ARKIB SOKERNET

27

Abe Jogho, Jang banggo. Final Piala Malaysia 2010

Jorji Ahad, Oktober 31, 2010
Semangat macam ni yang kito mau!

Malam tadi Jang betul-betul berbangga dengan pasukan Jang, walau tidak dapat mempertahankan Piala Malaysia namun mempamerkan mutu permainan bolasepak yang terbaik setakat ini untuk perlawanan akhir.

Pagi ini pula, warga Jang bangun dari tidur dengan rasa sedih kerana terasa seperti kehilangan sesuatu. Jika terlepas piala diperingkat awal, pasti kurang rasa sedihnya. Perjuangan Jang hingga ke wisel penamat saingan Piala Malaysia! Osahanda eh Jang!

Kelantan layak dinobatkan sebagai JOGHO baru Piala Malaysia 2010. Mereka bermain baik dan berjuang mencari gol. Tahniah Jang ucapkan!

Kelantan dan Negeri Sembilan adalah 2 kuasa bolasepak baru Malaysia. Malaysia kini punya barisan pemain muda berkaliber yang WAJIB diberi peluang untuk mengembalikan semula maruah bolasepak Malaysia dipersada dunia. Mereka punya skill dan dapat mengaplikasi taktikal yang diarahkan oleh jurulatih pasukan. Mereka kurang melakukan kesilapan dan mereka mampu mempertahankan stamina permainan selama 90 minit untuk 3 perlawanan dalam seminggu.

Terdapat juga beberapa pemain dari pasukan negeri dan kelab lain yang bermain baik. Seperti kapten Johor FC dan juga pemain pilihan Jang, Norhafiz Zamani Misbah. (KL Plus rasanya)

Pasukan Jang turun sebagai pasukan bukan pilihan. Kecederaan beberapa pemain utama seperti Kapten pasukan Rezal Zambery dan striker utama, Zaquan tidak dijadikan alasan. Lagipun, Jang poie final bukan bondo baru...tiap tahun buek!

Apapun, pasukan yang menjaringkan gol lebih adalah pemenang. Hairudin Omar adalah hero Kelate. Tandukan beliau memang diketahui sangat berbahaya. Jang arif bonar!

Jang betul-betul terhibur dengan mutu perlawanan akhir yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Mereka menunjukkan semangat yang tinggi. Walau terdapat beberapa dentuman mercun, namun ianya tidak seteruk perlawanan akhir musim lepas. Tapi Jang tengok trek balapan Stadium Putra Bukit Jalil sebijikkkk macam tong sampah recycle untuk botol plastik!
Kitar semula, pikir dulu sebelum buang!

oklah..sobab Jang tak jadi juara, maleh la JAng nak panjang-panjang.. baik Jang poie makan kenduri.

Lautan merah.

Jang gentar tiado.

Kredit gambar kepada HNS : Penyokong tegar Gergasi Merah Kuning yang ado kampung kek Tanjung Ipoh!


Tahniah Kelantan dan peminat bolasepak Malaysia semuo~ Jumpo laie musim dopan!
42

Menara Warisan Merdeka Dari Sudut Bolasepak

LuciusMaximus Jumaat, Oktober 29, 2010 , , ,



Stadium Old Skool begini jangan kita sia-siakan!



Kita semua sedia maklum perancangan kerajaan hendak membina sebuah bangunan 100 tingkat yang hendak dinamakan Menara Warisan Merdeka. Atau adakah ia sebenarnya idea PNB? Atau mungkin idea Rosmah Mansor?

Menara Warisan Merdeka yang dicadangkan ini akan dibina di tapak bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Kedua-dua stadium dan kawasan sekitar dimiliki oleh PNB.

Menara Warisan Merdeka dilaporkan bakal menelan belanja sebanyak RM5 bilion. Mengikut cakap Hamad Kama Piah, bos PNB, sumber kewangan untuk projek mega ini datang dari poket PNB sendiri.

Soalannya, apabila bangunan 100 tingkat ini siap nanti apa akan jadi pada Stadium Merdeka dan Stadium Negara?

PNB menjelaskan yang kedua-dua stadium akan dikekalkan sebagai warisan negara. Okay, tapi isunya adakah kekal sebagai artifak sejarah atau digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kesukanan?

Stadium Merdeka adalah stadium keramat bolasepak Malaysia. Ia adalah stadium perlawanan akhir Piala Malaysia setiap tahun hinggalah tahun 1994 bila Stadium Shah Alam mengambil alih. Ia juga adalah stadium di mana kita menganjurkan Pestabola Merdeka dan perlawanan-perlawanan antarabangsa melibatkan Harimau Malaya.

Begitu juga dengan Stadium Negara, stadium keramat badminton Malaysia yang pernah menyaksikan negara kita menjulang Piala Thomas.

Semenjak Kuala Lumpur FA berpindah ke Stadium KLFA di Cheras, Stadium Merdeka kini sunyi. Apabila kita meraikan kemerdekaan ke-50 ubahsuai telah dibuat dan Stadium Merdeka dikecilkan dari kapasiti 45,000 kepada hanya 20,000. Kini ianya jarang sekali digunakan walaupun terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Memandangkan kepada protes ramai rakyat Malaysia terhadap cadangan membina Menara Warisan Merdeka, adalah lebih baik sekiranya PNB mengambil pendekatan yang berbeza dalam membangunkan kawasan sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Cadangan dari Unit Pengurusan Strategik Bolasepak Sokernet, apa kata RM5 bilion yang didakwa duit poket PNB itu dilaburkan dalam satu pelaburan yang mungkin memberi pulangan dividen sebanyak 6 peratus setahun. Maka dalam setahun PNB bakal memiliki sejumlah RM300 juta dividen.

RM200 juta boleh digunakan oleh PNB untuk apa-apa tujuan, bayar bonus kepada pemegang saham atau sebagainya. Hanya RM100 juta saja diperlukan setahun untuk satu tujuan murni yang hendak Sokernet cadangkan.

Majukan bolasepak negara. Dan juga badminton kalau mahu.

Stadium sudah tersedia, hanya yang diperlukan ialah bakat-bakat bolasepak dan beberapa kemudahan lain untuk pembangunan bolasepak. Kawasan projek bangunan 100 tingkat seluas 19 ekar boleh saja digunakan untuk membina 2 atau 3 padang bolasepak tambahan bersaiz antarabangsa, sebuah asrama, pusat perubatan dan pejabat pentadbiran. Bina sebuah akademi bolasepak.

Dengan peruntukan RM100 juta setahun, ia sebenarnya lebih dari cukup untuk menguruskan sebuah akademi bolasepak. Malahan dengan adanya pusat pembangunan bolasepak ini kerajaan boleh melupakan saja rancangan Akademi Bolasepak di Pahang bernilai RM20 juta yang hendak dibangunkan itu. Atau jika masih berminat, kerajaan boleh turut serta membangunkannya di tapak PNB ini.

Bagi memaksimumkan lagi penggunaan Stadium Merdeka, PNB boleh juga mewujudkan sebuah kelab bolasepak profesional. Asalkan namanya janganlah PNB FC atau Hamad Kama Piah United. Namakan Kuala Lumpur FC atau Kuala Lumpur United, atau Kuala Lumpur Eagles atau apa saja asalkan ada perkataan Kuala Lumpur. Supaya ramai peminat bolasepak di KL yang dapat turun ke stadium untuk memberi sokongan.

Kelab bolasepak profesional ini mestilah dikendalikan secara profesional, sesuai dengan statusnya. Pemain-pemain boleh diserap dari bakat-bakat bolasepak yang berlatih di akademi milik PNB tadi. Apa lagi dengan pemain import dibenarkan semula pada tahun 2012, PNB boleh menggunakan peruntukan RM100 juta setiap tahun untuk mendapatkan tenaga import yang berkualiti.

Kalau betul cara pengurusannya, tidak mustahil akademi dan kelab bolasepak ini dapat membuahkan hasil buat PNB.

Kalau setiap kali perlawanan 15,000 penonton hadir ke stadium dengan setiap seorang membayar RM10, itu sudah memberi pulangan sebanyak RM150,000 buat PNB dari kutipan tiket sahaja. Stadium Merdeka milik PNB, begitu juga tapak stadium maka mereka tidak perlu membayar satu sen pun untuk sewa stadium atau tapak. Sedang akademi pula mungkin menghasilkan 20 bakat baru bolasepak setiap tahun, yang boleh diserap PNB ke dalam kelab profesional mereka atau dijual kepada pasukan bolasepak yang lain.

Dan paling penting, PNB boleh melaksanakan tanggungjawab CSR mereka. Padang bolasepak yang dibangunkan di sekitar Stadium Merdeka boleh dibuka kepada orang awam pada waktu tertentu untuk mereka bermain bolasepak. Sekurang-kurangnya, warga KL dapat hidup aktif dan sihat serta berpeluang untuk bermain bola di padang hijau yang sekarang ini hampir ketandusan di KL. Dan mungkin masalah gejala rempit, hisap gam atau merakam video 3gp juga dapat diatasi.

Konsep yang sama juga boleh diaplikasikan untuk Stadium Negara dan sukan badminton.

Idea ini mungkin nampak sembrono dan sembarangan. Tapi aku rasa idea buat bangunan 100 tingkat lagi tidak masuk akal sebenarnya.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara. Bolasepak kita, wajah kita.
36

Red Warriors Sejati

LuciusMaximus Khamis, Oktober 28, 2010 , , , , ,


Red Warriors yang tidak pernah membakar kerusi stadium, tapi sebaliknya membakar semangat juang pasukan Kelantan musim 1994


Rasanya tak ramai yang kenal Rosli Ismail. Hatta mereka yang selalu bakar mercun dan kerusi stadium serta mengaku penyokong kuat Red Warriors pun mungkin tidak tahu siapa Rosli Ismail yang sebenarnya.

Rosli Ismail mungkin tidak sefemes rakan sepasukannya yang lain, seperti Halim Napi atau Hashim Mustapha. Mungkin juga tidak sehandal pemain-pemain Red Warriors masa kini. Tapi bagi mereka yang benar-benar menghargai bolasepak sebagai sukan rakyat (bukan sebagai medan buat perangai nate beruk) maka mereka pastinya tahu sumbangan Rosli Ismail buat Negeri Tanah Rendah Sekebun Bunga.

Rosli Ismail bermain sebagai bek kiri Kelantan ketika awal dekad 1990-an. Beliau bukanlah pemain utama skuad Kijang Emas (masa itu jolokan Red Warriors belum ‘in’ lagi) tetapi lebih kepada pemain simpanan. Oleh kerana itu Rosli Ismail lebih banyak memanaskan bangku simpanan atau sekadar bermain untuk perlawanan Liga Simpanan.

Dalam penghujung saingan musim 1994, Kelantan yang berada di posisi pertengahan Liga-M berdepan dengan masalah kekurangan pemain. Zahasmi Ismail dan Halim Napi telah digantung sepanjang musim, sementara Wan Ezila Daud dan V Sundram Moorthy pula mengalami kecederaan. Kelantan tewas mengejut 1-0 kepada Perlis di Kangar, pasukan bawahan Liga-M.

Namun dalam perlawanan yang sama dalam Liga Simpanan, pasukan simpanan Kelantan menewaskan pasukan simpanan Perlis 4-3 selepas pada mulanya ketinggalan dengan dua gol. Salah seorang pemain yang menonjol dalam perlawanan itu ialah Rosli Ismail.

Kejayaan tersebut membuka ruang buat Rosli Ismail dan beberapa pemain simpanan lain bermain untuk kesebelasan utama, menggantikan tempat pemain utama yang digantung atau mengalami kecederaan. Kelantan mula menunjukkan peningkatan positif dengan Rosli Ismail bermain untuk hampir semua perlawanan skuad Kijang Emas seterusnya. Malah pada satu masa beliau bermain 90 minit penuh selama 3 perlawanan berturut-turut.

Apa yang hebat sangat bermain dengan 90 minit penuh selama 3 perlawanan berturut-turut?

Mungkin ia perkara biasa buat Norshahrul Idlan Talaha atau Indra Putra Mahyuddin. Tapi bagi Rosli Ismail ia satu pencapaian luar biasa. Luar biasa kerana Rosli Ismail adalah seorang bekas penghidap penyakit polio.

Diserang polio ketika kecil, Rosli Ismail mengalamai kecacatan fizikal kekal. Kaki kirinya lebih kecil dari kaki kanan. Dan seperti mana bekas pesakit polio yang lain, beliau sebenarnya tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti fizikal untuk tempoh yang terlalu lama. Doktor sebenarnya menghalang Rosli Ismail dari bermain 90 minit penuh.

Pun begitu, Rosli Ismail masih berdegil. Beliau sedar Kelantan kekurangan pemain ketika itu dan mereka perlu mengutip mata sebanyak yang mungkin untuk layak ke saingan Piala Malaysia (kelayakan hanya untuk 10 pasukan teratas liga). Atas sebab itu beliau terpaksa bermain 90 minit penuh untuk Kelantan. Kesan darinya Rosli Ismail mengalami kesesakan nafas dan selalunya muntah selepas perlawanan kerana tekanan fizikal yang melampau.

Semangat juang Rosli Ismail dan rakan sepasukan yang lain berjaya membawa Kelantan ke saingan Piala Malaysia. Mereka bagaimanapun gagal melepas saingan peringkat kumpulan, berada di dasar Kumpulan B yang turut dihuni Kedah, Selangor, Johor dan Terengganu, terperosok di dasar tanpa sebarang kemenangan.

Apa kisah Rosli Ismail hari ini? Sokernet cuba menjejaki beliau tetapi nampaknya tidak berhasil. Rosli Ismail tidak memenangi apa-apa trofi bersama Kelantan yang ketika itu bukanlah sebuah kuasa bolasepak Malaysia, tetapi pengorbanan beliau untuk Kelantan disebalik kekurangan pada dirinya hendaklah kita kenang dan hargai.

Inilah semangat Red Warriors yang sebenar. Semangat yang perlu dibawa oleh setiap Anak Kelate yang bertandang ke Bukit Jalil nanti. Bukan semangat bakar mercun atau kerusi.
26

Jualan Tiket Secara Pakej oleh KAFA Membebankan

Abdul Sokernet Rabu, Oktober 27, 2010 ,



KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.net) tidak teragak-agak untuk memulaukan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil jika Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus mahu menjual tiket secara pakej.

Kelmarin orang kuat KAFA, a.k.a PJBWM (Pengerusi Jawantakuasa Bolasepak Wanita Malaysia), Tan Sri Annuar Musa berkata tiket untuk perlawanan tersebut akan dijual secara pakej iaitu berharga dari RM40.

Melalui pakej itu, pembeli bukan sahaja terpaksa membayar harga asal tiket tetapi turut dikenakan caj merangkumi cenderamata “The Red Warriors”.

Tindakan itu menyebabkan beberapa penyokong Kelantan yang mahu mendapatkan tiket itu semalam menjadi marah, dan tercetusnya tindakan diluar kawalan menyebabkan penjualan tiket terpaksa dihentikan sementara.

Mereka berkata tindakan ini seperti seolah-olah ingin mengambil kesempatan dalam keghairahan beribu penyokong kelantan hadir ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negeri itu.

Salah satu penyokong yang ditemui Che Kena ChePat berkata;

“Ambo gere (geram) sunggu dengan tindake tidak ber perikemanuse’ nie, ngapo tak roya’ awa awa lai, ini umpama menanguk di air keruh, ni”

Seorang lagi penyokong fanatik ”Red Warriors” I-wan Yurmanni berkata dengan nada sedih berkata;

”Kawe bawo cuku-cukuk 30 riyal, ... sebab tak gaji lagi deh,.. tu pung kawe pinje pitih tabung anak sdare kawe, kawe rasa takleh gi lah gu ni, kawe rasa takmo gi Bukit Jalil weh, kawe ambik keputuse gi Galas jer, untung-untung dape pitih sket deh”...

Dalam pada itu ketika ditanya apakah bentuk cenderamata yang akan diberikan melalui pakej tersebut,.. salah seorang pegawai dalaman mereka berkata..

"Ada bermacam cenderahati yang ditawarkan, bergantung pada harga, antaranya T-Shirt kalis penumbuk, Mercun 7 warna, Topeng Pontianak Harum Sundal Malam, dan yang paling murah adalah bola genggam (grip ball) untuk menguatkan cengkaman tangan”



29

Tahniah Dari Sokernet: Anak Pekan Dah Dapat, Anak Kuala Lipis Bila Pula Agaknya?

PM Dato' Seri Najib Tun Razak


Anugerah paling berprestij dalam bolasepak Asia - AFC Diamond of Asia - bakal dianugerahkan kepada Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis Anugerah Tahunan AFC pada 24 November 2010.

Sumbangan diberikan sebagai menghargai jasa PM yang banyak berbakti dan menyokong pembangunan serta promosi bolasepak, baik dalam atau luar padang di kalangan benua Asia.

"Sumbangannya dalam membangunkan bolasepak Asia dan keazamannya untuk membawa bolasepak Asia ke tahap yang lebih tinggi patut dihargai oleh kita semua," jelas Presiden AFC Mohamed Bin Hammam ketika dihubungi Sokernet sebentar tadi.

Apabila ditanya jika PM satu-satunya anak kelahiran Pahang yang bakal menerima anugerah tersebut, Mohamed Bin Hammam menjawab "ya".

Bagaimana dengan Sultan Bola dan Pipiyapong?

"Sultan Bola saya kenal. Tapi Pipiyapong ini siapa pula? Adik Piyapong Pue-on ke?!"

Ralat: Sokernet telah dimaklumkan yang PM 1Malaysia sebenarnya lahir di Kuala Lipis, terima kasih kepada pendedahan eksklusif dari adek dah besar. Sebenarnya tadi Sokernet ada bercadang nak buat grup Facebook namanya 'Kami Peminat Bolasepak Malaysia Mahu Pipiyapong Diberi Anugerah Membawa Gelaran Datuk' tapi oleh kerana sudah ada anak Kuala Lipis yang dapat anugerah, maka cadangan tersebut telah dibatalkan. Sorry Pip!

39

Berita Gempar - Paul Si Sotong Tilik Meninggal

Obefiend Weiland Selasa, Oktober 26, 2010
RIP (Januari 2008 - 26 Oktober 2010)



Sotong yang paling terkenal didunia selepas Saiful Bukhari dilaporkan pergi ke rahmatullah beberapa jam yang lalu. Paul (2 tahun) dijumpai mati terapung oleh penjaganya di Oberhausen Sea Life Centre di German pagi tadi waktu tempatan. Paul meninggalkan seorang isteri, 3 gundik dan 17 anak sotong luar nikah semasa meninggal dunia. Balu beliau Heidi Klum bila ditemuramah Sokernet berkata;

"Bloop blopp blpooppppppp pop pop bloop bloop bloope bloop pop pop blop blooopppp"

Yang bermaksud;

"Arwah baik orangnya. Walaupun berjaya meneka keputusan bola dengan tepat beliau tidak pernah riak "

Penjaga utama Paul di Oberhausen Sea Life Centre, Adolf Von Ballack pula berkata arwah bersikap agak aneh sejak beberapa hari yang lepas.

"Selalunya arwah gemar memakan kerang dan ikan. Tapi dua hari lepas arwah tak nak makan langsung apa yang saya berikan padanya. Hanya selepas dihidangkan Sate Haji Samuri barulah arwah menjamah makanan yang saya berikan"

Tilikan terakhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah England bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018.Semoga rohnya tenang dan ditempatkan diantara sotong-sotong yang beriman.

42

Lawak Errr Petang Selasa

FAM menaikkan harga tiket kepada RM30 tempat duduk terbuka dan RM50 untuk grandstand supaya perlawanan akhir Piala Malaysia lebih berprestij. Katanya.



Pihak Sokernet ada menghubungi FAM untuk mendapat penjelasan lanjut. Berikut jawapan dari FAM setelah dihubungi:

"Errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr, errr," jelas pegawai FAM yang menjawab panggilan kami.

p/s: kalau jawab soalan pun errr, errr, errr tak berprestijlah brader!

Video cedok dari Youtube adalah hak milik Sokernet.com

Penafian: Sokernet.com dan Sokernet bukan adik-beradik
23

Gempar! Jang Gelabah, Red Warriors Panik Selepas Yob Umum Jurulatih Baru

Norizan yakin penggunaan bola ajaib bakal menjadikan Yob kuasa yang disegani lawan dan taulan


Perak FA, pasukan bolasepak paling Yob dalam scene bolasepak Malaysia mengumumkan perlantikan Norizan Bakar sebagai jurulatih baru mereka untuk musim 2011.

Bekas pemain bolasepak kelahiran Perlis, Norizan Bakar dikatakan pilihan paling tepat untuk mengendalikan skuad Seladang berdasarkan pengalaman beliau yang bukan kecil anak.

Norizan Bakar mengemudi Singa Utara menjuarai Piala Malaysia tahun 2004 dan naib juara Piala FA tahun 2003. Beliau juga pernah menjawat jawatan jurulatih skuad bolasepak Malaysia dan muncul pemenang pingat gangsa Sukan Sea Manila 2005, berjaya ke separuh akhir Kejohanan Bolasepak ASEAN 2007 dan layak selaku tuan rumah dalam Piala Asia 2007.

Sumber dalaman Sokernet dalam Perak FA yang enggan dikenali mendedahkan pemilihan Norizan Bakar dibuat atas saranan Arsene Wenger.

“Kami turut menyenaraikan calon lain seperti Roy Hodgson dan Rafa Benitez tetapi setelah panel pemilih menimbang kesemua calon, kami merasakan Norizan Bakar adalah calon terbaik untuk Yob,” jelas sumber dalaman yang enggan dikenali itu.

Norizan Bakar akan dibantu penolong jurulatih Chong Yee Fatt dan Talib Saidi selaku jurulatih penjaga gol.

Perak menyasarkan 4 trofi untuk musim 2011 yakni Piala Malaysia, Liga Super, Piala FA dan UEFA Champions League.

Ajenyer ye!
15

Ucapan Tahniah Dari Sokernet

LuciusMaximus ,
Datuk Seri Joseph Sepp Blatter - Penerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)



p/s: Tahun depan kami nak cadang nama Pipiyapong pula, bagi peluang kepada anak jati Kuala Lipis dan peminat nombor 1 Arsenal
39

Hukuman Gantung 6 Bulan Sathianathan Bukti FAM Bertaraf Antarabangsa?

Obefiend Weiland Isnin, Oktober 25, 2010 , ,

Kegembiraan Kelantan menempah tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu terbantut kerana jurulatih pasukan The Red Warriors B Sathianathan digantung selama 6 bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia. Sathianathan digantung gara-gara mengeluarkan kenyataan media yang dikatakan melanggar polisi FAM.

Seperti yang dijangka, peminat pasukan Kelantan berang dengan tindakkan yang mereka rasakan sebagai rancangan sabotaj keatas kempen Piala Malaysia Kelantan musim ini. Kebanyakkan komen yang sempat kami baca di Facebook dan laman bolasepak pro-Kelantan rata-rata menganggap hukuman terhadap Sathianthan tidak masuk akan dan terlalu berat untuk sebuah kesilapan kecil. Ramai juga yang peminat bukan Kelantan yang tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan ini. Bagi mereka hukuman mengeluarkan kenyataan media yang berbentuk kontroversi paling teruk pun hanya setakat touhcline ban seperti yang pernah dijatuhkan UEFA keatas Jose Maurinho beberapa tahun yang lalu.

Kami di Sokernet berjaya mendapatkan maklum balas dari Jabatan Sebaran Propaganda dan Cover Kebathilan FAM semalam. Melalui wakil mereka Encik Bibitapong Che Samad kami diberitahu hukuman gantung 6 bulan dijatuhkan bagi menunjukkan FAM ialah sebuah badan bola sepak bertaraf dunia lagi berprestij.

"FAM ialah sbuah badan bolasepak yang bertaraf dunia. Maka hukuman keatas Sathianathan juga pada hemat kami harus juga bertaraf dunia. September lalu kami terbaca kes Carlos Quieroz digantung selama 6 bulan oleh Persatuan Bolasepak Portugal kerana menghalang petugas badan anti-dadah Portugal dari melakukan ujian air kencing keatas pemain Portugal. Bila kami lihat muka Quieroz kami sedari muka beliau sebijik macam Sathia. Maka alang-alang sebijik kami bagi hukuman yang sebijik juga kepada Sathia. Kalau mutu bolasepak Malaysia dan Liga tak setaraf dengan mutu antarabangsa, sekurang-kurangnya mutu menghukum dan tunding jari FAM haruslah setaraf!"



Sementara itu Presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa mengeluarkan kenyataan media bahawa Kelantan tidak akan merayu agar hukuman Sathianathan ditarik balik. Pasukan Kelantan akan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap final menentang Negeri Sembilan Sabtu akan datang. Hashim Mustapha akan mengambil alih tugas sebagai ketua ditepi padang kelak. Diharapkan Kelantan akan membedal Negeri Sembilan di final nanti sebagai tanda fuck you terhadap FAM dan cara terbaik untuk menutup mulut J or JI yang lantang di Sokernet sejak dua menjak ini. Ha ha!


9

Chelsea Kek Klasemen Laie

LuciusMaximus , ,


“Dengan keupayaan kekal di puncak klasemen ini, den merasa lebih tenang untuk ke Bukit Jalil Sabtu ini buat menyokong pasukan Hobin Jang Hobin” – Jang Bosingwa
32

Manchester City lawan Arsenal

Pipiyapong Abdillah Hamzah Ahad, Oktober 24, 2010

"Kirim salam ke Adebayor..." Wenger.

"Hehehe..." Mancini
22

Hobin Jang Hobin! Hobin Jang Hobin! Hobin Jang Hobin! Hobin Jang Hobin!

Jorji
Hobin Jang Hobin!
Hobin Jang Hobin!

Jang pueh hati boto. Lotih badan Jang baru sampai dari Johor ha.. Jang tahan! Jang update jugak. Bukan apo, semuo untuk peminat Skuad Jang dan bolasepak Pialo Malaysio Sokernet!

Lobah FC tak layak poie final. Amacam? Sapo yang kono honjut?

Jang memang emosi kali in dan Jang boleh emosi! Jang pueh hati dan Jang memang nak bagi obat sikit kek Lobah FC. Jang nak biarkan emosi menguasai ulasan Jang kali ini dan Jang nak biarkan ulasan ini buek Lobah FC insaf.

Tak insaf pun takpo, Jang poie jugak final.

Perlawanan pusingan pertamo, jurulatih Johor FC Azuan buek taktik bertahan. Takpo, Jang kono 0-1 dan Jang redho dengan keputusan perlawanan itu. Pusingan keduo, ado rentak sikit. Ado 'perlawanan' la. Tak la main separuh padang. Tapi, gayo permainan beberapa pemain Johor FC tak professional. Ini Pialo Malaysia bai! Bukan MSSM. Main kono bergayo la sikit. Setakat nak bagi orang keluar baris, main takik, main kasar sebab berio bona nak poie final, baik tak payah. Bukan boot kau yo ado paku..boot pemain Jang pun berpaku jugak. Jang perhatikan ado satu duo pemain, cukup kasar dengan penyerang Jang, terutama dengan Kunalan. Ikut standard pengadilan EPL, ghaso eh dah kono 2 kad kuning dah..

Bek Johor FC tak gentle!

Nak monang dan poie final? masukkan gol! bukan terjah keras nak bagi Kunalan keluar. Ini bolasepak professional bai.. Jang relo bagi pasukan yang bermain baik dan bersih poie final dari membiarkan pasukan yang bermain 'robust' dan kasar, berio bonar nak poie final.

Jurulatih Johor FC? Jang tengok asyik marahkan pengadil yo. Sepatut eh beliau susun strategi dan taktikal, atau jerit pemain supaya ikut strategi yang dirancang, ini tidak. EMOOOOO jerit pengadil. Nak koba gol pertamo Nogori tak masuk? Bukan Pengadil yang kato masuk, tapi linesman yang dah angkat bendero kata bola masuk. (dalam TV pun Jang tengok bola tu masuk)

Jang baru dongar ulasan secara live kek TV1. Ado pemanggil komplen kato Azuan emo. Pengulas rancangan itu pun kato dio emo. Jadi bukan Jang sorang la kato Encik Azuan ni emosional dan tak salah kalau Jang emo jugak kek sini. Jang boleh emo sobab Jang tak main. Ini jurulatih lak emo bilo di interview kek padang, apo hal? Adakah perkaro ini boleh dijadikan kes kek FAM. Pertamo sobab dio menghino keputusan pengadil dan kato Jang main 14 orang.. kato pengadil borat sebolah.

Kalau FAM boleh gantung Satianathan, jurulatih Kelantan selamo 6 bulan, (atas kesalahan yang Jang bolum selidik) adakah Azuan bakal dapek hukuman yang samo?

Skill cekak pinggang ramai-ramai ni Jang tak belajar laie..

Jaringan Shukor Adan sah! Penalti Nogori juga sah! Teknik bertahan pemain adalah sah! Apo laie yang sah? Iyo! Jang akan bertembung semulo dengan Abe Kelate dalam final Pialo Malaysia 2010 adalah sah. Itu Jang akan cito minggu dopan.

Johor Fc cubo nak ulang sejarah MPPJ menjadi pasukan berstatus kelab keduo menjuarai Pialo Malaysia. Boleh... cubo laie tahun dopan. Bagi Jang, pasukan mereko baik! Kalau tak baik, takkan la lopeh sampai separuh akhir. Mereko ado semangat tinggi. Mereko ado barisan pemimpin baik dan penyokong berdisplin. Jang harap Johor FC tak bergabung dengan mano-mano pasukan pun.

Cumo, nilah Jang nak cakap, pasukan Jang ini bukan kocik anak nak kono enjut kek lobah. Jang adolah Juara bertahan Pialo Malaysia. Pasukan JAng pasukan Jogho tau! Jang bukan suko-suko datang Larkin. Jang datang nak monang. Jang datang nak jolok sarang lobah. Jang datang nak hisap madu lobah..

Mako bilo Jang dah habis menghisap madu, Jang pun balik la semulo ke SEGHOMBAN.

Maap la kalau ado yang teraso...bolasepak macam ni la. time monang suko, time kalah kecewo. Apopun, semuo ni adalah warna bolasepak kito.

Ingat, BOLASEPAK KITA WAJAH KITO!
Jang dah koba..Jang emo!

19

Hobin Jang Hobin! Hobin Jang Hobin! Hobin Jang Hobin! Hobin Jang Hobin! Hobin Jang Hobin! Hobin Jang Hobin! Hobin Jang Hobin! Hobin Jang Hobin!

Jorji
Nyanyi ghamai-ghamai..


Hobin Jang Hobin...3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin...3x

Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin...x3

Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong. molopong..
Hobing jang hobin...3x

Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x

Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan monggollabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...
Hobin Jang Hobin...3x

Hobin bin bin bin hobin jang hobin..............
Hobin... hobin... hobin jang hobinnnnn........
Hobin jang hobin....



p/s : ini ulasan keduo Jang. Ulasan pertamo Jang dah delete.
49

Fail X Sokernet: Ayah Pin Dan Kerajaan Langit Tilik Separuh Akhir Piala Malaysia!


Untuk perlawanan malam ini, Ayah Pin letak:

Kelantan 2 – Kedah 3

Johor FC 1 – Negeri Sembilan 0

Kali ini mesti betul punya. Kerajaan Langit punya tilikan, jangan main-main bai!
11

Sokernet: Tribute To A Hero #2

FdausAmad

To the best footballer in history;
Sokernet mengucapkan:

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 70 TAHUN.


"When i go to Argentina i tell them: discuss first who is the best in Argentina, and then we will see who is the best in the world...i recalled Alfredo Di Stefanio was for many years regarded as the best Argentine player ever" - Pele-

31

Jangan Happy Sangat Dengan Rooney

Obefiend Weiland Jumaat, Oktober 22, 2010 ,
Leks. Jangan happy sangat. Jangan cepat bukak sebotol minuman Enjoy Responsibly dulu bai. Seperti yang kita sedia maklum kontrak dia ada kurang dari 18 bulan. Ramai komentar ada sebut lepas habis season ni dia boleh beli kontrak dia dengan hanya membayar GBP 5 juta

Now.

Aku yakin kontrak baru ini hanya sekadar memastikan bila dia berambus diakhir musim kelak, transfer fee dia akan kekal tinggi. Banyak pemain bola profesional ada clause dalam kontrak yang memastikan diorang dapat so and so amount of percentage dari yuran perpindahan. I would not be surprised if dalam kontrak baru ini, agent beliau Paul Stretford ada memasukkan clause ini. Lagipun bila difikirkan secara logik mana yang korang akan pilih. Menjadi pemain yang dijual dengan harga yang tinggi macam Ronaldo atau jadi pemain GBP 5 juta? Bebe pun lagi mahal pada dia kalau macam tu. Ego bro...... tak mungkin Rooney membenarkan imej "best player in EPL" dia tercalar dengan harga perpindahan semurah itu.



Rooney juga mugkin dah diberi amaran oleh Sir Alex yang dia akan dicampak ke pasukan simpanan kalau tak sign kontrak baru. As we all know Fabio tak akan mainkan player yang tak on form atau main first team. Dia juga akan risau para penaja akan tarik penajaan diorang.



Coming soon next season.. eventually

Bila dia sign kontrak baru win win situation untuk United dan Rooney sendiri. Man U dapat transfer fee tinggi , Rooney dapat a percentage of that transfer fee dan tidak akan dicampak kedalam reserve.

Lepas kata Man U tak ada future dan tak ada ambition do you really expect him to stay on? Most importantly korang boleh terima ke dia balik lepas cakap macam tu?



50

Sokkermik #3 - Kehancuran Man United Berkadar Terus Dengan Penaja Jersi?

Obefiend Weiland Khamis, Oktober 21, 2010 , , ,
Ye ke?

Ok entry ni dalam bahasa EPL. Gua malas nak buat balik grafik pasal ..... gua pemalas. Tapi gua pasti pembaca sokernet paham bahasa EPL ni. Kalau tak sila layan liga Belia 4B sahaja




38

Jang insaf... bolasepak sebenar bukan tuntutan Kapitalis.

Jorji Rabu, Oktober 20, 2010
Jang percayo, dalam bolasepak, bermain secara bertahan selamo 90 minit boleh dilakukan. Makno eh, bukan satu kesalahan pun. Tapi seni bolasepak sebenar tu takdo lah. Penonton yang ingin saksikan satu perlawanan klasik pasti akan kecewo.

Jang jugak percayo, dalam bolasepak, boleh main tahap hancur, asal monang. Memang bukan satu kesalahan pun. Tapi, untuk satu perlawanan separuh akhir, agak kecewo sikitlah Jang tengok.

Jang kalah 0-1 kek Paroi. Ado 90 minit laie kek Pasir Gudang. Ikut sejarah bolasepak Malaysia, bermain dipadang mano pun samo. Takdo sapo yang lobih. Yang lobih totap penonton yang datang ajo.

Pasukan Jang banyak mencipto peluang, tapi kempunan gol, sementara Johor FC berjaya menyumbat 1 gol bekalan berpunca dari kesilapan keeper Jang yang copek bona keluar. Ikut pemahaman Jang yang dah main bola semonjak tahun 1981 (maso tu kau semuo lom lahir laie), selagi ado pemain pertahanan yang boleh mengawal keadaan, keeper jangan keluar dulu. Walaubagaimanapun keeper Jang totap terbaik, walau saiz baju jauh lagi bosar dari saiz badan. Jang yakin dipusingan keduo esok, Jang akan bermain lebih baik dan melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Jang jugak tak pueh hati dengan Pengadil. Sayang bona pengadil dengan kad. Pemain Jang terpelanting-terpelanting kono asak, tak mau pengadil keluarkan kad. Samo ado Pengadil tu tertinggal kad kek ghumah, atau dia K A Y U. Jang ghaso dio KAYU API. Kono tujah Kapten Jang sampai keluar baris, Pengadil in Pink teruskan permainan.

Takpo, hari ini Jang kono songat Tebuan. Esok luso tau la Jang nak bangkrapkan idea bolasepak Chelsea yang dibawak oleh Kelab Johor FC.

Sementaro tu, apo koba eh Rudeboy Rooney kek Manchestee? Jang ado temubual eksklusif bersama Rudeboy yang Jang akan publish lopeh Pialo Malaysia. Jang sekarang hati dokek Nogori jo la. Iyolah, BOLASEPAK KITO, WAJAH Jang...takkan Wajah Teman Pulok! Ater?

:P
31

Debaran Piala Malaysia Ke Separuh Akhir

Sebelum kita pergi lebih jauh, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kerajaan 1Malaysia kerana prihatin dengan nasib bolasepak Malaysia. Penubuhan Akademi Bolasepak bernilai RM20 juta merupakan satu langkah yang tepat bagi melahirkan pemain bolasepak yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

Soalan dari Sokernet, kenapa Pahang? Sebab PM 1Malaysia orang Pahang atau sebab Sultan Bola orang Pahang?

Kita nantikan saja kesan penubuhan Akademi Bolasepak ini nanti, sama ada membuahkan hasil atau tidak. Memang sudah tiba masanya rakyat Malaysia menggantikan tempat Wayne Rooney di Manchester United, kelab kesayangan rakyat Malaysia.

Sementara itu saingan separuh akhir Piala Malaysia 2010 berlangsung malam ini. Kedah menantikan kunjungan Kelantan sedang Negeri Sembilan bakal diuji oleh Johor FC.

Kedah – Kelantan

Hijau Kuning bakal menyambut kedatangan Red Warriors malam ini di Stadium Darul Aman. Kedua-dua pasukan telah bertemu 4 kali musim ini (Liga Super dan Piala FA) dengan Kedah menang sekali dan selebihnya seri.

19 Januari Kelantan 0 – Kedah 1 (Liga Super)
16 Februari Kedah 0 – Kelantan 0 (Piala FA)
20 Februari Kelantan 1 – Kedah 1 (Piala FA)
25 Mei Kedah 0 – Kelantan 0 (Liga Super)

Kemenangan Kedah ke atas Kelantan pada 19 Januari merupakan kekalahan tunggal Kelantan sepanjang musim Liga Super 2010.

Atas kertas, kedua-dua pasukan agak seimbang walaupun ramai yang akan mengatakan Kelantan tampak lebih kuat. Pun begitu Kedah di tempat sendiri bukanlah lawan yang mudah seperti dibuktikan dalam pertembungan suku akhir menentang Terengganu.

Sumber risik Sokernet memaklumkan B Sathianathan bakal menggunakan taktik menyerang untuk memastikan bekalan yang cukup dibawa ke Stadium Sultan Mohammad IV nanti, mengambil kira Kelantan agak gugup bila beraksi di depan penyokong sendiri (kalah pada Kedah dalam Liga Super dan Negeri Sembilan dalam Piala Malaysia). Norshahrul Idlan masih digantung kerana kad merah dan harapan Red Warriors terletak pada gandingan Hairuddin Omar, Indra Putra dan pemain kelahiran Jitra, Akmal Rizal.

Bagaimanapun Kedah juga tidak kurang hebat dan sandaran mereka pastinya Baddrol Bakhtiar dan Khyril Muhymeen untuk membekalkan umpanan kepada penyerang kelahiran Tumpat, Azlan Ismail.

Tilikan Al Ustaz Tabib Nicolas Anelka: Kedah 2 – Kelantan 1

Negeri Sembilan – Johor FC

Sepintas lalu, Negeri Sembilan nampak mempunyai laluan mudah berdepan dengan Johor FC. Kedua-dua pasukan juga telah bertemu 4 kali musim ini (Liga Super dan Piala FA).

13 Januari Johor FC 1 – Negeri Sembilan 1 (Liga Super)
2 Februari Johor FC 2 – Negeri Sembilan 2 (Piala FA)
6 Februari Negeri Sembilan 5 – Johor FC 3 (Piala FA)
18 Mei Negeri Sembilan 2 – Johor FC 1 (Liga Super)

Setakat ini laluan skuad Jang dalam Piala Malaysia bolehlah dikatakan agak mudah. Dalam peringkat kumpulan hanya Kelantan saja yang mampu menggugat Jang, sedang KL Plus dan PKNS FC hanya pelengkap jadual. Dalam suku akhir pula berdepan Perlis memang tidak memberi masalah langsung buat Jang (Perlis menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-12 dari 14 pasukan, macam mana boleh masuk Piala Malaysia aku pun tak faham).

Kapten Jang, Rezal Zambery yakin sangat Negeri Sembilan akan ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut. Shukor Adan pula dilaporkan dah berkira-kira kalau menang Piala Malaysia, duit bonus nanti nak buat bayar muka Proton Inspira.

Tapi sebelum itu semua tercapai, Johor FC perlu ditangani terlebih dulu. Negeri Sembilan wajib menang di Paroi atau bakal berdepan dengan laluan sukar di Pasir Gudang nanti. Johor FC mempunyai rekod yang agak baik bermain di tempat sendiri (belum pernah kalah sepanjang saingan Piala Malaysia).

Persoalannya, adakah Wan Jamak berjaya menjadi arkitek kemenangan Negeri Sembilan malam ini atau bakal dikotak-katikkan oleh jurulatih Johor FC yang pernah berguru di Kanada?

Tilikan Al Ustaz Tabib Nicolas Anelka: Negeri Sembilan 2 – Johor FC 0
55

Wayne Rooney - Kemanakah Beliau Harus Berhambus?


Spekulasi Terpelajar Sokernet


Sudah sah Wayne Ronney hendak berhambus dari Manchester United. Dalam sidang media pra-perlawanan menentang Bursaspor sebentar tadi Sir Alex mengaku rude boy tak mau sain kontrak baru. Berita buruk ini diterima oleh Sir Alex sebelum tersebarnya berita Rooney melayan pelacur ketika Coleen sedang membusung. Sir Alex tak tahu atau tak mahu beritahu kenapa pemain star The Red Devils ini hendak berpindah. Antara alasan Rooney ingin berpindah menurut ruangan gossip bola yang aku baca tadi ialah;

  • Man U kelab miskin dan tak ada ambition
  • Sir Alex tak support dia selepas skandal seksnya tersebar
  • Mahukan gaji GBP 150 000 seminggu
  • Man U kelab glory hunter penyokong poser lakhanat
  • Tidak klasemen season lepas
  • Pelacur sekitar Manchester tak hot
  • Selepas melihat kekacakkan Everton mengalahkan Liverpool cinta Rooney terhadap the Toffees kembali berputik
Ok yang tiga terakhir tu aku TALCOCK tambah untuk menganjing. HAHAHA! Kini ada kemungkinan besar Rooney akan dijual oleh Man U seawal Januari depan. Persoalannya, kelab mana yang harus beliau pilih? Dibawah ialah shortlist yang direkasaya oleh ahli panel Fokus Bolasepak Sokernet sebentar tadi.



Ha ha! Korang ingat aku setia sangat dengan kelab korang? ha ha!

REAL MADRID



Pemain mana yang tak mahu bermain untuk The Biggest Football Club in the World under the best club coach in Europe musim lepas? Madrid sedang dalam proses mengumpul semua pemain muda terbaik dunia. Player yang dibawa masuk Jose Maurinho (kecuali Carvalho) kesemuanya berumur dibawah 24 tahun. Jika Rooney ke Madrid beliau boleh fit right in dengan idea Madrid membina skuad baru setelah menjual kuda-kuda tua seperti Guti, Raul dan Van Der Vart

Another plus side ialah Rooney boleh berganding semula dengan Ronaldo.Gandingan dua pemain ini cukup explosive ketika mereka bermain bersama di Man United. Jose mungkin cakap dia tak akan beli Rooney semalam, tapi adakah Valdano akan membiarkan sahaja peluang reunion the two R's terlepas begitu sahaja?

Man U sekarang tak ada duit nak beli player. Hutang kelab sebanyak 530 juta harus dibayar. Kalau Rooney berpindah ke Madrid expect 2-3 player dimasukkan sekali dalam pakej player plus cash kelak. Scholes dah tua, Giggs dan botak dan Neville semakin slow. Nak gantikan the last of the Fergie Fledgling dan seorang penjaga gol adalah priority utama Fergie.

Bagi aku Madrid ialah kelab pilihan No 1

MANCHESTER CITY



Money City ialah kelab terkaya didunia dan mahukan sukses diatas padang secepat yang mungkin. Sebelum musim bermula City membelanjakan lebih 100 juta pound untuk mebeli player baru untuk memastikan musim ini tidak akan gagal seperti musim lepas. Jika Rooney berjaya dibeli ia seakan mencuri the crown jewel of Man United dan ianya simbolik kepada perpindahan kuasa bolasepak dari the red side of Manchester to the blue side.

Man City ialah satu-satunya kelab yang boleh mengatakan wang bukan halangan. Rooney juga akan disogok gaji GBP 300 000 seminggu serta bayaran hak milik imej dan merchandise sebanyak GBP 200 000 seminggu! Madrid mungkin kelab yang paling ternama didunia tetapi dalam dunia sekarang trofi kabinet penuh sekalipun tak mampu melawan tarikan poket yang bakal penuh.

City ialah kelab second favorite untuk mendapatkan khidmat Rooney. They have the ambition and they certainly have the money to pay the White Pele .Aku dah boleh bayang City menampal balik iklan billboard "Welcome to Manchester" yang membuatkan Sir Alex emosi dua tahun lepas. Kali ini dengan muka Rooney pulak. You might not like City or United but I bet you guys would LOVE IT if they did that (cakap dengan gaya amarah Kevin Keagan)

CHELSEA




Secara realistiknya peluang Chelsea untk mendapatkan Rooney adalah sangat nipis. The only reason why Chelsea ada outside chance untuk dapatkan khidmat beliau ialah kerana adanya John Terry dan Ashley Cole. Kalau pergi Chelsea, Rooney ada geng nak carik pelacur dengan rakan sepasukan. Kalau sebelum ini dia three some dengan 2 awek, lepas ni boleh foursome dengan team mate.Ha ha! Kalau perpindahan ini berlaku Chelsea can now be officially be rechristened as CHELSEX. Cukup dah triniti kotor pemain bola paling gila seks England dalam satu kelab!

Tak sepert City dan Madrid, Chelsea memang perlukan striker baru bagi menggantikan Drogba dan Anelka. Rooney ada peluang untuk menjadi club legend dan pemain star di Chelsea. Kalau pergi Madrid aku rasa dia terpaksa duduk dalam bayang-bayang Ronaldo seperti masa di Man U dulu.

Last but not least

KELANTAN



Masalah utama Rooney ialah dia gemar sangat berzina diluar padang. Akibatnya lutut longgar dan performance diatas padang juga terganggu. Coleen setiap hari jaga anak risau suami dia meratah pelacur tak tentu hala. Maybe apa yang diperlukan Rooney ialah santapan nurani. Cuci hati dia yang kotor dengan iman. Apa salahnya Rooney ke Kelantan. Negeri aman makmur, takde pelacur, takde awek pakai seksi dan penyokongnya pula sopan santun. Dari seorang SETAN merah, Rooney akan menjadi seorang PAHLAWAN merah. Di Kelantan, insya'allah bolehlah dia melawan nafsu setannya.

Tunggu apa lagi Rooney? Di Kelantan ada Syed Adney. Dia lahir Liverpool so adalah sorang Scouser kat situ. Boleh belasah cakap slanga scouse dengan Syed Adney. AHHAHAAHHAAH!
64

Lagi-Lagi Terklasemen

Al Ustaz Tabib Nicolas Anelka

Pakar rawatan urutan tradisional, urutan batin dan urutan pulih klasemen

1) Kelab kesayangan anda kendur di dasar liga?
2) Sudah 20 tahun berlalu dan kelab kesayangan anda masih belum menimang cahaya klasemen?
3) Nafsu syahwat kelab kesayangan anda tidak sampai ke Liga Juara-Juara?
4) Steven Gerrard pancut awal dan tewas sebelum berdayung?



Usah khuatir, Al Ustaz Tabib Nicolas Anelka sedia membantu dalam memulihkan klasemen anda. Urutan pulih klasemen akan memastikan kelab kesayangan anda mencapai kemuncak klasemen melalui teknik urutan mengasak, menjabat, melurut dan mengasah.

Al Ustaz Tabib Nicolas Anelka kini berada di hotel sekitar Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India dan juga berdekatan Anfield.

Hubungi talian 03-8883 3888 untuk temujanji. Sila sebut ‘YNWA!’ untuk mendapatkan kadar diskaun istimewa.

27

Masih Terklasemen

LuciusMaximus Selasa, Oktober 19, 2010 , , ,
Hi you all! Sorry-lah I busy sikit, sibuk layan Piala Malaysia. Apa pun I harap you all tak kisah Chelsea masih terklasemen. Teruskan perjuangan, jangan putus asa macam Liverpool. Ahaks!
- Sultan Didier Drogba Al-Drog, Sultan Negara Pantai Gading Darussalam
83

Everton 2 - Liverpool FC 0

Jannah Isnin, Oktober 18, 2010 ,
:(

/wrist
28

Jang OMPEK - Perlis 1.

Jorji Ahad, Oktober 17, 2010

Jang ponah dongar lagenda dahulu kalo,
Kisah teladan untuk semuo,
Mulonya susah Jang nak percayo,
Iyolah, Raja binatang jadi mangso!

Konon kisah berlaku di hutan rimbo,
Hal si Singo cubo nak makan si Ruso,
Tapi Ruso bukan sebarang Ruso,
Ruso bertanduk gentar tiado,

Penondang Ruso amat berbiso,
Meraung la Sang Singo bilo dah kono,
Kali ini memang Jang dah percayo,
Memang boto kisah dahulu kalo,
Singo pun dah sonyap kek utaro.

Haaa...tu dio. Jang kalau dah mulo bersyair pantun seloka tu, makno eh tak lamo laie nak ke Bukit Jalil la tu.

Jang kelam kabut nengok TV malam tadi. Ado banyak urusan Jang kono buek, tapi Jang tak terlopeh banyak la. Semuo gol Jang tengok. Termasuk la adegan 'menyabit' yang dilakukan oleh pemain Perlis. Ingat kaki Jang ni padi ko? Memang la pemain Perlis tertokan dengan kehebatan Jang, tapi jangan la beriyo bonar menyabit kaki. Agak eh, kalau dihulurkan sabit, mau ditoteh eh semuo kaki pemain Jang.



Tapi Jang semuo nampak eh penyabar orang eh. Tak sio-sio ajaran orang lamo. Ingat Jang, nogori kito nogori beradat. Biar kito kono, jangan kito buek orang. Kito semuo kan pemain bolasepak professional. Jang dah tunjukkan malam tadi. Tahniah Jang!

Halim Zainal memang penyerang terbaik Jang malam tadi. Dio buek apo yang seorang penyerang sepatutnya lakukan, iaitu menjaringkan gol ketiko ado peluang. Shukor Adan pun masukkan gol. Apo yang menarik pasal pasukan Jang malam tadi ialah, walau apo pun corak,taktikal,mutu dan kualiti yang ditunjukkan, itu semuo tak ponting!

Yang ponting MONANG!

Pahang monang? Jang kono jumpo Pahang ko kek separuh akhir? Apo? Pahang tak layak? Ikut rekod, untuk ke liga Super pun Pahang tak layak! inikan pulak nak terbang samo tinggi dengan Ruso kek Bukit Jalil. Heh. Nasihat Jang, kalau nak main dengan pasukan elit, kono la main boto-boto, masukkan gol, dapekkan point, baru la boleh samo-samo bercerito hal bola dengan pasukan Jang. Selagi harapkan bantuan RTM atau FAM untuk layak, Pahang bolehlah main bondo lain...main kojar-kojar misalnya. Hahaha.

Buek malu Piyapong Pue On saje. :P

Jang akan bertemu sebuah pasukan kelab Johor FC dalam perlawanan separuh akhir. Maleh la Jang nak cakap bosar, tapi Jang totap hormat pado Johor FC sobab eh...sajo yo nak hormat.

Kodah layak lopeh kalahkan Terengganu. Lopeh ni Kodah akan kalahkan Kelantan pulak. Kalau semuo ni boto, mako, boto lah maklumat bookie yang Jang terimo. Final Kodah jumpo Jang.

Tapi, kalau bookie tu baco sokernet jugak, adolah harapan dio tukar strategi.

Tak banyak Jang boleh tulih kali ni. Jang layak ke separuh akhir. Itu dah cukup buek sumo Jang sonyum lebar.

Jang nak poie jogging jap. Menulih pun perlukan stamina.

(Jang layan live kek Man Tomyam malam tadi, tak dongar bona ulasan pengulas sobab Man nak layan cerekarama kek TV lagi satu)




6
saudagar gaRAM..
FULHAM UNITED?

gua tak tengok game ni..tapi,lepas tengok obe update,baru gua tau..ada team baru kat epl..

gua turun dengan harapan besar nak tengok spurs main..tapi,biasalah..
mamak mana nak reti pasang game lain kalo dah ada team setan merah main..so,dengan secara terpaksa,gua layanlah jugak kelab setan merah lawan dengan kelab "penyapu barat.."

tapi sebelum gua nak tengok setan lawan penyapu,mamak pandai sket pasang piala malaysia..

bebudak nogori layankan orang utara..

stupid kan van der sar??




apesal goal first nogori sama dengan goal first setan merah?
adakah taraf bola sepak n9 dah sama tahap dengan setan merah?

since gua tak dapat tengok game spurs yang tadi,cuma gua tau keputusan yang spurs menang,tak dapat gua nak bahan obe..cuma data dari livescore menyatakan huddlestone score..
huddlestone??
yaaa...huddlestone..

oleh kerana gua tak dapat tengok game tu,so gua layan yang HOT dari SPURS...

lu layanlah jugak..




peminat tottenham dipanggil SPURS..
dan ada sebab lain mereka dipanggil HOT SPURS..

yeahhhhhhh.....

24

Gua Tau La Kelab Gua Tak Glamer Tapi....

Obefiend Weiland Sabtu, Oktober 16, 2010 , ,
Takkan la semua pun nak letak United sial

Gua tau tau kelab gua tak glamer. Player-player paling star team gua hanyalah Bobby Zamorra-no dan Clint "bini gua swimsuit model dowh" Dempsey. Tapi takkanlah sampai boleh nama kelab pun boleh silap? Sejak bila ada kelab Fulham United dalam EPL? Setau gua nama gelab gua Fulham F.C. Fulham United ialah team dari liga Australia! Damn!




57

Kelantan 3 - 0 Selangor.

Jorji
Kelantan bermain bagaikan juara, bagaimana Selangor yang bermain bagaikan disogok bookie boleh menang?

Taktikal yang dicorak oleh Satianathan, jurulatih Kelantan, jika dipraktikkan dalam setiap perlawanan, mereka mampu menentang mana-mana pasukan pun dalam Asia. Lebih?

(Untuk rekod B. Satianathan adalah warga Jang yang bermain untuk Jang diawal 80an. Beliau juga adalah Kapten Jang suatu ketika dahulu serta jurulatih Jang Piala Emas ditahun 1992.)

Malaysia disajikan dengan mutu permainan yang bagus dari Kelantan. 1Malaysia saksikan pergerakkan dan gol cantik gandingan penyerang Kelantan. Tandukan Akhmal Rizal bukti beliau masih berbisa dan passing beliau untuk gol ke 3 Kelantan hasil dari latihan ketajaman permainan ala German.

Jarang aku berpuashati dengan satu-satu perlawanan bolasepak tempatan, tapi malam tadi aku cukup puashati! Lebih puashati kalau aku dapat lempang Zainal Abidin Rawop dan rakan pengulas yang masih ketinggalan mutu ulasannya. Berbual macam dikedai kopi! Langsung tak belajar dari lagenda pengulas sebelum ini.

Selangor boleh la siasat Hardie Jaafar dan juga Acong (Khairul Annuar Baharom). Bukan aku kata, tapi beberapa sms aku terima dari die hard fan Selangor. Heh, mereka curiga dengan 2 pemain ini. Aku tak nampak sangat kesilapan Acong, tapi Hardi Jaafar,jika Awang Mahyan jadi jurulatihnya, gerenti beliau akan berlari masuk ke padang dan menampar kepala botaknya sekali. Permainan beliau cukup 'low class!'.

Aku boleh kata dia low class sebab aku tak main negeri, dia state player.

Long ball dah tak 'in' Mr. K. Devan. Atau pemain Selangor tak ikut arahan jurulatih mereka? aku tak pasti. Pertahanan dan defensive Midfielder tak membantu bahagian tengah ketika menyerang sementara midfield yang dikuasai sepenuhnya oleh Kelantan tidak berfungsi apabila taktik long ball digunakan. Mampus la striker nak buat semua sendiri! Lawan 4 bek!

Satu ketika Kapten Selangor (kalau aku tak silap) siap passing bola kat jurulatihnya, K.Devan. Mau tak mengamuk K.Devan! Ditamparnya bola itu masuk ke padang.

Maklumat bookie yang aku terima, mereka merancang mahu Kedah keperlawanan akhir.
Kita saksikan nanti samaada betul atau tidak. Bookie tak mahu Kelantan pergi Final kerana final akan 'ROSAK' jika Kelantan yang pergi. Macamana tu?

Sapa nak pergi stadium tengok bola kalau keselamatan dan nyawa sendiri terancam. Jadi Gu kawe semua, jangan berbangga jika ada orang kata begitu. Bolasepak adalah satu PERMAINAN. Boleh menghiburkan dan juga menganjingkan. Kene emosi tapi tak perlu la lebih-lebih. Kalau tak tahan kene kutuk atau kalah, main Wau!

Peminat bola seluruhnya, bukan hanya Kelantan The Red Warriors, kene ambil iktibar. Bolasepak kita belum cukup bagus untuk kita jadi Ultras, tumpah darah, pecah cermin kereta dan dihempuk helmet sampai pecah muka. Apa dapat bila gaduh? S A K I T !

SOKERNET MENENTANG KEGANASAN DAN RASUAH DALAM BOLASEPAK !!!

Yang pasti Jang malam ni kono monang!
26

Sebab Sebenar Lassana Diarra Blah dari Chelsea

Obefiend Weiland Jumaat, Oktober 15, 2010 ,
Blah dari Chelsea terus berambus pergi Arsenal. Inilah sebabnya.

50

1989: Ngap Sayot Menggoncang Malaysia!

LuciusMaximus Khamis, Oktober 14, 2010 , , , ,

(Kisah Headhunters yang sebenar)

Sinopsis

Tragedi di Shah Alam pada 12 Oktober lepas merupakan satu lagi episod kontroversi dalam saingan Piala Malaysia. Ia mengajar kita semua satu perkara, setaik mana pun bolasepak Malaysia tetapi bila tiba musim Piala Malaysia ia lebih dari sekadar soal hidup dan mati. Ia soal maruah negeri serta rakyat dan bolasepaknya. Hatta sehingga sekujur tubuh kaku yang diliputi bendera negeri.

Di sebalik itu semua, aku teringat pada insiden tahun 1989. Walaupun tidak ada yang maut tetapi insiden yang berlaku pada masa itu hampir menghancurkan Persekutuan Malaysi. Aku masih ingat menontonnya di depan kaca televisyen bagaimana Sarawak membawa semangat Ngap Sayot ke tahap yang tidak pernah terjangkau oleh mana-mana pasukan sehingga ke hari ini.

Ah, itulah namanya bolasepak!

Awang Mahyan Dan Ngap Sayot

Awang Mahyan Awang Mohamad. Ingat nama ini. Kalau aku pernah diberi kuasa menentukan pengurusan skuad Harimau Malaya dulu, akan aku letak Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil sebagai pengurus dan Awang Mahyan sebagai jurulatih. Individu yang pertama buat mengurus pasukan secara cekap dan jujur, yang kedua pula untuk melatih dan menampar mana-mana pemain yang kurang ajar. Atau suka kahwin dengan artis di Siam.

Belum pernah ada negeri dari Malaysia Timur (atau Borneo) yang menjuarai Piala Malaysia. Malahan layak ke perlawanan akhir juga tidak pernah hinggalah Sabah melakukannya pada tahun 1996. Tetapi ketika penghujung dasawarsa 1980-an Sarawak muncul sebagai sebuah pasukan bolasepak yang digeruni.

Individu di sebalik kebangkitan Sarawak ialah jurulatih bernama Awang Mahyan. Dilantik sebagai jurulatih pada 1988, Awang Mahyan adalah susuk yang bertanggungjawab memperkenalkan slogan keramat ‘Ngap Sayot’. Beliau merevolusikan pasukan bolasepak Sarawak dan terkenal sebagai jurulatih yang tegas dan berdisiplin. Sebaik memegang tugas, Awang Mahyan berikrar untuk terjun ke Sungai Rajang sekiranya Sarawak layak ke Piala Malaysia (zaman itu hendak layak ke Piala Malaysia bukan mudah, hanya 8 pasukan sahaja boleh layak)

Dalam musim pertama sebagai jurulatih, Awang Mahyan berjaya memimpin Sarawak ke separuh akhir Piala Malaysia. Mereka disekat oleh Kedah, tetapi tidak sebelum kontroversi pertama apabila 30,000 penyokong Sarawak memenuhi Stadium Negeri yang berkapasiti hanya 17,000 hingga penonton melimpah masuk ke padang ketika perlawanan separuh akhir kedua. Dan Awang Mahyan pula dengan selamba rock masuk ke tengah padang ketika perlawanan berlangsung untuk bertekak dengan pengadil yang dikatakan berat sebelah. Perlawanan dibatalkan, Sarawak dan Kedah dipaksa bermain di Stadium Nasional, Singapura kemudiannya.

Seperkara yang perlu kita semua ketahui (khusus buat mereka di Semenanjung) hubungan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak sentiasa berada di atas garis yang sensitif. Dalam dasawarsa 1980-an khususnya, ada banyak isu nasional yang menjadi pertikaian antara kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur dengan Sarawak. Dari hal kuasa politik hinggalah sukan. Malahan pada tahun 1988 itu sudah hampir sepuluh tahun lamanya sejak kali terakhir anak Sarawak dipilih bermain untuk skuad bolasepak Malaysia (James Yaacob melakukannya buat kali terakhir hinggalah Abu Bakar Amran terpilih pada 1989).

1989, Tahun Baru Dan Semangat Baru

FAM pantas bertindak menghukum Awang Mahyan atas perbuatan beliau ketika Piala Malaysia 1988 dan mengenakan penggantungan jurulatih selama setahun berkuatkuasa pada 7 Januari 1989. Pun begitu, Sarawak FA bertindak menggunakan ‘technical loophole’ yang ada dan melantik Awang Mahyan sebagai ‘pengarah latihan’, sekaligus mengekalkan khidmatnya kepada Sarawak tetapi tidak boleh terlibat secara langsung dengan perlawanan di bawah FAM, baik liga atau Piala Malaysia.

Tahun 1989 sebenarnya menandakan era baru bolasepak Malaysia. FAM mengisytiharkan musim bolasepak 1989 sebagai permulaan era semi-pro, era separa profesional di mana pemain terdiri dari profesional yang bermain sepenuh masa dan amatur yang bermain secara sambilan, serta penggunaan pemain import buat mana-mana pasukan yang berminat.

Tanggal 15 April 1989, hari yang sama berlakunya Tragedi Hillsborough yang mengorbankan 96 penyokong kelab bawahan Liverpool, FAM pula mengumumkan jadual Liga Semi-Pro musim pertama, terbahagi kepada 2 divisyen dengan sepak mula 30 Jun buat Divisyen 2 dan 3 Julai buat Divisyen 1. Sarawak bermain dalam Divisyen 1 bersama Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Singapura, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Sebulan setengah sebelum bermulanya musim bolasepak 1989, hulubalang FAM berhimpun di Teluk Cempedak dalam mesyuarat tahunan mereka dan membuat beberapa keputusan di luar dugaan. Yang paling sensasi, penggantungan setahun ke atas Awang Mahyan dipendekkan kepada hanya 6 bulan. Ini bermaknan selepas 30 Jun Awang Mahyan boleh kembali melatih Sarawak dan terlibat secara langsung dalam perlawanan pertama mereka pada 5 Julai menentang Kuala Lumpur.

Sarawak 2 – Kuala Lumpur 3

Gendang perang berbunyi. Lawan pertama Sarawak ialah Kuala Lumpur, juara liga dan juga Piala Malaysia 1988 dengan dibimbing oleh jurulatih tersohor Chow Kwai Lam. Siang sebelumnya akhbar Sarawak mencetak muka depan dengan perkataan DESTROY! sebagai provokasi ke atas Kuala Lumpur.

Sarawak sebelumnya menyertai kejohanan pra musim di Kota Bharu, dalam kejohanan empat penjuru menentang Kelantan, Kedah dan Terengganu. Sarawak tumpas kesemua perlawanan dan sedikit sebanyak ia menggusarkan peminat Ngap Sayot.

Tetapi Awang Mahyan, rambut panjang melepasi bahu dan tattoo burung helang di lengan kiri tenang menjawab, “Kami sedikit risau dengan prestasi pasukan dalam kejohanan pra musim. Tetapi para pemain memberi jaminan keadaan akan berubah sebaik liga bermula. Mereka telah berjanji dan saya tidak meragu janji mereka”. Begitulah kata Awang Mahyan dengan tenang, kerana dia tahu jika pemain Sarawak memungkiri janji, penampar akan singgah di pipi mereka semua.

Chow Kwai Lam, walau mempunyai Rashid Hassan, Serbegeth Singh, Razip Ismail, Malek Awab, Mat Zan Mat Aris, Ramlan Askolani, Subadron Aziz dan Lim Teong Kim sedar bahaya yang menanti mereka. “Dengan Sarawak, ianya soal bermain menentang pasukan bersemangat dan satu susuk kultus yang merasuk pemainnya kepada kesetiaan ‘kill-or-be-killed’ untuk negeri”.

Susuk kultus itu ialah Awang Mahyan.

“Secara jujur, saya lebih rela berdepan dengan pasukan yang taktikal dari yang bersemangat,” tambah Chow Kwai Lam.

Kedua-dua pasukan berentap malam itu di Stadium Negeri yang telah diubahsuai untuk menempatkan 40,000 penonton. Laporan media mengatakan yang hadir lebih dari 40,000, dengan slogan Ngap Sayot dan Agi Idup Agi Ngelaban memenuhi setiap teres stadium. Malangnya, Sarawak tewas.

Kelantan 0 – Sarawak 1

Sehari sebelum perlawanan negara dikejutkan dengan pendedahan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad tentang rancangan sulit untuk membunuh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Ia membuktikan betapa gentingnya situasi di Sarawak ketika itu, tetapi Awang Mahyan dan skuad Ngap Sayot tetap fokus kepada bolasepak.

Mereka bertandang ke Stadium Sultan Mohamed IV berdepan dengan Kelantan yang telah membelasah Sarawak 4-1 ketika perlawanan pra musim. Sejumlah 15,000 gedebe Kelate meraikan kunjungan Ngap Sayot.

Kelantan dilihat sebagai pilihan utama, apa lagi dengan Hashim Mustapha mengepalai jentera serangan. Tetapi perlawanan terus terikat 0-0, hinggalah pada minit ke-86 apabila Jalil Ramli memecah kebuntuan malam tersebut.

Sarawak memperolehi 3 mata pertama mereka, sementara Kelantan diejek penyokong sendiri.

Pulau Pinang 3 – Sarawak 0

Jika Sarawak ada Ngap Sayot, Pulau Pinang memiliki apa yang dipanggil jurulatih mereka Azmi Othman sebagai Flexi-4. Apa yang dimaksudkan dengan Flexi-4 berada di luar jangkauan pengetahuan bolasepak para pengulas Sokernet yang agak terhad.

Apa yang pasti di jentera serangan Pulau Pinang ketika itu ialah seorang pemain bernama Adnan Ibrahim, digembar-gemburkan sebagai John Aldridge Malaysia. Awang Mahyan pantas memberi reaksi “Flexi-4 tidak membawa sebarang makna di sebalik namanya yang hebat”.

Namun, Pulau Pinang muncul pemenang dan kembali meletakkan Sarawak berpijak di bumi nyata. Azmi Othman tanpa berlengah memulang paku buah keras gaya anak mami kepada Awang Mahyan, “ambik hang ubat!”.

Sarawak ketika ini terperosok di tangga ke-5 Divisyen 1, di belakang Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang dan Kedah. Hanya 3 mata dari 3 perlawanan.

Sarawak 0 – Kedah 0

Perlawanan berikutnya tanggal 16 Julai ialah menentang seteru lama Kedah, yang menewaskan Sarawak ketika separuh akhir Piala Malaysia 1988.

Skuad Ngap Sayot dan penyokong setia mereka masih berdendam pada insiden tahun lepas di Kuching yang menyaksikan perlawanan dibatalkan kerana penonton melimpah ke tepi padang dan Awang Mahyan masuk ke tengah padang. Sarawak tewas dalam perlawanan ulangan yang diadakan di Singapura, tetapi rata-rata rakyat Sarawak percaya mereka pasti sudah menundukkan Kedah jika ia dilangsungkan di Kuching.

Sebelum perlawanan, 30,000 penonton disajikan dengan persembahan pantomim matador dan seekor lembu. Seperti diduga, lembu tersebut merupakan simbol pasukan Kedah sedang Sarawak memainkan peranan matador. Dan di akhirnya matador membunuh lembu tersebut disambut tepukan gemuruh penyokong Sarawak.

Kedah bermain tanpa V Sundramoorthy, tetapi masih mempunyai khidmat import Rincic Bratislav dan ‘midfield general’ Radhi Mat Din yang membekalkan amunisi kepada Hussin Jaafar. Berdepan dengan lawan yang lebih hebat dari segi skil dan taktik, Sarawak bertahan dan banyak bermain kasar.

Setelah 45 minit dan 12 kekasaran, pengadil meniup wisel untuk rehat.

Separuh masa kedua bermula dan peminat Sarawak cuba mebangkitkan semangat pemain mereka dengan semboyan perang Ngap Sayot. Tetapi sekali lagi Kedah menguasai permainan. Kali ini Norazam Ishak dan Naina Mohd Ismail bijak merencana serangan tetapi Sarawak perlu berterima kasih kepada Affendi Jol yang cemerlang di gawang.

Perlawanan berkesudahan seri dan Sarawak jatuh lagi ke tangga ke-6 Divisyen 1. Namun, sokongan peminat masih tetap padu kepada Awang Mahyan dan skuad Ngap Sayot.

Sarawak 2 – Singapura 1

4 perlawanan, 1 menang, 1 seri dan 2 kalah bukan apa yang Awang Mahyan harapkan dari anak buahnya. Ngap Sayot mempunyai semangat luar biasa tetapi ianya dalam bidang taktikal mereka kelihatan serba kekurangan.

Tanggal 23 Julai menyaksikan kunjungan Singapura ke Kuching. Juara Piala Malaysia 23 kali ini merupakan antara pasukan pilihan musim 1989. Sebelum perlawanan dengan bongkak Singapura mendakwa Sarawak tidak mempunyai sebarang kemahiran dan hanya mengharap kepada corak permainan kasar.

Dan itulah yang terbukti seawal minit ke-30, bila D Tokijan membuka akaun untuk Singapura mendahului dengan satu gol. Ramai yang menjangka ketika itu lebih banyak gol bakal terhasil dari skuad Singa kerana buat kali pertamanya malam tersebut, Sarawak bermain bolasepak dengan disiplin dan tanpa sebarang terjahan keras. Khabar angin mengatakan permainan Sarawak agak lembut malam itu kerana kehadiran Pengerusi Majlis Pengadil FAM, Tan Sri Jeneral (B) Zain Hashim.

Tetapi di separuh masa kedua permainan taktikal Sarawak mula membuahkan hasil. Burhaniza Abu Bakar merobek gawang Singapura pada minit ke-65 dan 11 minit berselang Mohd Ali Shafie memastikan 3 mata penuh buat Sarawak. Tetapi ketika ramai menyangka Sarawak telah berlembut, penjaga gol Affendi Jol membuktikan semangat Ngap Sayot masih hidup dengan menendang pemain Singapura setelah mereka berlaga pada minit ke-80.

Jurulatih Singapura, Jita Singh memuji Sarawak usai perlawanan, “Saya agak terkejut dengan permainan mereka. Mereka bermain baik dan layak untuk menang. Saya harap kita dapat melihat lebih sisi Sarawak yang begini”.

Namun pujian tersebut tidak diterima baik oleh Awang Mahyan. “Maksud kamu selama ini kami tidak bermain bolasepak sebenar? Baiklah. Selepas ini kami akan bermain lebih taktikal dan pastinya lebih sukar untuk dikalahkan!”

Ah, semangat Ngap Sayot. Sarawak kini melompat kembali ke tangga ke-5 dengan 7 mata.

Sarawak 0 – Selangor 0

Pembantu jurulatih Selangor, Khaidir Buyong terbang ke Kuching pada malam 23 Julai ketika Sarawak bertemu Singapura untuk mengintip kekuatan Ngap Sayot. Laporannya kepada jurulatih Stevan Bena, Sarawak bukan lawan yang mudah bila bermain di Kuching.

Sejumlah 35,000 penonton memenuhi Stadium Negeri pada 30 Julai untuk menyaksikan Sarawak bertemu Selangor. Perlawanan dijangka sengit, dengan Selangor yang terperosok di dasar liga memerlukan kemenangan sementara Sarawak dijangka mengekalkan momentum selepas kemenangan ke atas Sarawak.

Tetapi kedua-dua pasukan nampak pasif. Hanya di penghujung permainan Sarawak bangkit untuk mengkucar-kacirkan permainan Selangor tetapi Zainal Abidin Hassan cemerlang memastikan benteng Selangor terus kukuh untuk mereka berkongsi mata.

Bulan Ogos Bulan Sukan SEA

30 Julai adalah hari terakhir Liga Semi-Pro sebelum ianya berehat sebulan untuk memberi laluan kepada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur. Malaysia menang emas acara bolasepak dan Dr Mahathir memberi cuti satu hari.

Di seberang Laut China Selatan, Awang Mahyan dan anak buah Ngap Sayot mengisi waktu rehat ini dengan mengembara ke pelosok Sarawak. Wartawan New Straits Times, Fauzi Omar adalah antara mereka yang bertuah untuk dapat turut serta.

Diceritakan ketika di Sibu, Awang Mahyan telah didatangi seorang anak kecil berusia 4 tahun bersama neneknya. Anak kecil itu mahu mendengar cerita. Cerita tentang pasukan Sarawak, tentang Ngap Sayot. Awang Mahyan pun bercerita.

Selang beberapa ketika si nenek memberitahu kepada cucunya masa sudah tiba untuk beredar. Anak kecil itu menangis. Dia masih belum puas. Masih mahu mendengar lebih cerita tentang Ngap Sayot. Awang Mahyan tersentuh dan bercerita lagi. Hanya selepas 2 jam berlalu, barulah si anak kecil itu berpuas hati.

Sarawak ketika itu bermandikan semangat Ngap Sayot. Toman Mamora, pengerusi kelab penyokong berkata, “Kami melihat Ngap Sayot sebagai kuasa penyatuan rakyat Sarawak”.

Bersama Awang Mahyan, Toman Mamora pergi ke kampung-kampung. Di Kampung Buntal dan Kampung Santubong, mereka mengedarkan skaf Ngap Sayot, menjual tiket dan berucap dengan pembesar suara mengajak orang kampung turun ke stadium.

Dalam satu perjalanan ke Serian melibatkan konvoi 20 kenderaan, mereka membawa bersama peti televisyen dan pemain kaset video. Di sana rakaman perlawanan menentang Kuala Lumpur ditayangkan kepada penduduk kampung. Dalam satu lawatan ke Bau, mereka disambut pula oleh 500 pelajar sekolah, yang kemudiannya diajar bagaimana membuat tepukan dan menyanyikan lagu Ngap Sayot.

Sarawak FA tidak memberi peruntukan yang banyak buat misi Awang Mahyan dan Toman Mamora menjelajah Sarawak. Sumbangan derma diterima dari pihak swasta seperti Petronas, Oriental Bank, Fuji Film dan Sanyo. Tetapi sumber utama mereka ialah jualan baju, skaf, topi dan stiker.

Toman Mamora mempunyai satu mesej yang jelas. “Bukan sahaja pasukan yang perlu menjadi profesional. Sokongan dari peminat juga perlu profesional. Jika tidak bolasepak di sini tidak akan berjaya sebagai satu industri.”

Dan itulah mesej Ngap Sayot yang jelas buat kita semua, khususnya peminat Selangor dan Kelantan tempoh hari.

(bersambung)
28

Temubual Eksklusif bersama Pengurus pasukan Johor FC

Seperti yang di janjikan, Sokernet telah menghubungi pengurus pasukan Johor FC, saudara Md Faizal Abdullah untuk mendapatkan pandangan beliau tentang perkembangan khabar angin penggabungan pasukan Johor FA dan pasukan Johor FC. Beberapa perkara lain yang menyentuh isu semasa bolasepak Malaysia turut dibincangkan.


Ikuti temubual eksklusif yang julung kali dikendalikan oleh pegawai Sokernet:


Excerpts:


Bahang Piala Malaysia semakin panas, jadi rasanya sesuai untuk kami interview Encik Faizal sedikit sebanyak mengenai bolasepak Malaysia terutamanya kejayaan Johor FC memasuki suku akhir setelah menewaskan Perak. Harap pihak tuan dapat memberi jawapan padat dan panjang lebar kerana kami percaya pihak tuan lebih mengetahui inside story dalam scene bolasepak Malaysia untuk kita kongsi bersama seluruh peminat.

Sokernet:
Perasaan selepas melihat Johor FC wakil tunggal pasukan kelab yang layak ke suku akhir Piala Malaysia? Peluang untuk menang berdepan dengan Pahang FA dalam saingan suku akhir?

Faizal:
Alhamdulilah kami bersyukur dengan pencapaian setakat ini yang merupakan tahun ketiga berturut turut JFC berjaya layak ke suku akhir Piala Malaysia.
Bagi kami, peluang masih lagi terbuka buat kedua-dua pasukan kerana Pahang juga merupakan sebuah pasukan yang kuat dengan pemain-pemain & jurulatih yang baik/berpengalaman jadi ia akan menjadi satu cabaran yang getir buat JFC.

Sokernet:
Prospek kelangsungan pasukan kelab dalam bolasepak Malaysia memandangkan sokongan peminat masih banyak tertumpu kepada pasukan negeri?

Faizal:
Saya percaya prospek kelansungan kelab dalam bolasepak Malaysia adalah cerah berdasarkan kepada beberapa faktor:

i) Keperluan di peringkat nasional bagi memperkembangkan bolasepak sebagaimana termaktub dalam Statut FIFA dan juga FAM. Struktur yang melibatkan kelab adalah salah satu cara paling mudah dan cepat bagi memperkembangan sukan bolasepak memandangkan jika terikat dengan struktur berasaskan negeri sahaja, Liga Malaysia akan terhad kepada 14 negeri + KL sampai bila-bila. Saiz liga tertinggi yang dicadangkan FIFA adalah sekitar 20 pasukan setiap divisyen sebagaimana digunapakai di Eropah ;

ii) Faktor kewangan dimana penglibatan syarikat2 serta agensi2 terbesar di negara ini masih terhad – saya fikir dengan insentif dan approach yang betul banyak lagi syarikat/GLC/agensi akan berminat bagi menubuhkan pasukan (kelab) bagi menyertai Liga Malaysia. Potensi kelab berdasarkan syarikat/GLC/agensi di dalam bolasepak negara ini sangat besar memandangkan mereka memiliki sumber yang mencukupi bagi bersaing selain yang paling penting, memahami kepakaran pengurusan serta “governance culture/system” yang baik ;

Sokernet:
Reaksi terhadap cadangan oleh Johor FA untuk menggabungkan Johor FA dan Johor FC dalam satu pasukan tunggal mewakili negari Johor? Adakah ianya tindakan yang bijak atau sekadar langkah mudah oleh Johor FA setelah pasukan negeri pimpinan mereka gagal menyerlah?

Faizal:
Pertamanya, perlu ditekankan yang buat masa ini, perkara tersebut masih lagi di peringkat cadangan di mana masih belum ada apa-apa kata putus yang ditetapkan.
Kedua, di dalam peraturan Liga Malaysia, tidak ada istilah “penggabungan”. Ini bererti salah satu pasukan mesti menarik diri selepas “penggabungan”. Dengan mengambilkira tradisi bolasepak negara ini, cadangan tersebut akan akhirnya menjurus kepada penarikan serta kemungkinan pembubaran JFC.

Secara peribadi, saya melihat setiap pandangan atau cadangan berdasarkan kepada objektif serta meritnya. Berdasarkan kepada apa yang disiarkan di media, matlamat utama cadangan tersebut adalah bagi mewujudkan satu pasukan yang kuat bagi negeri Johor dan mengelakkan “kekeliruan” di kalangan peminat bolasepak negeri Johor kerana ada lebih dari satu pasukan yang mewakili negeri ini.

Dari segi meritnya tidak semestinya dengan “penggabungan”/penarikan diri JFC, pasukan negeri Johor akan menjadi lebih kuat. Banyak faktor lain sebenarnya mempengaruhi pencapaian pasukan dan ianya tidak akan boleh dicapai tanpa penat lelah dan pengorbanan. Meskipun dihimpun bajet kedua-dua pasukan Johor dan JFC, kejayaan tidak semestinya dapat dicapai.
Dari segi kekeliruan kerana kewujudan lebih dari satu pasukan di dalam sesebuah negeri, saya fikir peminat bolasepak sebenar tidak akan keliru kerana mereka mengetahui setiap pasukan yang bertanding dan secara “conscious” akan memilih pasukan yang mejadi idola/sokongan masing-masing. Jadi rasional ini bagi saya tidak begitu relevan.
Dari segi motif sebenar cadangan itu, saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

Sokernet:
Bolehkah bolasepak Malaysia terus dengan campur aduk pasukan negeri dan kelab? Atau kita perlu mengikut jejak negara Eropah dan menumpukan pada penubuhan kelab sebagai pasukan bolasepak domestik?

Faizal:
Saya fikir boleh dengan syarat fikiran terbuka dan semangat kerjasama yang ikhlas dapat dibentuk demi kemajuan bolasepak Negara.
Dari segi pembangunan bolasepak terutama bagi menjadikan bolasepak satu industry/produk, memang struktur berasaskan kelab saya rasakan mempunyai banyak kelebihan tetapi berdasarkan tradisi dan sejarah bolasepak negara ini, struktur berasaskan kelab sahaja tidak mungkin dapat diwujudkan dalam masa terdekat.

Sokernet:
Secara peribadi, bagaimana anda melihat quality bolasepak di msia sekarang berbanding era 80 an dahulu?, mengambil kira kejayaan Korea dan jepun yang sudah ke piala dunia.

Faizal:
Kualiti bolasepak negara secara umumnya mencapai sedikit kemajuan dari pelbagai segi berbanding era 80 an. Perbincangan mengenai faktor2 “stagnant development” ini telah terlalu banyak dibuat tetapi kita perlu fahami yang kita tetap mencapai kemajuan.
Malangnya dalam masa sama negara2 yang lain seperti Jepun/Korea malah di Asia Tenggara Thailand/Vietnam juga meningkat & maju dengan lebih cepat dari kita. Secara relatifnya kita tertinggal jauh meskipun dari segi “absolute” tetap ada kemajuan dicapai.
Secara peribadi saya kurang gemar apabila setiap kali polemik ini dibuka, perbandingan dengan nama2 besar dari era terdahulu dibandingkan dengan pemain2 masa kini kerana permainan telah berubah dan yang lebih penting lagi structure/environment/technology bolasepak telah jauh berubah. Nostalgias are OK sometimes but it won’t bring us anyway, especially not forward.

Sokernet:
Ramai lebih cenderung menyalahkan FAM kerana pada mereka kemerosotan bolasepak kita sangat bergantung pada kualiti pengurusan. Pendapat anda?

Faizal:
Secara peribadi berasaskan pengalaman saya yang terhad ini, FAM bukan penyebab kita gagal meningkat sebaik Jepun/Korea etc. Mereka mempunya ramai pegawai/petugas yang bekerja kuat & terbuka kepada cadangan. Sebagai contoh, dari segi urusan administration & management FAM banyak membantu memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada JFC dan berdasarkan inilah system/urustadbir JFC dilaksanakan.

Memang hakikatnya FAM tidak sempurna dan banyak aspek yang boleh diperbaiki lagi tetapi bagi saya mereka sentiasa berdepan satu kekangan yang besar – ahli-ahli gabungan mereka sendiri yang kebanyakannya terdiri dari PB negeri (bukan semua). Mungkin ramai yang akan marah tetapi bagi saya hakikatnya ahli-ahli gabungan FAM ie negeri2/persatuan lain spt PB Melayu/India/Cina dan termasuk juga “to an extent” kelab2 yang sebenarnya bersalah. Bagi saya – “We claim we are the football people in Malaysia & as such if football in Malaysia failed, we all failed” bukan FAM sahaja. Ianya adalah collective failure mainly due to conflicting interests : most State/Club FAs in Malaysia rather win the Malaysia Cup/Super League than seeing Malaysia becoming a world beater. That is their priority because it is their key objective.
Mungkin saya silap tetapi itulah impression yang saya terima.

Sokernet:
Kita memiliki banyak akedemi bolasepak.sekolah projek bolasepak sejak lebih 10 tahun lalu.namun hingga sekarang keberhasilan program sebegini masih menjadi tandatanya. Di mana silapnya?

Faizal:
Refer jawapan di atas & kekangan kewangan.

Sokernet:
Bila agaknya Montel akan kembali sponsor Johor fc?

Faizal:
Montel masih menyumbang kepada JFC tetapi dari segi penaja utama, syarikat penaja kami adalah Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim). Untuk makluman Montel merupakan antara brand yang dimiliki oleh Kulim.

Sokernet:
Kami tahu anda dulu belajar di Canada. Macam mana sana?, ada main bolasepak untuk universiti?

Faizal:
Saya ada bermain di peringkat kelab yang diwakili pelajar2 dan komuniti muslim setempat (kebanyakannya dari Libya, Iran, Arab Saudi) di dalam liga Kingston, Ontario. Di peringkat university, cuma intra mural games/antara fakulti. Tidak dapat mewakili pasukan universiti mainly kerana faktor kekurangan fizikal (coverline – sebenarnya memang tak bagus pun:))

Sokernet:
Ok ni soalan last..apakah kelab EPL anda?

Faizal:
Malu nak sebut takut di anggap copycat. Tapi saya menyokong mereka sejak zaman kecil kerana pemain seperti Bryan Robson, Norman Whiteside, Frank Stapleton, Arnold Muhren. Just remember we endured a very depressing 80’s:)

Sokernet:
Edi helmi pakai scrump cap itu hari memang cool:)

Faizal:
FYI Due to injury



Sokernet:
Terima kasih en faizal kerana sudi meluangkan masa untuk Sokernet.


Faizal:
Thanks for featuring JFC in your blog and looking forward to the end product.


Semua jawapan adalah raw tanpa edit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...