ARKIB SOKERNET
EDISI GEMPAR: KAMI MENUNTUT HAK KESELAMATAN BRADER LINESMAN
EDISI CHAP AYAM..APA ADA HAL.....
Eropah Sebenar
Manchester United bertandang ke Valencia bersama rekod kemenangan yang buruk di tanah Sepanyol. Ditambah pula dengan beberapa tonggak utama yang cedera. Giggsy takda, Scholsy takda..C.Ronaldo takda..Tevez takda.. Rooney tak ikut jugak. Tapi kemenangan dan 3 mata tetap menjadi misi utama Sir Alex Ferguson. Untuk berjaya, sebarang alasan haruslah ditolak tepi. Biar putih tulang, jangan putih rambut macam Sammy Lee. Takkan tak kenal Sammy Lee... :P
Bila barisan pemain Manchester United keluar ke padang, aku terus rasa cuak. Valencia adalah pasukan yang kuat dan sedang top form serta Klasemen di La Liga sekarang. Mampukah barisan pemain Manchester United yang bukan first 11 bertahan?
Memang parah kesebelasan United malam tadi. Passing agak hancur, possesion hancur jugak, midfeild Carrick dan Fletcher hancur, Anderson tak support Berba dan Berba adalah Berba. Mujur pertahanan Manchester United bermain baik. Ferdinand kembali dan benar-benar menyumbang tenaga bersama Vidic. Adakah pertahanan United kembali menjadi 5 bintang?
Mengikut statistik perlawanan, permainan memang agak bosan. Valencia membuat 10 percubaan dan hanya 1 on target. Manchester United buat 8 percubaan dan hanya 2 on target. Memang penat melayan bolasepak sebenar malam tadi. Valencia menguasai 53% permainan dan menggasak kubu United sampai aku pun rasa nak turun pergi bertahan bersama Vidic! Phew!
Kemasukan Chikadies dan Macheda membuktikan percaturan Pak Alex sentiasa benar dan adalah salah (kalau dalam ugama, berdosa) mempertikaikan keputusannya. Beliau menurunkan Chikadies dan bukan Owen untuk menyerang dan ternyata berhasil dengan hanya beberapa sentuhan sahaja.
GERMANY ROCKS
Legend
Sokernet : Tribute to A Hero
Rebiu: Chelsea 2 - Olympique Marseille 0
Bolasepak Sebenar.
Open House 1.
Obi Mikel, sebelum perlawanan menentang Man City buat kenyataan; Dia akan takut jika terpaksa menjadi pemain pertahanan menentang penyerang pasukan Chelsea yang menyerang dari berbagai arah.
Obi Mikel... kalau lawan team lomah boleh la. Kalau Roman mampu beli semua jadual perlawanan dan pengadil, lagi la boleh menang 6-0 tiap minggu. Kalau boleh beli semua benda pun, belum tentu boleh beli Tevez, sebab Tevez itu Dinosaur!
Tevez score waktu aku sedang mencicah lemang ke rendang ayam. Delicious!
Bila aku sms ke Ayahanda Kem Chelsea yang separuh dari Manchester itu adalah BIRU, dia tak balas. Sibuk kemas baju la tu.
Open House 2.
Bertukar siaran ke perlawanan Liverpool pula, aku jadi kenyang melihat Liverpool ketinggalan 1-2 pada Sunderland. Main kat Anfield tu.
Gerrard juga ada buat kenyataan akhbar Daily Mail; Liverpool target akan berada pada kedudukan ke 4 hujung musim ini. Aku mula-mula nak tergelak ada, nak nangis pun ada. Belum pernah dalam sejarah pasukan yang berada di no 16 liga buat kenyataan berani macam tu.
Tapi lepas itu aku disedarkan yang Gerrard target tu ialah top 4 kebawah. Liverpool nak bersaing dalam perebutan turun liga yang juga agak menarik semenjak dua menjak ini.
Tandukan Gerrard memang cun bila menyamakan kedudukan jadi 2-2.
Open House 3.
Aku melompat ke perlawanan remaja belia banyak alasan- saiko pengadil nak menang aje- ARSENAL.
Mereka tak belajar dari kesilapan musim lepas. Almunia adalah punca semua masalah, sama macam Lehmann, tapi Wenger fikir, pengadil yang selalu kasi mereka kalah. Bukan penjaga gawang yang malas nak terbang ALmunia.
Hanya Samir Nasri yang betul-betul bermain malam tu. Emirates menyaksikan West Brooom menyapu bersih 3 mata dan naik ke tangga ke 6 liga.
Open House 4.
Perlawanan bolasepak sebenar bermula dengan Bolton menjaringkan gol secara tak sengaja pada minit ke 6. Open game selama 90 minit yang mendebarkan! Nani membuktikan beliau layak menggantikan tempat C.Ronaldo yang berpindah ke Real Madrid. Beliau
Setiap kali Nani mendapat bola, pertahanan Bolton mula kucar kacir. Nani dribble secara solo pada minit ke 23 dari tengah padang dan terus meledakkan satu tendangan leret ke sudut gol dan ,terhasillah antara gol cantik untuk musim 2010/11.
Pertahanan Manchester United masih belum solid. Vidic memang la fearless, ganas dan solid, serta beliau adalah O Captain! My Captain! tapi Evans dan yang lain masih belum cukup power untuk bergandingan dengan Vidic. Akibatnya, pertahanan Manchester united agak mudah dicerobohi setakat ini.
Boleh kata pertahanan yang paling lemah semenjak zaman Pallister dan Brucey.
Owen menyelamatkan Manchester United dengan menanduk masuk tendangan percuma Nani, Manchester United menyelamatkan Owen dari terperusuk kebawah liga bersama Liverpool. phew! Itulah Keadilan.
90 minit penuh aksi bolasepak sebenar.
.............................................................
Aku banyak kali bercerita tentang momentum sebelum ini dan minggu ini jelas momentum Chelsea dan Arsenal dah terhenti dari menjaringkan banyak gol. Atau dah terhenti lebih awal di Carling Cup?
Mungkin juga mereka punya persamaan. Satu team orang tua dan satu team remaja. Apakah persamaannya?
Lagenda Bolasepak Bulgaria
Martin Petrov (1999 - sekarang) - 1 gol malam tadi lawan Manchester United
"It's better we don't speak, I'm not the family of Berbatov" - tentang Dimitar 'Berbaflop' Berbatov
"I can remember how Bolton used to play. But when they spoke to me they made it clear they wanted to try play more football; that helped me to make up my mind" - tentang menyertai Bolton Wanderers
"Bolasepak sebenar" - bukan Martin Petrov, tapi SMS dari Jorji selepas seri malam tadi
APA ADA HAL? (ya, petikan catchphrase Lucius M)
HAHAHAHAHHA HAH A HA HW AH HA H WH AH AH AH
Bolton?
HAHA HA AH AHAA H HHAHAH HAHAAHA HHAHA A HAH HAHA HA HA HA AH AHAH A AHHAH HAHAHA HA HA H AH AHA HH HAHAHA HAHA AH HAHA AH AH HA AH AH HAH AAHA A AHHAHAH HAHAAHA AHA HA
Liverpool berseri-seri
Tidak mengapa. Kita kembali ke Padang MPK.
Maaf, maksud saya, kita kembali ke Padang Kota Raja.
Kalau Mahu Memburu Burung - Jangan Pakai Meriam
Ini pula meriam gangsa . Meriam gangsa selalunya digunakan sebagai artileri menembak barisan askar suatu ketika dulu.
Dari perlawanan hari ini. Kita belajar 3 important lessons:
1. Meriam gangsa slow.. lambang loading dan mahal.Tak sesuai untuk menburu burung Throstle yang kecil.
2. Burung Throstle walaupun kecik tapi patukan dia annoying. Kalau patuk banyak kali tukang loading meriam pun givap. Pasal tulah meriam gagal melawan
3. Meriam gangsa ialah senjata zaman silam. Kali terakhir meriam gangsa digunakan dengan baiknya ialah ketika perang dunia pertama. Dah tak boleh pakai lagi dalam zaman bom pintar dan nuklear.
Final Score
Meriam Gangsa 2 - 3 Burung Throstle
Apa Ada Hal?
Musim lepas pun kalah 2 kali dengan Manchester City, tapi akhirnya klasemen juga.
NEGERI DI BAWAH BAYU
Futsal Sokernet
Bedah Siasat: Klinik Futsal Sokernet
Malam Ni, Jangan Lupa
Soalan UPSR 2010 (Ujian Penilaian Sokernet Rendah)
1. Dalam perlawanan Piala Carling menentang Newcastle pada 22 September 2010, Chelsea adalah kelab yang:
A: Terklasemen.
B: Klasemen.
C: Tumbukan padu ke udara
D: Ternewcastle
Pemain ini menjaringkan dua gol pada perlawanan 22 September 2010. Siapakah nama pemain ini.
A: Anelka.
B: Drogba.
C: Petr Cech
D: Peter Kenyon
3. Di manakah perlawanan bola sepak antara Newcastle dan Chelsea pada 22 September 2010?
A: Emirates Stadium.
B: Theartre of Illusion.
C: Stadium Paroi
D: Padang MPK (Majlis Perbandaran Klang)
4. Dalam pertandingan Piala Eropah, Chelsea sudah menang sebanyak:
A: 5 kali.
B: 9 Kali
C: 1 kali
D: 2 kali.
Selamat menjawab soalan UPSR dan selamat berjaya.
Jawapan akan diberikan pada Kelas Futsal Sokernet bersama dengan Cikgu Pipiyapong,
Bahan
Sokernet : Quote of The Day
Klinik Futsal Sokernet Bersama Birthday Boy Pipiyapong
MARI MENGENAL KELAB BOLA: NORTHAMPTON TOWN FC
Pengadil Kontroversi Kantol Bawak Kokain
Pengadil penuh kontroveris dari Ecuador, Byron Moreno ditahan di Lapangan Terbang John F Kennedy kerana cuba menyeludup masuk 10 paun (6 KG) kokain pada tubuhnya. Byron Moreno ialah pengadil yang dituduh makan suap oleh pasukan dan peminat Itali setelah pasukan mereka kalah pada perlawanan pusingan 16 Piala Dunia 2002. Beliau ditahan di US kerana kelihatan cuak semacam setibanya di JFK dari Ecuador. Pegawai kastam yang curiga melakukan body search dan menjumpai 10 bungkusan dadah yang dibungkus didalam plastic pada seluar dalam yang dipakai Moreno. Bagi perisa tambahan kepada kokain kalau letak dalam spender. Cepat high.
Dalam perlawanan kontroversi menentang Korea Selatan , Itali kalah mengejut 2-1. Franceso Totti dibuang padang, gol "kemenangan" Itali dibatalkan kerana offside dan penalti tidak diberikan keatas kekasaran pemain Korea.
Selepas Piala Dunia, Byron buat hal lagi. Dalam satu perlawnan liga Ecuador, Byron memberi masa tambahan selama 11 minit! And you guys complained about "Fergie Time" !. Akibat penambahan masa yang melampau, Byron Moreno digantung 20 perlawanan. Sejurus selepas itu beliau bersara dari menjadi pengadil.
Ketua pasukan Itali pada tahun 2002 apabila diminta memberi komen tentang penangkapan Byron berkata
"Gua rasa sejak 2002 lagi dia dah ada kokain dalam badan dia. Bukan dalam seluar dalam dia seperti semalan"
SUMBER KARDIO
Teknik rahsia - bagaimana mereka berjaya dan bersemangat luar biasa.- (Pemain dan pengurus)
Pemain-pemain Liverpool semuanya dah semangat balik selepas aku cakap, “Tuhan datangkan ribut, kerana Dia mahu hadiahkan kita pelangi selepas berlalunya ribut.” Boleh tahan naik juga semangat mereka selepas dengar moral sapot aku, terutamanya Ngog.
Cuma manager Roy je yang masih takda semangat. Macam-macam dah aku cakap kat Roy. Aku cakap, “Hidup cuma sementara, akhirat juga kekal abadi.” Dia tak boleh terima. Aku cakap pula, “Huruf I sebenarnya salah letak. I sepatutnya dekat dengan U.” Lagilah dia tak boleh terima.
Last-last, aku terjumpa iklan ini. Boleh tahan dia punya tagline. Rahsia tarikh lahir. Aku pun daftarkan Uncle Roy masuk. Aku fikir mesti kursus ni boleh naikkan balik semangat uncle Roy.
Uncle Roy semasa kursus. Beliau sedang meletakkan jari pada dahi.
Semasa aku lawat Uncle Roy jugak, aku terkejut jumpa player dan manager yang lain. Tak sangka mereka pun masuk kursus Rahsia tarikh lahir. Jadi ini rupa-rupanya rahsia kejayaan mereka. Mereka sudah terlebih dahulu masuk kursus letak jari kat dahi ni.
Antaranya:
Melo pun sama.
YNWA!