ARKIB SOKERNET

21

Prebiu: Bolton Wanderers Lawan Chelsea

LuciusMaximus Jumaat, Oktober 30, 2009
Chelsea baru saja membelasah Bolton dalam persaingan League Cup (atau Carling ikut kata penaja). Jaringan empat gol oleh Salomon Kalou, Florent Malouda, Deco dan Didier ‘The Drog’ Drogba memastikan Chelsea layak ke pusingan seterusnya bersama Arsenal dan Manchester United.

Liverpool awal-awal lagi telah bungkus kerana mereka sudah mempunyai sejarah yang hebat dalam persaingan League Cup. Oleh sebab itu barangkali mereka tidak berminat dengan League Cup, sama seperti mereka tidak berminat dengan kejuaraan EPL.

Kita berbalik kepada Chelsea, pasukan yang serius untuk memenangi EPL dan juga League Cup.

Kemenangan 4-0 dalam League Cup baru-baru ini berlaku di Stamford Bridge. Pusingan kedua pertemuan Chelsea-Bolton dalam tempoh kurang seminggu pula bakal berlangsung di Reebok Stadium.

Kali terakhir Bolton menewaskan Chelsea dalam persaingan EPL ialah pada musim 2003/04. Semenjak dari perlawanan tersebut Chelsea telah memenangi 8 dari 11 pertemuan seterusnya dengan Bolton dalam EPL.

Carlo Ancelotti bakal menurunkan kesebelasan utama demi menamatkan badi kekalahan perlawanan tempat lawan Chelsea yang berlanjutan dalam 2 perlawanan sebelum ini. Captain Marvel bakal mengepalai barisan pertahanan Chelsea manakala bekas hero Bolton, Nicolas Anelka dijangka bergandingan dengan Didier Drogba buat menjamin 3 mata penuh.

Dengan Super Frank berada dalam prestasi yang baik dan The Drog seperti biasa bakal merobek kubu lawan, kem Chelsea di Sokernet menjangkakan 3 mata penuh untuk Chelsea.

Kejayaan Kalou dan Malouda menyumbat gol dalam perlawanan sebelum ini diambil kira, firasat aku mengatakan Chelsea bakal menang dengan jaringan 4-0.

Penjaring? Yang ini susah sikit, tapi Lampard, Malouda dan Drogba (2).

Lain-lain?

Arsenal bakal berdepan tugas sukar dalam North London Derby menentang Tottenham Hotspurs. Mengikut rekod-rekod sebelum ini kedua pasukan dijangka bakal berkongsi mata.

Liverpool bertandang ke Craven Cottage untuk menguji anak buah Roy Hodgson. Fulham diakui agak liat bila bermain di tempat sendiri maka ada kemungkinan hanya satu mata untuk Liverpool minggu ini.

Manchester United pula bakal bertemu Blackburn Rovers, yang luka parah kerana dibaham singa Stamford minggu lepas. Red Devils juga agak terluka maka jangkaan aku ialah mereka bakal mengganas kali ini. Oleh itu aku meletakkan tiga mata penuh untuk Manchester United.

Selamat berbolasepak di hujung minggu. Sambil tengok di mamak, kalau hisap rokok tu kurang-kurangkan sikit. Ingat, rokok membunuh.

Di kesempatan ini aku mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan takziah warga pembaca Sokernet. Semoha Tuhan juga merahmati kamu semua.

Carefree, wherever we may be,
We are the famous CFC,
And we don’t care, whoever you may be,
‘Cos we are the famous CFC!
12

preview : Manchester United vs Blackburn Rovers.

Jorji
Manchester United sentiasa hidup dan bergerak mengikut waktu. Peminat setan merah sentiasa menunggu perlawanan-perlawanan seterusnya. Menjelang bulan May nanti, Manchester United ingin terus menjuarai EPL untuk musim ke 4 secara terus menerus.

Sabtu ini, Blackburn Rovers akan bertandang ke Theatre Of Dreams OT. Adakah anak buah Big Sam akan menjadi mangsa Manchester United melepaskan 'stim' kekalahan kepada Liverpool minggu lepas? Atau terus menongkah arus?

Yang pasti, Pak Alex akan menurunkan kesebelasan yang berbeza. Dalam sidang akhbar, Pak Alex memberi amaran kepada Ferdinand, beliau mungkin akan tercicir dalam skuad Manchester United dan juga England jika terus melakukan kesilapan. Ferdinand mesti bangkit dan memperbaiki mutu permainan beliau. Terlalu banyak kesalahan yang telah beliau lakukan dan musibahnya menimpa Manchester United. Masalah kecederaan juga masih menghantui Ferdinand dan itu mungkin membataskan peningkatan permainannya ke tahap yang sebenar. Atau mungkin juga aktiviti sosialnya diluar. Bikin film, online magazine dan parti. Itu semua kemarahan Pak Alex. Ingat David Beckham?

Sementara anak buah Sam Allardyce, selain menjadi mangsa belasahan Chelsea ( 5-0 ) dan Arsenal (6-2) juga sedang mengalami masalah SELSEMA BABI! chis! Beberapa player telah dikuarantinkan. Big Sam sendiri terpaksa menonton perlawanan ditempat khas. Dengan kekuatan pasukan yang bermasalah (pertahanan pasukan dan pertahanan antibodi) Manchetser United wajib menang besar.

Jika tidak, Pak Alex wajib beli penyerang berbahaya David Villa dan seorang midfield Januari nanti.

Predict : Manchester United MENANG! Jaringan? Buat masa ini aku insaf nak predict jaringan. Next game je.

Kem Manchester United mengucapkan TAKZIAH kepada Lucius Maximus diatas permergian Ayah beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Alfatihah.
8

Voronin dan Carling Cup

MDM FARAH FAIZURA
Carling cup atau Football Leagu Cup atau league cup atau nama timangannya, mickey mouse cup adalah cup yang tak berapa nak dikejar oleh 1st team. Sebab pada pertandingan ini, biasanya untuk 2nd team sahaja. Cup untuk suka-suka. Mengikut sejarah, Liverpool dah menang 10 kali cup ni. Sejarah yang gemilang. Cup ini digelar mengikut siapa yang sponsornya. Jadi ia pernah digerar Coca Cola Cup, Milk Cup, Rumblelow cup, Worthington Cup. Semoga pada suatau hari nanti, ia tidak pula menjadi Hai-O Cup atau Bio Aura Cup. nanti ada pula iklan orang putih cakap, "Bio Aura Cup itu apa?"

Antara kegunaan cup ini ialah, team kesayangan anda boleh masuk UEFA Europa League secara automatik sekiranya team kesayangan anda tidak layak ke ke UEFA Champion League. Bestkan?

Memang best. Tahniah 2nd team Arsenal kerana mengalahkan 2nd team Liverpool. Kami penyokong Liverpool mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Arsenal. Arsenal memang R & B hip hop.


Kumpulan yang menjadi inspirasi VE dan Ruffedge


Tiada lagi cinta... tak perlu kau dusta...ooohh...oohhh
14

Arsenal 2-1 Liverpool

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Setelah hampir sehari gua menunggu, nampaknya tak ada sorang kutu Liverpool pun yang buka cerita pasal perlawanan mereka awal pagi semalam. Jadi atas dasar tanggungjawab kepada pembaca Sokernet untuk melaporkan berita-berita terkini, gua tampil memberi penjelasan.

Arsenal 2-1 Liverpool.

Liverpool ternyata pasukan yang lemah. Macam mana pun gua hairan. Bukankah Carling Cup itu piala idaman Liverpool?
13

Penulis Tamu Yang Dah 2 Minggu Gua Lupa Nak Siar

Abdul Sokernet Khamis, Oktober 29, 2009

MENGAPA TIDAK...........AKU?

Agak berangan jika anda mahupun aku membayangkan lionel messi akan berjabat tangan dengan aidil zaquan mahupun safie sali dalam satu perlawanan persahabatan yang benar-benar mahu disertai oleh mereka dengan bersungguh-sungguh..... Melainkan perlawanan yang mendapat tajaan syarikat besar dan pulangan besar yang diterima oleh Lionel messi mungkin laa dia akan berjabat mahupun bertukar jersey dengan pemain 'negaraku' setelah tamat perlawanan...

Kita sememangnya bertuah kerana sebagai rakyat Malaysia selalu disajikan dengan team terhebat dunia untuk mengadakan friendly match dengan pasukan negara kita. Aku rasa pasukan yang pernah layak ke world cup seperti Senegal,Ivory Coast,Korea Utara tak mampu mengadakan friendly match yang gah dengan Manchester United,Chelsea mahupun Brazil.....

Tapi pernahkah kita sedar bahawa pada tahun 1982, Diego maradona ketika tu mewakili kelab boca juniors datang ke negara kita untuk satu perlawanan dengan selangor yang ketika itu diketuai oleh Supermokh a.k.a Mokhtar Dahari. Bayangkanlah tahap atau level sang harimau pada masa,saat,minit dan era itu. Aku rasa semua orang di era ini semacam tak percaya kejadian ini???

Selang 4 tahun selepas perlawanan ini argentina telah memenangi world cup yang diketuai sendiri oleh diego maradona. Betapa tingginya maruah sang harimau ketika itu. Bayangkanlah jika pemain bertaraf dunia datang kesini untuk bermain sudahlah tentu jepun dan korea ketika itu 'lauk' utama sang harimau......

Tapi kini.....mungkin sang harimau sedang bertapa atau telah malu akibat luka ciptaan sendiri.....

ketahuilah.... aku begitu iri dan dengki pada pak andak, pak ngah, tok, opah dan Abah yang merasai zaman gemilangnya sang harimau...... mengapa tidak aku???


(meornamedepanku.blogspot.com)


ULASAN PERTAMA LA LIGA DI SOKERNET
Kekalahan pertama,Real?

Sevilla 2-1 Real Madrid

Aku rasa aku antara peminat la liga minoriti dan Real madrid di Malaysia. kawan-kawan aku pernah bertanya kat aku ko minat team EPL mana?sebab nak bahan aku bila Chelsea kalah dengan M.U pada champions league tahun 2008(maaf lucius sejarah lagi).Aku cakap takdok tapi mereka tak percaya.Malam itu aku dikambingkan hitamkan sebagai peminat Chelsea.ok itu sejarah.

Aku cuma tengok EPL kerana cintakan permainanan bola sepak semata.Walaupun taraf EPL di peringkat dunia tak dapat disangkal sampai fan MU tempat aku dengan bongkak dan takaburnya cakap juara EPL patut wakil dunia lawan pasukan planet lain!Sebagai pengikut utama La Liga dan Liga Malaysia pernyataan ini memang bikinnn panassss.Tapi takpa cukupla sekadar menyebut nama keramat ‘Amri Yahya’ untuk menutup mulut fan MU ni.

Tapi bila aku dapat tahu ada blog sokernet dengan punch line yang ’catchy’ sebagai laman web rasmi bola sepak dunia aku terus tertarik nak baca.Boleh jugak aku update sikit pasal liga-liga dunia tapi hampeh juga EPL ja semua.

Sekarang bila sokernet open untuk ulasan penulis luar tidak bertauliah tanpa berfikir panjang aku bukak email dan karang ulasan pasal LA LIGA!

Alineacio’n

Perlawanan ke-6 La Liga Real Madrid menentang Sevilla tempoh hari tidak disertai oleh pemain termahal dunia Christiano Ronaldo sebab dapat MC akibat terkehel buku lali gara-gara diterjah dalam perlawananan sebelumnya.

Separuh masa pertama Sevilla bermula garang dengan pemain utama sevilla,Luis Fabiano memberi ujian percubaan kepada Casillas.Tapi tak dapat jettt Casillas main smart dan siap jawab ujian Luis Fabiano seperti sudah tahu soalan bocor.Kepada yang tak tahu L.Fabiano juga selaku penyerang sensasi Brazil siap menang kasut emas Piala Konfedarasi lepas.(No wonder Real kalah en?).Kasut emas tak emas.Minit ke-20 L.Fabiano dapat kad prepaid kuning kerana tersilap beri ujian main galah panjang kepada Casillas sebab tarik casillas selepas terlepas bola 50-50 depan gol.Kad kuning pertama untuk Sevilla.

Real Madrid tak dapat control ball macam aku control ball guna Real dalam PES2009.Akhirnya kene kentai 1 gol hasil tandukan J.Navas oleh Sevilla.

Perlawanan makin panas bila Guti diprovokasikan oleh 2 pemain Sevilla dan sedikit eraksi terjadi antara Guti dan pemain Sevilla.

Separuh masa kedua,Real cuba susun startegi tapi Sevilla terus menyerang macam orang lepas gian main futsal sebab berminggu-minggu tak main sebab raya. Casillas berhempas pulas selamatkan gawang gol sebab tak nak kena bahan dengan Ronaldo masa habis match nanti.

Selepas tunggu punya tunggu,Real dapat GOL pertama hasil tandukan menarik Pepe melalui sepak percuma oleh Guti.Malangnya walaupun dapat gol penyamaan Real bermain tak dapat juga control ball.Akhirnya,Sevilla ambil peluang dengan menjaring gol nasib hasil tandukan juga oleh Renato.Menambahkan geram lagi bila Kaka pulak time-time ni nak buat lawak main lambung-lambung bola.Apalagi kad kuning terus.

Keseluruhan Real Main macam ***** tapi esok masih ada untuk Los Galaticos.Come on Real Madrid!

Nota : kepada peminat La Liga jom hebohkan sokernet!aku nak pergi Rantau Panjang sabtu ni.Sapa nak kirim jersey? (Sokernet-sorry gua lambat siar. Kalau tak mesti ramai pakai jersi Siam.)

ixu

(spirulinafc.blogspot.com)



Nota dari Sokernet: Semakin banyak artikel muncul di dalam e-mel Sokernet nampaknya. Tapi kalau tulis ejaan bersepah, huruf kecil huruf besar barai, titik bukan main banyak, macam Azwan Ali, gua tak layan...
23

sosiologi dan antroplogi. Liverpool vs MU. (Arkib)

MDM FARAH FAIZURA Rabu, Oktober 28, 2009
Game 25 – 10- 2009 antara MU dan Liverpool dah jadik sejarah. Aku memang tunggu benda tu dah jadi sejarah, barulah nak cerita. So sebab tu aku lambat nak cerita. Tapi ini bukan cerita pasal taktikal. Semua setuju, MU main macam celaka malam tu dan Liverpool sangat anggun. Cuma aku nak cerita berkenaan game daripada segi sosoliogi dan antropologi saja.

Hari itu aku tak berapa sihat. Macam Rosyam Nor yang dah tua dalam filem Bilut, tak berapa nak sihat. Sampai MotoGP Sepang pun aku tak lalu nak pergi walau seorang fan MU offer tiket grandstand. Rugi betul.

Sejam sebelum game tu, member MU aku SMS, ajak tengok kat Bangi dengan member Chelsea kat sana. Aku cuma cakap, giler nak pergi jauh2. Dah la tak sihat. Lepas tu, malam minggu kompem banyak road block. Agak bahaya. Aku alergik betul dengan road block ni. Jadi malam itu aku sendiri.

Walaupun sendiri, tapi semangat Istanbul aku sangat kuat. Jadi dengan wajah Rosyam Nor yang tak sihat, aku tetap tengok Liverpool vs MU. Tapi, kali ini aku tak tengok kat mapley, pasal aku yakin, pasti penuh dengan budak2 MU. Aku takut, dengan kondisyen aku tak sihat ni, dengar pulak budak2 MU kutuk, aku hilang sabar dan terus jadik Rosyam Nor dalam filem Castello. Takpun jadi Rosyam Nor dalam filem Lenjan. Bahaya betul.

Jadi aku korner motor ke kedai orang Kelantan. Sebab hari tu, waktu aku makan, aku nampak brader tukang masak tu pakai baju Liverpool. Sampai je aku situ, sunyi. Aku yakin, semua orang tengah duk kat mapley, ataupun duk rumah, tengah tunggu game paling hebat dalam abad ini.

Cuma, di luar kedai tu, ada 2 orang berlagak bro sedang minum tanpa kisah apa itu perlawanan paling hebat dalam abad ini. Muka tak mengadap TV pun. Rilek jek gelak2 minum teh ais. Bro tu pakai topi fedora. Aku yakin, bro tu hafal semua lagu VE dan Ruff Edge. Lagu Foblous cat pun aku agak dia hafal.



Mamat VE.

Aku kalih pandangan aku, dan tengok TV sambil dengar John Dyke cakap macam2. Pening aku. Tak lama pastu, ada lima orang uncle datang. Sorang pakai baju Samsung warna biru. Muka sangat konpiden. Macam muka Kuswadinata masa muda2. Lepas tu uncle tu duk belakang aku, dan kemudian aku dengarlah dialog2 mereka ni.

“Blackburn, bolehlah Chelsea makan.”

“Kau rilek je. Malam ni macam biasalah, MU mesti dapat own goal dari Liverpool,” balas pakcik Chelsea tu pulak.

Aku dah pelik dah. Baru aku tau, semua uncle2 kat belakang aku tu, sama ada Chelsea ataupun MU. Liverpool langsung takdak. Jadi, dalil yang mengatakan orang tua2 je yang sokong Liverpool, tak berapa nak betul. Sebab kat belakang aku tu, semua jenis dah ada anak yang boleh beri cucu. Entah2 memang dah ada cucu pun.

Game pun mula. Asal MU bawak bola jek, pakcik belakang aku tu cakap.

“Hah! Hah! Hah!”

Asal Mu bawak bola jek, uncle tu cakap,

“Hah! Hah! Hah!”

Aku tarik nafas panjang. Muka aku dah tak macam Rosyam Nor dalam filem Bilut dah, dah macam muka Pierre Andre dalam filem 'jangan pandang belakang' pulak. Pening aku bertambah. Aku kalih tengok luar pulak. Bro2 yang pakai topi fedora, rilex lagi. Langsung tak layan game hebat tu. Hairan aku. Memang VE betul.

Sambil2 itu, aku mula fikir, aku nak makan apa supaya boleh duk lama kat kedai kelantan tu. Kalau mapley, tak kisah sangat. Mana pernah aku duduk lama2 kat kedai Kelantan. Jadik, aku pun order nasi USA. Agak sedap. Aku boleh terus lupa yang uncle MU dan Chelsea kat belakang aku, pasal aku sibuk nak keluarkan daging yang melekat kat celah gigi pulak. Hampeh betul.

Selepas 64 minit. Aku dah tak dengar “hah” lagi. Penat kot. Tapi minit ke 65. Gol. Sunyi. Aku pun tak berapa nak sambut bagi menghormati orang tua kat belakang aku. Tapi aku dah start senyum2. Lepas tu aku dengar lagi dialog.

“Kau rilek. Game ni seri. Liverpool akan own goal. Macam MU tak biasa.”

Aku yakin itu suara uncle chelsea tu. Aku diam jek. Dialog tu berulang2 sampai aku pening lagi. Tapi aku tetap tabah. Sampailah minit ke 95, Ngog skor. Barulah aku angkat tangan tinggi dan jerit' Yes'. Aku yakin, uncle2 kat belakang aku tu, agak kaget. Macam muka Ruminah Sidek dalam filem congkak waktu M. Rajoli baca doa kat dia. Yelah, tiba2 aku jerit. Bro2 kat luar tu pulak, rilek2 lagi. Mungkin bincang pasal lagu VE ataupun lagu Ruff Edge yang terbaru.

Lepas game habis. Uncle2 kat belakang aku blah. Takda bunyi 'hah' ataupun 'own goal' dah. Sepi. Lepas tu bro2 yang pakai topi fedora tu pulak masuk kedai dan terus tanya, “Game Arsenal kan lepas ni.”

Malam itu baru aku dapat pencerahan, bagaimana sosiologi dan antropologi fan Arsenal.
20

Bolasepak 101: Kenali Maskot Anda

LuciusMaximus
Setiap kali perlawanan bolasepak, kita pastinya akan terlihat haiwan, makhluk atau benda pelik di tepi padang yang terkinjat-kinjat tak tentu pasal. Mereka inilah yang dinamakan maskot, satu pekerjaan dalam mana-mana kelab bolasepak yang boleh dilakukan tanpa perlu sebarang kemahiran bersangkut-paut dengan bolasepak.

Fungsi setiap maskot ialah simbolik kepada kelab mereka. Selain dari untuk menaikkan semangat para penyokong, maskot juga ialah penghibur, bahan gelak dan bahan cacian para penonton. Atas sebab itu barangkali kebanyakan individu yang bekerja sebagai maskot merahsiakan pekerjaan mereka dari kawan-kawan.

Sokernet dengan penuh rasa tawaduk melihat beberapa maskot yang ada di dalam EPL demi pengetahuan am dan kesejahteraan rakyat 1Sokernet.

Stamford The Lion
Tipikal seperti mana-mana lelaki Chelsea, Stamford sang singa sentiasa menarik perhatian dan didampingi oleh kaum wanita. Biarpun si wanita ialah peminat Manchester United. Diilhamkan dari motif singa yang terdapat pada lambang kelab dan nama stadium, Stamford adalah simbol kekuatan dan semangat Chelsea serta United Kingdom of Great Britain. Sejajar dengan cogankata Pride of London. Maskot paling best untuk kelab yang paling best. Zigger Zagger!

Billy The Badger
Seteru Chelsea, Fulham juga tidak ketinggalan untuk menonjolkan maskot mereka sendiri. Setelah merasa kelihatan bodoh kerana menggunakan Terry Bytes (sebuah kalkulator) sebagai maskot sebelum ini, pengurusan Fulham telah memilih Billy, seekor badger (dalam bahasa Melayu apa nama menatang ni?) sebagai maskot baru mereka. Pilihan yang bijak, sesuai dengan Fulham yang kecil tapi mempunyai semangat melawan yang tinggi, macam badger juga.


Herbie The Hammer
Jika tuan ke Boleyn Ground, jangan terkejut bila melihat makhluk pelik berkepala petak. Itulah Herbie, si tukul yang merupakan maskot kepada The Hammers. Pernah hampir disaman kerana dikatakan meniru karakter siri popular rancangan TV kanak-kanak, Herbie biarpun berkepala petak adalah insan normal seperti kita semua. Kenapa? Kerana Herbie juga ada Facebook.


Chirpy Cockerel
Mati-mati selama ini kita ingatkan cap ayam pada lambang Tottenham Hotspur ialah seekor ayam jantan. Rupanya salah. Kenapa? Kerana Chirpy seperti gambar di atas mempunyai payudara. Maka memang sah cap ayam pada Spurs sebenarnya adalah seekor ayam betina. Yang menerangkan kenapa Spurs bukan Big Four.

Fred The Red
Budak-budak tadika pun tahu Fred si merah tidak lain dan tidak bukan lagi ialah seekor setan yang berwarna merah. Sekalipun mukanya comel seperti beruang Teddy tetapi dua batang tanduk hitam itu menonjolkan sifat jahatnya yang sebenar. Cuma berdasarkan gambar di atas kita tidak pasti siapa yang lebih setan, Fred atau Pak Alex?

Moonchester
Tidak mahu ketinggalan dengan kelab jiran, Manchester City juga mahu menonjolkan maskot mereka. Cuma yang meragukan ialah tidak dapat dipastikan menatang apakah Moonchester ini sebenarnya. Bila diamati dengan lebih teliti, pihak Sokernet percaya Moonchester ini ialah seekor toyol mata duitan, sama macam Robinho.

Gunnersaurus Rex
Ini yang paling tidak masuk akal, kerana haiwan yang dijadikan maskot bukan saja sudah pupus malahan tidak ada sangkut paut dengan identiti kelab Arsenal. Atau adakah kerana Denver The Last Dinosaur dan Barney and Friends merupakan peminat Arsenal? Tidak dapat dinafikan kemungkinan tersebut kerana Gunnersaurus, Denver dan Barney semuanya mempunyai sifat yang serupa iaitu berperut buncit. Hanya abang Pipiyapong saja yang tahu jawapannya. Tapi apa yang pihak Sokernet muyskil, kenapa tidak guna saja meriam sebagai maskot? Boleh namakan sebagai Siti Meriam, tak pun Meriam Bellina. Tak gitu?
20

AMARAN UNTUK LUCIUS

Nazri Selasa, Oktober 27, 2009

Saya naikkan sekali lagi iklan produk Sokernet ini untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin. Supaya entri ini menjadi entri teratas selama mungkin.

Ini kerana entah apa mamat di bawah ini boleh update dengan entri pasukan yang tak ada kaitan dengan isu semasa. Setahu saya, tak ada sesiapa pun yang mengutuk arsenal sehari dua ini, kenapa pulak mamat Arsenal ni boleh terasa? Letak cerita sejarah pula tu, nak jadi fans Liverpool ke?

Untuk Lucius, produk hangat pisang goreng ini saya ingatkan agar dipromo seawal mungkin. Game Ahad lepas, selasa baru nak up marketing. Marketing 101 anda fail. Macam mana Sokernet nak kaya?

Maklumat tentang DVD ini klik di sini. Pastikan yang original.


Sesuai ditonton oleh peminat pasukan yang kalah minggu ini, yakni kami dan paling sesuai di tonton ketika menikus untuk peminat-peminat yang bakal sekali lagi menikus tatkala bola pantai masuk campur dalam urusan sejarah mereka, yakni...you know who.

Glosari:

menikus: peminat yang mendiamkan diri akibat dimalukan oleh bola pantai, seperti seekor tikus yang duduk di dalam lubang.

Akhir kata - Lucius, word for you - komitmen 110%.
20

Bersama Abang Fakta

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Meraikan pemain paling terer dunia.



Antara pemain Arsenal yang berkebolehan terbang tinggi.



Pemain-pemain Arsenal yang garang dan bengis

Tahukah anda bahawa Arsenal adalah pasukan yang paling konsisten di dalam liga inggeris sepanjang abad ke-20? Rekod perjalanan Liga Inggeris bermula tahun 1900 hingga 1999 menunjukkan pencapaian terbaik dipegang Arsenal dengan purata kedudukan liga tertinggi iaitu 8.5. Terer, kan?

1. Arsenal - 8.5
2. Liverpool - 8.7
3. Everton - 10.6
4. Manchester United 10.9
5. Aston Villa - 12.5
6. Tottenham Hostpur - 13.2
7. Newcastle United - 14.4
8. Manchester City - 14.5
9. Chelsea - 15.4
10. Sunderland - 16.6

*Rekod dikira berdasarkan kempen liga 1900 hingga 1999. Tapi kalau kira hingga 2009, Arsenal tetap di kedudukan pertama lagi. Tak gitu?

Gua sengaja isi gambar banyak banyak.
15

Respect The Don

LuciusMaximus

Judul: Respect The Don

Penerbit: Arkib Filem Liverpool (Bahagian Filem Sejarah)

Arahan: Fat Spanish Waiter

Teraju Utama:
1) Rafa Benitez sebagai Fat Spanish Waiter aka The Don
2) Sir Alex Ferguson sebagai Orang Tua Ganyut Kaki Kompelin Pengadil

Pak Pacak:
1) Fernando Torres sebagai Penoreh Getah
2) Dimitar Berbatov sebagai Striker Bebal Betul
3) Bola-bola pantai, belon dan yang sewaktu dengannya

Running Time: 90 minit campur 5 minit masa kecederaan

Format: Kaset VCR sahaja, sebab dikeluarkan oleh Bahagian Filem Sejarah

Tawaran Hebat
Bonus! Set pantai Liverpool dan sekeping kad merah diautograf oleh Nemanja Vidic untuk setiap pembelian. Tawaran terhad selagi Liverpool belum kalah perlawanan seterusnya.

Pastikan yang ori, hanya dari Sokernet!

Untuk tempahan sila hubungi:
1-300-88-TOREH jika anda peminat Liverpool dan minta untuk bercakap dengan Jannah atau Dingin, jawab soalan-soalan sejarah Liverpool dan anda mungkin mendapat diskaun 50%

1-300-88-GLORY-GLORY (tapi kalah juga) jika anda peminat Manchester United dan minta untuk bercakap dengan Nazri atau J Or Ji dan bersedia untuk menjawab soalan cepumas kenapa anda menggatal nak beli filem propaganda Liverpool

Peminat-peminat Chelsea, Arsenal dan KM Naza, tak payah beli, bukan best pun!

36

FOLLOW ME AND MANCHESTER UNITED

Jorji
There is only One United

Manchester United adalah juara liga Inggeris (Division 1 dan EPL) sebanyak 18 kali. Menjadi juara Piala FA Charity/Community Shield sebanyak 17 kali. FA Cup sebanyak 11 kali. Piala Liga 3 kali. Juara Eropah SEBENAR sebanyak 3 kali. FIFA Club World Cup sebanyak 1 kali (2008). UEFA Super Cup sebanyak 1 kali (1991). INTERCONTINENTAL Cup 1 kali (1999) dan Eur0pean Cup Winners Cup sebanyak 1 kali (1991).
29

Literasi Potret: Chelsea, Chelsea!

LuciusMaximus Isnin, Oktober 26, 2009
Abang Liverpool, masih macho dan bergaya di atas kuda, sesuai dengan tradisi dan sejarah yang hebat

Liverpool walaupun menang ke atas Manchester United semalam, masih lagi duduk di bawah telapak Chelsea dalam EPL.

Gambar-gambar berikut di bawah menerangkan kenapa Chelsea masih tetap terhebat biarpun Liverpool bermain sepantas kuda.

Brader Chelsea penuh ketenangan di garisan permulaan

Bersaing dengan kerbau Argentina ketika last lap

Mendahului para pesaing lain ketika beberapa inci menghampiri garisan penamat

Brader Chelsea dan kerbaunya menjuarai perlumbaan kerbau sesuai dengan taraf kehebatan Chelsea (tanpa perlu menyanyi lagu Bunkface - Situasi)

28

SAMA-SAMA LIVERPOOL

bersahabat dengan pantai


Manchester United kalah kali pertama musim ini ketika berdepan dengan Burnley seterusnya disambut meriah oleh peminatnya kerana ini kemenangan bersejarah mereka.

Manchester United kalah kali kedua ketika berdepan dengan Liverpool seterusnya disambut meriah oleh peminatnya kerana ini kemenangan untuk sejarah mereka.

Kita boleh nampak persamaan cara dan emosi sambutan kemenangan dari kedua-dua ahli kelab ini.

Adakah trend kalah Manchester United ketika berdepan dengan kelab bukan title contender akan menjadi satu trend berterusan pada musim-musim akan datang?

Kita tunggu dan lihat.

Sementara itu saya ingin menyepikan diri, sama seperti peminat kelab bola pantai yang menyepi diri menikus minggu lepas dan ingin saya membuat statement - gua malas nak layan bola, baik layan Nur Kasih, sama seperti statement ahli kelab bola pantai minggu lepas.

Karma is an interesting stuff.



23

Rebiu: Aiman Tak Kisah

LuciusMaximus

Aiman tak kisah Liverpool menang malam tadi. Papa cakap, Liverpool menang tapi masih nombor 5. Papa cakap lagi, Liverpool kurang 6 mata dari Chelsea. Dah tu, Liverpool pun kalah dengan Chelsea hari tu. Papa ada cakap, belum tentu lepas ni Liverpool menang lagi. Aiman tak kisah.

Aiman tak kisah kalau semua orang tak mahu cakap pasal Chelsea. Aiman tak kisah kalau suratkhabar cerita pasal Liverpool. Aiman bukan suka baca suratkhabar pun. Tengok Cartoon Network lagi best.

Aiman tak kisah kalau pakcik-pakcik kat kedai kopi suka Liverpool. Aiman tak kisah pun kalau pakcik tu cakap Liverpool kaya dengan sejarah. Aiman budak lagi. Masa Liverpool hebat dulu Aiman belum lahir pun. Jadi buat apa Aiman nak kisah?

Ada seorang abang dekat taman perumahan Aiman, dia suka Arsenal. Aiman tak kisah juga. Papa cakap Arsenal main je terlebih cantik, tapi tak ada kekuatan mental. Aiman tak tahu mental tu apa, jadi Aiman tak kisah. Tapi Papa ada cakap, mental tu macam mendahului 2-0 tapi akhirnya seri 2-sama dengan West Ham United. Aiman tak kisah.

Tapi Aiman suka pakcik Gianfranco Zola. Pakcik Zola pernah main untuk Chelsea.

Aiman tak kisah masa Chelsea kalah dengan Aston Villa. Aiman tak suka marah-marah pengadil macam atuk Ferguson. Papa selalu pesan, kalah menang adat perlawanan. Aiman tak kisah pun bila Aston Villa seri 1-sama dengan Wolves.

Papa cakap, penyokong Chelsea mesti carefree. Aiman tak kisah carefree tu apa.

Manchester City pun Aiman tak kisah, sebab City bukan United. Papa cakap City seri 2-sama dengan Fulham, musuh derby dengan Chelsea. Aiman tak kisah sangat.

Aiman tak kisah juga kalau semua orang cakap Tottenham Hotspur boleh pecah monopoli Big Four. Spurs kalah dengan Stoke City 1-0 Papa cakap. Aiman tak kisah. Yang Aiman kisah bila Chelsea menang dengan Stoke City hari tu.

Lagi satu yang Aiman kisah, Joe Cole dah boleh main bolasepak. Aiman suka Joe Cole. Papa cakap Joe Cole melengkapkan formasi berlian Carlo Ancelotti. Aiman tak faham. Yang Aiman tahu masa Papa kahwin dengan Mama, Mama dapat cincin berlian.

Nanti Aiman nak minta Papa belikan baju Joe Cole untuk Aiman. Baju Drogba Aiman dapat dah.

Aiman suka bila Chelsea menang 5-0, dapat nombor satu. Aiman tanya Papa, kenapa Chelsea nombor satu, bukan Manchester United? Papa cakap kena tanya pakcik J Or Ji.

Sebenarnya Aiman tak kisah pun sebab apa. Aiman tak kisah pasal pasukan lain sebab pasukan tu semua kat bawah Chelsea. Macam Aiman tak kisah kalau suratkhabar cerita pasal Liverpool menang sampai satu minggu nanti.

Bagi Aiman, yang penting Chelsea menang. Papa cakap lepas ni Chelsea lawan Bolton Wanderers. Aiman tak kisah sangat. Yang Aiman kisah bila Chelsea lawan Manchester United lagi 2 minggu.

Tapi Papa pesan Aiman tak boleh kutuk Manchester United sebab Papa cakap, Mama suka Manchester United. Aiman tak kisah.

24

Terima kasih Man U

MDM FARAH FAIZURA
Terima kasih sebab tamatkan nasib malang kami. Tak ada hadiah sangat nak beri. Nak beri belon, peminat korang pun dah banyak beli belon. Sampai buang2 kat Anfield lagi. Kami beri 2 jelah ya. Terima kasih. Ulasan lanjut. Tunggu lusa. Ini warming up saja dulu.

Hati senang. Sambil menyanyikan lagu Bunkface 'Situasi'



24

Liverpool 2 - 0 Manchester United

Jorji
Bravo wankers!

Macam tu la main bola secara berpasukan. Kesebelasan Liverpool berfungsi dan bermain dengan baik. Betul kata Hasbullah Awang, mereka bagaikan harimau yang terluka. Kesebelasan Manchester United pula hancus. Langsung tak menunjukkan persefahaman selama 96 minit. Liverpool berhak dapat 3 mata.

Ferdinand tak ambik iktibar. Beliau bermain teruk musim ini, untuk Manchester United dan juga England. Itu Torres. Mana-mana pasukan dia main pun, dia sangat berbahaya! Torres bukan untuk dikejar atau body contact, dia mesti dijatuhkan. Mesti tackle. Kalau tak, ambik obat la!
Manchester United bukan sekali dua bermain teruk maca tu, 20 minit pertama aku tengok, aku dah tau.. ini adalah Manchester United yang 'majal'. Ini adalah Manchester United yang bermain seperti final Champions League musim lepas. Serba tak menjadi. Serba silap. Pemain boNgog pun boleh score!

Apapun, musim masih panjang. Musim lepas, Manchetser United juga kalah di Anfield 2-1 dan terus jadi juara BPL. Mungkin selepas perlawanan ini, Liverpool akan bangkit semula dan terus kembali merebut tempat ke 2 liga...seperti musim lepas. Buat masa sekarang, kebetulan Sehati Berdansa musim baru dah mula, setan merah marilah kita undi Enot. Tujuannya murni.

Sms paling sayu gua terima dari the koppites sebelum blah dari mamaks : "Tapau kan gua roti KOSONG 2!"

Bravo wankers!
47

Liverpool 2 - Manchester United 0


Sebentar.

Tarik nafas.

Dada masih bergoncangan selepas melihat gol Ngog. Didn't he subbed in for Torres?

Torres. Oh chentaku. Danke!

Dan macam aku heran jek entri ini tidak penuh dengan taktikal talks.

Mahu jadi pengulas Sokernet, sila email Vovin hari Rabu ya?

Kita tunggu minit ke minit review dari En Lucius, yang khabarnya sempat balik dari Lahat Datu atas urusan kerja untuk menonton game bola sepak pantai merah ini di kedai mamak berdekatan Api-Api Center di KK.

And last but not least;

30

Liverpool vs Man U. Ahad ini. Datanglah beramai2 ke Anfield.

MDM FARAH FAIZURA Sabtu, Oktober 24, 2009
Baru lepas tengok DVD 'Eden Lake'. giler sial citer tu. Kisah budak2 kat England yang jahat. Tak tau aku nak citer cemana. Ada masa tengoklah. Memang remang jugak bulu roma den.

Ok, kembali kepada cerita Liverpool dan Man U.

Selepas Liverpool kalah 4 kali, semua orang dah minat jadi pakar sejarah.. Semua dah tahu pasal kisah pada bulan Mac hingga Mei tahun 1987, Liverpool kalah 4 kali berturut-turut. Yang lagi best, semua dah tahu pasal tahun 1953, antara bulan Ogos dan September, Liverpool kalah lima kali berturut-turut. Lepas tu semua yang benci Liverpool berharap sejarah 56 tahun lepas berulang balik. Susah betul jadi team yang ada prestij dan kuat macam Liverpool ni. Walau dah kalah 4 kali pun mereka takut lagi.

Cuba Chelsea atau Arsenal yang kalah 4 kali, ada orang nak kisah? Takda orang yang nak kisah pun, pasal orang akan kisah pada team yang kuat jek. Macam Liverpool lah. Semua tertanya, “Eh, apsal boleh kalah sampai 4 kali berturut?” Semua macam tak percaya. Lepas tu, benda tu jadi lawak pulak. Yelah, benda tak disangka2.

Tapi tak ramai yang tahu, pada tahun 1963/64, Liverpool kalah 4 game daripada 9 perlawanan awal, tetapi, Liverpool juara pada tahun itu. Tapi itukan sejarah. Janganlah takut sangat. Takut betul, sampai hilang nafsu kat kaum hawa.

Jadi Ahad ini, lawan Man U, dengan keadaan team Liverpool yang boleh dikatakan tidak berada pada prestasi sebenarnya, tidak banyak yang boleh diharapkan selain mengharapkan United main macam celaka pada malam itu, dan nasib tidak lagi menyebelahi Man U. Faktanya selama ni, nasib memang banyak menyebelahi MU. Gol minit kecederaanlah, gol sendirilah. Memang aku jeles betul part2 nasib ni dengan MU. Tabik!

Selain itu, harap jugak Lucas Babel, Voronin dah kena basuh dengan Rafa. Takpun Rafa dah kena basuh dengan hantu Shankly dalam mimpi. Jadi semangat mereka jadi lain macam sikit. Dah jadi spirit Shankly dah. Tau nak skor jek kerjanya.

Jadi apa yang nak diborak pada game Ahad ni nanti? Aku tak pasti. Yang aku agak2, Aquilini masuk 15 minit terakhir. Lucas seperti biasa di tempatnya. Martin kelly, budak Liverpool yang bakal jadi star besar akan ganti Johnson.

Jadi, Ahad ni, bagi penyokong yang mampu tu, boleh lah terus ke Anfield. Kalau sederhana mampu tu, boleh terus tengok kat rumah. Kalau macam aku ni, tak berapa nak mampu, akan tetap tengok, tapi kat mamak jelah jawabnya.

Ada jugak yang tanya Rafa, nak bawak bola pantai ke tak? Rafa cakap, “Ikut hang la. Hang dah takdak awek nak bawak, takdak life, hang bawaklah bola pantai tu. Style sikit.”

Predict malam Ahad ni? Mestilah menang. Berapa gol itu, tengok ihsan Liverpool lah, berapa nak kasik.

YNWA! (You never win any ke, you never win again, you never apa ke, lantaklah. Jeleslah tu sebab team sendirik takde tagline yang best.)
14

Prebiu: Chelsea Lawan Bekas Juara EPL 1994/95

LuciusMaximus Jumaat, Oktober 23, 2009
Sejarah - subjek kegemaran peminat Liverpool

Aku masih ingat tahun 1996 di Ipoh, Perpustakaan Tun Abdul Razak. Setiap 5 dari 10 mamat yang menyarung jersi bolasepak di dalam perpustakaan itu menggayakan jersi Blackburn Rovers dengan penuh bangga. Al maklum Rovers baru menjuarai EPL tahun sebelumnya.

Sebab kenapa aku rajin lepak di perpustakaan pada tahun 1996 ialah kerana Sijil Pelajaran Malaysia. Ramai awek belajar kat situ, senang nak mengorat.

Rekod antara Chelsea dan Rovers adalah seperti berikut: 43 kemenangan untuk Chelsea, 35 untuk Rovers dan 27 seri. Untuk musim 2008/09 menentang Rovers di Stamford Bridge, The Blues menang 2-0. Kali terakhir Rovers menang di Stamford Bridge ialah pada musim 2002/03, 2-1.

Secara keseluruhannya peluang Chelsea untuk menang agak cerah, bersandarkan keputusan cemerlang menentang Atletico Madrid dan rekod tanpa kalah di Stamford Bridge (24 perlawanan). The Drog bakal kembali memikul tugas sebagai penggempur utama, manakala aksi cemerlang Salomon Kalou dan juga kejayaan Super Frank memecah kebuntuan dalam perlawanan sebelum ini bakal membantu dalam merobek gawang Rovers. Tidak lupa juga Nicolas Anelka, yang sepanjang kariernya dalam EPL telah menyumbat 12 gol menentang Rovers.

Dengan segala prospek yang menggiurkan ini, tidak salah rasanya untuk meramalkan kemenangan buat Chelsea.

Sementara itu jauh di utara pada hari Ahad, Liverpool bakal melayani kunjungan Manchester United. Perlawanan antara kedua kelab ini mengundang dilema yang tidak terhingga buat aku.

Jika Liverpool dan Chelsea menang perlawanan masing-masing maka United bakal jatuh ke tangga ke-2 EPL dan Chelsea kembali di puncak liga.

Andai kiranya Liverpool tewas kepada United, mereka bakal menyamai rekod kalah 5 perlawanan berturut-turut mereka pada tahun 1953. Pada penghujung musim tersebut, Liverpool telah disingkirkan dari Divisyen 1 Inggeris.

Semuanya bakal ditentukan hujung minggu ini. Untuk tilikan menentang Rovers, menang 3-0. Drogba, Lampard dan Ballack.

19

preview : Liverpool vs Manchester United.

Jorji
Rio Ferdinand kata, form semasa bukan penentu perlawanan yang akan berlangsung pada malam ahad nanti. Aku setuju. Walaupun form dan momentum kemenangan berpihak kepada Manchester United dan kemeruduman serta kebahlolan kuat pada Liverpool, tapi ada kemungkinan semua itu tidak akan menentukan performance pasukan masing-masing di Anfield nanti.

Mungkin perlawanan akan sengit dan masing-masing akan menjaringkan banyak gol. Mungkin bosan dan hanya 1 gol akan menentukan kalah menang. Liverpool, bak kata Tuan Haji Hasbullah Awang, bagaikan harimau terluka selepas kalah 4 perlawanan berturut-turut. Ada kemungkinan mereka akan 'bounce back' bagaikan lantunan bola merah di pasir pantai. Tapi, Tuan Haji Hasbullah Awang, bukan semua harimau terluka merbahaya. Terutama jika Harimau terluka itu tiada gigi! Hanya mampu jadi penghibur di sarkis, melompat gegelung api dan bermain bola plastik berwarna merah. Harimau yang tak melawan apabila di libas dengan rotan.

The Kop tentu masih berharap kepada 'sejarah' kemenangan mereka home&away musim lepas. (asik harap sejarah aje la...) Bagi mereka, biarla tak menang apa-apa piala pun,asalkan menang home&away. Dasar harimau sarkas! Kemungkinan besar, hajat tahunan mereka untuk tidak memenangi sebarang piala akan termakbul. Jika Manchester United menang, seterusnya menjarakkan mata dari Liverpool kepada 10 dan Liverpool pula jatuh lagi anak tangga, maka tiada la peluang mereka memenangi EPL. (alah, bukan pernah menang pun! 20 tahun dah!)

Apakah taktikal Pak Alex pada malam nanti di Anfield?
Setakat sampai petang esok, Pak Alex rasanya masih belum pasti taktikal apa mau pakai. Pada Pak Alex, kalau Gerrard dan Torres tak main malam nanti, tak guna apa-apa taktik pun Manchester United akan menang. Liverpool ni, dari dulu dah tahu dah, sangat bergantung kepada Gerrard dan Torres untuk menang. Kalau dua2 injured, hancus! Jadi apa tindakan Rafa Benitez untuk mengatasi masalah tersebut? Jual Alonso dan beli pornstar! Nampak?...nampak tak betapa bijaknya Rafa?

Manchester United punya rekod yang agak OK di Anfield. Spirit of Shankly ke, Alan Hansen ke, semuanya tak cukup power untuk melemahkan kekuatan sebuah pasukan yang bermain baik seramai 11 orang, termasuk simpanan. Manchester United tidak bergantung kepada 1 atau 2 pemain untuk menang. Itu perbuatan keji, kata Patrice Evra yang terkenal dengan mulut Perancisnya itu. Aku cuma berharap Wayne Rooney kembali mengganas membelasah pertahanan Liverpool serta si bahalol pepe reina. Vidic dan Ferdinand boleh bermain dan mensaiko Torres. Scholes di tengah bergandingan dengan Giggs atau Carrick, atau Fletcher (jika sudah fit) Van Der Sar juga telah kembali mengambil semua posisinya dari Ben Foster. Adakah Owen akan beraksi? Sangat menarik untuk kita saksikan!

Jika semuanya berjalan lancar mengikut skrip, Manchester United akan memenangi perlawanan malam itu dengan kelebihan 4 libasan berbalas TIADA. Jika harimau sarkis melawan, mungkin dapat libas sekali aje, 1-0.

Go Rooney Go!
12

Ronaldinho

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Hidup lagi rupanya Ronaldinho ni. Gua ingat dah balik Rompin.
11

Rebiu: Chelsea 4 - Atletico Madrid 0

LuciusMaximus Khamis, Oktober 22, 2009
Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
Adik jangan nangis emak beli bola
Bola warna merah ada cop Liverpool
Kalau pergi stadium boleh bawa bola

Chelsea menang besar malam tadi, menewaskan salah satu kuasa besar La Liga iaitu Atletico Madrid. Atletico Madrid ialah kelab lama Fernando Torres sebelum beliau menyertai Liverpool. Atletico Madrid kini di tangga ke-15 La Liga, kalah 3 dari 7 perlawanan mereka. Liverpool di tangga ke-8 EPL, kalah 4 dari 9 perlawanan.

Ini semua Torres punya pasal. Torres dan bola pantai berwarna merah.

Agaknyalah, apa kata Radomir Antic?

Salomon Kalou menjaringkan dua gol pagi tadi. Ya, Kalou. Bukan abangnya, Didier Drogba. Kalau Kalou boleh sumbat 2 gol ini memang masalah besar. Bukan untuk Chelsea, tapi untuk Atletico Madrid.

Dalam hal yang lain pula Super Frank telah kembali beroperasi seperti biasa, selepas 11 perlawanan tanpa gol. Ini berita baik untuk semua rakyat 1Malaysia.

Diego Forlan tidak menjaringkan sebarang gol. Cuma satu percubaan separa merbahaya ke atas Petr Cech. Tipikal untuk bekas Red Devil seekor ini. Pasal itu kena jual.

Sergio ‘Kun’ Aguero langsung tidak menggugat. Ini adalah pemain yang pernah menjadi sasaran Chelsea musim panas yang lepas, tapi cuba jual mahal. Ambil ubat.

Mungkin Luis Perea lagi bagus. Pemain pertahanan dari Colombia ini membuktikan beliau lebih hebat dari Forlan dan Aguero bila menyumbatkan gol di saat akhir. Cuma masalahnya gol tersebut ialah gol sendiri.

Dengan kemenangan pagi tadi The Blues hanya memerlukan satu mata saja lagi bagi menjamin kelayakan ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara. Cuma yang kurang seronoknya kalau Liverpool Beach Club tidak dapat turut serta, kurang umph. Macam pergi berkelah di pantai tanpa membawa bola pantai.

Dengan berbekalkan kemenangan 100% dalam Liga Juara-Juara, di harap Chelsea dapat mengekalkan rentak yang serupa untuk saingan EPL hujung minggu ini menentang bekas juara EPL, Blackburn Rovers.

Dah, aku nak pergi tiup angin bola pantai aku.

14

Prebiu: The Blues Lawan Los Colchoneros

LuciusMaximus Rabu, Oktober 21, 2009
Setiap dari kita mempunyai kelab faveret di hampir setiap negara. Macam di Malaysia, kelab faveret aku ialah Perak FA, di England pastinya Chelsea, di Indonesia pula PSMS Medan bahkan di Afrika Selatan pun ada, yakni Kaizer Chiefs.

Bila menyentuh mengenai Sepanyol dan La Liga mereka, maka ada satu kelab yang menjadi pilihan di hati. Lupakan FC Barcelona atau Real Madrid, anjing bawahan Rojiblanco jauh lebih menarik perhatian.

Kali pertama jatuh cinta dengan para pembuat tilam ini ialah pada tahun 1996, ketika mereka menjadi juara berganda La Liga dan Copa del Rey. Selepas itu mereka tidak menang apa-apa. Tak kisah, aku suka underdog. Chelsea satu masa dulu juga underdog.

Secara keseluruhannya Atletico Madrid telah menjuarai La Liga sebanyak 9 kali dan Copa del Rey juga sebanyak 9 kali. Secara statistik mereka jauh lebih berjaya di peringkat domestik jika dibandingkan dengan Chelsea.

Dari sudut sejarah. Tapi kita semua sudah belajar sejarah tidak membawa apa-apa erti dalam bolasepak, macam kes Liverpool dan bola pantai berwarna merah menyala.

Atletico Madrid pada masa ini sedang bergelumang dalam La Liga di tangga ke-15. Mereka baru dilaukkan 3-0 dalam perlawanan La Liga oleh Osasuna, bukannya Barcelona. Rekod mereka dalam Liga Juara-Juara setakat ini ialah tewas dengan FC Porto dan seri menentang Apoel Nicosia, sekalipun dibarisi oleh Diego Forlan, Sergio ‘Kun’ Aguero, Maxi Rodriguez dan Jose Antonio Reyes.

Apa barang bai?

Chelsea pula bakal turun pagi nanti setelah bermurah hati memberikan kemenangan kepada Aston Villa minggu lepas. Ianya sebagai tanda solidaritas yang tidak terhingga kepada Aston Villa kerana mengenang budi mereka yang meletakkan nama pertubuhan kebajikan (Acorns) pada jersi dan menyumbang sebahagian hasil kutipan tiket untuk pertubuhan tersebut.

Chelsea juga turut terlibat dalam aktiviti kebajikan mereka sendiri, Help A London Child. Ia sememangnya satu usaha murni yang harus dipuji dan jauh lebih berfaedah dari aktiviti seperti menjual bola pantai berwarna merah menyala yang akhirnya makan diri. Cerita lain.

Oleh kerana perlawanan malam ini menemukan dua pasukan faveret aku, maka hati aku berbelah bagi untuk membuat tilikan.

1-1 sajalah kot. Forlan untuk Atletico dan Anelka untuk Chelsea.

Dah aku nak pergi pantai, main bola.
8

emosi Liverpool 2

MDM FARAH FAIZURA
Carut apa lagi yang aku nak pakai? Kalau rajin tengok entri yang aku lepas2, semua asyik nak mencarut jek kerjanya kat Rafa kat gillet dan hick. Kat Lucas apatah lagi. Voronin dan babel pun dah kena. Nak carut siapa lagi? Nak carut Man Belon pulak?

Game pagi tadi aku tak tengok pun. Aku tido lepa s tengok Channel 555. Aku memang minat History ni. Dalam Channel yang aku tengok tu, derang ada cerita pasal kekalahan Jepun. Antara sebab yang mempercepatkan kekalahan Jepun adalah penggunaan taktik Divine Wind atau dalam bahasa Jepunnya Kamikaze.

Taktik yang diharap akan mengalahkan US itu sebenarnya mempercepatkan kekalahan Jepun. Ini kerana pihak US jadi takut hendak menyerang pulau besar Jepun kerana menjangkakan serangan Kamikaze yang lebih dahsyat. Jadi, kerana takut mereka terus gunakan bom atom. Lepas guna bom atom, terus Jepun kalah.

Jadi apa kaitannya dengan Liverpool? Tak ada kaitan. Itu cuma nak kasi panjang entri ni saja.

So, kepada penyokong Livepool yang bertanya, mengapa tidak membidas balik kutukan2 kepada Liverpool di dalam blog ini? Jadi, perlu kah kita kutuk orang untuk nampak hebat ataupun kita kutuk sebab nak tutup kelemahan kita?

Liverpool tak perlukan itu. Tak perlu. Kita kelab yang ada prestij. Aku memang emosi, tetapi emosi kepada prestasi kelab Liverpool. Emosi kepada gillet dan hick yang bodoh. Dan emosi kepada Rafa yang suka gunakan pemain tengah, antara yang terbaik di BPL sebagai wing, iaitu Benayoun. Benayoun tuh dah elok sangat dah ganti Lucas. Lucas memang tensen. Macam mana aku tau Lucas tak best walaupun aku tak tengok game tu? Jawapannya, tak payah tengok pun dah tahu.

Jangkaan melawan MU? Aku harapkan keajaiban.

YNWA.
9

Laporan Bola Eropah

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Awal pagi tadi berlangsungnya perlawanan Liga Juara-Juara Eropah bagi kumpulan E, F, G dan H. Sebanyak 8 perlawanan telah dimainkan secara hampir serentak oleh 15 pasukan terbaik Eropah dan 1 pasukan lemah Eropah, Liverpool. Berikut adalah keputusan perlawanan awal pagi tadi. Kita mulakan dengan pasukan paling bengap, Liverpool.

Liverpool 1-2 Lyon
Di Anfield, nasib tidak menyebelahi Lyon kerana hanya mampu mencatatkan kemenangan ke atas pasukan tuan rumah dengan kelebihan 1 gol sahaja. Pasukan Liverpool mendahului seawal minit ke-41 dengan gol entah apa-apa hasil jaringan Yossi Benayoun. Yossi Benayoun meraikan gol dengan memeluk Abang Carragher dan minum air jampi di tepi padang. Penyokong Liverpool semua bersorak macam nak menang. Namun begitu pasukan pelawat yang bermula tanpa penyerang utama mereka, Bafetimbi Gomis berjaya menyamakan kedudukan melalui seorang budak bernama Maxime Ganalons yang masuk pada minit ke-43 menggantikan pertahanan kental Lyon yang tercedera, Cris. Setelah bergurau lebih kurang dengan pasukan Liverpool, pada minit ke-90, pemain kelahiran Argentina iaitu Cesar Delgado berjaya menyambung baik hantaran lintang Sidney Govou seterusnya memberi Lyon 3 mata penuh dan kekal di tangga teratas kumpulan dengan kemenangan 100%. Reina berjalan perlahan-lahan pergi kutip bola dalam gol. Carragher muka lagi sikit nak menangis.


Debrecen 3-4 Fiorentina
Wakil Hungary tidak mengambil masa yang lama untuk mengatasi Fiorentina apabila menjaringkan gol seawal minit ke-2 hasil rembatan Peter Czvitkovics. Namun empat minit kemudian, pemain buangan Chelsea, Adrian Mutu berjaya menyamakan kedudukan dengan gol bersahaja. Tidak lama, Alberto Gilardino menyempurnakan hantaran Adrian Mutu pada minit ke-10 bagi memastikan Fiorentina di hadapan. Celaka. 10 minit kemudian gandingan serangan Fiorentina yang dijana Mutu-Gilardino membuahkan hasil sekali lagi apabila Adrian Mutu pula menerima hantaran Gilardino dan seterusnya merembat kencang ke arah pintu gol. Bola yang sangat sedap jika kena tepat pada muka Rooney. Debrecen tidak mudah mengalah seperti Liverpool dan hasilnya 8 minit kemudian, Gergely Rudolf berjaya menjaringkan gol menakjubkan ala koleksi gol-gol pasukan Arsenal 1996-2006. Babi. Gol lagi. Kali ini Mario Santana mudah menendang masuk bola muntah ke dalam gawang Debrecen. Separuh masa pertama saja dah 6 gol. Macam mana pun separuh masa kedua tak banyak aksi. Cuma Debrecen berjaya mendapatkan satu lagi gol saguhati pada minit ke-88 hasil tandukan deras Adamo Caulibaly. Liverpool yang akan bertemu Debrecen pada bulan hadapan perlulah bersiap-sedia jika tidak mahu penyokong cawangan Malaysianya tidur awal di peringkat seterusnya.


Barcelona 1-2 Rubin Kazan
Pada perlawanan di tempat sendiri ini, Barcelona membariskan hampir kesemua pemain terbaiknya bagi bertemu juara dari Russia, Rubin Kazan. Hasilnya peminat Barcelona banyak kasi alasan Barcelona main suka suka saja semalam. Macam celaka. Nasib baik Barcelona dengan Arsenal kira kamcing juga. Main pun stail lebih kurang. Jadi gua malas nak cakap banyak. Tapi budak-budak Rubin Kazan memang rata-rata kaki rembat. Ibrahimovic pun apa kurangnya. Nampak bergaya juga golnya walaupun tidak ke Afrika Selatan.

Disebabkan tiba-tiba gua dah start malas, apa kata kalau gua teruskan ke kelab handalan Eropah yang paling power, wonderful dan ekselen. Arsenal.


AZ Alkmaar 1-1 Arsenal
Arsenal mendahului perlawanan dengan gol jaringan fabregas. Gerakan sangat menarik. Pasukan AZ Alkmaar menjadi seperti pasukan-pasukan lain yang pernah bertemu dengan Arsenal. Mereka menjadi kejang lalu membiarkan Fabregas menolak masuk bola ke dalam gawang seperti main passing passing petang petang. Namun begitu pada minit ke-90, Arsenal memberi gol saguhati kepada AZ Alkmaar atas dasar tanggungjawab sesama pemain bola. Sifat belas kasihan kepada lawan kadang-kadang perlu ada di sanubari setiap pasukan. Barulah dunia aman dan hidup diberkati. Sekian.

Lain-lain keputusan.

Inter Milan 2-2 Dynamo Kiev
Rangers 1-4 Unirea Urziceni
VFB Stuttgart 1-3 Sevilla FC
Olympiakos 2-1 Standard Liege
24

Olympique Lyonnais 2 - Kelab Bola Pantai 1

LuciusMaximus
IKLAN

Set Pantai Liverpool FC

Kembalikan nostalgia lama anda dengan Set Pantai Liverpool FC, diilhamkan dari warisan tradisi Liverpool, kelab bolasepak yang kaya dengan sejarah.

Set Pantai Liverpool FC terdiri dari sebiji bola pantai dan sehelai tuala. Ideal untuk dibawa berkelah di Tanjung Aru, Teluk Batik atau Morib. Juga boleh dibawa ke stadium untuk dilontarkan ke dalam padang.

Direka dengan warna merah menyala berserta cap burung Liver dan kata-kata hikmah ‘You’ll Never Walk Alone’ yang tertera pada kedua tuala dan bola pantai.

Anda pasti tidak keseorangan!

Stok terhad! Hubungi Sokernet di talian 1-300-TEKAN-TEKAN-TAK-DAPAT dan minta untuk bercakap dengan Cik Jannah Raffali, ejen Liverpool berlesen kami.

(Stok di stor online Liverpool FC sudah kehabisan kerana dibeli secara pukal oleh para penyokong Manchester United untuk perlawanan hujung minggu ini. Yang ada di simpanan Sokernet pun tinggal satu sahaja, J or Ji sudah beli 10 set untuk anak dia)

Set Pantai Liverpool FC - £10.00
Wajah Teruja Rafa – Tidak Ternilai

Model menggayakan tuala Liverpool di pantai Tanjung Aru. Bola pantai tiada dalam gambar kerana telah dirampas oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
16

Komik Bola Merah

LuciusMaximus Isnin, Oktober 19, 2009
Klik untuk tumbesaran. Dicedok dari sini.
29

Contoh Karangan UPSR: Aku Sebiji Bola

LuciusMaximus
Aku sebiji bola. Keturunan aku berasal dari sebuah negara Asia Tenggara bernama Malaysia. Moyang aku sebatang pokok getah yang menetap di Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Tidak banyak yang aku tahu tentang tempat asal-usulku. Sebab ketika masih berstatus getah keping aku telah dihantar ke England. Yang aku tahu, di Malaysia sana ramai penduduknya yang berjiwa Scouser walaupun secara zahirnya mereka makan tempoyak dan budu. Kebanyakan dari mereka ini tidak pernah menjejakkan kaki ke Liverpool.

Bukan macam aku. Ketika umur masih getah sekeping aku telah menjejakkan kaki di Liverpool. Kapal yang aku naik dari Pelabuhan Klang selama beberapa bulan akhirnya tiba di Pelabuhan Liverpool. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami tidak dirampok oleh lanun-lanun Somalia.

Dari pelabuhan aku telah dibawa ke sebuah kilang di pinggir kota Liverpool. Di sana aku telah dicairkan, dilenyek dan diacu bersama rakan-rakan getah keping yang lain. Dari satu mesin aku masuk ke mesin yang lain. Kami diberikan pewarna merah yang menyala. Aku suka.

Selang beberapa jam, akhirnya aku dan rakan-rakan yang lain telah berubah bentuk dari sekeping getah ke sebiji sfera bulat yang dinamakan bola. Warna kami semua merah menyala. Kalau ikut orang Cina, memang manyak ong!

Seminggu duduk di dalam gudang, aku dan rakan-rakan lain akhirnya menerima kunjungan tetamu. Dua orang Yank bernama Tom Hicks dan George Gillett datang untuk membeli aku dan rakan-rakan. Tapi mengikut pesan Yank berdua itu, sebelum dibeli mereka mahu kami semua dicopkan dengan lambang seekor burung dengan perkataan ‘You’ll Never Walk Alone’ di atasnya.

Aku kurang arif apa motif lambang tersebut. Mungkin satu pertubuhan ajaran sesat barangkali? Persatuan memuja burung kot? Tapi walau apa pun yang pasti aku suka dengan lambang baru yang dicop ke atas badan aku yang berbentuk sfera ini.

Selepas dicop, kami disimpan kembali ke dalam gudang hinggalah tiba hari yang dinantikan. Ya, di pagi Sabtu yang dingin bertarikh 17 Oktober 2009, aku bersama rakan-rakan yang lain telah dibawa keluar dari gudang untuk menaiki sebuah van. Kami meninggalkan kota Liverpool menuju ke destinasi kami yang baru, Sunderland.

Sebetulnya aku kurang pasti tujuan lawatan kami ke sana. Adakah lawatan sambil belajar? Atau lawatan sempena rumah terbuka Deepavali? Di dalam perjalanan aku tertanya-tanya. Seronok tapi berdebar-debar pun ada.

Selang beberapa jam perjalanan, aku akhirnya tiba di sebuah bangunan yang bernama Stadium of Light. Akhirnya baru aku tahu tujuan sebenar lawatan ini. Aku bakal dijadikan bola untuk satu perlawanan bolasepak.

Gembiranya rasa hati, Tuhan saja yang tahu.

Bersama rakan-rakan yang lain, kami dibawa masuk ke dalam stadium. Tapi harapan aku untuk dijadikan bola perlawanan dan disepak terajang oleh 22 lelaki di atas padang terbantut. Aku tidak dimasukkan ke dalam padang, sebaliknya di letak di satu bahagian stadium yang dikhususkan untuk Scousers dari Liverpool.

Apa barang? Jatuhlah status aku sebagai sebiji bola yang berwarna merah dan bercopkan seekor burung dengan kata hikmah ‘You’ll Never Walk Alone’.

Jiwa aku sedikit kacau. Sedih bercampur hiba. Hajat di hati mahu jadi bolasepak tapi rupa-rupanya taraf aku hanyalah sekadar bola suka-suka, dilambung-lambung, ditepuk-tepuk dan dilonjak-lonjak oleh sekumpulan Scousers yang mabuk Carlsberg. Aku pasrah.

Tapi bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki tuah bola pastinya warna merah menyala. Sedang aku dilambung-lambung akhirnya aku jatuh ke tangan seorang budak lelaki Scouser yang sangat teruja. Aku bajet, budak seekor ini baru kali pertama menjejakkan kaki di stadium.

Aku kenyit mata dan berikan satu bisikan jahat kepada budak Scouser ini. Aku suruh dia campak aku masuk ke dalam padang. Budak Scouser yang bebal ini akur dengan hasutan jahat aku. Rilek-rilek dia lambung aku masuk ke dalam padang.

Wah, aku teruja. Tiba-tiba aku sudah berada di dalam padang. Betul-betul depan seorang mamat berbaju kuning yang kepalanya botak dan bulat. Kepala dia sebiji bentuknya macam aku. Nama dia Pepe Reina rasanya.

Aku senyum kat Pepe Reina. Dia buat tidak endah. Sombong. Baghal. Tapi aku buat dek. Orang tak suka, aku pun tak sudi.

Sedang aku meloncat-loncat seronok di depan Reina itu, tiba-tiba aku nampak kelibat seorang lelaki berkulit hitam dengan sebiji bola putih di kakinya. Ada kawan! Aku teruja.

Bola putih yang bernama Nike T90 Ascente itu terbang menuju ke arahku. Mungkin dia pun seronok jumpa kawan di tengah padang. Kami berdua tersenyum dari jauh. Semakin lama dia semakin hampir. Laju pula terbangannya. Tiba-tiba aku gelabah, mamat ni takde brek ke?

Kami bertembung. Bola putih itu terbang ke bahagian kiri mamat botak bernama Reina sementara aku pula terbang ke bahagian kanan.

Kawan baru aku, si bola putih itu, terus masuk ke dalam gawang gol. Aku pula kerana sedikit gemuk tetapi ringan terbang perlahan-lahan ke luar padang. Tapi sebelum jatuh di luar padang aku sempat jeling pada mamat botak bernama Reina itu. Dia renung ke arah aku, bukan bola putih.

Hehe, walaupun gemuk tapi warna merah menyala aku tetap menjadi daya penarik. Bukan setakat Reina, malah lensa kamera DSLR dan juga kamera televisyen semua fokus kepada aku. Berbilion penduduk dunia menyaksikan aku secara langsung. Dari United Kingdom hinggalah ke Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Malaysia.

Esoknya, gambar aku termpampang di dada-dada akhbar seluruh dunia. Dari mamat mabuk Carslberg yang kecewa di sebuah pub di kota Liverpool hinggalah ke pengadil-pengadil EPL yang diiktiraf FIFA, semua orang bercakap pasal aku. Dalam sekelip mata, aku jadi terkenal.

Akhirnya, barulah aku faham maksud tersirat kata-kata yang tertera di atas badan bulat aku ini. Ya, aku kini tidak lagi keseorangan, seluruh dunia sudah kenal siapa aku.

‘You’ll Never Walk Alone’. Aku percaya. Aku ialah sebiji bola. Yang tidak lagi keseorangan.
(894 patah perkataan)



11

Arsenal 3 - 1 Birmingham

Pipiyapong Abdillah Hamzah Ahad, Oktober 18, 2009
Menghabiskan perlawanan dengan main sepak bola target tiang

Gua tak payah cerita pasal belon, pasal jersi, pasal lupa rebiu, dan sebagainya. Walaupun ramalan 9-0 gua tidak tepat, 3 mata penuh terus berjaya dikutip Arsenal dalam menyempurnakan misi juara Liga Perdana Inggeris dengan baki 19 perlawanan.

Lupa nak cakap. Gol Arshavin tu stailo betul kan?
19

Sunderland 1 - Liverpool 0 Update


Found this image here and after careful scrutiny, eh kejap, imej dijumpai di website ini dan setelah diteliti dengan penuh cermat, sah, bola pantai, atau belon itu milik peminat Liverpool FC.

Mesti peminat tu trauma lepas perlawanan dan akan duduk senyap-senyap dalam rumah menonton perlawanan seterusnya.

Nak buat macam mana kan? Sudah kalah.

Tetapi situasi sebegini sepatutnya diberi lebih perhatian oleh pihak pengadil. Adakah selepas ini jika apa-apa objek lain berlari masuk padang dan membantu memasukkan gol dikira sah atau cuma untuk bola/belon statik sahaja?

Selepas ini isi satu padang penuh dengan belon berwarna-warni pula. Pasti perlawanan akan tambah meriah dan menarik hati.
11

Teori Kekalahan Chelsea

Ya, aku dah nampak corak semasa yang mengukuhkan teori ini. Beberapa minggu lepas bila aku gagal buat prebiu perlawanan Chelsea dan Wigan Athletic, The Blues kalah secara terhormat kepada Latics, 3-1. Kemudian dua minggu sudah bila aku buat prebiu Chelsea dan Liverpool, di saat Petr Cech balik beraya di kampung dan Hilario menjaga gawang, rilek-rilek Chelsea menang 2-0 seperti yang aku tilik.

Petang semalam ada kawan dari Sabah tanya aku (mamat ni kaki AS Roma, ada orang lagi yang tengok Serie A ya?), tidak mahu buat prebiu Chelsea lawan Aston Villa-kah?

Aku sepatutnya buat. Sebab kalau tak buat, Chelsea bakal kalah macam kes Wigan tempohari.

Chelsea kalah semalam. Secara terhormat. John Terry, janganlah hentuk kepala kat tiang gol, bengkok tiang tu nanti.

Moral dari kisah di atas, rajin-rajin tulis prebiu perlawanan Chelsea di Sokernet.

Sekian, Salam Deepavali!
17

Liverpool 0. Belon merah 1.

MDM FARAH FAIZURA

Belon merah sedang menggelecek Johson dan Reina.

Liverpool kalah lagi. Dengan 19 shots, hanya 4 daripadanya tepat ke gol, tapi tak masuk. Menjadikan Liverpool kalah lagi. Kemasukkan Voronin bagi menguatkan serangan pada minit ke 72, Masherano pada minit 73 dan Ngog pada minit 81, dengan niat mempertajamkan serangan yang macam serangan Abby Abadi kepada Norman Hakim, langsung tidak menjadi. Norman Hakim tetap rilek2 dengan Memey.

Jay Spearing yang diharap akan menjadi Sammy Lee pada zaman kegemilangannya kerana, tubuhnya yang pendek dan kurang hensem, memang menjadi Sammy Lee, tetapi pada zaman Sammy Lee dah jadi pekerja am kat Liverpool. Jerit2 masa Rafa sakit.

Mascherano pulak, orang dah tahu, dia punya stail jenis bertahan, apalah sangat serangan yang nak dijana. Masuk pulak Ngog, dah minit 81, lambatnya. Beza betul dengan Sunderland yang masukkan pemain gantian pada minit 45, 58, dan 66.

Tapi memang dah hobi Rafa, masukkan Sub lambat2. Nak kata apa. Aku nak citer pasal gol Bent pada minit ke lima pun, tak da mood. Pasal sebenarnya gol tu patutnya kredit pada belon merah. Belon merah adalah pemain ke 12 Sunderland, dan belon merah dah mengalahkan Reina. Tak pernah2 lagi belon merah skor dalam sejarah. 1st time belon merah skor. Bodoh punya Sunderland, agak2 la nak main tipu pun. Tahniah belon merah. Lepas ni, belon merah tu boleh lah main untuk England kat Afrika. Nasib baik jugaklah pengadil tu buat2 tak nampak masa bola terkena tangan carregher, kalau tak, gol lagi.

Apa nak jadi pada skuad kali ni? Adakah sebab Rafa bergaduh dengan Gillet, maka Rafa tak boleh nak kosentret? Memang tak boleh jadi. Apakah pula sumbangan Lucas kepada Liverpool? Sumbangan Gillet lagilah takde. Tau nak gaduh dengan Rafa jek. Rafa pulak, dah tensen gaduh dengan Gillet, dia gaduh pulak dengan Bruce, pengurus Sunderland pasal pemain Sunderland ni melengah-lengahkan masa. Asyik nak bergaduh jek kerja. Macam mana Liverpool nak maju.

Tensen aku macam ni. Tensen. Sib baik aku jenis yang kalo tensen jek, terus tidur. Kalau jenis yang tensen, terus bakar2 rumah tu, apa cerita? Apatah lagi kalo jenis tensen2, terus main telur aney kat mapley, lagilah jahat.

Kesimpulannya, nak tak nak, tanpa Gerrard dan Torres, memang Liverpool goyah. Mungkin selepas ini Liverpool boleh hire, pengurus yang lebih bagus. Misalnya hire pengurus HPA industries, Tn Hj Ismail b Hj Ahmad yang terkenal dengan produk kopi radix dan ayam goreng RFC.

Bak kata Tn Hj Ismail b Hj Ahmad “Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas” Walaupun kata2 itu membuatkan hati aku berkata, “apa kejadahnya punya pepatah ni.” tapi setidak2nya dia dah menjadi pengurus yang berjaya. Lebih berjaya daripada Sir Alex Fergusen. Apatah lagi Arsene Wanger.

Apa pun YNWA.
12

emosi Liverpool

MDM FARAH FAIZURA Sabtu, Oktober 17, 2009
Malam ini Liverpool tanpa Gerrard dan Torres. Jadi apa harapan selepas 2 kekalahan pada perlawanan terakhir? Metilah nak menang. Masih ada Ngog, masih ada Kuyt, masih ada babel. Ok, mengapa gelak? Lawak sangat ke barisan tu? Itu barisan pemain yang tak lawak, selagi mereka main dengan penuh kesedaran yang mereka adalah pemain yang mewakili Liverpool.

Menentang Sunderland, yang hampir memalukan Manyu pada game terakhir, adalah sesuatu yang serius. Serius bagi menyatakan Liverpool masih pencabar kejuaraan pada musim ini. Empat kekalahan, ataupun seri bukan jawapan yang baik bagi sebuah pasukan pencabar.

Untuk malam ini, terlalu banyak harapan. Dengan harapan, tidak ada lagi kesilapan pada pertahanan. Dengan harapan, tidak ada lagi bola yang disia-siakan. Terlalu banyak harapan, dan seperti yang orang sudah tahu, semakin tinggi harapan semakin sakit bila kau jatuh. Jadi, malam ini, tidak lagi boleh jatuh.

Terdengar terlalu emosi? Ya, bolasepak hidup kerana emosi. Kalau tak nak emosi, mainlah dam. Tak kisah lah dam, apa. Dam haji ke, dam ular ke. Takpun main monopoli. Nak lagi best, main telur sendirik.

Predict: Liverpool 3. Sunderland 0.

Heh.
12

Prebiu: Arsenal VS Birmingham

Pipiyapong Abdillah Hamzah Jumaat, Oktober 16, 2009
"Yang kalah 2 kali itu hari hanya satu eksiden. Jangan risau, juara tetap dalam tangan..." - Arsene Wenger.


Esok malam Arsenal akan bertemu pasukan yang memang nak kena belasah, Birmingham. Pasukan Birmingham kini ada masa lebih kurang 24 jam untuk tarik diri daripada berlawan dengan Arsenal. Ada desas-desus mengatakan perletakkan jawatan David Gold sebagai pengerusi Birmingham berkait rapat dengan perlawanan bertemu Arsenal esok. David Gold di dalam mesyuarat mingguan Birmingham yang berlangsung setiap petang khamis jam 3.30 petang, berkeras untuk menarik diri daripada berlawan dengan Arsenal esok malam. Beliau dikatakan tidak mahu berlawan kerana takut dibelasah dengan teruk kerana raya Krismas sudah semakin hampir. Namun keputusannya tidak dipersetujui dengan majoriti 6 berbalas 5. Alex Mcleish yang menyokong David Gold juga terpaksa mengikut keputusan majoriti dan mula berasa kesal kerana tidak menerima tawaran Pahang untuk kempen Liga Super 2005 dahulu. Akhirnya pada 10 oktober lalu, David Gold menghantar surat perletakkan jawatan kepada HR yang bertugas, Lisa Bowyer (adik kepada salah seorang pemain Birmingham).

Dalam kenangan. David Gold yang sedar akan kekuatan Arsenal yang dahsyat.

Sementara itu di kem latihan Arsenal, ramai yang tidak turun berlatih hari ini kerana belum balik dari kampung masing-masing. Kelihatan hanya Fabregas dan Fabianski sedang asyik bermain tendang tendang di padang. Namun atas jaminan warden asrama Arsenal, pemain akan cergas seperti biasa dan menang besar paling sikit 9-0.

Arsene Wenger pula di dalam sidang akhbar pagi tadi jelas optimis untuk merangkul gelaran juara liga musim ini. "Kami akan pastikan gelaran juara liga musim ini dapat dirangkul sebelum Januari tahun hadapan!" jerit Arsene Wenger di hadapan sekumpulan wartawan penyiaran di Sri Pentas London. Jika apa yang dikatakan Arsene Wenger itu benar, maka Arsenal akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris dengan berbaki 19 perlawanan. Satu pencapaian yang masuk akal dan mampu dicapai dengan gemilang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hakcipta 2010 Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia
Revive Red Blogger template by Introblogger