ARKIB SOKERNET

61

FAM Komited Melingkupkan Bolasepak Malaysia

LuciusMaximus Sabtu, Julai 31, 2010
Pejabat Sokernet sepatutnya dibuka separuh hari pada hari Sabtu. Tapi hari ini pejabat kami terpaksa beroperasi hingga Maghrib tadi kerana hendak mengikuti perkembangan lanjut pemilihan pucuk pimpinan FAM.

Dan seperti yang Sokernet jangkakan, FAM seperti biasa terus komited dalam membangunkan, maaf, melingkupkan bolasepak Malaysia dengan membariskan barisan pucuk pimpinan yang akan terus membuatkan bolasepak Malaysia mati pucuk.

Berikut ialah pucuk pimpinan penggal 2010 hingga 2014 (ya, kita sudah boleh ucapkan selamat jalan pada Piala Dunia 2014 di Brazil).

Presiden Seumur Hidup Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah (beraja di mata bersultan di hati Pipiyapong)

Timbalan Presiden
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kembali tak diundang)
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa (ayahanda Red Warriors, sebuah grup pembakar kerusi stadium dan kereta polis)

Naib Presiden
Dato' Affandi Hamzah
Dato' Hamidin Mohd Amin
Dato' Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim
Datuk Subahan Kamal

Exco
Dr Hamdan Mohamed Khalib
Datuk Takiyuddin Hassan
Datuk Jeffrey Low
Datuk Astaman Abdul Aziz
Datuk Osman Salleh
Haji Rosmadi Ismail
Mejar Rani Abdul Rahim
Encik S Sivasundram

Apa macam dia punya line-up? Gerek seh.

Berdasarkan pengamatan pakar oleh Sokernet, kami telah dapat membaca corak pemilihan yang diamalkan oleh FAM. Dengan itu Sokernet telah menyediakan pelan jangka panjang untuk memastikan pemilihan penggal yang berikutnya, para pengulas Sokernet dapat terpilih menyertai barisan pucuk pimpinan FAM.

Jorji, Nazri dan Dingin akan dicalonkan untuk penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri, Dato' Seri, Dato', Datuk atau Datuk Seri Panglima kerana darjah kebesaran dan gelaran sebegini dilihat sebagai tiket yang menjamin pemilihan ke dalam pucuk pimpinan. Obefiend pula sudah kami hantarkan namanya ke Tabung Haji, balik Mekah nanti ada gelaran Haji manalah tahu boleh terpilih jadi Exco paling kurang. Begitu juga dengan Jannah yang sudah kami arahkan berhenti dari profesion perguruan dan sebaliknya menumpukan bidang perubatan, ada gelaran Doktor mungkin boleh jadi Exco juga kot. Manakala Pipiyapong telah ditugaskan untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia dan dapatkan pangkat Mejar paling koman.

Aku pula akan memikul tugas yang agak berat. Cuba mengaku sebagai putera kepada Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, Sultan Melaka ke-44 kononnya. Manalah tahu kalau betul pakcik seorang ini jadi Sultan Melaka satu hari nanti, ada harapan cerah dapat rebut jawatan Timbalan Presiden paling tidak. Sebab tengok gaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden ini orang-orang berdaulat je yang boleh pegang, kecuali orang itu ayahanda Red Warriors. Itu cerita lain bai.
23

Masukan Jumaat.- Royvolution pada hari Jumaat. satu Wacana.

*Masukan = entry

Pagi tadi Liverpool dah menang perlawanan kompetatif pertamnya musim ini lawan Robot dari macedonia. Oleh kerana lawan team yang pelik, Pakcik Roy turunkan 2nd team je pun.

Yang skor pulak, Ngog. Apa? Ngog dah skor? Ya, Ngog dah skor. Bukan satu tetapi dua. Bayangkanlah, kalau Ngog pun dah boleh skor. Hmmm...

Bercakap berkenaan Royvalution ini, ia sebenarnya lebih tepat dan hampir kepada ayat aslinya revolution berbanding dengan Rafalution. Dahulu guna rafalution tak berapa nak revolusi pasal ayat tak berapa nak betul. kali ini, dah agak betul dah bunyinya.

Apatah lagi dan guna Standard Charted. Walaupun orang cakap riba, Standard Charted pun ada Standard Charted Islamik tau. Jadi bolehlah buka akaun Islamik kat Standard Charted.

Aku malas nak carik gambar2 pagi2 Jumaat ni. Korang bayangkan sendiriklah Liverpool tengah julang piala liga, FA, Carling dan Liga Eropah.

Bab wacana pulak, aku memang dah niat nak guna perkataan tu. Aku tengok sekarang budak2 sastera suka betul guna perkataan 'wacana'. Tapi sampai kesudah aku tau nak letak 'wacana' tu kat mana dalam masukan (entri) aku ni.

YNWA
2

FAM MENGAMBIL LANGKAH PROAKTIF


...dalam usaha untuk memajukan lagi bolasepak Malaysia, satu pelan pengukuhan dana telah dilaksanakan.

Pelan ini bersifat serampang dua mata, selain mengutip dana untuk memajukan bolasepak Malaysia, ia juga sebagai bentuk membina 'fanbase' luar negara. Menurut seorang pegawai (yang tidak dikenalpasti pegawai apa), langkah ini sama seperti England yang menjalarkan fanbasenya di Asia termasuk Malaysia.

"Kalau dulu orang Malaysia minat England, sekarang biar depa tahu macam mana orang depa minat Mesia,"

Sokernet amat mengalu-alukan pembentukan brand busana FAM ini. Mengikut unjuran wakil pemasaran FAM, brand busana FAM ini dijangka dapat meraih pasaran yang luas.

Berikut salah satu rangkaian brand busana FAM yang terletak di dareah Gangnam, Seoul, Korea Selatan.


*perjalanan saya ke Korea Selatan masih belum diclaim, pihak akaun sila ambil perhatian.
22

Torres Sayang Liverpool

Jannah Khamis, Julai 29, 2010 ,
Torres


Bieber

Al kisah katanya Abe Torres ku sayang, yang sehensem Justin Bieber ini berkata, yang beliau akan meneruskan perkhidmatan di Liverpool Football Club.

Cole

Syahdan mungkin manager baru Liverpool Roy Hodgson telah berjaya memujuk Torres untuk tinggal lagi di Liverpool supaya boleh digandingkan dengan pemain baru No 10 kami, abe Joe Cole.

P/s @obefiend, we got him on a free transfer. Lol.
10

Pink!

Jannah Rabu, Julai 28, 2010

Kecomelan terlampau!
11

I Got SOL But I'm Not A Gooner

Sol Campbell Ke Newcastle

Aku rasa dalam banyak-banyak berita perpindahan paska musim tahun ini, berita perpindahan abang Sol kitalah yang paling mengejutkan. Sol Campbell (35) mengakhiri spekulasi masa depan beliau besama The Gunners setelah bersetuju berpindah ke kelab berprestij Newcastle United (Kali terakhir menang something back when Beatles was still around). Adakah ini bermakna Newcastle lebih berpotensi dari Arsenal musim depan?



Sementara itu barisan belakang Arsenal nampak lebih rompong dari gigi Oksana Grigorieva setelah ditampal Mel Gibson beberapa minggu yang lalu. Tapi bak kata pepatah Perancis

"Arsene tahu banget deh"

Disamping Sol, bekas kapten Arsenal - William Gallas juga dikatakan bakal berambus dari The Emirates. Mungkin kerana rasa dirinya yang sudah berumur tidak sesuai lagi bermain dengan kanak-kanak Sekolah Rendah Bolasepak Arsenal.

So apa kes Arsenal? Peminat tak risau ke dengan kerompongan barisan belakang team korang? Tahun lepas walaupun ada pemain pertahanan Arsenal melepaskan banyak gol kedalam gawang mereka. Schwarzer yang diwar-warkan bakal tiba menggantikan Almunia masih belum berpindah dari Craven Cottage. Apa barang bro?
16

Order Tshirt - Tutup!

Abdul Sokernet Selasa, Julai 27, 2010
Sokernetmail@gmail.com dengan ini menutup order tshirt Sokernet!.

Siapa tak sempat order gua ucapkan padan muka.

Siapa yang sudah order dan bayar duit, gua caya sama lu!.

***
Dengan ini, Business Planning Department of Sokernet secara rasmi menyerahkan tugasan seterusnya pada Merchandise Department yang dikepalai oleh Pipiyapong untuk proses printing dan penghantaran. Pipiyapong dan assistant-nya, saudara Luca, akan mengambil alih tugas Abdul Sokernet sebagai korrespondent dalam urusan pengendalian Tshirt ini.

Apa apa hal seperti baju siap bila?, baju pos bila?, kenapa pos tak sampai?, atau apa apa persoalan, jangan risau...blog ni tak tutup lagi sampai tahun 2043. Penjualan tshirt ini pun kami klasifikasikan sebagai 'Community Service' sebab harga tshirt ni kalau ikut stended RM89.90.

Untuk pengetahuan lu orang juga,
Jawatan Abdul Sokernet akan dikosongkan berkuatkuasa sehari sebelum kick-off EPL musim 2010/11. Abdul Sokernet secara teknikelnya tidak memiliki sebarang portfolio Kelab Inggeris, kerana jawatan berkenaan dicipta khas untuk tugas tugas dan urusan berprofile tinggi syarikat sahaja. Kerusi Abdul Sokernet akan diisi semula mengikut keperluan semasa, terutamanya dalam pengendalian projek projek mega seperti Joint Venture, Merger and Acquisition, Property Investment dan pembelian kelab Liverpool pada tahun 2013.

Sekian.
24

Vatican Haramkan Portsmouth

Obefiend Weiland Isnin, Julai 26, 2010 ,



Paus Benedict XVI
hari ini mengeluarkan kenyataan melalui juruscakap Vatican mengharamkan penganut Katolik dari memakai jersi pasukan Portsmouth. Keputusan pengharaman ini dibuat sebagai retaliasi terhadap kenyataan Mufti Johor Dato Noh Gadot minggu lalu.

“Atas nama Si Bapa, Si Anak dan Rohul Kudus, saya Monsignor Allesandro Del Totti Vafanculo mewakili pemegang mohor-mohor besar Holy See Paus Benedict XVI, mengishtiharkan mulai esok, 25 Julai 2010 – Pemakaian jersi kelab Portsmouth adalah dilarang sama sekali bagi penganut Roman Katolik . Logo kelab dari selatan England ini mempunyai unsur-unsur Islamik yang tidak selaras dengan dogma yang dibawa Kristus, si penyelamat manusia. Amen”

Kenyataan yang dikeluarkan Monsignor membuahkan reaksi yang berbeza daripada peminat bolasepak sedunia. Di Rom, seorang peminat bolasepak yang hanya mahu dikenali sebagai Mario l'idraulico berkata;

“Gua penyokong Roma. Portsmouth kelab apa? Tidak sama taraf dengan I Giallorossi. Gua rasa lebih baik The Holy Father keluarkan kenyataan mengharamkan Lazio! Biancocelesti ialah kelab yang sampah!”

Di Portsmouth pula peminat kelab Pompey rata-ratanya menghentam kenyataan Paus yang dianggap tidak releven.

“Pedulik apa aku dengan Paus! Dia ialah seorang ZEEE GERMAN! Who won the war eh? Damn Krauts! Kami semua ahli Church of England dan selagi Archbishop Rowan Williams tak bersuara kami tak peduli! Up the Pompey, down with the peados!!”

Pihak Sokernet juga berjaya mendapatkan beberapa reaksi dari peminat bolasepak di Malaysia terhadap pengharam ini sebentar tadi. Antara komen yang kami terima;

“Pompey? Siapa layan Pompey bai. Bukan top 4. Tak main ECL. Player tak hensem. Tak glory hunting la sokong Pompey! Gua sokong Chelsea. Baru la ada class. Serius bro mana ada orang sokong Pompey. Jersi Al Ikhlas pun tak jual bro!”


22

Tshirt Sokernet - gambar yang lagi padu

Abdul Sokernet Ahad, Julai 25, 2010

Ini design yang lagi abang abang. Kalau ikut kata designer dia,
Perut boroi setara mana pun, bila pakai tshirt ni InsyaAllah dengan izin Tuhan boleh jadi tak nampak.

Memang terbaik lah senang cerita.

So apa tunggu lagi?,

Gaji pun dah dapat, duit PTPenipu pun baru je dapat, sambar la selai!


*Brader jadi model tu tak kenal?,
25

Review Ikhlas - Sokernet Futsal edisi celebriti

Abdul Sokernet Sabtu, Julai 24, 2010

Line up para Pemutsal

Seperti yang umum tahu, malam tadi telah berlangsungnya sesi Sokernet Futsal edisi celebriti atau dalam nama saintifiknya dikenali sebagai Klinik Futsal bersama Abang Lucius. Maka dalam entry kali ini gua akan mengulas event berkenaan serba sedikit melalui perspektif neutral, adil, jujur dan tidak berpaksi pada mana mana regim atau sentimen.

Tempat: The Club, Damansara
100% milik Kapitalis totok yang kejam, non-sensible dan tidak berperikemanusian. Siapa yang pilih tempat ni?, Bola pun kena bawak sendiri!. 87 dari 56 pemain yang hadir menikmati takdir kesesatan di persimpangan The Club dan terpaksa membuang masa, minyak kereta dan tenaga sebelum sesat sekali lagi di kawasan parking tempat yang sama.

Kedatangan: termasuk WAGS..ada la dalam puluh puluh.
Main sepatutnya mula pukul 9, tapi pemain semuanya tak berdisiplin, masing masing sampai pukul 9.40 malam. Tapi bab ni gua tak berkira sangat sebab ramai yang sesat.

Pasukan Sokernet:
Diketuai oleh Lucius yang berumur 36 tahun, Jorji juga 36 tahun, Pipiyapong 33 tahun, Rochaang Noor 33 tahun, Awi rui 33 tahun dan Luca 32 tahun. Nazri 32 tahun, tak dapat hadir sebab ada bisnes trip di oversea. Obefiend 34 tahun, juga tak dapat datang sebab dah beli tiket tengok Inception untuk assignement Inception versi bola macam entri kat bawah.

Pasukan Lawan:
Adik adik Sokernet yang umur mereka paling tua sekali 25 tahun, dan paling muda sekali 20 tahun. Frank, Deus, mofasad, Schomey, siggplus, fa rid, frwls...hah yang lain ramai sangat tak larat nak petik nama.

Pemain paling mencuri tumpuan:
Lucius Maximus a.k.a Libero (C), atas arahan beliau, Sokernet bermain flat midfield dengan satu penyerang.

Kesimpulannya, Klinik Futsal Bersama Abang Lucius sangat memuaskan. Sokernet harap anak anak muda yang hadir dapat mempraktikkan ilmu yang di curahkan oleh Abang Lucius semasa sesi Klinik semalam. Kalau ada yang kurang faham, terutamya dari aspek taktikal dan strategi, boleh emel sahaja kepada beliau. InsyaAllah, masalah lu orang akan selesai.

Ok, rasanya sampai di sini sahaja review gua,

Apa macam?, Ada yang tak puas hati?, Nak tambah rencah?, di bawah ni ada tempat komen..
18

Inception - Versi Bola

Fiksyen - Jangan saman saya

Gua layan filem Inception 2 kali siak minggu ni pasal gua gay dengan Leonardo "Jack Dawson" DiCaprio. Suka dowh. Stim gila babi layan filem ni. Lepas habis show gua kencing. Keluar wayang lari laju macam Matlan Marjan ke toilet berhampiran. Lu orang tau lah lepas habis wayang tandas mesti penuh. Gua melayu jati so gua tak reti nak kencing pakai urinal.Lagipun selepas dibuang kolop kotel oleh Dr Ehsan 21 tahun yang lalu gua tak boleh kencing pakai urinal. Targeting kencing gua mesti off target macam tendangan Rooney dalam World Cup lepas. Lu orang camne? Bole ke target kencing dengan ketepatan smartbomb lepas sunat? Oleh kerana tak mahu mengencingkan seluar sendiri gua macam Meleis-meleis yang lain kencing dalam cubicle. Bukan apa bro, lagi stim kencing duduk.

Anyway lepas gua kencing gua lepak BurgerKing. Dekat BK ada banyak suratkhabar percuma. Gua selak-selak ruangan sukan sambil baham onion ring (terbaik dowl). Masuk mukasurat 54 gua nampak muka Sultan Bola. Kepala gua pun mula berangan. Kalau gua ada skill macam Leo DiCaprio gua nak "inception" sama Sultan Bola. Bagi dia idea yang berhenti dari jadi presiden lagi bagus untuk masa depan Soker di Malaysia

LEVEL ONE

Level one dream gua tangkap dia bulan depan dalam pesawat peribadi dia. Seperti yang kita sedia maklum Sultan Bola (SB) wojib lillohi "berehat" di London selama sebulan tatkala Ramadhan tiba. Gua jenis prasangka baik ni. Maybe dia ke London pasal rindukan kebab Taza' di Queensway untuk iftar. Tak pun dia rindu set meal 6.99 Nasi Beryani di Restoran Bunga Raya di Bayswater. Pehal pun masa dia dalam flight gua masuk dalam mimpi dia. Time for extraction motherfakkkaassss.

Mimpi level one gua buat dia percaya yang Malaysia kena belasan 67-0 ketika friendly dengan Sekolah Kebangsaan Dr Rusti Surowono. Semua player Malaysia lepas tu kena sack dan jurulatih kebangsaan dibakar hidup-hidup dengan kerusi plastik Stadium Bukit Jalil sekali lagi dijadikan bahan api. FRU yang sepatutnya menjaga ketenteraman sebaliknya mencota kepala kesebelasan utama sehingga menjadi pulpa. Keesokan harinya peminat bolasepak Malaysia menyerang Wisma FAM seperti mana revolutioner Peranchis menyerang Bastille.

Pada ketika ini gua muncul sekali lagi untuk menidurkan SB yang panik dan bawa dia ke LEVEL TWO

LEVEL TWO

Di LEVEL TWO gua cakap kat SB dia kini disebuah safe house somewhere in Tronoh. Sedikit masa lagi akan datang helikopter untuk extract baginda ke Indonesia bagi melarikan diri dari penunjuk perasaan. Gua cakap kat SB semua ahli Majlis Tertinggi FAM sudah mati dibunuh oleh angry mob. Sebagai contoh kepala Khairy Jamaluddin dijadikan bola rasmi Pertandingan Futsal Sokernet 2010. Selepas habis pertandingan kepala itu diserahkan kepada Jannah untuk dijadikan bahan bantuan pengajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Rendha Kebangsaan Longgongan, di pendalaman Sabah.

"What is this students? This is asshole head"
"What is this students? Ths is your father's berjambol head"

"Clever students.. clap clap
.. tomorrow we will learn about the many usages of oral orifice"

Selepas mendengar cerita nasib kaki-kaki bodeks baginda, SB menjadi semakin panik. Gua pun cakap gua perlukan kod akses untuk peti keselamatan milik Bendahari FAM. Gua perlukan duit yang tersimpan di dalam peti tadi untuk membiayai kos membawa keluar baginda dari Malaysia. SB dalam keadaan cuak bagi gua akses code tanpa perlu dipaksa. Untuk menenangkan panic attack gua bagi dia XANAX. Bila SB tertidur time for LEVEL 3.

LEVEL THREE

LEVEL THREE ialah level yang cukup tak stabil tetapi dengan bantuan sedatif dari Pipi serta rekaan penuh paradoks Lucy, SB berjaya dibawah ke mimpi seterusnya. Dalam mimpi ini SB diberitahu yang baginda kini selamat dalam buangan di Soccer City, Afrika Selatan. Dengan wang yang berjaya diseludup dari peti besi Bendahari FAM, gua dah buat arrangement dengan Jacob Zuma untuk pastikan keselamatan Sultan Bola akan sentiasa terpelihara. Tak akan ada ahli Special Branch menaiki CRV mengacungkan Mesingan MP5 ke muka baginda macam apa yang berlaku kepada Sultan Kelatan beberapa hari yang lepas. Sultan Bola senyum lega bila keselamatannya kita ditanggung beres.

SB sedang bersandar pada kerusi malasnya apabila tiba-tiba pintu bilik tiba-tiba ditendang sehingga terbuka. Terdengan pekikan "Death to borjuisss!!" dari seorang pemuda bersenjatan vuvuzela berbenderakan Argentina. Pemuda ini juga memakai jersey pasukan La Albiceleste dengan nombor 10 tertera dengan bangganya dibahagian belakang. Sekonyong-konyong itu juga muncul lagi berpuluh-puluh pemuda yang berpeluh-peluh dari muka pintu. Pemuda bejersi Argentina mengikat SB sebelum mentarbiah SB tentang bolasepak

"Kamu tahu bolasepak ini untuk golongan proletariat?"
"Kamu tahu bola ini rohul rakyat"
"Bola untuk semua bukan untuk kapitalis macam kamu"

Selepas diherdik telinga SB diseksa pula dengan tiupan vevezula dari jark -20 cm dari cuping telingan baginda.

"Bzzz Bzzz Bzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz prappappa Bzzzzzzz"

Kerana tak tahan dengan seksaan bunyi vevezula SB membunuh diri dengan menelan lidahnya sediri. Seperti yang kita sedai maklum jika kita mati didalam mimpi di LEVEL 3, kita akan jatuh terus ke LIMBO

Maka berlimbolah SB dialam mimpi.

Keesokan harinya jawatan Presiden FAM diserahkan kepada Mohd Azrai Khor Abdullah. Sebab utama perlantikan beliau ialah kerana surname beliau ada persamaan dengan SB.

Since aku tak tahu camne nak ending cerita bodoh ni. I'll end it here.

Selamat hari weekend!
6

Cuti

Abdul Sokernet Jumaat, Julai 23, 2010
Update:

Sokernet baru saja dimaklumkan, The Club Futsal tak menyediakan bola. Nak main futsal kena bawak bola sendiri. Pelir betul!

Sapa sapa tolong bawak bola wehh!!

*******

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Demi menghormati Program Futsal Edisi Celebriti malam ini,
Pejabat Sokernet akan ditutup separuh hari mulai jam 2.30 petang dan hanya akan beroperasi semula pada jam 2.30 pagi esok .

Jika ada urusan rasmi yang ingin diselesaikan, sila selesaikan di padang futsal.

Sekian harap maklum.

Terima Kasih.
62

T Shirt Sokernet

Abdul Sokernet Khamis, Julai 22, 2010
UPDATE Lagi!

1. Tempahan di kedai akan di buat pada minggu terakhir July (minggu depan la tu..).

2. Sokernet terpaksa memendekkan tarikh bayaran dari 30hb kepada 27hb. Gaji masuk 25th, jangan cuba bagi alasan!. Jadi cepat cepat la tempah dan bayar.

3. Isu saiz, yang ada S,M,L dan XL. Lelaki perempuan sama saja. Samada sizing menurut sistem Amerika ataupun British, gua tatau. Kedai tu kedai Cina, makwe jaga kaunter dia lawa dan menurut pipiyapong sesuai diajak keluar. Itu saja maklumat yang ada pada kami sekarang. Ada sorang mintak saix XXXL, perghh..Sokernet kena mesyuarat balik.

4.Baju dapat bila?, rasa rasa dalam Ogos proses penghantaran akan bermula. Sedap sedap puasa tu dapat la baju. Boleh buat baju raya ye tak?.

***
UPDATE:
1. Jika ada concern (ie size, bayar bila..bla bla.), sila nyatakan secara rasmi melalui emel. Sokernet akan layan satu persatu.

2. Baju ni belum buat lagi, Sokernet akan tempah berdasarkan order sahaja. Boleh bayar sebelum 30hb no hal.

Ok sekarang kita repeat balik hal tshirt ni.

Bulan berapa entah gua ada up satu entry cerita pasal tshirt. Ada juga kutu kutu berebut buat order. Tapi gua terpaksa berdiam diri sebab ketua yang incharge sektor Tshirt ni lebih gemar menghabiskan masa di Kuala Lipis dari mengendalikan urusan perniagaan Sokernet Inc di Kuala Lumpur.

Gua ingat kalau berterusan meniaga macam ni memang boleh bikin amarah pada pemegang saham yang lain. Mujur brader berkenaan terbuka pintu hati untuk pulang ke pangkal Sokernet dikala tugasnya hampir diberhentikan.

Kembali dengan semangat membara bersama sebiji design tshirt Sokernet yang rare, operasi menerima order tshirt kini dibuka kembali secara rasmi dan serius. Pengorder pengorder yang dulu telah mengorder, lu orang dinasihatkan untuk membuat repeat order secepat mungkin. Kepada brader brader yang hari tu bertangguh nak order sampai jadi terlupa, jangan terus menerus lupa. Sokernet bagi lagi sekali peluang keemasan kepada lu orang untuk order tshirt yang rare ni.

Maklumat tempahan seperti di bawah:

Emelkan nama, alamat, saiz dan jumlah baju ke sokernetmail@gmail.com dengan tajuk 'Tshirt Sokernet'.

Harga tshirt = RM30 sehelai termasuk pos.

Bank in kan RM30 ke:

158088171683 - Maybank, atas nama Firdaus Bin Ahmad

Attachkan sekali slip pembayaran.

Order akan dibuka mulai sekarang dan berakhir pada 22 haribulan Julai 2010.

Gua tengok follower Sokernet dah lebih 600 orang, itu belum campur yang selalu komen tapi tak follow, yang baca saja tapi tak follow dan tak komen pun boleh tahan ramai.

Jadi gua beranggapan, molek sangat kalau kita semua di Sokernet Inc ni masing masing ada seketul tshirt seperti gambar di atas.

Baru la true brotherhood!

Kalau pakai bawak jalan jalan pergi KLCC konfem makwe pandang gua tak tipu.

*Perhatian kepada semua pengulas,
Entry ni akan berada di puncak sampai 22 haribulan Julai.
16

Selamat Datang Ke New York!

LuciusMaximus


Pengacara: Now you just won the World Cup, right?

Thierry Henry: No, not just. I did.

Nampak sangat Thierry Henry kena berusaha lebih keras membantu David Beckham mempromosikan bolasepak di negara Uncle Sam.
25

Futsal Sokernet 2010 (edisi celebriti)

Abdul Sokernet Rabu, Julai 21, 2010

Sempena kepulangan Lucius ke Malaysia, Sokernet telah membuat keputusan untuk mengadakan permainan futsal edisi celebriti seperti butiran di bawah.

Tempat : The Club, Damansara (rujuk SINI)

Jam : 9 - 11 malam.

Tarikh : 23/07/2010

Kepada semua pembaca Sokernet, apatah lagi kepada pemuja pemuja Lucius, sila datang beramai ramai untuk memeriahkan acara futsal ini. Antara objektif futsal ini diadakan ialah:

1. Melihat secara sepsifik dan jelas skill bolasepak Lucius. Selalu dia pandai sangat bercakap soal taktikel bolasepak dan kaitannya dengan sosio-ekonomi, sekarang kita nak saksikan pula sejauh mana dia mampu menggelecek dan mengawal hantaran tinggi disamping menyelia kecergasan stamina beliau sepanjang 2 jam beraksi.

2. Merapatkan ukhuwwah fillah sesama insan.

3. Pengkomen tetap Sokernet, lu orang jangan pura pura ada hal lain pulak. Gua tak payah petik satu satu, masing masing dah besar. Jangan lupa bawak nemkad sekali. Kita tukar tukar nemkad.

Kalau datang tu, takpayah la pakai macam nak pergi tengok wayang dengan makwe, pakai macam nak main futsal la, bawak kasut beserta duit dalam rm10 ringgit (yuran futsal..kehkehkeh).

Lagi satu paling penting, jangan letak high expectation pada Lucius. Hensem tu memang tak la. Kita nilai dia melalui cara menendang bola sudah memadai.

51

50 Tahun Diplomasi Malaysia - Korea Selatan

LuciusMaximus Selasa, Julai 20, 2010

Sempena 50 tahun ini, pasukan Harimau Muda akan berentap dengan skuad Olimpik Korea Selatan yang bakal turut membariskan beberapa pemain yang pernah beraksi dalam Piala Dunia 2010.


Perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 25 Julai. Sepak mula pada pukul 5.00 petang, lepas Asar dan masih sempat untuk Maghrib.


Berdasarkan prestasi semasa seperti yang ditayangkan oleh Maxis ketika Piala Dunia baru-baru ini, Sokernet menjangkakan Malaysia menang 2-1 macam tahun 1980 dulu.


Bakri Ibni dan James Wong bakal menggegar jaring!
54

Yahudi 11

LuciusMaximus Jumaat, Julai 16, 2010
Ya, tema Sokernet pasca Piala Dunia ini ialah Yahudi, Freemason dan bagaimana Perkasa boleh melindungi orang-orang Melayu dari diyahudikan oleh konspirasi Freemason ini.

Menyahut pos oleh Obefiend dan Abdul Sokernet, aku dengan penuh sukacita mempersembahkan kesebelasan Yahudi terbaik dunia.

Ya, sejajar dengan fungsi sebagai blog bolasepak, kalau nak cerita pasal Yahudi tetap kena bertemakan bolasepak ye dak?

Formasi: 4-4-2

Penjaga Gol
Avi Ran
Lahir pada tahun 1963, Avi Ran berpotensi menjadi pemain bolasepak terbaik Israel hanya jika tidak kerana nasib beliau yang menemui ajal terlalu awal. Pada tahun 1987 ketika meraikan kemenangan liga Maccabi Haifa di pantai Tiberias, Ran yang sedang mandi telah dilanggar oleh sebuat bot lumba. Beliau menemui ajalnya pada usia 23 tahun dan Israel kehilangan seorang bakat bolasepak.

Pertahanan
Tal Ben-Haim
Lahir pada tahun 1982, Ben-Haim terkenal sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik Israel dan tidak asing kepada para pengikut EPL. Memulakan karier bersama Maccabi Tel Aviv, Ben Haim kemudiannya berhijrah ke EPL dan pernah bermain untuk Bolton Wanderers, Chelsea, Manchester City, Sunderland dan kini bersama Portsmouth. Telah mengumpul sejumlah 54 caps untuk Israel.

Walter Samuel
Bukan rakyat Israel tapi terpilih kerana berketurunan Yahudi. Macam tajuk yang aku letak, Yahudi 11, yakni 11 pemain bolasepak Yahudi terbaik. Walter Samuel kini bermain bersama Inter dan merupakan antara pilihan utama dalam hampir semua perlawanan kelab tersebut. Telah menjuarai 7 kejuaraan Serie A, pernah bermain untuk Newell’s Old Boys, Boca Juniors, Roma dan Real Madrid. Antara kumpulan elit kecil pemain yang pernah menjulang kedua-dua Champions League dan Copa Libertadores, 55 caps bersama Argentina dengan 5 gol dijaringkan.

Juan Pablo Sorin
Rakan senegara Walter Samuel yang juga berketurunan Yahudi. Mamat rambut panjang ini adalah kapten skuad Piala Dunia 2006 Argentina dan mempunyai sejumlah 76 caps dengan 12 gol. Terkenal sebagai seorang pemain yang gemar berhijrah, Sorin pernah bermain di Brazil, Sepanyol, Itali, Perancis, Jerman dan juga tentunya Argentina.

Jonathan Spector
Pemain muda Amerika Syarikat ini adalah bekas pemain remaja dari akademi Manchester United. Kini bersama West Ham United dan baru-baru ini terpilih dalam skuad Piala Dunia 2010 Amerika Syarikat.

Tengah

Julius Hirsch
Tidak ramai yang kenal siapa Julius Hirsch, tapi jangan risau, biar Sokernet ceritakan kisahnya. Hirsch adalah pemain keturunan Yahudi yang pertama bermain untuk skuad Jerman, terpilih setelah kehebatan beliau terserlah dalam membantu kelabnya Karlsruher FV menjuarai kejuaraan Jerman tahun 1910. Ya, cerita seratus tahun dulu punya. Beliau mewakili Jerman hingga tahun 1913, kemudian berkhidmat pula dalam tentera dan terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Beliau kemudian dianugerahkan Iron Cross, pingat ketenteraan Jerman atas khidmatnya untuk negara. Seorang patriot Jerman dalam sukan dan perang, Hirsch menemui ajalnya dalam Kem Tahanan Auschwitz ketika Holocaust, hanya sebab beliau seorang Yahudi.

David Beckham
Ya Beckham pakai kopiah Yahudi sebab dia memang seorang Yahudi. Tak sangka dulu ramai awek Melayu berimaginasi seorang lelaki Yahudi ketika waktu senggang mereka.

Yossi Benayoun
Kebanggan Liverpool yang kini mungkin bakal menjadi kebanggaan Chelsea pula. Kapten skuad Israel ini pernah dipuji dan disanjung oleh Rafa Benitez dan Fernando Torres sebagai pemain harapan Liverpool tapi baru-baru ini Benayoun mendakwa Benitez menyeksa kehidupan beliau ketika bersama Liverpool. Heh, memang Yahudi sejati mamat ni.

Ferenc Sas
Siapa Ferenc Sas? Sas adalah pemain tengah Hungary era 1930-an yang kemudiannya menjadi asas kepada Mighty Magyars era 1950-an. Muncul naib juara Piala Dunia 1938, Sas kemudian menjadi antara pemain Eropah terawal yang berhijrah ke Amerika Selatan, bermain untuk Boca Juniors dan menjuara liga Argentina pada tahun 1940.

Penyerang
Gottfried Fuchs
Rakan sepasukan Julius Hirsch dalam Karlsruher FV, tetapi lebih bijak dari saudara Yahudinya dalam bab nak hidup. Fuchs melarikan diri dari Jerman ketika Holocaust dan berhijrah ke Kanada di mana beliau menghabiskan sisa hidupnya. Tetapi sebelum itu Fuchs dikenang sebagai pemain Jerman yang menjaringkan 10 gol dalam kemenangan 16-0 Jerman ke atas Rusia ketika Sukan Olimpik 1912.


Mordechai Spiegler
Sehingga kini kekal sebagai pemegang rekod penjaring terbanyak Israel, 33 gol dari 83 caps. Spiegler adalah salah seorang dari skuad Piala Dunia 1970 Israel, satu-satunya Piala Dunia yang pernah disertai Israel setakat ini. Pemegang anugerah Israeli Footballer of the Year sebanyak 4 kali, Spiegler pernah bermain bersama Pele dan Franz Beckenbauer ketika mewakili New York Cosmos.


Pengurus
Jose Pekerman
Sebagai pemain Pekerman tidak dikenali ramai, tetapi sebagai pengurus Pekerman terkenal kerana pernah menjuarai Piala Dunia Remaja sebanyak 3 kali, termasuk edisi 1997 di Malaysia. Pengurus skuad Argentina pada Piala Dunia 2006 ini bagaimanapun gagal memenangi Piala Dunia untuk Argentina.

Pembantu Pengurus
David Pleat

Pengulas bolasepak dari England yang juga turut menjadi kolumnis untuk akhbar The Guardian. Pernah bermain untuk Nottingham Forest dan menjadi caretaker buat Tottenham Hotspur beberapa kali.
18

Beckham si Yahudi

Abdul Sokernet


Entry ni di upload menggunakan laptop jenama Dell.
Cilake!, Michael Dell ni Yahudi.

Software pakai microsoft ciptaan Bill Gate.
Cilake lagi!, Bill Gate pun Yahudi jugak.

Tab sebelah, gua on Facebook.
Facebook lagi la totok Yahudi.

Lagi satu hal..
Blogspot asalnya Evan Williams yang hasilkan
Tak larat nak men-celake dah, Evan Williams pun Yahudi.

Apa perlu kita buat sekarang?

+
+


Hitler sedang berborak dengan Ulama dari Baitulmaqdis tentang teknik menghancurkan yahudi dan mengembangkan agama Islam di German.

49

Manchester United Kelab Freemason

Obefiend Weiland Khamis, Julai 15, 2010 ,

Manchester United ialah kelab yang paling jijik didunia. Bukan sahaja ianya lambang ketamakkan kapitalis (ini bahasa biasa Holden Caulfield - gua cilok ye bro) malahan ianya juga aparatus halus golongan Fremason yang mewakili kepentingan Yahudi laknatullah. Sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab aku rasa ada baiknya jika pentas Sokernet aku gunakan sebagai tempat menyampaikan kebenaran kepada semua. Sia-sia sahaja ada belog bolasepak terbaik didunia* jika digunakan hanya untuk menempek gambar bontot aku lelucon murahan. Sila baca dengan minda terbuka. Kebenaran ini pasti menggarkan keimanan anda sekiranya anda peminat Manchester United.

Perlukan bukti?

BUKTI PERTAMA

Kelab dari Manchester ini dipunyai oleh keluarga Glazers yang terang-terangan Yahudi El-Bagel. Mereka juga merupakan ahli Fremason.



BUKTI KEDUA

Logo kelab Manchester United mirip logo The All Seeing Eye yang kerap digunakan ahli Freemason. Lambang mata ini seperti kita sedia maklum ialah simbol kepada Dajjal yang bermata satu.



Tak cukup dengan itu bandingkan rekebentuk 2 bola pada logo Man United dengan logo Freemason dibawah. Nampak persamaannya? Jelas bukan?




BUKTI KETIGA

Unsu-unsur Fremason juga jelas kelihatan pada rekabentuk jersi pasukan Man U. Mari kita lihat jersi ketika mereka ditaja Vodafone



Logo Vodafone mempunyai unsur-unsur All Seeing Eye. Huruf O pada Vodafone juga mempunyai rekaan yang sama dan pada masa yang sama mewakili 2 globus yang telah aku olah pada bukti kedua sebelum ini

Ini pula rekaan ketika AIG menaja Man U musim lepas. Kalau anda perasan A disini sebenarnya melambangkan bentuk ruler and compass pada logo Mason dibawah.




Huruf G pada logo diatas juga boleh kita lihat pada logo AIG. Sementara itu huruf ialah play of word kepada perkataan EYE yakni mata (all seeing eye sekali lagi). Huruf I disini juga mewakili Masonic Pillar.

BUKTI KEEMPAT

Semua pemain bintang Man United diberikan nombor 7. George Best, Cantona, Becks dan Ronaldo kesemuanya diberikan jersi bernombor 7. Soalannya mengapa dan apa signigicantnya dengan pergerakan Freemason? Nombor 7 sering dikaitkan dengan sifat ketuhanan (godlike) mengikur budaya Yahudi. Nombor 7 dianggap sebagai nombor yang mewakili kesempurnaan.

Mengikut kitab Old Testament, tuhan berehat pada hari ketujuh setelah mencipta alam semesta 6 hari sebelumnya.Tidak hairanlah semua pemain yang memakai nombor 7 dipuja bagai tuhan oleh penyokong pasukan Man United.

Oleh itu boleh disimpulkan disini



George Best - Tuhan kaki betina dan minuman keras
Eric Cantona - Tuhan keganasan dan falsafah burung seagull mengekori bot ikan tuna

David Beckham - Tuhan metrosexual dan lelaki bersuara pondan
Cristiano Ronaldo - Tuhan lakonan bidang terjun dan greasy Eurotrash

Michael Owen - Tuhan injury prone dan pemanas bangku simpanan


Apa lagi bukti yang korang mahu. Sudah terang lagi berlampu kalimantang yang Manchester United ialah kelab boneka pergerakan syaitan Freemason. Kepada peminat semua silalah pulang ke pangkal jalan dan menyokong kelab yang lebih islamic.

Kelab mana yang Islamic?

Mana lagi kalau bukan Portsmouth!



*mengikut bancian bias dan tidak telus Kementerian Kepopularan Blog Dunia 2009
7

Pipiyapong Sah Ke New York

LuciusMaximus
Pengulas Sokernet yang baru kembali ke pangkal jalan, Pipiyapong (Pipistuta kononnya ketika Piala Dunia) telah ditawarkan untuk ke New York sebagai koresponden tetap kami di sana.

Tindakan menghantar Pipiyapong ke New York, walaupun mengundang rasa tidak puas hati pengulas yang lain dibuat kerana mengikut jejak langkah idolanya yang turut berpindah ke New York.


Ya, Thierry Henry sah bermain untuk New York Red Bulls.

Dah macam pelumba Tour de France pula aku tengok

14

Fab - berkuasa mencuci kotoran

Abdul Sokernet Rabu, Julai 14, 2010

Malu tapi mahu.

"Ehh lu orang buat apa ni?, malu la gua kalau Arsene Wenger nampak ni woii!"

50

Sah! Lambat Lagilah Nak Tunggu Malaysia Main Piala Dunia

LuciusMaximus Selasa, Julai 13, 2010
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sedia memikul kembali tanggungjawab selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Baginda bertitah, ia merupakan satu tawaran yang sukar ditolak setelah dicalonkan semula untuk bertanding bagi jawatan tersebut.

"Ini adalah satu tawaran yang buat saya rasa amat susah saya nak kata tidak," titah baginda di sini.

Baginda mengakui sukan bola sepak masih tersemat dalam sanubari baginda.

FAM akan mengadakan mesyuarat agung tahunan dan sekaligus pemilihan kepimpinan tertinggi pada 31 Julai ini, untuk penggal 2010 hingga 2014.

Jawatan yang dipertandingkan adalah Presiden (satu jawatan), Timbalan Presiden (dua jawatan), Naib Presiden (empat jawatan) dan lapan jawatan Ahli Majlis FAM.

Notis mengenai mesyuarat tahunan dan borang pencalonan telah dihantar pada 29 April lepas kepada semua anggota gabungan FAM.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini mengesahkan bahawa Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah telah menyatakan kesudian untuk terus menerajui badan induk bola sepak negara itu.
13

Paul Si Sotong

LuciusMaximus


Achtung!
Kisah Si Sotong
Duduk dalam tong
Makan tanggung
Pandai teropong
Guna kaki keramat agung
Makanan diusung
Angkat bendera terulung!
Hebat macam polong
Satu dunia melopong!
Tepat!
Sepanyol menang satu kosong
Belanda meraung!
Murung! berkurung!
Semua melolong
Belanda balik kampung
atau lari saja ke Molong Kolong!
Tak dapat nak tolong
Sendiri tanggung!
Kaki judi menung
Hutang melambung
Habis duit tabung
Poket tak kembung-kembung
tatak untung..
Perut berkeroncong
Rasa nak makan sotong...
dibakar atau goreng tepung..
Di belakang pasar gantung..
nyam..nyam sesiapa sudi tanggung?


Nukilan ikhlas RoyAzmir
16

Sokernet = Paul The Sotong?

Obefiend Weiland Isnin, Julai 12, 2010 ,

Bukti Emperikal


16

Spain Menang - Jom Comolot Aweks

Obefiend Weiland , ,

Iker dan Sara - nice


AAAAAAAAAAAAAAAAAH...... HOW SCHUWEEEEETTT. Iker Casillas capitan de la La Furia Roja memberi temubual ekslusif kepada teman wanitanya Sara Carbonero yang juga merupakan wartawan stesyen TV Telecinco. Selepas menahan sebak Casillas mengakhiri interview dengan the best and sweetest way possible.

Kalau korang ingat masa Spain kalah dengan Switzerland masa group stage Sara interview Casillas dengam nada tak puas hati sampai Casillas tak mampu nak menjawab. What a nice ending to a BZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ-tastic World Cup

Ok.... jom ramai-ramai cakap BUENOOOOOOOO!!


Alih Bahasa Versi Telenovelaa

Sara: Everyone else is gone but Iker stays, Iker see how everything started and look now
Iker: What do you want me to say?
Sara: Tell me how are you? how do you feel?
Iker: It's a great moment I'm very happy. I think we deserved form beginning to the end and I just want to thank the people who always supported me, to my parents, my brother...
Sara: Nothing happens let's talk a little bit about the match...
Iker: I'm gone
Sara: Oh my gosh... then we follow ok
27

Apa Espana, Espana?! Spanar Mulut Tu Baru Tau!

LuciusMaximus


Mereka bukan meraikan kejayaan Sepanyol memenangi Piala Dunia



“Saya mahu Belanda menang. Saya akan nonton perlawanan tersebut kerana saya sukakan bolasepak. Tetapi jika Sepanyol menang ianya akan mengguris hati kami,” tegas Oriol Quera dari Barcelona, seorang nasionalis Catalonia.

Sehari sebelum perlawanan akhir Piala Dunia antara Sepanyol dan Belanda, lebih dari sejuta rakyat Catalonia berarak di Barcelona menuntut lebih kuasa autonomi dari Sepanyol atau jika tidak, kemerdekaan.

Mahkamah Sepanyol baru-baru ini memutuskan kuasa autonomi dan perlembagaan Catalonia memberikannya status sebuah negara dan ini bertentangan dengan perlembagaan Sepanyol. Reaksi dari keputusan itu mengundang protes raksaksa di Barcelona hari Sabtu lepas.

Sebagai sebuah wilayah autonomi, Catalonia dihuni oleh 7 juta penduduk berbanding 47 juta penduduk seluruh Sepanyol tetapi wilayah ini menyumbangkan 25% KDNK untuk seluruh Sepanyol. Sekiranya Catalonia berpisah maka jawabnya ekonomi Sepanyol akan melingkup lagi teruk dari Greece.

Namun tidak cukup dengan itu, kemerdekaan Catalonia juga akan turut melingkupkan bolasepak Sepanyol. Ini dek kerana sebahagian besar pemain skuad Sepanyol yang menang Piala Dunia pagi tadi adalah bangsa Catalan atau rakyat Catalonia.

Victor Valdes, Carles Puyol, Gerard Pique, Joan Capdevilla, Sergio Busquets, Cesc Fabregas dan Xavi Hernandez adalah mereka yang berdarah Catalan. Kecuali Valdes, yang lain semuanya bermain dalam perlawanan akhir pagi tadi. Manakala penjaring gol kemenangan Andres Iniesta serta Pedro dan David Villa bermain untuk FC Barcelona dan menetap di ibu negara Catalonia itu.

Federacio Catalana de Futbol khabarnya kini dalam proses memohon keahlian UEFA dan FIFA. Sekiranya berjaya maka Catalonia akan memiliki pasukan bolasepak sendiri secara rasmi dan Sepanyol akan hilang sebahagian besar pemain bolasepak sedia ada.

Malahan buat masa ini skuad Catalonia sudah pun bermain secara aktif di bawah kendalian Johan Cruyff. Perlawanan kali terakhir mereka ialah menewaskan Argentina 4-2 dan Cruyff berharap sangat Catalonia dapat bermain dalam Piala Dunia 2014.

“Sudah tentu, saya lebih suka melihat mereka bermain untuk Catalonia, bukan Sepanyol,” begitu kata pelajar universiti, Miquel yang ditemui Sokernet ketika demonstrasi Sabtu lepas. Rata-rata peserta demonstrasi dilaporkan lebih suka sekiranya Belanda yang memenangi Piala Dunia.

Tidak cukup dengan itu, sentimen yang serupa juga wujud di Negara Basque, satu lagi wilayah autonomi Sepanyol yang aktif menuntut kemerdekaan. Inaki Atxutegi, seorang ekonomis dari Bilbao menegaskan beliau lebih rela jika Belanda membelasah Sepanyol 30-0, menggambarkan kebencian rakyat Negara Basque terhadap Sepanyol.

Xabi Alonso yang bermain pagi tadi adalah salah seorang rakyat Negara Basque dan turut pernah bermain untuk skuad bolasepak wilayah tersebut di bawah pentadbiran Euskadiko Futbol Federakundea, yakni persatuan bolasepak mereka.

Sentimen wilayah sangat menebal di kalangan pemain Sepanyol. Malahan Sergio Ramos pagi tadi turut tidak ketinggalan menanggalkan jersi dan menonjolkan baju-T tertera bendera Andalusia (wilayah kelahirannya) ketika meraikan kemenangan. Jesus Navas juga merupakan kelahiran Andalusia.

Maka tidak hairanlah kejayaan Sepanyol pagi tadi disambut hangat di Madrid tapi di wilayah-wilayah Sepanyol yang lain ianya tidak berapa diraikan. Tapi di Malaysia ada segelintir yang meraikan kejayaan Sepanyol mengalahkan orang Sepanyol sendiri.

Macam Cik Jannah Raffali kita.

Hehehe!
17

World Cup 2010 : ESPANA

Screen shot from Fifa.com


Torres masuk after the full 90 minutes. Fabregas pun sempat la merasa main kat Final World Cup.

Cesc Magnifique.

Midfielder Barcelona, Andres Iniesta menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan 116'. Beliau diberikan Man of the Match oleh beer America.

Siapa perasan apa yang tulis kat baju dia tu?

Sempat Belanda kena kad kuning pada masa tambahan. Tapi untuk mereka bertahan menyerap asakan Spanish Matadores ini saya rasa mari kita beri tepukan juga untuk team Oranje ini.

Sekejap tengah sebok mengGoogle gambar Spain pegang World Cup.

Still searching...

Apple key+shift+4 dari fifa.com.


Wow happy sekals Presiden Fifa.

Baju siap letak bintang sebiji sudah.

Dengan ini kem Spain melabuhkan tirai dengan ucapan, semoga the next World Cup Spain menang lagi. Sekian. Tak sabar menunggu ulasan penuh imej dan gaya dari pengulas Sokernet yang lain.

P/s Abang seksi ni referee rupanya. Itu pasal the sexier team won. Har har har.

Howard Webb. Aww.
21

Spain 2010 World Cup Winners

Jannah Ahad, Julai 11, 2010

Dan ada kemungkinan gol kemenangan dijaringkan oleh?

Itu pun kalau dia dapat main.

Tapi macam mana pun permainan malam ini berlangsung, saya harap tiada kecederaan teruk pada mana mana pihak.

Viva Espana!

Malam ini do your best ya sayang?

Score lagi tau Abe Puyol.

Mahu habis sudah World Cup. No more Vuvuzelas. No more Paul the Octopus.

Malam ini buat yang terbaik dan menang.

Fuhh Spain Menang 3-0. Tiup tiup.

23

Diego Forlan

Pipiyapong Abdillah Hamzah

Terima kasih kepada Forlan kerana kasi Piala Dunia ini tahun sedap sikit. Kalau tak ada lu, gua ingat memang barai.

Tapi pasukan Brazil tahun ni pun seronok juga gua tengok. Main sebiji macam Blackburn Rovers!
24

Jersi Rare

Abdul Sokernet Sabtu, Julai 10, 2010

Disebabkan perlawanan malam ni haram tak penting langsung, maka lebih molek kiranya Sokernet mempromosikan jersi jersi keluaran Midel Is, sebuah syarikat pengeluar 'jersi' terkemuka di timur tengah.

Untuk pengetahuan semua, Sokernet telah diberikan hak sebagai Sole Distributor dari syarikat jersi Midel Is yang beribu pejabat di Doha pada minggu lepas. CEOnya, Sheikh NorKhairil merangkap pembaca setia Sokernet, berpendapat, di Asia tenggara, Sokernet sahaja yang layak menjual jersi jersi keluaran syarikat beliau, dan beliau sangat berbangga atas kesudian Sokernet bekerjasama dengan Midel Is.

Jersi jersi ini dijangka meletop sempena EURO 2012 dan Piala Dunia 2014.


Pilih dulu, lepas tu order...bayar kita kira kemudian.

+
+
+

+

+

+

+

Credit foto: Sheikh zainor (Marketing Director Midel Is)


Segak dan bergaya


Yang bawah ni pp sama nazri ada simpan sample

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...