ARKIB SOKERNET

20

SOKERNET KARAOKE SESSION: LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN

Nazri Ahad, Februari 28, 2010 ,

Come on guys, sing along

clap clap
20

Biru mata hitam ku

Jorji
WAYNE, TERRY, TEVEZ AND HILLAAARRRIOOUSSSS!!

38

Get Well Soon Aaron Ramsey!!

Mari kita sama-sama doakan lelaki berbakat ini sihat-sihat selalu dan cepat sembuh dari kaki patah beliau. Uish seriau tengok kaki dia dangling like that. Sangat tak cool okay tackle orang macam tu.




Ladies, he's gorgeous no?
65

Futsallers! Merebut Piala Europa edisi futsal.

Jorji
Update 24 Feb 2010 (10 malam) - Pipi

Dah ada 200 team mendaftar. Pihak sokernet macam mana pun terpaksa tapis supaya piala pusingan senang nak cari balik bila tahun depan nak buat lagi.


Mengenai yuran, ada kemungkinan hal ehwal yuran dibuat begini,

Bayar yuran RM100 - Dapat main
Bayar yuran RM150 - Dapat main + t-shirt Sokernet.

T-shirt Sokernet tu mungkin ikut header blog Sokernet ni atau gambar kepala Thierry Henry tengah berlagak.



Update 23 Feb 2010 (6 petang)

BORANG


(Borang ni boleh guna untuk buat strategi awal)


Update 23 feb 2010


- 3 Pasukan telah mendaftar untuk masuk bertanding.
- Pasukan PP dibarisi oleh pemain yang kesemuanya pernah mewakili estet dan menggelarkan diri mereka The Galactikus. Mereka yakin juara...katernyerrrr.
- Rumors kata Lucius akan bergabung dengan Bungwahab. Twin striker, pemusnah benteng pertahanan lawan.... jika lawan itu team gadis.
- Jangan fikir lama-lama sangat. Banyak berfikir ni gaya Arsene Wenger, sudahnya tak menang Piala jugak. Daftar sekarang!

........................................................................................

Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, SOKERNET akan mengadakan pertandingan Futsal bagi merapatkan lagi hubungan tukang komen dan penulis serta melihat sendiri skil penulis dan pengomen Sokernet,adakah mereka handal mengawal bola atau hanya pandai menulis aje. Dengan kata lain, ayat aje lebih, kaki pengka, sepak tak kene, tanduk lelap mata!

Oklah, pertandingan ini untuk suka-suka aje. Mengisi masa lapang, Menyambut seruan 1Malaysia. Belia benci dadah dan menjadi juara seterusnya kaya beberapa ringgit. Asik main futsal lawan team taman aje, apa kata kita tengok pulak kemampuan kita mengawal perasaan dan permainan dalam pertandingan tertinggi ini.

Tarikh cadangan : 28hb Mac 2010 (Ahad)
Tempat cadangan : Sport Planet Ampang.
Waktu cadangan : 9.00am - 2.00pm
2 court. 12 pasukan.
Yuran cadangan : RM100 untuk satu pasukan.
Lelaki atau perempuan atau campur-campur. Ikut suka.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 19hb Mac 2010

Format pertandingan dan bentuk hadiah akan ditentukan oleh panel yang telah dipilih oleh Sokernet.

Cerita banyak tak guna,daftarkan pasukan anda dengan menghantar email ke :

sokernetmail@gmail.com

Sokernet telah berjaya mendapatkan Fazura dan Marion Counter untuk menghadirkan diri menyokong pertandingan ini. Edleen Ismail dan team Sportscenter dalam Bahasa Malaysia dan ESPN juga akan membuat liputan. Syarikat Carigali Petronas bersetuju menyumbang tenaga kerja untuk menjayakan program ini (kredit untuk Pundit Tg. Malim dan Luca)

"Setakat lawan bola kat PS2 apa kelas! berani futsal la!" - Wayne Rooney
"main tak cantik takpa, asal kasut cantik" - Almunia
"Kalau tiket kapal terbang murah ada, aku datang!" - Matlan Marjan

.........................................................

Berita ini akan duduk atas sampai hujung minggu ini sebab EPL minggu lepas tak best la.
29

77 Peminat Chelsea masuk Arsenal

PERMATANG PAUH 28Feb. - Seramai 77 ahli Kelab Penyokong Chelsea Malaysia (KPCM ) di kawasan Penanti menyertai Kelab Peminat Arsenal Malaysia (KEPAM) selepas mengisytiharkan berhenti meyokong Chelsea.

Borang keahlian KEPAM diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden KEPAM, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan KEPAM Pulau Pinang.

KEPAM terbaik

Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan KEPAM negeri, Datuk Pipiyapong Abdillah; Ketua KEPAM Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda KEPAM negeri, Norman Zahalan.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Chelsea cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan Carlo Ancelloti selepas dibelasah seperti babi kepanasan oleh Manchester City semalam.

''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan di Chelsea. Selain daripada itu masalah perilaku seksual pemain Chelsea seperti John Terry dan Ashley Cole membuatkan kami semakin sangsi dengan kesucian perjuangan mereka untuk merebut semula gelaran juara liga. Pemain Arsenal kami lihat semuanya suci seperti kain lampin. Mungkin kerana mereka masih lagi bayi-bayi Arsene" katanya pada majlis menonton beramai-ramai di restoran mamak perlawanan Arsenal menentang Stoke di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.

Bekas Bendahari KPCM cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam Chelsea disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai bersetubuh.
17

Arsenal: Laluan Cerah Menjadi Juara!

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Abang Shawcross menangis lepas kena marah dengan adik Fabregas dan adik Nasri sebab main jahat.


Setelah kemenangan 3-1 ke atas Stoke City tadi, gua meneliti semula sisa-sisa perlawanan Arsenal untuk musim ini. Gua malas cakap banyak. Confirm. Juara.

Mac
Sat. 6 Arsenal v Burnley
Sat. 13 Hull City v Arsenal
Sat. 20 Arsenal v West Ham United
Sat. 27 Birmingham v Arsenal

April
Sat. 3 Arsenal v Wolverhampton Wanderers
Sat. 10 Tottenham Hotspur v Arsenal
Sun. 18 Wigan Athletic v Arsenal
Sat. 24 Arsenal v Manchester City (masa game ni dah boleh cium cup dah)

May
Sat. 1 Blackburn Rovers v Arsenal
Sun. 9 Arsenal v Fulham


Pasal Ramsey semua tak payah risau. Ambulans dah hantar dia direct ke Ulu Terih, Kuala Lipis. Bomoh patah situ boleh tahan handal. Urut main hantar hantar dari jauh je. 2 minggu lagi dah boleh main dah tu. Balut buluh, taruk ubat kuning sikit, baik laa tu.

Bab Chelsea ni gua tak ada laa simpan dendam. Tak baik dendam dendam ni. Kena dengan City, kan? Keh keh keh.
29

Chelsea 1 vs Inter 2

MDM FARAH FAIZURA Khamis, Februari 25, 2010




20

Drogba Buat Hal

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Drogba memang buat hal. Lu tengok. Muka macam nak kena tendang. Tapi mungkin ada sebab wajah Drogba menjadi begini.

Gua dah mula syak Drogba ni budak Klang.
14

Rafael Benitez Di Romania

LuciusMaximus
Media Romania (MR): Adakah dengan tiba lewat di Romania dan terbang balik ke Liverpool sebaik saja wisel penamat ditiup, menunjukkan bahawa anda memandang rendah keupayaan Unirea Urziceni?

Rafael Benitez (RB): Tidak sama sekali. Saya cuma berpendapat bahawa adalah lebih baik merancang formasi dan taktikal di Melwood sebelum dan bukan selepas penerbangan 3 jam adalah pilihan yang terbaik. Tentang perlawanan, jika ianya berlanjutan ke masa tambahan kapal terbang kami sedia menunggu kerana ianya memang ditempah khas. Jangan tersalah anggap yang kami memandang rendah lawan kami.

MR: Bagaimana rasanya berdiri di tepi padang dan mendengar penyokong lawan menjerit bahawa anda akan dipecat pagi esok?

RB: Saya tidak peduli dengan mereka. Bila anda di tepi padang, memerhatikan pasukan anda, anda tidak akan peduli dengan hal lain. Lagi pun, saya tidak selalu faham. Bahasa Inggeris saya masih lagi belum mantap.

MR: Berapakah bayarannya untuk anda mengurus sebuah kelab Romania?

RB: Ia bukan soal bayaran sahaja. Ia juga mesti sebuah kelab yang sesuai dan buat masa ini saya rasa Liverpool adalah kelab yang sesuai untuk saya.

MR: Encik Benitez, kenapa anda terlalu gemuk?

RB: Selamat malam!




Si Montel
23

MySokernet Xtra Time - Ashley Cole

LuciusMaximus Selasa, Februari 23, 2010
Umum tahu pemburuan menjadi juara EPL bukanlah satu tugas mudah. Banyak halangan yang perlu ditempuhi, tidak lupa juga ujian-ujian yang mendatang tiba baik di atas padang mahu pun di luar padang. Inilah yang membezakan di antara juara-juara EPL seperti Arsenal, Blackburn Rovers, Chelsea dan Manchester United berbanding kelab bawahan seperti Derby County, Watford, Oldham Athletic dan tidak lupa Liverpool.

Masih segar dari hiruk-pikuk skandal John Terry, Ashley Cole pula muncul menghiasi dada Harian Metro versi UK dengan pendedahan terbaru. Pendedahan yang bermula dengan Cole mendedahkan susuk tubuhnya dalam satu MMS kepada anak gadis sunti kini telah berlanjutan hingga tidak dapat dibendung lagi.

Pendek kata, inilah antara ujian yang perlu ditempuhi sebuah kelab berstatus juara EPL seperti Chelsea.

“Seks itu berlanjutan hingga 3 ke 4 jam. Saya sangat terpegun dengan betapa mesra dan gersangnya beliau”. Kata penjawat awam, Ann Corbitt ketika ditemui pihak Sokernet waktu sarapan pagi tadi untuk mengulas hubungan intim beliau bersama Ashley Cole.

Menurut Cik Ann lagi, mereka melakukan hubungan seks tanpa sebarang perlindungan kerana Cole tidak terangsang jika menggunakan kondom. Cik Ann adalah seorang penjawat awam di Majlis Bandaraya Seattle.

Pihak Sokernet bagaimanapun gagal mendapatkan komen dari Majlis Bandaraya Seattle jika sebarang tindakan tatatertib akan dikenakan kepada Cik Ann.

Bagaimanapun melalui sumber dalaman di pengurusan Chelsea, dipercayai tindakan disiplin bakal dikenakan ke atas Ashley Cole. Ini kerana insiden sorok pisang beliau bersama Cik Ann Corbitt berlaku ketika lawatan pra-musim di Seattle tahun lepas.

Ashley Cole dikatakan telah menggunakan bas para pemain untuk membawa pulang Cik Ann dan menyeludup penjawat awam tersebut masuk ke bilik hotel yang dibayar oleh pihak kelab. Kenapa seorang pemain yang dibayar puluhan ribu GBP seminggu tidak mampu menyediakan sebuah teksi dan bilik untuk Cik Ann bagaimanapun gagal dikupas oleh pihak Sokernet.

Atas sebab ini dan juga amaran yang telah dikeluarkan Roman Abramovich bahawa mana-mana pemain yang mencalar imej kelab bakal dikenakan tindakan disiplin, maka Ashley Cole telah dipanggil untuk menghadap lembaga pengarah minggu ini.

Berkemungkinan hukuman maksima yang boleh dikenakan ialah Ashley Cole ditunjukkan pintu keluar dari Stamford Bridge.

Sekiranya ini berlaku berkemungkinan Ashley Cole memilih untuk berpindah ke Liverpool. Sememangnya barisan pertahanan kelab bawahan ini agak pincang dan memerlukan khidmat full-back berkaliber seperti Cole, tetapi risikan Sokernet mendedahkan perpindahan Cole ke Liverpool mungkin berpunca dari seorang individu khusus.

Vicki Gough.

Cik Vicki bukanlah seorang pemain tetapi seorang sekretari di Liverpool FC. Kem Chelsea di Sokernet agak berbangga juga kerana pemain Chelsea bukan saja mampu merobek gawang Liverpool tetapi juga sekretari mereka. Boleh tahan.

“Kami melakukan hubungan seks pada malam sebelum perlawanan beliau,” jelas Cik Vicki ketika ditemui Sokernet waktu makan tengah hari tadi. Pertanyaan lanjut jika ianya berlaku sebelum perlawanan antara Chelsea dan Liverpool bagaimanapun tidak dijawab oleh Cik Vicki.

Usaha Sokernet untuk mendapatkan maklumbalas Encik Ahmad Kamal Abu Bakar juga tidak berjaya. Encik Ahmad Kamal bukan pemain ataupun sekretari Liverpool FC.

Tertekan dengan berita bagaimana suami kulit hitam beliau boleh meniduri perempuan-perempuan biasa yang tidak segiur dirinya, isteri Ashley Cole iaitu Cheryl memilih terbang ke Los Angeles untuk rawatan terapi. Sokernet percaya terapi yang dimaksudkan di sini ialah membeli-belah. Perempuan kalau frust memang dia suka shopping.

Namun begitu sebelum berlepas Cheryl sempat menghantar SMS kepada Ashley yang berbunyi, “Baby tak sangka Abang sanggup bermain kayu entah berapa puluh belakang Baby. Sudahlah, Baby nak membawa diri ke LA, lupakan Baby. P/S – Dalam peti ais ada ikan terubuk masin, pandai-pandailah goreng sendiri.”

Pihak Sokernet hanya mampu membayangkan kekecewaan seorang gadis giur seperti Cheryl dan alangkah sedapnya kalau dapat makan nasi putih dengan terubuk masin malam nanti.

Dalam hal yang lain pula, kem Chelsea di Sokernet juga tidak terlepas dari ujian dan dugaan mereka tersendiri. Budak baru di pejabat, Obefiend Weiland diberitakan agak emo dengan segelintir penyokong Arsenal yang emo.

Sebagai langkah penyelesaian sementara, pengurusan Sokernet telah memutuskan untuk menghantar beliau ke luar negara sekalipun peraturan kompeni ada menggariskan mana-mana kakitangan yang belum disahkan dalam jawatan tidak boleh diberi tugasan luar negara.

Tapi Sokernet prihatin.

Oleh itu Obefiend telah diberikan tugas ke Los Angeles untuk bertemu Cheryl Cole. Mungkin dua insan yang lara ini mampu mengubati hati satu sama lain.

Pihak Sokernet mengucapkan selamat berjaya kepada Obefiend dengan pesanan, jangan lupa rakam video!

Ini bukan Obefiend

35

Masih Di Puncak Klasemen

LuciusMaximus Ahad, Februari 21, 2010

Para pemain 'Chelsea' meraikan kejayaan mereka malam tadi
69

Arsenal Perkenal Logo Baru Untuk Musim Hadapan

Obefiend Weiland Sabtu, Februari 20, 2010

Logo baru untuk dekad baru dibawah Le' Professeur


Kelab Terbaik Alam Semesta (TM)(C)(KDNK)(UPSR) Arsenal hari ini mengumumkan penggunaan logo baru sempena musim 2010 -2011. Pengumuman logo baru ini dilancarkan bagi mengesampingkan berita-berita kegagalan Arsenal yang banyak memenuhi dada akhbar sejak dua menjak ini. Menurut jurucakap perhubungan awam Arsenal , Encik Jonathan Gibbons;

"Kelab teragung The Gunners perlukan berita-berita positif.Berita Fabregas nak blah, keeper separa telap dan kekalahan menyebabkan penyokong kelab menjadi emosi. Jadi kami di bahagian public relation memutuskan untuk memperkenalkan logo baru ini lebih awal bagi mendapatkan positive PR point"


Sejarah Logo Kelab Arsenal - Kelab Terbaik Alam Semesta
(TM)(C)(KDNK)(UPSR)

Sejarah kelab terbaik alam semesta Arsenal bermula pada tahun 1886 dengan tertubuhnya kelab Dial Square. Kelab ini ditubuhkan oleh operator-operator pengeluaran lelaki kilang membuat senjata Royal Arsenal. Dalam perlawanan pertama mereka pasa 11 Disember tahun tersebut, Dial Square merembat Eastern Wonderers 6-0. Entah kenapa mat-mat kilang Royal Arsenal rasa nama Dial Square tak cukup cool. Nama kelab ditukar kepada Royal Arsenal dua minggu selepas perlawanan pertama tadi.

Pada tahun 1893 nama kelab ditukar sekali lagi.Kali ini kepada Woolwich Arsenal apabila mereka mula bermain secara profesional. Woolwich Arsenal juga merupakan kelab pertama dari selatan England yang menyertai Football Association. Tiga meriam menghala keutara diletakkan pada logo bagi menunjukkan salasilah kelab yang diasaskan pekerja kilang senjata.


arsenal kelab maha dewa lagi maksum

Logo Pertama : Woolwich Arsenal


Boleh tahan ganas juga logo ni. Logo ini kemudian diciplak oleh Axl Rose pada tahun 80-an untuk band musik yang diasaskannya.

arsene knows.. he even knows if you wank to walcott

Ketika era Herbert Chapman, sebuah lagi logo baru direka . Logo bedasarkan rekaan Art Deco ini hanya dipakai pada perlawanan-perlawanan berprofil tinggi seperti piala FA contohnya. Herbert Chapman juga menggunakan logo baru ini sebagai perhiasan pada lantai dan dinding di Highbury.

arsenal kelab maha dewa lagi maksum

Logo Kedua : Art Deco ilham Herbert Chapman

Pada tahun 1949 logo Arsenal diubah lagi dan ianya logo paling lama digunakan. Logo ini digunakan sehingga 2002.

arsenal kelab maha dewa lagi maksum

Logo Ketiga : The Arsenal - Logo paling dikenali ramai era baju JVC

Tahun 2002 logo diatas diubah atas sebab trademark. Pada masa ni banyak usahawan jalanan menjual barangan berlogo Arsenal berhampiran stadium. Logo kat atas tu tak pernah ditrademark oleh Arsenal kerana banyak kali direvised. Semua applikasi trademark ditolak akibat sebab itu. Akibatnya usahawan jalanan boleh jual scraf, topi dan t-shirt Arsenal tanpa perlu membayar royalti kepada kelab.

Pada tahun 2002 logo baru yang digunakan sekarang pun diperkenalkan. Logo terbaru ini mendapat tentangan kuat dari penyokong Arsenal kerana rekaanny tidak menggambarkan heritage Arsenal. Motto kelab "Victoria Concordia Crescit " (victory comes from harmony) turut dibuang pada design terkini.


logo ini terbaik.. takkan ada logo lebih cool dari ini.. the best sial

Logo Keempat : 2002

LOGO MUSIM 2010-2011

Tuan-tuan dan puan-puan, masa untuk unveil logo baru Arsenal untuk musim hadapan;

jgn hina arsenal.. ia kelab kegemaran ben laden.. nak kena bom ke ha gampang?

Cantik kan? Mari aku terangkan maksud disebalik rekaan terbaru ini

pemain dia semua masuk surga.. fab dia masuk arashy

1 - Gawang Arsenal sekarang mudah ditembusi. Maka perisai pada logo pun secara simboliknya menunjukkan realiti ini. Kenapa 3 lubang? Kerana ketiga-tiga keeper first team Arsenal , Almunia, Manone dan Fabianski sampah belaka!

2. Arsenal amat sinonim dengan kecederaan. Tak ada team lain selain Arsenal yang senarai kecederaannya panjang gila. 90% kecederaan menyebabkan pemain jadi tempang dan perlu bertongkap. Maka elemen tongkat pun diadaptasikan didalam logo baru ini

3. Ini ambulan. Kalau dulu Arsenal dikenali sebagai The Gunners sekarang dah jadi The Gonners. Team nazak. Perlukan ambulan bila sakaratul maut datang memanggil. Tak perlu ulas lebih panjang-panjang. Nanti ada orang emosi lagi. Tiada humor mereka ini. Mungkin situasi ini sama seperti ketika ada ahli keluarga yang nazak maka hendak ketawa sinis pun tidak mampu. Maafkan aku kerana tidak sensitif ye wahai pembaca Arsenal sekalian.

4. Lampu kecemasan ambulan menyerupai bendera Peranchis kerana Arsenal ialah kelab dimana bahasa kebangsaanya ialah French.

5. Motto baru untuk dekad baru. Motto lama "victory comes from harmony" digantikan dengan "Arsene Knows". Pada logo baru motto ditulis dalam bahasa Peranchis bukan Latin. For obvious reasons.
33

Arsenal dan Perkara Asas

Pipiyapong Abdillah Hamzah Jumaat, Februari 19, 2010
Fabianski adalah penjaga gol yang bagus, cekap, kacak dan bergaya. Malangnya dia terlupa perkara asas menjaga gol iaitu menangkap bola yang dihantar pemain sendiri.

Sol Campbell adalah pemain pertahanan yang mantap, bertubuh sasa dan rupawan. Malangnya dia terlupa perkara asas menjadi pemain pertahanan apabila ter-passing keeper sendiri walaupun sebenarnya tidak berniat begitu.

Martin Hansson adalah ahli bomba dan pengadil yang cekap dan bermata redup. Beliau berpengalaman menjadi pengadil sejak tingkatan 3. Malangnya dia terlupa perkara asas menjadi pengadil iaitu di manakah kedudukan pengadil ketika indirect free kick dan erti keadilan.

Pembaca dan pengulas sokernet rata-ratanya bijaksana dan mempunyai otak yang bergeliga walaupun tidak semuanya kacak. Malangnya mereka terlupa dan hilang ingatan mengenai perkara asas mengenai perlawanan round of 16 Champions League yang dimainkan sebanyak dua kali dan Arsenal sah juara.


Akhir kata, second leg nanti Arsenal menang 9-0. Gua tak main main ni.

***

Oh ya, kepada pengulas baru kita dari kem Chelsea, ada satu perkara i nak kasi tahu, ok. 6 tahun lepas, Thierry Henry mengambil sepakan percuma dengan berbudi bahasa dan bersopan santun. Jadi jangan samakan dengan perlawanan Porto-Arsenal tempoh hari yang mana pemainnya tak beradab. Sepak free kick belakang pengadil adalah biadap, otak udang dan Bungwahab.

Tapi sebenarnya yang paling celaka sekali, siapa sini penyokong Porto? Lucius Maximus?
19

Bengkel Bolasepak Bersama Subkhiddin : Teknik Tendangan Percuma Dalam Kotak Penalti Dan Implikasinya Ke Atas Emosi Budak –Budak Tadika

LuciusMaximus
Oleh kerana ramai yang mempertikaikan kewajaran pengadil Martin Hansson mengiktiraf gol kemenangan Porto ke atas Arsenal, pihak Sokernet telah menghubungi pengadil Malaysia kelahiran Parit Buntar, Subkhiddin Salleh bagi mendapatkan penjelasan pakar. Subkhiddin mulanya agak keberatan kerana sedang sibuk dengan persiapan untuk ke Afrika Selatan tetapi setelah dijanjikan nasi goreng kampung telur mata 2 dan teh ‘o’ ais limau ketika ditemui usai solat Jumaat tadi, beliau akhirnya bersetuju.

Kita terus kepada lintas langsung bersama Subkhiddin yang sedang berselera menjamah nasi goreng kampung telur mata 2 (kuat makan telur Subkhiddin ni). Silakan Subkhiddin.

“Secara teknikal, tidak ada yang salah dengan tujuan, maupun tindakan wasit Martin Hansson. Ada jelas merupakan pelanggaran hukum dengan Sol Campbell backpass dan, selepas pengadil telah dianugerahkan tendangan bebas, Peraturan adalah bahawa keuntungan akan diberikan kembali kepada pasukan yang telah dianiaya. Dalam semangat undang, boleh dikatakan bahawa pasukan yang bertahan harus diberi kesempatan untuk berkumpul kembali sebelum tendangan dilakukan, tetapi tanggungjawab itu jatuh ke pemain. FabiaƄski bisa berpegangan pada bola atau membuangnya - seperti yang kita lihat begitu sering - dengan demikian mengambil risiko kad kuning tetapi memastikan bahawa Porto tidak akan bisa memuat tendangan bebas cepat. Adapun peranan Pemain Porto, berapa kali kami melihat Thierry Henry memuat tendangan bebas cepat selama hari di bawah Arsenal Arsene Wenger?”

Untuk pemahaman yang lebih mudah di sini Subkhiddin ada menyertakan visual berserta keterangan kerana mengikut kajian pakar akademik, budak-budak tadika lebih cepat faham jika pembelajaran mereka dibantu dengan alat visual.


1) Pemain veteran, Sol Campbell membuat hantaran backpass kepada Lukas Fabianksi. Mungkin kerana sebagai pemain veteran Sol Campbell masih terikut teknik backpass zaman dulu? Tetapi bagaimana dengan Fabianski, mungkinkah kerana jarang beraksi untuk Arsenal dan selalu bertugas mengutip bola ketika sesi latihan membuatkan beliau secara tidak sengaja terkutip bola tersebut?



2) Ruben Micael cuba merampas bola tetapi Fabianski enggan menyerahkannya macam budak-budak berebut hadiah permainan Ding Dang. Bila pengadil tiba dan memarahi Fabianksi barulah bola diberikan, macam budak kena marah dengan mak sebab berebut hadiah permainan Ding Dang.



3) Emo dengan keputusan pengadil, Fabianski membelakangi bola dan berjalan ke pintu gol sambil merengek-rengek kepada pembantu pengadil di tepian padang. Mengikut buku Panduan Bermain Bolasepak Bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Porto dibenarkan mengambil tendangan percuma sebaik saja bola diserahkan.



4) Ruben menendang bola ke arah Falcao yang meluru laju. Para pemain Arsenal yang lain masih belum bersedia kerana masih menangisi hadiah permainan Ding Dang barangkali. Hanya Sol Campbell yang sudah dewasa menyedari malapetaka yang bakal menimpa.

5) Falcao meledakkan bola ke dalam gawang Arsenal sebaik saja Fabianksi kembali berpaling. Pengadil mengiktiraf gol Porto sebelum dikerumuni oleh para pemain Arsenal dan Arsene Wenger, mungkin mencari Ding Dang yang disorokkan pengadil agaknya. Fabianski pula seperti biasa menjalankan aktiviti rutin beliau iaitu mengutip bola.

Sokernet mengucapkan ribuan terima kasih kepada Subkhiddin hasil penjelasan panjang lebar beliau. Artikel yang serupa boleh dibaca dalam bahasa Inggeris di sini, kami syak Graham Poll telah mencuri idea Subkhiddin.

Berikut turut disertakan visual Ding Dang yang sebenar.

Ding Dang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...