ARKIB SOKERNET

40

SOKERNET Go Global!

Abdul Sokernet Sabtu, Mei 29, 2010

Sokernet mengucapkan segulung tahniah pada saudara Pipiyapong kerana berjaya dipilih menjadi duta Sokernet ke kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Pengumuman itu dibuat sejurus selesai mesyuarat khas pengurusan tertinggi Sokernet di PWTC petang semalam. Mesyuarat yang berlangsung di sebelah dewan mesyuarat GAS (Gerakan Anti Samsu) berlangsung selama 3 jam petang semalam. Pengurus kanan bahagian Business Planning and Development yang baru dinaikan pangkat, saudara Jorji, ketika memberitahu keputusan menghantar Pipiyapong ke Afrika adalah tepat pada masanya selari dengan aspirasi Sokernet yang mahu mengembangkan sayap ke peringkat 'International' setanding syarikat berita sukan konglomerat lain seperti ESPN dan Sky Sports.

Mesyuarat khas berkenaan, antara lain telah meluluskan bajet financial year musim 2010/2011 dan menyelesaikan beberapa isu audit yang berbangkit. Demi meningkatkan kualiti pengurusan, turut diluluskan adalah Company Policy Guideline bertaraf ISO 9000 sebagai guideline rasmi Sokernet merangkumi beberapa aspek penting syarikat seperti WPM (work procedure manual) mengikut seksyen, proper documented LOA (level of Authority), Risk Profiling, Legal counsel dan Human Resource Management.

Ini membuktikan komitmen padu Sokernet dalam merealisasikan hasrat dan cita untuk menjadi global player dalam wadah berita bolasepak dan bukan sekadar jaguh kampung seperti yang dituduh oleh segelintir pihak sebelum ini. Sokernet juga mensasarkan matlamat memasuki 'public listing' dipapan utama BSKL paling lewat pada tahun 2013. Langkah sebegini penting untuk menanam keyakinan pelabur dan menarik seberapa ramai pembaca ke laman Web Rasmi Bolasepak Dunia : Sokernet.

Ketika ditanya mengenai rasional disebalik keputusan Sokernet menghantar Pipiyapong ke Afrika, yang semestinya memakan belanja besar, Jorji menjawab:

" Kita bukan hantar dia pergi sana makan angin. Ini merupakan strategi Sokernet untuk meningkatkan reputasi kita dikalangan 'global player' yang sedia ada, mengembangkan networking dan mengukuhkan relationship. Di sana, Pipiyapong akan menjadi duta rasmi Sokernet, and he's got KPI to achieve!".

Sokernet juga berjanji akan mendedahkan secara detail kos perbelanjaan menghantar Pipiyapong ke Afrika sebagai langkah permulaan mendokong agenda transperansi seperti yang disarankan oleh Datuk Seri Najib baru baru ini.

"Kita tidak mahu apa yang berlaku pada Sime Darby, terjadi pada Sokernet. Saya akan pastikan board of directors faham kehendak bisnes, di mana kita perlu berbelanja, dan di mana yang tidak perlu. Perjalanan Pipiyapong ke Afrika merupakan investment kecil yang bakal mencetus keuntungan berlipat kali ganda kelak..jadi jangan speculate keputusan ini".

Sokernet juga tidak terkecuali dikaitkan dengan PERKASAM apabila tarikh dan jadual penerbangan Pipiyapong dikatakan sama sebijik dengan tarikh dan penerbangan Ayahanda PERKASAM yang turut ke Afrika demi memberi sokongan padu pada anak melayu pertama yang beraksi di pentas piala dunia, saudara Sukhbiddin Saleh. Walaupun sekadar pengadil, saudara sukhbiddin dianggap wira melayu dan perlu dipertahankan.

"Tidak. Kalau benar pun itu cuma kebetulan. Kita tidak ada kena mengena dengan PERKASAM. Namun, Pipiyapong perlu bertemu seorang lagi Melayu, saudara Moeneeb Josephs penjaga gawang Afrika. Ya. Dia juga melayu dan patut dipertahankan hak" - ujar Jorji berseloroh.

Sokernet diberitahu, antara lain, Pipiyapong akan dibekalkan dengan sepasang Armani suit, sekotak Cuban Cigars, sepasang kasut Bally dan penginapan di hotel 6 bintang selama beliau berada di Afrika. Tugas terpenting beliau adalah mendapatkan slot ulasan Sokernet di ESPN. Makan malam bersama George Bodenheimer sudah diatur sebaiknya.

"Imej..Imej kena jaga untuk dapatkan deal."- Jorji menambah dihujung perbualan.


********




Bekalan Bisnes buat Pipiyapong.

51

ESPANA 1982 - kisah perjuangan rakyat Malaysia.

MDM FARAH FAIZURA

Tahun itu adalah tahun mereka. Pada setiap hari yang mereka lalui, mereka berharap semoga piala dunia tahun ini adalah milik negara mereka. Pasti... tahun ini adalah tahun milik Sepanyol. Pasti! Itulah kegembiraan dan itulah harapan rakyat Sepanyol kerana piala dunia tahun itu berlangsung di sana. Tanpa mereka tahu, mereka sekali lagi akan kecewa.

Jauh di Amerika Selatan, skuad yang dicanang-canangkan sebagai skuad paling berbakat di dunia sedang gigih menjalankan persiapan. Tidak ada yang kurang. Mereka ada Junior, Falcao, Socrates, Zico, Serginho dan Eder. Semua serapah sudah cukup cuma belum diuji di padang rumput.

Brazil 1982 - penuh bakat

Kembali ke Eropah, di sebuah stadium yang kosong di Itali, kelibat seorang pemain yang bakal menggegarkan piala dunia tahun itu sedang gigih berlatih. Dia bukan sandaran utama tetapi sesuatu akan terjadi, sesuatu yang akan menobatkannya menjadi lagenda yang bernama Paolo Rossi.

Rossi, tengah tak sedap hati.

Jauh di Argentina, pekik tawa pemain bercampur baur dengan satu semangat, semangat mahu mempertahankan Piala Dunia 1978. Di sebalik kelibat pemain-pemain yang penuh semangat itu, terselit seorang legenda yang sedang dalam pembikinan. Piala dunia tahun itu adalah yang pertama untuknya, piala dunia yang akan mengajarkan erti perjuangan, dan hari-hari Deigo Maradona pun semakin hampir.

Maradona, kalau cikgu disiplin sekolah nampak, siap rambut dia

Di Eropah Barat, di hujung padang berdiri satu susuk pemain, memandang jauh ke langit Perancis. Dia sedang memasang azam yang kukuh. Dia mahu menjadi yang terbaik dan dia mahu menjadi yang paling hebat. Dia mahu menunjukkan kepada dunia siapa Michel Platini.

Platini, agak kacak

Sementara itu jauh di hujung benua Asia. Di sebuah negara yang masih memegang kuasa pengeksportan getah dunia, seorang lelaki menatap akhbar dengan wajah yang kecewa. Tahun itu, Kementerian Penerangan tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan bagi kos siaran langsung Piala Dunia 1982.

Mungkin kerajaan mahu berjaga-jaga ekoran kos pilihan raya umum 1982, ataupun mungkin juga perbendaharaan sudah berkurang kerana gigihnya kerajaan melaksanakan Projek Serbuan Subuh, membeli semua saham Sime Darby di pasaran saham negara penjajah (Sebenarnya Guthrie - aku salah ingat kronologi. hahaha. Tq Pelaung Pulau sebab tegur). Mungkin juga kerajaan tidak mahu adanya judi sukan.

Mungkin juga kerana Kementerian Penerangan tahu, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ada televisyen. Jauh di pinggir Sarawak dan Sabah, masih ramai rakyat yang lebih khuatir berkenaan tanaman koko dan kelapa mereka. Ada waktu penduduk itu menenangkan hati dengan meminum kepala ataupun mengulum biji koko mentah yang masih manis. Namun, tidak ada siapa pun tahu apa sebab sebenarnya.

Lelaki yang kecewa itu pantas mencapai kertas dan pen. Dia mahu berbuat sesuatu. Biarlah kerajaan dengan masalahnya. Biarlah rakyat yang lebih gemar di kebun koko dan kelapa bergelumang dengan nyamuk, tetapi dia tetap mahu siaran langsung Piala Dunia 1982. Tidak mungkin dia sekadar duduk sambil mengharap Dr. Mahadir membuat sesuatu. Tidak mungkin....

Lalu pada suatu hari yang baik, sebuah akhbar menyiarkan surat lelaki itu. Sekiranya kerajaan tidak ada wang, jadi biarlah kita rakyat Malaysia yang menyumbangkan wang. Entah daripada mana semangat itu datang, tanpa mengira kaum, agama dan parti, kesemuanya menyokong cadangan itu. Satu dana dibentuk, curahan wang datang mencurah-curah. Semuanya demi Piala Dunia 1982.

Jauh sebelum Najib melaungkan 1 Malaysia, rakyat Malaysia sudah bersatu. Hampir dua juta sudah terkumpul namun ia masih jauh daripada sasaran. Pada saat penuh emosi itu akhirnya syarikat swasta tanpa diarah-arah melangsaikan selebihnya. Rakyat Malaysia tersenyum, dunia memandang kagum.

Pada 13 Jun 1982, beberapa minit sebelum perlawanan sulung Argentina menentang Belgium, pada saat semua televisyen dunia dikuasai iklan para penaja, di televisyen Malaysia terbit satu rangkaian kata-kata penuh keramat.... SIARAN LANGSUNG DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA.

Pada tahun 1982, rakyat Malaysia akhirnya mampu melihat bagaimana barisan penuh bakat Brazil tumpas pada permainan penuh disiplin milik Itali. Pada waktu yang sama harapan rakyat Malaysia bagi melihat kebangkitan Algeri berakhir dengan kontroversi. Austria dan Jerman dituduh berkonspirasi menidakkan peluang Algeria, negara kecil yang membuatkan penduduknya histeria.

Skuad Jerman Barat yang sistematik dan kolar jersi pun boleh tahan lebar

Pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia dapat melihat secara langsung perlawanan terhebat piala dunia 1982, Jerman Barat seri tiga sama dengan barisan yang dikemudi pemain penuh inspirasi Michel Platini, yang akhirnya, impian Platini lebur kerana penalti.

Pada waktu itu jugalah buat pertama kali rakyat Malaysia melihat kelibat bakal legenda dunia, Deigo Maradona yang diberikan kad merah kerana darah mudanya. Dan pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia melihat kelincahan pemegang kasut emas Piala Dunia 1982, Paolo Rossi membenamkan Jerman pada perlawanan akhir.

Namun, pemenang utama Piala Dunia 1982 adalah rakyat Malaysia.

Nota: Nak lagi lanjut, kat ruangan komen Bro Axel ada ceritanya. Dia perawi hidup kisah ini.

11

FORZA ITALIA!

awi.rui Jumaat, Mei 28, 2010

Ah Luci!

Apelah sangat 24-0 lawan dengan pasukan 'ntahmanemanentah' tu!
Pastu boleh lak claim World Cup 2010, team gembeng Jerman yang sapu?!!
Lu terlalu cepat buat prediction bai... selagi vuvuzela tak bertempikan di langit Afrika, selagi Cikgu Din kita tak tiup wisel keramat Liga-M, aku sebagai supporter juara bertahan World Cup terpaksa mintak maap ngan lu sebab tahun ni bukan tahun Jerman bai!

Seriously.

Walaupun team Azzurri tahun ni dikritik teruk oleh ramai pemerhati bolasepak di Itali mahupun di serata dunia kerana dikatakan agak 'biase', kami, Azzurrini, tetap merasakan Lippi telah membuat 'timbang air' yang tepat dan betul dalam misi mempertahan kejuaraan lalu yang di kecapi di Jerman (ah Luci!) 2006 yang lalu.

(di sini ingin ditekankan bahawa 'sejarah' akan tetap 'tinggal sejarah'. so takyah lah kite ngungkitnya kembali. korang pun sendiri paham kannnn...)

Skuad Azzurrini tahun ini akan bermain bermatian-matian tanpa kelibat "Er Pupone" a.k.a Totti mahupun beberapa bintang World Cup 2006 yang lalu. Tapi...tapi...tapi... ini tak bermakna Itali tempang. TIDAKKKK!!!

Gabungan pemain lama dan baru di tambah sentuhan magis Lippi, Azzurri tahun ini sebenarnya lebih mantap dari team 2006.

Skeptikal?

Kita tunggu siulan wisel Cikgu Din di Afrika Selatan nanti!

Forza Cikgu Din!!

Forza Azzurri!!!!


errr...sesape yang bukak bisnes jual jersi World Cup tahun ni bleh berkira-kira bagi diskaun kat staff Sokernet tak? (cam harammmmmm!)



18

Keganasan Orang-Orang Jerman


Jerman menewaskan lawan mereka, Eppan, 24-0 dalam satu perlawanan pemanas badan Piala Dunia semalam.

Miroslav Klose (5), Mario Gomez (5), Piotr Trochowski (3), Andreas Beck (2), Toni Kroos (2), Cacau (2), Stefan Kiessling (2), Lukas Podolski (1), Semi Khedira (1) dan Arne Friedrich (1) adalah mereka-mereka yang berjaya menyumbatkan gol.

Sudah terang lagi bersuluh, siapa bakal juara Piala Dunia 2010.
15

Sejenak Piala Dunia 2

Pipiyapong Abdillah Hamzah

Sejak gua tengok rancangan dokumentari pasal Korea Utara itu hari yang banyak pagar karan dan periuk api, hati gua terdetik nak sokong team ni. Amacam? Sapa nak follow gua?
22

M Daud Kilau Ganti Siphiwo Ntshebe?

LuciusMaximus Khamis, Mei 27, 2010 , ,
Siphiwo Ntshebe - Tak sempat nyanyi



Belum sempat Jabulani disepak terajang dalam Piala Dunia 2010, dunia telah dikejutkan dengan pemergian Siphiwo Ntshebe.

Siphiwo Ntshebe adalah penyanyi pilihan Nelson Mandela yang dijadualkan untuk menyanyi dalam upacara pembukaan Piala Dunia 2010 pada 11 Jun nanti. Ntshebe, 34 tahun, meninggal dunia Selasa lepas akibat meningitis.

Berita lanjut.

Sokernet telah pun mengusulkan pada pihak penganjur penyanyi pengganti yang sesuai untuk upacara pembukaan nanti. M Daud Kilau adalah pilhan utama kami.

Cuma masalahnya, M Daud Kilau tidak mahu menyanyikan lagu tema Hope tetapi sebaliknya memilih lagu killer beliau, Gila Judi.

Pejabat Sokernet agak gusar jika tindakan ini menyinggung kerajaan 1Malaysia. Piala Dunia dengan judi ni sensitif.


Banyak orang gila judi, banyak orang gila judi, hai judi merosak diri, merosak diri, banyak yang setengah mati, akibat judi

8

1Brazil - Rakyat Didahulukan, Beer Diutamakan

LuciusMaximus ,
Com Skol, tudo fico redondo (Dengan Skol, semuanya bundar)

Brasilia, 26 Mei – Brazil telah memotong kadar duti beer sempena Piala Dunia 2010 setelah pembuat beer tempatan memberi amaran mereka tidak mampu memenuhi permintaan sekalipun setelah kadar produksi dilipat gandakan.

Levi import beer dalam tin akan dikurangkan dari 16 peratus kepada hanya 2 peratus, menurut sumber rasmi kerajaan.

“Pihak industri memaklumkan dalam surat kepada Dewan Perdagangan Luar bahawa mereka tidak dapat memenuhi permintaan yang dijangka meningkat”, kata Anamelia Seyffarth, wakil dewan, ketika dihubungi Sokernet sebentar tadi.

Brazil adalah pasaran beer ke-4 terbesar dunia. Sebanyak 88 juta tong dihasilkan suku pertama 2010 dengan kadar tonggakan beer sebanyak 53.3 liter per kapita.

Presiden Luiz Inacio Lula da Silva dalam satu kenyataan rasmi menyebut “keputusan ini adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat selaras dengan gagasan 1Brazil iaitu rakyat didahulukan, beer diutamakan”.

Tambahnya lagi, “kerajaan Brazil tidak perlu menunggu pilihanraya kecil untuk melaksanakan dasar-dasar proaktif, kami tidak perlu buat jambatan, buat sekolah atau turap jalanraya 3 ke 4 kali untuk memenangi hati rakyat”.

Selaras dengan keputusan kerajaan, pihak swasta di Brazil juga mengambil langkah proaktif untuk kepentingan pekerja bank. Bank-bank Brazil telah meluluskan permohonan balik awal untuk para pekerja bank pada hari perlawanan melibatkan Brazil. Sokernet difahamkan mereka bakal menonton siaran langsung di TV bersama beer ‘mesra rakyat’.

Berita lanjut.
11

Sejenak Piala Dunia 1

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Wes B, penyerang sensasi England

Dengan rekod jaringan 127 gol antarabangsa, gua rasa skuad England mungkin pincang dan boleh melupakan hasrat mencium cup tanpa pemain handalan mereka ini dalam kempen Piala Dunia 2010.
13

Hidup mesti terus - Ghana

MDM FARAH FAIZURA

Apa macam? Bila lagi nak sokong Ghana. True!

Nota: Di dalam kotak yang dijunjung itu ada jam dan dompet ori. Sokong-sokong jugak, tapi hidup mesti terus.
24

Yuna Sokong Jerman, Anda Bila Lagi?

LuciusMaximus Rabu, Mei 26, 2010 , ,
Pejabat Sokernet pagi tadi telah dikejutkan apabila dikunjungi oleh seorang awek bertudung. Terkejut kerana yang selalu datang pejabat Sokernet ialah awek pakai hot pants.

Walaubagaimanapun awek tudung tersebut telah datang untuk menyerahkan borang keahlian kem Jerman. Katanya, “Sekalipun kita hanya mampu pakai Proton, bukan BMW, tapi Jerman tetap di hati. Guten Tag!”

Pejabat Sokernet telah difahamkan kemudian bahawa awek tudung tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah seorang penyayi bernama Yuna. Khabarnya pandai bermain gitar.












Yuna

25

This Charming Man

Jorji Selasa, Mei 25, 2010

England bersetuju dan telah mendapat restu dari Queen Elizabeth melantik Steven Patrick Morrissey sebagai ambassador atau role model untuk pasukan World Cup England 2010. Beliau dipilih setelah mendapat tentangan hebat dari penyokong Margaret Thatcher yang mahukan bekas PM itu dilantik menjadi diva England. Hanya Morrissey dan Thatcher yang dicalonkan kerana kedua-duanya mempunyai sifat ke-english-an yang paling sempurna.

Morrissey memenuhi semua ciri-ciri yang perlu ada pada seorang 'englishman'. Perlu diingat, bolasepak di cipta oleh englishman. Morrissey, yang pernah dicop sebagai racist dan anti-immigrant dipercayai boleh mengembalikan semula keunikan bolasepak inggeris yang sangat basic; Tendang bola ,kejar bola ,hisap rokok dan minum beer.

Morrissey juga idola skinhead dan Mod. Beliau diberitakan menjadi penyokong kelab bolasepak dan 'culture' Millwall, sebuah kelab bolasepak di England yang paling ganas hooligans nya. Masih samar-samar kelab manakah yang diikuti oleh Morrissey, West Ham, Millwall atau yang paling selalu dikaitkan dan paling rapat dengannya; Manchester United. Ini kerana pada tour tahun 1995, beliau menulis perkataan 'Cantona' pada tamborinnya dan lagunya 'Roy's Keen' pula didekasikan kepada seorang lagi kapten Manchester United, Roy Keane.

Dengan Morrissey, pasukan England akan jadi lebih kental. Semua pemain gembira dengan pemilihan Morrissey. Semua dengar lagu-lagu Morrissey, kecuali Walcott, sebab dia masih budak dan tulis 'Backstreet Boys' sebagai artis kegemaran. Takpa, semua budak macam tu.

England, Bigmouth Strikes Again!
18

USA - Tunggu gua Sam's Army!

Pipiyapong Abdillah Hamzah

Piala Dunia tahun ni gua harap pasukan gua akan berjaya menamatkan penantian 80 tahun ke separuh akhir dengan mantap. Ada dua faktor yang menyebabkan gua pilih USA tahun ni. Yang pertama sekali sebab bendera USA ni ada iras-iras bendera Malaysia. Maknanya tahun ni gua tak payah beli jersi. Gua beli bendera Malaysia buat baju macam Sudirman pun dah cukup. Peh...!

Faktor yang kedua, USA tahun ni ada pemain sayap kanan yang berpengalaman dan memiliki hantaran yang silang yang mendebarkan. Yes. Beliau tidak lain dan tidak bukan adalah,


David B, pemain Amerika yang paling power dalam sejarah bola Amerika

9

A Seleção

Abdul Sokernet

1958
Brasil vs Sweden
5 - 2

1962
Brasil vs Czechoslovakia
3 - 1

1970
Brasil vs Italy
4 - 1

1994
Brasil vs Italy
3 - 2 (P)

2002
Brasil vs Germany
2 - 0
*Si Pekan mengucup piala sepenuh hati.

Gua membuka kempen Brasil dengan tema:

"Pasukan yang kuat tidak memerlukan kata kata indah, ayat ayat manis, metafora metafora atau bahasa retorik yang panjang meleleh".

****

Ohh yaaa..barang siapa yang menyokong Italy, Portugal, Sepanyol, Greece atau England, maka sesungguhnya mereka telah memasuki kumpulan PIGS.

Bukan gua cakap, Wikipedia yang cakap. Tak percaya klik sini.!

Nasib baik Holland tak join, kalau Holland pun ada sekali, terus jadi PIGS HOLE.

What a name??
31

Idola Isnin – Gerd Muller

LuciusMaximus Isnin, Mei 24, 2010 ,
Ini Junkers Ju 87 Stuka Dive Bomber

Ini Gerd Muller Nombor 13 Der Bomber

Siapa yang tak kenal Gerd Muller adalah penyokong Manchester United. Mereka hanya kenal Wayne Rooney. Mamat tumbukan padu ke udara ni berapa Piala Dunia dan Piala Euro dia pernah angkat? Eelek!

Tapi pakcik otai Muller kita adalah pemenang Piala Euro 1972 dan Piala Dunia 1974. Dia juga pemenang kasut emas Piala Dunia 1970, menjuarai Bundesliga bersama Bayern Munich sebanyak 4 kali dan Champions League 3 kali.

Dalam karier bolasepaknya pakcik otai ini telah menyumbatkan 489 gol di peringkat kelab. Dalam persada antarabangsa, telah menjaringkan 68 gol dari 62 perlawanan, purata 1.1 gol setiap perlawanan.

Sekaligus melayakkan beliau menerima jolokan ‘Bomber der Nation’ atau ringkasnya, Der Bomber. Dah boleh kira setaraf dengan Mokhtar Dahari.

Gerd Muller dilahirkan tanggal 28 Zulkaedah 1364 Hijrah di Nordlingen, Jerman. Ketika muda bermain untuk kelab tempatan TSV 1861 Nordlingen sebelum diserap masuk ke Bayern Munich pada 1964, tahun orang putih.

Der Bomber kali pertama menggegar arena bolasepak dunia pada tahun 1970 ketika Piala Dunia di Mexico. Dalam kejohanan tahun 1970 ini Gerd Muller menyumbat 10 biji gol untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan (1 vs Morocco, 3 vs Bulgaria, 3 vs Peru, 1 vs England dan 2 vs Itali). Tetapi laluan Jerman tersekat di separuh akhir apabila tewas kepada Itali 3-4 dalam perlawanan yang digelar Game of The Century. Jerman pulang dengan hanya mendapat tempat ke-3.

Tapi bak kata orang apalah Jerman kalau tidak resilien. Pada tahun 1972 ketika kejohanan Euro di Belgium, Der Bomber membantu skuad Jerman menjulang Piala Euro selepas menewaskan Soviet Union 3-0. Kejayaan ini menjadi pemangkin dua tahun kemudiannya apabila Piala Dunia 1974 diadakan di Jerman.

Bermain di negara sendiri, Jerman adalah faveret untuk menjuarai Piala Dunia 1974. Setelah menyumbatkan 3 gol sebelumnya (menentang Australia, Yugoslavia dan Poland), Gerd Muller berjaya membantu Jerman layak ke perlawanan akhir menentang pasukan Total Football, Belanda. Jerman menang 2-1 dengan Der Bomber muncul penjaring gol kemenangan. Ia juga merupakan gol terakhir beliau buat Jerman kerana sebaik saja menjulang Piala Dunia beliau mengumumkan persaraan dari arena bolasepak antarabangsa.

Ger Muller tersenarai dalam FIFA 100 sebagai antara pemain bolasepak terhebat dunia. Selepas bersara beliau menceburkan diri buat seketika dalam kancah minuman botol sehinggalah kelab lama beliau Bayern Munich menyelamatkan Der Bomber dari terus menjadi Der Botol.

Kini Gerd Muller berkhidmat sebagai jurulatih skuad simpanan Bayern Munich. Sokernet difahamkan pejabat beliau hanya 50 kaki saja jauhnya dari pejabat bekas pemain bolasepak Malaysia, Lim Teong Kim yang merupakan jurulatih skuad remaja Bayern Munich. Sokernet syak mereka sekali-sekala lepak bersama minum air botol.

Sebagai mengenang kehebatan penyerang Jerman ini, adidas mengeluarkan rangkaian pakaian dan kasut diinspirasikan dari Der Bomber sendiri. Harganya boleh tahan mahal, setakat penulis-penulis Sokernet memang tak termampu nak beli. Harap ada pembaca di luar sana yang prihatin dan sudi memberi sumbangan.

Aku pakai saiz M. Kalau kasut UK 8.



David Winner, seorang penulis bolasepak pernah bercerita tentang Der Bomber.

“Müller pendek, jongkok, yang tampak kikuk dan tidak terutama segera, ia tidak pernah berpadanan dengan idea konvensional pemain bola hebat, tapi ia mematikan akselerasi jarak pendek, permainan hawa yang luar biasa, dan naluri mencetak gol luar biasa. kaki pendek itu memberinya aneh pusat graviti rendah, sehingga ia boleh berubah dengan cepat dan dengan keseimbangan sempurna dalam ruang dan pada kelajuan yang akan menyebabkan pemain lain untuk jatuh. Dia juga mempunyai bakat yang mencetak gol dalam situasi tidak.”

Aku main terjemah guna Google Translate.

Gerd Muller. Der Bomber. Selayaknya menerima tumbukan padu bertubi-tubi ke udara!

Nota: Siapakah yang membantu menyelamatkan Greece dari bengkrap? Jerman. Tak perlu guna klip video pun.

*****
Sokernet ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah buat keluarga dan memanjatkan doa buat bapak Gesang Martohartono (lahir 1 Oktober 1917 Surakarta – tutup usia 20 Mei 2010 Surakarta).

“…Mata airmu dari Solo, Terkurung Gunung Seribu, Air mengalir sampai jauh, Akhirnya ke laut…” (Bengawan Solo)
18

Afrika juara. yeeehahaha

MDM FARAH FAIZURA Ahad, Mei 23, 2010

Aku sebenarnya sokong Turki, Senegal dan Mesir. Tapi apa kejadah semua team yang aku sokong tu tak masuk.

Ok, aku pun minat Belanda dan Sepanyol, tapi pengulas lain dan ambik. Boleh je kalau nak ambil sama, tapi aku ada sejarah sebagai seorang Sleeping Partner yang hebat semasa buat assigment di U. Aku tau tulis nama dalam group pastu aku tido. Akhir sem, sedar-sedar je aku dah dapat C.

Jadi bagi mengelakkan gejala tidak sihat itu kembali menghantui aku dalam assigment sokernet kali ini, aku pilih team asing-asing. Team yang aku memang ada sejarah minat. Pertamanya aku minat Ghana. Nama Ghana kalau sebut, semangat aku jadik lain macam. Macam kalau aku sebut nama Ayatul Husna.

Ayatul Husna sedang naik kapcai. Aku kenal dia kat filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2. Layan jugak filem tu.


Selain Ghana aku juga nak amik Nigeria. Ok, Nigeria aku memang minat time USA 1994. Jersinya sangat rare. Pastu individu skillnya, ngeeee.... Wong Sai Kong pun tabik.


Amacam? Rare tak jersi tahun 1994 Nigeria. Tengok kat kaki lengan baju. Baju korang ada?

Ok, sekarang dah jelas, aku pilih Ghana dan Nigeria. Oleh kerana, antara banyak-banyak pengulas, pengetahuan bola aku yang paling tidak boleh pakai, jadi untuk assigment kali ini aku kena buat kajian lapangan. Aku akan pergi ke Ghana dan selepas itu singgah ke Nigeria. Aku dah buat proposal dan hantar ke board Sokernet. Dalam proposal itu aku ada letak jugak, aku nak jual AK 47 dan helikopter Chinook kat pemberontak Afrika. Selepas tu buat usahawan kecil dan sederhana jual batu berlian.

Tapi memandang bajet tak ada, proposal aku ditolak walaupun aku dah cakap aku nak jual AK 47 dan helikopter Chinook. Usahawan kecil batu permata pun tak boleh jalan. Jadi aku terpaksa buat kajian lapangan di Cyber Jaya, di Lim Kok Wing dan juga di UIA. Khabarnya tempat2 tu banyak mamat Afrika. Tidak kisahlah Afrika belah mana, janji dia tak jual jam dan dompet kat aku.

Hidup Ghana dan Nigeria. Yeeeeaahahaha.
27

Espana 2010

Tahun ini World Cup milik Spain.

Sekian.

Wait, tapi bukan Torres injured ke? He can play meh?

Okay if Torres not playing then aku pilih Korea Selatan. Sebab ada Park Ji Sung.






Wait, Korea Selatan layak kan?

Seriesli, mana nak pilih ni @obefiend ? @luciusmaximus ?

Aku keliru. Nanti buat research sikit, bila aku balik KL 29hb May ni aku finalize nak buka camp negara mana eh?



                                                                                                                                         Ini Korea Selatan
15

Tahniah Inter Milan - Kegersangan 45 Tahun Berakhir

Obefiend Weiland ,
Selamat Tinggal Si Istimewa?

As expected Inter Milan memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara semalam. Aku tak tengok pasal bukan team aku main. Anyway pagi tadi aku tengok takde penulis-penulis Sokernet update pasal game semalam. Bukak masa layan Melodi tadi pun masih takde update! Lepas layan ulangan finale AF pun takde lagi berita baru. Maka aku pun "be a man do the right thing" dan mengikut saranan Russel Peters.



Inter menang dengan selesa sekali dengan 2 gol jaringan Diego Milito. Aku dengar cerita gol-gol dia cantik tapi Youtube pun takde highlight lagi. Aku setuju aje la dengan laporan media di website lain. Memang mendak penulis Sokernet ni saudara-saudara sekalian. Kalau bukan team dari Angleterre memang payah lah update. Sekor-sekor bagi alasan pegi kenduri kahwin lah, siapkan proposal FYP lah , kumpul minyak tumpah dekat Teluk Mexicolah ,tengah kongkek sumandak lah. Apa-apa ajelah asalkan tak tengok team non English. We call this "The Reverse Platini".



No 22 menjaringkan gol pertama

Pehalpun nampak gayanya memang sah lah Jose ke Madrid musim depan. Sudah lepas sesi interview dengan warna-warna terbang sekali. Dengan kemenangan semalam Jose memasuki kelab ekslusif manager yang menang Champs League dengan lebih dari satu kelab. Manager lain didalam kelab ekslusif ini ialah Ernst Happel dan Ottmar Hitzfeld. Tambah bergaya lagi dia kalahkan bekas mentor dia di Barcelona dulu yakni Luis Van Gaal. Bercakap pasal anak murid kalahkan mentor, aku masih menanti Steve Bruce, Royston Keane, Paul Ince dan Steve McLaren untuk mengalahkan mentor derang Sir Red Nose. Stop rolling over like a road kill!



Sumbat satu lagi!

Tahniah inter! Penantian 45 tahun berakhir semalam. Sedang penyokong Inter bergembira sempat jugak aku usha forum-forum bola. Rata-rata penyokong Barca masih tak puas hati kalah masa semi harituh. Sore loser sial. Udah-udah la pakai alasan yang "defensive football is not football". Bosan sampai berbuih taik telinga aku dengar alasan bangang korang tu. At the end of the day dekat piala telinga besar dah terukir nama F.C. Internazionale Milano bukan Futbol Club Barcelona de Catalonia. Cuba lagi tahun depan. Belilah balik semua bekas pemain Barca secara pukal dimulakan dengan Francesc Fabregas. Kalau ada duit lebih tapau sekali Mikel Arteta. Kalau tak menang jugak tau tak pakcik nak kata apa lagi.



Are you watching this Roman?

Bercakap pasal penantian 45 tahun, aku harap tahun ni penantian England selama 44 tahun untuk menang World Cup akan berakhir jugak. Kamon England!

Season sudah habis. Takde lagi perlawanan peringkat kelab kecuali di liga Malaysia. Kalau ketagih bola sila la ke stadium-stadium terdekat anda. Majulah sukan bolsepak untuk Sultan Pahang!

p/s : England sudah kena chop dengan Jorji. Maka aku akan cover pasukan Totaalvoetbal, Das Oranje!
15

WORLD CUP CLASSIC - GERMANY VS GREECE

Sempena kehangatan World Cup yang bakal mendatang, mari kita saksikan antara game klasik Piala Dunia.

JERMAN VS GREECE

23

Ke Nako

Abdul Sokernet Sabtu, Mei 22, 2010

Meeting Sokernet yang dipengerusikan oleh saudara Thierry Henry. Makwe baju putih ni asalnya kerani, tapi sebab lawa Lucius buat petisyen suruh dia jadi ahli lembaga pengarah atau dia berenti menulis. So..no wonder Lucius banyak travel oversea.

Kalau ikut persetujuan yang dicapai masa mesyuarat minggu lepas, para pengulas sepatutnya men declare kem negara masing masing pada 24 haribulan Mei 2010.

Pendeclaran mesti dibuat serentak pada pukul 10 pagi waktu tempatan atas satu sebab:

"Peruntukan masa berkempen yang adil dan saksama kepada semua pengulas".

Namun, macam biasalah..the rudeboy Lucius menidakkan segala ketetapan dan peraturan yang termaktub dalam sokernet. Tak sampai sejam entry Lucius Melabuhkan Tirai muncul, Jorji dan Nazri terus merangka draft entry untuk memperkenalkan kem masing masing. Arahan Sokernet supaya Lucius menarik balik entry beliau haram tak dipedulikan. Usaha sokernet memujuk pengulas pengulas macam jorji dan nazri supaya 'jangan publish' lagi juga menuju jalan buntu.

Seorang perangai Hitler, seorang perangai Sid Vicious dan seorang lagi pulak berperangai Maradona. Memang kombinasi sikap yang sukar dibendung. Maka, tiada pilihan lain, sokernet terpaksa membuka kempen bolasepak piala dunia sokernet 2010 secara backdated iaitu pada 20hb Mei 2010.

Lucius bersama Jerman, Jorji bersama England dan Nazri bersama Argentina. Pengulas pengulas lain masih belum merasmikan kem mereka. Mungkin sedang merencana strategi untuk menarik aura?, kita tunggu. Cuma pipiyapong sudah memberi hint dengan merasmikan gelaran baru beliau iaitu Pipistuta. Pipistuta ni bunyi tak sedap langsung, macam nama kanak kanak.

Apa yang jelas, Nazri dan Jorji semestinya bukan lagi rakan seperjuangan. Kalau dulu kombinasi serangan jorji-nazri di sokernet boleh dikatakan perfect 10, sekarang ianya berubah. Kelihatan Nazri akan membentuk kombinasi baru bersama pipiyapong..errr..maksud gua pipistuta. Adakah kekuatan mereka akan kekal sama?, itu juga kita tunggu.

Masa sudah tidak berapa panjang..negara feveret macam Holland, Spain, Italy, Portugal dan Brasil masih belum menerima sebarang pembelaan dari team pengulas. Bagaimana dengan Dingin?, Awi rui?, Jannah? dan obefiend?..itu pun kita kena tunggu. Worst case scenario, mereka akan ambik New Zealand atau setidaknya negara bengkrap, Greece.

Sama sama kita nantikan!

******

Sokernet ingin mengambil kesempatan mengucapkan RIP pada Ronnie James Dio yang mati pada minggu lepas. Memetik kata kata Lars Ulrich dalam surat terbuka beliau kepada Dio:

"It seemed so right to have you out on tour with the so called Big Four, since you were the main reasons that the Big Four even exist".

Ok,Big four di sini bukanlah ManU, Chelsea, Arsenal atau Spurs....tapi benda lain.

Lain lain hal,

Final world cup Brasil lawan Holland, Brasil menang 2-0.

Gua letak rm800!!
29

VAMOS

Nazri Jumaat, Mei 21, 2010

Tiga hero saya;




Jadi sudah terang lagi bersuluh kem mana saya berpihak kan?

Dan secara tradisinya, kem di atas selalu juga ada konflik dengan kem ENGLAND di mana Sokernet mempunyai peminat tegarnya yakni JORJI dan PIPIYAPONG.

Selamat datang Piala Dunia.


26

oi!

Jorji
HOOLIGANS

EPL dah habis?

Patut la malam minggu lepas aku dibawah sedar menonton AF. Semua ini berpunca kerana bukan Manchester United yang menjadi juara. Jika Manchester United yang menjadi juara, mesti kemeriahan naik bas 2 tingkat angkut piala sampai atau keluar dari sempadan tanah British. Lain pasukan menjadi juara, semua tak ambik port. Soccernet.com pun tak jadikan berita utama. Lagi-lagi kalau menang 1 point.
Manchester United akan kembali musim depan untuk kejuaraan ke 19. Pak Alex mungkin tak perlu beli mana-mana superstar. Manchester United hanya perlukan Rudeboy bebas dari kecederaan dan 'keadilan' yang telus dari pengadil untuk kembali menjadi juara dan mengembalikan semula kemeriahan 'epl' ketahap sebenar. :)

Piala Dunia datang lagi!
Kejohanan Piala Dunia atau Piala Eropah tanpa kehadiran England ibarat majlis berkhatan tak jadi sebab budak dah lari masuk hutan. Apa bestnya? makan pun tak lalu sebab kenduri dah jadi hambar. Euro 2008 tanpa England, mana meriah. Spain jadi juara tu pun sebab England tak main. Akibatnya Torres main Liverpool dan Liverpool dapat no 7 musim 2009. Nampak?
:P
Seperti tipikal Man U supporter lain, aku akan menyokong England pada Piala Dunia kali ini. Aku memang penyokong England dijiwa tetapi dihati hanya ada 1Malaysia. Jika Malaysia layak ke Piala Dunia, semestinyalah atas tiket tuan rumah. Hanya itu satu-satunya cara Malaysia boleh layak. Tabur la duit banyak-banyak dan buat stadium tahan runtuh serta lobi la FIFA...aku yakin, kita ada 'kepakaran luarbiasa' untuk kerja-kerja menghabiskan duit dan melobi ini. Masa tu aku akan jeritkan ''Malaysia!!" yang paling kuat dari dalam hati.
Tapi sebelum sampai kesitu, kita rapatkan barisan, kita sokong England!

Dibawah Capello, semua pemain England yang besar ego (terutama dari Chelsea) jadi lemah dan takut. Itu adalah taktik pertama yang terbaik buat Capello dalam mengatur strategi dan taktikal. Kalau besar kepala macam mana nak beri arahan atau ikut arahan?

Tiada isu atau kecederaan dalam skuad England yang boleh menjejaskan persiapan ke Afrika. Cuma isu main perempuan dari kelab Chelsea dan banyak hal lain yang dah lapuk. Semuanya berjaya 'diselamatkan' oleh pemain-pemain berjiwa besar Manchester United. Lilitan kapten digenggam kemas Ferdinand. Rudeboy Rooney bersedia untuk menjadi penjaring terbanyak kejohanan. Keevin Keegan berkata "Tanpa Rooney, England langsung tiada peluang untuk menang di Afrika".

Pemilihan hanya 1 bek kanan (Glen Johnson) tanpa We Brown juga bukan isu besar. Cuma kenapa Capello panggil semua Caragher? dan memujuk Scholes untuk kembali ke arena antarabangsa? Adakah beliau sangsi dengan kemampuan Lampard atau .....?

oi! England belongs to me
31

Melabuhkan Tirai

LuciusMaximus Khamis, Mei 20, 2010 , ,
Setelah berbulan lamanya, bakar-membakar dan caci-mencaci antara satu sama lain, akhirnya kita tiba jua ke penghujung musim. Liga-liga bolasepak utama Eropah kebanyakannya sudah pun menutup tirai. Cuma tinggal Jose Mourinho saja yang masih belum memenuhi egonya dengan memenangi Champions League bersama Inter.

Sebagai penutup tirai musim ini, kita ulas kembali liga-liga bolasepak utama Eropah sepanjang musim 2009/10 ini.

Premier League
1. Chelsea
2. Manchester United
3. Arsenal

Musim 2009/10 memperlihatkan saingan liga yang agak luar biasa di England. Malah persaingan ini dilaporkan semakin panas dengan kewujudan Sokernet yang turut membantu membakar setiap pasukan yang bertanding.

Manchester United turun dengan matlamat untuk mencipta rekod menjuarai liga 4 musim berturutan. Chelsea pula membawa masuk Carlo Ancelotti sebagai pengurus baru dengan harapan untuk merampas kembali takhta liga. Di Emirates, Arsenal pula penuh yakin anak-anak muda mereka kali ini sudah cukup matang untuk bergelar juara.

Liverpool pula seperti biasa. ‘This Could Be Our Year’ versi ke-1,892.

Bagaimanapun ramalan Big Four meleset apabila muncul kebangkitan kuasa baru dalam susuk Tottenham Hotspur dan Manchester City, yang banyak berbelanja besar untuk memperkuatkan skuad mereka. Ia diburukkan lagi dengan prestasi Liverpool yang merudum jatuh musim ini.

Menjelang penghujung musim, saingan yang agak terbuka bertukar menjadi perlumbaan antara 2 kelab, Chelsea dan Manchester United. Arsenal yang bermula garang pada awal musim ketinggalan agak jauh malahan prestasi mereka agak goyah di babak akhir saingan. Arsene Wenger sekali lagi menyalahkan faktor kecederaan pemain.

Persaingan tempat ke-4 dan slot Champions League terakhir juga menjadi tarikan utama bila Spurs, Man City dan Aston Villa bersaing sesama mereka. Pengurus Liverpool, Rafa Benitez juga tidak mahu ketinggalan untuk tumpang sekaki dengan menjanjikan tempat ke-4 buat Liverpool. Beliau mengotekan janjinya kemudian dengan menduduki tempat ke-7 liga.

Di penghujung liga, Chelsea muncul juara dengan kelebihan hanya satu mata berbanding Manchester United. Arsenal menduduki tangga ke-3 seperti kebiasaan manakal Spurs muncul pendatang baru Champions League.

Liverpool hanya tinggal sejarah, di bawah Man City dan Aston Villa.

Tim faveret:
Chelsea muncul juara liga (dan juga FA Cup) dalam musim pertama di bawah Carlo Ancelotti. Mereka juga turut mencipta rekod baru dengan meledakkan 103 gol semusim dalam saingan liga. Didier Drogba muncul pemenang kasut emas dengan 29 gol, menewaskan mamat tumbukan padu ke udara.

Bundesliga
1. Bayern Munich
2. Schalke 04
3. Werder Bremen

Liga bolasepak terbaik dunia pada tanggapan peribadi aku tapi sayangnya kerana di Malaysia kita lebih mengikuti EPL, maka kurang laporan mengenainya di Sokernet.

Bayern Munich muncul juara Bundesliga (kejuaraan ke-21 mereka) dalam musim pertama di bawah pengurus Belanda, Louis van Gaal.

Saingan yang pada awalnya agak sengit berkesudahan dengan Schalke 04 di tangga ke-2 liga dengan 5 mata di belakang Bayern Munich. Werder Bremen mengisi slot Champions League terakhir di tangga ke-3.

Tim faveret:
Borussia Dortmund kembali memberikan saingan terbaik mereka setelah mencatatkan prestasi buruk musim lepas. Buat beberapa ketika di awal saingan liga, Dortmund dilihat sebagai salah satu calon kejuaraan liga tetapi persembahan mereka merosot di penghujung saingan liga. Bagaimanapun tangga ke-6 liga dilihat sebagai pencapaian yang agak baik dengan peluang beraksi di Europa League musim depan.

Primera Division
1. FC Barcelona
2. Real Madrid
3. Valencia

Macam di England, saingan La Liga musim ini memperlihatkan perlumbaan antara dua kelab. Real Madrid yang berbelanja mengalahkan Cik Kiah shopping raya sekali lagi kecewa apabila mahkota La Liga tetap milik FC Barcelona.

Valencia menduduki tangga ke-3 liga tapi mereka ketinggalan 28 mata di belakang Barcelona yang jelas menunjukkan betapa La Liga sudah berubah menjadi seakan duopoly seperti Scottish Premier League. Slot Champions League terakhir untuk Sepanyol diisi oleh Sevilla.

Tim faveret:
Atletico Madrid mencatatkan antara keputusan terburuk La Liga mereka apabila hanya mampu menduduki tempat ke-9 liga musim ini. Mereka kalah 17 perlawanan liga sekalipun dilihat antara kelab yang mempunyai barisan pemain terbaik di Sepanyol. Nasib mereka berjaya menumpaskan Liverpool dalam saingan separuh akhir Europa League dan seterusnya bergelar juara Europa yang pertama.

Serie A
1. Internazionale
2. AS Roma
3. AC Milan

Inter terus mengekalkan dominasi Serie A mereka buat musim ke-5 berturut-turut. Apa yang dimulakan oleh Roberto Mancini diteruskan oleh Jose Mourinho ketika Juventus dan Milan dilihat seperti menempuhi era kemerosotan.

Saingan kepada Inter dan Mourinho dilihat datang dari lelaki yang pernah diganti oleh Mourinho di Chelsea dulu, Claudio Ranieri. Beliau memimpin Roma untuk memberikan saingan hingga ke penghujung musim tetapi akhirnya terpaksa berpuas hati dengan hanya 2 mata di belakang juara liga tersebut.

Sampdoria membuat kejutan dengan mengisi slot terakhir Champions League sedangkan Juventus mengikut jejak Liverpool, tangga ke-7 liga.

Tim faveret:
Inter kekal kuasa bolasepak nombor satu Itali dengan merangkul kejuaraan liga ke-18 mereka. Ia diserikan lagi dengan kejayaan Double bila mereka menumpaskan Roma dalam Coppa Italia. Kini The Special One mengimpikan trofi Champions League untuk melengkapkan kejuaraan Treble buat Inter dan diri beliau sendiri.

Ligue 1
1. Olympique Marseille
2. Olympique Lyon
3. AJ Auxerre

Marseille menamatkan kemarau 18 tahun tanpa kejuaraan liga dengan memenangi Ligue 1 mengatasi Lyon dengan kelebihan 6 mata. Mungkin Liverpool boleh belajar dari Marseille cara-cara menamatkan kemarau kejuaraan liga ini.

Auxerre berjaya mengisi slot Champions League terakhir buat Perancis manakala juara musim lepas, Bordeaux hanya mampu menduduki tangga ke-6 di bawah Lille dan Montpellier.

Tim faveret:
Marseille kembali ke takhta liga selepas 18 tahun lamanya, sekaligus menyamai rekod 10 kejuaraan liga bersama AS St Etienne sebagai kelab yang paling banyak menjuarai liga di Perancis. Tapi sampai sekarang aku masih terkilan anak kelahiran Marseille, Zinedine Zidane tidak pernah pun bermain untuk Marseille.

Kem Jerman Membuka Gelanggang

Piala Dunia tinggal sekarton rokok lagi jauhnya. Aku macam biasa terus setia bersama Jerman selagi Malaysia belum melayakkan diri ke Piala Dunia dan dengan ini membuka kem Jerman di Sokernet secara rasmi. Mana-mana pengulas yang mahu satu kem dialu-alukan begitu juga para pembaca Sokernet sekalian.

Siapa yang undi Sepanyol kat sebelah, boleh blah!

Aku juga secara rasmi mengisytiharkan Sarah Brandner sebagai maskot dan simbol perjuangan kem Jerman di Sokernet.


Babe, Beer dan Bola, Trisakti 3B yang mengharukan

27

Update Piala Dunia 2010

LuciusMaximus Rabu, Mei 19, 2010


Sokernet agak sibuk sejak kebelakangan ini setelah tersebar berita kerajaan bersedia meluluskan lesen perjudian bolasepak sempena memberkati Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan nanti.

Sokernet sekarang sedang rancak menyediakan kertas kerja dan cadangan untuk dibentangkan kepada Perdana Menteri dalam tempoh terdekat ini.

Dingin dan Nazri sedang merangka formula terbaik yang menjamin situasi menang-menang untuk sindiket judi dan kerajaan.

Obefiend dan Jorji pula ditugaskan ke ibu pejabat FIFA untuk mendapatkan sokongan orang-orang besar di sana.

Mengenai pembentangan kertas kerja, kami serahkan pada Pipiyapong selaku belia 4B dan mahasiswa harapan negara. Harap dia tahu cara mengikat tali leher. Cikgu Jannah kami hantar sebagai setiausaha sulit.

Pengulas kem Spurs yang tak berapa berbunyi, kami hantar untuk cari sumber modal dari Ah Long-Ah Long seluruh Malaysia.

Walaupun sehingga berita ini ditulis Vincent Tan dan Berjaya Group telah dilaporkan bakal mendapat hak eksklusif lesen judi tersebut, Sokernet yakin peluang masih terbuka.

Ini kerana mengambil kira Sokernet adalah 100% milik Melayu dan Bumiputera dan mengikut hak-hak istimewa yang termaktub dalam Perlembagaan, orang Melayu juga harus diberikan kuota dalam perjudian.

Jika tidak, aku akan jumpa Ibrahim Ali dari Persatuan Peribumi Perkasa secara in person untuk menuntut hak-hak kami seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Bagi para pembaca Sokernet, boleh hantar permohonan anda ke sini.
23

Hadiah Piala Dunia

Abdul Sokernet Selasa, Mei 18, 2010


Mesin ini dijangka tiba di pejabat Sokernet sebelum 12hb Jun.

Kalau takde update tu, paham paham je lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...