ARKIB SOKERNET

30

Sokernet Suara Cakna Komuniti

Jorji Rabu, Mac 31, 2010
Aksi mengapung diri 'The Matrix' dari pemain tengah Frinjans FC.
2 pemain remaja yang terdapat dalam gambar masih terkejut sampai sekarang tak kebah.
jurugambar : Bart Ahmad

Akhbar tabloid unggul negara, Sinar Harian yang setaraf dengan The Sun Uk juga The Mirror telah membuat laporan tentang Kejohanan Futsal Sokernet 2010 dalam keluarannya hari ini. Walaubagaimanapun, ianya hanya terdapat didalam akhbar sisipan untuk Negeri Selangor / Kuala Lumpur sahaja. Mereka yang berada diluar kawasan, sila layari url berikut;

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story7253614.asp

Pic : Kelambu
31

Bayern Munich 0 – 7 Manchester Jewnited

Obefiend Weiland
Result Pagi Tadi -Gila gempak korang

Memang Man United gempak la semalam. Tak sia sia mendapat sondolan “favourite” untuk saingan liga juara—juara tahun ini. Rooney pula menunjukkan kepada semua pengkritik yang memang dia pemain terbaik di seluruh sistem suria apabila menjaringkan 2 perfect hattrick.

Gawang Bayern dirobek seawall minit ke 2 lagi apabila rembatan kaki kiri Rooney menerjah gawang Jorg Butt . 3 minit kemudian sekali lagi Rooney meledak dengan volley kaki kanan. Bola hantaran lintang Park Ji Sung disambut sempurna oleh beliau. Jorg Butt hanya mampu static di dalam gawang. Tempo perlawanan amat laju dengan Man United menguasai 98.142223 peratus posesi bola. Di minit ke 20 barulah Bayern dibolosi sekali lagi. Nani menimbang bola dari tengah padang seperti Titus James sebelum mengecip bola kearah Rooney yang menyudahkan hantaran itu dengan tandukan padu maut. Rooney meraikan hatricknya dengan meniru celebration knee slide Ole Gunnar Solksjaer. Bayern jelas sekali hilang semangat selepas gol ketiga United. Jelas sekali memang United ialah team terbaik diseluruh sistem suria. Separuh masa pertama tamat dengan jaringan 3-0.

roon the loon

Separuh masa kedua bermula garang dengan Bayern menyerang secara all out. Ivica Olic merembat dari jarak 25 ela tetapi rembatan itu disambut dengan mudah oleh Van Der Sar. VDS kemudian membuat hantaran route one terus ke Rooney yang menanti di kawasan padang Bayern. Bola tinggi tadi berjaya didada beliau sebelum tendangan bicyclenya terus menerobos jaring Jorg Butt. Jorg Butt nyata tertekan dan terus menumbuk-numbuk tanah kerana stress. Sekali pandang macam gaya Samuel Kuffour meratapi kekalahan pada final 1999. Lous Van Gaal kemudian terpaksa menggantikan Butt dengan Michael Rensing. Minit ke 55 Rooney did it again apabila rembatan tonjolnya terkena kepala Philip Laham sebelum terpesong masuk kedalam gol. 7 minit kemudian Roonaldo melengkapkan perfect double hattricknya dengan gol penuh kontroversi. Paul Scholes menggelecek dari tengah padang sebelum menghantar bola kearah Fletcher di kiri padang. Fletcher menyilang bola dari posisinya kearah Rooney yang jelas menjaringkan gol dengan menumbuk bola kedalam gawang . Pengadil Frank De Bleeckere membenarkan jaringan itu dikira walaupun diprotes pemain Bayern. Jelas sekali hobi bertinju Rooney dimasa lapang berguna sekali untuk jaringan keenamnya.

Sir Alex menggantikan Rooney pada minit ke 70 dan memasukkan Ryan Giggs. Tanpa Rooney perlawanan lebih seimbang dengan Bayern akhirnya dapat membuat beberapa percubaan on target. Gol terakhir perlawanan dijaringkan Giggs pada minit ke 92. Dari sepakan Nani sudut di sebelah kiri, bola ditanduk kearah gol oleh Scholes sebelum ditolak masuk oleh Giggs! And Giggs has won it!! United is in the promised land!! What a score! What a game! United is simply unstoppable!

Lepas tu aku tengok kalendar. Happy Early April Fools guys.
23

MALAM YANG SEPI PI PI

Sesungguhnya akan tiba waktunya, bila di puncak, jatuh ke bawah, mungkin sementara barangkali.

Sesungguhnya akan ada masanya akan tiba bila waktunya tidak menang.

Maka ditanya kepada tukang kayu,

Kenapa bermuram durja?

Katanya sinar mentari hari ini tidak sama seperti semalam,

walaupun iya, masih terus mahu bersinar, iya, cahayanya tetap sama, tetapi ia tidak sama seperti semalam.

Tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya sinar mentari masih terus mahu muncul di horizon, memberikan kehidupan baru untuk manusia.

Ohhhh...

(Kahkahkah, cisss, kalah la pulak, apa ceritanya ni? terpaksa mendengar sorak ketawa sambil berdiam diri la nampak gayanya)
41

Suka-suka ok

MDM FARAH FAIZURA Selasa, Mac 30, 2010
Bertemu kita lagi dalam rancangan 'Suka-suka ok'. (Nama rancangan radio yang kawan aku suka betul. Aku pelik, rancangan apakah itu? Sampai sekarang aku tidak tahu itu rancangan apa dan radio apa. Jadi aku belasah jelah)

Pada rancangan 'suka-suka ok' pada kali ini, kita akan belajar berkenaan 'Perangai'. Perangai itu dibahagikan kepada 15 bab. Tetapi pada rancangan 'suka-suka ok' pada kali ini, saya mahu membicarakan berkenaan perangai bola sepak, iaitu bab ketiga.

Dalam bola sepak, ada perangai yang bagus dan baik. Jadi, kali ini selepas beberapa tapisan, saya sudah memilih perangai yang terbaik sahaja bagi dijadikan contoh kepada kita dan seluruh umat manusia.

Perangai Arsenal.

Positif – Bersemangat muda. Sentiasa haus kejayaan. Suka bermain pasing-pasing cantik.

Negatif – Tulang rapuh. Sentiasa tercicir dalam sukan. Suka shuffle.


Perangai Man U.

Positif – Semangat lain macam. Suka gula-gula getah dan suka memakai skaf belang hijau kuning. Suka orang Korea.

Negatif – Suka menyalahkan orang lain terutamanya pengadil. Suka kepada lebih masa dan membuatkan masa permainan jadi panjang dan akhirnya penonton terlambat masuk wayang, dan terlepas melihat trailer filem2 best. Mudah gelabah bila Liverpool menang walaupun dengan team lain.


Perangai Chelsea.

Positif – Kaya. Menghormati orang Afrika. Mempopularkan muzik Blues dan komik 'Blues untuk aku'.

Negatif – Tidak pandai menyembunyikan kecurangan. Asyik kantoi dengan skandal seks. Tidak pernah menang piala eropah. Sentiasa rendah diri kerana orang cakap mereka tidak ada prestij. Untuk nampak prstij, dia cuba jatuhkan prestij orang.


Perangai Liverpool.

Positif – Sentiasa sabar. Orang kutuk macam mana pun, masih sabar. Bermaruah tinggi dan tidak pernah rasa rendah diri. Adil, dan ini dibuktikan pada perlwanan menentang pasukan tidak kuat dan kadang-kadang Liverpool main macam pasukan itu juga. Ada cikgu yang mengajar di pedalaman yang tidak ada KFC.

Negatif – Mempromosikan Carlberg. Suka buat orang tertunggu-tunggu. Contohnya, liga inggeris dah 20 tahun tak menang. Suka Lucas dan ultra defensif.


Perangai harimau muda

Positif- Mesra haiwan, guna nama binatang. Sangat berkemahiran tinggi. Ada masa hadapan cerah. Rambut stail balung ayam.

Negatif – Mudah kena tipu, contohnya, cakap main game kompetatif, tapi setakat game persahabatan sahaja. Masa hadapan cerah tetapi apabila sudah ke hadapan, mendung pula. Kadang2 terus ribut.


Perangai Spurs

Positif – Suka ayam.

Negatif – Ayam terlepas tangan bau taik.


Itu sahaja buat masa ini dalam rancangan 'Suka-suka ok'. Terima kasih dan YNWA!

28

Laporan Kejohanan Futsal Sokernet 2010.

Jorji Isnin, Mac 29, 2010
Juara: Meriam Buloh FC

Naib Juara : Limah Jong FC

Tempat ke 3 : Emerald FC

Tempat ke 4 : Mengunyah Biji Mata FC

Special : 1892 FC


Kejohanan Futsal Sokernet 2010 berlangsung dan berakhir semalam. 15 pasukan bolasepak futsal terbaik Malaysia berentap untuk merebut Piala Sulong kejohanan. Meriam Buloh FC dari Karangkraf berjaya menjadi juara untuk kejohanan 2010 ini.

SOKERNET sebagai penganjur 'virgin soldiers' merasa sangat gembira dengan kejayaan kejohanan ini. Walaupun diadakan dengan 'tiada budget' (semua kos di cover dari yuran pendaftaran) tetapi penyertaan pasukan yang bertanding yang begitu sporting ternyata memeriahkan keseluruhan pertandingan.

Mereka muda-muda dan berstamina tinggi. Mereka menunjukkan semangat bertanding secara kompetitif, fizikal tetapi dengan semangat kesukanan yang baik. Mereka juga berjaya membawa balik sehelai tshirt supercool SOKERNET. Keseluruhannya, kejohanan ini berjaya merapatkan dan saling kenal mengenal diantara pembaca Sokernet semua.

Post Mortem Team Sokernet FC

Team yang ditubuhkan sebab ada pertandingan ini berjaya membuktikan yang gaya dan penampilan serta corak permainan cantik tidak mampu melayakkan pasukan itu menjadi juara. Contohnya disini Arsenal.

Mereka kalah 0-3 pada pasukan Kaki Kerusi FC (yang rata-rata berumur 20 tahun! 16 tahun lebih muda dari aku) Kaki Kerusi FC menjaringkan gol seawal saat ke 30! Pergh! Terkejut dengan gol awal tersebut, Sokernet cuba bangkit dari tidur ternyata terlalu lewat. BAru nak gosok gigi, Kaki Kerusi FC dah tapau Sokernet cukup-cukup. Dipercayai Kaki Kerusi FC baru menunjukkan 50% performance mereka.

Perlawanan kedua Sokernet menentang Emerald FC. Kami kalah 'sedikit'... beberapa gol la. Mereka mempamerkan corak permainan 'nerd' dengan gaya pakaian mengelirukan (tracksuit purple,baju belang2 halus kaler merah, kasut hitam, tapi main ligat tak hengat! Jadi, Sokernet banyak menghabiskan masa melakukan skil sendiri seperti 'tendang tak kene', 'tanduk lelap mata' dan 'mengutip bola dalam gawang'. Emerald FC juga diminta menukar nama mereka dimasa akan datang. Nama macam nama Kondo!

Perlawanan ke tiga dan terakhir, setelah melakukan perbincangan diluar padang, Sokernet Fc memilih untuk keluar awal dari pertandingan. Ini kerana kami mahu menumpukan sepenuh masa dan tenaga menguruskan hal-hal pertandingan diluar gelanggang. Jadi kami menghantar balik kerumah penjaga gawang kami.

Perlawanan menentang Putu Piring Terbang berlangsung sengit! PPabregas yang ternyata garang menjaringkan 2 gol WALAU dikawal ketat pemain lawan! Luca menjaringkan 1 gol dan Awi Matterazi 1 gol. Mereka jaring 5 gol sebab aku kene jaga gol. Jahanam!
Sokernet ternyata garang bila dah tak layak! Perangai Chelsea!

Sokernet FC
berdiri l-r : Rochang Noor, Awi Rui, Luca
Duduk l-r : Firdaus ahmad, Jorji, PP
Tiada dalam gambar ; Gondol, penjaga gawang yang pulang awal.


ANUGERAH TEPI PADANG

1. Pengadil paling adil : Pakkordi
2. Pengadil kontroversi : Rochang Nor
3. Team paling kuat 'bunyi' luar dewan : Satria fc ngokngek
4. Pasukan bantahan : Pasukan ini ( Frank Hafis berjaya mengawal keadaan)
5. Anugerah Perdana Menteri : ICU JPM
6. Pasukan Pilihan Sokernet : Emerald FC
7. Pemain pilihan Sokernet MPV : Zakba Jekbe Bone dari Emerald FC


Sokernet mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat. Mana yang kurang, tak best, lapar takda bihun, gol kontroversi dan sebagainya harap dimaafkan. Terima kasih sebab sporting jadi pengadil. Terima kasih Pakkordi. Gadis-gadis urusetia yang setia sampai hujung pertandingan. Penghargaan tinggi kepada pundit Tg Malim Firdaus Ahmad dan Luca kerana sokongan dan pengorbanan tinggie mereka. Merekalah sebenarnya penggerak utama kejohanan ini. Nadi utama kata Tn hj Hasbullah Awang. Terima kasih semua.

"Sokernet layak mengulas aje la..main hancur " - suara sapa ntah, aku dengar tepi gelanggang.

Habis.

P/s : Sesapa dan mana-mana blog yang ada buat review, sila link. Banyak gambar-gambar lain di fesbuk SOKERNET dan lain-lain juga.


26

Tanda Tanda Anda Menyokong Pasukan Lemah

Sila ambil perhatian simtom-simtom dibawah

Kemenangan straight forward keatas team yang cak ayam disambut macam kemenangan cup final. For example pasukan anda membelasah team sampah seperti Sunderland tapi bising satu kedai mamak.

Anda kerap mengingatkan orang ramai tentang accomplishments team anda berdekad dekad yang lalu. The fact that you have to repeatedly remind people of past glory is a sign enough your team is bloody no mark. Hanya anda sahaja yang ingat kejayaan Piala Coklat Choki Choki 1989. Orang lain tak peduli. Tapi anda nak jugak bagitau yang team anda menang piala tu berkal-kali.

Line up team anda sekarang kerap dibandingkan dengan line zaman pra sejarah. For example: “Aku rasa Alistair Edwards lebih ngan dari Rosaiful Nizam Omar”

Manager juga mengalami situasi yang sama seperti diatas.

Anak anda tak hendak support team yang anda support. Instead derang support team yang berkaliber lagi ternama. Contoh : “Anda support Liverpool tapi anak anda support Everton”

Memulakan saingan liga setiap tahun dengan mantra “This is our year!!”
40

Liverpool 3 - sunderland kalah

MDM FARAH FAIZURA
Yeay! (Reaksi pemain Liverpool bila aku siku perut Rafa)

Maaf lama hilang. Sibuk kejar akhirat, sampai dunia ditinggalkan. Ok, cukup untuk pemanas badan.



9

Futsal Sokernet lagi!!

Abdul Sokernet Sabtu, Mac 27, 2010

Permainan akan dijalankan di 2 court, 5 dan 6 Sport Planet Ampang, bermula jam 10 pagi sampai 1 tengahari.

3 jam setiap court.

Semua sekali ada 360 minit. Masa adalah terhad dan mencemburui. Jadi diharap semua team datang dan terpacak di sana pada pukul 9 pagi. InsyaAllah ada sikit majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh saudara Nazri.

Dibawah ni template jadual perlawanan beserta senarai pengadil yang terlibat.

-------
Group A dan B main gelanggang 5

Group C dan D main gelanggang 6

Urutuan perlawanan gelanggang 5.

Main 5-5 (takde rehat)

1A vs 2A (ref 3B) diikuti 1B vs 2B (ref 3A)

3A vs 4A (ref 1B) diikuti 3B vs 4B (ref 1A)

1A vs 3A (ref 2B) diikuti 1B vs 3B (ref 2A)

2A vs 4A (ref 4B) diikuti 2B vs 4B (ref 4A)

1A vs 4A (ref 3B) diikuti 1B vs 4B (ref 3A)

2A vs 3A (ref 1B) diikuti 2B vs 3B (ref 1A)

Urutan perlawanan gelanggang 6

1C vs 2C (ref 3D) diikuti 1D vs 2D (ref 3C)

3C vs 4C (ref 2D) diikuti 1D vs 3D (ref 2C)

1C vs 3C (ref 1D) diikuti 2D vs 3D (ref 1C)

2C vs 4C (ref 1D) diikuti 1C vs 4C (ref 3D)

2C vs 3C (ref 2D)

-----
Suku Akhir (selepas rehat 2 minit)
Main 7-1-7
1.Juara A vs Naib Juara C (ref tempat ke-4 B)
2.Juara B vs Naib Juara D (ref tempat ke-4 C)
3.Juara C vs naib Juara A (ref tempat ke-3 D)
4.Juara D vs Naib Juara B (ref tempat ke-4 A)

-----
Separuh Akhir (selepas rehat 2 minit)
7-1-7
1 vs 4 (ref tempat ke-3 A)
2 vs 3 (ref tempat ke-3 B)

-----
Final
10-1-10 (pengadil sokernet..ini kalau sokernet tak main semi, kalau sokernet main semi..kita pakat pakatla tengok macam mana sapa yang boleh jadi ref).

Tshirt Sokernet akan di distribute pada pukul 9 am. Undian group pula akan dijalankan lebih kurang pukul 9.30 am. Pengadil (wakil pasukan) sila beri nama pada urusetia sejurus selepas undian dijalankan.

Dukacita dimaklumkan Sokernet tidak mempunyai stopwatch, jadi sesiapa yang ada jam digital boleh la kita buat dia jadi stopwatch pada esok pagi.

Kalau ada apa apa pertanyaan atau pembetulan pada struktur jadual, sila ajukan diruanagn komen. Kita bincang sama sama secara ilmiah.

1Sokernet!!

*Kalau ada rezeki, ada la lintas langsung dicenel 812..kalau ada rezeki la..
9

Pesanan Juara

Pipiyapong Abdillah Hamzah Jumaat, Mac 26, 2010
Tak main, tak dapat baju. Padan muka.

Gua ada satu benda nak cakap menjelang Kejuaraan Futsal Sokernet 2010. Memandangkan dana Sokernet Lucius dah pakai banyak (juta-juta) untuk Copa Libertadores, kita dah tak cukup duit nak beli bola sedap. Memang buat hal betul brader tu. Nasib baik gua jenis kasi muka kat orang tengah kalah.

Berdasarkan pengalaman gua, bola kat Sports Planet memang tak sedap. Ada yang shape dia macam celaka lari. Untuk orang orang yang passing tepat macam gua ni, memang susah la nak cari makan ye dak?

Jadi kalau siapa siapa ada bola futsal sedap dan sedap sedap rembat, tolong bawa sekali, orait?
28

Pos Pasca Khutbah Jumaat

(UPDATE BY NAZRI DI BAWAH SEKALI)

1. Aku dah janji akan tulis pasal Copa Libertadores sekiranya Chelsea terkeluar dari Champions League. Oleh itu aku tekad penuhi janji walaupun mungkin tidak semua perlawanan Copa Libertadores aku dapat cover, tapi aku cuba sedaya upaya.

2. Aku tulis apa yang aku nak tulis dan bolasepak bagi aku adalah alam sejagat. Selama ini aku tulis pasal Major League Soccer, Debar Derbi Sedunia atau bolasepak Malaysia sebab aku mahu, bukan sebab terpaksa. Kalau suka baca, kalau agak tak boleh blah boleh tengok gambar awek Brazil pakai seluar ketat. Tak salah.

3. Tapi kalau ada permintaan yang munasabah mungkin aku pertimbangkan. Kecuali permintaan yang mahu artikel tentang kelab bolasepak di negara benua Afrika macam Cuba. Tak boleh sebab Cuba bukan di Afrika.

4. Ni yang kecoh-kecoh pasal pengulas Manchester United tak kreatif, tak berilmiah dan tak berwibawa ni apa hal? Tak pernah baca Karipap-Karipap Cinta atau LKNY ke?

5. Bakar-membakar memang amalan kita bersama. Tapi aku tak suka orang kutuk peminat Manchester United lebih-lebih sebab kenangan manis aku dengan peminat Red Devils ialah susuk seorang gadis berjersi Manchester United saiz XS. Sangat devilish.

6. Gadis tu bukan Marion Caunter.

7. Tapi kutuk Arsenal aku tak kisah, sebab diorang memang emo.

Apasal tulis pakai nombor? Sebab malam tadi termimpi Che Det. Damn!

(Kisah seterusnya untuk mereka yang rajin tengok saluran 811, bukan setakat 812 atau 813)

Copa Libertadores Dan Kenapa Kita Perlu Jadi Pengurus Kelab Bolasepak Argentina

Tiga lagi perlawanan Copa Libertadores berlangsung sesudah subuh tadi. Nasib baik kuliah subuh hari ini tak panjang sangat.

Racing Club 1 – 0 Independiente Medellin (Kumpulan 1)

Racing Club de Montevideo (tidak ada kena mengena dengan F1 atau gejala rempit) dari Uruguay menerima kunjungan kelab Colombia, Independiente Medellin di Estadio Gran Parque Central.

Kedua pasukan seri tanpa jaringan dalam perlawanan sebelum ini di Colombia tetapi pertemuan di Uruguay jelas memihak kepada tuan rumah.

Jaringan tunggal Santiago Ostolaza (75) memastikan peluang cerah buat Racing mengiringi pasukan feveret Kumpulan 1, Corinthians ke Round of 16.

Deportivo Quito 1 – 0 Emelec (Kumpulan 5)

Ianya percaturan Ecuador dalam Kumpulan 5 apabila dua kelab negara itu bertarung di Estadio Olimpico Atahualpa, gelanggang keramat Deportivo Quito.

Emelec sekalipun mempunyai kedudukan lebih baik (4) dalam liga domestik Primera A berbanding Deportivo Quito (10) gagal menyaingi lawan mereka di pentas Copa Libertadores.
Jaringan minit ke-64 Michael Arroyo memberi kemenangan tipis buat Deportivo Quito dalam meneruskan saingan Kumpulan 5 yang jelas dikuasai oleh pendahulu CA Cerro (Uruguay) dan Internacional (Brazil).

Velez Sarsfield 2 – 1 Colo-Colo (Kumpulan 7)

Velez Sarsfield dari Argentina menyambut kehadiran pesaing mereka dari Chile, Colo-Colo di Estadio Jose Amalfitani dalam perlawanan Kumpulan 7.

Kumpulan 7 boleh dianggap sebagai kumpulan maut kerana turut menempatkan kelab Brazil, Cruzeiro yang mendapat sokongan padu awek seluar ketat.

Kedua pasukan perlu menang bagi mencerahkan peluang ke Round of 16 tambahan lagi Cruzeiro telah mencatat kemenangan ke atas pasukan belasahan Deportivo Italia (Venezuela) sehari sebelumnya.

Namun pelawat terlebih dulu membuat jaringan bila Ezequiel Miralles menerobos gawang Velez Sarsfield seawal minit ke-8. Ironinya, Miralles ialah pemain import dari Argentina.

Tenang, tuan rumah mengikat kembali kedudukan pada minit ke-13 melalui Rodrigo Lopez dan asakan diteruskan hingga Santiago Silva meletakkan Velez Sarsfield di depan pada minit ke-29. Kedua-duanya adalah pemain import dari Uruguay.

Kedudukan kekal hingga ke wisel penamat sekaligus meletakkan Velez Sarsfield selesa mendahului Kumpulan 7 dengan 10 mata. Cruzeiro di kedudukan ke-2 dengan 7 mata manakala Colo-Colo ke-3 dengan 4 mata.

(Kisah yang berikut pula untuk mereka yang hanya tahu 812 dan 813 sahaja)

Prebiu Chelsea Lawan Aston Villa – Bukan Sekadar Pemanas Badan

Chelsea akan melayan kunjungan Aston Villa di Stamford Bridge Sabtu ini sebelum kedua pasukan bertemu lagi di saingan separuh akhir Piala FA.

Namun perlawanan Sabtu ini bukan sekadar pemanas badan separuh akhir Piala FA.

Chelsea dan Villa telah bertemu 138 kali dalam semua perlawanan dengan Chelsea menang 51 dan Villa, 55. Tetapi kali terakhir Villa menang di Stamford Bridge ialah pada musim 2001/02. Chelsea menang 32 dari 62 pertemuan dengan Villa di Stamford Bridge.

Arsenal disahkan bakal seri dengan Birmingham City manakala Manchester United mungkin menang ke atas Bolton Wanderers seandainya mata Park Ji Sung terbuka luas.

1,414 hari telah berlalu semenjak kali terakhir Liverpool memenangi sebarang kejuaraan.

Untuk lawan Aston Villa ini, aku bajet Chelsea menang 2-0. Drogba dan Malouda.

Oh ya, kenapa kita perlu jadi pengurus kelab bolasepak Argentina?



Cuba teka yang mana satu Ricardo 'El Tigre' Gareca, pengurus Velez Sarsfield?

UPDATE

PELANCARAN novel KARIPAP-KARIPAP CINTA (dilancarkan oleh sutradara Mamat Khalid) pada 28hb Mac di booth PTS, PWTC sempena Pesta Buku. Maklumat lanjut boleh cekidout di sini: www.dunia-vovin.com

Masa untuk membuktikan peminat bola juga membaca buku. Hehe.

15

Iklan Terkini ASTRO B.YOND Leaked #2

Obefiend Weiland
MOARRRRRRRRRRRR!!

Hari tu macam ada accusation aku hentam Le Arse L'Injured. So aku hentam lagi 2 team dari THE BIG 3 dam satu team dari OUTSIDE THE BIG 4....

sadness

STEVIE CUNT

wazza wankaaa
44

Untuk semua peminat MANCHESTER UNITED yang berwibawa, berilmiah lagi cool.

Jorji


Teruskan menyokong hingga ke penghujung musim. Ingatlah, ilmu dan wibawa semua tak berguna kalau tidak menjadi juara. Kalau duduk no 6 atau 7, boleh bawak kewibawaan itu masuk tidur.

Amboi... amboi... amboiiii!
46

Rangkuman Copa Libertadores (kerana ini laman web rasmi bolasepak dunia) Dan Berita-Berita Lain

LuciusMaximus Khamis, Mac 25, 2010
Juan Sebastian Veron -post Old Trafford



Kalau disuruh pilih antara Adriana Lima dan Marion Caunter, aku pilih dua-dua sekali.

Tidak ada kena mengena sebenarnya dengan rangkuman Copa Libertadores hari ini.

Lima perlawanan berlangsung dua hari sudah dalam penentuan pasukan yang layak ke Round of 16. Macam biasa, kelab dari Brazil dan Argentina memenangi semua perlawanan mereka.

Estudiantes 2 – 0 Bolivar (Kumpulan 3)

Estudiantes, juara Copa Libertadores 2009 menyambut kunjungan kelab Bolivia, Bolivar di stadium sementara mereka, Estadio Jose Luis Meiszner.

Estudiantes yang seri tanpa jaringan dengan pasukan yang sama ketika bertandang ke Bolivia 2 minggu sudah pantas melakukan serangan sebaik permainan bermula.

Bekas flop Manchester United, Juan Sebastion Veron beraksi cemerlang di bahagian tengah dalam menggerakkan jentera serangan Estudiantes. Namun pertahanan Bolivar kental sepanjang separuh masa pertama.

Tuah menyebelahi Estudiantes minit ke-50 bila gerakan satu-dua Veron dan Jose Sosa membolehkan Sosa meledak gawang Bolivar. Gold kedua pula datang pada minit ke-78 melalui Mauro Boselli, pemenang kasut emas Copa Libertadores 2009.

Kemenangan 2-0 meletakkan Estudiantes selesa di kedudukan ke-2 dalam Kumpulan 3. Menang dengan Juan Aurich tanggal 30 Mac nanti bakal menjamin laluan Estudiantes ke Round of 16. Bolivar pula secara rasmi sudah terkeluar.

Libertad 1 – 1 Universitario (Kumpulan 4)

Kelab Peru, Universitario bertandang ke Estadio Defensores del Chaco di Asuncion, Paraguay untuk bertemu dengan Libertad.

Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam perlawanan di Lima, Peru sebelum ini tetapi keduanya berkongsi mata mendahului Kumpulan 4.

Victor Ayala terlebih dulu meletakkan Libertad di depan melalui jaringan beliau pada minit ke-55. Ketika perlawanan dilihat bakal memihak kepada Libertad, Universitario berjaya mengikat kedudukan hasil jaringan Luis Ramirez minit ke-86.

Keputusan seri sekali lagi meletakkan kedua pasukan sebagai pendahulu Kumpulan 4 dengan Libertad di atas hasil perbezaan gol. Ini memberi tekanan kepada Lanus yang perlu menang ke atas Blooming dalam satu lagi perlawanan Kumpulan 4.

Lanus 1 – 0 Blooming

Jaringan penalti Santiago Salcedo pada minit ke-17 memberi nafas lega kepada kelab Argentina, Lanus yang menerima kunjungan kelab Bolivia, Blooming di Estadio Ciudad de Lanus.

Lanus yang agak sengsara dalam Primera Division Argentina jelas tidak berupaya mengalahkan Blooming jika tidak kerana penalti yang diberikan.

Kemenangan Lanus sekali lagi memberi nafas buat mereka mengejar Libertad dan Universitario dalam Kumpulan 4 manakala Blooming sudah pasti terkeluar dari saingan Round of 16.


Tidak pasti piala apakah yang dimenangi oleh Cruzeiro, yang pasti awek sebelah tu mantap


Cruzeiro 2 – 0 Deportivo Italia (Kumpulan 7)

Naib juara Copa Libertadores 2009, Cruzeiro menerima kunjungan kelab Venezuela, Deportivo Italia di Estadio Governador Magalhaes Pinto.

Kedua-dua kelab mempunyai sejarah yang hampir sama iaitu ditubuhkan oleh imigran Itali di Amerika Selatan. Tetapi persamaan mereka tamat di situ.

Sebagai kelab Brazil, Cruzeiro jelas lebih unggul berbanding lawan mereka dari Venezuela.

Pemain tengah Fabinho meletakkan tuan rumah di depan seawal minit ke-6 sebelum Pedro Ken memastikan 3 mata penuh buat Cruzeiro hasil jaringan minit ke-70.

Velez Sarsfield terus selesa mendahului Kumpulan 7. Mereka bakal bertemu Colo-Colo esok pagi sesudah subuh (waktu Malaysia).

Universidad Catolica 1 – 1 Caracas FC (Kumpulan 8)

Dua pasukan terbawah Kumpulan 8 bertembung dalam usaha meneruskan peluang mereka layak ke Round of 16.

Kelab Chile, Universidad Catolica menerima lawatan kelab Venezuela, Caracas FC di Estadio San Carlos de Apoquindo.

Jaime Bustamante meletakkan pelawat di depan terlebih dulu pada minit ke-50 sebelum Catolica mengikat kedudukan melalui Juan Morales 8 minit sebelum wisel penamat.

Keputusan seri tidak mengubah kedudukan kedua pasukan dalam Kumpulan 8. Jika Flamengo menang ke atas Universidad de Chile pada 7 April, Catolica dan Caracas bolehlah melupakan Round of 16.

Berita Lain

Harry Redknapp pastinya suka tengok Copa Libertadores juga. Atas sebab itu beliau membuat keputusan bernas dengan berbelanja sekitar £15 juta untuk membeli pemain tengah Internacional, Sandro Ranieri Guimaraes Cordeiro.

Sandro adalah produk akademi bolasepak Internacional, pernah menjadi kapten skuad bawah 20 tahun Brazil dan kini disenarai pendek untuk skuad Piala Dunia.

Aku yakin, dengan perpindahan Sandro ke Spurs membawa makna bukan saja musim ini Liverpool tidak masuk Top 4, tapi musim depan pun sama juga.

Sandarkan pada… ah malas aku mahu cakap.

Berita Yang Buat Park Ji Sung Tidak Tidur Malam

Chelsea belasah Portsmouth 5-0.

32

Iklan Terkini ASTRO B.YOND Leaked

Tengok jangan tak tengok

Aku ada member kerja advert company. Dia forward kat aku print advert terkini Astor B.yond. Since ini Sokernet aku share yang ESPN HD aje la. Yang lain ada kat blog satu lagi.

arse arse butthurt
18

Kejuaraan Futsal Sokernet 2010 - Apa yang anda patut tahu.

Jorji
Berikut adalah beberapa hal yang perlu diberi perhatian tentang Kejuaraan Futsal Sokernet 2010 yang akan berlangsung pada hari Ahad ini, 28hb March 2010 di Sport Planet, Ampang.

1. 13 pasukan telah mendaftar dan membuat pembayaran. Terima Kasih. (Ada last minit team nak join? cuba email sokernetmail@gmail.com)

2. Pengundian pasukan akan diadakan secara langsung malam ini. Undian dilakukan awal untuk menjimatkan masa (jika dilakukan pada ahad nanti, banyak masa akan terbuang).

3. Semua keputusan undian adalah muktamad. Undian dipantau oleh Juruaudit bertauliah, Seribu Auta Sdn. Bhd.

4. Setiap pasukan, diminta membawa jersi masing-masing (atau apa2 baju yang seragam) / atau bip kerana penganjur tak dapat sediakan jersi.

5. Sokernet masih mencari PENGADIL untuk mengadili perlawanan secara sukarela (dapat baju Sokernet!). Sesiapa berminat boleh hubungi sokernetmail@gmail.com atau datang terus ke Sport Planet nanti. Jika tiada, setiap Ketua Pasukan diminta menjadi pengadil perlawanan. Tolonglahhhh..

6. 4 atau 5 WAGS bersetuju menjadi urusetia, jaga markah, pendaftaran..blabla. TQ!

7. Kedudukan Liverpool dalam liga hujung musim nanti. Tak ILMIAH langsung tiada AKADEMIK disitu. :P

8. SEMUA PASUKAN DIMINTA HADIR SEKITAR JAM 9 Pagi. Court dah booking ngam2 je..so,kalau lewat, peruntukan takdo nak extend masa sewaan court. TAPI sebelum itu, tinggalkan emosi kelab anda di pintu rumah. Main biar kompetitif tapi penuh semangat kesukanan. Pemain yang bergaduh akan terus digantung dari semua perlawanan.

9. Semua pembaca Sokernet dijemput hadir memberi sokongan. Penganjuran julung-julung kali ini digunakan untuk merapatkan siratulrahim dan mengenali satu sama lain, bersukan dan mengekalkan konsep 'lain team tapi 1Sokernet'. Makno eh, walau sering membalas komen dengan penuh 'emosional' tapi semua ok je kalau jumpa kat luar.

10. Park Ji Sung mimpi Turnbull. Habislah Chelsea!

11. Sebarang maklum balas, cadangan atau sponsor, sila luahkan di ruangan komen.

Terima Kasih.
101

Harapan Terakhir Umat Manusia

Industri filem dan drama banyak memaparkan kisah-kisah perjuangan umat manusia menentang kuasa jahat. Kisah macam Chronicles of Narnia, Solomon Kane, Blade, Spawn, Lord Of The Ring, Gaban mahu pun Ultraman.

Motif perjuangan mereka semua sama, menegakkan kebenaran dan menentang kejahatan. Amar makruf nahi mungkar. Macam slogan Pekida, tapi tanpa elemen Abang Long.

Kuasa-kuasa jahat ini pula muncul dalam bermacam bentuk. Macam raksaksa Gorgon, pontianak, Lucifer, Sauron, Freemason dan Manchester United. Pendek kata sebarang organisasi bawah tanah yang mempunyai hubung kait dengan syaitan. Atau setan.

“Tarik Gaban ke ruang angkasa setan!”

Bahaya. Tengok apa jadi pada Liverpool di Old Trafford, kononnya Theatre of Dreams tapi sebenarnya ‘ruang angkasa setan’.

Tidak dapat dinafikan umat manusia kini di zaman kegelapan. Perpecahan sesama kita selama ini digunakan oleh kuasa jahat untuk mengambil kesempatan ke atas umat manusia. Perlahan-lahan, Manchester United telah bersedia untuk memastikan kuasa jahat terus berkuasa buat musim ke-4 berturut-turut.

Persoalannya, siapakah yang mampu menghalang kelab setan ini? Pahlawan zaman silam bernama Liverpool? Sandarkan pada kenangan. Anak-anak muda idealis yang bertenaga yakni Arsenal? Masih mentah macam Pipiyapong.

Harapan terakhir kita semua terletak di bawah kibaran panji berwarna biru dengan lambang seekor singa. Macam Aslan dalam Chronicles of Narnia, singa yang berjuang menentang kejahatan demi kebenaran. Amar makruf nahi mungkar.


Aslan


Menghitung Mata

Arsenal (3 home, 4 away)
27/03 - Birmingham (a)
03/04 - Wolverhampton (h)
10/04 - Tottenham (a)
18/04 - Wigan (a)
24/04 - Manchester City (h)
01/05 - Blackburn (a)
09/05 – Fulham (h)

Hanya 2 manusia saja dalam dunia ini yang kata laluan Arsenal untuk menjadi juara adalah mudah. Sol Campbell dan Pipiyapong.

Mari kita lihat. Aku yakin Arsenal boleh dapat 3 mata penuh dari Wolverhampton (h), Wigan (a) dan Fulham (h). 3X3=9, sedikit matematik bagus untuk geng bas sekolah Arsenal.

Birmingham (a) dan Blackburn (a) mungkin mengundang sedikit masalah buat Arsenal. Kedua-dua pasukan mempunyai rekod yang baik di tempat sendiri, kalah 2 kali sahaja setakat ini. Dan Manchester City (h) bakal memberi saingan sengit kerana Tevez & Co mahu merebut slot Champions League. Seri kesemua tiga perlawanan, 3X1=3 wahai adik-adik Arsenal.

Ranjau berduri buat Arsenal ialah dalam North London Derby, menentang Tottenham (a). Kalau bermain di Emirates aku tanpa ragu-ragu memberi 3 mata penuh untuk Arsenal. Tapi ini di White Hart Lane di waktu Spurs sedang memuncak dengan prospek merebut slot Champions League buat mereka. Arsenal kalah, 0 mata.

Maka 12 mata buat Arsenal dari baki 7 perlawanan. 12+67=79 mata buat abang Sol Campbell dan adik Pipi.

Manchester United (3 home, 4 away)
27/03 - Bolton (a)
03/04 - Chelsea (h)
11/04 - Blackburn (a)
17/04 - Manchester City (a)
25/04 - Tottenham (h)
01/05 - Sunderland (a)
09/05 – Stoke (h)

Ada 3 ekor setan yang sudah beli pelekat cermin kereta bertulis “Manchester United – Premier League Champions 2009/2010”. Dua ekor bermata bulat, Jorji dan Nazri manakala seekor lagi sepet, yakni Park Ji Sung. Macam setan.

Bolton (a) dan Stoke (h) macam menyerahkan kekasih/tunang/isteri sendiri di atas tilam empuk kepada John Terry. Taubat menang. Begitu juga aku rasa dengan Blackburn (a) dan Sunderland (a) sekalipun mereka cuma kalah 2 kali di tempat sendiri setakat ini, sebab Manchester United bukan Arsenal. Campur semua, ada 12 mata penuh.

Tapi Manchester City (a) dan Tottenham (h) mungkin agak sukar buat Manchester United. Berkemungkinan keputusan seri dalam Manchester Derby, melainkan pengadil memberi masa tambahan 6 minit atau lebih sehinggalah Michael Owen skor macam tempoh hari. Tottenham pula aku rasa bakal bertandang ke ‘ruang angkasa setan’ dengan niat untuk berkongsi mata, seri lebih baik buat mereka kerana mustahil Spurs boleh menjinakkan setan di sarangnya. Hanya 2 mata dari 2 perlawanan.

Macam mana dengan Chelsea (h)? Sudah gaharu cendana pula.

Akhirnya 14 mata buat Manchester United, 83 mata secara keseluruhan. Macam setan.

Liverpool

Sandarkan Pada Kenangan.

Chelsea (4 home, 4 away)
24/03 - Portsmouth (a)
27/03 - Aston Villa (h)
03/04 - Manchester United (a)
13/04 - Bolton (h)
17/04 - Tottenham (a)
25/04 - Stoke (h)
01/05 – Liverpool (a)
09/05 – Wigan Athletic (h)

Lapan perlawanan, 3 mata setiap satu. Untuk adik-adik Arsenal, 8X3=24 mata, 24+65=89 mata.

Chelsea – 89
Manchester United – 83
Arsenal - 79

89 mata=English Premier League Champions 2009/2010.

Tak puas hati? Boleh sembang di halaman komen.

104

KARAOKE TIME: SANDARKAN PADA KENANGAN

Nazri Selasa, Mac 23, 2010
Pihak Sokernet baru-baru ini melangkah setapak ke depan dengan produksi video musik. Pernah tengok video muzik 'We Are The World'? Ala kumpulkan penyanyi ramai-ramai dalam bilik rakaman?

Itulah yang kami buatkan.

Malangnya footage video asal telah hilang semasa melalui proses beta tape. Hanya yang tinggal cuma imaginasi kalian.

Pasang video ini dan layan liriknya.

Terima kasih


(Gerrard)
Kenangan manis kau dan aku
Takkan terluput
Tackle ranjau dalam berliga
Lumrah dunia

(Torres)
Kalah dan kalah
Piala dikenang
Perasaan menjadi rindu

(Carragher + Insua + Agger)
Oh
Lihatlah...diriku yang kehilangan
Tanpa Piala ligaku sayang
Siapalah aku

(Torres + Gerrard)
Kalah dan kalah
Man U yang salah
puncak dendam berpanjangan
Ohhhh

Benitez - solo


(Mascherano)
Mengapa kita harus terkecewa

(Maxi)
Kerana Reina dan bola pantai

(Mascherano)
Apa yang telah terjadi pada kenangan

(Maxi)
Sememangnya aku tak pernah melupakan

(Mascherano)
Mengapa mesti ada kekalahan lagi

(Maxi)
Kerana liga dan juara luput dalam perlawanan

(Gerrard + Torres + Aquilani + Babel + Benayoun)
Marilah semua
Kita saling ingat mengingat
Kalaulah kalah lagi
Kita sandarkan pada kenangan

Benitez - solo


(Carragher + Insua + Agger)
Oh
Lihatlah...diriku yang kehilangan
Tanpa Piala ligaku sayang
Siapalah aku

(Torres + Gerrard)
Kalah dan kalah
Man U yang salah
puncak dendam berpanjangan
Ohhhh

Benitez - solo

(ulang duet antara Mascherano dan Maxi)
Mengapa kita harus terkecewa
Kerana Reina dan Arsene Wenger
Apa yang telah terjadi pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakan
Mengapa mesti ada kekalahan lagi
Kerana liga dan piala luput dalam perlawanan

(Gerrard jerit)
Apa yang harus KITA LAKUKANNNN?!!!

(satu pasukan termasuk pemain simpanan dan youth squad)
Kita sandarkan pada kenangannnnnnn

16

Man Utd 2 - Liverpool 1

Oh haiz!

Eh kalah ek? Park Ji Sung scored the winning goal pulak tu. Wow. Hebat.

Bangga kerna dia berasal dari benua Asia. Orang kampung la kira tu kan?

Saya menonton game ini live. Warden asrama subscribe ESPN rupanya. Rupanya Cikgu Ap peminat Man Utd. Sambil nonton borak-borak pasal World Cup akan datang. First half Cikgu Jannah happy, second half dia happy. Nasib baik asrama tak kena bakar malam tu, masih ada waras akal.

Is it just me or game ini amatlah boring? Semua bermain berhati-hati. Sampaikan Park Ji Sung boleh score the winning goal. Dan Gerrard gi minum teh tarik kat tepi padang sambil borak-borak ngan linesman.

But the hero of the match, aku rasa, goes to the referee. Badan sasa macam rugby player. I got distracted from the game watching him police the boys.







So congrats Kem Manchester. Good luck menentang Bayern Munich nanti ya?
100

Manchester United 2 - 1 Liverpool : Dua tumbukan padu dikiri dan kanan rusuk Benitez

Jorji Isnin, Mac 22, 2010
Masih jelas gaya tandukan terbang 'ala torpedo Korea Selatan' Park Ji Sung kemudian berlari sambil menepuk-nepuk dada/crest MU dan itu diaaaa .....satu tumbukan padu ke udara gaya Wayne 'the rudeboy' Rooney dicopy baik sekali.

Tumbukan padu ke udara!

Park Ji Sung memang terbaik. Beliau berlari disetiap inci padang tanpa penat dan menunujukkan yang beliau memang selayaknya bermain untuk Manchester United.
Park Ji Sung punya cita-cita dan selera besar. Beliau mahu menang kejuaraan EPL dan Champions League. Treble! (Carling Cup dah masuk kabinet). Sifat ini jelas TIADA PADA GERRARD. Entah apa tujuan Gerrad main bola agaknya? Cukupkah dengan hanya 'cemolot' dengan kamera? Banyak pemain ternama yang berpindah kelab kerana mahukan kejuaraan atau cabaran baru. Tengok C.Ronaldo, 5 tahun je dengan Manchester United, lepas tu pindah sebab dah puas cium piala. Tetapi tidak pada Gerrard....dan Fara Benitez. Mereka seboookkk nak kejar tempat ke 5,6 atau TUJUH. Apa kes?

Musuh no. 1 Liverpool

Apakah yang Torres lakukan dipadang? Menanduk masuk untuk gol pertama Liverpool pada minit ke 5 dan seterusnya emosional, komplen sana sini untuk 85 minit seterusnya! Aku yakin, masa Torres score tu, ramai The Kops dah senyum-senyum, mereka terbayangkan kemenangan akan berlaku lagi. Tetapi mereka lupa, yang mereka lawan bukannya kecik anak, Lille atau Portsmouth. Pak Alex bukan Avram Grant la!

Enjin pasukan dibahagian tengah dikawal baik oleh Fletcher (Man Of The Match), Park Ji SUng dan Carrick. Gerrard asyik kene kejar bola aje la aku tengok. Kesian. Benitez letak dia main kiri pulak. Tak sesuai. Tapi letak mana-mana pun dia sama aje. Main kasar pandai, main bola macam BAdul. Insua? nama pun tak bunyi footballer, Johnson? dia silap tak marking Park Ji Sung. Lucas? dia ada main ke semalam? tak nampak pulak :P

Howard Webb mengadili perlawanan dengan baik. Penalti itu memang keputusan yang tepat. Masherano jelas memegang tangan dan menjatuhkan Valencia didalam kotak penalti! Dia patut dapat kad merah sebab dalam undang-undang permainan, kalau pemain melakukan kekasaran keatas pemain lain yang sedang mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, mesti diberi kad merah. Tengok la game-game lain. Walaupun masih ada Carragher didalam kotak tapi dia tak mungkin sempat menahan percubaan Valencia.

Nampak? Howard Webb nampak!

Citer banyak pun tak guno. Manchester United berada dilandasan sebenar untuk TREBLE musim ini. Chelsea dah pandai buat kalah. Semua ini skrip sama semenjak 1991. Cuma tak ramai yang nak terima kenyataan bahawa MANCHESTER UNITED adalah juara England yang tak terkalah!

Kepada devils semua, teruskan poyo dan angkuh selama 3 bulan. Jangan kesian sama The Kops dan juga Chelsea. Mari kita gulai mereka. Mari kita rapatkan barisan dan maju bersama One United (1United yang original) dan kita insafkan The kopites dan The Blues. Mereka tak layak jadi juara England!

Arsenal? Jangan buang masa.

Apa perangai ni Owen?
30

Thou Shalt Not Sit On One Goal Advantage

LuciusMaximus
Seriyesli, aku nak tanya, siapa yang boleh cantas Manchester United?

Kelab ‘Sandarkan Pada Kenangan’? ‘Sekolah Sukan Arsene Wenger’?

Dan kegampangan apakah yang ditunjukkan oleh Carlo Ancelotti dan Chelsea malam tadi?



Aku seru kamu semua, kita mesti bergabung dalam membendung gejala Freemason.
25

ALL TOGETHER NOW - YA A AWWWW!!!! (DENGAN UPDATE)

UPDATE DI BAWAH


Alaa, tak menang cup takpe, janji menang 4-1 dengan Man U, dulu kata mereka.

Alaa, menang dengan Liverpool dan menang cup, tahun ni, kata kita, okey le tu.

Saya pernah kata, kehinaan satu-satu team bila mamat di bawah ini score.


Tanya Pipiyapong, macam mana peritnya hati.

Ah, kali ini memang terang lagi bersuluh kami kem Manchester United nak riak habis-habisan, poyo, bongkak dan segala perkataan yang kamu bencikan itu.

Kepada pasukan "Sandarkan Pada Kenangan", teruskan hidup anda dengan tabah, kami dedikasikan lagu di bawah untuk anda.

Ye, kita kalah 1-4 di Old Trafford tahun lepas, ye la ye la..., 'Sandarkan Pada Kenangan...'


Oh juga...

YA A AWWWW!!!!

UPDATE! UPDATE!

Ni apa pula cerita team yang dok sebut klesemen klesemen ni. Raya Puasa dah lepas, Raya Krismas dah lepas, Raya Cina pun dah lama habis,

Sambut alam ria cuti sekolah ke Lucius dan Obe? nak klesemen apanya lagi dah ni?

Terima kasih kepada encik rapper kita.

22

So You Think You Can Dance?

Jorji
Dapat tempat ke 5 pun jadiiiii la! sobs!sobs!


Aku sedang meneliti draf yang aku buat 2,3 hari lepas. Yup, punya yakin Manchester United akan menang, aku dah draf untuk post kemenangan. Tapi aku kene buat balik sebab, tak sangka pulak Park Ji Sung yang jaringkan gol kemenangan.

Sebab ada peribahasa EPL kata "kalau Park Ji Sung yang score, teramat H I N A pasukan itu"

Jadi aku sedang mencari ayat-ayat solid yang sesuai untuk The Kops. Aku hanya nak mereka insaf terus dari cuba-cuba mengeluarkan suara, kepak,kuku atau jari untuk menekan keyboards. Sementara itu, The Kops bukan tak biasa tumpukan perhatian pada siaran 104. AF8 dah start. AKu tau mereka suka tengok part Cikgu Linda ngajar menari. Undi banyak-banyak ok!

Ini Bukan Cikgu Linda



62

Arsenal Dapat Barcelona, Chelsea Dapat Duit Lagi

Pipiyapong Abdillah Hamzah Jumaat, Mac 19, 2010
Keputusan Undian

Lyon lwn Bordeaux

Bayern Munich lwn Manchester United

Arsenal lwn Barcelona

Internazionale Milan lwn CSKA Moscow


Akhirnya setelah undian dijalankan tadi, laluan Arsenal cerah apabila ditakdirkan bertemu Barcelona. Memang ini yang gua tunggu tunggu. Bila peringkat awal macam ni dapat lawan team macam Barcelona, dah sah final nanti lawan CSKA Moscow ye dak?

Sementara itu, gua dengar cerita Chelsea nak dapat duit banyak lagi buat beli pemain baru yang lagi sedap. Tapi tu laa. Beli pemain planet lain pun gua ingat tak menang juga Chelsea ni. Gua rasa duit Abramovich tu baik guna buat beli Piala. Tak payah beli pemain. Piala Dunia pun boleh beli apa pakai duit banyak banyak tu.

Manchester United pula gua dengar cerita nak angkat Teddy Sheringham untuk game lawan Bayern Munich nanti.
15

Hola!

LuciusMaximus
Bienvenido a America del Sur!


Nampaknya sekarang aku kena pergi stadium pakai baju kalis peluru. Topeng gas kira optional tapi untuk kebaikan bersama kena bawa buat back up.

Perjalanan Copa Libertadores agak terkebelakang berbanding Champions League.

Buat masa ini semua 32 kelab sedang berentap dalam saingan kumpulan, ada 8 kumpulan, 4 kelab setiap kumpulan dan juara setiap kumpulan layak ke Round of 16 disertai oleh 6 pasukan terbaik tempat kedua dalam setiap kumpulan di mana 14 kelab yang layak ini bakal berentap dalam saingan kalah mati bersama 2 kelab Mexico yang mendapat bye kerana insiden selsema babi tahun lepas.

Tak faham? Boleh skip artikel ni.

Oleh kerana ini adalah kejohanan bolasepak anjuran CONMEBOL, maka jadual perlawanan boleh tahan berteraburnya.

Antara perlawanan yang terkini ialah dari Kumpulan 1 melibatkan Corinthians (Brazil) yang bertandang ke Cerro Porteno, sebuah kelab Paraguay. Corinthians hanya menang tipis melalui jaringan tunggal El Gordo Ronaldo, bekas pemain Inter (hampeh!). Sebagai balasan Policia Paraguaya menyumbatkan 35 orang alcoholizados del Corinthians ke dalam lokap atas dakwaan mabuk terlampau.

Satu lagi perlawanan Kumpulan 1 pula ialah antara Independiente Medellin (Colombia) yang menyambut kedatangan Racing (Uruguay). Perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan, berita baik buat Racing barangkali kerana terlepas dari ugutan bunuh Senores de la droga de Colombia.

Kumpulan 2 pula menyaksikan pertembungan antara kelab Mexico, Monterrey yang meraikan kunjungan kelab Colombia, Once Caldas. Walaupun Mexico ialah ahli CONCACAF bukan CONMEBOL, kelab mereka tetap dijemput atas nama semangat Amerika Latin. Ya ini satu lagi keluarbiasaan Copa Libertadores. Perlawanan berkesudahan seri 2-sama.

Sementara itu dari kumpulan yang sama, kelab nombor 1 Brazil iaitu Sao Paulo melanyak Nacional dari Paraguay dengan 3 berbalas kosong. Dagoberto, Leo Lima dan Washington menjaringkan gol-gol Sao Paulo. Sao Paulo ialah kelab yang pernah mengalahkan Liverpool pada perlawanan akhir FIFA World Club Championship tahun 2005.

Fakta terakhir ini saja aku masukkan sebab nak kutuk Liverpool.

Perlawanan seterusnya ialah pada 23 Mac melibatkan Estudiantes lawan Bolivar (Kumpulan 3) dan Libertad lawan Universitario (Kumpulan 4). Boca Juniors tidak terlibat musim ini bagi sesiapa yang belum maklum.

Okaylah, aku nak pergi teman Marion Caunter beli bikini bertali jap.
31

Berita Terkejut

LuciusMaximus Khamis, Mac 18, 2010
Pihak Sokernet telah dimaklumkan sebentar tadi bahawa Roman Abramovich bersedia untuk berbelanja besar menjelang musim panas nanti bagi merombak skuad Chelsea.

Beberapa pemain lanjut dan bermasalah seperti Michael Ballack dan Didier Drogba mungkin bakal dilelong dalam tempoh terdekat.

Dari sumber dalaman yang boleh dipercayai, antara sasaran faveret Abramovich ialah Fernando Torres, Franck Ribery, Sergio Aguero, Bastian Schweinsteiger, Zinedine Zidane, Diego Maradona, Johan Cruyff, Franz Beckenbauer, Michel Platini, Roberto Baggio dan kemungkinan Amri Yahyah.

Kedudukan Carlo Ancelotti masih selamat buat masa ini tapi diwarwarkan bahawa M Karathu telah disenarai pendek sebagai back-up.

Okay nanti sambung lagi pramugari dah datang nak hidang makanan. Lama betul naik kapal terbang pergi Buenos Aires ni.
17

Dari Kuala Pilah ke Manchestee' - Biarlah Manchester United meneruskan perjuangan bolasepak orang putih.

Jorji
Kolopilah FC atau KFC ditubuhkan pada 6 Mac 1974.

Sekarang lunch time pulak! Nanti sambung balik la.. Sementara itu, bolasepak orang putih England akan diteruskan oleh Manchester United dipersada Eropah. Harap team 'lain'...hancus!

:)
22

The Special One

He came, he saw, he Mourinho'd

Aku akui, Chelsea semalam memang kecil anak lawan Internazionale, di bawah kendalian Jose Mourinho.

Kata-kata Zola bahawa kelab-kelab Seria A ‘tidak setajam’ kelab-kelab EPL mungkin ada betulnya, tapi ini Inter di bawah Jose Mourinho.

The Special One.

Jose Mourinho salah satu punca kenapa Carlo Ancelotti berpindah dari Serie A ke EPL. Mourinho juga punca kenapa Roberto Mancini mengikut jejak Ancelotti. Oh ya, lama dulu Mourinho juga menjadi sebab kenapa Claudio Ranieri berpindah dari EPL dan balik ke Serie A.

Hidup Mourinho ialah menghantui pengurus-pengurus Itali. Tujuh belas dari 20 kelab dalam Serie A dikendali oleh pengurus Itali tetapi Jose Mourinho mengatasi mereka semua dengan Inter di puncak klasemen.

Itu Jose Mourinho. The Special One. Bahkan di zaman EPL, Mourinho juga menghantui pengurus-pengurus kelab EPL yang lain.

Arsene Wenger menurut Mourinho ialah seorang voyeur, obses dengan kejayaan Chelsea kerana Arsenal tidak menang apa-apa bertahun lamanya. Rafael Benitez pula meluahkan perasaan bahawa hidup lebih baik buat dirinya tanpa Mourinho di Chelsea.

Hanya Pak Alex saja yang diluar jangkauan provokasi Mourinho.

Jose Mourinho. Diundi pengurus bolasepak paling seksi oleh wanita-wanita England. Diabadikan patung lilinnya di Madame Tussaud. The Special One.
Sampai sekarang aku tidak faham bagaimana Roman Abramovich dan Jose Mourinho berubah haluan pada musim luruh 2007. Lagi aku tidak faham ialah bagaimana 5 bulan selepas Mourinho meninggalkan Chelsea, Abramovich bermurah hati menghadiahkan Mourinho sebuah Ferrari 612 Scaglietti?

Apakah?

Tiga tahun selepas meninggalkan Chelsea, Mourinho masih menghantui Stamford Bridge. Di padang atau di bilik persalinan.

Semalam, Mourinho kembali dengan Inter ke Stamford Bridge sebagai pasukan pelawat tapi lebih kelihatan seperti bermain di tempat sendiri.

Sepanjang perlawanan kamera lebih banyak terfokus ke arah Mourinho, bukan Ancelotti.

The Special One.

Ketika sesi memanaskan badan, Mourinho muncul dari terowong dengan sebatang pen dan menandatangani permintaan autograf para peminat Chelsea.

Sebelum perlawanan bermula Stamford Bridge melaungkan nama Mourinho dan The Special One bangun serta melambai ke setiap penjuru Stamford Bridge.

Setiap perkara yang berlaku dalam padang akan disusuli dengan rakaman reaksi Mourinho.

Bila bola terkeluar, Mourinho berkeras tidak mahu memulangkannya kepada Yuriy Zhirkov untuk lontaran ke dalam.

Setiap percubaan ke pintu gol oleh Inter disusuli dengan reaksi Mourinho.

Jaringan Samuel Eto’o diraikan dengan beberapa genggaman tumbukan padu, sederhana dan tidak terlalu menonjol.

Ketika perlawanan terhenti buat sementara, Mourinho dilihat memangil Diego Milito dan Goran Pandev ke sisi padang untuk sedikit hairdryer treatment.

Setiap kali Mourinho memasukkan pemain gantian, kamera dengan pantas merakamkan aksi beliau. Body language dan pergerakan tangan mengiringi mulut Mourinho yang kumat-kamit memberi arahan kepada Dejan Stankovic, MacDonald Mariga dan Marco Materazzi.

Yang terbaik ialah bila Materazzi dimasukkan. Pemain Itali yang pernah disodok Zinedine Zidane ini sangat gemar memakai perhiasan diri yang melampau seperti gelang lalu ketika mahu masuk ke dalam padang telah diarahkan oleh pembantu pengadil untuk membuang gelangnya.

Apa yang Jose Mourinho buat? Bangun dan meragut semua gelang Materazzi sebelum membuangnya ke tanah. Kemudian pantas menolak Materazzi masuk ke padang.

The Special One. Mourinho ada aurau keyakinan dan ianya terpancar jelas di kalangan pemain Inter. Mourinho juga menunjukkan who is in charge, tidak ada satu pun pemain yang terlepas dari beliau.

Ketika tinggal beberapa minit sebelum wisel penamat ditiup, Jose Mourinho bangun dan berjalan masuk ke terowong terlebih dulu. Tanpa sebarang reaksi tapi yang pasti dengan penuh rasa puas hati. Kata-kata terakhir Mourinho, “Pada mulanya mungkin Roman beranggapan mudah untuk beliau menang, sekarang dia tahu ianya tidak.”

Sehari selepas kejayaan membenam pasukan lamanya, Jose Mourinho menghantar SMS kepada John Terry.

“Hari ini, salah seorang dari kita dalam keadaan bersedih. Itulah kehidupan.”

Hanya The Special One saja yang boleh hantar SMS begitu.

P/S: Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji. Aku suka makan daging lembu maka oleh sebab itu aku bakal ke Amerika Selatan bersama Marion Caunter kerana Amerika Selatan antara penternak lembu terbesar dunia. Doakan kebahagiaan kami di Copacabana.

Jom Copa Libertadores?

18

"Patah kaki perlu dibalas dengan patah kaki..." - Presiden Persatuan Pak Guard Sedunia

Pipiyapong Abdillah Hamzah
"Mana Jon Terry? Mana!? Biar aku patahkan kaki dia! Dah kalah Champions League, main langgar langgar orang pulak!"

"Sabar, Erik Bana... Sabar..."


57

"Selamat Hari Lahir Luci" - Jose

Obefiend Weiland Rabu, Mac 17, 2010
Selamat hari lahir Luci.

Setahun lebih tua kamu hari ini. Sebagai orang kuat Sokernet dan Chelsea Hardcore Sexstars, sokongan kamu terhadap team dari Londre amatlah dihargai. Oleh itu terimalah hadiah ini dari saya.

Yang Benar

Jose Maurinho
Si Istimewa dari Milan

p/s : Eto'o wanted to contribute also so I let him

FUUUUUUUUUUU
44

Prebiu Chelsea Lawan Inter - Memecahkan Yang Menjalankan

LuciusMaximus Selasa, Mac 16, 2010
Lepas lawan West Ham United hari Sabtu lepas, aku ada duduk makan spaghetti dengan Carlo Ancelotti dan juga lagenda The Blues, Gianfranco Zola.

Turut serta ialah Marion Caunter, pengacara MyEG Xtra Time. Itu pun sebab aku ajak join sekali. Kalau tak kerusi memang reserve untuk wakil Sokernet saja.

Sambil makan, Zola buka mulut.

“Saya pikir Chelsea telah mendapat keuntungan besar.”

Ancelotti meletakkan sudu dan garfu. Aku dan Marion hanya terdiam.

“Inter cenderung berubah pembentukan sering, bahkan selama perlawanan,” jawab Ancelotti. “Kita terbiasa untuk ini dan mungkin perlu beberapa penyesuaian tapi apa yang penting adalah kita bermain permainan kita, tidak menyesuaikan formasi kita untuk bagaimana mereka bermain.”

Aku hafal sebaik mungkin kenyataan Zola dan Ancelotti dalam kepala. Marion pula keluarkan buku nota merah jambu dan pen merah jambu dari tas tangan merah jambu beliau, cuba mencatat sesuatu.

Aku tarik dan ramas tangan Marion sambil berikan jelingan tajam. Perjanjian aku dengan gadis kacukan Portugis-Cina ini, hanya Sokernet boleh buat laporan eksklusif perbincangan Zola dan Ancelotti. MyEG Xtra Time hanya boleh buat ulasan masakan Itali di Stamford Bridge.

“EPL mungkin lebih kompetitif dari Serie A dan punya kelajuan yang berbeza dan kualiti yang berbeza. Saya ingin melihat bagaimana Inter mengatasi dengan,” balas Zola sambil tersengih, seolah meletakkan cabaran kepada bekas mentor beliau.

Marion di sebelah buat muka manja. Sebagai penulis Sokernet yang komited aku setia pada etika kewartawanan, tidak boleh bagi maklumat eksklusif pada pesaing Sokernet. Tapi sebagai gadis genit yang seksi, Marion memang pandai menggunakan aset yang ada untuk menggoda.

Aku kuatkan iman sambil cuba baca ayat pendinding.

“Kita tidak boleh berfikir tentang Inter berada di luar bentuk. Mereka telah menunjukkan diri sebagai tim kualiti tertinggi dan sangat kuat. Kita harus mempersiapkan sebuah pasukan Inter yang bermain sepak bola terbaik mereka,” tegas Ancelotti penuh waspada, tidak mahu terperangkap dengan provokasi bekas anak muridnya.

Marion melepaskan tangan lembutnya ke ribaan aku. Dengan pantas aku cuba kendurkan apa-apa yang mula ketegangan sambil berbisik dengan nada keras menyuruh Marion makan tembikai susu yang ada di atas meja.

“Semua orang lebih tajam, itu sesederhana itu. Milan, Inter, Roma dan Juventus adalah tim yang sangat baik tetapi tidak setajam pasukan EPL,” pintas Zola yang pada tahun 1997 memintas barisan pertahanan Manchester United untuk meledakkan bola ke dalam gawang. Tidak terjangkau oleh Peter Schmeichel hingga digelar Pak Alex, ‘clever little so-and-so’.

Ancelotti diam seketika. Aku pula memikirkan kata-kata Zola, ‘semua orang lebih tajam, itu sesederhana itu’. Tinggi makrifat ayat Zola ini. Memang susah kalau tidak pandai bahasa Itali dan terpaksa guna Google translate.

Ancelotti masih diam. Marion pula menghabiskan hirisan tembikai susu yang terakhir, menikamnya dengan garfu yang tajam. Tapi mungkin tidak setajam pasukan EPL bak kata Zola.

“Kita akan keluar dari jalan kita untuk memecahkan yang menjalankan,” Ancelotti tiba-tiba bangun dan bersuara penuh yakin. Zola tersenyum, aku terdiam sementara Marion pula hanya memegang garfu.

Dalam bahasa orang putih, “we will go out of our way to break that run”.

Dengan kata semangat itu, aku yakin Chelsea boleh menamatkan perjalanan The Special One malam ini.

Atau jika tidak, aku akan berhenti buat ulasan Champions League dan fokus lebih kepada Copa Libertadores.

Marion dah pesan, kalau jadi pergi Amerika Selatan dia nak ikut. Aku pasrah.




Marion Caunter bersama tembikai susu, barangkali.

37

Update Kejuaraan Futsal Sokernet 2010

Jorji Isnin, Mac 15, 2010
1. Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton no. 1 DUNIA menjadi juara All England edisi 100 tahun kejuaraan. Beliau menjadi pemain Malaysia ke 3 yang berjaya mengungguli kejuaraan berprestij itu. MALAYSIA!!!

2. 10 pasukan telah pun membuat pembayaran untuk menyertai Kejuaraan Futsal Sokernet 2010. Terima kasih. Untuk rekod, Sokernet telah pun menempah gelanggang pertandingan di Sport Planet Ampang. Pertandingan ini dikira 'JADI!" Datang ramai-ramai. Berlatih sungguh-sungguh.

3. 4 pasukan lagi masih belum pecah tabung? Bayar cepat wei.. Sokernet dah tempah baju lengan sebelah gaya Chong Wei, rugi kalau tak dapat!

4. Wayne Rooney double double double double. Tanda nak dapat kejuaraan berganda musim ini.

5. 2 Minggu lagi!
64

Dari Tronoh Ke Liverpool - Kisah Sebuah Kelab Bolasepak Bukan Orang Putih

LuciusMaximus Khamis, Mac 11, 2010 ,
(Kita lupakan bolasepak orang putih dan muhasabah diri kita sendiri)

MUKADIMAH

TSG 1899 Hoffenheim adalah sebuah kelab bolasepak Jerman yang berpengkalan di Hoffenheim, sebuah pekan kecil dengan 3,272 penduduk. Sekilas pandang mereka yang kurang arif dengan bolasepak Jerman akan merumuskan TSG 1899 Hoffenheim hanyalah sebuah kelab amatur yang bermain di dasar piramid liga bolasepak Jerman.

Realitinya musim lepas TSG 1899 Hoffenheim menduduki tempat ke-7 Bundesliga. Kelab dari pekan kecil bersaing dalam liga besar dengan kelab-kelab dari bandar besar seperti Bayern Munich, Borussia Dortmund atau Werder Bremen.

Cerita bolasepak yang sebegini memang sukar untuk berlaku di Malaysia kerana struktur liga dan bolasepak kita yang kurang siuman. Tapi kalau ianya dirombak dan diliberalisasikan mungkin kita bakal melihat Ba’kelalan FC berentap dengan Shah Alam Red Giants dalam saingan Piala FA.

Pokok pangkalnya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kelab bolasepak boleh ditubuhkan di mana saja, dari kota metropolitan hinggalah ke ceruk kampung. Yang penting perlu ada semangat dan usaha. Tidak lupa juga sokongan dari pihak bertanggungjawab iaitu persatuan bolasepak. Tapi bab ini, FAM memang fail.

Mengenang kembali nostalgia lalu membawa aku kembali ke tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Di zaman bolasepak berstatus semi pro, di zaman rakyat Malaysia masih berduyun-duyun ke stadium sebelum FAM melingkupkannya, lahir sebuah kelab amatur dari sebuah pekan koboi.

KELAB KECIL DARI PEKAN KOBOI



Tronoh Football Club. Sejak 1992.

Dua puluh tahun yang lampau mungkin ramai tidak kenal dengan Tronoh. Sebuah pekan kecil dalam daerah Kinta di negeri Perak. Dahulunya gah kerana perlombongan bijih timah tapi selepas jatuhnya harga timah di pasaran dunia, Tronoh berubah menjadi pekan koboi yang sunyi (cuma kebelakangan ini ia hidup kembali). Namun begitu itu tidak menghalang penduduk Tronoh dari menubuhkan kelab bolasepak mereka sendiri.

Asalnya Tronoh sudah pun mempunyai kelab bolasepak mereka sekitar tahun 1960-an. Bermula dengan nama asal Tronoh Young Tigers (kemudiannya diciplak oleh FAM!) kelab tersebut bertahan hingga ke tahun 1985 apabila ianya bertukar pula menjadi Kelab Bolasepak Belia Tronoh (KBBT), mungkin mengikut trend semangat Gerakan Belia 4B pada zaman tersebut. KBBT bertahan sehingga ke tahun 1990 sebelum ianya patah kaki. Aku saspek ada kena mengena dengan politik sebab bolasepak Malaysia memang macam begitu. Kena pula memang zaman UMNO lawan Semangat 46 masa itu.

Namun, ibarat kelab Inggeris Aldershot Town FC (The Rising Phoenix) yang hidup kembali pada tahun 1992, Tronoh meraikan kebangkitan semula kelab bolasepak kesayangannya pada tahun yang sama dengan nama Tronoh FC. Kebangkitan semula ini mengikut sumber-sumber tertentu menjadi ilham untuk M Nasir menerbitkan album Phoenix Bangkit hampir 10 tahun kemudian.

Serius.

DARI TRONOH KE LIVERPOOL

Kebangkitan semula Tronoh FC bertitik tolak dari kesungguhan individu bernama Mohd Isa atau lebih terkenal dengan nama glamernya, Abang Icut. Kisahnya seorang anak muda Tronoh merantau jauh ke Liverpool, menimba ilmu di University of Liverpool sana. Pulang ke tanah air, anak muda ini menubuhkan kelab bolasepak hasil dari inspirasi dan minat beliau kepada Liverpool FC. Maka lahirlah Tronoh FC. Since 1992 (Liverpool FC dan sardin Ayam Brands pula sejak 1892, damn!).

Ini betul punya cerita, bukan tipu. Apa barang dari Jemapoh ke Manchester?


Kesebelasan berbisa ketika bertandang ke Pulau Pangkor bergambar di Hotel Fan Fasific, bukan Pan Pacific

Tronoh FC pada awal penubuhannya dibarisi oleh anak-anak muda Tronoh dan juga dari kampung-kampung sekitar seperti Kampung Merbau, Kampung Kurnia dan Kampung Serkai Jadi. Antara nama-nama yang pernah membarisi kesebelasan berbisa Tronoh FC ialah:

1. Abang Icut @ Mohd Isa (Presiden)
2. Pak Asim
3. Bedan Cekco
4. Ajit Seputeh
5. E Daud
6. Shah
7. Atan Mamak
8. Rostam
9. Buntat (GK1)
10. Kindek Daud (kelasmet aku zaman sekolah rendah, dahsyat mamat ni)
11. Hasni Daud
12. Puad
13. Leman
14. Apiz Ngah Dari (GK2)
15. Aloy Umah Muarah
16. Yoi Posmen
17. Ijai Manap
18. Nizam Sahak
19. Lan Putek
20. Lobo
21. Tolu
22. Lan
23. Powei
24. Omar Bali

Macam biasa, semua guna nama glamer.

Dalam beberapa siri perlawanan persahabatan yang tidak perlu sampai ke Slovakia, Tronoh FC berjaya mencatat keputusan memberangsangkan. Menang ke atas Sungai Dua (3-0), Sungai Merab Bangi (menang 3-1), Pulau Pangkor (menang 3-1) sambil beli satay ikan dan juga Cameron Highland (menang 2-0) sambil beli sayur. Banyak lagi perlawanan diatur dengan kelab-kelab sekitar Lembah Kinta pada hampir setiap hujung minggu.

Tronoh FC juga turut menyertai liga bolasepak Batu Gajah, bersaing dengan kelab-kelab lain sekitar Kinta Barat. Pada tahun 2000 mereka berjaya menduduki tempat ke-3 liga dan seterusnya menjuarai liga pada tahun 2001. Tronoh FC pada masa itu mendapat tajaan dari Naza, syarikat yang sama menaja Lotus Racing hari ini. Untuk sebuah kelab kecil dari sebuah pekan koboi, ini pencapaian yang besar. Peh.

Bergambar selepas mengumumkan tajaan Naza bernilai jutaan ringgit. Pokok pisang dan basikal di belakang bukan milik aku


HUJAN DI TENGAH HARI

Namun ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Setiap kelab bolasepak pasti akan berdepan dengan laluan sukar dalam sejarah mereka dan begitulah juga Tronoh FC. Pada tahun 2004 kerana tiadanya kesepakatan antara pemain dan pentadbiran kelab, Tronoh FC telah berpecah dua.

Mendapat ilham dari nama-nama kelab Jerman barangkali (macam Hannover 96 atau Schalke 04), perpecahan Tronoh FC melahirkan Tronoh 92 (kelab asal Tronoh FC) dan Tronoh 04 (kelab baru). Insiden perpecahan ini lebih kurang macam Manchester United dan FC United of Manchester punya insiden.

Kedua-dua buah kelab kemudiannya membawa haluan masing-masing dalam menjulang nama Tronoh dalam persada bolasepak negeri Perak.

Pada tahun 2009, Tronoh 04 yang bersaing dalam Liga Bolasepak Ipoh muncul juara Divisyen 3.
Manakala Tronoh 92 pula pada tahun yang sama melakukan kejutan dengan mengubah nama kelab kepada Qairisma FC. Agak menyedihkan juga kerana hilangnya perkataan Tronoh pada nama kelab tersebut dan secara peribadi aku juga kurang setuju dengan nama Qairisma FC sebab sudah macam nama Sinar Dimaja Maisarah FC, kelab nama merapu yang pernah bersaing dalam Liga Perdana dulu.

Namun begitu kerana senario bolasepak Malaysia dan pentadbiran FAM yang tidak menyuburkan (tapi lebih menjuburkan) pertumbuhan kelab-kelab bolasepak berasaskan kedudukan geografi atau komuniti setempat, sukar untuk menilai masa depan Tronoh 92 (atau nama barunya Qairisma FC), Tronoh 04 atau pun kemungkinan Tronoh FC bangkit buat kali kedua.

SINOPSIS

Kisah Tronoh FC ini sebenarnya hampir luput juga dari ingatan aku jika tidak kerana usaha oleh Nor Hisham Haji Abdul Rahman atau nama glamernya Buntat, bekas benteng terakhir dan penjaga gawang Tronoh FC.

Hasil inisiatif beliau wujud sebuah blog mengenai Tronoh FC, biar pun ringkas tapi sekurang-kurangnya berjaya mendokumentasikan sejarah bolasepak Tronoh.

Buntat adalah senior aku di sekolah rendah dulu. Kali pertama bergiat secara profesional ketika berumur 10 tahun dengan mewakili SRK Tronoh dalam kejohanan bolasepak antara sekolah bawah umur 12 tahun. Masa itu Wayne Rooney pun hisap botol lagi.

Bersama SRK Tronoh, Buntat menjuarai kejohanan bolasepak sekolah-sekolah daerah Kinta pada tahun 1989. Sekali lagi sebuah sekolah kampung muncul juara mengatasi sekolah-sekolah besar dari bandaraya. Mungkin mengambil semangat Tronoh FC barangkali.

Karier Buntat terus berkembang dan beliau muncul penjaga gol nombor satu daerah Kinta dari tahun 1994 hingga 1995. Pernah beberapa kali mengikuti program pemilihan pasukan negeri dan muncul antara 10 penjaga gol terbaik untuk dipilih mewakili Perak FA dalam saingan Liga Malaysia. Beliau juga turut serta dalam kursus dan klinik bolasepak bersama Karl Heinz Weigang dan Rashid Hassan.

Memang pencinta bolasepak sejati Buntat ni.

Artikel ini ditulis berdasarkan artikel Buntat dalam blog beliau, Tronoh 92. Aku olah sedikit untuk mengikut corak penulisan Sokernet macam biasa.

Untuk bacaan lanjut, para pembaca juga bolehlah layari laman web berikut:

Tronoh 04

Qairisma FC

Akhir kata, apa cerita Kuala Lipis dengan Kuala Pilah? Tak ada kelab bolasepak ke? Atau kelab catur je? Tahulah baru menang tapi jangan asyik Arsenal dengan Manchester United je. Tempat asal-usul pun kena ingat juga. Hehe!

P/S: Sebenarnya aku pasrah juga tulis pasal Tronoh FC yang asal penubuhannya ada sangkut paut dengan Liverpool FC

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...