ARKIB SOKERNET

34

Laporan 2009 Dan Perancangan 2010

LuciusMaximus Khamis, Disember 31, 2009
Pasca Krismas

Chelsea menamatkan pusingan musim perayaan dengan keputusan yang kurang memberangsangkan. Perlawanan Boxing Day seperti biasa memberikan ujian sukar buat pemain yang mungkin baru lepas berparti sakan hari Krismas sebelumnya. Seri dengan Birmingham 0-0 membuka ruang buat Red Devils untuk merapatkan jurang perbezaan kepada 2 mata.

Sedikit bernasib baik, pertemuan dengan jiran hujung jalan iaitu Fulham berkesudahan dengan 3 mata untuk The Blues. Manchester United malam tadi terus mengganas dengan membelasah Wigan Atheletic 5-0. Begitu juga dengan Arsenal yang membenam Portsmouth 4-1, pasukan yang pernah menundukkan Gerrard dan rakan-rakan sebelum ini.

Secara keseluruhannya, untuk kekal di puncak klasemen pada penghujung tahun adalah pencapaian yang baik. Statistik menunjukkan bahawa kelab yang berada di puncak pasca Krismas lazimnya bakal menjuarai liga.

Tapi itu hanya statistik.

EPL Setakat Ini

Saingan EPL musim ini boleh dikatakan paling terbuka semenjak bermulanya era dominasi Big 4 sekitar 2003/04. Biar Pak Alex Ferguson telah pun memberi kenyataan bahawa persaingan bakal ditentukan oleh Chelsea dan Manchester United, keadaan semasa menunjukkan situasi yang berbeza.

Arsenal yang kekurangan satu perlawanan boleh mendahului Red Devils dan berada satu mata di belakang The Blues jika mereka menang perlawanan tersebut. Maka adalah kurang bijak untuk mengabaikan Arsenal dan mengguris hati Pipiyapong jika kita berfikiran seperti Pak Alex.

Musim 2009/10 ini dijangka bakal menyaksikan pemecahan dominasi Big 4 setelah sekian lama. Sehingga artikel ini ditulis, Manchester City dilihat sebagai pasukan yang paling berpotensi untuk memecah dominasi, apa lagi dengan Roberto Mancini yang menjadi nakhoda bahtera City sekarang.

Tottenham Hotspur dan Aston Villa juga mempunyai keupayaan untuk menggugat keseimbangan kosmik. Tetapi kekurangan pemain tahap dewa yang berpengalaman beraksi di peringkat tertinggi mungkin menjadi batu penghalang bagi mereka berada dalam kelompok empat teratas.

Maka setakat separuh pertama EPL musim ini, aku rumuskan tilikan penghujung liga seperti berikut.

Empat pasukan teratas bakal diisi oleh Arsenal, Chelsea, Manchester City dan Manchester United. Juara EPL aku jangkakan bakal dijuarai oleh salah satu dari empat kelab ini. Ya, kalau nak ikut emosi aku mahu Chelsea. Tapi ikut keadaan sekarang memang susah nak cakap siapa.

Empat yang seterusnya bakal diisi oleh Aston Villa, Fulham, Liverpool dan Tottenham Hotspur. Ini mengikut turutan abjad bukan jangkaan posisi di penghujung liga. Oh ya, geng-geng Rakan Kop jangan marah ya?

Bulan Afrika

Laluan getir menanti The Blues menjelang bulan Januari ini. Macam biasa setiap 2 tahun sekali, pemain-pemain Afrika yang membanting tulang di Eropah pulang ke kampung halaman untuk tugas yang lebih besar buat negara masing-masing.

Aku tekankan perkataan besar kerana African Cup of Nations adalah waktunya dimana negara-negara Afrika mengetepikan perbezaan pendapat dan memadamkan api perang untuk kejohanan bolasepak tertinggi di benua tersebut. Besar kerana African Cup of Nations 2010 kali ini membawa kemajuan dan pembangunan untuk negara bergolak Angola selaku tuan rumah. Besar kerana inilah pentas di mana Didier Drogba pernah mengambil peluang bersama rakan sepasukan Negara Pantai Gading yang lain untuk menghentikan perang saudara di negara mereka.

Atas sebab itu, biarpun ia berlangsung pada bulan Januari adalah penting untuk menghormati pemergian pemain-pemain Afrika ini ke tempat asal mereka.

Oleh itu The Blues bakal mengharungi saingan bulan Januari bertemu Hull City, Sunderland, Birmingham City dan Burnley. Juga saingan Piala FA menentang Watford. Boleh dikira agak bernasib baik.

Yang kurangnya ialah Manchester United tidak mengguna pakai mamat Afrika dalam skuad mereka.

Cerita Duit

Dari Stamford Bridge diumumkan laporan kewangan terkini Chelsea FC plc.

Berita baik, semua hutang telah ditukarkan kepada pegangan dan The Blues kini adalah langsai hutang.

Dalam erti kata lainnya Roman Abramovich kini mempunyai pegangan saham terbesar dalam Chelsea dan ini mengikat beliau untuk satu jangka masa yang lama, mungkin sehingga deposit minyak Rusia kehabisan.

Perbelanjaan berhemah juga berhasil mengurangkan aliran tunai dari £107.4 juta kepada £16.9 juta. Kerugian untuk tahun kewangan juga dikurangkan dari £65.7 juta kepada £44.4 juta.

Dengan siapnya projek pusat latihan di Cobham dan tanpa sebarang projek berskala besar tahun depan, kedudukan kewangan Chelsea dijangka akan bertambah baik.

Harimau Malaya

Malaysia menang lawan Syria 4-1, yang merupakan pasukan ranking ke-91 dunia. Wahlauweh!

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru buat rakan penulis Sokernet dan para pembaca Sokernet. Kalau ada yang terkasar bahasa, yang mengguris perasaan dan menyinggung hati yang memang selalu disengajakan, harap dimaafkan.

Perancangan 2010, kalau aku ada masa aku akan tulis lebih lagi mengenai bolasepak bukan EPL. Mungkin dari Scotland, Iran mahu pun Israel.

Kalau aku ada masa.
31

PAOLO MALDINI - LEGEND YANG DIPERLEKEHKAN

Nazri Selasa, Disember 29, 2009 ,
Sebenarnya isu ni sudah lama, tapi memandangkan waktu itu laman web serba berfakta tepat dan penuh pengisian ilmiah dan perlu dipandang serius sebagai sumber fakta bolasepak dunia ini belum diwujudkan, maka saya coretkan sedikit sekarang.

Saya fikir sesiapa yang follow Serie A sudah tentu sedia maklum cerita ini.

Tentang salah seorang legend bolasepak dunia, Paolo Maldini.

Isunya ketika sambutan persaraan beliau, terdapat sekelompok Ultras yang bersikap (bagi saya) tidak sporting dengan meletak banner Baresi (Franco Baresi) sebagai satu simbol - there is only one Captain serta beberapa ayat yang mengguris hati.



Saya adalah peminat Juventus, bukan AC Milan, namun isu ini sedikit sebanyak merasakan bolasepak semakin lama semakin hilang 'sporting'nya.

Come on, Maldini tetap salah seorang legend terhebat Milan dan sungguh tidak layak diperlakukan sedemikian rupa.

Maka dengan ini saya mencarut di sini - Fak you Ultras.


29

Arsenal 3 - 0 Aston Villa

Pipiyapong Abdillah Hamzah Isnin, Disember 28, 2009
Ini hero betul betul punya. Masuk padang. Score gol 2 biji. Keluar padang, balik rumah makan mee goreng. Pele pun tak pernah buat. 27 minit je beb.


Dalam Sokernet, ada satu benda yang selalu jadi isu. Kalau menang, pengulasnya bukan main lagi eksyen. Kalau kalah, senyap duduk bucu bucu.

Minggu ni Arsenal macam biasa dia punya steady. Gua ingat nak diam je laa macam budak-budak Liverpool. Keh keh keh. Aik Chelsea pun diam?
51

Menjelang Krismas, Chelsea Terus Menerkam Kejuaraan Liga Ibarat Rama-Rama

LuciusMaximus Khamis, Disember 24, 2009

Mana tidak, dengan satu kekalahan dan beberapa keputusan Seri Muka, Chelsea masih di atas mendahului pasukan yang ketandusan pemain berkaliber yang mampu ‘meningkatkan suhu permainan’ iaitu Manchester United.

Malahan anak buah K Arsene Gobal yang menang tak ingat beberapa menjak kebelakangan ini pun masih ketinggalan 6 mata di belakang. Sementara itu Aston Villa, Cap Ayam Hotspur dan Manchester City pula kelihatan hanya mampu menerkam kejuaraan liga ibarat ulat beluncas.

Liverpool? Abaikan.

Saban tahun menjelang Krismas memang musim yang agak sibuk dalam kancah EPL. Mana dengan nak hias pokok Krismas lagi, nak penuhkan stok jus anggur lagi, nak bakar lemang lagi dengan nak berebut alat kawalan jauh TV sebab ayah nak tengok bola tapi anak pula nak tengok Barney and Friends Christmas Special.

Dari Boxing Day hingga ke 30 Disember nanti jadual sangatlah padat dan jika menurut teori dari peminat Red Devils macam Jorji dan Nazri, siapa yang kekal di atas selepas Krismas nanti maka merekalah yang berkemungkinan besar bergelar juara EPL nanti.

Cuma sekarang ni peminat Red Devils agak senyap sikit dengan teori ini sebab harapan mereka mendahului liga agak gelap, sama gelap macam budak lelaki bawah umur yang hajatkan hadiah langganan Playboy seumur hidup dari Santa Claus.

Oleh itu, para peminat The Blues bolehlah menyambut Krismas ini dengan penuh kesederhanaan tanpa perlu rasa bongkak kerana bab mendahului liga ini sudah macam kebiasaan buat Chelsea, bukan macam Arsenal.

Diramalkan Chelsea bakal menang 3-0 ke atas Birmingham City dan 2-0 ke atas Fulham.

Akhir kata, selamat menghias pokok Krismas!
19

Manchester United Christmas wish list.

Jorji
Malam tadi aku menonton semula perlawanan antara Fulham dan Manchester United. Bukan harap Manchester United menang pulak bila tengok perlawanan ulangan, saja je sebab hari tu tak berapa nak fokus.

Aku tengok semula selepas aku bersms 3 serangkai bersama seorang pundit Tg. Malim dan Shebby tentang isu permainan Manchester United sekarang ini. Pundit Tg. Malim bersetuju dengan pandangan punditan Shebby bahawa Pak Alex sepatutnya meletakkan F. Da Silva bermain bek kanan menggantikan Fletcher. Sepatutnya Fletcher tak perlu jadi bek, dia main aje midfield sebab F. Da Silva ada dalam senarai pemain simpanan. Kenapa letak pemain midfield jadi bek dan pemain bek dibangku simpanan?

Buat pertama kali aku agak bersetuju dengan Shebby sebab selalunya bila Shebby bercakap kat TV, aku 'mute' kan aje suara.

Aku rasa game tu, Obertan patut masuk untuk jadi wing kiri. Sebab, sampai habis game Rooney duduk luar kotak belah kiri. Kalau Obertan ada dah tentu Rooney boleh berada dalam kotak penalti. Dengan Fletcher dan Obertan, kemungkinan berlakunya hantaran-hantaran ke dalam kotak penalti akan berlaku dan percubaan ke arah gol juga akan banyak. PENETRATIONS!

Bahagian pertahanan memang masalah bila semua hero-hero back four yang hebat telah tiada dan cedera. Brucey, Pallister, Jaap Stam, Vidic, Ferdinand, Heinze, Irwin dan Peter Schmeichel sebagai penjaga gawang. Beckham dengan cross yang tepat. Tengah Roy Keane akan memaki siapa main yang lembab atau buat silap dan C.Ronaldo akan melemahkan semangat pertahanan dan keeper lawan dengan larian, skills, rambut, tendangan percuma ala roket dan trademark silang kaki. Jika disenaraikan Eric Cantona...

Stam. Masih digeruni walau dari jarak 100 meter - The Telegraph.co.uk

Manchester United sekarang ketandusan pemain berkaliber yang mampu 'meningkatkan suhu permainan'. Jika dulu, dalam Big 4, Manchester United nampak paling terhebat dan luarbiasa. Untouchable. Sekarang tidak lagi. Nampak 'ordinary among the Big 4'. Chelsea, Arsenal dan Liverpool tetap maintain sebagai sebuah pasukan 'ordinary' dalam Big 4.

Manchester United perlukan seorang superstar. Seorang kaki maki. Seorang keeper yang, kalau menjerit memaki defendernya, penyerang lawan pun takut mendengarnya. Seorang striker yang berada dalam posisi striker. Seorang defender.. defender ok, cuma perlu sehat aje. Kalau cedera, inilah jadinya. Seorang C.Ronaldo. Seorang Cantona yang angkuh. Manchester United perlukan semangat krismas.

Walaubagaimanapun, Manchester United adalah dan tetap juara England.
42

Ulasan Juara

Pipiyapong Abdillah Hamzah Selasa, Disember 22, 2009
K. Arsene Gobal

Perlawanan minggu lalu bukan gua tak nak review. Tapi gua haram tak ada selera. Liga macam dah tak ada saingan. Tak ada fight. Boring nak ulas. Nak kutuk pun tak ada mood. Cabaran nampaknya makin kurang. Emmm...pening juga kepala gua kalau macam ni selalu.

Chelsea barai. Lawan West Ham pun berterabur. Nasib baik dapat seri. Liverpool tak payah cakap. Semua terkencing lawan pasukan paling bawah liga. Makin lama Rafa nampak macam makin terencat. Ada potensi kekal nombor 8 sampai habis liga. Manchester United lagi haru. Kena tibai 3-0 dengan budak-budak Roy. Kalau arwah Dodi hidup lagi, mesti dia dah pergi makan besar open table kari kepala ikan kat London sama Puteri Diana. Balik rumah bawa kereta laju-laju.

Yang gua nampak kasi saingan sikit pun, Aston Villa. Tapi tak ada pula pengulas Aston Villa dalam Sokernet ni. Sayang betul. Melepas peluang gua nak kasi perang psikologi ala Mike Brown minggu ni.

Spurs? Hak tuih..!! Kuat mempermainkan perasaan penyokong. Manchester City? Gua ingat Mancini tengah sibuk lagi belek fail peribadi pemain kat opis dia. Balik rumah pula kelam kabut cari plumber suruh repair tangki air bocor kat rumah baru. Itu belum masuk nak cari sekolah baru lagi untuk anak dia. Banyak lagi hal tak settle. Bini tak habis-habis merengek kompelin jiran sebelah tak peramah la, ampai kain belakang rumah ada pacat la, tidur malam kena tindih la...

Jadi kepada fan Arsenal semua, kita nampaknya semakin hampir ke sasaran. 2 kali menang dan satu kali seri dalam tempoh 7 hari ni memang meriangkan. Kalau jalan selisih dengan budak budak team lain, jangan lupa buat muka berlagak. Kalau boleh, kasi ayat makan dalam sebaris dua. Sambil cakap, pandang langit tangan mengepak. Orait. Selamat Hari Krismas. Jangan lupa gantung stoking bola malam raya nanti.
19

BFM - THE BUSINESS STATION

Nazri
Stesen radio kegemaran saya ketika berada di dalam kereta adalah BFM 89.9.

Stesen radio bisnes. Pada siang hari sarat dengan rancangan temuramah tokoh-tokoh dalam dunia perniagaan. Usahawan, korporat selain kadang-kadang dia jemput juga penulis, aktivis alam sekitar dan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang.

Temuramahnya menarik. Soalan DJ bagus dan jawapannya pun selalunya 'inspiring'. Jarang dengar soalan "apa ciri-ciri wanita idaman awak, ________ (isikan nama penyanyi pop Malaysia)" dan penyanyi pop akan jawab "yang pandai memasak, tahu menghormati ibubapa dan pengetahuan agama yang tinggi."

Lagi cool, seleksi lagu-lagu BFM selalunya dari jenis classic rock. Tak ada Britney Spears, tak ada Ashlee Simpson, tak ada Simple Plan dan muzik yang selalu Hitz FM dok main. (ok, saya cerita tentang selera saya yang tua, maka kalau ada sesiapa peminat Hitz FM, jangan mare ye, cak!)

Dia pasang lagu kugiran Cheap Tricks - I want you to want me, beberapa lagu The Cure, beberapa lagu PEARL JAM (ingat - dia tak putarkan Last Kiss, malah dia pernah putarkan lagu dari album No Code), Led Zeppelin, Beatles (Lucy in the Sky With Diamons pun pernah ke udara - wohoo), Jimmy Hendrix (antaranya all along the watchtower), Bob Dylan pun banyak juga lagu yang diputarkan dan ramai lagi.

Dan lagu-lagu di atas diputarkan secara kerap.

Kemudian ada bijak pandai akan tempik kat bawah - woi! apa kaitan dengan bola?

Ha, ni nak kasi tau.

Jika anda berada di dalam kereta, atau di pejabat, tatkala Astro diluar jangkauan;

Tune in to BFM 89.9 atau kalau melalui website, klik ikon belah kiri atas.

Diorang ambil siaran dari Barclays Premieship Radio. Jadi setiap Sabtu dan Ahad ada 'LIVE', sama seperti siaran LIVE Asstro. Jumaat siap ada rancangan borak-borak siapa menang siapa kalah untuk game hujung minggu.

Cuma ye la, bezanya tak ada visual la, kena guna imaginasi mendengar ulasan pengulas radio. Siap ada update gol dari venue lain.

Better than nothing.

Tapi dari satu segi, old-skool juga, teringat zaman saya duduk di tepi radio rumah opah mendengar ulasan dari stadium ke stadium zaman Semi-Pro.

BFM 89.9 - pilihan untuk mereka yang gagal dalam capaian Astro ketika itu.

Capaian: BPL on BFM

61

Hasbullah Awang, Malaysia Dan Lain-Lain Hal

LuciusMaximus Isnin, Disember 21, 2009
Seperti yang tidak dijangka, Malaysia merangkul pingat emas Sukan Sea 2009.

Kali terakhir Malaysia menang pingat emas Sukan Sea ialah 20 tahun lalu. Masa tu aku baru Darjah 4, belum sunat dan belum ada makwe. Tapi masa tu Zaquan Adha pun baru 2 tahun. Kalau setakat main bola petang-petang kat padang, memang aku tapau sebelah kaki je.

Nonton bolasepak Malaysia memang tidak sah kalau tidak diulas Tuan Haji Hasbullah Awang. Teknik ulasan yang kadangkala puitis, bersahaja walaupun tersilap sebut dan penggunaan istilah-istilah bolasepak yang mustahil ditemui dalam ulasan EPL di ESPN menjadikan ulasan bolasepak Malaysia sangat unik. Sama uniknya dengan corak permainan Malaysia yang sangat luar biasa.

Dikesempatan menonton perlawanan akhir tempoh hari, aku sempat mengambil beberapa ungkapan bolasepak dari ulasan bolasepak Tuan Haji Hasbullah Awang.

Antaranya:

Hantaran Panjang
Hantaran jauh yang dibuat oleh para pemain Malaysia mirip seperti long ball dalam corak permainan bolasepak Inggeris dulu kala. Bezanya hantaran panjang dalam bolasepak Malaysia jarang sampai tepat ke pemain yang diberi hantaran.

Hantaran Cantik
Hantaran yang sampai tepat ke pemain yang diberi hantaran atau dalam orang putihnya, complete pass. Lazimnya berlaku secara sengaja tetapi kerap juga berlaku secara tidak sengaja dalam bolasepak Malaysia.

Mengatur Gerak
Sama seperti build up play secara prinsipnya. Tetapi tidak seperti build up play yang lazimnya berakhir dengan gol cantik macam orang putih buat, mengatur gerak dalam konteks Malaysia selalunya berakhir dengan tendangan ke laut.

Hantaran Lintang
Lebih kurang crossing atau horizontal pass. Selalunya dilakukan bila penghantar berada dalam keadaan tertekan lalu dengan pantas membuat hantaran lintang biarpun tiada rakan sepasukan di tepian padang sebelah sana.

Tak Berjaya Dikesan
Istilah ini bukan membawa maksud pemain Malaysia yang berjaya menyelinap benteng pertahanan lawan tanpa dikesan. Tapi selalunya digunakan oleh Tuan Haji bila ada hantaran bola oleh seorang pemain Malaysia yang tidak disambut oleh 10 pemain Malaysia atas padang yang lain, kerana baki semua 10 pemain itu gagal mengesan bola tersebut.

Oh Tidak
Sama seperti oh no. Kerap digunakan merujuk kepada kesilapan taktikal tahap Gaban.

Separuh Separuh Masa Pertama
Disebut oleh Tuan Haji buat julung kalinya pada minit ke-22 dan 30 saat, merujuk kepada separuh dari separuh masa pertama yang sudah berlalu dalam perlawanan, atau erti kata lainnya suku pertama perlawanan. Tuan Haji mungkin pengulas bolasepak pertama yang membahagikan permainan bolasepak kepada 4 suku masa, macam bolasepak Amerika.

Tenang Mempertahankan Kubu
Ungkapan rare yang digunakan untuk menggambarkan situasi rare dalam bolasepak Malaysia iaitu ketenangan barisan pertahanan mempertahankan kubu.

Mengiringi Bola
Lebih kurang macam mengiringi pengantin atau budak nak berkhatan kena julang. Disebut oleh Tuan Haji bila ada lorongan atau through pass yang laju kepada pemain Malaysia yang kurang laju. Maka pemain tersebut akan mengiringi bola hingga ia keluar dari padang permainan, atau kata orang Perak, tak terkejor kome!

Memulakan Dengan Serangan
Pembuka bicara Tuan Haji ketika bermulanya separuh masa kedua. Penggunaan ungkapan ini oleh Tuan Haji bermakna ada juga agaknya pasukan yang memulakan dengan bertahan. Ini membuatkan pihak penyelidik bolasepak di Sokernet tertanya-tanya pasukan bolasepak lain manakah dalam galaksi Bima Sakti ini yang memulakan perlawanan dengan bertahan.

Tendangan Melengkung
Swerve kick kata orang putih. Sekali-sekala dilakukan dengan jayanya oleh pemain Malaysia yang menjadikan David Bekcham sebagai idola mereka, macam Zaquan Adha barangkali.

Tak Terkejar
Istilah yang digunakan bila ada pemain Malaysia yang membuat hantaran dengan kelajuan tinggi kerana menyangka rakan sepasukan yang diberi hantaran boleh berlari sepantas David Odonkor.

Itu beberapa ungkapan yang sempat aku catit. Selebihnya tidak kedengaran oleh kerana tempik sorak rakyat Malaysia yang menonton bersama dengan aku. Beberapa ungkapan yang digunakan Tuan Haji ketika perlawanan separuh akhir menentang Laos tidak pula disebut, antaranya ‘serangan berantai’, ‘sepakan membias’ dan ‘pertahanan berlapik’.

Tapi tetap yang paling best ialah bila Tuan Haji memaklumkan PSV Eindhoven adalah kelab dari Belgium dengan tenang dan tanpa rasa bersalah ketika Piala Asia 2007 dulu.

Memang klasik.

Apa pun tahniah buat pasukan bolasepak Malaysia. Harapan biarlah kejayaan ini menjadi titik tolak untuk revolusi dan pembangunan bolasepak Malaysia. Juga diharap Sultan Bola tidaklah besar kepala dan perasan bagus dengan kejayaan ini.

Lain-lain Hal

Manchester United meneruskan kesinambungan untuk kalah dua musim berturut-turut di Craven Cottage. Desas-desus oleh Nazri dan Jorji yang mengatakan kekalahan ini adalah hadiah Krismas, hadiah Maal Hijrah atau hadiah sebab Malaysia menang pingat emas bolasepak Sukan SEA adalah bohong semata-mata. Dah kalah tu terima je la. Glory Glory Naik Lori.

Arsenal pula mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Hull City. Keeper Vietnam, Pipiyapong dijangka akan kembali menulis dengan aktif di Sokernet hasil kemenangan tersebut dan oleh kerana tugasan Sukan SEA beliau telah tamat.

Sementara itu Liverpool terus mencatat rekod baru untuk sejarah kelab mereka. Kali ini tewas kepada pasukan tercorot Portsmouth yang dibimbing oleh Avram Grant (bekas Chelsea). Dengan kekalahan ini Liverpool meninggalkan kumpulan Big 7 dan kini secara rasmi menyertai Big 8.

Chelsea pula bertandang ke West Ham United untuk sesi jejak kasih bersama Gianfranco Zola (bekas Chelsea dan juga bekas Parma ketika dibawah bimbingan Carlo Ancelotti). Frank Lampard berjaya menyumbatkan 3 gol penalti tetapi atas semangat setiakawan menjelang hari Krismas, The Blues cuma mengiktiraf satu gol agar dapat berkongsi mata dengan West Ham United. Yang ini bukan bohong.

Bersalaman gembira setelah dapat berkongsi mata

21

SEKITAR BOLA SELAIN EPL

Sorry J or ji, walaupun kau baru post, aku nak post juga.

LA LIGA

Real Madrid terus cucuk angin bila membenam Zaragoza 6-0. Pemain kesayangan Pipiyapong (kali ini gua memang tak buat lawak, gua dah rakam pengakuan dia dalam bentuk audio), Cristiano Ronaldo turut menyumbangkan gol.

Sevilla nampaknya sudah menunjukkan hasrat untuk membiarkan La Liga menjadi perlumbaan dua kuda (two horse race) bila pasrah di tangan Getafe.

Game Valencia melawan Deportivo masih belum berjalan.

Siapa fan Valencia angkat tangan? Gua nak buat unofficial fan club. Ke dah ada tapi gua tak tau?

Barcelona masih berparti. Ya a awww.

SERIE A

Ketika artikel ini ditulis, Inter sedang mendahului Lazio 1-0 dan Maurinho mungkin sekali tersengih puas kerana;

Juventus memang sekarang down gila. 45 tahun adalah jarak betapa lamanya kelab bernama Catania untuk menang di DELLE ALPI. Ya, menang di gelanggang The Old Lady. Bengap nak mampus. Sama bengap dengan Manchester United tatkala kalah dengan Burnley tempoh hari.

Game yang ditunggu-tunggu antara Fiorentina melawan AC Milan berkesudahan - kuasa alam menang. Pegawai perlawanan berpendapat ais dan salji di atas padang tidak sesuai untuk bersama-sama bermain dengan pemain-pemain bola.

Satu lagi game besar antara AS Roma dan Parma. Berkesudahan Roma menang. Peluang Roma sama cerah seperti Arsenal untuk mendapat tempat keempat bersaing dengan Parma di tempat kelima. Sekali lagi - ya a awww.

Sampdoria, yang suatu ketika berada dalam posisi naib juara terus malang bila kalah lagi. Kali ini kepada Livorno.

Dengan kebengapan Juventus, Serie A juga nampak seperti akan berlaku perlumbaan dua kuda (two horse race) selepas Inter meraikan kejayaan sebagai winter champions. Kini tinggal Ac Mizal untuk memastikan Jose Maurinho n the gang tidak membuka botol arak lebih awal.

BUNDESLIGA

Liga yang paling menarik. Ya a awww untuk liga ini.

Berikut adalah pasukan yang sudah mengemukakan hasrat secara zahir untuk tidak menjuarai liga tahun ini;

Werder Bremen - kalah dengan kelab nama burger.

Juara bertahan - VFL Wolfsburg - seri dengan Frankfurt.

Pendahulu liga, Bayer Leverkusen pada awalnya seperti segan untuk berada di puncak bila membiarkan Borussia Mengelabah untuk mendahului perlawanan. Namun setelah memikirkan menjuarai liga itu sangatlah best, mereka bangkit untuk menang 3-2 seterusnya kekal menuju puncak.

Schalke 04 terus cucuk angin dengan menghancurkan peluang Mainz.

Bayern Munchen kekal di tempat ketiga dengan menang besar ke atas kelab terbawah Hertha Berlin. Bayern, sebagai kelab yang kaya dengan sejarah kejayaan domestik, seperti Liverpool akan terus berusaha untuk memastikan kelab lain tidak mencantas kekayaan sejarah mereka. Ya a aww untuk Bayern Munich.

Borussia dan kelab nama burger juga masing-masing menang untuk kekal menjenguk peluang berada di posisi terbaik liga.

Sekian untuk laporan ringkas perkembangan bola Eropah. Kita kembali ke bilik parti meraikan kekalahan Manchester United.

Ya a aww untuk Manchester United

+++

Oh, Chelsea seri. Padan muka.


14

Musim baru akan bermula untuk Liverpool... pada setiap hujung minggu hadapan.

Jorji
Semua keputusan perlawanan mengikut landasan bookie-bookie EPL yang dah bertahun merancang. Mereka sangat bijak.Percaturan mereka bukan calang-calang. Beratus juta pounds sterling punya strategi.

Liverpool kalah.
Manchester United kalah.
Chelsea seri (itupun Lampard kene 3 kali sepak penalti)

Semua itu untuk menambah perisa EPL supaya lebih terbuka dan mendebarkan.

Arsenal menang?

Persatuan bookie-bookie sedunia yang berpusat di Bukit Bintang tidak pernah memasukkan Arsenal dalam senarai percaturan/pertaruhan mereka kerana mereka dan kaki judi semua sudah yakin, dipenghujung liga nanti Arsenal gerenti tempat ke-4 punya.

"We dun bet with kids" - tambah penjudi tegar, William Hill.

Jadi, jangan seronok dulu Gooners semua.
12

BABAI HUGHES..WELKAM MANCINI

saudagar gaRAM.. Ahad, Disember 20, 2009
Malam tadi ASTERO dah bikin palat sama gua.entah apa mimpi diorang,tak mau tayang live team ayam lawan team bunga..team bunga pon bukan calang calang team wooo..penah jugaklah jadi pemegang liga perdana inggeris jugak dulu beb..

pas menang besar dengan WIGAN ari tu,ntah apa badi tok WIGAN bagi,sampai form team chap ayam sangkut dengan wolves..serigala jerk pon..


nasib baik dapat belasah anak buah MARK HUGHES minggu lepas..tenang sket gua.kalo tak,mau je rasanya gua sepak si huddlestone tu..






so,malam tadi gua terpaksa layan game last MARK HUGHES kat CITY OF MANCHESTER STADIUM..pak arab tuan punya MANCHESTER CITY punyalah tak sabar.baru dua kali kalah dah nak jual si MARK HUGHES..sekali tu memang dah patut pasal lawan team chap ayam..no wonderlah kalah..gila tak sabar..

lu rasa dalam setahun berapa kali dia gaduh dengan bini dia?ntah,malas gua nak jawab..
apa..dia ingat chap ayam biar ke?

tak dapat beb..


memang kebanyakan player yang main lawan team sunderland malam tadi player baru je kecuali IRELAND, KOMPANY, PETROV, RICHARDS..


sampaikan coach pon blom sempat nak sampai setahun,dah nak kena fired..memang pak arab ni kurang sifat sabar..tapi team city main bleh tahan semalam..rancak gua cakap lu..takdelah gua hampir terlelap macam pakcik gua..dia layan MU malam tadi..siap bleh terlelap..


minit ke 4,roque santa cruz sudah bagi sumbat sebijik untuk buat FULOP melopong..nganga jangan tak nganga..move yang cukup sempoi dari tevez dan jugak bellamy..


tak cukup lagi masa tu..ntah apa dengki mamat sunderland kat bellamy,(pasal laju tak terkejar kot)dapat lagi sebijik penalty..

alaaaa...takat penalti,simple je si TEVEZ kasi sumbat..


eeehhhh..melawan plak dia.minit ke 15,MENSAh bagi sebijik kar GIVEN,unmarked beb..selamba je dia heading dengan senang hati..pastu,HENDERSOn plak bagi game all level semula..minit 24..


tak berapa terganggu pon gua tengok bebudak HUGHES..dengan si IRELAND,TEVEZ,BELLAMY,WRIGHT-PHILLIPS,dengan SANTA CRUZ tetap bagi masalah beb..


sekali lagi BELLAMY bagi simple je gol..nampak macam budak 12 tahun pon bleh buat.tapi pastu SUNDERLAND jawab semula..JONES bagi plak satu..


SANTA CRUZ seal the deal dengan sebijik lagi minit 69..







SPURS??


menang lagi.tapi tak bleh nak bangga ar pasal lawan team bunga jerk..lagipon,nak ulas tak dapat..gua tak tengok..rewang umah pak cik gua kawen..




SETAN MERAH??

ntah,gua tak layan sangat..cuma gua tau depa kalah..


MALAYSIA lawan VIETNAM?

oklah..takdelah gua bangga sangat.bukan pasal gua tak patriotik..cuma gua tak yakin, kejayaan ini mampu buat bebudak mintak kat bapak diorang but bola berbanding dari PLAY STATION..
20

Cerita duka bulan Muharam

MDM FARAH FAIZURA
Selamat menyambut tahun baru hijrah 1431. Tahun Hijrah dimulakan dengan bulan Muharam dan kali ini bulan Muharam disambut dengan kemenangan manis Malaysia ke atas Vietnam. Tetapi oleh kerana tajuk entri ini adalah Cerita Duka Bulan Muharam, jadi saya hanya akan menceritakan cerita duka sahaja. Semoga berduka.

Sebab Liverpool kalah.
Sebabnya sama dengan sebab kekalahan pada Arsenal. Bagi yang belum tahu, klik sini. Liverpool vs Arsenal.

Hi, sayalah Piquionne , penjaring gol kedua portsmouth pada minit ke 81. Apa macam?


Saya sungguh gembira malam ini selepas mengalahkan Liverpool. Terima kasih predator.


Sebab moral.

Kata Kenny Daglish, tindakan Rafa yang menyalahkan Gerrad dan memuji Lucas membuatkan semangat pemain down (Misalnya dalam game vs Aston Villa). Sikit lagi nak down sindrom. Ini sangat jelas di padang. Gerrad dan Carra adalah orang tang talkative di padang. Jerit-jerit, marah-marah dan melaungkan kata semangat memang kerja mereka. Tetapi sejak akhir-akhir ini, mereka agak diam. Diam-diam mereka bukannya diam ubi berisi, tetapi diam besi berkarat.


Sebab MU kalah 3-0.

Kurang pasti. Mungkin Alex Fergusen mahu bersaing dengan Liverpool bagi Big 7. Buktinya, mereka kalah lebih besar daripada Liverpool. Nampak sangat nak bersaing. Kalau itu hajat Alex Fergusen, kami ucapan Selamat berjaya!


Manchester City.

Mark Hughes sudah dipecat dan diganti dengan Roberto Mancini. Dengar cerita, dia dipecat kerana Citeh sudah kalah dua kali . Hmm, Tok Arab ini betul-betul tidak sabar orangnya. Liverpool dah kalah ke-7 pun rilek lagi. Yang pasti, Arsene wanger adalah orang yang paling gembira sebab selepas ini, dia tidak perlu bersalaman lagi dengan Mark Hughes.

Mark Hughes pada saat dia masih boleh terbang.


C
erita duka Mai Xuan Hop


Best jugak kalau dapat kalahkan Malaysia ni.


Beliau adalah pemain Vitenam yang own goal semasa final lawan Malaysia pada sukan SEA baru2 ini. Dengar cerita dia sudah menukar profesion.

Apa khabar? Sayalah Mai Xuan Hop. Sekarang saya sudah ada kerja baru. Mahu tahu apa kerja baru saya?














Senang hati. Sambil menyanyikan lagu Bunkface 'Situasi' versi Vietnam





17

SPIRIT OF XMAS BERTERUSAN

Nazri
Sebagai pasukan yang baik hati, pemain-pemain Manchester United berterusan dengan semangat xmas dan holiday seasons. Kali ini pemberian murah hati ini berlangsung dalam dua pakej, satu, gol-gol kepada Fulham dan satu lagi kepada Chelsea untuk menjarakkan saingan kejuaraan.

Arsenal tidak masuk dalam senarai kerana, ummm, February dan March factor.

(Pipiyapong bersedia untuk memecahkan satu lagi gelas atau menumpahkan air kopi ke lantai restoran Ali Maju Ukay Perdana - kunun gengster)


Semoga semangat holiday seasons ini tidak berterusan demi kebaikan umat manusia sejagat.



+++

Dalam berita lain, Liverpool juga kalah.

Sekian sari berita penting.

Kita kembali ke seri pentas.
32

PRA GAME EROPAH MINGGU SERBA SUPER BIAS (PGEMSSB)

Nazri Jumaat, Disember 18, 2009 ,
Liga Inggeris

Beberapa perlawanan pilihan;

Portsmouth v Liverpool
Portsmouth macam sudah ada peningkatan. Liverpool, standard la, being a Liverpool.
Ramalan Super bias: 1-1

Blackburn v Tottenham
Form tak menentu. Tapi Tottenham pun kadang kala bangang juga lawan team yang sepatutnya mereka menang.
Ramalan Super Bias: Tottenham Menang

Arsenal vs Hull City
Lawan mudah untuk Arsenal. Tapi kalau sebaliknya, jangan risau, Arsene Wenger seperti biasa boleh salahkan AJK yang susun jadual perlawanan. Risau juga lelaki Perancis ni takut kalau tempat ketiga terlepas ke tangan Aston Villa.
Ramalan Super Bias: Hull menang. Hakhakhak. Boo!

West Ham vs Chelsea
Petr Cech macam sudah goyah. Kalau spirit of xmas masih diteruskan, peluang West Ham cerah untuk dihadiahkan gol.
Ramalan Super Bias: West Ham Menang.

Tak perlu ramal Manchester United kerana mereka akan menang. (poyo, ya a awww)

LIGA ITALI

Fiorentina vs AC Milan
Ini game penting. Melihat dua pasukan yang berpotensi mengejar Inter. Dua-dua team mengalami masalah kejutan budaya yang kritikal minggu lepas dan kalah mengejut.
Ramalan Super Bias: AC Milan

Juventus vs Catania
Ni sekor lagi team yang dilanda kekalahan bebal minggu lepas. Tak boleh terima langsung kalah dengan Bari. Nama pun tak semenggah. Form keseluruhan tak menentu. Kalau dengan Catania pun kalah, memang Sokernet akan sponsor mafia suruh letak kepala kuda depan stadium.
Ramalan Super Bias: Juventus menang.

Inter vs Lazio
Sepatutnya game ini boleh dianggap clash of the titans juga, kalau 5,6 tahun lepas. Lazio akhir-akhir ini seperti Arsenal, sebuah pasukan yang kuat tapi selalunya tertinggal dalam race kejuaraan. (Pipiyapong sekali lagi memecahkan gelas tanda protes. Orang terencat akal biasalah berkelakuan begitu)
Ramalan Super Bias: Tiada masalah untuk Inter

LIGA SEPANYOL

Real Madrid vs Real Zaragoza
Real Zaragoza ini, bahaya juga sebenarnya. Real Madrid dalam satu laporan berita bertekad nak 'trim' jarak mata. Adakah minggu ini menjadi saksi kata-kata mereka? Boleh blah!
Ramalan Super Bias: Real Zaragoza

Deportivo vs Valencia
Valencia pun prestasinya agak yoyo. Minggu lepas kalah dengan Real Madrid. Mungkin boleh bounce dengan game minggu ini.
Ramalan Super Bias: Valencia

Sevilla vs Getafe
Sevilla adalah pasukan yang punya potensi untuk bersaing dengan Real Madrid untuk merebut tempat kedua dalam la liga. Form yang agak bagus dengan tiga menang dalam lima game.
Ramalan Super Bias: Sevilla menang.

Barcelona tidak bermain minggu ini kerana sibuk mengerjakan kejuaraan dunia.

LIGA JERMAN

Pasal liga ini tak segah EPL, pasal Astro tak mengkomersialkannya, pasal orang Malaysia obses dengan England, maka tidak ramai tahu sebenarnya persaingan Liga Jerman musim ini bapak gila sengit. Lebih sengit dari EPL dimana hanya tinggal Manchester United sahaja yang sedang bergerak untuk menjuarai liga. Beza pendahulu liga dengan pasukan nombor 10, E. Frankfurt cuma 9 mata.

Schalke 04 vs Mainz
Dua kelab yang punya jarak mata kompetitif untuk merebut kejuaraan liga setakat ini. Schalke 04 sekarang sedang cucuk angin Bayer Leverkusen.
Ramalan Super Bias: Schalke 04 menang

Bayer Leverkusen vs Borussia Mengelabah
Pendahulu liga dan satu-satunya kelab liga utama Eropah yang belum kalah. Jadi macam tak ada masalah untuk mereka. Cuma mereka mempunyai masalah mengamalkan cogan kata Manchester City yakni seri itu indah.
Ramalan Super Bias: BL menang.

Hamburg vs Werder Bremen
Satu lagi game menemukan dua calon kuat mengejar Bayer. Form dua-dua ekor pun lebih kurang saja. Jadi susah nak jangka.
Ramalan Super Bias: Seri

Ramalan-ramalan di atas dibikin tanpa kajian dan fakta dan sekadar berseronok membakar hati penyokong lawan.

Kelihatan Pipiyapong memecahkan gelas keduanya malam ini kerana tidak tertahan dan terlalu emosi. Teruk sangat sakitnya dia ni sekarang.







53

MALAYSIA MENANG EMAS DALAM SUKAN BOLA (RARE)

Nazri Khamis, Disember 17, 2009
- Pertama sekali saya nak ucapkan babi kepada restoran mamak Ali Maju Ukay Perdana. Orang ramai nak tengok, dia pasang live bola di sektor paling tersudut dan paling kecil sampai orang kena berdiri dan kongsi meja. Tahu sektor besar restoran, yang menempatkan 3 TV, diorang pasang apa?

Rancangan tarian orang India.

Babi ke apa? Tak patriotik langsung. Mujur Pipiyapong tak ada, kalau tidak standard la, dia buat muka garang menyorot ganas tapi duduk diam kat meja tak kata apa. Paling berani pun dia boleh buat tumpahkan air kat lantai. Takut orang tak kata gengster, dikatanya terencat akal.

Tentang game;

- Sejak 1989, Rasanya ini antara game terbaik yang dimain oleh pemain Malaysia.

- Juga, sejak 1989, antara taktik serangan terbaik yang dipersembahkan oleh pemain Malaysia, setuju? (Come on, rasanya ada empat lima miss opportunity stail EPL, kira orait la tu dari trademark Malaysia sebelum ini).

- Juga, selari dengan corak serangan yang menarik, ada beberapa throughpass kreatif dari Malaysia. Tak ada la sampai tahap Eropah la kan, tapi orait la untuk standard Malaysia.

- Juga Malaysia sudah ada jarang trademark pass tepi tapi tak ada siapa yang sambut bola.

- Saya rasa Vietnam ada masalah dengan fitness. Berbanding Malaysia yang nampak tegap. Banyak kali juga bila kamera fokus pemain Vietnam yang jatuh, muka macam penat dan frust.

- Dari kata pengulas, possesion Vietnam pegang, tapi Vietnam tidak banyak mengancam. Kecuali mungkin satu peluang gila best pada minit-minit terakhir selain beberapa peluang kelam-kabut yang cepat-cepat ditendang keluar oleh Malaysia.

- Dalam game, bila midfield sudah berjaya pegang situasi, team lawan memang hilang arah. Saya percaya game final itu midfield Malaysia sudah pegang tengah sampai Vietnam tiada masa nak berkreatif.

- Game malam itu pemain Malaysia semangatnya macam lain. Bila jatuh cepat-cepat bangun dan siap dapat rampas bola balik.

- Mamak tayang live dari tv3. Gua nak dengar Hasbullah Awang! Bebal punya mamak.

- Ada Melayu tengok bola, Cina workshop berdekatan tengok bola, pakcik India tengok bola, masing-masing bersorak dan tepuk tangan time Malaysia gol. 1Malaysia.

- Ah, bila pikir balik FAM yang bakal mendabik dada kata kejayaan ini hasil kepala otak diorang, otak jadi lesu.

- Tahniah Malaysia, untuk sementara waktu.
41

Rebiu: Vietnam Lawan Malaysia


Vietnam sedang mencari untuk bergabung dengan rumah-kekuatan serantau Thailand sebagai satu-satunya bangsa untuk memenangi kedua utama bola sepak Asia Tenggara judul ketika mereka menghadapi Malaysia di final SEA Games ke-25 di Laos hari ini, tarikh 16 Disember.

Vietnam memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEAN penuh pasukan kebangsaan tahun lalu dengan menang 3-2 atas Thailand dalam final berkaki dua selain memasuki akhir tahun 1998.

Tapi mereka tidak pernah memenangi kompetisi SEA Games - yang adalah untuk U-23 pasukan sejak 2001 - meski memasuki final empat kali (1995, 1999, 2003 dan 2005). Mereka kalah dari Thailand pada setiap kesempatan.

Mereka mungkin mempunyai peluang terbaik mereka tahun ini sejak nemesis Thailand dihantar pengepakan keluar daripada perlawanan oleh Malaysia.

Dalam perlawanan terakhir kumpulan A, Malaysia datang entah dari mana untuk menewaskan Thailand 2-1 untuk lolos ke semifinal di mana mereka mengalahkan Laos, yang itu sendiri membuat sejarah dengan gadis mereka masuk ke dalam empat terkini.

Vietnam mengalahkan Malaysia 3-1 di babak kumpulan namun janji akhir untuk menjadi urusan ketat sekarang bahawa kedua pasukan saling mengenal dengan baik.

Sisi kualitas

Vietnam memiliki kualitas baik dalam pertahanan dan menyerang, menjaringkan 18 gol dalam lima perlawanan dan mengiktiraf hanya dua.

Sebanyak lapan pemain yang mencetak gol, termasuk pembela, dengan pemain tengah Mai Tien Thanh topping dengan lima.

Lapangan tengah yang dipimpin oleh nakhoda mahir Pham Thanh Luong telah menyediakan perkhidmatan yang solid untuk para penyerang sementara Mai Xuan Hop, Nguyen Thanh Long Giang dan kipper cemerlang Bui Tan Truong telah benteng di belakang.

Namun, pelatih Calisto Henry memberikan apa-apa jauh sebelum perlawanan: "Mengalahkan mereka adalah tugas yang sangat sulit tetapi mengalahkan mereka lagi bahkan lebih sukar."

Malaysia akan ditentukan untuk tidak membiarkan kesempatan terbaik mereka untuk memenangi pertandingan dua tahunan dalam dua dekad slip.

Terakhir kali mereka mengangkat trofi itu pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.

Malaysia mempunyai beberapa pemain bagus seperti penyerang Norsharul Idlan Talaha, Ahmad Fakri Saarani dan Abdul Manaf Mamat, yang semuanya telah menembak di pertandingan ini.

Popular striker Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, yang harus pulang Sabtu lalu dengan jangkitan mata, sudah kembali dan akan mula final.

Jurulatih K. Rajagopal mengatakan itu baik untuk memiliki Zaquan kembali dan berharap bahawa bab terbaru dalam kebangkitan bola sepak Malaysia tidak akan berubah menjadi fajar palsu lain.

Tetapi jelas Vietnam akan memiliki keuntungan besar berbanding Malaysia dalam hal penyokong, yang akan hampir menjadi pemain ke-12 untuk mereka.

Hanya beberapa jam perjalanan dari Vietnam ke Vientiane ibu kota Laos dan negara yang paling bersemangat menawarkan penggemar sepak bola di daerah.

Stadium Utama di Kompleks Sukan Nasional akan menjadi lautan merah hari perlawanan datang dan penggemar Vietnam yang boleh diharapkan untuk membawa bumbung ke bawah dengan din mereka.

Pingat emas sepak bola, meskipun hanya satu pingat emas dalam pengiraan, adalah arguably yang paling didambakan tentang permainan ini.

Pingat akan menemukan rumah baru setelah yang tersisa di Bangkok selama 16 tahun terakhir.

Kicks off final pada jam 5 hari ini akan disiarkan dalam banyak saluran VTV1, VTV2 dan VTC3.

Dicedok dan diterjemah terus dari Utusan Vietnam


Me love you long time

112

Gulung Tikar: Laos Ikut Jejak Liverpool

Pipiyapong Abdillah Hamzah Selasa, Disember 15, 2009
Laos 1-3 Malaysia

Malaysia akhirnya berjaya melangkah kaki ke peringkat akhir acara bola sepak Sukan SEA setelah menumpaskan pasukan negara tuan rumah, Laos malam tadi dengan jaringan 3 berbalas 1. Ini bermakna pingat perak sudah dalam genggaman dan hanya menunggu masa untuk menukarkannya dengan kilauan emas. Itu pun kalau final nanti main tak sepak bola ke atas.

Pada perlawanan tadi, skuad negara mendahului perlawanan pada minit ke-13 separuh masa pertama hasil jaringan Baddrol Bakhtiar yang bermain di posisi sayap kiri. Pemain skuad Kedah itu berjaya menghasilkan gol selepas menerima umpanan dari Manaf di kanan tiang gol dan bijak membuat sepakan Milo seterusnya memperdayakan penjaga gol Laos. Selepas gol pembukaan itu pasukan Malaysia mendominasi permainan sehingga tamat separuh masa pertama. Rentak perlawanan juga diperlahankan ala Brazil.

Minit ke-72 separuh masa kedua, Sharbini Alwee iaitu penjaga gol negara terlupa teknik menjaga gol seterusnya memberikan gol penyamaan kepada pasukan tuan rumah. Gol jaringan Kanlaya Sysomvang itu sekelip mata membuatkan senyuman penonton di rumah menjadi carutan. Selepas gol penyamaan itu, Malaysia mula jadi berterabur macam Liverpool kelmarin.

Tetapi tidak lama selepas itu, akhirnya Malaysia mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah Arsenal. Baddrol Bakhtiar sekali lagi meletakkan Malaysia di hadapan dengan satu sapuan yang cantik menghukum penjaga gol Laos yang lemas kerana cuba menyelamatkan percubaan ala crossing Kunanlan pada minit ke 79. K. Rajagopal lega di bangku simpanan. Begitu juga dengan anda di rumah.

Ketika perlawanan berbaki kira-kira 6 minit, Pemain KL Plus, Safiq Rahim menambah derita pasukan tuan rumah seterusnya meranapkan impian Laos memburu tempat ke perlawanan akhir selepas menolak masuk hantaran ala Winning Eleven oleh Norshahrul Idlan dari kiri tiang gol. Jadi Malaysia sekali lagi akan bertemu Vietnam di perlawanan akhir untuk penentuan pingat emas pada hari khamis.

Adakah Malaysia mampu merangkul pingat emas edisi Sukan SEA kali ini sesudah 20 tahun kemarau dan main macam monyet? Mungkin hanya Subadron Aziz yang mampu menjawab.

"Dulu setiap kali Abang Bad score gol, dia akan pandang saya dan saya akan sengih sampai lenguh..."

12

Manchester United 0-1 Aston Villa : 1ulasan.

Jorji Isnin, Disember 14, 2009
Setelah 14 tahun akhirnya Villa menang di Old Trafford.
Villa memang layak menang malam itu. Mereka solid sebagai satu pasukan. Mereka bermain simple dan tidak panik. Malah, 20 minit terakhir mereka membawa masuk sekali bas yang mereka gunakan untuk ke Old Traffod untuk parking di pertahanan mereka. Strategi yang kerap digunapakai Chelsea ini tidak salah dalam bolasepak. Strategi Keji namanya.

Manchester United yang bermasalah dengan pertahanan, kerana kecederaan, memasukkan semula Brown dan Vidic dibantu Fletcher dibelah kiri dan Evra dikanan. Tengah Anderson bersama Carrick dan Ji Sung serta Valencia di kiri-kanan. Giggs membantu Rooney yang bermain secara topman.

Keseluruhannya, Manchetser United bermains secara KOMPLIKATED. Terlalu banyak memusing bola, passing dan backpass. Mereka semacam tidak nampak lobang. Tidak ghairah untuk mencuba. Giggsy 100% diluar form. Bila mana fungsi enjin dibahagian tengah tidak membantu atau melakukan hantaran kepada striker, macamana gol mahu dihasilkan? Terbukti apabila diseparuh masa kedua, Pak Alex memasukkan Owen dan Berba untuk membantu Rooney, masih tidak mencabar American keeper Friedel. Owen tak hidup. Berba hidup tak mahu, mati pulak susah. Balik- balik Rooney jugak yang nak buat semua.

Valencia? Aku kira dekat 5 peluang emas mamat ni untuk melakukan percubaan didalam kotak, tetapi jelas, beliau tiada nafsu pembunuh yang tajam seperti Van Nilstroy.

Gaya permainan Villa sangat mudah, Menyerang untuk menghasilkan gol melalui percubaan -percubaan. Mereka tidak banyak membuat passing yang komplikated. Mereka tidak melakukan passing kepada semua pemain dalam proses melakukan serangan. Manchester United, dalam satu-satu serangan, tidak kurang dari 10 kali membuat passing sesama sendiri, menukar side dan juga back pass. Mungkin kerana tidak jumpa lorong yang sesuai kepada Rooney atau juga tidak kreatif atau mungkin bas Aston Villa dah menutup keseluruhan angle gol.
Sesekali Berba mencuba, Friedel yang terkenal hebat menolak keluar.

Gol Villa dihasilkan bila Agbonlahor dengan mudah menguasai bola ditengah, belum sempat Wes Brown nak rapat, dia dah pass kepada pemain sayap kiri, Ashley Young yang dengan mudah melepaskan diri dari Fletcher. Young menghantar bola ketengah semula kepada Agbonlahor yang langsung tidak dijaga dan dicabar oleh Wes Brown. Thomas Kutszek nampak macam tak faham bila masa perlu keluar atau bila masa perlu tunggu. Akibatnya Agbonlahor memotong langkah Thomas untuk menanduk mudah gol berharga Villa.

Sampai minit ke 93 aku terus-terusan mencarut di mamaks Kayu melihat aksi United.

Manchester United perlu seorang striker yang ada bentuk fizikal bagus seperti Agbonlahor untuk berganding bersama Rooney yang mantap sebagai 'ball winner'. Owen dan Rooney, dua-dua tak cukup tinggi dan berbadan kecil.

Memang semua pasukan masih berpeluang untuk menjadi juara EPL musim ini....kecuali Liverpool - tolong jangan perasan, sementara liga musim ini sangat terbuka dimana semua pasukan boleh kalah dan menang tidak kira siapa lawan mereka. Tapi aku yakin, menjelang Januari dan February, Manchester United akan mengambil alih tangga pertama, diikuti rapat Arsenal dan juga Aston Villa serta ......
32

MAJLIS PEMBERIAN HADIAH KRISMAS BERLANGSUNG AWAL

Nazri
Old Trafford, Sabtu lepas - Satu majlis pemberian hadiah krismas telah berlangung di Stadium bersejarah sabtu lepas kepada pasukan terpinggir yang dipimpin oleh Martin O'Neill yakni Aston Villa.

Pemberian hadiah itu sejajar dengan konsep setiakawan yang sejak turun temurun diamalkan oleh pasukan Manchester United seterusnya selari dengan kempen 1bola.

Pemberian hadiah krismas di tempat sendiri ini juga sebagai tanda terima kasih kepada Aston Villa yang selama ini girang memberikan 3 mata kepada Manchester United.

Pemberian hadiah berupa 3 mata liga, kegembiraan menjaringkan gol di tempat lawan dan kedudukan nombor 4 ini seterusnya membuktikan betapa murahnya hati pemain-pemain Manchster United dalam menghidupkan 'spirit of xmas'

Ketika ditanya peluang Aston Villa untuk meraih tempat ketiga, Mr Martin amat optimis. "Kita tunggu Mac dan April tahun depan bila anak-anak ikan Arsene tu dah hilang stamina."

Sementara itu, Chelsea turut meniru konsep pemberian hadiah krismas apabila menghadiahkan 3 gol kepada Everton sebagai tanda terima kasih kepada kelab tersebut.

Di satu kawasan bernama Ukay Perdana, seorang lelaki yang tidak mahu dikenali, cukuplah kita panggil dengan nama samaran Pipiyapong, telah kelihatan tersenyum. Alhamdulillah, akhirnya tersenyum juga lelaki ini setelah tiga minggu bad mood dan asyik memecahkan gelas minuman kedai mamak.

Peminat-peminat Manchester United meraikan krismas tahun ini dengan gaya meriah tapi sederhana.

Kita hiburkan hati dengan lagu kegemaran Pipiyapong:

36

Liverpool vs Arsenal versi sains fiksyen

MDM FARAH FAIZURA

Pendahuluan
Seperti yang aku tulis sebelum ini, game2 Liverpool semua main macam tak nak menang. Selepas diselidik, barulah aku tahu yang Rafa memang sengaja buat macam tu sebab mahu penyokong Liverpool kembali ke jalan yang benar. (tidak lagi angkuh dengan kehebatan Liverpool)

Selepas lima kekalahan, dan masuk ke liga eropah, akhirnya Rafa berpuas hati dengan peminat Liverpool yang sudah semakin tinggi kesabaran dan banyak pahalanya kerana asyik berdiam diri. Jadi perlawanan menentang Arsenal, Rafa cakap dia nak Liverpool main macam nak menang balik.

1st half ok, dan 2nd half Torres cakap nak skor 5 bijik. Tapi pada waktu rehat tu, ada sesuatu yang terjadi kat bilik persalinan. Sesuatu yang buatkan aku pun diam.

Di bilik persalinan.
Malam itu aku ada situ, selepas tidak boleh menolak jemputan Rafa. Rafa dah booking tiket siap2 untuk aku. Malam itu aku duduk di tepi Gerrad sambil bercerita berkenaan cerita Nur Kasih, Alif Firdaus dan Tiger Wood.

Rafa pula sedang tersenyum sambil mengusap-usap kepala Sammy Lee yang sudah berkerut dahi. Rafa cakap, “Bagus malam ini kita kalahkan Arsenal.”

Carragher dan Johnson bertepuk tangan lalu menari moon walk. Dossena pula sedang layan novel New Moon, tapi dia tetap tersenyum. Rafa kemudian berjalan dengan tangan diletak ke belakang. Kemenangan sudah terbias dalam kepala.

Namun, langkah Rafa terhenti. Rafa mengerut wajah dengan kulit yang sudah putih. Aku waktu itu sedang sms dengan isteri di Malaysia mengangkat kening dan merenung Rafa. Rafa tiba-tiba terangkat dari lantai tetapi tidak jelas sebab Rafa terawang-awang. Jelas ada sesuatu yang mengangkatnya. Rafa terkapai-kapai dan kemudiannya, perlahan-lahan ada suatu lembaga yang terzahir di sebelah Rafa. Lembaga yang tadinya halimunan, kini sudah jelas. Lembaga itu membuat aku dan semua pemain Liverpool menahan nafas. Lembaga itu adalah predator!


Lembaga inilah yang mencekik Rafa

Predator.
“Aku nak Liverpool kalah malam ini,” kata predator dengan loghat Texas.

“Mengapa?” soal Rafa yang sudah terduduk selepas dicekak lehernya.

“Sebab saudara aku main malam ini,” kata Predator itu sambil menjeling ke arah aku dan menunjukkan gadjet mahalnya. Nampak macam i pod. Celaka punya predator.

“Siapa pula saudara kau?” soal Rafa dengan tangan yang masih menusap-usap leher.

“Ini,” kata Predator sambil menunjukkan gambar.



“Sagna?” Rafa menaikkan suaranya sebelum menyambung, “Dia bukan saudara kau. Lagipun sebelum ini, bukankah Arsenal juga sudah kalah kepada Chelsea, Man U dan Citeh? Apa salahnya Arsenal kalah pada Liverpool?”

“Kat Chelsea, Man U, dan Citeh pun aku ada saudara, jadi tak kisah sangat,” jawab predator sambil mengeluarkan tiga keping lagi gambar.



Rafa menahan nafas lalu berkata, “Liverpool pun ada saudara kau. Tu sana.” Rafa menunjukkan ke arah Mascherano. Mascherano mengerut dahi. Predator menjeling tajam lalu berkata, “Muka boleh tahan, tapi kalau rambutnya panjang sikit, mungkin boleh jadi saudara.”

Suasana sepi. Predator yang buat muka steady terus mengacukan pistolnya ke kepala Rafa. Rafa yang tadi pucat tiba-tiba bangkit lalu berkata, “Tak boleh. Liverpool tak boleh kalah! Aku rela mati daripada Liverpool kalah!”

“Kalau begitu, aku bunuh semua orang kat stadium ini,” kata predator sambil menunjukkan skrin di tangannya. Jelas daripada skrin itu, ribuan predator sedang duduk di celah-celah penonton. Salah seekor predator duduk di sebelah Arsene Wenger dan memegang pisau, sedia menetak betis Arsene wanger.


Predator (tak nampak) sedang siap sedia menetak betis arsene wanger

“Kalah ataupun tidak?” gertak predator lagi. Pisau diacukan ke betis Sammy Lee.

Rafa diam. Skrin yang terpampang Arsene Wenger ditenung. Rafa kemudiannya memandang aku dan berkata, “Kau tak kisahkan kalau kena kutuk lagi?”

Aku kontrol suara aku yang sudah tersekat kat kerongkong lalu berkata, “Takpe, aku boleh buat caption kat gambar Timor Leste lagi. Lagipun Pipiyapong dah lama tak tulis panjang2. Biarlah lepas ni dia tulis panjang2.”

Rafa mengangguk perlahan lalu memandang pemain Liverpool dan berkata, “Demi nyawa orang kat stadium, malam ini kita terpaksa berkorban. Jadi Johnson, lepas ni kau own goal, dan kau buat2 tensen dan tak boleh nak kontrol Ashavin. Torres dan gerrard, aku nak kau berdua, buat2 bodoh kat defend arsenal.”

“Tak kisah. Kita akan bounce back,” sahut Carragher kuat.

“Saya pun tak kisah, demi humanity. Tapi kita nak kalah berapa?” soal Gerrard.

“Kalah 9-1 pun dah ok,” kata Rafa.

“Baik, kami cuba!” sahut Lucas pantas.

Aku pulak sudah menahan air mata daripada menitik. Terharu melihat ketabahan Rafa dan pemain lain terutamanya Lucas yang beria-ia betul nak kalah. Celaka betul.

2nd half.
Pada saat Johson own goal, aku diam dan aku pandang predator kat sebelah arsene yang angkat ibu jari. (aku guna google infra red). Apabila asrshavin skor, predator masukkan balik pistol dan pisau mereka ke dalam sarung.

Habis game, aku pandang ke langit Anfiled, aku nampak jaluran asap spaceship predator, yang berbentuk kata-kata, YNWA. Aku memejamkan mata.


33

Liverpool 1-2 Arsenal

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Sari berita penting.

Satu letupan berukuran 2.1 skala Richter telah berlaku pada sebatang tiang gol di Anfield! Berita selanjutnya selepas ini.

Rafa kelihatan menutup telinga apabila melihat letupan yang berlaku di hadapannya. Dia dilaporkan lega kerana anaknya Reina yang berada berhampiran kawasan letupan itu terselamat. Cuma wajahnya saja yang muram.


Kemaskini:

Khabar dari Anfield.

Gua sekarang berada di dalam press box Stadium Anfield. Ini kali pertama Sokernet diberi keistimewaan untuk membuat liputan dengan lebih selesa bersama 53 lagi wakil media dari merata tempat. Tuan Haji Hasbullah Awang pun gua ingat tak pernah merasa. Dalam bilik ni, gua dapat seat paling depan. Kira macam bonus juga la. Sebelah gua budak ESPN Soccernet. Budak tu dari tadi asyik usha gua punya pas. Risau juga gua. Jadi gua terbalikkan pas gua. Kasi cover sikit Sokernet tu. Kalau kena saman, memang gua suruh Lucius turun naik court. Belakang gua Clark Kent, wakil dari surat khabar Daily Planet.

Mengulas tentang perlawanan, kali ini Arsene Wenger langsung tidak menyenaraikan penyerang untuk barisan permulaan. Arsenal hanya bermain dengan 3 pemain tengah menyerang di hadapan iaitu Arshavin, adik Nasri dan adik Walcott. Kalau tengok betul-betul, memang tiga tiga tu tak ada bakat jadi striker termasuklah Fabregas yang bermain di belakang mereka. Tetapi disebabkan perlawanan ini hanya bertemu kelab pertengahan liga, ia tak menjadi masalah yang besar. Tambahan pula hampir semua penyerang Arsenal sedang seronok seronok bercuti menjelang musim perayaan.

Liverpool pula bermula dengan gandingan Fernando dan Dirk di bahagian serangan dan dibantu oleh gandingan Yossi, Steven dan Leiva Pezzini di bahagian tengah. Satu gandingan yang jauh lebih lemah. Boleh dikatakan hampir setaraf gandingan Shukor Adan-Nafuzi Zain-Idris Karim.

Baiklah. Disebabkan stadium dah nak tutup dan brader incas bilik media ni dah main-main tutup lampu, gua segerakan dengan ulasan minit ke minit.

Glenn Johnson merenung bola sambil rakan sepasukannya terlena

Minit 1 - Arsenal memulakan perlawanan dengan garang. Sebaik sahaja sepak mula, Fabregas dan Arshavin terus cuba menyerang secara berduet. Ini menunjukkan betapa lemahnya pasukan lawan.

Minit 2 sampai minit 40 - Liverpool main macam celaka. Bola tak pernah nak ada atas tanah. Jadi Arsenal pun terpaksa main macam celaka. Javier nampaknya agak ganas seperti binatang. Xabi Alonso sendiri dah dua tiga kali menguap di tempat duduk penonton. Pada minit ke 11, Fernando memiliki peluang hebat namun bola dihantar dengan baik kepada Almunia, rakan sepasukannya dari skuad Sepanyol. Di satu ketika, Steven kelihatan cuba memohon penalti. Walau bagaimana pun, Howard Webb jelas lebih gagah dan sasa menafikannya. Howard Webb adalah bekas pegawai polis dan juga senior kepada Steven di Sekolah Menengah Teknik Walton.

Minit 41 - Dirk menjaringkan gol. Keeper tak ada memang laa gol. Apsal tak tunggu keeper bangun dulu? Hah jawab, jawab. Rafa buat-buat rileks. Macam tak ada apa-apa. Konon pro laa tu.

Rehat - Gua sempat ke bilik persalinan. Arsene Wenger mengamuk. Gua tak jadi masuk. Denilson dengan Walcott kena lempang. Mee goreng bersembur keluar.

Minit 46 - Separuh masa kedua bermula. Tidak seperti Arsenal tadi, Liverpool passing belakang. Nampaknya mereka cuba bermain berhati-hati dengan gaya Europa.

Minit 50 - Tiba-tiba bola melintasi pintu gol Liverpool yang kelihatan tenang. Hanya ada 3 pemain Liverpool dan seorang pemain Arsenal. Ya dengan berhati-hati Glenn memasukkan bola ke dalam golnya sendiri. Kah kah kah. Pemain Arsenal tersenyum nipis melihat gelagat Glenn yang memandang langit bertanya 'Apa dosa hambamu ini?' kepada tuhan.

Minit 51 sampai minit 57 - Arsenal nampaknya semakin yakin. Javier pula masih bermain seperti budak kampung Pagar Sasak. Kad kuning satu untuk Javier. Tidak seperti Zaquan Adha, Javier menerima keputusan pengadil dengan tenang.

Minit 58 - Fabregas tenang mengawal bola disitu. Dilambungkan bola itu kepada adik Walcott. Adik Walcott tanpa membuang masa mencuit bola dan bola terus ke kaki Arshavin. Pap pap Powwww!!! Hampir retak! Ya hampir retak tiang gol pasukan tuan rumah itu, tuan tuan dan puan puan. Jose Manuel yang berbaju kuning lantas menjadi tiang. Rafa masuk jari dalam spek mata. Gosok-gosok mata.

Minit 59 sampai 94 - Arsenal tidak dapat bermain cantik kerana Liverpool lebih gemar bermain sepak ke atas. Mereka bermain sepak bola ke atas sehingga tamat perlawanan. Di hujung perlawanan kelihatan penyokong-penyokong Liverpool macam nak balik. Tapi tak balik balik. Tapi macam nak balik. Tapi nak tengok juga mana tahu Jamie sepak bola ke atas kot kot masuk terus dalam gol. Keh keh keh.

Arshavin bernyanyi riang selepas menjaringkan gol meletup kelimanya untuk Liverpool

Berakhir perlawanan ini menunjukkan Liverpool masih konsisten di kelompok Big 7 dan Arsenal hampir pasti mengejar kejuaraan liga musim ini. Sekian sahaja dari Anfield.

Oh ya sebelum mengundur diri, gua sertakan sekali klip video ini yang ditujukan khas untuk abang abang Manchester United.




Notakaki: Apsal kamera banyak kali tunjuk gambar Aquilani? Mamat tu reti main bola ke?
21

Liverpool lwn Arsenal

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, Disember 12, 2009
Team bangang lawan team paling steady dunia.
25

Malaysia, Thailand, Pahang, Timor Leste dan Liverpool.

MDM FARAH FAIZURA
Malaysia

Tepilah Sampon
Nama aku bukan Sampon la.
Eh, bukan semua nama orang Thai, Sampon ke.
Nama aku pipiyapong.

Terima kasih Raja Bola. (Patutnya Malaysia angkat gambar Sultan Bola macam Thai buat. Baru semangat lain macam)


Seperti tidak biasa, Malaysia mengalahkan Thailand. Puas hati aku tengok Thailand kalah. Memang bagus Thailand kalah, sebab pemain derang tak berapa nak hensem. Pemain kita jugak yang hensem2. Kalo tak, takkanlah Rita Rudaini tu nak kat Aidil. ya, dak.


Pahang.

Sebelum masuk kumpulan Senario, aku main dulu dengan team Pahang. Senario dan Pahang sama je lawaknya - Azizul a.k.a Mazlan pet pet

Tahniah Pahang sebab berjaya kekal di liga atas ni. Tapi bagi pendapat aku, mainlah kat liga mana pun kat Malaysia ni. Letaklah nama liga super ke, liga perdana ke, team Malaysia tetap tak boleh nak beat kelab Bank Pertanian Thailand kat piala AFC. Nak kalahkan Al Ahly apatah lagi. Syedney United lagilah jauh nak dikalahkan.


Jadi, tak ada apa sangat nak dibangga kekal kat liga atas. Semua orang dah tau dah korang tak kuat. Korang cuma kuat kat FAM jek.


Timor Leste. (Sebab-sebab mereka kalah besar)


"Steady-steady macam drogba," kata pemain no. 7.
"Kangkang kasi lebih. baru steady macam Drogba," tambah pemain no. 4.
"Hoi! Semua nak jadi Drogba, gol keeper kita mana?" kata brader yang pakai selipar Croc palsu.


Liverpool.

Tak ke mana dunia dikejar

Lawan Arsenal, seperti kebanyakkan penyokong Liverpool berpangkat biasa. Memanglah nak harapkan kemenangan. Tapi Liverpool sejak akhir2 ni main macam tak nak menang. Mengapa ek?


Ada jugak aku bangkitkan soalan ini kepada Rafa. Rafa pastu shoot emel kat aku. Dia mulakan emelnya dengan kalimah 'Semoga emel ini dibaca dalam keadaan ceria'.


Makin tensen adalah. Pastu dia cakap. memang strategi dia nak Liverpool main macam tak nak menang. Sebab dia perhatikan sejak kebelakangan ini peminat Liverpool dan mula bongkak dan lupa kepada Tuhan dengan kemenangan dan kehebatan Liverpool. Jadi hanya dengan cara itu peminat Liverpool kembali ke jalan yang sebenar.

Di pesan jugak, kalau nak kira tensen, tensen lagi Thai. setidak-tidaknya Liverpool tersingkir masih boleh masuk erope league, Thai tersenigkir terus balik kampung. Kalau nak kira sedih jugak, sedih lagi Timor Leste, jadi bersyukurlah dengan kedudukan ketujuh. Dia tambah lagi, dia bukan sahaja mahu membimbing peminat Liverpool ke arah kejayaan di dunia, malah ke akhirat.


Aku baca emel itu, aku dah kerut dahi dah. Biar betul Rafa ni. Kemudian pada signature emelnya dia tulis 'In Rafa We Trust'. Ceh, sendiri bikin emel sendiri tulis macam tu. Pastu Rafa predict, Liverpool beri 3-0 je kat Arsenal.



Adebayor waktu masih disayang Arsenal. Habis madu, sepah dibuang.


48

Malaysia 2-1 Thailand

Pipiyapong Abdillah Hamzah Jumaat, Disember 11, 2009
Skuad bola sepak negara kembali semula ke landasan untuk memburu pingat emas Sukan SEA apabila menang di dalam perlawanan penentuan kumpulan A menentang juara 8 kali, Thailand tadi. Thailand mendahului pada awal separuh masa kedua melalui tendangan percuma Arthit Sunthornpit. Namun begitu Malaysia berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-81 oleh pemain entah apa nama. Kalau 20 tahun lepas mungkin gua kenal.

Selepas itu, perlawanan berlangsung dengan rancak dan penuh aksi-aksi bertaraf dunia. Malaysia sentiasa menyerang dengan hantaran tepat seperti pemain-pemain Arsenal (gua tak tengok pun sebenarnya). Malang sekali, Thailand yang hanya perlu mendapatkan keputusan seri untuk layak ke separuh akhir akhirnya dibolosi lagi pada masa kecederaan hasil jaringan mamat Malaysia yang gua tak tahu juga namanya. Keputusannya, Malaysia layak ke separuh akhir bersama-sama Vietnam apabila mengumpul 9 mata di dalam kumpulan A.

Macam mana pun, kita tengok sajalah separuh akhir nanti macam mana. Kalau tak menang, kita merusuh balik macam biasa. Orait?


Ramalan Liverpool - Arsenal
Perlawanan menentang pasukan Big 7 Europa ni gua tak payah risau. Jadi gua ramal Arsenal menang 9-2. Shebby nak cakap apa pun, cakap la. Dia pun bukan terer sangat.
82

Michael 'You Scouse b*****d' Owen 3 - 1 German Champions

Jorji Rabu, Disember 09, 2009
Owen hat-trick!

Manchester United menutup perlawanan kelayakan CL dengan mengalahkan juara German Wolfsburg 1-3 malam tadi. Walaupun skuad Manchester United bertandang ke German dengan meninggalkan separuh pemain utama mereka (kerana kecederaan dan juga strategi) Manchester United tetap bermain baik macam biasa.

Kecederaan pemain utama pertahanan membuatkan Pak Alex meletakkan Carrick dan Fletcher bermain di bahagian pertahanan membantu Evra. Tengah Anderson, Nani, Scholes, Gibson dan depan gandingan Welbeck dan Owen. Tak silap aku, 3-5-2. Formasi yang jarang Pak Alex guna.


Owen membuktikan yang beliau masih layak untuk diberi perhatian oleh jurulatih England, membuktikan yang Pak Alex tidak salah mengambil beliau bersama United, membuktikan beliau adalah seorang penyerang yang masih tajam dan berbisa seterusnya layak menyarung jersi keramat no. 7 Manchester United. Sementara Manchester United, dibawah bimbingan Pak Alex, walau meletakkan siapa pun bermain, dimana posisi pun, masih mampu dan berupaya memenangi perlawanan dengan baik.


WALAUBAGAIMANAPUN, jaringan hat-trick Owen gagal membawa Manchester United ke pusingan keramat Europa League!

Berita lain.

Sol Campbell dijangka menyertai Manchester United January ini. Membantu pertahanan United dan juga pertahanan emosi Arsenal?
65

BOLA MALAYSIA TAKKAN MAJU KALAU...

Nazri Selasa, Disember 08, 2009
Benda kecil seperti pasukan mana dapat naik liga atau turun liga pun tak telus.

Seperti yang dilaporkan di sini: Berita Harian

Nak tak nak, kita tertanya-tanya kenapa pasukan yang satu lagi ini seolah-olah kebal.

Katakanlah, jika pasukan negeri Pipiyapong ini, katakanlah, sepuluh tahun akan datang berturut-turut dapat nombor corot atau kedua corot, adakah liga Malaysia akan SEPULUH kali bertukar bagi memastikan negeri kesayangan ini kekal status "elit'?

Terus terang, jika orang-orang yang ada kuasa membaca entri ini, saya katakan pada mereka sebenarnya langsung tidak ikhlas untuk menaikkan bolasepak Malaysia. Saya amat berharap sesiapa boleh panjangkan entri ini kepada tokoh-tokoh berkenaan.

Apa boleh saya katakan, jika tindak-tanduk orang-orang berkuasa ini nampak menjurus ke arah itu. Ayuh, katakan saya salah.

Jika saya salah, beritahu di mana sisi yang saya tak nampak.

Tapi saya tanyakan sekali lagi, adakah anda, yang memegang kuasa, sebenarnya benar-benar jujur hendak membangunkan bolasepak Malaysia atau....?

Tahniah kepada negeri tersebut.

Bayangkan jika kita mempunyai kawan di luar negara, bercerita tentang ini, bukankan ia satu 'joke'? Malaysian football is a joke?


Update: (oleh Pipistuta)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...