ARKIB SOKERNET

9

ARSENAL VS MANCHESTER UNITED: LIVE @sokernet: First Half

Abdul Sokernet Ahad, Januari 31, 2010
LIVE@SOKERNET (banner grafik belum siap)

-15 minit

Nazri: Selamat datang ke Live@Sokernet yang julung kali di adakan di laman web bola kegemaran Bung Wahab. Rasanya tak perlu lagi nak beritahu siapa lawan siapa kerana tajuknya sudah terang lagi bersuluh. Tidak begitu saudara Pipi?

...

Nazri: Hampeh, dia tengah makan nasi lemak.

Pipi: Ya, anda kini bersama saya secara langsung dari kantin Emirates. Nasi lemak di sini pakai telur rebus yang dah siap kupas. Gua tak tahu siapa yang kupas. Harap-harap mapley ni potong kuku. Nampaknya di kantin ini kelihatan beberapa pemain Arsenal sedang sibuk makan mee goreng dengan tenang. Ok, kita dengar apa kata penaja...

jorji : Gua inat nak angkat Prius ni satu la,amacam?

nazri: oke ke? downpayment macam mana?

Pipi: Peh... pakai ptptn boleh kautim ke?

nazri: oke, ramalan saya - Manchester menang 1-2.

Pipi: Keh keh keh. Jangan harap. Barisan Arsenal kali ni kuat gila. 3-0 Arsenal menang! Tak macam tu fan Arsenal semua?

Minit 1

Pipi: Sepak mula.


jorji : arshavin mencuba.tersasar 5 kaki.

Pipi: Tapi mendebarkan ya, Jorji?

minit 5

nazri: Evra tak lepas. pakcik sol hanya tengok dari jauh.

minit 6
Hantaran lintang Fletcher tadi buat pakcik-pakcik di Alima jerit-jerit.

minit 7
nazri: Macam busy saja kem Man U nak update situasi.

Pipi: Tenang Song mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Minit 10

Pipi: arsenal masih menguasai perlawanan dengan hantaran hantaran memikat.

minit 13

nazri: kaki tak bedung, Arshavin tersasar ke kanan gol.

Pipi: Keh keh keh. Ketar nampaknya Abang Wes.

minit 15
nazri: taktik baru Evra - menanduk keluar padang

Pipi: Kalau tak silap itu namanya kepala mancis. Pengadil nampaknya memberi kad kuning kepada Song. Satu tindakan kurang bijak...

Minit 20

Pipi: Gerakan menarik dari Fabregas dan Arshavin. Dah nampak tanda tanda nak menang ni. Celaka tendang banyak ke angin pulak.

Manchester mula main jahat ni.

minit 23:
nazri:Gallas terkenangkan Johnny wilkinson. Hebat! Good job!

Pipi: Melambung percubaan tinggi anak muda kelahiran perancis, Gallas. Tak sedar diri. Celaka.

minit 26
nazri: through pass yang cantik dari M U. berdebar hati pipi

minit 27
nazri: satu tendangan hampir side netting yang cantik dari Nani. Stadium alima bersorak

minit ke 26
jorji : Nani! ahhhhh...tak masuk!

wahahahahahhahaa..NANIIIII!!!!

minit 33
NANI GOALLLLLL!!!!

Jorji : tak habih-habih gol sendiri!! cepat cemas..mental tak kuat!! Arsenal KOSONG - 1 Almunia!! ekeke

Pipi: Ah! Gol nasib!

Pipi: Boleh lagi ni.. Boleh lagi. Lu orang tengok laa kang.

minit 37

nazri: RUDEBOY ROONEY!!!!

JORJI : ROONEYYYYYYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pipi: Babi. Arshavin ni patut dah score 4. Apa kata kalau kita menyorot balik perlawanan Manchester City main tadi. Orait juga diorang main kan?

minit 43
nazri: Arshavin macam dah emo. Memang dah down mamat ni, macam mamat depan saya yang tengah galak isap Surya

Minit 45

Pipi: Songggg!!!

Halftime. Arsenal KOSONG - 2 Manchester United.

jorji: wei fabregas, hantar roti KOSONG 2! gua lapar ni.

Pipi: Tamat sudah separuh masa pertama perlawanan ini. Perlawanan nampaknya seimbang dengan Arsenal lebih banyak mengasak kubu lawan. Kalau kita tengok balik betul-betul, Arsenal nampak macam main saja-saja. Ini yang dikatakan taktikal bolasepak tertinggi. Gua jamin separuh masa kedua Arsenal score 3. Peh...3-2 memang gua punya favourite score. Banyak game best best dunia ending dia 3-2.

Jorji : mental pemain arsenal masih lemah lagi..cepat panik..terbukti asyik menjaringkan gol sendiri bila lawan United. Fabregas tak nampak apa sumbangannnya. Arshavin banyak menyumbang kepada pengutip bola belakang gawang gol Van Der Sar sementara Nani dan Rooney secara simbolik memberitahu Arsene,Arsenal dan Emirates apa itu MOMENTUM.

wei, fabregas..roti kosong aku mana daaaa...???


nazri: second half entri baru. sila take note.
14

Arsenal lwn Manchester United

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Kali ni gua tak cakap kosong. Memang Arsenal menang 3-0. Gua terpaksa tampal poster lama. Tak sempat nak cari gambar baru Ferdinand. Gua kat opis Wenger ni. Takkan laa nak pakai komputer dia cari gambar Ferdinand.

Oh ya, jangan lupa nantikan ulasan minit ke minit di Sokernet tengah malam nanti.


Abang Campbell. Emm...walaupun body tak meyakinkan, tapi gua ingat boleh laa setakat Rooney tu.

8

Liverpool menang - berkenaan liga malaysia - mutalib rajis

dingin
Liverpool menang
Malam tadi, Liverpool menang lawan Bolton. Mengikut statistik, dalam lima perlawanan terakhir, setiap kali Aqualini main, Liverpool akan menang. Apakah maksudnya? Mari kita dengar kata Rafa selepas game dengan Wolves minggu lepas.

Katanya, “Masalah Liverpool adalah kat final past.”

Aku tak pasti adakah dia bermaksud Ngog adalah penyelesaian kepada masalah final past itu? Sebab malam tadi Ngog jelas menanduk bola ke arah pintu gol yang terbuka – tetapi tidak masuk. Sungguh ajaib budak Ngok ni. Geramnya aku sampai aku masuk website PIA (pakistan international airlines) carik tiket murah2 nak ke England semata-mata nak lempang Ngok ni. Punyalah geram. Nasib baik aku jenis geram enam lima minit je. Kalau aku jenis geram sampai dua minggu, habis jugak duit aku beli tiket nak ke England. Yang pasti, Aqualini ada sedikit penyelesaian kepada masalah final past itu sebab tu kalau dia main 1st elevan asyik menang. (mengikut stastistik. Tapi kalau mengikut kepercayaan mistik, aqualini ni ada ong)

Ok, kembali pada game malam tadi. Rafa kali ini menurukan skuad yang ada visi menyerang. Tips – kalau Rafa tak turunkan Lucas ini bermakna, Rafa nak main menyeranglah tu. Dan gol pertama Liverpool datangnya daripada pemain berhati robot – Dirk Kuyt. Jenis tak tau penat. Berlari jek kerjanya. Masuk olimpik lari jarak jauh kompem dapat gangsa. (Tak dapat emas pasal dia bukan orang Habsyah dan kenya)

Tapi selepas itu, Bolton ada peluang nak skor, nasib baik mamat Spartan, defend gergasi dari Greek bermain sangat hebat. Bagus betul mamat tuh. Dia ada visi macam Sami Hyppia. Dah lah murah jek harganya. Zaman sekarang bukan senang nak carik barang bagus haraga murah. Slek nya, namanya susah sangat nak sebut dan eja. Pastu main lagi, main-main dapat gol kedua. Own goal sebab Insua rembat just nice, jadi bola deflek pun just nice jugak, betul-betul belah kanan gol.

Bukti susahnya nak sebut dan eja nama mamat greek ni. Sampai aku tersalah google, keluar muka mamat ni pulak. Takajut jugak aku. Bila masa mamat ni main dengan Liverpool.


Satu lagi kes tersalah google.


Yang ini baru betul. Itu selepas lima enam kali aku taip nama mamat ni. krykos , kryiakos, kyrikagos, krykos. Apa macam? Sangat gergasi bukan.

Jadi malam tadi, dapat jugak dua kosong. Baguslah. Gerrad pun dah dapat balik keyakinannya. insua pun dah semakn bagus kat serangan walaupun kat defend sangat merisaukan. Harap lepas ni menang lagi. Lepas ni lawan agak liat semua. Berdebar jugak.

Berkenaan liga Malaysia.
Aku tak tgk dan aku hanya tengok kalau local team aku main jer. Iaitu Sarawak. Sarawak pun asyik kalah. Kali ni kalah 3- 0 pulak. Semuanya sebab perangkap ofside tak menjadik. Ya, ketiga-tiga gol tu sebab perangkap offside.

Waktu Alan Vest jadik jurulatih Sarawak, Sarawak memang terer perangkap-perangkap offside ni. Sampai ada seorang jurulatih (aku lupa siapa) kasi warning kat team derang. Katanya, “Hati-hati dengan perangkap Offside Sarawak.” (dalam nada Avatar)

Hebat betul. Main perangkap offside pun orang dah takut. Tapi sekarang macam haram. Penyokong2 Sarawak semua manas (marah). Seperti biasa, kena ada kambing hitamnya. Kalau kat Liverpool ada Rafa, Lucas dan kambing hitam terbaru, Ngog, kat Sarawak pula, ada Wahid Uji (staf kejurulatihan). Aku kurang pasti sebab dia jadik kambing hitam. Tapi mengikut Morshidi Bujang (Nama yang sangat Sarawak okey) Wahid Uji pilih pemain yang dia suka je, bukan pemain yang berbakat hebat.

Automatik, semua pemain Sarawak sekarang, semua dah jadi kambing hitam. Inilah perkara yang tidak akan membangunkan bola sepak negara.

Mutalalib Rajis.
Selepas game malam tadi, aku bukak Youtube pasal aku tak boleh tido. Sekali aku terbukak Mutalib Rajis ni. dia penyayi 1988 punya orang. Aku waktu tu baru darjah dua. Tv3 pun tak ada signal lagi kat kampung aku. Giler haram. Video klipnya sangat hebat. Sekarang mana ada orang dah nak buat video klip macam ni, ambik video kat tapak projek, tengah panas sampai ke petang. Pakai pun singlet bundle jek. Paling utama mana ada orang nak ambik penyanyi yang macam Mutalib ni dah. Nah ambik dan hayati hebatnya Mutalib rajis ni. enjoi.

16

Chelsea 4 Mata Diatas Hasil Tandukan Si Miang Terry

Obefiend Weiland

It’s gonna be a blue day!

Suasana di Cobham haru-biru sehari sebelum perlawanan menentang Burnley. John Terry, kapten,hero,oldboy, abang ketak dan lelaki idola kelab The Blues dituduh cuba mendapatkan gag order bagi menutup kemaluannya. Terry baru-baru ini kantol berskandal seks dengan Vanessa Peroncel, bekas BDA (bini dan awek) kepada Wayne Bridge. Beliau dikatakan melakukuan hubungan luar nikah bersama Vanessa selepas hubungan Vanessa dan Wayne putus tahun lalu. Hubungan itu menjadi semakin serius setelah Terry menerobos gawang Vanessa sehingga termengandung. Kerana tak mahu membuang anak di tepi tong sampah Kota London, Terry segera mengarahkan Vanessa menggugurkan kandungan. Nasib baik ada klinik macam tu di England.

Akibat skandal ini skuad Chelsea pada awalnya menasihatkan Terry supaya menarik diri dari skuad menentang Burnley. Tahun lepas Ashley Cole menarik diri sebanyak dua perlawanan setelah kisah seks luar nikah beliau tersebar di seluruh Britain. Tetapi Terry enggan berbuat demikian. Dia kapten marvellous bagi Chelsea. Nama team pun the Blues, setakat skandal blue-blue ni tarahal punya. Skandal beliau menganjing pelancong dari Amerika selepas insiden 911 dulu lebih ganas dari kisah main sorok pisang dengan bekas awek orang. Macam lu orang tak pernah je skandal ngan bekas awek member lu kan? Ngaku je la.

Sepanjang perlawanan semalam beliau diejek oleh penyokong Burnley tetapi Terry steady. Kepala beliau selalu kena penyepak. Setakat kena ejek tu macam kena baling bertih jagung sahaja. Pada minit ke 27’ Abdul Salam Bilal meletakkan Chelsea dihadapan selepas menyudahkan umpanan Florent Malouda. Anelka benar-benar menggunakan peluang ini untuk menunjukkan beliau juga sama bahaya dengan Didier Drogba. Sepatutnya malam ini Drogba kembali kedalam skuad Chelsea. Tapi bangku simpanan pun tak ada mamat ni. Mungkin Ancelloti kasi chance dia nangis habis-habis pasal Kote Voire gagal ke final Piala Negara Awang Hitam.

Chelsea mendapat beberapa lagi peluang pada separuh masa pertama namum gagal disempurnakan. Lima minit selepas wisel dibunyikan untuk separuh masa kedua, Burnley melakukan kezutan. Steven Fletcher menyamakan kedudukan dengan rembatan kaki kirinya. Pemain no 9 Burnley menjaringkan gol ke sepuluhnya musim ini. Chelsea berusaha keras untuk mendapatkan the killer blow. Enam minit kemudian Joe Cole meletakkan Chelsea dihadapan. GOOOOOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!! JC did it again. Oh tidak gol. Maafkan saya. Penjaga garisan menbatalkan gol kerana JC offside! Tetapi Chelsea tidak mengalah. Apa korang ingat Chelsea macam Liverpool ke? Bila orang equalised terus kempis macam tayar motor kena kelar dengan awek lepas dia jeles baca SMS perempuan mana tah SMS kat gua arituh. Chelsea mendapat beberapa lagi peluang menerusi Sturridge dan Lampard tetapi penjaga gawang Burnley, Brian Jensen bertindak hebat menidakkan gol.

Pada minit ke 83' Chelsea mendapat tendangan sudut. Florent Malouda mengambil tendangan sudut itu dan bola labungannya ditanduk dengan handsomenya oleh John George Terry! GOOOOOOLLLLLLLL!! Ya Allah!...... Ya Allah!.. Afdlin minnan nasss.. khuff khuff.. Ya Allah! ( gaya komentator Al Jazeera sambut gol) Penyokong Burnley yang dari awalnya mengejek Terry terdiam secara automatik.

gola

Keputusan akhir Burnley 1 Chelsea 2.

Btw.. Chelsea ni memang kelab jantan gatal ke? Lepas satu-satu player main kayu tiga. Adakah penyokong Chelsea juga sama gatalnya? Aku tak tapi Abang Lucius bagaimana?
26

Ucapan Liverpool untuk Man U, Chelsea dan Arsenal pada game malam esok (30 Januari 2010)

dingin Jumaat, Januari 29, 2010

dan juga spurs



























15

Sol Campbell vs Wayne Rooney. Sunday at The Emirates

j or ji
Mampukah Sol Campbell mengekang pasukan yang mempunyai barisan dan teknik menyerang, serta perlu diingat, gaya permainan penuh dramatik dan menarik, ahad ini di Emirates?

Sokernet diberitahu dari satu sumber yang sah, Sol Campbell, sering terganggu tidur malamnya kerana risaukan Rooney. Setelah 6 bulan asyik berlatih tanpa bermain dalam perlawanan peringkat tertinggi, beliau kurang yakin dengan kudratnya untuk 'menjaga' Rooney yang sedang 'meletop'. Namun Arsene Wenger terpaksa juga menggunakan kuda tua ini kerana Vermaleen patah kaki.

Surrender dah?

Sementara itu, Wayne the rudeboy Rooney menghubungi sendiri Sokernet dan menafikan yang Manchester United adalah 'a one-man team'.

"I don't look on us as a one-man team or see it as a great burden on me, it's nonsense. If I don't get the service, I can't score. If I don't, I expect others to, and we've done that well"

"We've shared the goals out well and it's certainly not just about me. We expect to win as a team, not as individuals.- Wayne Rooney.

...dan kami tidak hina macam pasukan liverpool yang harap Torres dan Gerrard aje. - Tambah Rooney, kurang ajar!


Momentum Manchester United adalah pada tahap tinggi sekarang ini. Bagi mereka, satu game penting selepas selesai satu game besar adalah rutin dan menjadi kegemaran pemain. Mereka sentiasa dahagakan perlawanan mencabar melawan team besar. Mereka sentiasa bersedia, tidak kisah 2 game per week. Tak kisah team besar big 4 atau CL.



Ramalan untuk perlawanan ahad ini, Arsenal 1 - 3 Manchester United.



18

Rebiu: Normal Service Resumed

Lucius Maximus Khamis, Januari 28, 2010

Jangan biarkan pemikiran anda dikaburi oleh pos seperti di bawah. Belum sampai seminggu kem Manchester United pukul canang kerana berada di puncak klasemen, hari ini pula mereka mekdono tentang kejatuhan mereka ke tangga ke-2 EPL. Tiba-tiba nak kecoh pasal League Cup, Wembley dan budaya makan sireh di kalangan masyarakat Melayu dan India.


Nampak sangat ini semua konspirasi Freemason. Kena pula dengan Thaipusam yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Aku bajet Nazri dan Jorji mesti tengah sibuk-sibuk praktis angkat kavadi.

Kembali ke hal ehwal bolasepak yang sebenar, Chelsea seperti yang telah diramalkan semalam menang bergaya ke atas Birmingham City, 3-0.


Florent Malouda terlebih dulu menggegar jaring seawal minit ke-4. Diikuti dengan Frank Lampard melalui gol dari jarak 20 ela pada minit ke-31 hasil hantaran lintang oleh Michael Ballack. Gol ketiga tiba di minit ke-89, sekali lagi oleh Super Frank. Boring? Aiman tak kisah.


Kemenangan Chelsea malam tadi mengakhiri rekod tanpa kalah Birmingham City sebanyak 12 perlawanan berturut-turut. Tanpa Didier Drogba dan rakan-rakan Afrika, Chelsea telah menang semua empat perlawanan, menjaringkan sejumlah 17 gol. African Cup of Nations? Aiman tak kisah.

Dengan kemenangan bergaya malam tadi, Chelsea kini selesa di persada liga dengan 51 mata dari 22 perlawanan, kurang satu perlawanan berbanding Red Devils dan The Gunners. Puncak Klasemen? Yang ni Aiman kisah.


Dan seperti meletakkan gambir ke sireh yang memang sudah sedap, Sekolah Sukan Arsenal pula hanya mampu seri dengan Aston Villa malam tadi. Dengar cerita Pipiyapong mahu sambung maternity leave, sekarang minta paternity leave pula.


Sebelum mengakhiri rebiu ringkas hari ini, sempena Thaipusam yang bakal menjelang tiba, berikut pendedahan eksklusif ala-ala bolasepak dan agama.

Cis Dingin, rupanya pendedahan Manchester United kau hanyalah diversion tactic semata-mata.

21

Glory Glory Man United

j or ji

Manchester United dan Wembley bagaikan daun sirih dan tepak sirih. Saling memerlukan dan memang itulah tempatnya. Wembley juga bagaikan stadium kedua Manchester United selepas The Theatre of Dreams, Old Trafford. Hinggakan dalam lirik lagu Glory Glory Man United ada menyebut "we are the famous Man United and we are going to Wembley!"


"wembleyyy...wembleyyy..we'r the famous Man United and we are going to Wembley!"


Jadi sapalah Mancini dan Man City nak menghalang The Famous Red dari pergi ke Wembley untuk kesekian kalinya? Kali terakhir Man City ke Wembley ialah pada tahun 1981. Sembilan Belas Lapan Puloh Satu!


Jika Manchester United diibaratkan sirih dan Wembley pula Tepaknya, maka, perlawanan kedua, separuh masa kedua dan dipusingan kedua pula bolehla diibaratkan macam kapur, gambir dan juga ...apa-apa lah, (aku pun taktau sebab aku tak makan sireh!) jadi pelengkap kepada satu sireh yang sedap. MAnchester United pula, diseparuh masa kedua, pusingan kedua, di Old Trafford pula,selepas di hambur oleh Pak Alex, afkos, akan bermain bagaikan juara. Menyerang dan menguasai bola mencari gol kemenangan. Gola dan terus gol! Jangankan Tevez and co. Roberto mancini pun, kalau masih bermain bola lagi akan kesejukan menanti bola di tengah padang!


Ahh! peduli la sireh!


Perlawanan pagi tadi memang klasik! Mencemaskan! sedikit drama thriller. Derby terbaik!

Separuh masa pertama perlawanan agak biasa, tiada yang menarik sangat. Separuh masa kedua baru terbaik. Manchester United hanya perlu menang 1-0 untuk layk ke perlawanan akhir. Gol pertama jaringan pemain tuo, Scholes berjaya menewaskan Shay Given yang cukup kebal, menjadikan aggrehet 2-2. Tambahan masa diperlukan dan jika keduduikan sama juga, tendangan penalti diperlukan untuk menentukan pemenang.


Carrick, Man Not for the Match, sebab main agak hampas, berjaya menambah gol untuk United pada minit ke 71. Jaringan hasil umpanan Fletcher, Man of the Temper, yang berjaya mengawal cantik didalam kotak penalti. Shay Given menerkam kekiri tetapi Carrick menolak tepat, cukup-cukup untuk kene tiang gol kanan City dan masuk. Seluruh Old Trafford bergegar! Bayangan Wembley sudah pasti! Cukup 5 minit Old Trafford menyanyi riang, Tevez menyambut hantaran lintang Bellamy (MAn of The trash bin), menguis cantik gaya backheel, menewaskan Van Der Sar. Mancini berlari keluar dari tempat duduk pelawat dan meraikan jaringan Tevez.


Tevez meraikan jaringannya biasa-biasa saja. Dia tau dia dekat mana.


Aggreget 3-3! Perlawanan masih ada 15 minit sahaja lagi. Mancini telah memasukkan Adebayor untuk menambahkan jaringan (konon-konon la). Perlawanan bertambah rancak dan panas. Bellamy dibaling duit syiling dan botol beer ketika mahu mengambil tendangan sudut. Padan muka! Fletcher hampir bergaduh dengan Micah dan skarf Mancini memang tak style!

Perlawanan berlangsung separuh padang sahaja, iaitu di bahagian Man City! Perlawanan masa tambahan 30minit akan dikenekan jika aggreget kekal 3-3.


Apakah yang ada pada Manchester United dan tiada pada Man City,walau mereka didaerah yang sama?

Mereka tiada Rudeboy Rooney!




Wayne The Rudeboy Rooney itu adalah Manchester United - kata Alan Shearer. Rooney menanduk satu hantaran cantik Giggsy dan menewaskan Shay Given pada minit ke 90 dan menggegarkan Old Trafford sampai ke bumbung!

"Rooney!Rooney!Rooney!"

Sir Alex Ferguson langsung tak meninggalkan tempat duduknya sepanjang perlawanan, bangun dan meraikan jaringan Rooney sementara Roberto Mancini, tunduk layu, insaf, tawaduk, berjalan lesu meninggalkan Old Trafford. Aku puashati!

...............................................................................

Ketika masa rehat perlawanan, aku menukar saluran ke 812 untuk melihat aksi Chelsea dan ianya merupakan satu kesilapan besar aku lakukan pada jam 4 pagi! Gila Babi boring!!! GAme bosan dan mengantuk! Aku hampir-hampir terlelap, sampai terpaksa aku hantukkan kepala aku kebucu TV flat skrin aku. Gila lah.. apa la Astro, terus aku tukar ke channel Animal Planet!

Phew!


16

Prebiu: Sirih Bakal Pulang Ke Gagang

Lucius Maximus Rabu, Januari 27, 2010
Dan Drogba bakal pulang ke Chelsea.


Lagi ganteng dari Rooney


Setelah bermurah hati memberikan peluang Red Devils merasa puncak klasemen, The Blues bakal kembali beraksi malam ini dengan penuh keyakinan dalam pemburuan 4 kejuaraan mereka (EPL, FA Cup, Champions League dan Piala Emas Raja-Raja).

Untuk perlawanan malam ini, Kem Chelsea di Sokernet yakin bakal mencatat kemenangan 3-0.

Koresponden bertugas Encik Obefiend telah diamanahkan untuk melapor terus dari Stamford Bridge malam ini atau dari Restoran Najath di Taman Ehsan seandainya wang peruntukan perjalanan tidak mencukupi.

Sementara itu pasukan kesayangan Abang Pipi (yang sudah pulang dari London dengan hasil temubual bersama Sol Campbell tetapi dilaporkan mengambil maternity leave buat masa ini), Arsenal bakal berentap di Villa Park melawan Aston Villa.

Mereka dijangka kalah. Arsenal juga bakal berdepan Manchester United, Chelsea dan Liverpool dalam perlawanan berikutnya. Kecuali dengan Liverpool, The Gunners sekali lagi dijangka kalah.

Dalam perhitungan yang lain Red Devils bakal menerima kunjungan Tevez and Co. dalam persaingan League Cup. Untuk kepentingan awam sama-samalah kita berdoa Red Devils tunduk lagi kepada Tevez and Co.

Sementara dalam satu perlawanan pelengkap jadual malam tadi, Liverpool mencatatkan keputusan memberangsangkan untuk berkongsi mata dengan kelab setaraf, Wolverhampton Wanderers. Malangnya tidak ada ulasan dari Kem Liverpool kerana yang perempuan dah balik masuk hutan mengajar sementara yang lelaki kini menceburi bidang penulisan novel cinta Islami.

Sidang redaksi Sokernet mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua pengulas dalam profesion baru yang mereka ceburi.

26

Bola sepak Malaysia, orang Bulgaria dan cinta Islami

dingin
Antara sasaran sokernet pada 2010 adalah menarik lebih banyak pembaca wanita. Jadi antara strateginya adalah dengan menyelitkan unsur cinta Islami di dalam setiap entri. Ini entri percubaan. Semoga selepas ini, akan lebih ramai wanita mengunjungi sokernet dan bengkak-bengkak mata selepas membaca entri cinta Islami di sini.

Crash. (Pembetulan; sebenarya crush, crushes, aku baru belek google. wakaka)
Aku ingat lagi, crash aku semasa aku tingkatan satu, adalah crash yang paling indah dalam hidup. Sebagai seorang lelaki yang dibesarkan dengan wajah Wan Zaleha Radzi, Mas Anizan, Sri Dewi, dan Mahduri Dixit, jadi ofkoslah aku punyai selera yang agak tinggi. (walaupun sekarang aku sedar yang aku agak keterlaluan dalam taste dan tidak mungkin jadi seperti YB Kinabatangan)

Jadi budak perempuan yang aku crash itu, sama sedapnya mata memandang wajah Wan Zaleha Radzi pada waktu itu. Kalau sekarang, sama sedapnya mata memandang Megan Fox. Memang berbaloi. Dan dia adalah budak kelas aku.

Masalahnya, aku agak pendiam, pemalu dan diselubungi misteri. Jadi aku setakat crash sajalah. Aku cuma pandang dia dari jauh semasa hendak masuk kelas, di kantin dan di dewan makan. Aku juga baca nama dia kat jadual bertugas membersihkan kelas dan paling hip, aku duduk di kerusi dia pada waktu rehat. Hanyalah itulah yang mampu aku buat. Agak sedih bukan. Ya memang sedih.

Tetapi, yang agak muskilnya, aku tiba-tiba berubah watak apabila waktu PJK. Waktu PJK aku dulu, kami biasanya bermain bola sepak, bola tampar dan bola keranjang. Apabila bermain bola tampar, lelaki dan perempuan campur-campur. Dan apabila bermain bola tampar, aku tiba-tiba jadik lelaki yang agresif. Aku banyak bersuara, menjerit dan banyak membuat gerakan menarik seperti meloncat di jaring sambil memukul bola. Betul-betul hero. Hairan betul. Entah mengapa aku jadik begitu. Aku sendirik tak faham. Sampailah pada suatu hari, aku ketahuai sebabnya apabila diberitahu oleh orang Bulgaria.

Bulgaria. (pembetulan: sebenarnya aku nak tulis pasal Belgium, tapi dah terlanjur tulis dan google, aku malas nak betulkan. Wakaka. biarlah)
Bulgaria, negara yang di bawah pemerintahan Turki hampir lima dekad. Hanya selepas Turki kalah dalam perang Russo-Turkish War pada tahun 1877–1878 l , Bulgaria merdeka dan memulakan kerajaan monarkinya. Lama sebelum itu, Bulgaria pernah mempunyai empayar yang luas sebelum dijarah oleh Monggol dan dihancurkan ketamadunannya.

Itu dulu. Sekarang Bulgaria, sebagaimana negara Balkan yang lain, awek-aweknya sangat hot. Namun, Bulgaria lebih dikenali dengan pemain genius yang malas yang iaitu Berbatov. Namun, Berbatov bukanlah pemain yang memperkenalkan aku dengan Bulgaria. Aku lebih cenderung kepada Hristo Stoichkov . Hero Bulgaria semasa World Cup 1994. Waktu itu, aku dah tingkatan dua, tapi masih crash lagi dengan budak kelas aku dan dia tak tahu pun. Sedih betul.

Jadi, bagaimana orang Bulgaria itu beritahu aku berkenaan apa yang terjadi

Man Perform Better With an Audience.
Itu yang aku pelajari daripada orang Bulgaria. Mereka sedar mereka tidak mempunyai pemain berbakat dewa sebanyak Brazil. Tetapi Bulgarian Football Union tahu apa yang boleh membuatkan mereka hebat. Mereka perlukan semangat dan mereka juga sangat tahu bagaimana mahu menaikkan semangat pemain mereka. Perempuan? Betul sikit. Jadi apa yang betul banyaknya? Penonton? Ya, penonton @ penyokong.

Itulah yang orang Bulgaria ajar aku. Katanya, Трикольорите . Haram aku tak faham. Tetapi bagaimana aku boleh tahu? Pasal aku tengok Youtube. Nah nikmati youtube di bawah.


Apa macam? Intipati utama daripada iklan itu adalah mengajak penonton memenuhi stadium kerana mereka sangat faham apa itu semangat. Pemain lebih bersemangat bermain sekiranya ada penonton melihat mereka bermain. Apabila bersemangat bermain, main pun jadi bagus. Apabila main bagus, bolehlah ke World Cup.

Tanpa sedar, mereka juga dapat untung daripada tiket yang terjual. Ini semua tak perlu ilmu fekah tinggi untuk faham. (Biasa guna kata 'ilmu roket sains'. Untuk nampak Islami kita guna terma ini pulak). Budak Afrika yang tak pergi tadika pun boleh faham.

Mungkin FAM boleh ambil iktibar daripada Bulgaria. Bilakah kali terakhir FAM mengadakan kempen mengajak penonton memenuhi stadium? Maksudnya, iklan yang betul-betul fokus pada mengajak. Jadi takkan aku pulak yang nak fikir untuk FAM. Lecehlah macam ni. Dahlah training Liverpool kat Mellwood pun aku kena fikir. Mana nak sekodeng FB DDR (Datok Dr Rozmey) lagi. Mana nak jadik delegasi world cup Indonesia bagi bid 2018 dan 2022 Wrold Cup lagi. Tapi demi bola sepak Malaysia aku tolong fikirkan jugak.

1 - FAM boleh gunakan kuasa artis. 10 minit sebelum game, waktu rehat dan selepas game, bawak Bunkface nyanyi kat stadium. Deja Moss, Alyah dan Bob Mesra pun rasanya available. Jadi kompem ramai datang. Kat tiket boleh tulis 'Kedah VS Sabahawk (Konsert Bob Mesra dan Deja Moss)'. Kompem ramai datang kat stadium.


Bob Mesra.


2 - Buat cabutan bertuah. Pada mana-mana penonton yang ada tiket tu, kasiklah cabutan bertuah. Jangan beri sorang jek pemenang. Sekurang2nya beri hadiah kat 100 penonton bertuah. Hadiah, setakat air tin, orang dah syok dah. Paling tidak pun, akses vip ke belakang stage bersama Bob Mesra dan Deja Moss. Kalau rasa tak nak kalah, buat terus cabutan motosikal Modenas.



3 - Kuasa mobiliti dan berkumpul yang paling kuat di Malaysia adalah Mat Rempit. Tengoklah kat mana2 dataran, pasti mereka ada melepak ramai. Bukan itu saja, cakap je nak ke mana, time-time tu jugak mereka sampai. Gunakan kuasa ini. Selain artis, boleh gunakan juga persembahan stunt motosikal kat dalam stadium sebelum game mula, waktu rehat dan selepas. Kompem Mat Rempit kat Kampung Melayu Majidi Johor boleh turun ke Ipoh. Mat Rempit belah Ipoh, Beranang, Tanjung Karang dan Tronoh lagi lah takdak hal. Kompem penuh stadium. Lepak-lepak sambil tengok bola.

4 - Buat peraduan redemption atau bahasa Melayu 1ummah, penebusan semula. Di mana penonton akan mengumpulkan tiket2 mereka selepas tu cantum-cantum kat kertas yang disediakan. Alah macam Gaint dan Guardian tengah buat sekarang. Kalau kertas itu penuh dengan tiket, mereka boleh tebus hadiah daripada FAM. Hadiah cerek elektrik pun orang kita dah rasa dihargai.

5 - Buat iklan macam Bulgaria buat. Kreatif lah sikit. Kalau tiru sebijik2, nanti kena ban kat Kelantan dan Kedah pulak iklan tu.

6 - Gunakan group-group kat FB. Di FB ada sebuah group yang menamakan diri mereka Baca@LRT. Di mana program mereka setiap bulan adalah membaca di dalam LRT beramai-ramai bagi mewujudkan suasana LRT Jepun yang penuh dengan orang membaca. Jadi kerjasama sama dengan mereka, buat program Baca@stadium. Hah, penuhlah stadium. Belum lagi Group yang tidak suka kat blogger Aduka Taruna. Lagilah penuh stadium.Tapi kena fikir cara nak ajaklah.

7 - Antara group yang biasa memenuhi dewan dan stadium juga adalah Group MLM. Gunakan mereka. Galakkan mereka buat BUM (istilah ceramah MLM) kat stadium 10 minit sebelum, waktu rehat dan selepas. Takdak masalah. Group MLM ni dah biasa tepuk2 tangan dan sing along. Kompem stadium gamat dengan laungan “WE ARE THE BEST... BEST.. BEST'. *Tepuk2 tangan*

8 - Benarkan balik pemain import main. Kalau tak nak benarkan, sebelum bermula game, boleh buat perlawanan pertunjukkan bola antara artis. Ramailah orang turun. Ada jugaklah sumbangan artis Malaysia macam Fahrin dan Awal Ashari dalam sejarah bola sepak.

9 - Panggil Nabil buat lawak dan dia pasti cakap, Lu pikirlah sendirik. Aku pun dah penat pikir.

Ok cukuplah sembilan point. Aku dah penat. Tapi aku mengaku, ini persoalan telur dan ayam. Yang mana keluar dulu. Persoalan, pemain main bagus, baru penonton datang ataupun penonton datang baru pemain main bagus? Jadi, kita buatlah part masing-masing. Part penyokong, buatlah part penyokong dan datang sokong, part pemain, mainlah bagus2, dan part FAM, bantu penyokong datang dan bantu pemain main bagus2. Biasanya part FAM yang kantoi.

Mana tahu kita mampu seperti Bulgaria. Tidaklah popular macam Itali dan Brazil, tetapi tetap ke World Cup. Bukankah itu harapan FAM, nak masuk World Cup?

Bourgenvilla girl
Akhir aku tahu, pada setiap kali PJK, aku jadi agresif dan hebat di gelanggang bola tampar sebab adanya budak perempuan yang aku crash itu. Mungkin waktu itu, aku mahu ambil perhatian dia. Ya, budak perempuan aku tetap crash sampai tingkatan 5. Walaupun dalam jangka masa itu aku dah crash banyak kali dengan orang lain, dia tetap crash aku yang terbaik dan manis. Aku cuma gunakan perkataan crash sebab aku memang hanya crash, bukan jenis hantar surat bubuh bedak. Terlepas aku peluang itu, peluang bubuh bedak dalam surat.

Jadi betullah kata orang dulu-dulu, kalau jodoh tidak ke mana. Kami memang tidak ada jodoh, dan dia pun dah ke mana-mana perginya aku tak tau. Cuma yang aku ingat, semasa tingkatan dua atau tiga, lagu Spring – Bouganvilla agak terkenal dan budak itu tulis kat beg dia guna liquid paper – bouganvilla girl.

Tetapi aku bersyukur mengenali dia, kerana dia membuktikan aku adalah lelaki normal kerana masih tertarik kepada wanita. Semoga dia mendapat lelaki yang lebih baik daripada aku yang dapat membimbingnya di dunia dan akhirat. Aku sedar siapalah aku sekiranya hendak dibandingkan dengan dia. Dia umpama pelangi selepas hujan. Aku cumalah burung pipit basah di ranting mati. Kecil, dingin dan tidak mampu berkata-kata bahasa pelangi.

Terima kasih untuk dia kerana pengalaman ini. Alhamdulillah. (Apa macam, endingnya agak Islami bukan?)

Berikut lagu bourgenvilla – spring. enjoi

26

Bola sepak dan agama

dingin Selasa, Januari 26, 2010





Sekiranya di Brazil, perlawanan bola sepak umpama upacara keagamaan. Kita kagum dengan hebatnya mereka dengan wajah yang bercat dan panji-panji yang berkibar. Belum masuk suar api yang menyala-nyala lagi. Sangat kagum.




Namun kita terlupa, bahawa di Malaysia juga lebih hebat. Kerana berbanding di Brazil, bola sepak umpama upacara keagamaan, tetapi di Malaysia upacara keagamaan itu umpama bola sepak.

















Hebat?
18

1 (JUGA)


Entri di bawah saya nak buat sejurus selepas game. Tapi atas sebab-sebab kesihatan internet, ia tertunda dan jadi redundant dengan entri j or ji. Gambar pun gambar lama, tapi sakit hati pembenci manchester united, saya tak ambil peduli.

entri ini mengambil teladan dari entri ini: 1 (yang ditulis oleh pelajar UiTM)

Dahulu segan juga nak riak bila team kesukaan berada di persada liga walhal team nombor dua dan tiga ada game belum dihabiskan. Iyalah, takutlah berada di puncak itu sekadar seminggu saja, seperti The Gunners. Tapi melihat abang pipi kita kata ok riak sebegitu dan peminat-peminatnya pun ikut sama riak, maka mereka sudah tentulah telan liur sahaja bila kami turut menggunakan konsep riak yang sama minggu ini.

"Eeee, aku benci Manchester United sebab mereka poyo masa berada nombor satu liga walhal team bawah kurang game dan boleh pintas mereka minggu depan" harus dibuang dalam senarai anda sekarang kerana anda telebih dahulu melakukannya. Jangan buang point benci Manchester United kerana peminatnya riak nak mampus bila menang kerana ia masih diamalkan oleh kami.

Altogether now - YA A AWWWW!!!

Eeee, bencinye,


Eeee, gol lagi? bencinye...


hatrick? eeee, bencinye.


Eeee, bencinyeeeee. Nasib baik striker kami hensem (baca: Torres)

(Semoga Manchester United terus dipersada liga agar diriku dan rakan-rakan aman sejahtera)

15

Sabahawks?!

Lucius Maximus Isnin, Januari 25, 2010 ,
Dari SabahRhinos.com



The above was the new logo/mascot for Sabah football team as unveiled by the Honourable CM of Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman last night during the closing ceremony of the SAFA Inter-Zone Competition.

SabahRhinos.com was invited to witness the event and was represented by 4 members (including yours truly). A new song was also aired, titled “Sabah Helang”.

After the event, we managed to speak to the SAFA Secretary Mr Alijus and he informed us that apart from re-branding the team, SAFA also hopes that the new mascot will bring new life and determination the players.

However he was surprised when we informed him that KL team is also using the Hawk as their mascot. He added that SAFA does not need the approval of FAM regarding the mascot change.

We also informed him that a big majority of the fans online does not agree to the change. Which he acknowledge that it was not a surprise but wants us to get feedback after the event.

So it’s Sabahawks now (yes with 1 ‘H‘).

Moral dari berita di atas:

1) Mentaliti bolasepak di Malaysia masih belum berubah, masih lagi penuh dengan budaya mengampu, membodek dan menjilat. Masih juga penuh budaya syok sendiri, perasan bagus dan bikin ikut suka hati.

2) Sikit-sikit re-branding, tak habis dengan re-branding. Kalau brand berubah-ubah tapi pengurusan masih berterabur pun tak guna juga. Pakailah brand consultant paling top macam mana pun kalau pengurusan tak betul memang tak ke mana.

3) Pertama kali aku dengar pertukaran maskot di buat dengan harapan meningkatkan semangat pemain untuk berjuang mencapai kemenangan. Macam tu Liverpool pun kena ada maskot kot baru ngetop.

4) Setiausaha Sabah Football Association (SAFA), Encik Alijus Sipil tidak tahu menahu bahawa burung helang juga adalah maskot Kuala Lumpur FA. Aku yakin dia juga tidak tahu apa maskot Kedah FA (kenari), Perak FA (seladang) atau Terengganu FA (penyu). Mamat ni betul ke minat dan tahu pasal bolasepak atau jadi setiausaha sebab orang kuat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu?

5) Pertukaran maskot dibuat ikut suka hati tanpa mengambil kira pendapat peminat Sabah FA. Yang ini memang adat tradisi bolasepak di Malaysia, urus persatuan atau kelab macam bapak dia punya, bikin ikut suka. Real Madrid yang kaya-raya pun tahu betapa pentingnya jaga hati peminat.

6) Seriyesli logo helang bertenggek atas bola tu lebih kurang macam Crystal Palace punya.

7) Kasihan kat rakan-rakan di SabahRhinos.com, lepas ni nak kena tukar domain la pulak.
16

Tumbukan padu ke udara!

j or ji
Manchester United kembali ke puncak!
4 kali orgasm! 4 kali tumbukan padu ke udara!
"Rooneyy! Rooneyyy! Rooneyyyyyy!!"
Wayne 'The Rudeboy' Rooney is back!!

Wayne Rooney 'meletop' disaat Manchester United memerlukannya. Apabila Manchester United sudah mula bermain bagaikan 'MANCHESTER UNITED' maka selamat tinggal pasukan lain. Apabila setan merah kembali menggila di Old Trafford, semua pasukan di EPL tahu, mereka hanya perlu mengisi jadual permainan sahaja selepas ini, kerana apabila Manchester United kembali ke tempat asalnya, di No. 1 liga, maka bolehlah pasukan lain mula berebut tempat ke kedudukan no. 2,3,4 dan 6 liga! (pasukan mana la tu yang dapat no 6!) Yeah!

Dah lama Manchester United dan peminat setan merah 'belajar' menjadi rendah diri. Apa musim rendah diri? Manchester United dan setan merah semestinya berada di tahap P O Y O tertinggi, kerana itulah kami, The Red Devils. Juara England sebenar!

Seluruh England dah tahu. Seluruh Eropah dah dengar. Manchester United kembali ke persada liga. Wayne ' The Rudeboy' Rooney dah menyetan kembali. Hanya seorang yang masih belum tahu dan akan menjadi mangsanya nanti. Roberto Mancity!

All hail The Rudeboy!

Dun mess wit da rudeboy!

Juga 2 tumbukan padu ke udara kepada pasukan Arsenal sebab terkeluar piala FA dan tersingkir dari kedudukan no. 1 liga. Dapek duduk kojap jadilahhh..katernyeee...
13

Mana Abang Pipi?

Notis: Tugasan Kakitangan

Dimaklumkan seperti berikut tugasan kakitangan Sokernet untuk minggu ini:

Nama : Pipiyapong
Bahagian : Unit Pembangunan Bolasepak Kanak-Kanak Arsenal
Tugasan : Temuramah eksklusif bersama Sol Campbell sempena kepulangan beliau ke Arsenal dan harapan musim ini bersama Arsenal
Lokasi : London, United Kingdom
Deadline : Tidak dinyatakan (sila lapor diri kembali ke ibupejabat Sokernet bila Arsenal menang balik)

Lain-lain kakitangan : Bertugas seperti biasa (sambil kutuk Arsenal)
21

Liverpool May 1970

dingin Ahad, Januari 24, 2010
Sejak aku ada krisis keyakinan untuk buat entri pasal Liverpool, aku cuba beralih ke local team. Mana tahu boleh ubat hati. Tapi local team aku pun lebih kurang jugak perangainya. Perangai segan nak menang. Local team aku adalah Sarawak, okey. Sarawak main pun buat aku sesak nafas jek. Geram betul aku. Adakah patut, main bola tak nak pergi kat tempat air bertakung? (main lepas hujan) Itu tak apa lagi. Lepas tu penonton boo, boleh dia terus pergi kat bench, tak nak main. Gila ke apa? (Nama pemain itu terpaksa dirahsiakan)

Dalam sesak2 nafas itu, aku pun main FB (facebook). Aku hiburkan hati aku dengan baca status2 FB Dr. Rozmey. Agak luar biasa jugak dia punya ayat. Terkekeh2 aku gelak. Dalam masa yang sama aku terinpirasi sebab Dr. Rozmey dia punya keyakinan lain macam. Antara status FB Dr Rozemy yang terkini.

23 jan : penglibatan ddr dlm dunia filem adalah kebijaksanaan ddr dlm meluncur laju laluan terowong masa dlm mendekati penguna: DDR pasti mampu lebih dekat dihati rakyat malaysia....DDR 1 malaysia.


Apa macam, luar biasa tak dia punya ayat?



Tapi nak dijadikan cerita, aku terima emel daripada Rafa. Dia bertanya apsal tak update pasal Liverpool. Aku cakap, aku sedang berduka. Aku cakap direct kat Rafa, dia patut berhenti jadi manager. Rafa tak balas emel aku. Kecik ati kot.

Tup tup, esok malamnya ada orang ketuk pintu rumah aku. Waktu tu aku tengah main FB. Aku bukak pintu, Aik, Sammy Lee. Dia cakap Rafa hantar dia. Aku tanya apsal? Dia tak jawab terus. Dia duduk dulu, ambik nafas.


Sammy Lee.

“Bagaimana kalau kita pecat Shankly,” kata Sammy Lee sambil matanya pandang ke arah skrin laptop aku. Kebetulan time tu aku tengah bukak FB Dr Rozmey.

“Pecat Shankly? Nak pecat apa? Dia dah mati,” balas aku. Tak puas hati aku ditanya soalan bodoh macam tu. Datang jauh2, semata-mata nak tanya soalan macam tu.

“Pada May 1970, Liverpool sudah kalah 11 kali dalam liga. Sudah terkeluar daripada League Cup in Round 3 selepas kalah pada Manchester City. Juga dimalukan oleh kelab division dua, Watford dalam piala FA. Lebih perit, Liverpool kalah kepada kelab Setubal dalam piala Eropah. Liverpool berada dalam kedudukan lima terbawah dalam carta liga. Dan kamu tahu, waktu itu siapa pengurusnya? Billy Shankly!” terang Sammy Lee dengan tegas dan panjang ebar. Sambi itu dahinya berkerut-kerut tengok FB Dr Rozmey. Entah apa yang pelik sangatnya, aku pun tak tau.

“Setubal?” itu pertanyaan aku. 1st time aku dengar nama kelab itu.

“Itu kelab Portugis yang menjajah Melaka pada tahun 1511. Setubal itu nama tempat di Portugis,” jawab Sammy Lee.

Aku kerut dahi. Boleh tahan juga ilmu tawarikh Sammy Lee ni. Sampai ke sejarah Melaya dia hafal.

“Jadi, perlukah kita pecat Shankly ataupun beri dia masa?” soal Sammy Lee lagi.

“Tapi, sebelum tu Shankly dah bawak Liverpool dari division dua naik ke liga utama. Sedangkan Rafa mewarisi Liverpool yang dapat nombor lima dalam liga,” kata aku, tegas sambil melihat baju t shirt yang dipakai oleh Sammy Lee, 'Aku sayang emak aku'. Mesti beli kat Danau Kota. Sempat lagi.

“Kalau kail panjang sejengkal. Luatan dalam jangan diduga. Pada 1970, Shankly sudah empat tahun tidak membawa apa-apa silver plate ke Liverpool. Empat tahun beb. Dia memang dah bawa Liverpool masuk liga utama dan menang piala FA dan juara liga. Tapi itu dah empat tahun lepas. Sekarang, adakah kita perlu pecat Shankly ataupun kita beri Shankly masa,” tanya Sammy Lee semakin tegas.

Aku pulak dok garu-garu kepala. Ini soalan memerangkap ni. Yang aku tahu pada 1972 dan 1973 Liverpool menang balik liga. Jadi kalau aku kata tak pecat, mesti terus dia cakap, Rafa pun juga tak boleh dipecat. Tak boleh jadi.

“Kalau begitu, Houliar dan Saouness pun, tak payah lah kita pecat. Patutnya beri mereka masa,” jawab aku dengan mata yang tajam.

“Souness tak menang apa-apa. Haoulier, tak pernah jadi pencabar di liga. Walupun pernah dapat no.2 kat liga, tapi ketinggalan 30 mata. Berbanding tahun lepas, Liverpool hanya ketinggalan 4 mata. Jadi jawab dulu soalan saya tadi, adakah kita perlu pecat Shankly ataupun beri dia masa?” Sammy Lee kembali kepada soalan memerangkapnya.

Aku diam. Aku biarkan soalan itu terbang. Aku toleh pada Sammy Lee pastu cakap, “Aku tak suka Rafa. Tak ada orang yang lebih besar daripada Liverpool. Rafa pun sama. Tapi aku beri dia peluang sampai akhir musim ini. Itu saja. Kalau akhir musim ni, tak dapat big 4, dengan kau-kau aku terajang!”

Sammy lee buat muka takut. Walaupun pada hakikatnya, aku tak lah berani nak terajang2 orang pasal bola. Apa kebodohnya nak terajang orang pasal bola? Tak mendatangkan faedah langsung. Pastu aku sambung balik main FB, baca statusDr Rozmey. sengih2. Sammy Lee pula aku biar terkulat-kulat sambil ikut meninjau-ninjau FB Dr Rozmey. Aku tau dia pun sednag tahan sengih2. Nak add la tu.
12

Liveblogging - Preston North End lwn Chelsea

Obefiend Weiland Sabtu, Januari 23, 2010
Piala F.A

Selamat datang ke liveblogging Sokernet. Perlawanan malam ini ialah diantara Chelsea dan Preston Hujung Utagha. Adakah Chelsea bakal mendera pasukan bimbingan anak Sir Alex "Pengadil semuanya salah" Ferguson? Atau Preston bakal memberi tragedi kulit pisang kepada pasukan bimbingan Carlo Ancelloti?. Malam ini saya ditemani boss Restoran Najath di Taman Ehsan di konti komentator.

"So Macha? Ini malam you rasa siapa menang?"
"Sebelum tanya saya.. mau makan apa boss? Order dulu baru boleh pakai WIFI sama tengok bola la"
"Lek Lek.. macha.. chill macha. Aku order macam biasa. Macam tak kenal je muka aku!"
"Meggi goreng tulur sama teh ais? Ok boss. Saya rasa kan boss, malam ni Manchester juga menang!"
"Aku tau la engkau sokong Man U.. tapi takkan game ni pun engkau predict Man U menang!"
"Ok ok boss....... you punya pasal. Chelsea menang"

Kembali ke aksi di padang. Kelihatan game akan bermula. Kita terus ke Deepdale.

0:00 - Oh maafkan saya (gaya Hasbullah Awang). Ada pakcik suruh tukar buletin utama pulak. Dia nak tengok pemakaman Sultan Johor. hampeh!

1:00 - Hisap rokok dulu dan mengajing Jannah kerana "Livepool" tiada dalam Piala FA

2:00 - Lama lak Buletin Utama .. sms penyokong Football Association Manchester juga kerana meraka tidak bermain dalam Piala FA juga. Harapnya selepas ini kalah dengan Hull City!

20:00 - Belum apa apa Juliano Belleti sudah terhencot-hencot.. Digantikan oleh Florent Malouda.

22:00 - Sturridge juga terhencot-hencot sekarang .. tapi masih boleh bermain.

24: 00 - Gol dibatalkan kerana foul. Freekick diberi kepada Chelsea? WTF? Kamon ref.. kasik la gol!

24:00 - Ballack mengambil freekick.. ditampan penjaga gol dan sepakan sudut diberikan. Sepakan sudut agak lemau. Sepakan gol untuk Preston

26:00 - Possession nampaknya menyebelahi Chelsea. Ketika ini hujan mula turun di Kepong. Adakah siaran langsung akan tergendala lagi?

31:00 - Freekick Chelsea.. Alex merembat terus.. diselamatkan keeper dengan baik.

33:00 - Preston melakukan serangan! Bola berjaya disambut Hilario. Agak open juga game ini. Agak malang bola akhir ke penyerang Preston tidak tepat. Peluang gagal diambiloleh pasukan pelawat.

36:40 - GOOOOOOOLLLLLLLLLLLLLL - Nicolas Anelka atau Abdul Salam Bilal.Hantaran dari tengah Malouda ke Anelka. Anelka bergerak dari kiri padang ketengah dan merembat mudah menerobos celah kaki Andy Lonergen. Anelka on form dan onfire. Ini ialah gol pertama Anelka dalam Piala FA dan gol kelapannya untuk musim ini.

39:00 - Preston hampir menjaringkan gol tapi sentuhan akhir penyerang Preston Darren Carter kelangit! Literally! Peluang terbaik bagi Preston untuk menyamakan kedudukan gagal disempurnakan.

42 :00 - Hujan lebat mengakibatkan screen mamak mendapat kotak kuning of death!! Nampaknya live blogging tertangguh selagi hujan lebat. Hujan kini amat lebat! Mak aih! Basah laptop aku!! Larikan diri kejap

Sementara menunggu hujan reda aku baru perasan ada beberapa kesilapan dari aku. HAHAH. Goalkeeper ialah Hilario. Aku mata sudah mau mampos agaknya. Tak perasan ke dia tak pakai helmet? Harap maaf pembaca sekalian. Berkenaan stadium pula aku miss starting. So tak perasan! HAHAH. Gagal lah lu Obefiend!

Half time sekarang mengikut Livecast dan Chelsea masih didepan dengan 1-0. Diharapkan selpas halftime hujan tidak lebat dan aku boleh kembali menonton secara live. Makan meggi goreng dulu sementara menunggu kotak kuning di ASTRO hilang.

Game mau start balik mengikut Livecast. ASTRO masih takde signal. Macam gagal habis percubaan liveblogging aku malam ni. Balik rumah layan DVD la macam ni!

47:00- GOOOOOOOOOOOOOL!! Daniel Sturridge. Aku sambut je. TV masih gelap. Macam bangang pegi mamak sekali layan Livecast. Mamak Najath tanya aku siapa sekor. Aku pun cakap. Uncle belakang aku pun mengusha laptop tanya skor. Tak peduli! 2-0 kepada Chelsea dan Sturridge menambahkan jumlah golnya untuk kelab kepada 3 untuk musim ini

Nampaknya hujan semakin ganas. Baik aku balik je. Liveblogging malam ini total washout. Cuba lagi tahun depan! Kalau game Man United tidak terganggu aku buat liveblogging game tu la pulak.

82:00 - Sturrigde! Peluang menambah gol terlepas lagi. Terjatuh pula depan gol diikuti aksi berpusing-pusing selepas dilanggar penjaga gol.

86:00 - Jika Chelsea menang malam ini, ianya kemenangan pertama The Blues di Deepdale semenjak 48 tahun!

88:12 - Joe Cole mencuba volley dari luar kotak penalti hasil hantaran Anelka. Tetapi rembatan beliau off target ke row Z. Anelka banyak memberi peluang kepada team mate untuk cuba menambahkan gol malam ni.

92 :00 - Didalam masa tambahan sekarang dan Jon Parkin menanduk bola ke gawang Chelsea. Tandukan terlalu tinggi dan tersasar!

93:45 - Bola seakan pinball di kotak penalti Preston. Volley Anelka dihalang pemain Preston.

94:00 - Fulltime!!.. Wisel ditiup beberapa saat setelah bola rembatan Anelka dikeluarkan dari kawasan Preston. Kemenangan yang agak selesa bagi The Blues.

Keputusan Akhir.

Preston North End 0 - 2 Chelsea.

Anelka 37'
Sturridge 47'

Perlawanan yang agak mudah bagi pemegang Piala FA musim lalu. Jumlah cubaan ke gol dari Chelsea ialah 32 dengan 19 on target. Preston pula 13 cubaan dengan hanya 6 on target. Dari segi posesi bola pula, Chelsea mengungguli dengan 63%. Perlawanan juga agak bersih dengan hanya satu kad kuning dilayangkan kepada pemain Preston, Michael Hart.

10

Debar Derbi Sedunia - Antara Anyer Dan Jakarta

Lucius Maximus Jumaat, Januari 22, 2010
“Maaf pak, pertandingan yang ini ngak bisa nonton,” sapa pak polisi di luar Stadion Gelora Bung Karno (GBK).

20 Januari 2010. Derbi Jakarta, Persija Jakarta lawan Persitara Jakarta Utara.

Di mana-mana juga derbi dalam dunia ini (kecuali Malaysia agaknya) akan dipenuhi penonton dari kedua pasukan. Tapi hari ini Derbi Jakarta di GBK bakal dipertandingkan dalam stadium yang kosong.

Kepala Kepolisian Daerah (Kapolda) Metro Jaya beberapa hari sebelum bermulanya derbi dengan penuh yakin memberi jaminan bahawa angkatan polisinya tidak bisa menjamin keamanan pertandingan. Satu pernyataan yang disambut dengan reaksi mudah dari penyokong Persija.


Hasilnya, sepanjang perjalanan menuju ke GBK para penyokong Persija dengan baju berwarna jingga yang bertulis ‘Gue Anak Jakarta’ atau ‘Jakmania 12’ memenuhi bahu jalan menyambut ketibaan bas para pemain Persija. Mesej mereka jelas, ‘Persija Kamu Takkan Pernah Sendiri’.

Jakarta, ibu negara Republik Indonesia seperti kebanyakan bandaraya yang lain berpecah dua dalam hal bolasepak. Tetapi perpecahan ini tidak seimbang, sebahagian besar anak Jakarta menyokong Persija sementara bahagian yang kecil pula memilih warna biru Persitara.


Persija Jakarta jauh lebih tua, ditubuhkan pada 28 November 1928 dengan nama Belanda, Voetbalbond Indonesische Jakarta (VIJ). Hubung kait yang mendalam dengan Belanda membawa ke hari ini dengan penggunaan jingga sebagai warna jersi mereka. Kelab yang terkenal dengan nama jolokan Macan Kemayoran (Harimau Kemayoran) ini bermain di Gelora Bung Karno (GBK) yang mempunyai kapasiti 88,083 penonton, stadium terbesar dalam Indonesian Super League (ISL).


Dirigen (capo) Persija bersama Jakmania - Macam Belanda pun ada

Terkenal sebagai antara kelab bolasepak paling berjaya di Indonesia, Persija telah merangkul 10 kejuaraan liga (9 era Perserikatan dan 1 era Profesional). Mereka mempunyai kelompok penyokong yang besar (standing Arema Malang dan Persib Bandung) yang dikenali dengan nama Jakmania.



Berbeza pula dengan Persitara Jakarta Utara, yang hanya lahir sekitar 1985 dan jauh lebih kecil berbanding Persija. Terbit melalui idea mahu mewujudkan sebuah lagi kelab dari Jakarta, Persitara bagaimanapun tidak mendapat sokongan yang meluas seperti saudara tuanya, Persija. Lebih-lebih lagi apabila Persija berusaha membangkitkan prinsip ‘Jakarta Satu’ yang mahukan hanya satu kelab bolasepak di Jakarta.

Tahun lepas, ketika usaha dilakukan oleh pihak tertentu untuk menyerap Persitara ke dalam Persija, demonstrasi besar-besaran diadakan oleh penyokong Persitara yang membantah langkah penggabungan tersebut. Sebuah keranda diletakkan di hadapan pejabat Wali Kota sebagai langkah protes.

Penyokong Laskar Si Pitung - Minoriti tapi tetap berdiri


Kelompok kecil penyokong Laskar Si Pitung (nama jolokan Persitara) wujud melalui kumpulan seperti The North, Bajak Laut dan NJ Mania. Mereka memenuhi Stadion Kamal Muara yang berkapasiti 10,000 penonton. Sejarah pendek kewujudan Persitara pula tidak mencoretkan sebarang kejuaraan liga atau piala setakat ini sekaligus mengekalkan status mereka sebagai adik tiri Persija.

Duel Jakarta

Pertandingan ISL 2009/10 antara Persija dan Persitara tetap dilangsungkan di GBK sekalipun Kapolda Metro Jaya memutuskan tiada penonton dibenarkan masuk. Keputusan pihak polisi ini menunjukkan betapa mereka sendiri tidak mampu membendung suasana fanatik para penyokong bolasepak Indonesia di saat PDRM di Malaysia mampu menghantar FRU untuk makan kuaci sambil menonton perlawanan MSL.

Kedua-dua pasukan berarak masuk ke kandang keramat sepakbola Indonesia dengan diiringi bunyi cengkerik. Di satu penjuru sekumpulan polisi sedang melepak makan kuaci barangkali. Pelik juga kerana kalau sudah ditetapkan perlawanan tanpa penonton, kenapa masih mahu bawa polisi ramai-ramai?



Sekumpulan pak polisi sedang mengeram telur masing-masing


Persija terlebih dulu melakukan cubaan. Bambang Pamungkas menyambut hantaran lintang Talaohu Musafry pada minit ke-7 namun tandukannya melencong dari gawang.

Seminit berselang Talaohu Musafry berjaya meletakkan Persija di depan hasil hantaran dari Ismed Sofyan. Jaringan gol pertama ini hanya disambut dengan tepukan pihak polisi dan wakil media.

Persitara rancak menyerang sebaik ketinggalan dan peluang terbaik mereka muncul pada minit ke-12 melalui tendangan percuma. Kuisan Kabir Bello bagaimanapun ditampan kemas penjaga gol Persija, M Yasir.

Talaohu Musafry muncul wira Persija kali kedua apabila hantaran datar Aliyudin ke dalam kotak penalty disambut baik Musafryuntuk menewaskan penjaga gol lawan, Wawan Darmawan minit ke-28. Persija selesa di depan dengan kedudukan 2-0.

Dengan babak pertama berbaki 8 minit, Persitara sekali lagi cuba menembusi gawang Persija tetapi cubaan dalam kotak penalti Dedi Mulyadi sekali lagi ditangkap kemas penjaga gol Persija.

Usai turun minum, Persija lebih banyak menguasai perlawanan dengan Persitara bertahan di kawasan sendiri. Beberapa cubaan merbahaya Persija melalui Bambang Pamungkas dan Aliyudin bagaimanapun ditepis baik oleh penjaga gol Persija.

Kebuntuan, Bambang Pamungkas mengatur gerak di sebelah kanan pertahanan Persitara sebelum membuat hantaran lintang ke dalam kotak. Si kulit bundar di sambut baik oleh Musafry yang unggul dengan gol ketiga peribadi dan ketiga untuk Persija tepat minit ke-71.



Ketiadaan penyokong, Musafry meraikan jaringan ketiga beliau di depan jurufoto Sokernet


Persitara cuba menyerang balas dengan sisa perlawanan seterusnya tetapi Persija yang selesa dengan kusyen 3 gol memilih untuk bertahan hingga wasit meniup peluit.

Di luar GBK, puluhan ribu Jakmania yang sabar menunggu meraikan kemenangan Persija ke atas seteru ibu kota mereka.

Kemenangan Persija membawa mereka keluar dari zon penyingkiran buat masa ini untuk berada di tangga ke-14 dengan 17 mata. Manakala Persitara pula terus tertekan di kedudukan ke-17 dengan hanya 11 mata. Tiga pasukan terbawah ISL bakal disingkirkan secara automatik.

Kelab P M S K M
14 Persija Jakarta 13 4 5 4 17
15 PSPS Pekanbaru 14 4 4 6 16
16 PSM Makassar 15 4 4 7 16
17 Persitara Jakarta Utara 14 3 2 9 11
18 Pelita Jaya 14 1 6 7 9

Nota kaki: Arema Malang terus kukuh di puncak klasemen selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Persik Kediri di kandang lawan. Dilaporkan 82 buah bas membawa penyokong Aremania dari Malang ke Kediri (81 km). Kalau Kuala Lumpur lawan Selangor berapa bas agaknya bergerak dari KL ke Shah Alam?

19

FAM Akan Beli Manchester United

Baru sahaja berita kegagalan Tony Fernandes membeli kelab West Ham menyejuk , kini muncul lagi satu berita panas ke meja Sokernet. Kami baru sahaja menerima sebuah email dari spy kami di Wisma FAM. Menurut email Agent X pihak, FAM sedang dalam fasa akhir berunding dengan keluar Glazers untuk membeli kelab bolasepak Manchester United. Seperti yang kita sedia maklum kelab gergasi eropah ini kini berhutang sebanyak GBP 716 juta. Keluarga Glazers sebagai pemilik kelab pula tidak mampu membayar hutang yang semakin meningkat. Didalam laporan kewangan tahunan yang dikeluarkan minggu lepas, Man United hanya mencatatkan keuntungan bersih GBP 34 juta. Ini banyak dibantu oleh wang perpindahan Cronaldo sebanyak GBP 80 juta pada musim panas yang lalu. Ini sekaligus menunjukkan Man United perlu menjual pemain utama mereka setiap tahun untuk mengelakkan dari mengalami kerugian. Pada waktu artikel ini ditulis sudah ada khabar angin yang Dimitar “I look like Andy Garcia” Berbatov , Wayne “Penyetubuh Nenek” Rooney dan Nemanja “Dulu Senario .. sikalang” Vidic bakal dijual diakhir musim 2009/10 untuk mengimbangi baki bawa bawah buku lejer prinsip akaun Man United.

Pembelian Man United oleh FAM dijangka bakal memuaskan hati majlis tertinggi FAM yang hampir kesemuanya peminat Man United. Ia juga bakal menyenangkan hati kesemua peminat The Glory Hunters di Malaysia. Rata-rata peminat Man United yang kami temui mengalu-alukan pembelian kelab kegeramaran mereka. Salah seorang diantara mereka , Encik Shahreza Sharifudn (26) berkata;

“Ramai rakan saya mengutuk kerana saya tak support langsung team bola di Malaysia. Diorang kata buat apa sokong kelab bukan tempatan. Jika pembelian ini berjaya saya tak akan malu lagi mengaku saya penyokong hardcore Man U”

Pembelian Man United dikatakan bakal menaikkan imej FAM yang sering dipersalahkan kerana gagal menaikkan taraf bolasepak tempatan. Menurut laporan audit, FAM telah membelanjakan beratus-ratus juta didalam pelbagai skim dan program semenjak tiga dekad yang lalu. Ini termasuk projek bailout dan membayar gaji pemain persatuan kelab negeri yang muflis. Bosan asyik menghabiskan duit tanpa ada end product, pembelian Man United ialah langkah drastik FAM untuk “membeli kejayaan” sama seperti model yang digunakan kelab seperti Chelsea, Man City dan Real Madrid.Seorang ahli jawatan kuasa tinggi yang enggan dikenal pasti berkata;

“Pihak FAM sudah bosan melawan cacian yang dilempar peminat bola sepak Malaysia. Mereka asyik menyalahkan FAM bila pasukan negara kita gagal. Maka kami rasa lebih baik membeli dan mengurus kelab luar negara kerana khidmat kami di Malaysia langsung tidak dihargai. Disamping itu lepas ni boleh lah kami ada alasan ke England setiap minggu. Kalau dulu kami pergi waktu bulan Ramadhan sahaja menemani tuanku Presiden!”

Pembelian ini juga bakal membawa perubahan besar kepada kelab Manchester United. Kami difahamkan MU akan direbrand menjadi Football Association of Manchester. Logo baru United bakal menggabungkan elemen asal logo FAM dan United seperti yang dilihat dibawah.

Football Association Manchester
25

Debar Derbi Sedunia - Derbi Lembah Klang

Lucius Maximus Khamis, Januari 21, 2010
“Abang bukan suka-suka kompelin dik, abang kompelin sebab abang sayang,” getus lelaki pemotong ayam bernama Solo. Tapi di Pasar Chow Kit kawan-kawan sepasar yang lain panggil dia Castello. Muka aku tengok tak pula macam Rosyam Nor.

“Dulu, ada Serbegeth Singh, ada Lim Teong Kim, ada Rashid Hassan, ada Mat Zan Mat Aris, ada Razip Ismail tapi sekarang siapa yang ada?”

“Razip Ismail ada lagi apa?” Aku cuba membetulkan kekhilafan.

“Aku maksudkan sebagai player je la. Memanglah dia ada sekarang tapi jadi coach je la. Abang punya point sekarang, mana dia player-player gempak. Yang ada sekarang ni orang tak kenal pun,” tegas Solo.

“Eh jap, nanti lu nak tulis Sokernet jangan letak nama Solo, letak Castello okay? Baik punya.”

Maksud aku Castello.

Castello kali pertama menjejakkan kaki di Kuala Lumpur pada tahun 1982. Mula-mula kerja construction, lepas tu kerja kilang di Petaling Jaya. Dapat kumpul duit buat modal sikit, Castello JV dengan geng rumah sewa di Kampung Chu Badak. Berniaga ayam sembelih di Pasar Chow Kit.

Dulu-dulu belum ada Astro dan kedai mamak 24 jam.Jadi tidak ada siaran langsung bolasepak orang putih. Zaman tu karaoke pun belum mula lagi. Merempit kat Jalan Raja Laut jauh sekali. Bosan malam-malam, anak muda Kuala Lumpur bertandang ke Stadium Merdeka.

Kuala Lumpur tahun 80-an macam Liverpool dulu-dulu, mantap. Tapi legenda Sang Helang dulu semua dah pencen. Rashid Hassan dah gantung sarung tangan, Serbegeth Singh dah jadi Shebby Singh dan Lim Teong Kim sekarang satu kompeni dengan Louis Van Gaal. Pengganti mereka sekarang macam Norazlan Razali, Jeremy Matthew Danker dan See Kok Luen adalah pemain yang penuh misteri dan tanda tanya.



Kuala Lumpur zaman sebelum ada kondominium, padang golf dan gelanggang futsal. Lawatan sambil bermain di Belanda ini berlaku di zaman Robin van Persie baru masuk tadika.

“Dah jom la gerak sekarang. Federal Highway jalan jem. Abang tak ada duit nak bayar tol NKVE,” ajak Castello.

Dalam van Perodua Rusa milik Castello, bersesak di Federal Highway dari Kuala Lumpur ke Shah Alam, dia berceramah lagi.

“87, 88 dan 89. Tahun keramat tu. Hanya KL dan Selangor je yang pernah menang Piala Malaysia 3 tahun berturut-turut. Kedah dan Perak pun tak pernah. Negeri Sultan Bola toksah cerita la.”

Aku cuba perbetulkan keadaan. Singapura pun pernah menang 3 kali berturut-turut.

“Yang tu tak boleh kira la dia orang mana main Liga Malaysia sekarang ni.”

Selepas satu jam bersesak di jalanraya kerana kurangnya perancangan bersepadu sistem pengangkutan negara, aku dan Castello tiba di Stadium Shah Alam yang jauh lebih besar dari Old Trafford.

Di luar stadium, sekumpulan penyokong Red Giants sudah bersedia dengan bendera merah kuning mereka. Aku pandang dengan penuh kebencian seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain. Red Giants sama seperti Red Devils, terlalu berjaya hingga dibenci rakyat jelata.

Selangor lawan Kuala Lumpur, 12 Januari 2009 di Stadium Shah Alam. Derbi Lembah Klang

Derbi Lembah Klang sebenarnya tidaklah begitu menonjol. Tetapi dalam dekad 80-an kebangkitan Kuala Lumpur mula membayangi Selangor dan hakikat bahawa kedua-dua pasukan berkongsi Stadium Merdeka pada masa itu menjadikannya jauh lebih menarik.

“Tapi Stadium Merdeka dalam KL, jadi kalau nak kira yang sebenarnya itu stadium kami, gelanggang kami. Selangor datang menumpang saja,’ tegas Castello.

Kesebelasan kedua-dua pasukan mula berarak masuk ke tengah padang. Stadium Shah Alam macam kebanyakan stadium lain di Malaysia dipenuhi lebih ramai kerusi kosong dari manusia. Ada lebih kurang 3 ribu penonton, bukan 30 ribu.

“Seri pun jadilah”. Castello meletakkan sandaran yang realistik. “Kalau dulu bolehlah Kuala Lumpur kasi Selangor goyang. Tapi sekarang tak dapat dah kot.”

Bagaimanapun Kuala Lumpur terlebih dulu memberikan kejutan kepada Red Giants. Penyerang muda Yong Kuong Yong meletakkan si kulit bundar dalam gawang Selangor seawal minit ke-7, menanduk bola tendangan percuma dari Azwan Malek.

Aku macam percaya. Castello pun sama. Macam biasa, bolasepak Malaysia sukar diduga. Hanya di Malaysia sekumpulan pemain muda yang tidak dikenali boleh memporak-perandakan para otai yang sudah berpuluh cap mewakili negara.

Untuk 30 minit pertama Selangor diperbudakkan oleh Kuala Lumpur, walaupun ada Safee Sali, Hardi Jaafar dan Liew Kit Kong dalam skuad Red Giants. Amri Yahyah juga tidak menonjol, mungkin kecewa kerana gagal berpindah ke pasukan bawahan EPL, Liverpool.

Namun pengalaman seperti biasa menjadi faktor penentu. Kembali menyusun strategi, Selangor menyamakan kedudukan pada minit ke-35 hasil tandukan Safee Sali.

Castello tengok aku dan sengih. “Aku dah cakap, seri je la kot.”

Tamat separuh masa pertama, aku dan Castello macam biasa pergi membeli burger stadium. Berniaga burger di stadium pun masa kini sudah tidak sehebat dulu, hujah Castello. “Dulu member aku seorang boleh jual dekat 1000 burger. Dalam satu stadium mungkin ada 10 peniaga burger. Sekarang ni, nak jual 100 pun susah padahal yang berniaga kau seorang je.”

Aku mengangguk sambil membaham burger stadium di dalam genggaman. Dagingnya tidak berapa masak, macam dulu-dulu. Pelik juga, buat burger tak banyak tapi masih juga susah nak pastikan daging masak sepenuhnya?

Separuh masa kedua bermula dan pemain kedua pasukan berarak masuk ke padang. Aku menghabiskan sisa burger kurang masak dan menyedut habis Milo ais kurang susu yang dijual dalam cawan kertas. Masih ada saki-baki ketulan ais yang memberatkan cawan kertas, sesuai untuk dibaling ke padang macam biasa.

Entah apa agaknya amanat K Devan, Selangor pantas memulakan permainan dengan serangan (meminjam kata Tuan Haji Hasbullah). Tak lama, Amri ‘Red Devils Slayer’ Yahyah meledakkan gol kedua Selangor pada minit ke-59.

Castello tepuk dahi. Aku tersengih macam kambing. “Kalau Rashid Hassan yang jadi goalie mesti selamatkan?” aku kata dengan niat membakar sate.

“Kalau ada supersub, masa inilah paling sesuai Razip Ismail bawa masuk,” Castello berhujah macam pengulas di ESPN. “A pair of fresh legs will surely change the rhythm of the game,” bukan kata Castello, tapi aku pinjam ungkapan dari FIFA10.

Tapi malangnya supersub malam ini bukan dari Kuala Lumpur. K Devan membawa masuk R Surendran yang pada perlawanan sebelum ini menjaringkan gol kemenangan Selangor menentang Negeri Sembilan.

Ibarat supersub Selangor dulu-dulu, Rusdi Suparman, R Surendran tanpa membuang masa meledakkan gol minit ke-78 dan ke-88 untuk Selangor selesa di depan.


R Surendran = R Suparman?


4-1. Red Giants dengan mudah menundukkan The Hawks.

Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur menempuh Federal Highway, Castello berhujah lagi.

“Orang FAM, orang politik semua sembang je kencang. Bila Malaysia menang pingat emas Sukan Sea semua sibuk bagi cadangan dan idea bernas kononnya. Tapi semua cadangan dan idea bukan boleh pakai pun, macam hantar pemain pergi Eropah. Masalah yang sebenar di akar umbi. Kenapa bolasepak khususnya di Kuala Lumpur jatuh? Sebab anak muda KL tak dapat main bola. Ada tanah kosong kena rembat dengan cukong. Padang bola tukar jadi kondominium, jadi shopping complex tak pun lagi hina jadi car park. Sana-sini sibuk nak buat padang golf, habis tu padang bola apa cerita? Kalau ada pun padang milik dewan bandaraya atau majlis sukan nak kena bayar, nak kena tempah 2 atau 3 bulan awal. Nak main kat padang sekolah kena halau dengan Pak Guard. Susah nak main bolasepak di KL. Bila anak muda tak ada padang main bola mulalah merempit, hisap gam, hisap dadah tak pun hisap buah dada anak jiran. Apa cerita bai?!”


Aku diam je. Betul apa yang Castello cakap. Sekarang ini pun di Kuala Lumpur mahu bermain bolasepak memang susah. Lalu futsal jadi pengganti. Tapi futsal tak sama macam bolasepak dan main futsal kena keluar duit. Mana padang bolasepak awam? Padang yang anak-anak muda boleh bermain dengan bebas jam 5 petang setiap hari?

Apa cerita, DBKL?

Nota kaki: Memang lambat gila laporan Derbi Lembah Klang. Sengaja aku simpan dulu sebab nak letak atas pos Pipiyapong dan laporan kelab cikai, Arsenal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...