United sebelum ini( vs. Wigan dan Arsenal), ada aku kata Manchester United akan kalah? Malah untuk perlawanan menentang ayam serama ini pun aku kata Manchester United akan menang 3-0.

Ada kata gua overkonfiden! tak berilmiah lagi katanya! fantasi,ilusi dan kene jumpa doktor!
Sekarang sapa yang kene ambik obat?

Walaubagaimanapun jaringan Defoe langsung tidak mengubah tekanan darah aku. Setenang mamaks-mamaks yang terus berkerja melayan pelanggan, aku sengih-sengih minum teh. Bahagian tengah dikuasai sepenuhnya oleh Manchester United. Midfields tua dan berpengalaman Scholes dan Giggsy berganding dengan yang muda Anderson bermain dengan baik. Bahagian tengah merupakan 'enjin' penting untuk menghidupkan permainan, 'enjin' spurs kondem sepanjang 90 minit perlawanan. Taktikal dan perancangan Pak Alex patut dipuji. Bak kata Harry Redknapp selepas perlawanan, (apabila ditanya tentang comeback yang dibuat oleh Manchester United) "tengoklah berapa banyak EPL dan CL mereka sudah menang!" ..Manager Spurs cakap sendiri ok!

Membuat 'comeback' atau dengan kata lainnya 'mengulang makan rendang ayam dengan lemang' adalah perkara biasa Manchester United. Musim lepas, Spurs mendahului 2-0 sebelum Manchester United kembali meratah ayam dengan kemenangan 5-2. 8 musim sebelum itu juga berlaku perkara yang sama.

Apabila Scholes dikeluarkan pada minit ke 60, Pak ALex terus meletakkan Rooney sebagai topman. Lone striker dengan mengeluarkan Berba dan memasukkan Carrick. 2 bekas pemain ayam yang dah jadi setan. Taktikal yang jelas untuk Manchester United terus menguasai bahagian tengah. Manchester United, yang tidak mengamalkan kaedah meletakkan bas didepan pintu gol untuk mempertahankan jaringan terus bermain seperti 11 orang. Langsung tak terasa kehilangan Scholes. Ayam pun dah kene rendang, bukan masalah lagi untuk diselesaikan, meyaksikan Rudeboy Rooney menunjukkan bahawa beliau adalah striker terulung England, menggelecek 2 pertahanan ayam dan melorongakn bola dicelah kangkang Cudicini yang bagaikan ayam berak kapur. Klimaks!

Dimana John Lennon? dalam kubur! Aaron Lennon tak menjadi malam tu. Evra dan Vidic berjaya mensaiko bahagian serangan Spurs. Main kat padang sendiri pun takut dengan saiko Vidic. Sila klik untuk lihat rating pemain. Nanti ada yang kata aku pandai-pandai je letak rating. Tak berilmu la..blabla pandai-pandai kata posession Manchester United lebih, sebab menang la..

...........................................

Aku juga menonton perlawanan Man City vs. Arsenal dan aku tak sabar nak tunggu Adebayor bertemu Vidic!

Untuk semua fans Manchester United, kita tiada pilihan, selain terus poyo dalam keadaan gembira tetapi tenang. Kalau Manchester United kalah, sudah tentu fans Ayam akan berkokok berdegar-degar walau ekor berlumuran najis...

Glory glory Manchester United!
14

Berita Liverpool.

MDM FARAH FAIZURA


Tengok pasing2 Liverpool. Peh. Memang Liverpool. Gol pulak, peh. Bagus2. memang kena dengan muzik beb.

Berita 1.
Aku tak tengok game Liverpool belasah Burnley. Bukan pasal aku kuat ibadat nak mengejar 10 malam terakhir Ramadan, bagi mendapatkan lailatuqadar. Tapi pasal aku harap Astro kat mamak. Mamak pulak tayang game Adebayour belasah Arsenal. Boring betul. Tapi yang aku tau, Liverpool menang bergaya. 4-0. Aku baca sikit2 review, semua cakap mamat yang sambut Bar Miztvah dengan gembira adalah pemain terbaik pada malam tu. Dan ini membuktikan apabila Gerard main ke bawah sikit, main akan jadi bagus. Benayoun alais mamat yang sambut Bar Mitzvah pula, membuktikan, apabila main belakang Torres memang bahaya. Hah. Apa macam? Rafa patut baca Sokernet ni, pasal dari dulu lagi aku dok marah2 pasal tu.



Gerard sedang bercita-cita menjadi tukang urut. Namun, pegawai bank tu pulak dah syak bukan2.

Berita 2.
Rasmi sudah desas desus selama ini. Liverpool akan tukar penaja kat baju. Dah tak pakai dah carlberg. Guna bank pulak, Standard Chartered . Hah. Bestnya. Boleh dah beli baju ori. Tapi ni akan start Julai 2010 lah. Bestnya.


Apa macam? Lawa tak? hehehe

Berita 3.
Next game akan lawan kelab dari denmark. DEBRECENI. (Pembaca dah tegur- sebenarnya kelab Hungry bukan Denmark. Sesukati aku jek. hahaha) Aku tak cek lagi cemana kelab tu. Main kat Anfield. Mesti kacang jek.

Berita 4.
Lepas tu akan main dengan West Ham. Ni pun kelab kacang jugak. Bosannya.

Berita 5.
Raya semakin dekat, kerja pulak semakin melambak. Maklumlah nak cuti lama. Rindu pulak aku nak buat cerpan pasal rafa ni. Apapun YNWA.

Berita bonus.
Sempena ramadan ini, berikut adalah youtube dalam bahasa Arab, Adebayour yang berlari kuat selepas membelasah Arsenal. kuat betul dia berlari, Usain Bolt pun angkat tangan.

61

Manchester City 4-2 Arsenal

Pipiyapong Abdillah Hamzah Ahad, September 13, 2009
Binatang pakai skaf ni gua dah anggap macam tak pernah main untuk Arsenal. Gua akan berusaha mengubah wikipedia gua.
37

HIGHLIGHT HALF TIME

Nazri Sabtu, September 12, 2009
Manchester City vs Arsenal

Gua sms Pipiyapong
Hobi baru Arsenal sekarang gol sendiri ye?

Pipiyapong
Tak sengaja la bangang

Gua
Ada ke gol sendiri yang sengaja? Bebal

Stoke vs Chelsea
Adakah sekali lagi Chelsea cum from behind

Liverpool vs Burnley
Kami masih belum menerima laporan dari wakil kami di Anfield, Saudara Mustafa Maah. Ya, beliau sudah berada di talian, Ya Mustafa, bagaimana perkembangan di Anfield...hello? hello? hello?


19

Temuramah Bersama Kennet Andersson Tentang Perlawanan Arsenal Malam Ini

Pipiyapong Abdillah Hamzah

Masih ingatkah anda pemain ini? Pemain berambut seluk belah tengah yang menjadi senjata pemusnah pasukan Sweden diketuai Tomas Brolin ke separuh akhir Piala Dunia 1994 USA.

Belum pernah dalam sejarah laman web atau blog bolasepak di Malaysia menemuramah pemain lagenda antarabangsa untuk dipaparkan. Tetapi di Sokernet, semuanya tidak mustahil. Kali ini kami membawakan Kennet Andersson bersama anda. Salah seorang pemain antarabangsa Sweden dengan 83 penampilan dan 31 gol yang pernah beraksi di Serie A bersama pasukan Bari, Bologna dan Lazio. Beraksi di Ligue 1 bersama Lille dan beraksi di liga Turki bersama Fenerbache di hujung kariernya. Ingat, Kennet Andersson hanya datang ke Malaysia semata-mata untuk anda pembaca Sokernet.

Kennet Andersson baru turun dari limosin Mercedes V10.


Tersenyum kepada beberapa wartawan yang dijemput khas sahaja.


Hai Sokernet...!!!


Salah seorang wartawan Sokernet yang tak ada stamina. Kemungkinan beliau akan direhatkan untuk tugasan luar negara dan hanya akan diberi peluang membuat liputan Piala Malaysia.

Kesempatan yang ada gua sempat bertanya Kennet Andersson tentang perlawanan di antara Manchester City menentang Arsenal malam ini.

Gua: Amacam Kennet? Relativt litet Arsenal-Manchester City inte kan äta helgen ni? (Amacam Kennet? Agak-agak Arsenal boleh makan Manchester City tak hujung minggu ni?)

Kennet Anderson: Cis... jag kan äta vad pulak? Måste molar City har hittills tu. Färdiga en stark 4-0 verkligen vara i händerna. Sokernet tak gitu? (Cis...Tak boleh makan apa pulak? Mesti kena baham punya setakat City tu. Habis kuat kena 4-0 memang dalam tangan. Tak gitu Sokernet?)

Amacam? Bergenang air mata tak baca?


*Kos membawa Kennet Andersson ke Kuala Lumpur - RM6 juta. Akaun Sokernet sekarang tinggal 3 ringgit gua check tadi.
Lucius banyak pakai.
22

Prebiu: Stoke City lawan Geng Penculik Budak

LuciusMaximus Jumaat, September 11, 2009
Sebelum aku memulakan budi bicara, telah terdengar desas-desus di tanah orang putih sana, akan cerita ketika Jermaine Defoe baru berusia 16 tahun, dia telah lari dari Charlton Athletic dan pergi ke West Ham United, kerana West Ham berjanji akan membelikan peti ais untuk ibu si Jermaine Defoe.

Tuhan saja yang tahu.

Apa pun Chelsea, sekarang terkenal dengan jolokan Geng Penculik Budak, bakal menguji potensi mereka sebagai pencabar EPL dengan bertandang ke Stadium Britannia minggu ini.

Aku ada telefon Ancelotti kejap tadi. Tanya kot-kot dia mahu masukkan Gael Kakuta dalam kesebelasan utama. Al-maklumlah semenjak dah kecoh ni apa salahnya ditonjolkan kepada dunia siapa Kakuta yang sebenarnya. Ancelotti cakap Kakuta akan turut serta, tapi bukan sebagai pemain sebaliknya sebagai tukang kilat but bola.

Pergh, kalau sampai kat Blatter dan FIFA ni lagilah kecoh agaknya.

Apa pun, adalah silap besar untuk memandang rendah keupayaan Stoke City. Tony Pulis adalah pengurus yang bijak mencatur corak permainan. Dan dengan adanya bekas juara rejam lembing sekolah, Rory Delap, Stoke dijangka bakal berusaha sedaya upaya untuk menggempur kubu Chelsea.

Itu belum campur dengan ketibaan pemain-pemain baru, Robert Huth dan Diego Arismendi antaranya.

Stadium Britannnia juga gelanggang yang boleh menggugat fokus pihak lawan. Kajian baru-baru ini di England mendedahkan para peminat Stoke adalah yang paling lantang dalam EPL, dengan purata bunyi mencecah sekitar 101.8 desibel.

Pendek kata, Chelsea bakal menempuhi halangan yang sukar kali ini. Dengan kebanyakan pemain Chelsea kepenatan akibat tugasan antarabangsa sepanjang minggu ini, adakah ini bermakna rekod kemenangan 100% Chelsea di bawah Ancelotti bakal tercalar?

Cakap banyak tak mahu. Aku letak Chelsea menang, macam biasa, dengan jaringan 2-0. Gol sumbangan ihsan Drogba dan Anelka.

Jumpa minggu depan!
21

Macam Kata Mat Jagung, Gua Baru Turun Kapal Terbang

LuciusMaximus
Aku mahu mulakan artikel ini dengan penuh riak mengumumkan aku baru balik dari England, tapi nanti Mat Jagung akan kata aku ciplak idea orang lain, konon-konon pergi naik kapal terbang la, apa lah.

Habis tu tak kan naik kapal selam kot? KD Tunku Abdul Rahman pun 54 hari gerak dari Perancis baru sampai Port Klang bai. Tak sempat balik raya kalau aku pergi England naik kapal selam.

Tapi sebab tak mahu menyinggung perasaan Mat Jagung aku terpaksa menafikan aku baru turun kapal terbang balik dari England. Biarpun sebenarnya aku memang baru balik dari England, juga Paraguay, Mexico, Brazil dan Bahrain.

Ya, banyak tempat aku pergi sejak kerja kat Sokernet. Bukan macam korang duduk pejabat masuk Sokernet setiap 15 minit, lepas tu kecoh takde update. Siot la baca free lepas tu demand lebih-lebih. Kerja pejabat entah siap entah tidak?

Di Wembley, pesta gol disumbangkan 100% oleh pemain-pemain dari Big Four EPL. Lampard sumbat 2 gol, Gerrard pun 2 gol dan Rooney tambah satu gol saguhati. Lima gol England datang dari pemain-pemain Chelsea, Liverpool dan Manchester United. Namun begitu Arsenal juga tidak mahu ketinggalan dan Eduardo da Diver turut menyumbang satu gol, bezanya gol tersebut untuk Croatia.

Er, mana Theo Walcott?

Gabungan mantap tiga singa dari Manchester United, Chelsea dan Liverpool

Arsenal juga tidak ketinggalan - peminat diver mengucapkan tahniah kepada Eduardo da Diver

Semenjak England menang besar lawan Croatia, ramai juga pakar bolasepak dengan penuh yakin meramalkan England boleh menang Piala Dunia 2010. Masih terlalu awal beb. Bila mula Piala Dunia nanti baru tahu langit tinggi ke rendah. Tengok Piala Dunia 2006, Itali yang pada mulanya dilanda masalah rasuah bolasepak akhirnya bergelar juara. Argentina yang membelasah Serbia & Montenegro sampai 6-0 pula bungkus di suku akhir.

Bercakap mengenai Argentina, Albicelestes nampaknya masih lagi terkontang-kanting di bawah bimbingan lagenda mereka, Diego Maradona. Di Defensores del Chaco, kelibat Messi, Tevez mahupun Mascherano tenggelam di balik Nelson Valdez, Denis Caniza dan Edgar Barreto.

Selepas tumpas 1-0 di tangan Paraguay (yang telah sah layak ke Piala Dunia 2010), Maradona berkata, “Saya akan berjuang untuk memastikan Argentina layak, hingga ke titisan darah terakhir. Kami masih belum terkeluar dari saingan Piala Dunia. Saya tidak takut pada kritikan. Saya tidak takut pada sesiapa. Saya akan terus berjuang tanpa mempedulikan sebarang kritikan.”

Moral, pemain bolasepak yang bagus tidak semestinya boleh jadi pengurus yang baik.

Dari Paraguay kita terbang ke Mexico, menjejak kaki ke Azteca, salah satu stadium bolasepak paling gah di dunia (selain Stadium Shah Alam). Sembilan puluh tujuh ribu lapan ratus sembilan puluh tujuh peminat dibosankan dengan perlawanan antara Mexico menentang Honduras. Biarpun bunyi bising tiupan trumpet dan sorakan penonton Azteca tiada tolok bandingnya, aku masih boleh tidur-tidur ayam kerana kebosanan maksimum.

Hinggalah minit ke-75, bila Mexico dihadiahkan sepakan penalty dan kuda tuda Cuauhtemoc Blanco menyemprunakan sepakan untuk 3 mata penuh buat Mexico dan peluang yang makin cerah ke Piala Dunia 2010.

Bolasepak jauh lebih meriah di Pituacu, sebuah stadium kurang ternama di Brazil. Walaupun tidak segah Maracana atau Azteca (mahu pun Stadium Shah Alam), pertembungan Brazil dan Chile menyajikan lebih drama dan aksi.

Brazil mendahului Chile 2-0 di separuh masa pertama tetapi kehilangan Felipe Melo yang dilayangkan kad merah sebaik separuh masa kedua bermula. Chile menggunakan peluang terbaik ini dengan dua gol jaringan Humberto Suazo bagi mengikat kedudukan menjadi 2-sama.

Tapi bak kata Karim, tak Brazil lah kalau main tak macam Arsenal (kecuali bab dive). Biarpun dengan 10 pasang kaki (sebenarnya 9 pasang sebab keeper lebih suka guna tangan) Brazil tetap mengasak pertahanan Chile hinggalah Nilmar membolosi gawang Chile dengan gol di minit ke-73 dan 75. Hah, tu main baru main dengan 10 orang tu.

Ya, siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Aku tak pasti pulak kalau para pemain Chile pun suka makan cili.

Dari bumi bikini Brazil aku terbang ke dunia purdah Arab Saudi. Bukan dengan tujuan untuk melakukan umrah, tuan puan. Tapi untuk bertandang ke Stadium Antarabangsa Raja Fahd bagi perlawanan play-off kedua antara Arab Saudi dan Bahrain.

Tengok bola di Arab memang mudah. Tidak perlu beli jersi atau berfikir baju apa hendak di pakai. Hanya pakai jubah putih dan balut kepala dengan kain serban. Yang mana penyokong Arab Saudi dan yang mana penyokong Bahrain aku pun tak tahu. Semua sepesen je. Awek jangan ceritalah, bayang pun tak nampak. Seriyesli kat Masjidil Haram lagi senang nak usha awek bai.

Terikat 1-sama hingga ke minit 90, Bahrain dilihat berpotensi untuk layak ke pusingan seterusnya berdasarkan gol tempat lawan (away goal). Tapi bak kata pepatah Arab, selagi unta belum terberanak mustahil kita tahu anaknya jantan atau betina. Satu minit dalam masa kecederaan, Sheikh Hamad Al-Montashari menyumbat gol untuk Arab Saudi.

Seluruh Riyadh bergema dengan teriakan syukur kepada Tuhan. Pak Arab di sebelah aku mengucap ‘Alhamdulillah’ sebelum memeluk aku. Dia kemudiannya mengeluarkan kayu sugi dari kocek jubah dan menawarkan kepada aku untuk bersugi. Aku tolak dengan sopan kerana sepuluh minit sebelum itu aku terperasan Pak Arab ni guna kayu sugi yang sama untuk menyugi gigi dia.

Pada masa ini, sangat jelas Arab Saudi akan menang ke atas Bahrain. Gendang dan tarian padang pasir bergema di dalam stadium. Para pemain Arab Saudi sudah terbayang kereta Mercedes SLK seorang satu, sumbangan ikhlas dari Raja Fahd.

Masuk minit ke-4 masa kecederaan, Bahrain mendapat peluang tendangan sudut. Bola hantaran ditanduk baik oleh Ismael Abdullatif ke dalam gawang Arab Saudi. Pak Arab di sebelah aku yang seronok sakan tadi terjelopok diam. Aku seluk poket seluar jeans dan menawarkan kepada Pak Arab itu ubat gigi Colgate Kayu Sugi.

Bahrain akan berentap dengan New Zealand bagi menentukan siapa yang layak ke Piala Dunia 2010.

Sekian ulasan ringkas aku untuk 5 perlawanan kelayakan Piala Dunia, dilaporkan dari 5 lokasi berbeza di atas planet Bumi. Penat siot.

Tapi bila fikir kembali, mati hidup balik pun memang tak boleh percaya aku boleh pergi 5 lokasi berbeza dalam masa beberapa jam. Nanti lagilah Mat Jagung marah dengan aku sebab gaya penulisan tidak kreatif langsung. Nak menipu je kerja.

Jadi aku mengakulah perkara yang sebenar. Aku baru lepas kena kuarantin sebab saspek H1N1. Duduk kat rumah buat apa lagi beb, layan TV je la. Dari pukul 3 pagi sampai 2 petang aku tengok bola je.

Terima kasih Stadium Astro. Macam-macam ada!

Hamad Al-Montashari dengan wajah terkilan tak dapat Mercedes SLK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...