ARKIB SOKERNET

19

nafas Liverpool

MDM FARAH FAIZURA Isnin, November 30, 2009

Mana bola, aku nak skor own goal lagi. Huarhhh! - Yobo a.k.a own goal

Liverpool malam tadi, main macam tak nak menang tapi menang. Pelek betul. Tak taulah kalau Liverpool main macam nak menang, mau 16 – 0 malam tadi.


Review game lain


“Gol kau lawa giler. Mintak atograp,” kata Fabregas.
“Mana ada, biasa2 je,” Vermaelan.
“Cantik menarik, tertarik kau memang Yobo,” celah van Persie pula yang terus masuk padang walaupun dia injured. (dengan nada rapping lagu ruffedge)
15

Wayne 'The Rudeboy' Rooney 3. Giggsy 100.

Jorji

Menjaringkan 3 gol, Rudeboy Rooney boleh bawak balik bola. Ini striker sebenar.



Sir Ryan Giggs. 36 tahun. 18.5 tahun 1st team Manchester United. 100 gol. Legend.


Ini bukan This is the stuff of champions. Ini adalah Champions of England.


Glory Glory Manchester United.
52

Entri Pemanas Badan Buat Abang Pipi (Dan Juga Awi)




















20

BUDAK-BUDAK VS BAPAK BUDAK

Minggu lepas;

Manchester United melonjak naik ke tangga kedua, mengatasi Arsenal, selepas kekalahan di tangan Sunderland.

Pipiyapong: "Ingat bai, Arsenal ada game in hand. Tarak hal punya"
Nota: Arsenal have superior goal different.

28 November 2009, 8:30 malam

Pipiyapong: "Gua predict Arsenal menang 12-0"

28 November 2009; 8:35 malam

Pipiyapong: "Ramalan gua, Arsenal 6-1 Chelsea"

28 November 2009, 1159 malam
Manchester United 4 Portsmouth 1

Nota: Goal different reduce to 4 goal between Arsenal

29 November 2009, awal pagi:

Tottenham Hotspur 1 Aston Villa 1

Nota: Tottenham memintas Arsenal di tangga ketiga, dengan Arsenal ada two game in hand

30 November 2009

Alima, Ukay Perdana

ARSENAL VS CHELSEA

Minit 41 - Arsenal 0 Chelsea 1
Pipiyapong: "Ha, gua dah cakap Arsenal menang 6-1. Lepas ni diorang score 6"

Minit 45 - Arsenal 0 Chelsea 2
Pipiyapong: "Second half comeback, Arsenal menang 3-2"
nota: notice the goal prediction had been reduced to half.

Sekitar second half sebelum minit 86
Pipiyapong: "Rilek, dua gol mesti dapat punya,"
nota: now the current prediction reduced to 2.

Minit 86 - Arsenal 0 Chelsea 3
Pipiyapong: "...."

Nota: Goal different between Arsenal and Manchester United now - 1
Nota: Arsenal have a game in hand, a very important match to compete with Tottenham, Aston Villa and Manchester City for third, forth and fifth place.

Sekarang saya serahkan kepada encik Lucius Maximus untuk menabur cuka pada luka.

Back to you Mr. Maximus.




28

Arsenal VS Chelsea

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, November 28, 2009
Lupakan Liverpool. Ramalan gua, Arsenal 6-1 Chelsea. Penyokong Arsenal, jangan terpedaya dengan penyokong Manchester United yang tiba-tiba nak berbaik dengan kita.
21

Prebiu: Sekolah Sukan Lawan Chelsea

LuciusMaximus Khamis, November 26, 2009

Aku mengembara jauh ke dalam hutan di Ranau, mencari tok guru The Blues untuk tilikan hujung minggu ini.

Tapi aku terjumpa anak muda Gunners ini, masih belum mimpi basah, macam Pipiyapong.

Aku tanya pada anak muda, bisakah kau bagi tahu apa keputusan hujung minggu ini?

Si anak muda jawab, "Abang, saya ini hanya anak muda yang tidak tahu apa-apa. Bersunat pun belum lagi, macam Pipiyapong. Mana mungkin saya mampu menjawab soalan abang, yang banyak makan garam dari saya, lebih matang dan jauh berpengalaman?"

"Hatta kalau bermain bolasepak, biar saya berlari pantas dan mampu menyumbat sepuluh gol, tetap tidak setara dengan kehandalan seorang pemain yang biar pun tua dan lambat geraknya tapi tinggi pengetahuan taktikalnya". Tambah si anak muda.

Aku terdiam. Betul juga kata si anak muda. Macam Aidil Zafuan yang muda dan mungkin hensem, tapi bila berdepan dengan Halim Napi akhirnya lunyai kena pijak.

Oleh itu, dengan riaknya, Chelsea 2 Arsenal 0. Didier Drogba dan Nicolas Anelka.

Kalau kalah anggaplah Chelsea beralah dengan anak-anak muda.
12

Bila Liverpool sudah tiada.

MDM FARAH FAIZURA

Raso kan kau Rafa - Christen Benitez

Seperti yang sudah sedia maklum, road to madrid dah bertukar jadi road to Hamburg pulak. Apa kejadahnya pergi Hamburg. Selepas itu Liverpool akan pusing Eropah lagi dari Macedonia sampai ke Israel nak lawan Maciba Haifa. Boleh Benny the jew jumpa sepupu2 kat sana.

Aku dah tak puas hati. Ini semua cerita silverware ni. Tak boleh jadi. Nasib baik Chritian Benitez (Sepupu rafa beintez) tenangkan aku. Dia beri aku teka teki tak senonoh. Katanya, "Apakah pengorbanan terbesar gigg semasa di MU?” Aku tak pandai nak jawab.

Sepupu rafa benitez tu sengih pastu dia tunjuk aku gambar ni!































memang nak kena sepupu rafa ni!
21

Rebiu: Abdul Salam Bilal Korbankan Naga Di Oporto

LuciusMaximus
Abdul Salam Bilal selepas melapah naga. The Drog sekadar berlari-lari memanaskan badan buat Manuel Almunia hujung minggu ini.

Bersempena dengan hari raya korban yang bakal menjelang tiba, seekor naga telah dikorbankan di Oporto lewat malam tadi.

Abdul Salam Bilal mengetuai upacara menyembelih naga malam tadi sekitar minit ke-68. Daging naga kemudian diagih-agihkan kepada 38,410 penonton yang hadir di Estadio do Dragao.

Turut mendapat tepukan gemuruh dari penyokong-penyokong naga ialah Deco, yang sebelum ini pernah bermain untuk kelab naga, FC Porto.

Namun begitu kemenangan malam tadi tidak bermakna kerana Chelsea tetap gagal ke Europa League.

Dalam kejadian luar biasa yang lain pula, Rodrigo Tello secara tidak sengaja berjaya menjaringkan gol di Old Trafford.

Jaringan Tello memastikan hanya telur untuk Red Devils malam tadi.

Sementara dalam satu lagi kejadian yang agak biasa, Carlo Ancelotti mengumunkan Frank Lampard akan memulakan latihan esok pagi bersama skuad Chelsea.

Berita ini mengesahkan bahawa seperti biasa, The Blues akan menundukkan Gunners hujung minggu ini.
12

Prebiu: FC Porto Lawan Chelsea

LuciusMaximus Rabu, November 25, 2009
Estadio do Dragao - Tidak ada naga hidup di sini


Mereka-mereka yang sedang lepak di Porto sekarang sambil makan Bacalhau:
Petr Cech
Henrique Hilario
Ross Turnbull
Branislav Ivanovic
Ashley Cole
Yuri Zhirkov
Ricardo Carvalho
John ‘Captain Marvel’ Terry
Alex
Michael Essien
Juliano Belletti
John Obi Mikel
Michael Ballack
Florent Malouda
Deco
Joe Cole
Salomon Kalou
Nicolas Anelka
Didier ‘The Drog’ Drogba
Gael ‘Taxi’ Kakuta

Super Frank tidak dapat hadir kerana sibuk dengan persiapan hari raya, dengar cerita dia ke Serbia mencari kuda buat korban.

Dari senarai di atas, Deco, Carvalho dan Hilario pernah bermain untuk FC Porto. Mereka bertukar angin ke Chelsea setelah menolak jemputan Liverpool yang bukan sebuah kelab Big 3 di England.

John Terry akan mengepalai skuad Chelsea malam ini buat kali ke-300. Ianya nombor yang sangat signifikan. Pertama kerana 300 juga ialah judul filem yang mengisahkan 300 orang lelaki Sparta berspender yang pernah melawan tentera Parsi ribuan tahun dulu. Kedua pula ialah nombor 300 itu sangat cantik dan bersesuaian untuk meraikan tamatnya saingan Liverpool dalam Champions League musim ini.

Dijangkakan Carlo Ancelotti bakal mencampur-adukkan pemain berpengalaman dan muda. The Drog berkemungkinan direhatkan di bangku simpanan. Tujuan membawa lelaki Afrika dari Pantai Gading ini ke Portugal adalah untuk merehatkan fikirannya sebelum membelasah budak-budak sekolah sukan Arsenal hujung minggu nanti.

Chelsea setakat ini belum pernah menang di Estadio do Dragao. Tidak seperti Liverpool yang pernah menang di Stadium Ferenc Puskas. Tetapi itu semua tidak penting kerana apalah ertinya kemenangan jika akhirnya terkeluar dari saingan Champions League?

Seperkara lagi yang tidak begitu penting ialah rekod FC Porto yang nampaknya jauh lebih gah dari Chelsea. Juara liga 24 kali, juara piala Portugis 14 kali dan juara Eropah 2 kali adalah pencapaian hebat FC Porto setakat ini. Tetapi seperti kita sedia maklum itu semua hanyalah rekod sejarah. Tidak ada faedahnya jika masih hidup dengan sejarah lampau.

Nasib baik FC Porto bukanlah sebuah kelab gila sejarah. Atas prinsip itulah mereka masih lagi bersaing secara sihat untuk pusingan kalah mati Champions League.

Bak kata Tuan Haji Hasbullah, harus diingat bahawa barisan FC Porto bukan calang-calang kesebelasannya. Perhatian haru ditekankan kepada pemain asal Brazil, Hulk. Selaras dengan namanya, Hulk berpotensi untuk menjadi Incredible Hulk dan mempunyai keupayaan merobek benteng The Blues.

Seorang lagi pemain yang perlu diberi perhatian ialah Cristian Sapunaru. Pemain asal Romania ini ialah bek kanan FC Porto dan agak cemerlang dalam tugas menyapu bersih mana-mana serangan yang dilancarkan oleh pihak lawan. Eloklah dengan nama Sapunaru beliau, macam penyapu.

Mengepalai serangan FC Porto ialah Radamel Falcao. Pemain asal Colombia ini telah menyumbat 2 gol dalam saingan Champions League. Di dalam saingan liga pula beliau telah menjaringkan 7 gol dari 7 perlawanan. Nama beliau diinspirasikan dari legenda Brazil dan Roma, Falcao. Nasib baik dah besar pandai main bola macam Falcao si legenda.

Tilikan untuk malam ini, seri 1-sama. Joe Cole untuk Chelsea dan Hulk untuk FC Porto. Seri pun kira cukuplah sebab sudah memang layak ke pusingan kalah mati.

Sekiranya kalah, sila maklum itu sekadar percaturan pihak pengurusan. Namun dukacita diingatkan nasib Chelsea tidak sebaik Liverpool yang berjaya layak ke Europa League. Manchester United dan Arsenal pun tidak pernah ke Europa League setakat ini. Liverpool memang mencipta sejarah.
30

In Fara We Frust

Jorji


Dah banyak musim aku guna gambar ini. Gambar feveret aku. Memang sesuai setiap musim!


Rafa Benitez terkeluar dari Sehati Berdansa!

Beliau memegang rekod (SEJARAH) sebagai peserta tunggal program tersebut yang memerlukan peserta secara berpasangan. Walau seluruh Kopites mengharap kepada 'miracle' tetapi 'pirahcle' pun tak mahu lagi berpihak kepada Liverpool!

Fara Benitez juga bertanggungjawab memecahkan monopoli BIG 4 selama ini. Sekarang peminat EPL sudah tersasul-sasul apabila menyebut Big 4. Apa lobang nak sebut Big 7?
The Koppites juga terpaksa mendalami ilmu Europa League yang aku pun tak tahu kewujudannya. Dijangka Fara Benitez akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Walaupun 'petition - Selamatkan Rafa Benitez' yang dijalankan tidak berapa lama dahulu mendapat sambutan luarbiasa (13 tandatangan berjaya dikumpul! - luarbiasa la tu!) namun gagal untuk menyelamatkan Fara Benitez.

Ahhh.. cuaca di Kuala Lumpur juga bersinar terang! Matahari yang dah lama menyembunyikan diri juga tersenyum menyapa seluruh umat manusia di Malaysia. Burung- burung riang terbang mencari makananan. Perang sudah lama berhenti. Ahli politik minum semeja dan ketawa kepada ideologi masing-masing. Pakcik dan Makcik gembira menunggu kepulangan cucu diperantauan. Hari Raya akan tiba namun kegembiraan lebih awal menjelma. Wak Karjo dan kuncu-kuncu sibuk berkerja dipembinaan. Walau peluh menitis membasahai pakaian namum hati mereka girang dan senang! Dunia lebh aman dan tenteram.

Fara Benitez terkorban awal sebelum lembu-lembu, Unta, kambing dan kerbau dikorbankan.



Petition baru akan dilancarkan. "Beri peluang Gerrard cium Piala sebelum bersara"
Tunggu email yang akan disebarkan tidak lama lagi!


p/s : Liverpool terkeluar, gaji pulak masuk! Win-win situation!
33

You'll Never Walk Alone (Versi Google Translate)

LuciusMaximus

Apabila anda berjalan di tengah badai

Menegakkan kepala quality

Dan jangan takut gelap

Pada akhir badai

Adakah langit emas

Perak dan lagu yang manis dari lark

Berjalan di melalui angin

Berjalan menembus hujan

Tho 'impian anda akan dicampakkan dan hancur

Berjalan terus, berjalan di

Dengan harapan di hati anda

Dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian

Anda tidak akan pernah berjalan sendirian

Kerana anda masih ada Europa League
20

Berita Ringkas

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Anak muda riang gembira

Perlawanan awal pagi tadi menyaksikan Arsenal mengesahkan tempat ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah selepas menumpaskan Standard Liege 2-0. Gol pasukan Big 3 Liga Inggeris bersama-sama Chelsea dan Manchester United yang telah pun layak lebih awal, dijaringkan oleh adik Samir Nasri dan adik Denilson. Nampaknya pemburuan Arsenal untuk mendapatkan 4 piala musim ini berada di landasan yang tepat ditambah pula dengan kemenangan ke atas Chelsea pada hujung minggu ini.


Orang tua yang muram dan pemain kurang ternama, Steve.

Sementara itu pasukan Big 7 Liga Inggeris, Liverpool menang bergaya ke atas Debrecen hasil jaringan Ngog. Mereka bermain bersungguh-sungguh dan menang. Tapi entah mengapa dalam masa yang sama mereka berharap Lyon juga bermain dengan bersungguh-sungguh. Lyon yang hairan dengan sikap Liverpool yang menyuruh pasukan mereka bermain bersungguh-sungguh berasa keliru dan akhirnya tewas kepada Fiorentina.


"Kau apa cerita, Ito? Kami tengok kau macam dah tak terer je skang. Tak sedih ke?"

Di Nou Camp pula, nampaknya Inter Milan bermain macam Chelsea.
26

Hukum Karma

LuciusMaximus Isnin, November 23, 2009

Hukum Karma menyatakan, ‘bagi setiap peristiwa yang berlaku, akan disusuli oleh peristiwa yang lain yang berlaku akibat peristiwa pertama, dan peristiwa kedua ini akan mambawa nikmat atau sebaliknya bergantung kepada sebab musabab peristiwa pertama’.

Mengikut pendapat Ahmad Azhar Bin Othman ketika ditemubual oleh krew Melodi, maaf Sokernet; kekalahan Arsenal di tangan Sunderland baru-baru ini adalah kerana perbuatan sumbang Thierry Henry, bekas pemain Arsenal ketika di Ireland tempoh hari.

Beliau yang pernah menyanyikan lagu Hukum Karma lewat 80-an dan lebih mesra dengan panggilan Awie turut menambah, ‘Buat baik berpada-pada, kata orang tua, buat handball jangan sekali, kelak Arsenal rugi’, meminjam dari lirik lagu tersebut.

Pihak Sokernet bagaimanapun gagal mendapatkan maklum balas dari kem Arsenal mengenai teori Hukum Karma ini kerana Abang Pipi diberitakan telah cuti bersalin 3 bulan.
22

Ohhh Ahhh Eric Cantona!

Jorji
Cantona slams Henry and coach Domenech

MARSEILLE: Former French international Eric Cantona launched a stinging attack on national coach Raymond Domenech on Friday following France’s controversial qualification for the 2010 World Cup.

“I think that Raymond Domenech is the worst coach in French football since Louis XVI,” Cantona told reporters at a press conference ahead of a beach soccer tournament due to take place here from Nov 27-28.

French king Louis XVI was executed by French revolutionaries in 1793 and is commonly depicted as an indecisive, dithering monarch.

“If it was up to me, I’d put (Bordeaux coach) Laurent Blanc in charge of the France team,” the former Manchester United hero continued.

“He continues the season with Bordeaux, he wins the league with Bordeaux and he wins the World Cup! I’m not the only one who thinks that...”

Cantona, who today is an actor and coach of France’s beach soccer team, also criticised the attitude of Thierry Henry, whose handball set up France’s winning goal in their 2-1 aggregate playoff victory over Ireland.

“What shocked me most wasn’t the handball, honestly,” said Cantona.

“What shocked me most was that at the end of the match, in front of the television cameras, this player (Henry) went and sat down next to an Irish player to console him, even though he’d s*****ed them three minutes earlier.

“If I’d been Irish, he wouldn’t have lasted three seconds.” — AFP



....There is only ONE King. King Cantona!
16

When other brand fails.

the alpha... 'that'

Just another day at the office.


Tajuk dia macam News Week punya artikel sedikit.

Untuk yang tidak mempunyai langganan siaran cable Planet Sports, saya bawakan sedikit info apa yang berlaku malam tadi.


+ Serangan berlaku bermula dari minit pertama lagi. Lennon cross dekat Peter "theres a hole under your" Crouch tapi tidak dijaringkan bola itu. Buka sebab apa, tapi terlalu awal untuk beri "Sicilian message" pada masa itu.

+ Jermain Defoe score 5 goal dalam masa 36 minit, melayakkan dia duduk dalam liga "Capo Regime" paling notorious di England yang anggota lainya ialah Alan Shearer dan Andy Cole.

+ Family Spurs kini menjadi satu lagi Don Cosa Nostra EPL selain MU yang diiktiraf dalam tahun 95.

+ Hatrick Jermain Dafoe berlaku diantara minit ke51 dan 58.

+ Peter "theres a hole under your" Crouch score gol pertama dalam minit ke 9. Ini ialah "Sicilian message" ataupun signal untuk menentukan keseluruhan score Spurs malam itu. Nasib baik dia score pada minit ke sembilan. God Knows record apa yang akan Jermain Dafoe lakukan kalau Pete kasi signal di minit ke 30.

+ Chris Kirkland, keeper Weegan telah diberikan "an offer he couldn't refuse" untuk menjaringkan gol sendiri pada minit minit terkahir perlawanan.

+ Paul Scharner, pemain Wigan ialah agen CIA terbaru yang kami kesan untuk kempen meng-Soccerkan permainan Football. Dengan penggunaan tangan yang semakin berleluasa sekarang ini, apakan agen-agen CIA mahu bawa perang saraf ini out in the open? Paul, Thiery Henry dan Maradona dilaporkan pernah dilihar minum bersama di sebuah bar baru baru ini.

+ Purata gol Spurs dalam setiap perlawanan kini melebihi 5/game.

Now,

Kami boleh karang seribu ayat untuk menerangkan kenapa semua ini berlaku tapi itu tidak penting. Kadang-kadang, kita perlukan Cap Ayam untuk lakukan tugas yang brand besar lain, tidak mampu lakukan.

Terima kasih Harry Redknapp.


Cap Ayam -9

Wigan -1
21

Rebiu: Chelsea 4 Wolves 0

LuciusMaximus
Kakuta, I am an taxi driver in Kakuta, I drive my little taxi in Kakuta, taxi, taxi, taxi, in Kakuta I am an taxi driver man


Selamat malam atau pagi semua pembaca Sokernet sekalian. Sebenarnya bukan aku malas buat prebiu Chelsea lawan Wolverhampton Wanderers, cuma sibuk sedikit. Sekarang ni tengah lepak-lepak makan burger kat dalam Stadium Qwest Field. Jangan gelabah, burger yang aku makan ialah burger yang dimasak sempurna, lengkap ada keju, mayonis dan sos cili Aminah Hassan. Aku ikut cakap Bung Wahab, aku beli burger Otai je. Nasib baik kat luar stadium tadi ada jual.

Pasal perlawanan dengan Wolves tu, aku ulas sikit je. Ulas banyak tak guna, sebab menang tu dah memang termaktub awal lagi. Tinggal berapa jaringan saja yang hendak ditentukan. The Blues menang 4-0. Cukuplah, menang besar-besar pun buat apa kalau tiba-tiba kalah 1-0 dengan Sunderland.

Contoh je, jangan terasa pula.


Diagram di atas, mengikut sumber-sumber dalaman aku di UEFA, kini sedang dikaji dengan mendalam oleh pakar-pakar bolasepak. Ikut pendapat pakar, pergerakan unik sebegini sudah lama tidak kelihatan semenjak berakhirnya era Zinedine Zidane. Raymond Domenech pula dilaporkan sangat-sangat berminat dengan corak permainan penuh bijaksana ini kerana ianya tidak menggunakan tangan, tidak seperti bekas pemain Arsenal yang bermain di Ireland tempoh hari.

Contoh je, jangan terasa pula.

“Kakuta adalah pemain dengan talenta yang bagus. Ia masih sangat muda. Saya pikir ia layak tampil hari ini,” tegas Carlo Ancelotti.

Aku pinjam ayat mamat Indon dari sepakbola.com yang duduk sebelah aku. Dia pun datang Seattle nak ulas pasal MLS Cup 2009.

Okaylah, game nak start dah. Sebelum mengundur diri, ni aku nak tayang gambar awek Seattle Sounders yang aku sempat kenal.

Nama dia Tijah.

17

Liverpool 2 - Manchister Siti 2

Jannah Ahad, November 22, 2009 ,

Menonton perlawanan Liverpool FC pada waktu ini adalah satu bentuk penyiksaan mental.

Betul kah?

Minta doa pada tuhan, jangan lah kalah lagi tolonglah.

Berjanji akan jadi orang baik lepas ini, tidak akan marah-marah pelajar di dalam kelas, menggunakan rotan sebagai satu simbol disiplin ulung.

........................................................................................................

Kira menjadi juga ya treatment placenta anak kuda yang dibuat oleh Benayoun di Belgrade. Beliau berlari pantas dan kencang semalam. Satu inspirasi untuk skuad Liverpool bersungguh-sungguh mendapatkan gol seterusnya.

........................................................................................................

Ayat klise seri pun seri lah janji tak kalah.

........................................................................................................

Macam mana boleh kalahkan Manchester United tapi seri dengan Manchester City? Mengikut penaakulan mantik adakah ini bermaksud City is the better side of Manchester? Viva les blues?

.......................................................................................................

We're not lucky enough.

......................................................................................................

Kenapa Rafa tak masukkan Aquilani tu? Nak tengok juga kehebatan pemain 20 juta itu. Tak boleh sayang, beliau masih struggling dengan injury, nanti lagi teruk parahnya susah juga.

.....................................................................................................

Lucas!!!! Kenapa tak gol last minit tu. Apa kes?

....................................................................................................

Soto beli dekat dengan Pasar Filipina di KK, with meatballs and such, sedap juga. Beralih tempat duduk untuk makan, tiba-tiba City masukkan 2 gol. Pulang ke tempat asal Liverpool gol. Moral of the story, duduk diam-diam di tempat asal, jangan berubah tempat duduk, "A butterfly flapping its wings causes a hurricane in a different continent."

Jane, you're not to blame. Jangan jadi megalomaniac.

..................................................................................................

Itu saja. Oh Acat, ini aku dah order online untuk Jada. Siap personalized with number 8 and her name. Bweks :P

31

Preview Manchester United vs. Everton

Jorji Jumaat, November 20, 2009
Dari 17 kali Everton bertandang ke Old Trafford, hanya SATU kali sahaja mereka menang. Iaitu di perlawanan pembukaan Premier League 1992-93!

Itu untuk rekod aje.

Malam esok, setelah 'international break', setelah kalah kepada Chelsea dan seri dengan CSKA Moscow, Manchester United akan 'benar-benar' memulakan musim mereka. Mengikut tradisi yang berjaya dikekalkan, Manchester United pantang ada mood raya Krismas, pasti mereka akan menang dan terus menang. Musim lepas,untuk rekod, Manchester United berjaya memecahkan rekod tanpa kalah yang ada seterusnya menjulang Piala kejuaraan liga.

Perlawanan malam esok, aku lihat semua bookie / kaki judi / pundit bolasepak meletakkan kemenangan kepada Manchester United. Ini kerana barisan utama Everton ramai yang cedera dan Moyes tidak dapat menurunkan kesebelasan utama mereka. Mereka ketiadaan Phil Neville, Jagielka, Arteta. Mungkin juga Leon Osman dan Pienaar. Sementara Diniyar Bilyaletdinov pula digantung perlawanan. Tapi bagi aku Yakubu dan Fellani itu bahaya juga. Tim Cahill pula bermain agresif style Kangaroo. Jika Saha juga bermain, pertahanan Manchester United mesti berhati-hati.

Sebut pasal pertahanan, adakah Pak Alex akan menurunkan Ferdinand? Ramai yang kata Ferdinand tidak cedera, sebaliknya Pak Alex saja kata dia cedera, padahal Pak Alex menggantung khidmat Ferdinand kerana banyak buat silap. Vidic mungkin bermain atau Johny Evans untuk bertahan dan menyiku Cahill. Sementara barisan tengah, aku rasa gandingan Anderson dan Fletcher akan mengemudi. Anderson patut diberi peluang selalu. Bagi aku dia bagus.

Bahagian serangan, Berba akan bergandingan dengan Wayne 'sekali biru, selamanya merah' Rooney! Mamat ni memang dibenci Toffees. Bekas Everton yang memang selayaknya bermain dengan Manchester United. Rudeboy Rooney adalah inspirasi. Beliau mampu memecahkan kebuntuan jaringan gol. Beliau mampu mengurangkan jurang ketiadaan C. Ronaldo.

Everton mungkin susah nak dibolosi, tapi kemenangan 3-1 pasti milik Manchester United.

**********
15

Prebiu: MLS Cup 2009

LuciusMaximus
Menatangnya?
MLS Cup (Major League Soccer Cup/Piala Liga Bolasepak Utama) adalah kemuncak musim bolasepak Amerika Syarikat dan Kanada (atau soker mengikut kata mereka), lebih kurang macam Piala Malaysia.

Lapan pasukan teratas dalam saingan regular season liga MLS layak secara automatik untuk pusingan play-off MLS Cup. Mereka akan bermain dalam perlawanan timbal balik kalah mati dengan dua pasukan paling gah akan ditemukan dalam perlawanan akhir, lebih kurang macam Piala Malaysia.

Pada kemuncak perlawanan akhir nanti, kedua-dua pasukan akan bermain dalam stadium serba moden dengan padang tiruan bertaraf antarabangsa dan diuruskan oleh pihak penganjur yang cekap lagi efisien, perlawanan tersebut bakal disiarkan melalui saluran TV kabel dan bakal ditonton puluhan juta peminat bolasepak seluruh dunia dan membawa pulangan jutaan dolar buat pembangunan bolasepak Amerika Syarikat dan Kanada. Jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan Piala Malaysia.

MLS Cup 2009
Perlawanan akhir bakal menemukan kelab bintang, Los Angeles Galaxy dan kelab underdog Real Salt Lake pada 22 November 2009.

LA Galaxy yang ditubuhkan pada 1995 dan dibarisi pemain seperti Landon Donovan dan David Beckham adalah pilihan utama untuk memenangi perlawanan akhir. Ini adalah perlawanan akhir MLS Cup ke-6 buat LA Galaxy yang telah pun menjuarai MLS Cup sebanyak 2 kali sebelum ini (2002 & 2005). LA Galaxy juga telah memenangi Supporters’ Shield (juara liga) sebanyak 2 kali (1998 & 2002) dan US Open Cup (Piala FA) sebanyak 2 kali (2001 & 2005).

Real Salt Lake pula bakal beraksi dalam perlawanan akhir MLS Cup mereka yang pertama. Kelab yang baru ditubuhkan pada tahun 2004 ini masih belum memenangi apa-apa kejuaraan bolasepak Amerika Syarikat/Kanada setakat ini. Perkataan Real pada nama kelab tersebut adalah kerana ianya mempunyai hubungan rasmi dengan Real Madrid dari Sepanyol.

Perlawanan akhir MLS Cup 2009 akan dimainkan di Qwest Field (kapasiti 67,000), Seattle, Washington yang merupakan stadium untuk kelab Seattle Sounders FC, satu lagi kelab bolasepak yang bersaing dalam MLS.

Apa-apa lagi yang menarik?
Untuk meraikan kemeriahan perlawanan akhir MLS Cup 2009, pihak penganjur telah merangka beberapa aktiviti serta program menarik di Seattle menjelang Ahad ini.

1) Perarakan masuk trofi MLS Cup ke bandaraya Seattle dengan menaiki feri, kemudian diarak ke Qwest Field.

1) Third Eye Blind telah dipilih untuk mengadakan konsert percuma pada hari perlawanan nanti. Dijangka bakal memainkan lagu-lagu dari album terbaru mereka Ursa Major dan lagu-lagu hit sebelum ini. Rakaman konsert bakal disiarkan oleh ESPN ketika waktu rehat perlawanan.

2) Serentak dengan itu juga acara pesta Soccer Celebration bakal diadakan dari pukul 1 petang hingga 5 petang. Para peminat berpeluang untuk mendapatkan autograph para pemain MLS, berpeluang untuk mengambil gambar dengan trofi MLS Cup serta bermain dalam permainan-permainan bertemakan bolasepak. Sepak mula perlawanan akhir dijadualkan pada pukul 5.30 petang.

3) Untuk meraikan kehadiran para penyokong pasukan yang bertanding, para chef di Qwest Field telah menyediakan menu khas untuk perlawanan akhir MLS Cup 2009. Antaranya ialah Galaxy Dog, Galaxy Pizza, Salt Lake Burger, Seattle Seafood Shocker dan MLS Cupcakes. Burger daging tidak masak ala stadium bolasepak Malaysia tidak tersenarai.

Tetapi apa yang lebih penting ialah upacara tradisi bolasepak Amerika Syarikat/Kanada pada setiap kali perlawanan akhir MLS Cup, iaitu Supporters’ Summit.

Supporters’ Summit ialah acara tahunan di mana para penyokong bolasepak, pundits, pesuruhjaya MLS dan para pentadbir bolasepak akan berhimpun untuk membincangkan program pembangunan bolasepak.

Acara kemuncak ialah pada hari Sabtu bila Pesuruhjaya MLS, Don Garber akan menyampaikan ucapan tahunan State of the League kepada himpunan para penyokong. Selesai ucapan Sate of the League, para penyokong dan peminat dialu-alukan untuk mengajukan soalan kepada pihak pentadbir bolasepak yang ada. Moderator sesi soal jawab ialah Drew Carey.

Sesi pertemuan dan soal jawab ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada para peminat dan pentadbir bolasepak untuk bertukar pandangan tentang bagaimana meningkatkan kualiti liga dan penambahbaikan yang boleh dilakukan.

Selain dari itu, perhimpunan ini memberi peluang kepada penyokong kelab-kelab MLS dari seluruh AS/Kanada berhimpun bersama dalam suasan pesta.

Seattle Sounders FC selaku tuan rumah bertanggungjawab untuk memastikan Supporters Summit 2009 berjalan dengan jayanya. Lima kumpulan penyokong Seattle Sounders FC, The Seattle FC Alliance, Immortal Fury, Gorilla FC, Emerald City Supporters dan North End Supporters bakal memainkan peranan besar dalam menjayakan Supporters Summit 2009.

Turut dijangkakan ialah kehadiran besar kumpulan penyokong Real Salt Lake iaitu The Loyalists, FCB (Frank Castle Brigade), RCB (Rogue Cavaliers Brigade), Section 26 dan La Barra Real sementara dari LA Galaxy, Angel City Brigade, Galaxians dan LA Riot Squad.

Pihak Sokernet seperti biasa akan menjalankan laporan eksklusif dan live update perlawanan akhir MLS Cup 2009.

P/S: Pipi, tiket flight aku dah beli?
16

Apakah persamaan diantara Chelsea dan Arsenal?




Kepala mereka diservis ditempat yang sama.

1. Sagna
2. Drogba
3. Adebayor
4. Gallas
5. Lucius dan PP.

Henry juga shave kepala kat sini, tu sebab main bola pakai tangan sekali dan melayakkan France ke WC.
24

Di Mana Jorji Dan Nazri?

LuciusMaximus Khamis, November 19, 2009

Tiga lagu paling popular:

1) Glory, Glory Naik Lori
2) Anak Rusa Nani
3) Tanya Sama Rooney
14

4 Piala

Pipiyapong Abdillah Hamzah
"Tak kisah la tak dapat main World Cup. Janji season ni i menang 4 piala dengan Arsenal..." - Arshavin
11

Young Malaysian goes international (but not football)

the alpha... 'that' Rabu, November 18, 2009
Sebab dia pegi international, jadi eloklah tajuknya ditulis dalam bahasa international jugak.

Begini.

Nama dia Fahmi, budak rempit dari Banting. Bulan lepas dia bawak motor out-dated race category 125cc dekat motoGP. Jangkaan pakar dia akan jadi backmarker dan di lap sepusingan oleh frunt runner. Dari 33 on the grid, dia finish 20. Spectacular memandangkan moto dia out of date.

Now,

Weekend ni, di samping tengok pasukan bola EPL beraksi, disamping tengok team kita lawan Uzbekistan, jangan lupa doakan Fahmi yang akan berempit di Valencia dengan budak budak eropah. Kali ini, dengan proper competetive bike. Kalau dia dapat good result, ada harapan tahun depan kita ada full season contender dekat MotoGP untuk category 125cc, lalu adalah sorang lagi budak kita berkasi secara international selain ex saya, Nicol David.

Ok. Ini bukan bola.

Tapi sementara kita tunggu the day team Bola kita lawan dekat world cup, dan sambil sambil kita berkelahi team EPL mana lagi terer tu, kita bagi sikit support dekat Fahmi ni.

Ini entry list race

Ada nama Malaysia dekat sana tu. Pi tengok.
68

Jangan Kata Aku Tidak Sumbang Apa-Apa

LuciusMaximus

Kepada mamat dan minah di luar sana yang bising kerana aku hanya tahu kompelin pasal bolasepak Malaysia, harap maklum kompelin aku telah dijadikan sumber inspirasi artikel suratkhabar Sinar Harian.

Artikel asal dari blog peribadi aku di sini. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, manuskrip artikel tersebut telah dijadikan sumber rujukan di Southampton Solent University untuk kursus Football Studies with Business (Honours), MBA Football Industries (University of Liverpool) dan Masters in the Administration of Football di Johan Cruyff Institute for Sport Studies. Terjemahan dalam bahasa Inggeris berada dalam simpanan peribadi Sepp Blatter sementara terjemahan Portugis dalam pegangan Pele. Turut dikhabarkan satu terjemahan Tamil telah dibuat untuk panduan M Karathu.

Sukacita juga dimaklumkan bahawa sesalinan artikel ini telah di hantar melalui emel ke FAM lama dahulu (juga beberapa artikel bolasepak Malaysia yang lain). Dukacita dimaklumkan bahawa tidak ada satu pun mendapat jawapan balas dari FAM, biar pun hanya sekadar ucapan ‘terima kasih’.

Tapi sekurang-kurangnya bila diterbit kembali dalam Sinar Harian, mungkin KJ akan terbaca sambil lepak-lepak di lobi hotel. Atau sekurang-kurangnya Cikgu Mang Dagu akan baca sambil pekena Keropok Lekor kat Losong tu.

Senyum sokmo!
29

Penulis Tamu Hujung Minggu Ini

Abdul Sokernet Ahad, November 15, 2009
ANAK KITA BOLASEPAK KITA

Situasi 1


Mak : Sian anak kite bang, kurus jer.... Ape kate kite bagi vitamin bagi ade selera makan

Abah : Nanti abang belikan, biar berisi sikit anak kite ni


Situasi 2

Mummy : Boy, jangan main kat luar tu.... panas, banyak virus la.... come masuk cepat

Daddy : Amik ps3 ni main kat rumah je, jangan nak keluar lagi...tau??


Situasi 3

Atuk : Daniel kat sekolah main ape? Bola ke sepak raga?

Daniel : Tak main ape pun, mama tak bagi.... nanti jatuh luka.

Atuk : Abis tu? Daniel main ape?

Daniel : main 'FIFA ngan PES' jer..

Atuk : ????


sayang isteri tinggal-tinggalkan.....
sayang anak bagi la mereka main bola 11 sebelah

Biar anak main bola
jangan mati adat

kera di hutan disusukan
anak dirumah bagilah makanan seorang footballer

Anak ibarat kain putih....
coraklah mereka untuk menjadi kaka,
footballer yang ber'education'


mereka masa depan bolasepak kita..............



http://meornamedepanku.blogspot.com/
29

Berita Bola Malaysia Di Pentas Dunia. Tahniah!

Pipiyapong Abdillah Hamzah Khamis, November 12, 2009
Sila klik sini untuk membacanya dengan bangga.
102

Piala Malaysia 2009 Serta Pengaruh Romantiknya Kepada Masyarakat 1Malaysia Dan Hala Tuju Masa Depan: Satu Analisis Mendalam Dari Sudut Sukan Bolasepak

LuciusMaximus Rabu, November 11, 2009
Macam Red Star Belgrade pulak


Aku sebenarnya tak tahu mahu letak tajuk apa, jadi main letak je panjang berjela. Biar nampak ilmiah sikit, meminjam pesan rakan sekuliah aku dulu bila nak buat assignment, tajuk yang panjang nampak ilmiah dan boleh mengelirukan pensyarah tentang apa isi sebenar assignment kita.

Musim bolasepak 2009 Malaysia baru saja melabuhkan tirai. Romantiknya bolasepak Malaysia, biar ranking kita di belakang kepulauan Samoa sekalipun, bila tiba perlawanan akhir Piala Malaysia meriahnya macam perlawanan akhir Liga Juara-Juara. Tiket habis dijual, segenap pelosok masyarakat datang bertandang, dari Sultan Bola, orang politik, selebriti tanah air hingga ke Mat Pet dan Mat Rempit.

Itu yang seronoknya bolasepak Malaysia. Selepas setahun menghabiskan musim bolasepak dengan liga yang caca marba, pengurusan tunggang langgang dan juga skuad kebangsaan yang tenggelam timbul, kita semua akan disajikan dengan puncak syahwat yang paling tinggi dalam arena bolasepak tanah air.

Segala masalah prestasi dan pengurusan bolasepak bakal dilupakan melalui 90 minit aksi merepek di stadium yang lebih besar dari Wembley. Lazimnya pasukan yang lebih kurang aksi merepeknya bakal menjulang piala keramat yang diberi nama Piala Malaysia. Yang asalnya barangkali mungkin sebuah piala usang yang ditemui kelasi British dalam setor kapal perang HMS Malaya mereka.

Biar apa pun asal-usul Piala Malaysia atau mutu permainan yang disajikan oleh pasukan bertanding, ianya tetap disambut meriah sejajar dengan prestijnya sebagai kejohanan piala bolasepak tertua di Asia. Malah Coppa Italia dan DFB-Pokal juga tidak setua sejarah Piala Malaysia.

Maka lazimnya seperti tahun-tahun sebelum ini, bila tiba perlawanan akhir Piala Malaysia tumpuan akan diberikan secara khusus untuk 90 minit aksi merepek ini. Sebab Piala Malaysia sajalah peluang untuk rakyat Malaysia berhimpun ramai-ramai dekat 90,000 orang bawak bendera, kain rentang bagai tanpa ditembak gas pemedih mata atau disembur air. Piala Malaysia sajalah peluang rakyat Malaysia nak bersorak dan melompat macam kera ala-ala tengok perlawanan akhir Piala Dunia, tak pun Piala Asia.

Untuk edisi 2009 ini, dua pasukan yang ditemukan ialah Kelantan dan Negeri Sembilan. Kedua-duanya bukanlah pasukan yang tersohor dalam bolasepak Malaysia, tak macam Selangor, Kedah atau Perak. Tapi dalam bolasepak Malaysia, segalanya mungkin asalkan dapat perkenan Sultan Bola.

Pencapaian terbaik Kelantan dalam bolasepak, Piala Malaysia khususnya ialah menjadi naib juara pada tahun 1955 dan 1970. Yang terkini sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 ialah bergelar naib juara Piala FA. Maka boleh dikatakan sepanjang sejarah bolasepak Red Warriors ini, trofi kabinet mereka hanya dipenuhi dengan pingat-pingat naib juara.

Oleh kerana kurang mengecapi kejayan di dalam padang, Red Warriors mendefinisikan semangat kepahlawanan mereka dalam hal-hal luar padang. Seperti bergaduh, bakar kerusi atau menterbalikkan kereta. Kalau ada pun kejayaan dalam padang ialah bila Halim Napi menumbuk dan memijak Aidil Zafuan, abang ipar kepada Rita Rudaini yang sebenarnya lebih tua dari Aidil Zafuan.

Biarpun begitu, Kelantan tetap menerima sokongan yang padu dari para peminatnya yang fanatik. Teori-teori popular mengatakan hal ini berlaku kerana ketiadaan bentuk hiburan lain di Kota Bharu Upon Tyne atau sekitar Kelantan. Namun begitu ianya masih boleh disangkal memandangkan Siam hanya seberang sungai dan banyaknya jumlah video 3GP lucah home made yang dilakonkan oleh remaja Kelantan.

Berbeza dengan Kelantan, Negeri Sembilan pula tidak begitu menonjol. Kalau ada pun menonjol tempoh hari sebab pergaduhan mereka dengan Kelantan dalam separuh akhir Piala FA.

Tetapi dari segi pencapaian bolasepak, kekurangan Negeri Sembilan dalam aktiviti luar padang diganti dengan kejayaan mereka bergelar juara Piala Malaysia tahun 1948 (masa itu HMS Malaya). Negeri Sembilan juga pernah merangkul kejuaraan liga tahun 2006 dan Piala FA 2003. Boleh dikatakan trofi kabinet di Paroi agak berisi juga berbanding dengan Kelantan.

Maka bila tiba hari yang dinanti-nantikan, penuhlah Stadium Nasional Bukit Jalil dengan para peyokong kedua negeri. Pegawai-pegawai FAM pun tersenyum girang. Iyalah selama ini masa musim Liga Super banyak kerusi kosong dari penonton. Masa Piala Malaysia inilah ada rasa gah sedikit, rasa macam kat Camp Nou.

Yang peliknya Bukit Jalil walaupun jaraknya sepusingan CD Bunkface kalau berkereta dari Seremban, geng Hobin Jang Hobin yang bertandang ke stadium adalah dalam ¼ je. Apo jang semuo poie stadium naik basikal kot? Lambat sampai kot?

Berbeza dengan penyokong Kelantan yang walaupun jauh dari pantai timur, dengan banjir lagi dan keretapi yang tergendala masih tetap boleh mengisi ¾ dari kawasan stadium. Atau yang datang tu semuanya geng Wakaf Central Market dan Wakaf Puduraya, bukan Wakaf Che Yeh? Yang itu kita kena rujuk pada Annuar Musa.

Sekali bila RTM memberikan lampu hijau siaran langsung yang diulas tidak lain dan tidak bukan lagi oleh Tuan Haji Hasbullah Awang, terpampanglah dengan jelas lautan merah yang boleh membuatkan mana-mana pihak terkeliru dan tertanya-tanya, Bukit Jalil atau Anfield-kah ini?

Melihat kepada kepadatan stadium ini sekurang-kurangnya membuatkan kita merasa bolasepak Malaysia masih ada nilainya dalam sekupang dua. Apa lagi selepas hampir setahun disajikan dengan liga yang langsung tidak super yang jumlah penontonnya boleh dibilang dengan jari.

Tapi hebat bagaimana sekalipun segala kepincangan tetap terdedah. Dan di sini hasil kaji selidik Sokernet tersenarai beberapa perkara yang berpunca dari salah tadbir dan kelemahan pengurusan bolasepak Malaysia.

1) Kain rentang sebesar alam yang terpampang gambar Annuar Musa dengan kata-kata hikmah seperti ‘terima kasih’, ‘syabas’ dan ‘jasamu dikenang’. Nampak sangat bolasepak Malaysia masih menetek kepada politikus-politikus berkepentingan yang hanya mahu populariti dari sukan bolasepak.

2) Keperluan perkenan para sultan-sultan bagi merasmikan perlawanan dan dimulia-muliakan sebagai peneraju bolasepak negeri masing-masing. Selepas menang boleh pula disebut kejayaan merangkul Piala Malaysia sebagai hadiah sempena pertabalan baginda. Berapa banyak hadiah mahu kasi? Bolasepak ialah sukan golongan proletariat, bukan sukan bangsawan. Nak berbangsawan, main polo.

3) Kurangnya kawalan keselamatan di stadium. Pertama mungkin barangkali FAM tertidur macam biasa. Kedua mungkin FAM sudah minta bantuan PDRM tetapi anggota polis tidak cukup kerana lebih ramai diperlukan untuk menjadi pengiring konvoi sultan-sultan serta politikus yang datang.

4) Ketiadaan pengalaman pegawai perlawanan dalam mengendalikan sikap liar penonton. Pemain Negeri Sembilan yang mahu ambil sepakan sudut entah berapa kali dibaling botol dan mercun tetapi penjaga garisan sibuk juga suruh pemain tersebut segera mengambil sepakan sudut.

5) Abang FRU berdekatan yang berdiri tercangak menghadap penonton boleh buat bodoh dengan apa yang berlaku. Mungkin arahan tugas beliau ialah berdiri di balapan untuk menjaga ketenteraman awam. Jawabnya memang tercegat berdiri sajalah walaupun pemain Negeri Sembilan yang mahu ambil sepakan sudut dibaling berpuluh kali.

Senarai di atas adalah beberapa perkara yang dapat diperhatikan ketika berlangsungnya perlawanan. Selebihnya pihak Sokernet tidak dapat tengok kerana asyik bertukar-tukar rangkaian ke ESPN dan Starsport, tidak lupa juga slot Cerekarama TV3.

Mutu perlawanan dari segi keseluruhan menepati jangkaan untuk satu kejohanan bertaraf Piala Malaysia. Pelbagai aksi merepek dipersembahkan dengan kesemua 22 pemain mengamalkan konsep tendang bola ke arah mana-mana yang dihadap mereka pada masa itu. Kalau menghadap ke laut, maka ke lautlah jawabnya bola itu pergi.

Benda sebegini adalah lumrah untuk bolasepak Malaysia. Yang membuatkan bolasepak kita sebenarnya lagi sukar untuk diduga berbanding EPL, La Liga dan yang seangkatan dengannya. Kalau bagi John Dyke pun belum tentu dia boleh predict dengan betul. Iyalah siapa sangka Kedah boleh terkeluar awal-awal lagi atau Selangor boleh kalah dengan Terengganu? Hanya dengan menghabiskan 90 minit aksi merepek di atas padang saja keputusan tidak terduga sebegini boleh berlaku.

Mengenai upacara bakar mercun, bakar kerusi dan belasah budak-budak yang suka makan masak lomak cilia pi, yang itu akan dikupaskan dalam pos yang lain.

Itu pun kalau aku ada teringat nak kupas.
18

Khidmat Masyarakat - Jabatan Sains dan teknologi Sokernet -game dicari.

MDM FARAH FAIZURA
Jabatan sains dan teknologi Sokernet telah dihubungi oleh salah seorang gamers yang memakai baju ada tulis Fabregas kat belakang (fabregas duplicate).
Sebagai gamers, beliau bertanya sekiranya bahagian teknologi dan sains Sokernet ada game yang dicari.
Saya cakap tak ada. Jabatan sains dan teknologi Sokernet cuma ada game yang bersifat sejarah seperti game katrij Nintendo.
Dia tidak mahu. Jadi sekiranya ada sesiapa yang menjumpai game ini di kedai boleh terus maklumkan kepada pihak Sokernet. Sekian.

Berikut adalah game yang dimaksudkan oleh fabregas duplicate itu.

Bersih. Betul. Jujur.

12

Drogba - Anelka Kini Bisa Berpacaran

LuciusMaximus

Di akhir tiap pertandingan Didier Drogba tak selelah dulu lagi karena ada Nicolas Anelka. Di sisi lain, Anelka bilang memberi umpan ke Drogba rasanya senikmat bikin gol sendiri.

Sempat diragukan bisa tampil bareng pada era Luiz Felipe Scolari, kerjasama Drogba - Anelka kini menjelma jadi tumpuan Chelsea. Gol demi gol lahir dari duo pemain Pantai Gading-Prancis tersebut.

Itu tak lepas dari kepercayaan Carlo Ancelotti yang acap menurunkan kedua pemain bersamaan. Alhasil, Anelka dicatat Sokernet sudah bikin lima gol dari 18 laga sedangkan Drogba membuat 12 gol dari 15 penampilan.

"Ketimbang memelihara persaingan di antara kami berdua dalam berebut satu posisi, kami selalu melakukan yang terbaik untuk memupuk kerjasama kami. Ancelotti adalah yang pertama mempercayai kami dalam serangan," aku Drogba.

"Kami tak perlu meyakinkan dia, dia benar-benar menginginkannya begitu. Ancelotti sudah memulai sesuatu di Chelsea dan kami beruntung jadi bagiannya. Kerjsama ini jadi seperti naluriah. Kami berpikir tentang pola serupa di saat yang sama," lanjutnya lagi yang asyik berpacaran dengan Anelka.

Dengan keberadaan Anelka, beban Drogba juga drastis berkurang. "Aku harus mengakui bahwa lebih nyaman buatku bermain bersama Nico saat menyerang. Usai laga aku tak selelah dulu. Terkadang aku bahkan kaget, 'Ada apa? Aku kok tak capek lagi.'"

Reaksi positif serupa dilontarkan Anelka. Dia sama senangnya memberikan umpan kepada Drogba atau menceploskan bola sendiri. Anelka bahkan nyaman-nyaman saja bermain lebih ke dalam demi menyokong rekannya itu.

"Dengan segera aku bisa membayangkan diriku berlari di sekitar Didier. Aku tak datang ke Chelsea hanya untuk bikin gol saja dan jadi bintang tapi juga memberi umpan agar dia bisa bikin gol sebanyak-banyaknya," kata Anelka saat matanya merenung Drogba.

Bermodal hal tersebut, keduanya pun kini sudah jadi momok bagi pertahanan tim-tim lawan Chelsea. Untuk itu, Drogba punya dugaan kenapa kerjasamanya dengan Anelka bisa sangat mematikan.

"Kami saling melihat sebagai sesama rekan satu tim. Mungkin itulah rahasianya," simpul Drogba yang memegang intim tangan Anelka.

32

SEHARI TAJUK UTAMA BERITA

Nazri

Menurut kata pemain pertahanan tersohor Argentina, Roberto Ayala.

Ayala berkata demikian setelah mendapat wahyu Messi yang bakal menjaringkan gol dengan tangan ketika menentang England di Afrika Selatan nanti, keluar dari Barcelona pada musim panas 2010 untuk menyertai Napoli seterusnya membawa kelab tersebut menjuarai Serie A 2011, ditangkap kerana menagih kokain pada 2015 seterusnya menjadi jurulatih Argentina untuk pasukan Piala Dunia 2030.

+++

Dalam perkembangan lain, Reina, yakni goal keeper Liverpool dalam satu kenyataan menegaskan "early exit of Champions League is not a disaster because of the club RICH HISTORY in the competition".

Adakah maknanya "not winning EPL is not a disaster because of the club RICH HISTORY in the competition"?

Apakah sasaran mereka sebenarnya? Piala Dunia? Piala Juara Afrika? Piala Bima Sakti?

+++

Pakcik yang sudah melewati zaman senjanya, Ronaldinho, merangkap idola Pipiyapong, membuat kenyataan "Milan are like Barcelona"

Sebenarnya saya tiada komen untuk berita di atas kerana jika sekadar alasan 3 player attacking, Milan punya lebih banyak benda yang boleh dimasukkan dalam ayat "Milan are NOT like Barcelona", seperti purata umur pemain, kedudukan terkini liga, fungsi-fungsi pemain dan prospek pembelian dan rumours transfer antara dua kelab tersebut.

+++

Untuk berita yang lebih serius, penjaga gol Jerman, Robert Enke telah terjun di depan keretapi. Disyaki berpunca dari tekanan perasaan.

Perbuatannya sama seperti yang dilakukan oleh bekas pemain drum Helloween, Ingo Schwichtenberg, yang juga berasal dari Jerman.



29

.bolo.

awi.rui
Ketibaan Jumaat amatamat ditunggu oleh semua orang yang makan gaji (termasuk aku) untuk akhirnya membebaskan diri dari belenggu meja & kerusi opis, dan juga renungan tajam campor bebelan yang terus sudi dari "tuan tanah kedaung".haihhhh...

tapi, bila dok ingat yang esok adalah sabtu a.k.a hari minggu, aku akan tersenyum.

gila.

esok cuti wei!

bersuara hati kecil yang selama ni dok sunyi sebab "terantai". damn.

aku tak tahu bagi orang lain, tapi...sabtu dan ahad bermula daripada pkol 4.30 (agakagak lepas Asar), jantung aku berdegup kencang mengharapkan hari tak hujan.dah dekat 2 minggu taji but kopak aku tak makan mamat (yang bermain bolo sesama ngan aku petang2 kat padang) pakai baju or jersi ManU.

ish!meremang beb bulu roma aku!
(dan aku pun tak tahu apasal aku sebegitu.)

bukan ape...

aku "bebulu" tgk mamat-mamat yang turun main bolo petangpetang ngan kitorang(padahalnye aku pun tumpangtumpang gak..kui kui kui...)-
dengan rambut sikat kemas - suar nike itam - dan jersi manU.

perghhh!

gaya model!

'hurmmm...ade makanan aku arini..keh keh keh...'

6.15 - tiang gol bolo baling dah tersedia kat padang.

dan merekamereka dok sibuk tendang menendang bolo sesama sendri.

hati makin panas bila terpandangkan aksi mamat tadi tu (berjersi manU dok "bend it like ronaldo".

'takpetakpe..japgi lu tau...'

6.20 - sepak mula. aku dah awalawal lagi pilih team lawan mamat tuh.
tungg tanggg tunggg tanggg...ddbushhh!!!

aku just dok perati dari jauh memandangkan posisi aku kat situ DF.(posisi yang dari kecik sampai la ni...tuuu jer arrr...). mamat jersi manU ni dok rancak bebeno main nyer!dok asyik berlarrrrrrrrrrrrrriiiiiii jek keje nye..pantas & lincah!

6.45 - peluang aku sampai. lorongan cantek rakansepasukannya dari sebelah kiri peka mencarinya.dan dia hanya 3-4 langkah jer dari aku.laju pecutnya!!

dengan pantas, aku mengorak.

hanya dalam masa 3saat, (padamasa bolo tu disentuhnya)...DUMM!
tergolek.senyap.budakbudak sepaksepak bolo tepi padang ternganga tengok mamat tuh tergolek. -"ganas gile!".

dengan selamba, bolo tu aku kutip.game on.

("sori bro")

dan sepanjang 20-25minit seterusnya, aku nampak die dah main DF hujuuuunnnggggg nuuu.

hahahahahahaaa!mesti die nyumpoh aku teruk nyer masa die jatuh tadi.

hurmmm...

salah ke tindakan aku tadi tuh?main bolo beb.

ye.aku tahu yang aku tak sepatutnya emo terlebih sampai dok belasoh mamat manU tu.
main petangpetang jer kan...

ye.aku tahu.

tapi ini main bolo.bukan tengok bolo.

setahu aku, main bolo ni kasor.itu baru sikit.belom game bebetol lagi tuh!
kalau setakat kena macamtu pun doh takot, camane?

bolosepak adalah sukan yang memerlukan kepantasan berfikir, kekuatan fizikal dan mental yang kuat, juga bersemangat tinggi.

attributes nilah basic untuk menjadi seorang player bolosepak tak kiralah di tahap manapun.

"You must be a very brave and intelligent in playing the ball as well as winning it again."
"you must never let your opponents intimidates you."

sikap budak jersi manU tadi tidak menunjukkan ciriciri tersebut.cis!

"kelembikan" yang ditunjukkannya secara tak langsung memberi impak kepada budakbudak yang dok sepaksepak bolo kat tepi padang tuh.

aku jugak mungkin silap sebab bertindak kasar tadi.

tapi..come guys!

everytime you stepped up into games, the pitch ain't same anymore. it has become a battlefield.(and obviously by wearing those manU jersey doesn't help you at any cause man.)

as you wearing a football clubs jersey (be it manU, l'pool or chelsea or else), you are automatically "unauthorized ambassador" for those clubs.and you must show the strength and the mentality that lies within it.dont just parade those jersey just to let others know you are "part of it".otherwise, it will be much better to be at the sideline commenting the game and criticizing people's play.

or maybe you can show-off your rm30-40 (or maybe rm250 + player's name at the back *bweeekk*) jersey at any shopping complexes while "jalanjalan ngan awek".

this isnt right.

please bear in mind lads.

"whenever you go out to play futbol (whether it's petangpetang or futsal), wearing a jersey and trying to pretend like any of your idols, wear it proudly.play it wholeheartedly."

"futbol is larger than life.
"it define us."
34

Respect: Muzika Bimbingan Kanak-Kanak

LuciusMaximus Selasa, November 10, 2009
Respect: Muzika Bimbingan Kanak-Kanak adalah sebuah DVD drama muzika popular yang berguna dalam membantu proses pembelajaran kanak-kanak, terutamanya dalam memupuk rasa hormat kepada orang lain. Digubah dengan hasil tunjuk ajar serta nasihat dari Jorji, peminat tegar Manchester United dan juga seorang bapa berpengalaman.

Sinopsis

Pak Alex, seorang lelaki tua kutuk tak sedar diri kaki kompelin pengadil adalah seorang cacai hina yang tidak pernah mempunyai rasa hormat kepada pengadil bolasepak. Oleh kerana sikap buruknya itu hidupnya sentiasa diliputi awan mendung serta kebencian yang mendalam hingga hatinya hitam dan Pak Alex bertukar menjadi seekor setan yang kemerahan mukanya.

Dengan takdir, satu hari Pak Alex ditemukan dengan Stamford, seekor singa Chelsea yang sentiasa carefree. Stamford membawa Pak Alex mengembara di Bluesland dan dari pengembaraan ini Pak Alex belajar erti kesabaran, kasih sayang dan peri pentingnya menghormati pengadil bolasepak. Sepanjang pengembaraan tersebut Stamford dan Pak Alex menyanyikan lagu kanak-kanak penuh riang diseling kicauan burung dan diwarnai pelangi indah.

Senarai lagu-lagu:

1) Glory Glory Naik Lori
- kisah sebelas lelaki dari Manchester yang suka naik lori demi menjimatkan minyak (moral: jimat-cermat)

2) Fletchermu Fletcherku Jua
- lagu tentang lelaki yang dihantar ke London untuk menjadi pemusnah sebaliknya insaf dan menjadi dermawan tendangan percuma (moral: orang memberi kita merasa)

3) Anak Rusa Nani
- kisah lelaki Portugal yang membela seekor anak rusa (moral: sayangi binatang)

4) Ikan Carrick
- ikan Carrick mak iloi, iloi, ikan Ferdinand mak ilai, ilai (moral: ikan tidak boleh bermain bolasepak)

5) Bapaku Pulang Dari Manchester
- kisah seorang bapa (Pak Alex) yang pulang dari Manchester dengan hadiah kereta kecil berwarna merah (moral: memberi hadiah lebih afdhal dari memberi kompelin)

6) Tanya Sama Rooney
- tanya sama Rooney, apa sebab goyang, nanti jawab Rooney, pengadil yang goyang, tanya sama pengadil, apa sebab goyang, nanti jawab pengadil, tanyalah Fletcher, Fletcher nanti kata, aku tekel bola, sampai dekat bola, Ashley Cole jatuh, pengadil tiup wisel, kasi satu free kick, Lampard tendang bola, Anelka jaring gol (moral: Chelsea 1 Manchester United 0)

Untuk tempahan sila hubungi 1-300-88-PAK ALEX dan tekan 1 untuk bercakap dengan ejen Manchester United kami, Jorji atau Nazri.

Stok terhad. Diskaun 25% jika anda peminat Red Warriors, kerana sepupu-sepapat dengan Red Devils.
23

Dari fail-X Sokernet

the alpha... 'that'

Mengikut kajian sokernet, hari-hari dimana bolasepak ialah permainan (riadah, mengikut TG Nik Aziz) yang bersifat global akan terhapus bila Amerika berjaya menglobalise serta mengkomersialkan kata nama "Soccer" menggantikan kata nama "football" untuk riadah bola sepak ini.

Sepertimana kita semua maklum, dunia ini terdiri dari America and the rest of the world. Ketika rest of the world main bolasepak (football), mereka main benda merepek (American football @ ragbi berperisai @ ragbi pondan) yang kita tidak berapa ikot dan ini membuatkan mereka rasa annoy. "Kenapa rest of the world ni tak follow" fikir mereka.

Lalu mereka fikir, mereka perlu memiliki "copy right" kepada perkataan "football" dan menukar maknakata nya kepada permainan ragbi pondan mereka dan memberi nama baru kepada bolasepak yang kita semua faham (football) menjadi "soccer". Ini matlamat akhirnya.

Perang saraf yang mereka aplikasikan ke atas bolasepak telah lama berjalan dan jika "reprogramming" ini berterusan dengan kadar semasa, theorically dalam masa kurang dari seratus tahun saja lagi, kata nama "football" akan menjadi milikan total kepada pelakuan pelik yang kita kenali sekarang dengan nama amerigan football itu dan hanya kurang seratus tahun saja dari sekarang, Pipiyapong junior akan menulis blog mengkisahkan kenakalan dia semasa bermain "soccer" semasa di kelas PJ derjah tiga dia pagi tadi.

Persoalannya sekarang, sanggupkah kita membiarkan perkataan "Football" menjadi milik kelakuan riadah ragbi pondan itu?

Dari mana asal perkataan soccer?
"Soccer is a colloquial abbreviation of association football. It is also the common name for the sport in North America, South Africa, Japan, Australia, New Zealand and Zimbabwe." - Wikipedia

Suffix 'er' kepada perkataan "soccer" adalah slanga sebutan kepada perkataan asal "socca" yang ianya merujuk kepada averbriation perkataan "association" dari perkataan penuh "Football Association". Association ->Socca->Soccer.

(rugby juga mempunyai suffix 'er' dimana di awal kemunculannya, ia digelar "rugger")

Ceritanya begini.

Pada kurun ke 19, Semasa bangsawan-bangsawan England memerangi cucu cicit kapten Jack Sparrow dan lanun-lanun lainnya anak-anak mereka di public school sibuk merangka standard set of rules untuk permainan-permainan yang telah lama mereka mainkan tetapi tiada undang-undang tertentu yang diterima pakai semua, common set of rules. Tennis, rugby dan beberapa sukan lain di mana diantaranya ialah sekumpulan lelaki dalam dua pasukan yang menyepak-nyepak bola bulat.

Permainan ini hanya setaraf teng-teng ataupun polis sentri saja ketdika itu. Perangka set of rules ini menamakan diri mereka "Association of schools" (kerana ketika ini, standard bola sepak hanyalah game budak budak sekolah, orang dewasa lawan pedang dan laga lembu*). Perkataan "football" datang kemudian, sangat makes sense kerana ia lebih menerangkan cara game ini dimainkan, bola yang ditendang menggunakan kaki. Stew ini beberapa dekad, ia telah mula matang dan mempunyai federasi sendiri "Association of Football".

Fast forward ke zaman sekarang, the rest of the world panggil bolasepak, Football. Perihal kenapa Ameriga sibuk nak juga panggil "football" kepada bola yang ditangkap dan dibawa lari, masih misteri.

Tak misteri sangat jika kita rewind balik, ahhhhh, rupanya game seperti ini sudah ada, Rugby. Dan ketika Ameriga ingat mereka tough sangat main benda ini pakai armor, rupanya permainan original dia lagi manly, tak pakai armor. Jadi kalau diberi nama "American Rugby" macam sissy lah mereka dilihat sebab kena pakai armor. Ia begini:

Rugby: Bare game, men tackling (memukul, membelasah) each other. Tough.

American rugby: Armoured game, men tickling each other (meggeletek) sambil di sorak sekumpulan bebudak blonde seksi. Not tough.

Jadi mereka panggil "American football" dipendekkan jadi football untuk tidak dikaitkan side by side dengan rugby original yang lebih tough, lebih manly. Ketika sedar the rest of the world dah ada permainan football yang lebih makes sense, it's already too late to change, again. Lalu Yanks ini mula panggil football the rest of the world "Soccer" dengan alasan, memang inilah nama originalnya.

C'mon yanks, we're all know it's not the case.

Now. Soccer.

Bolasepak bukan the only sport yang mereka dengki. Melalui Hollywood, mereka mula memperkenalkan sukan atau aktiviti yang dakwa mereka bersifat 'global'. Mereka main glorified cricket, paksa kroni mereka main sekali dan gelarkan liga mereka World Series. Dalam filem filem mereka, ahli sukan yang terbilang ialah sama ada:

1. pemain American 'sissy' Football
2. pemain glorified cricket yang mereka gelar world series.
3. juara lumba kereta jalan lurus yang mereka gelar Nascar world champion (kat negara mana lagi ada nascar yang mereka pepandai kasi honor world champion?)
4. apa apa sukan merepek yang kita tak pernah dengar.



Jadi sama-samalah kita didik orang orang di sekeliling kita supaya tidak terpengaruh dengan perang 'reprogramming' america ini jika kita tak mahu cucu cicit kita suatu hari nanti menangis sambil meronta ronta di depan kedai sukan sambil berkata "Atok, Mat nak kasut soccer tu".

Now,

mengenai nama blog ini sokernet, bukan footbal-sumthing, kami panitia penulis mula mengesyaki yang Pipiyapong ialah agen amerika yang ditugaskan di Malaysia.

Dan jalan paling selamat untuk terus menjadi peminat bola yang paling sejati ialah dengan meninggalkan kelab-kelab yang anda sokong sekarang dan beralih menyokong Tottenham Hotspur.

Sekian. Terima kasih.

*Jelas dilihat dari kata-kata Hemingway "the only true sports are bull fighting, mount climbing and motor sports. The rest are merely a game"
25

Senyum Liverpool- by hook or by drog

MDM FARAH FAIZURA
Jangkaan nak menang 6-0, jauh meleset. Sekali seri pulak. Apa yang aku risaukan berkenaan sedara Rafa tu memang terjadi. Sedara Rafa skor pulak. Jadi aku tak puas hati, sama seperti jutaan penyokog di seluruh dunia. Ini tak boleh jadi. Terus aku skype Sammy Lee, nak mintak penjelasan. Tetapi boleh pulak aku ter skype Oprah Winfrey Show. Skype lagi, aku ter skype Momo Sissoko pulak. Apa kejadahnay aku nak sykpe dengan Momo. Kali ketiga baru boleh skype dengan Sammy Lee. Selepas lebih kurang sejam ber skype. Aku datang dengan kesimpulan ini.

Sedara Rafael Benitez, Chritian Benitez.- Rafa, apa ekau raso dalam hati, kalo den skor?

  1. Sejam sebelum game, sedara Rafa iaitu Christian Benitez @ Chuco telah mensaiko Rafa. Katanya, “Go more Birmigham go more.” Sampaikan Rafa tersasul semasa beri taklimat kepada Reina. Dia suruh Reina go more (naik atas sikit) Reina pun off position. Terus kena terutamanya gol yang kedua.

  2. Rafa syak yang Liverpool sudah kena bomoh oleh Sharman (pawang) sebab itu Liverpool asyik bernasib buruk. Sharman itu minta duit daripada benitez tetapi benitez tak kasi dan Liverpool pun kena bomoh. Setelah diteliti, sebenarnya, bukan Sharman yang minta duit, tetapi benitez yang kena saman parking. Saman pun dah dibayar oleh Sammy lee. Tetapi damage has been done. Rafa dah kena saiko dengan benda tu, dan hilang semangat.

  3. Rafa dah pesan kat Ngog, kena skor, by hook or by drog. Ngog telah cuba dengan by hook. Selepas tu tak menjadi sangat. Akhirnya Ngog memilih juga by drog. Divenya memang meyakinkan. Walaupun muka nampak cuak jugak bila Carsley marah2 kat dia. Ngog memang tak patut buat orang tua macam tu.

  4. Semua pemain pakat rembat jauh sebab Rafa dah suruh try. Go more. Go more.

  5. Taktik touch touch tak berapa nak menjadi, tetapi terpaksa main touch touch jugak pasal Birmigham punya taktik fizikal agak menggerunkan. Bola tak boleh lama kat kaki, terus kena cantas. Dah la Liverpool penuh dengan pemain injured. Reira dan Benny the jew pun dah injured. Camno?

  6. Superhero Liverpool iaitu 'Kapten Inspirasi' dapat main dan dia punya tanduk, sipi2 lagi. Kehadiran superhero itu memang terasa.

Apapun, tahniah buat Liverpool. Memang semangat nak menang terasa betul. Serius terasa. Semua pemain, komitmen tinggi. Kalo 50 kali main macam ni, kompem 49 kali akan menang dan seri sekali. Tahniah sekali lagi Liverpool.

Kalau ada yang agak tak puas hati pasal tak ada fakta sangat, korang tunggulah ruangan Bersama Abang Fakta setiap Khamis di Sokernet.

YNWA


26

Pemain bolasepak sebenar.

Jorji


Manchester United. Barisan pemain sebenar dan pejuang. Tidak mengamalkan drama lakonan mudah jatuh untuk penalti atau tendangan percuma. Sedikit ganas kerana percaya bolasepak adalah permainan orang jantan. Komitmen dan displin tinggi serta suka membuli pengadil yang berat sebelah yang tidak 'fit' untuk mengadili secara adil perlawanan mereka. Manchester United adalah juara sebenar bulan May nanti.
23

Mari Belajar Tawarikh: Birmingham City

Birmingham City ialah sebuah kelab yang berpengkalan di kota Birmingham, kotaraya kedua terbesar dalam pelosok Britain. Ianya ditubuhkan pada tahun 1875 dan seawal tahun 1885 kelab ini telah bertukar taraf sebagai kelab profesional, meletakkannya antara kelab profesional terawal England.

Pada tahun 1888 Birmingham City menjadi kelab bolasepak pertama berstatus syarikat berhad dengan ahli lembaga pengarah tersendiri. Birmingham City juga merupakan salah satu dari 12 kelab pengasas Football Alliance. Pada tahun 1892 bila Football Alliance digabungkan dengan Football League, Birmingham City bermain di Divisyen 2 dan muncul sebagai juara Divisyen 2 yang pertama.

Birmingham City merupakan kelab bolasepak Inggeris pertama yang bermain di kejohanan peringkat Eropah. Mereka bertanding dalam Piala Inter-Cities Fairs yang pertama pada tahun 1956. Birmingham City mara ke separuh akhir sebelum tumpas dengan agregat 6-5 kepada Barcelona.

Birmingham City juga merupakan kelab bolasepak Inggeris pertama yang bermain di perlawanan akhir kejohanan peringkat Eropah. Pada tahun 1960 mereka tewas 4-1 dalam perlawanan akhir kepada Barcelona dan pada 1961 pula tewas 4-2 kepada AS Roma.

Satu lagi pencapaian hebat Birmingham City ialah menjadi kelab Inggeris pertama menang di San Siro menentang Inter Milan. Hanya Arsenal saja yang berjaya mengulang pencapaian yang serupa, 40 tahun kemudiannya.

Lain-lain pencapaian menarik Birmingham City ialah penjaga golnya Bert Trautmann pernah bermain dengan tulang tengkuk yang patah selama 20 minit ketika perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City pada tahun 1956. Birmingham City juga merupakan kelab pertama yang menjual pemain dengan harga £1,000,000 iaitu Trevor Francis yang dijual kepada Nottingham Forest pada tahun 1978. Pencapaian terkini Birmingham City ialah hampir-hampir menang ke atas Liverpool sebelum David Ngok berjaya memperdayakan pengadil dengan aksi terjun tiruk untuk penalti saguhati.

Nasib baik.

Sebagai perbandingan Liverpool Beach Club hanya ditubuhkan pada tahun 1892 (17 tahun selepas Birmingham City ditubuhkan). Kali pertama bertanding di peringkat Eropah ialah pada tahun 1965 (9 tahun selepas Birmingham City bertanding kali pertama di peringkat Eropah) dalam Piala Eropah (kini Liga Juara-Juara) di mana mereka tewas di peringkat separuh akhir kepada Inter Milan di San Siro (hanya Birmingham City dan Arsenal kelab Inggeris yang pernah menang di San Siro).

Pendek kata, sejarah Birmingham City lebih hebat dari sejarah Liverpool. Sebab itu mereka hampir menang malam tadi, nasib baik Liverpool ada David Ngok.

Bookies always rite.
18

KWSP

the alpha... 'that' Isnin, November 09, 2009
Selepas isu pembayaran gaji tertunggak diselesaikan, saya bersetuju untuk stay di sokernet untuk memberi review bagi pihak Spurs yang saya sayangi.

Liverpool ada juga offer, tapi saya tolak sebab takde COLA. Team Kelantan pun ada offer, tapi saya tolak juga sebab diorang tak bayar cash, barter dengan mercun seludup yang saya perlu settlekan sendiri custom clearance sebab stok masih berada di negara seberang.

Berbalik semula ke Spurs.

Aaron Lennon bisa kembali ke hari Sabtu Perselisihan Barclays Premier League pertengkaran dengan Sunderland di The Lane.

Pemain sayap mengalami kecederaan pergelangan kaki larut dalam kekalahan kita melawan Stoke City bulan lepas dan telah duduk dua perlawanan terakhir kami.

Tapi, sebagai pengurus Harry Redknapp dilaporkan pada hari Jumaat perlawanan pra-sidang akhbar, 22 tahun telah kembali dalam latihan pekan ini.

Harry berkata: "Aaron bekerja sangat keras pada hari Rabu dan berjalan baik, jadi kita hanya bisa menunggu dan melihat.

"Aku berharap dia akan ok tapi bergantung pada sama ada atau tidak ia mempunyai reaksi apapun besok [Sabtu], jadi 50-50. Kita akan melihat bagaimana dia merasa dan jika ia tidak merasa benar maka saya menang 't mengambil kesempatan. "

Jermain Defoe, bagaimanapun, pasti akan sedia lagi selepas tiga perlawanan suspensi untuk kad merah lurus ia memungut di bulan lepas menang di Portsmouth.

Dan pengurus merasakan berhutang striker tim, berkata: "Ini baik untuk memiliki Jermain sedia lagi. Kita punya penyerang bagus di sini tapi ia adalah dalam bentuk mencetak gol baik sebelum suspensi. Tidak mempunyai kos nya kita cukup parah sehingga dia harus menebusnya kami sekarang untuk mendapatkan dihantar. "

Sementara itu, Harry juga mempunyai update tentang kesesuaian Luka Modric, yang telah keluar daripada tindakan sejak Ogos dengan patah tulang betis.

Dia menambah: "Luka itu dalam perjalanan kembali. Dia sudah bekerja dengan pelatih kecergasan dan menggalakkan tapi dia tidak pada tahap di mana ia dapat sepenuhnya terlibat dalam latihan belum."

Sebastien Bassong juga meleset keluar selepas memuat sebuah cedera hamstring akhir di dalam kekalahan akhir pekan lalu di Arsenal, sementara Carlo Cudcini (kembali) dan Giovani Dos Santos (pergelangan kaki) tetap dikesampingkan.


Dan di akhir kata, saya masih berasa, peluang untuk stay dalam top four masih cerah hingga ke akhir musim.

Btw, aritu Tok Guru Nik Aziz kata kalau kelantan menang, semua ahli pasukan dapat pi umrah free. Kesian Sothinatahan terlepas peluang pegi Mekah.
11

Berita Terkini: Stadium Darul Makmur akan dijadikan gelanggang motorkros bersaiz Olimpik!

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Permandangan di Stadium Darul Makmur ketika perlawanan separuh akhir Piala FA 2008. Cuba bilang berapa ramai yang datang.

Nama : Stadium Darul Makmur
Tahun dibina: 1970 (dinaiktaraf pada tahun 1995)
Kapasiti: 40,000 (10,000 tempat duduk)
Kemudahan: Padang rumput dan trek balapan


Stadium motorkros di Indianapolis yang sedang dikaji dan akan dijadikan rujukan. Peh... Seronok juga layan motorkros. Tak sabar dah ni.



*Gambar Stadium Darul Makmur dirembat dari Flickr Encik Yusraime.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...