ARKIB SOKERNET

71

Klasemen Forever

FdausAmad Selasa, November 30, 2010 , ,

"Kenapa abang Obe ban I ni?, tak sporting la uoolss!, Tak Klasemen Forever langsung.."
-Klasemen Forever-

Kepada Kardio dan Klasemen Forever,
Sokernet mengucapkan;

SELAMAT MENJAWAB SPM!

42

SOKERWAGS #1 - Pemain Kelab Klasemen dan WAGS Mereka

Obefiend Weiland ,

Wives and Girlfriends

Khas buat Klasemen Forever yang emo. Nah gambar pemain ManU bersama isteri dan teman berkesedudukan masing-masing.Sila layan dan komen. Kalau engkau boleh komen lagi lah. HAHAHAH. Dah kena ban!

Michael "Injury" Owen serta Vidic bersama Isteri



Saudara Scholes bersama isteri dan Luís Carlos Almeida da Cunha bersama teman tapi mesra



Wes Brown dan Evra bersama isteri



Kiki Lala Macheda bersama girlfriend. Darron Gibson bersama boyfriend Johnny Evans


20

WHY?

saudagar gaRAM..
member gua tanya,apesal tak menganjing menang lawan liverpool..
gua jawab..


kalo menang lawan team hebat,bleh jugak menganjing..

simple..
setakat liverpool..hmmmm..
not worth it..





lagipon gua tak tgk game tu..
tapi rasa macam menganjing sket2 jugak jawapan gua..
28

Kah kah kah!



Kardio mana? Kardio?

Alah.. kardio yang kat entry i macam bangang tu.

Yang kata entry pengulas man. united ada 5 orang, takde telor, nak pegi toilet malam-malam kena teman dan apa tah lagi, banyak sangat sampai i lupa.

Mana kardio ni woih? Mana?

Hah.. lagi satu, Klasemen Forever mana?

Semalam kemain lain dok bersorak gay lah, fuckchester united lah, budak-budak sekolah lah?

Sekarang ni mana dia Klasemen Forever? Mana?

Kalau betul-betul hero, try lah komen woih..

Plz..plz..plz.. kamu try komen..

14

Kita Serupa

LuciusMaximus ,
Kalau dapat ku petik bintang di awan klasemen
Kan ku sematkan ke dalam dada mu
Kalau dapat ku capai bulan mengambang klasemen
Kan ku hadiahkan di hari jadi mu





Begitulah janji ku kepada mu
Walaupun kau hanya menunduk bisu
Ku tahu kau terluka kerana klasemen
Oleh dia yang tak klasemen


Nasib kita serupa
Berbola dan tak klasemen
Mungkin dikau yang tiada menduga
Biar aku pilih mu
Mungkin dikau kan klasemen
Betapa pilunya hati ku





Malah kau tuduh aku
Hanya menambah klasemen
Yang kini masih terus berdarah


Kita serupa... Kita serupa...
Hadir ku untuk mendapat klasemen
Kita serupa... Kita serupa...
Walau pun hati ku pernah di klasemen
23

WAHAI KOTE-KOTE SEKALIAN

Nazri ,
Sokernet tak pernah mengamalkan demokrasi.

Itu sebab munculnya makhluk seperti Kardio, Biz, Bungwahab dan kote terbaru klasemen Forever yang mempertikai macam-macam.

Aku tabik jugak kat diorang-diorang ni sebab sanggup mengharungi proses register new emel, akaun bagai semata-mata nak mengutuk dan ada tahap menyerang peribadi pengulas-pengulas kesayangan mereka secara rahsia.

Tapi spamming macam orang terencat akal ni memberi tiket untuk aku membuat keputusan untuk mengubah setting komen. Jangka waktu setting komen ini tidak lagi ditentukan.

Setakat ini aku plan setting ini akan berterusan hingga akhir musim EPL ini.

Sokernet, tidak seperti artis Malaysia, bukan hakmilik masyarakat. Makanya disini aku memberitahu sekali lagi rulesnya - Pengulas bebas buat apa saja, pengkomen tak. Memang tak ada keadilan di situ. Kita bukan main bola di padang atau duduk di mahkamah. Kita sedang baca blog.

Tiada demokrasi di Sokernet.
70

Klasemen Forever...Apa ada hal!



Dubuk bila sakit dia jadi jinak.

Meerkat belaan Wenger

Count Berba


75,000 Setan Merah mencapai orgasm bolasepak sebenar sebanyak 7 kali di Old Trafford Sabtu lepas.

T U J U H kali!

Apa ada hal..

Klimaks yang terus menghantar Manchester United ke puncak liga perdana inggeris boleh diibaratkan sebagai sireh pulang ke ganggang atau lebih tepat lagi menghantar team Chelsea ke tempat kedua, berkongsi mata dengan Arsenal. 2nd place is for the first loser uolss..

Dengan kata mudah; klasemen!

Apa ada hal..

Manchester United sekaligus menghantar memorandum ke FA Inggeris meminta dibuang 'Losses' dalam table kedudukan liga kerana ingin memelihara kesejahteraan bersama kelab-kelab lain, sekaligus jimat ruang dan dakwat. Apa guna letak 'losses' pada pasukan yang tak pernah kalah? Kan membazir.

Manchester United juga secara dasarnya bersetuju memberi ruang 'losses' tersebut kepada Liverpool. Sebagai hadiah katernyerrr...

Apa ada hal..

Motto 'Kalah tapi masih klasemen' sepatutnya diubah menjadi 'kalah itu rutin'

Apa ada hal..

GLORY GLORY MANCHESTER UNITED!
Klasemen Forever!

Aiman tak kisah..
45

Martin Škrtel Yang Sngal


Apa ke mangkok si botak ni?


Whai Martin Škrtel. Aku tau ngkau kmaruk nak mnjaringkal gol. Tpi jnganlah smpai dua-dua gol ngkau nak tpau? Ptut bleh tmpat ktujuh skarang trpaksa stel dtempat ksepuluh. Lain kli jgan jringkan gol untuk phak lwan ok Škrtel. Trpaksa Ckgu Jnnah post gmbar anjng-anjng lgi skali

From this



To this?



Sementara itu Lennon have the final say. peace yo peace yo!



Imagine there's no klasemen
It's easy if you try
No teams below us
Above us only Newcastle
Imagine all the scousers
Living for today...

Imagine there's no United
It isn't hard to do
Nothing to kill or die for
And no Everton too
Imagine all the people
Living life in peace...

You may say I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And Liverpool will be as one
79

Klasemen Kini Kenang-Kenangan Kerana Kelab Kurang Kemenangan dan Kini Kucar Kacir

Obefiend Weiland Ahad, November 28, 2010 , ,
Ke ke ke ke ke

Klasemen kini kenang-kenangan. Keputusan seri menyebakan kelab bekas klasemen kantol ke tempat kedua diatas kelab kanak-kanak dari Utara London.

Kelab bekas klasemen ketinggalan seawal minit keenam hasil jaringan Carroll. Carroll mengambil kesempatan keatas kesilapan Alex. Kalou kemudian menyamakan kedudukan dengan membolosi gawang Newcastle dibawah kawalan keeper Krul. Keputusan seri kedua kelab bimbingan Carlo menyebabkan fans kelab klasemen kini Manchester United ketawa kuat sekali



Kembali ke studio S'Kernet bersama OBEJUDAS



Not sent Via HTC HD7

Edit Sudah
60

Arsene Wankers!

Teknik menampar muka sendiri untuk sedar diri masih gagal.


Dah banyak musim Arsene dan penyokong tegar Arsenal diberitahu, tapi mereka bagai dirasuk, terlalu taksub dengan pemimpin. Budaya 'taksub pemimpin' sapa la yang diikut oleh Arsenal ni? Kali ini Maurinho pula yang terpaksa beritahu kepada soccernet issue di Emirates. Baca sini;

"He should especially explain to Arsenal supporters how he can't win one single little trophy since 2005,"

"The history about the young kids is getting old now, Sagna, Clichy, Walcott, Fabregas, Song, Nasri, Van Persie, Arshavin are NOT kids. They are all top players."

Tambah Maurinho lagi.

Tapi aku rasa, penyokong Arsenal memang belum sedar dan masih dibuai mimpi indah....yelah, malam tadi dah klasemen... ke klasemen lagi? suratkhabar The Star aku tengok letak Arsenal klasemen...

Klasemen ke tak ni?
26

Berita separuh masa pertama Aston Villa vs Arsenal

Obefiend Weiland Sabtu, November 27, 2010


Live Dari Restoran Najath Kepong


Macam minggu lepas Arsenal mendahului Villa dengan 2 gol jaringan Arshavin dan Nasri

Diharap peminat Arsenal jangan happy sangat pasal minggu lepas masa half time pun leading dengan scoreline yang sama tapi last-last Arsene berak tepi touchline jugak macam gambar di sebelah kanan atas ini

Jangan pisang berbuah 2 kali ye?



Sent via HTC HD7 Windows Phone 7
17

From Pak With Love

LuciusMaximus Jumaat, November 26, 2010 , , , , ,


LOL!


Malaysia turun petang semalam dengan fesyen rambut ala-ala Pekan. Pakistan seperti biasa membariskan muka penjual karpet, tukang uli roti Naan dan hero filem Hindustan. Selepas menewaskan Singapura, Oman, China dan India serta seri dengan Korea Selatan, kita kehabisan stim.

Betul macam cakap Nazri, kita ini macam Belanda dalam dunia bolasepak. Itu pun sebab Sepanyol dah menang Piala Dunia (bolasepak) baru-baru ini. Kalau tidak, boleh disamakan dengan dua negara ini dalam bolasepak.

Kata Times of India, Malaysia adalah perennial under achievers sukan hoki. Jolokan yang sama pernah diberikan pada Sepanyol sebelum mereka menang Piala Dunia (bolasepak).

Kita kena terima itu sebagai pujian. Kerana itu pengiktirafan dari India yang mengakui kita sebagai sebuah negara hoki yang dihormati. Tapi pada masa juga ianya satu sindiran kerana kita sentiasa gagal mencapai tahap sepatutnya.

Bagi India, Malaysia ialah seteru utama mereka selain dari Pakistan. Selalu jadi kuda hitam. Corak permainan Malaysia terlalu laju untuk India.

Tapi seperti komen pemain hoki lagenda, Pipiyapong, Malaysia laju tapi Pakistan lebih laju. Dan bila bertemu Pakistan kita gagal menyaingi kelajuan mereka. Selain dari fesyen rambut ala-ala Pekan milik pemain Malaysia yang gagal menyaingi rupa paras hero Hindustan milik pemain Pakistan.

Persekutuan Hoki Malaysia (bukan Persatuan, terima kasih afterc) mensasarkan pingat emas sebelum Sukan Asia bermula. Ramai yang kurang yakin selepas prestasi hambar kita di Sukan Komanwel. Tapi akhirnya kita dapat perak dan itu agak baik juga sebenarnya. Malaysia kini memiliki pingat perak hoki Sukan Asia dan juga negeri Perak Darul Ridzuan.

Sasaran seterusnya ialah untuk memastikan kita terus berusaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 London. Hanya ada 3 slot saja untuk negara-negara yang gagal menjuarai kejohanan benua masing-masing. Kita bakal berdepan dengan lawan-lawan seperti Argentina, Afrika Selatan, Sepanyol dan Selandia Baru contohnya selain dari lawan-lawan benua Asia yang lain.

Sokernet melalui proksi Hokinet akan sentiasa memantau perkembangan skuad hoki negara dan mengawasi KPI peribadi Tengku Hoki.
6

HERO MALAYA


Team Hoki Malaysia ni kalau versi bolasepaknya macam Belanda la. Kuat dan berstatus world class tapi tak pernah menang Piala. Setakat nak layak Piala Dunia tu boleh la diusahakan.

Petang semalam ada shooting sitcom di MMU. Saya curi-curi lari keluar studio tanpa pengetahuan pengarah dan pelakon. Start enjin kereta dan menggagau cari kedai yang pasang game bersejarah ni (buat rakyat Malaysia).

Sampai di satu kedai mamak, saya ambil seat paling depan. Ada tiga tv. Satu tv dah dikonker oleh satu group remaja India warga Malaysia. Nampak bersemangat. di belakang saya ada group mamat-mamat lelaki dressing ala Lucius nak pergi opis siap tali leher. Pasang telinga, rupanya diorang tak peduli pasal game ni. Sibuk bincang bisnes.

Duduk saja, Sohail Abas score.

Kote!


Tapi. Salut pada team Malaysia! Next time kita menang emas. Lepas tu final Piala Dunia! Bazinggah!
8

Malaysia 0-2 Pakistan

Pipiyapong Abdillah Hamzah , ,
Pemain Malaysia turun berambut baru. Game terlalu laju. Malaysia bermain laju. Pakistan lebih laju. Ini hoki baru yang laju. Pusher Pakistan siram air masa ambil short corner untuk kasi bola lebih laju. Masa berlalu begitu laju. Peluang short corner ada tapi tak dapat tahan sebab laju. Akhirnya dapat pingat perak saju. Sekian laporan gua dari Alimaju.
30

Hokinet: Bersempena Malaysia Ke Perlawanan Akhir Hoki Sukan Asia 2010

LuciusMaximus Khamis, November 25, 2010 , , , , ,


Negara kecil macam Malaysia ini memang tidak ada banyak sukan yang kita boleh mendabik dada. Kena pula sukan jenis berpadang macam bolasepak. Memang kita power dalam sukan macam badminton dan skuasy, tapi ada ke orang main badminton dan skuasy atas padang?

Tak ada kan?

Jadi berbalik kepada sukan jenis berpadang ini, dalam acara bolasepak memang sudah terang lagi bersuluh kita ini tak handal mana. Begitu jugalah dengan acara ragbi, apatah lagi pula acara American football. Kita tidak boleh mendabik dada kononnya setaraf seperti Brazil dan Jerman dalam bolasepak, atau England dan Argentina dalam acara ragbi dan semestinya langit dengan bumi jika dibandingkan dengan New York Giants dalam acara American football.

Tapi ada satu sukan jenis berpadang di mana kita boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi atau paling tidak memberi cabaran selayaknya kepada negara-negara seperti Jerman, Belanda, England, Sepanyol, Australia dan Argentina. Negara-negara yang kalau kita ajak berlawan bolasepak atau ragbi memang konfom kita kena lauk.

Tapi tidak dalam hoki. Kalau pun tak menang tapi masih boleh melawan.

Hoki adalah satu-satunya sukan jenis berpadang dalam dunia di mana kita boleh mendabik dada mampu memberi lawan yang sengit buat England atau Argentina, atau mampu menewaskan dengan mudah negara seperti Portugal atau Brazil. Kalau dalam bolasepak, kirim salam.

Dan dalam hoki juga, kita boleh merasa gah kerana duduk dalam ranking antara 20 pasukan terbaik dunia (Malaysia di ranking ke-15 sekarang).

Tapi cukupkah dengan kedudukan sebagai pasukan ke-15 terbaik dunia?

Setiap sukan ada KPI mereka sendiri. KPI untuk badminton, sepaktakraw dan skuasy ialah untuk menjadi juara dunia. KPI bolasepak kita asalkan dapat masuk ranking 50 pasukan terbaik pun dah cukup bagus. Tapi apa KPI sukan hoki kita?

Hah, apa KPI hoki?

Hanya putera Sultan Bola, yakni Tengku Hoki saja yang tahu. Sebab aku dah cuba cari laman web rasmi Persatuan Hoki Malaysia tapi haram tak jumpa.

Aku rasa KPI hoki kita ialah untuk menjadi antara 10 pasukan terbaik dunia dan juga nombor 1 di Asia. Ini bukan angan-angan Mat Jenin, sebagai bekas pemain hoki pencen aku rasa ini KPI yang realistik untuk kita sebagai sebuah negara hoki dunia.

Kita layak perlawanan akhir Sukan Asia 2010 dan itu bagi aku satu pencapaian yang baik. Tapi kita sepatutnya layak lebih kerap ke perlawanan akhir hoki Sukan Asia dan Piala Asia atau paling tidak berada dalam kedudukan 4 terbaik secara konsisten. Dalam Asia je pun, selain Pakistan, India dan Korea Selatan siapa lagi yang boleh lawan kita? Jangan biar Jepun atau China pijak kepala kita. Tengku Hoki kena ambil berat perkara ini.

Tapi semenjak kebelakangan ini kedudukan hoki kita dalam Asia dah makin tergugat. Dah tak menonjolkan cirri-ciri klasemen lagi macam dulu. Kalau dulu dalam Asia yang ada hanya Pakistan dan India sementara Malaysia menjadi the third force, tapi sekarang tidak lagi. Bermula dekad 1980-an dan 1990-an negara Asia Timur yakni Korea Selatan, Jepun dan China sudah mula meningkat sukan hoki mereka secara mendadak.

Dan yang paling bahaya ialah Korea Selatan. Malah kalau nak dikirakan, Korea Selatan sebenarnya dah pun mendahului Malaysia dalam bidang hoki ini. Padahal kalau nak dikirakan tahun 1970-an dulu, mereka ini boleh kita katakan standard ayam.

Persoalannya, adakah hoki kita ini menempuh nasib sama macam bolasepak? Macam bolasepak, dulu Korea Selatan dan Jepun diayamkan oleh Harimau Malaya tapi sekarang kita pula yang diayamkan oleh mereka.

Benda ini Tengku Hoki kena ambil berat. Jangan sampai terikut Sultan Bola punya kes pula. Walaupun kita layak secara mengejut ke perlawanan akhir Sukan Asia 2010, langkah-langkah proaktif perlu dilakukan. Kena pastikan hoki kita terus berdaya maju dan pasukan lawan tidak mendahului kita. Jangan sampai nanti Jepun dan China pun atas kita dan Singapura, Bangladesh atau Sri Lanka pun berani melawan.

Apa pun, petang ini tanggungjawab kita semua ialah untuk berhimpun depan televisyen sambil menyanyikan lagu ‘Jika Kau Fikirkan Kau Boleh’, dengan harapan kejayaan layak ke akhir ini bakal membawa sinar kebangkitan semula hoki Malaysia.

Sasaran kita, Sukan Olimpik 2012 nanti kita mampu kalahkan juara Piala Dunia bolasepak, Sepanyol. Tapi dalam acara hoki la.

Pautan: Cerita Hoki Lain
38

Rudeboy Outta Jail!

Jorji ,
Rooneyyyyyy!!!!!....

GBP200,000.oo per week celebration and send United THROO!
19

WHATS THE PLAN FOR TODAY??

saudagar gaRAM..
02:00 a.m

gayut dengan awek..pung pang pung pang..
kimia..sodium peroksida..hakisan..bateri keta..pengkaratan..anod..katod..pengoksidaan..penurunan..asid sulfurik..bla bla bla..

03:00 a.m

mamai.....sambil borak dengan awek..

03:00 a.m

dapat call..wei.tengok bola kat mana?mamak jommm....
bagi jawapan paling cliche..pegi dulu,nanti gua sampai jap lg kang..

04:00 a.m

tak pegi tengok bola..dah lena dibelai mimpi angkat piala..
zzzzzz...zzzzzz.....

08:00 a.m

bangun,buka laptop..
cilakak..internet takde..
siap2 pegi opis..drive pung pang pung pang..

08:45 a.m

sms member..wei,game smalam apa cite?
haram takde jawapan..mentanglah dah cuti..haram tak penah nak jumpa matahari pagi..

09:00 a.m

sampai opis..bukak livescore..masuk laman tottenham..
senyum lebar...



09:15 a.m
bos,bleh amek cuti arini tak??
23

TABURKAN SEDIKIT CINTA UNTUK KRAUTS..

saudagar gaRAM.. Rabu, November 24, 2010


SAMBUT KAMI BREMEN...
malam ini skuad chap ayam berjumpa dengan kelab dari german..
game kelima CHAMPIONS LEAGUE..

meet us krauts..

spread some love from WALES..
mat bola pon kadang kadang jiwang..
kadang kadanglah....






FROM RUSSIA WITH LOVE???
entahlah..dalam James Bond bolehlah kot..
25

KE FINAL KITA WEH


Pertama kali dalam sejarah Sukan Asia.


Saya menyeru agar seluruh rakyat Malaysia lepak di mamak atau di rumah dan bersorak sambil menyanyikan lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh.

Hero Malaya berusahalah!!!

27

Protege Arsene Wenger Akhirnya Bawa Klasemen Ke Nagoya Grampus!

LuciusMaximus Selasa, November 23, 2010 , , , ,


Musim J. League 2010 masih lagi berbaki 3 perlawanan, tetapi 20 November lepas ketika Arsenal di bawah Arsene Wenger tumbang kepada Spurs di Emirates, para pemain dan pengurusan Nagoya Grampus sedang ber-kampai di Jepun meraikan kejuaraan liga pertama buat kelab dari Nagoya itu.

Nagoya Grampus baru saja menjuarai J. League dengan pesaing terdekat mereka Kashima Antlers, juara J. League 7 kali, ketinggalan 10 mata di belakang. Dan dengan hanya baki 3 perlawanan liga, Nagoya Grampus boleh saja memilih untuk kalah semua tapi masih klasemen, macam Chelsea.

Arsene Wenger di Nagoya - Waktu ini dia belum buat perangai hempas botol atau berak mencangkung tepi padang lagi


Rahsia kejayaan Nagoya Grampus? Mereka mewarisi seorang protégé peninggalan The Professor. Arsene Wenger berhijrah ke Nagoya Grampus dari AS Monaco pada tahun 1995 dan tahun kemudiannya membawa Grampus menjuarai Emperor’s Cup 1996 serta naib juara J. League musim yang sama. Ketika di bawah The Professor, Nagoya Grampus dibarisi tenaga import antaranya Gary Lineker dan Dragan Stojkovic.

Selepas memimpin Grampus kepada piala pertama mereka, Arsene Wenger berhijrah ke Arsenal. Tempat beliau diisi oleh banyak pengurus lain (antaranya termasuk Carlos Queiroz) tetapi tidak ada seorang pun antara mereka yang mampu menyamai pencapaian Arsene Wenger. Pun begitu di sebalik itu semua, falsafah bolasepak ART yang dipegang oleh Arsene Wenger dan Pipiyapong sebenarnya diwariskan kepada seorang pemain merangkap protégé, Dragan Stojkovic.

Dragan Stojkovic - J.League MVP 1995

Stojkovic kekal sebagai pemain Grampus untuk 7 musim, entah kenapa beliau tidak pula dijemput Wenger untuk menyertai Arsenal. Tetapi tempoh yang lama di Grampus menjadikan Stojkovic satu susuk kultus dan pemain kelab yang setia.

Stojkovic bersara sebagai pemain Nagoya Grampus pada tahun 2001 dan pulang ke negara asal beliau Yugoslavia. Beliau kemudian melakukan sesuatu yang mengejutkan dunia bolasepak bila dilantik presiden FA Yugoslavia pada usia semuda 36 tahun. Mengejutkan kerana kalau di Malaysia, memang mustahil untuk mendapatkan seorang presiden FAM lingkungan 30-an merangkap bekas pemain bolasepak.

Beliau kekal sebagai presiden FA Yugoslavia hinggalah meletak jawatan pada tahun 2005, sedikit sebanyak berpunca dari kegagalan Yugoslavia layak ke Euro 2004. Usai dari itu, Stojkovic ditawarkan kedudukan sebagai presiden kelab Red Star Belgrade, kelab tersohor Yugoslavia dan juga Serbia. Di bawah teraju beliau Red Star Belgrade mencapai kejayaan Double bolasepak Serbia bila menjuarai Superliga dan Serbian Cup musim 2006/07.

Pada 22 Januari 2008, Stojkovic mendapat tawaran untuk kembali semula ke Jepun, kali ini sebagai pengurus Nagoya Grampus. Beliau tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran tersebut, apa lagi setelah menerima nasihat dari mentor beliau untuk menjadikan profesion pengurus bolasepak sebagai satu karier, sebagaimana mentor beliau lakukan di Arsenal.

Stojkovic pantas membawa Nagoya Grampus ke kedudukan ke-3 J. League musim 2008, tetapi pada musim 2009 kemudiannya Grampus jatuh pula ke posisi ke-9 liga. Menyedari beliau perlu melakukan sesuatu untuk memastikan Grampus akhirnya klasemen, Stojkovic berpaling kembali kepada mentornya di Arsenal.

“Setiap tahun saya ke London, bukan untuk membeli-belah tetapi untuk meluangkan beberapa hari bersama Arsene Wenger. Kami bercakap mengenai bolasepak, tentang ART dalam bolasepak yang merupakan falsafah Arsene Wenger,” tegas Stojkovic.

Hasil kaunseling bersama Wenger, Stojkovic mempunyai senarai pemain-pemain yang diperlukan Nagoya Grampus untuk musim 2010. Marcus Tulio Tanaka dibawa masuk untuk menguatkan barisan pertahanan. Pemain muda Mu Kanazaki pula cemerlang mengisi kekosongan yang dulunya milik Keisuke Honda sebagai attacking midfielder. Dan di barisan serangan, Keiji Tamada berganding baik dengan import dari Australia Joshua Kennedy (28 gol antara mereka), mirip kepada gandingan Marouane Chamakh dan Robin van Persie di Arsenal.

“Falsafah saya ialah untuk bermain bolasepak agresif dan menyerang,” jelas Stojkovic, memberi gambaran persamaan prinsip protégé dan mentor. Grampus mencetak 50 gol dalam J. League setakat ini, tetapi turut juga mempunyai jumlah bolos yang agak tinggi, sejumlah 34 gol. Mereka menjaringkan gol di setiap perlawanan tempat sendiri di Toyota Stadium.

“Kami komited untuk bermain bolasepak yang baik, bolasepak yang cantik dan pastinya mahukan kemenangan. Setakat ini kami cuma seri 3 kali, kalah boleh tahan juga banyak.”

Tanggal 20 November, gol lewat dari Keiji Tamada memastikan trofi J. League berpindah secara sah ke bandar ke-4 terbesar di Jepun bila Nagoya Grampus menundukkan Shonan Bellmare di tempat lawan. Nun di Kobe, pesaing terdekat Kashima Antlers cuma mampu seri 0-0 dengan Vissel Kobe.

“Arsene Wenger menghubungi saya dan mengucapkan ‘tahniah’. Beliau menasihatkan saya untuk sentiasa fokus kepada pasukan sendiri dan juga fokus kepada corak permainan sendiri. Yang paling penting ialah ART,” kata Stojkovic eksklusif kepada Sokernet.

Ditanya mengenai prospek si protégé menggantikan tempat si mentor satu hari nanti, Stojkovic menjawab pantas.


The next Arsene Wenger?

“Impian saya satu hari nanti ialah bekerja di England. Arsenal adalah pilihan terbaik selepas pemergian Arsene Wenger. Impian dan realiti dua perkara berbeza. Saya harap, jika Arsene bersetuju, satu hari nanti saya diterima sebagai penasihat khas dan dapat duduk di bangku sebelah beliau. Kejuaraan tidak penting, menang atau kalah juga tidak penting, apa yang penting kita bermain cantik dan itulah yang dinamakan bolasepak ART.”

Melihat kepada kejayaan Stojkovic bersama Nagoya Grampus, tidak mustahil beliau bakal ke Emirates satu hari nanti.

Untuk sementara itu, Nagoya terus berpesta meraikan ketibaan trofi J. League ke bandaraya itu. Klasemen akhirnya milik Nagoya Grampus buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Grampus!



Klik sini untuk ke laman Nagoya Grampus yang lebih solid dari laman bolasepak FAM
18

KISAH GUA DENGAN GENG MERIAM BERSAMA "meriam" KECILNYA..

saudagar gaRAM.. Isnin, November 22, 2010
pra kick off :

SMS : idup lagi menatang LENNON ni ye?gua ingat dah tak main bola dah budak ni..lu dah abes striker ke hape letak budak PAVVY tu main?

GUA : alah,lawan geng meriam,guna mamat baru baik injured pon dah ok kot..

SMS : cis..berlagak punya ayam..



minit ke 8 :

SMS : tak payah lama,baru lapan minit,gua hantar NASRI bagi lu sedas..apa cerita abang BENOIT lu main jogging teman bola masuk gawang?

GUA : blom panas..



minit ke 25 :

SMS : gua hantar CHAMAKH wat counter attack skali lagi tengok apa cer..lopong je GOMES..

GUA : bagi peluang..



HALF TIME :

SMS : bai,kata nak main bola..gila ke hape?dok main main je..camni nak jadi musuh ke?cilakak ar camni..

GUA : lawan meriam,tak payah guna kemampuan sebenar..



minit ke 50 :
tak sempat gua nak berlagak..

SMS : celaka..gol nasib..



minit ke 67 :

SMS : ek eleh..penalti..

GUA : gua syak nampak mamat otai lama lu si HENRY ada datang tengok..gua perasan kelibat dia..gua syak FABREGAS wat tribute pada senior dia dengan cara main guna tangan..dia angkat tangan CHAMAKH skali..



minit ke 85 :

GUA : lu kenal KABOUL?

SMS : TAAAKKKK..

GUA : takpe,esok lu kenal..


meriam kecik hilang bola..senyap sampai sekarang..
31

Budak-budak zaman sekarang dowh

MDM FARAH FAIZURA

Rosak akhlak. Siapa belum tengok kisah remaja bercumbu di Bukit Bintang pasti tidak faham. Rupa-rupanya bukan sahaja di Bukit Bintang, Malah di England sana pun gejala sama juga menular.





Di Stadium Emirates
Aku ni tak penting dowh....
Aku bagi dia pilihan dowh...
Aku bagi dia KLCC atau Klasemen dowh...
Dia pilih KLCC dowh....


Di Stamford Bridge
Aku ni tak penting dowh....
Aku bagi dia pilihan dowh...
Aku bagi dia KLCC atau klasemen dowh...
Dia pilih KLCC dowh....


Di OT
Aku ni tak penting dowh....
Aku bagi dia pilihan dowh...
Aku bagi dia KLCC atau Klasemen dowh...
Dia pilih KLCC dowh....



Di Liverpool

Dia pilih KLCC dowh....
19

RANGKUMAN SUKAN ASIA


FINAL SUKAN LIPAT DEPAN JARING
Regu Pertama set pertama main mula-mula nampak seperti ada sinar cahaya mentari disebalik awan gelap. Tapi lantaran dek kerana terlalu fokus nak menari depan net menyebabkan team Thailand mengambil peluang untuk memperolehi mata demi mata.

Regu kedua Malaysia hanyut bak serpih-serpih embun pagi di atas daun.

Tapi buat perbadingan 3 Sukan Asia terakhir termasuk ini, saya kira inilah team Malaysia yang paling melawan. Bagi saya la setelah tengok 3 edisi sukan Asia. Mungkin pada mata pembaca lain analisisnya, boleh la komen ye.

Walaupun kalah, team takraw Malaysia adalah hero di mata saya! Salut!

FINAL BERGU BADMINTON
Ini game kote. Setelah menang set pertama dan 4 kali (jika tak silap saya la) dapat gold medal match point pada set kedua, bergu KKKTBH boleh gabra dan akhirnya pingat emas yang sepatutnya sudah dalam tangan, termelayang di tangan warga lain. Hancurnya hati saya.

Tapi walaupun kalah, bergu KKKTBH ini tetap hero di mata saya. Salut!

FINAL BRUCE LEE LAWAN JENERAL TENTERA CHINA DIVISYEN SELATAN
Chong Wei ni body ala-ala Bruce Lee, sementara Lin Dan dengan ketinggian dan body sasa ibarat Jeneral Tentera dalam komik Raja Rimba. Dalam game ini Chong Wei boleh menang, tapi apakan daya, psikologi sekali lagi memakan diri.

Set pertama nampak Bruce Lee dah cuba sedaya upaya, tapi gabra juga. Set kedua macam nampak Bruce Lee dah tambah keyakinan. Tapi apakan daya, set ketiga penentu segalanya.

Chong Wei ibarat Roger Federer untuk badminton dan Lin Dan ibarat Rafael Nadal. Seteru yang tak kunjung sudah, menang yang tak kunjung nampak.

Ramai yang maki Chong wei, tapi saya tetap anggap anda hero Malaysia! Salut!

FINAL ROBOT WANITA SUKAN SQUASY

Salah seorang atlet squasy wanita luar negara (maaf, lupa nama) pernah menggelar Nicol David sebagai 'robot'. Merujuk kepada permainan sempurna ratu Skuasy Malaysia ini.

Sinar yang dijangka, memang sinar yang datang. Bersama rakan jantina lain yang turut bersinar sama-sama yakni Mohd Azlan Iskandar.

Dua ekor ini juga adalah hero saya! Salut!

ada beberapa lagi hero yang menang emas seperti lumba basikal dan Wushu, tapi saya tak tengok sebab tak minat.

Team Hoki dah masuk semifinal, team Boling pun ikut kata Utusanonline dalam landasan emas.

Untuk kontijen Malaysia, anda adalah hero Malaysia!

Berusahalah!!!

Gambar dari Utusanonline. Diambil tanpa kebenaran.
15

Korban Dubuk Liar - Klasemen terakhir 2010.



"Tak dapek!" kata Rudeboy.

'Kalah tapi masih klasemen' nampaknya telah menjadi motto mingguan penyokong Chelsea. Konsep motto seperti 'tak menang cup takpa, janji menang dengan Manchester United' ini adalah pertahanan terakhir yang akan lenyap menjelang Boxing Day, atau lebih buruk, seawal minggu depan.

Motto yang bakal direhatkan, sama seperti pertahanan terakhir mereka John 'slip' Terry.

Berkongsi 28 mata tetapi Klasemen kerana perbezaan gol dengan Manchester United, Chelsea dikalahkan oleh kehebatan Ben Foster, bekas pemain Manchester United dan juga kerana Dubuk Liar yang sedikit cemas, dengan kehadiran semula Rudeboy ke pentas EPL. hmmmm...?

Kalah kepada Liverpool (ughh!), Sunderland dan Birmingham, Chelsea akan berdepan dengan Newcastle United pada ahad depan. Kalau ikut sejarah Lee Bowyer, Chelsea mungkin terpaksa mengubah motto mereka kepada;

"Kalah dan tiada lagi klasemen" bermula ahad depan.

Sementara itu, Manchester United terus unggul dengan rekod tanpa kalah mereka. Chikanos Chicharito sangre por sangre vatos locos masuk dan membuat head diving cantik menewaskan penjaga gol Wigan dan Pat si mulut Perancis, juga menanduk cantik untuk menang 2-0.

Kembalinya Rudeboy Rooney disambut berbagai reaksi dari penyokong setan merah. Namun keseluruhannya memaafkan dan menerima semula Rudeboy. Ketika Rudeboy melompat tinggi menanduk hantaran Rafael dan hampir menewaskan penjaga gawang Wigan, seluruh Old Trafford bangun dan mahu orgasm bersama, tetapi sayang, tandukan itu berjaya ditepis keluar oleh Ali Al Habsi.

Antara yang sudah melompat untuk melakukan tumbukan padu keudara ketika itu ialah Obe. Itulah yang dikatakan 'dalam hati ada setan'.



6

Sandarkan Pada Kenangan

Jannah
I pun cuba-cuba juga buat carian imej Sandarkan Pada Kenangan. Alih-alih jumpa ini.





Nantikan ada abang besar tu kan, dia pun akan nyanyi lagu ini bila dia tak klasemen lagi.

Bwek :p

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tun Fuad Stephen,Kota Kinabalu,Malaysia

10

Fulham United



I pun cuba-cuba juga buat carian imej Fulham United. Alih-alih jumpa ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


"Janji tak pernah kalah!!"
-jerit si teruna penyokong tegar usai kamera diketik-
7

Bolasepak Sebenar




Aku pun cuba-cuba juga buat carian imej bolasepak sebenar. Alih-alih jumpa ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Saya nikmati boasepak sebenar di Kelantan" - Hai-O



Celaka, rupanya Manchester United ni adik-beradik Mek Kelate United.

9

Ratu Klasemen Dari Negara Pantai Gading

FdausAmad Ahad, November 21, 2010 ,

Gua cuba google Klasemen dalam bentuk images,

Dan ini hasilnya...

:

:

:

:

:

:


Tidak syak lagi, gadis sunti yang mungil ini pastinya berasal dari negara Sultan Klasemen, negara Pantai Gading.

"Janji Klasemen!!"
-jerit si gadis usai kamera diketik-

12

Tangkisnet - Kalah Tapi Masih Klasemen Juga

Obefiend Weiland ,
Kalah itu adat permainan

Kalah lagi dengan Lin Dan? Takpe. Dato Lee Chong Wei macam Chelsea. Walaupun kalah masih Klasemen





33

Jenis-Jenis Klasemen







Klasemen Dalam Kenangan


Kawan - Kawan Klasemen


Kempunan Nak Klasemen


Menang Tapi Tak Klasemen



Kalah Tapi Masih Klasemen!



Hehehe.

24

Liverpool Terus Mara Untuk Kop Semua

Jannah
The big boys can sort out their title race on their own.

Abang-abang besar boleh uruskan larian ke penamat musim dengan sendiri.

We only have to care about winning the remaining matches and not get relegated.

Kita hanya pikirkan untuk menang perlawanan-perlawanan seterusnya dan terus mara lagi dari kena humban ke League Championship.

Because getting relegated would suck balls.

Sebab relegasi sangat tak sedap.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Tun Fuad Stephen,Kota Kinabalu,Malaysia

59

Kempunan Tak Klasemen

LuciusMaximus Sabtu, November 20, 2010 , ,


"Gooners perlukan Pipistuta!" - Arsene Wenger
18

Video Ganas Minggu Ini #4 - Koleksi Video Brutal Mingguan

Obefiend Weiland Jumaat, November 19, 2010 ,
Bila Big Phil kena baling

Orang selalu tanya, "Kenapa Luiz Filipe scolari dipanggil BIG phil atau Philipao dalam bahasa Portugis?". Jawapnnya ada dalam video ni. TOOOOOOO dia!


28

Misi balas dendam berjaya!





Maaf sebab lambat update. Maklumlah sibuk berkorban dihari raya korban ni.

O.k, ini maklumat kepada siapa-siapa yang belum tahu.

Malaysia berjaya membalas dendam atas kekalahan 2-0 ditangan Jepun minggu lepas dengan kemenangan 3-0, Rabu lalu.

Dendam kekalahan 3-0 pada pasukan China juga berjaya ditebus dengan kemenangan mutlak 2-1, walaupun China cuba membuat taik kali kedua, kali ini dengan melantik pengadil dari negara mereka.

Diharap kecemerlangan pasukan Malaysia akan berterusan hingga ke final sekaligus membawa pulang pingat emas selepas kali terakhir melakukannya di Hiroshima, Jepun tahun 1994.


Hero Harapan Negara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...