ARKIB SOKERNET

18

Pundit Ampang

pakkordi Selasa, Ogos 30, 2011
Sebagai kaki bola, pagi raya tak menghalang kita dari borak2 bola.

Selepas sessi bincang bola dengan pundit2 geng kampung saya (ManU melambak) yang tamat jam 1pagi semalam, empat (4) kesimpulan telah kami ambil berdasarkan kepada 3 game musim baru ini:

1) Liverpool saja boleh fight ManU (ellehhh..macam la ManU tu kuat sangat. Ashley Young tu punya keting, sekali kena kacis, boleh patah tiga).

2) Team smurf (utara) nampak ganas tapi memang dah 2-3 tahun nampak ganas, angkat EPL tak jugak.

3) Team smurf (selatan) ada manager baru, nampak seperti ada konflik dalaman dan penyerang smurfette jersi No.9 mereka mungkin susah nak score sampai 2-3 musim lagi. Lukaku pulak tipu umur dalam IC dia dan kerana selalu sangat berlakon atas padang, tu hari Drogba amik ubat.

4) Arsenal dan Spurs punya kes, berat.

Pertengahan musim (sessi mengeteh cuti christmas eve) nanti pundit kampung saya akan bersidang lagi dan biasanya kesimpulan baru pula akan diluluskan.

*************************************

Kepada peminat team bola Liverpool "Terlalu Power (TM)", sebuah filem berjudul "Will" sudah ada dipasaran. Sila google untuk maklumat lanjut.

Sementara itu, kepada para-para penyokong team bola Smurf (selatan dan utara), tanggal 1 September 2011 adalah tarikh keramat mereka kerana filem "Smurf" akan pecah panggung di Malaysia.

#YNWA ./
46

115 tahun yang lalu

Pipiyapong Abdillah Hamzah Isnin, Ogos 29, 2011 ,
115 tahun yang lalu Arsenal pernah kalah dengan Loughborough Town 8-0. Tak lama lepas tu Arsenal balas dendam menang 12-0. Jaga jaga, Manchester United.

Apa apa hal pun Manchester United menang nasib je tadi. Gol semua tak sengaja. Gol Arsenal 2 bijik tu memang betul betul punya skor. Power, power...

Okey gua nak layan DVD ni dulu sebelum tido.


Lagi satu gua harap budak budak Arsenal semua rilek. Buat macam biasa. Kalau tak tau nak buat macam biasa tu macam mana, tanya budak Liverpool.

38

Lapan!


Tahukah anda, mulai hari ini, kalau ada perkara bodoh nak mampus, kita jangan cakap benda tu "Bangang".

Kita cakap "Arsenal".

Contoh: SeArsenal-Arsenal Spurs, Arsenal lagi Arsenal. - Sumber Sokernet
8

Totteham Hot5pur!

Abdul Sokernet Ahad, Ogos 28, 2011 ,


Wallpaper Khas untuk Penyokong 5pur5!

KLIK UNTUK BESARKAN!

19

Those Once Loyal

Jimbo

Amcam?
Sekali dia letop... mamak-mamak semua merungut kena kutip mayat budak-budak MU!!!
kah kah kah


31

Manchester United lawan Arsenal


Ramalan: Man United 1-6 Arsenal

22

FT: Liverpool 3 - Bolton 1

Tadi aku menonton perlawanan bola sepak diantara Liverpool menentang Bolton Wanderers di Stadium Astro. Di rumah. Di Kuala Lumpur. Sekarang tengah cuti raya.

Menonton di rumah lain pula cabaran dia. Kami ada extra commentators. Ada abang-abang aku di rumah. Macam-macam cerita keluar. Paling kelakar, game Manchester United lawan Arsenal esok sempat dijadikan isu untuk perdebatan.

Seperti yang anda sudah pasti tahu, selepas membaca tajuk entri blog ini (obvious spoiler) kami menang 3-1 di Anfield.


Jordan Smooth Henderson



Martin Hard Skrtel



Charlie Accurate Adams

Kemenangan bergaya dengan jaringan daripada Jordan Henderson, Martin Skrtel dan Charlie Adam. Bolton pula membawa pulang gol konsilasi menerusi Ivan Klasnic. Untuk full statistic details, kamu boleh click sini. Oh dan gambar-gambar diambil dari sini.



Suarez bersungguh-sungguh tadi, tapi dia tak skor, monyok je muka lepas kena sub

Menonton game tadi memberikan aku harapan. Harapan untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Liverpool menunjukkan semangat ingin menang dan ini sekaligus menunjukkan konfidens pada gerak tari permainan bola sepak tadi. Smooth passing. Lovely header goal. Accuracy terlampau.

Cuma tadi banyak missed chances. Kalau pikirkan tamak haloba, boleh 6-0. Oh well.



Sexy Andy. Sayang masih tidak skor gol, tapi tidak apa,
bila tiba saatnya waktu, akan ada juga itu.

Dan kami di Sokernet ingin mengalu-alukan kedatangan Sebastian Coates, berumur 21 tahun, berasal dari Uruguay, defender mungil dari Club Nacional de Football. Adik manis, nanti kerja keras bantu Carra defence baik-baik okay?

Mata dia. Cantik.

Masih terlalu awal untuk berkata apa-apa, saya tidak mahu bongkak dan mengatakan Liga Premier milik kami. We take it one match at a time okay boys? Satu game demi satu game. Maintain sahaja permainan cantik, camaraderie semangat setiakawan dan mungkin, satu hari nanti, kita akan bawa pulang Piala Premier League.

#YNWA
27

Pre-match Analysis - Liverpool v Bolton

pakkordi Jumaat, Ogos 26, 2011
Pre-match analisis sehari awal kerana esok takut tak sempat. Maklumlah, pengulas pun nak beli barang raya juga.

Liverpool minggu ini lawan Bolton di Anfield. Kick-off jam 10.00 malam sabtu waktu Malaysia.

Saya tak pasti kalau Kevin Davies main sabtu ni. Sebab Bolton ialah Kevin Davies. Jadi Liverpool punya tugas mudah. Letak Agger untuk shadow Kevin Davies. Dembele pulak, pakok aje bila gentel lebih-lebih. Suarez and co, teruskan siri skor A diaorang. Senang giler cerita sabtu ni.

Ramalan Liverpool "Terlalu Power (TM)" menang:
1) 2-0 (main selamba)
2) 4-0 (main biasa, peluh skit aje keluar)
3) 6-0 (main sungguh-sungguh sampai berpeluh seluar dalam)

Sementara itu saya baru saja menerima BBM dari Kenny Dalglish yang berbunyi:

"Performance tahun lepas yang agak kembang pada awal musim (roy hodgson) menyebabkan kita tergolek awal tak dapat masuk CL. I terima hakikat itu, tapi apa nak dirisaukan? Tahun ini team kindergarten, team smurf sama team toyol merah ingat boleh ada tiga CL champion dalam satu musim? At least, dua mesti tergolek punya bang. Silap hari bulan, tiga tiga stooges tu tergolek. Hahaha. Sorry BBM panjang skit."

Selesai baca, saya terdiam. 2 minit juga baru saya faham. Otak King Kenny ni memang bergeliga sakti!

Seketika kemudian, datang satu lagi BBM dari Kenny:

"Ahad ni free? Jom join I merehatkan minda sambil 18 hole di Hoylake. Green dia sekarang mantap beb!"

Saya balas, "anything for the king."

#YNWA ./
37

undian champions league 2011

Group A: Bayern, Villarreal, Man City, Napoli

Group B:
Inter Milan, CSKA Moscow, Lille, Trabzonspor

Group C:
Man United, Benfica, Basel, Otelul Galati

Group D:
Real Madrid, Lyon, Ajax, Dinamo Zagreb

Group E:
Chelsea, Valencia, Bayer Leverkusen, Genk

Group F:
Arsenal, Marseille, Olympiakos, Borussia Dortmund

Group G:
Porto, Shakhtar, Zenit, APOEL

Group H:
Barcelona, AC Milan, BATE Borisov, Viktoria Plzen

Group I:
LIVERPOOL
32

First Day Saya

pakkordi Khamis, Ogos 25, 2011
Masihkah anda ingat hari pertama masuk kerja atau masuk kelas? Orang kebanyakkan akan terus buat kerja macam mereka tu mesin fotostat: masuk dokumen, buat 3 copy, keluar lah 3 salinan fotostat.

Tapi saya, saya takkan terus buat kerja. Saya akan cari "lubang ular" dulu. Pot melepak, merokok dan curi tulang. Yes.

Saya telah cuba cari lubang itu di Sokernet, tak jumpa. Maklumlah sistem pengurusannya yang cekap dengan pak guard, pintu depan cermin frosted sliding otomatik menggunakan alat bacaan retina, cap jari dan suhu telinga untuk buka, tingkap bukan naco dan paling penting sekali berada ditingkat atas tapi tak perlu naik tangga.

Tugas saya mengulas apa yang patut. Itu arahan rakan kem pasukan bolasepak Liverpool "Terlalu Power (TM)", Jannah dan Dingin. Tugas saya juga ialah untuk mengembalikan semangat jatidiri peminat pasukan bola Liverpool yang hampir punah musim lepas akibat kemelut ekonomi, pemain dan pengurus yang bergelut dengan apabenda ntah. Hinggakan pengulas kita, Jannah menyepi di pedalaman Sabah dan Dingin punya rambut jadi kusut masai bukan main.

Peminat Liverpool migrasi dan bersepah-sepah dimerata-rata pelusuk internet. Ada yang masih membaca Sokernet dan ada yang hempas laptop, tendang meja, terus potong akaun internet.

Semua gara-gara perang saraf dari kem lawan yang selalunya terang tetapi kadangkala halus. Halus sangat bila masuk tandas baru dapat faham kehalusannya itu. Mereka menggunakan gambar "budak pakai jersi Liverpool duduk atas curb jalan sambil menangis" dan "tin sardin cap ayam 1892" dalam taktik psiko mereka. Chis! Tak bergaya langsung!

Jadi, para peminat pasukan bolasepak Liverpool "Terlalu Power (TM)", marilah kita bersatu kembali dengan tangan saling berpegangan dalam memantapkan minda kita dari serangan psikologi ini. Kita harus gentle dan macho.

Oh sebelum saya terlupa, dalam pertandingan Carling Cup (yang mana semua team EPL akan lawan jugak team corot dari mana saya tak tau) pagi tadi, Exeter (team merah) 1 - Liverpool 3. Team merah lain kalau lawan Liverpool musim ini, memang jadi barai manakala Exeter pula saya rasa takde chan langsung akan naik EPL.

#YNWA ./
42

Borak Belakang

FdausAmad Selasa, Ogos 23, 2011 ,


Chelsea : "Kau orang semua bertenang..biar aku uruskan Manchester United yang kuat tu..aku je harapan kau orang kan?"

Liverpool : " Pergi lantak la kau nak perasan Chelsea!, yang aku tahu..aku tak kisah kalau kalah hatta 36 game sekalipun..asalkan 2 game balance tu aku menang dengan Manchester United yang kuat tu. Bapak puas hati kalau dapat menang dengan Manchester United. Memang team aku ni main target nak memang dengan Manchester United je. Tak memang piala pun takpa..kalah benkrap dengan Swansea pun takpa..takpa..takpa!!

Arsenal : "Bodoh la kau ni Liverpool..patutla budak budak luar panggil kau Liver-fool.patut sangat. Dah kalau setakat nak menang dengan Manchester United yang kuat tu je matlamat hiudp kau dunia akhirat, buat apa kejadahnya?..cuba think-big!, fikir menang liga, menang FA, menang CL!

Chelsea : "Ahhh Arsenal..kau ni pun sama bangang dengan Liverpool. Menang CL celah bedah mananya si Liverpool ni?"

Arsenal : "Hehehehe...lupa..lupa.."

Liverpool : " Gampang kau orang ni..cakap nak bersatu..alih alih aku juga kena anjing!"

Chelsea : " Rilek la Liverpool...takkan amik hatii kot..benda tu biasa kan?, kena nganjing tu kan ko dah biasa dah..apa ada hal sangat"

Arsenal : "Entahnya Liverpool ni..tacing pulak dah..benda kecik pun nak tacing."

Liverpool : "Aku bukan tacing...tapi celaka apa Manchester United yang kuat tu boleh potong aku punya EPL title yang last aku menang..errr..aaaa...errrr..last aku menang...bila sial last aku menang?, aku pun tak ingat sial last aku menang bila.."

Chelsea : "kehkehkehkeh...kehkehkehkeh..last kau menang masa zaman Komunis di Malaysia tu belum serah diri lagi.."

Arsenal : "Kau jangan emosional sangat Liverpool..tengok aku ni haa..kena kutuk anak ikan lah, budak tadika lah..budak tak sunat lah..tapi aku rilek je..kita ni main bola..main bola kalau jadi team tak sekuat Manchester United tu memang nasib la kita kena macam gini.."

Chelsea: "Takpa jangan bimbang...musim ni nasib kita berubah..aku champion, Liverpool amik nombor 2, kau Arsenal amik nombor 3..nanti musim depan kita rotate. Amacam?"

Arsenal & Liverpool : "Kau dah hilang akal Chelsea??, Habis tu Manchester United yang kuat tu nak letak mana????"

Chelsea : "Hehehehehe...aku buat lawak je tadi.."

Arsenal: "Ehh..ehh..tu..tu..tengok tu..Manchester United yang kuat datang arah kita la.."

Chelsea : "Alamakkk!!, dia dengar ke kita punya plan tadi?..alamakk..mamposla kalo dia dengar"

Liverpool : "Kalau dia tanya kau orang cakap aku baru datang..aku tak terlibat apa apa ye..plsssszzz...aku takuttt"


Manchester United : "Kau orang semua borak bangang apa ni, nak kena pukul lagi macam selalu?, tak serik lagi hahh?"


Liverpool & Chelsea & Arsenal : "Err..maaf..maaf abang Manchester, kami tak borak apa apa..betul, serius, sumpah wallah!..err.. kami beransur dulu ye..nak pegi training ni..maaf ye..maaf..jangan pukul kami..kami tak nak kena pukul dah.."


Manchester United : "Dah berambus!..aku nampak kau orang kumpul macam ni lagi aku rembat sekor sekor!"

17

Lawan Manchester-Manchester Yang Sebenar!



Power sungguh Manchester-Manchester ni! Tak apa, nanti jumpa Singa London baru deme tau!
26

Memotong Urat Merikh





Ibarat Ayam mengokok bukit..

Bukit tak runtuh..

Ayam pula kena sembelih!


Lesson learnt pada yang lain..

18

FOOTBALL MANAGER 2020

saudagar gaRAM.. Isnin, Ogos 22, 2011
Laster.. laddas.. cargando.. Ã®ncarcă.. carregamento.. Å‚adowanie.. di caricamento.. loading..


This Season Target
Kevin Bond - "pihak pengurusan dah sibuk tanya lu tentang target kita untuk dicapai sepanjang season ni"
Gua - Target gua season ni gua nak kawin artis..who is in the line??

Backroom Advice Meeting..
Kevin Bond - "gua perasan lu blom ada buat backroom advice meeting semenjak Jumaat lepas"
Gua - benda meeting meeting ni pada gua banyak lebih buang masa je..paling paling dok masuk bilik meeting,layan teh o,makan karipap..bincang bola 5 minit..bincang golf 30 minit..pastu bincang awek 2 jam..perangai memasing macam cilake masa meeting. 

Pre-Match Advice Meeting
Kevin Bond - "juruanalisis kita ada beberapa maklumat untuk dikongsi berkaitan dengan pihak lawan kita untuk match seterusnya"
Gua - ahhhh..takat rakam video then bawak balik report pon nak kecoh.benda ni semua gua baca paper dapat tau dah..bukan susah sangat..semua ni keja jenis nak kena ancam nak fired baru bersungguh..

News
Empat player tak daptar- dah memang jenis tak boleh pakai,takpayah daptar..
Tiga player dalam injury lagi- kalo takat demam,tak payah cerita..yang dah injured teruk tu,bawaklah pi jumpa doktor.bagitau gua buat apa?

Formation
4-4-2 primary
4-4-2(diamond) secondary
Gua - ah..main jelah diorang nak main macam mana pon..gua dulu masa skolah main ikut sape turun padang cepat,dia bleh jadi striker..sape lambat,jadi keeper.selalunya mokman yang main keeper.pinggang dia masa zaman tu saiz 42 kalo gua tak silap ingat

Player To Submit
Gomes-(Friedel)
Walker-Kaboul-Dawson-Ekotto(Bassong-Corluka)
Lennon-Sandro-VanDerVaart-Bale(Kranjcar-Palacios-Pienaar)
Defoe-Crouch(Pavvy)

Players Instruction-Role-Duty
Gomes-Keeper-Defend
(bangang ni kalo buat benda bodoh lagi memang gua transfer dia punya position jadi budak milo)

Walker-Full Back-Automatic
(boleh diharap sket kalo banding dengan Hutton..rajinlah jugak sket)

Kaboul-Limited Defender-Stopper 
(kalo mamat sekor ni terjah gampang,lu tampar je dia laju laju..biar gugur rambut)

Dawson-Limited Defender-Cover 
(gua tak berapa yakin sangat dengan dia..tapi nak harapkan King lagi gua goyang)

Ekotto-Wing Back-Automatic 
(suruh dia follow Bale sket sket dan cover hok mana patut..)

Lennon-Winger-Attack 
(suruh dia stabilkan sket badan..lari laju kena tolak sket melayang pon tak guna)

Sandro-Anchor Man-Defend 
(kalo dia dapat bola,suruh dia hold dulu.kalo dia nak buat long shot,suruh dia sedor diri sket)

VanDerVaart-Advanced Playmaker-Attack 
(ni mamat yang gua harap sangat.jangan dia pon terikut ikut jadi bangang sudah..)

Bale-Inside Forward-Attack 
(tak payah nak masuk ke tengah sangat..crossing dia pon bersepah..suruh dia lari laju laju je dah cukup)

Defoe-Poacher-Attack 
(hmmmm.......)

Crouch-Target Man-Support 
(errr......kalo kita just masukkan 10 player je agak Fifa saman kita dak?)

Friedel
lu suruh dia doa mintak gomes jadi bangang..kalo gomes jadi bangang,dia ada peluang besar nak masuk padang

Bassong
mamat ni lama bebenor tak main..lu rasa dia ingat lagi tak macammana nak tendang bola?

Corluka
mamat ni ada lagi ke?tolong ingatkan gua nak jual dia nanti kalo ada orang nak beli.dapat percuma Jenas skali..percuma.2 for the price of 1.

Kranjcar
tanya kalo dia pandai main macam Modric,dia bleh amek gaji mamat tu..

Palacios
dah ada 3 holding midfielder ni..kalo salah sorang buat jadikan driver gua pon ok..

Pienaar
mamat ni bila nak dapat rentak?gasak itu jelah alasan dia dari masuk dulu..kerusi pon naik bosan dengan punggung dia.

Team Instruction-
Itu pon nak kena ajor??Nampak tiang gol sebelah sana?masukkan bola dalam gol tu..mudahhhh..

Opponent Instruction
Kalo dah keja lu masukkan gol kat depan tu,keja diorang sama..masukkan gol dalam gol kita..halang diorang.tu je..bukan susah sangat.

Team Talk
Lu semua mainlah nak main macam mana pon..gua tak peduli.gua cuma nak lu menang match lepas ni..menang camne pon,gua malas amek peduli..kalo menang,harapan gua nak kawin artis ada sket cerah..takkan Hearts Of Mitos apa jadah nama tu pon tak boleh makan????

Kevin Bond : ehhh..bukan hearts..esok kita lawan Menyu..





GUA  :  Men Yu? Kelab mana tu?diorang main apa?ping pong?

OK..save..fast forward.esok gua tengok livescore dari opis.chow..
14

entri ambil semangat

MDM FARAH FAIZURA
Sudah berbulan tidak post sesuatu. Jadi, testing dulu, ambil semangat. testing 1 2 3

 Nak buat macam mana, Liverpool memang power.

Ya, betul tu, Liverpool memang powerrr.

 Yahuuu... Liverpool menang!!!! power power power

 Ingat betul-betul! Liverpool memang power!!!!










28

FT: Arsenal 0 - Liverpool 2

Jannah Sabtu, Ogos 20, 2011 ,

Senang ada Twitter ni, nak check result bola follow sahaja akaun twitter surat khabar @staronline, kompak dan jitu. Translasi: Liverpool pukul 10 pemain Arsenal 2-0; gol sendiri oleh Ramsey (78') dan lempangan dari Suarez (90'). Frimpong dihantar pulang (68') kerna cabaran lewat.

Aku tengok bola secara live di asrama sekolah. Ada Astro. Nasib baik tak hujan tadi, kalau hujan confirm service not available. Ada juga bebudak asrama join tengok sekali. Aku siap pesan kat mereka doa-doalah untuk kemenangan Liverpool. Pastu ada dua tiga pelajar buat kiut kata GO ARSENAL.

Ada dua orang pakai jersey Liverpool rupanya

Menonton buat pertama kalinya permainan Liverpool tadi membuatkan aku terasa malu sekejap. Malu pada Kopites sekalian. Ini kerna terdapat beberapa pemain Liverpool yang aku sendiri tidak tahu kewujudan mereka sehinggalah tadi.

Siapa José Enrique Sánchez ni? Kenapa dia ada iras Fabregas? Bila masa kita beli dia? Carian di Google sebentar tadi rupanya kita beli dia dari Newcastle United pada 17 Ogos lepas. Oh baru lagi. Bau kedai. Aku rasa mungkin Andy Carroll ada pakat cucuk ex team mate dia ni meh la mai Liverpool, seronok kat sini kali.

José Enrique Sánchez

Bukan José Enrique Sánchez

Selain itu, Liverpool turut membeli Stewart Downing dari Aston Villa dengan harga 20 juta pound. Pada permainan tadi beliau menunjukkan semangat yang menyegarkan. Saya harap beliau dapat bermain dengan lebih baik lagi di permainan-permainan akan datang.

Stewart Downing

Andy Carroll, unknown lady, Stewart Downing

Liverpool turut mendapat Doniéber Alexander Marangon aka Doni, penjaga gol dari AS Roma, merangkap penjaga gol Brazil, on a free transfer. Jadi backup Pepe Reina. Bagus juga ni, bagi Pepe gerun sikit, biar Pepe kerja keras lagi bersungguh untuk jadi keeper nombor satu. Reverse psikologi.

Doni

Liverpool turut membeli dari Sunderland, Jordon Henderson, berumur 21 tahun pada harga yang tidak dinyatakan (tapi katanya 16 juta pound) seorang pemain England yang dikatakan berpotensi untuk menyinar lagi. Beliau diberi jersey No 14, bekas nombor Xavi Alonso. Berat nombor tu dik, harap kau tak pressure sangatlah.

Jordan Henderson

Arsenal pula tadi menurunkan skuad jambu comels mereka. Ada sorang tu, nama dia Ignasi Miquel. Umur dia 19 tahun. Berasal dari Barcelona, Spain.


Ignasi Miquel - Besday: September 28, 1992

Aku tengok dia main tadi, rasa macam ada something special about him. One thing pasal Arsene Wenger ni, dia memang ada ilmu mencari anak-anak ikan dan membimbing mereka menjadi superstar. Lepas dah jadi superstar kena jual. Repeat cycle. Kau masih ingat pada Thierry Henry? Dan kini Fabregas.

Lepas tu kalau nampak gambar macam ni aku rasa sedih sikit. Mungkin sebab Arsene Wenger nampak fragile, sudah tua. Jangan macam gini bah kau. Harus tunjuk macho selalu, baru anak-anak muda Arsenal semangat.

Arsene Wenger sedih

Anyway, thanks Ramsey for the own goal. And thanks Arshavin sebab tak skor lawan Liverpool. Sebab selalu Arshavin ni rajin skor lawan Liverpool. Aku bila Arshavin kena tukar keluar aku rasa lega pun ada. Yes, mungkin ada chance nak menang ni. Elok pula sebelum itu Frimpong kena second yellow card, merah terus.

And then Liverpool bawa masuk Meireles dan Suarez. Lepas tu three. Eh two goals.

Ola Suarez! 

Overall permainan tadi Liverpool bermain dengan hati-hati. Mungkin sebab baru nak ngam antara pemain. Aku betul-betul harap lepas ni akan bertambah ngam lagi dan seperti minggu lepas aku katakan, harap season ni dapatlah kita merasa top 4 balik. Rindu Champions League weh!

#YNWA!

11

Bolton Wanderers vs Manchester City

LuciusMaximus ,
Mesti ada yang tertanya, kenapa header blog Bolton Wanderers dengan Manchester City?

Top of the table clash.

Setakat Arsenal lawan Liverpool, benda ni kelab bawahan punya. Tak penting pun.
27

Aliaksandr Paulavich Hleb

Pipiyapong Abdillah Hamzah , ,

"Dulu di Arsenal saya begitu power lalu saya ke Barcelona. Di Barcelona, saya menjadi bangang... Bangang ya rabbi." - Aliaksandr Paulavich Hleb





"Saya pun..." - Emmanuel "Manu" Laurent Petit
15

Football Friday: Jatuhnya SPL

LuciusMaximus Jumaat, Ogos 19, 2011 , ,




Malam tadi sambil bersahur, aku sempat layan satu perlawanan 'playoff' Europa League, sebuah kejohanan bolasepak Eropah berprestij yang bukan mudah untuk disertai kelab picisan seperti Liverpool sebagai contoh.

Perlawanan malam tadi merupakan antara kelab Scotland, Heart of Midlothian lawan Tottenham Hotspur yang pastinya dikenali ramai. Aku kira ini perlawanan yang menarik kerana dalam bolasepak apabila sebuah kelab Scotland bertemu kelab England ianya adalah 'Battle of Britain', sama hebat dari segi keamatan bila pasukan Scotland bertemu England sendiri. Semangat nasionalisme, maruah bangsa, jiwa Braveheart dan hegemoni Anglo bakal dibawa ke dalam perlawanan sebegini. Kecuali bila Liverpool bertemu Celtic atau Chelsea bertemu Rangers suasananya lebih aman dan berbentuk persahabatan.

Hearts selaku kelab Scotland yang berdepan dengan Spurs membawa harapan serta maruah bukan saja penyokong kelab itu sendiri tetapi seluruh rakyat Scotland. Tapi hanya 5 minit diperlukan untuk Rafael van der Vaart merobek gawang Hearts, 13 minit kemudiannya giliran Jermaine Defoe pula menjaringkan gol, sebelum Jake Livermore menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-28. Separuh masa kedua, Gareth Bale pula membolosi gawang Hearts pada minit ke-63, diikuti Aaron Lennon pada minit ke-78 untuk melengkapkan sakit hati para peminat Hearts dan rakyat Scotland. Perlawanan timbal balik di White Hart Lane pada 25 Ogos nanti tidak lebih dari sekadar melengkapkan jadual nampaknya.

Ditibai 5-0 oleh Spurs menunjukkan dengan jelas betapa jurang perbezaan yang ketara antara Hearts dan Spurs. Walaupun hakikat sebenarnya Hearts menduduki tangga ke-3 SPL musim lepas sedangkan Spurs berada di posisi ke-5 EPL. Dan mengambil kira bahawa kedua-dua negara merupakan sebahagian Untied Kingdom, berkongsi budaya serta gaya bolasepak yang hampir sama.

Ada lagi dua kelab Scotland yang turut bermain malam tadi dalam perlawanan 'playoff' Europa League. Kelab Old Firm, Celtic berdepan FC Sion dari Switzerland dan hanya seri 0-0 sementara Rangers tewas kepada NK Maribor dari Slovenia 2-1. Dan Rangers serta Celtic adalah juara dan naib juara SPL musim lepas.

Mungkin akan ada yang berkata, apa nak dihairankan. KF Skenderbeu Korce mungkin juara liga bolasepak Albania tapi belum tentu lagi mampu menewaskan West Ham United yang kena relegasi dari EPL musim lepas.

Tapi siapa-siapa yang arif tentang bolasepak Scotland dan SPL pasti tahu bahawa lebih 20 tahun dulu, mana-mana kelab SPL boleh dikatakan hampir setaraf dengan kelab EPL. Celtic adalah juara European Cup (kini Champions League) tahun 1967, skuad yang diberi jolokan Lisbon Lions ini menjadi kelab British pertama menjuarai kejohanan peringkat Eropah. Rangers pula menjuarai UEFA Cup Winners' Cup tahun 1972. Aberdeen FC pula menjulang UEFA Cup Winners' Cup tahun 1983 di bawah kendalian Alex Ferguson.

Kekuatan kelab Scotland ketika itu banyak berpunca dari senario bolasepak semasa. Penggunaan pemain import masih terhad dan punca pendapatan utama setiap kelab bolasepak adalah dari jualan tiket di stadium. Kelab-kelab Scotland mampu bersaing di persada Eropah dengan hanya berbekalkan bakat tempatan Scotland (pemain skuad Lisbon Lions milik Celtic pada European Cup 1967 semuanya lahir dalam radius 30 batu dari pusat bandar Glasgow). Sementara itu sumber pendapatan dari jualan tiket khususnya di Celtic Park dan Ibrox milik Rangers setanding kutipan jualan tiket kelab England, Itali, Jerman atau Sepanyol. Malahan pada satu masa, stadium terbesar Britain letaknya di Glasgow, bukan London, Manchester atau Liverpool.

Lisbon Lions - Mungkin hanya tinggal sejarah

Tetapi apabila bolasepak Eropah melalui revolusi dikomersialkan pada penghujung dekad 1980-an, segalanya berubah. Hak penyiaran televisyen menjadi sumber pendapatan utama kelab dan bukan lagi jualan tiket. EPL, Bundesliga, Serie A dan La Liga menjual hak penyiaran kepada stesen TV dan hasil jualan ini dibahagikan antara kelab-kelab di dalam liga. Pendapatan lumayan ini kemudiannya digunakan pula oleh kelab-kelab tersebut untuk mengimport pemain dari luar. EPL sebagai contoh bermula pada tahun 1992 dengan hanya 11 pemain 'asing' (luar United Kingdom dan Republik Ireland) di atas padang. Hari ini pemain England sendiri adalah minoriti di dalam EPL jika dibandingkan dengan pemain bukan England.

Scotland meniru perubahan yang dilakukan di England pada tahun 1998 dengan mengubah First Division menjadi Scottish Premier League (SPL). Tetapi di mana EPL mempunyai sejumlah 20 kelab di dalam liga, SPL pula hanya mempunyai 12 kelab. Hak penyiaran SPL dijual sama seperti EPL menjual hak penyiaran, tetapi di mana EPL boleh saja merunding perjanjian 3 ke 4 musim bernilai bilion dalam GBP, SPL dikira bertuah jika dapat memeterai perjanjian hak penyiaran bernilai sekitar GBP100 juta. Malahan hak penaja juga menunjukkan jurang yang ketara, Barclays menaja EPL untuk 3 musim dengan nilai GBP82.25 sedangkan Clydesdale Bank menaja SPL dengan nilai hanya GBP8 juta untuk 4 musim.

Jurang pendapatan yang ketara ini membuatkan kelab bolasepak Scotland ketinggalan dari sumber kewangan berbanding kelab England atau Eropah yang lain. Tidak kiralah jika Celtic Park itu jauh lebih besar dari Anfield atau Ibrox sentiasa penuh berbanding Stamford Bridge, tetapi berapa sangatlah kutipan jualan tiket boleh membantu merapatkan jurang pendapatan?

Maka, ketika musim panas 2011 kelab seperti Hearts sebagai contoh hanya mampu mendapatkan pemain secara percuma dari kelab lain sedangkan Spurs telah berbelanja GBP1.3 juta untuk Souleymane Coulibaly bagi menguatkan skuad mereka yang sudah pun bernilai ratusan juta GBP. Atau bandingkan antara Rangers dan Manchester United, kedua-duanya juara liga masing-masing musim lepas. Rangers cuma mampu berbelanja tidak sampai GBP5 juta sedangkan Manchester United memborong Phil Jones, David de Gea serta Ashley Young. Jika ditemukan Rangers dan Manchester United kita sudah tahu siapa pilihan untuk menang mudah.

Situasi seperti ini telah melemahkan kelab Scotland dan SPL sendiri. Lebih teruk lagi ialah monopoli kelab Old Firm, merujuk kepada Rangers dan Celtic. Semenjak bermulanya era SPL hanya Rangers (7 kali) dan Celtic (6) sahaja yang pernah bergelar juara. Malahan jika dikira sejarah keseluruhan liga bolasepak Scotland, Rangers telah bergelar juara sebanyak 54 kali sedang Celtic pula 42 kali. Hanya sebanyak 19 kali sahaja kejuaraan liga Scotland pernah dijuarai oleh kelab selain Old Firm.

Old Firm Derby

Monopoli berterusan ini bermakna kelab Old Firm terus bertambah kuat sementara 10 kelab lain dalam SPL langsung tidak mampu menyaingi Rangers dan Celtic. Namun begitu monopoli Rangers dan Celltic ini ibarat dua ikan paling besar dalam sebuah kolam kecil. Bila masuk ke dalam laut dua ekor ikan ini akan jadi korban ikan di laut yang lebih besar (laut di sini adalah perumpamaan untuk Eropah).

Jadi apakah jalan penyelesaian ke atas dilema kemerosotan SPL ini?

Salah satu idea yang pernah diutarakan ialah untuk membawa masuk Rangers dan Celtic ke dalam EPL. Tetapi ia ditolak keras oleh FA England dan FIFA sendiri. Malahan langkah ini lebih kepada menguntungkan Rangers dan Celtic, bukannya bolasepak Scotland, yang akan mengaut pendapatan besar bermain dalam EPL. Malahan SPL sendiri akan terkubur tanpa kehadiran kelab Old Firm (bermain melawan Rangers atau Celtic adalah sumber pendapatan lumayan buat kelab kecil seperti St. Mirren atau Inverness CT).

Idea kedua yang dibangkitkan ialah menubuhkan apa yang digelar Atlantic League, sebuah liga bolasepak antara negara-negara pesisiran Lautan Atlantik. Idea ini muncul dari Belanda yang liga Eredivisie-nya juga berdepan dengan kemerosotan (tetapi tidak seteruk SPL). Sekali lagi ianya menerima tentangan keras dari UEFA dan FIFA kerana melanggar tradisi asas bolasepak di mana setiap negara mempunyai liga bolasepak sendiri.

Kedua-dua idea di atas agak keterlaluan untuk dipratikkan serta mengundang banyak komplikasi. Maka oleh itu tidak ada pilihan lain buat SPL melainkan terus beroperasi dengan modus operandi sedia ada. Bergantung penuh kepada jualan tiket dan terpaksa berpuas hati dengan tajaan serta bayaran hak penyiaran yang kecil berbanding liga-liga Eropah lain khususnya jiran mereka sendiri, England.

Kes kemerosotan SPL ini adalah contoh klasik bagaimana kapitalisme membunuh bolasepak dan kelab.
15

Kepala Gas

LuciusMaximus ,




Pada setiap hari berpuasa, dia akan digunakan 80 minit sebelum waktu berbuka dan gua akan kekenyangan dengan masakan sendiri. Burp!
24

Fabregas

Pipiyapong Abdillah Hamzah Khamis, Ogos 18, 2011 , ,



Pada setiap perlawanan, dia akan masuk pada minit ke-80 dan menang semua piala yang ada di seluruh pelosok dunia.

20

Masih Tak Nampak Lagi Ke?





1) Cesc Fabregas, baru 3 hari pindah Barcelona dah menang piala!
2) Tapi duduk Arsenal 8 tahun dapat menang Piala FA sebiji je. Kalau beranak pun anak dah masuk Darjah 2 woi!
3) Masih tak nampak lagi ke? Tak ada faedah sokong Arsenal ni. Sampai bila nak kena kencing dengan Arsene Wenger? Siang kena tipu, malam kena tipu.
4) Pipi mana Pipi? Tak akan pos wolpeper je?
23

Dua Tahun Sokernet

LuciusMaximus Rabu, Ogos 17, 2011 ,


Tahukah anda, hari ini genap 2 tahun Sokernet!

Happy Birthday Sokernet!
18

Fantastik

Pipiyapong Abdillah Hamzah ,
Terimalah wolpeper yang fantastik untuk adik adik Arsenal semua!


Gambor pasukan sesi 2011/2012 belum keluar lagi yek. Diorang tengah tunggu Nasri blah baru la nak berkumpul tangkap gambor.


7

Art

Abdul Sokernet Selasa, Ogos 16, 2011


Art adalah sesuatu yang dirancang dan terancang. Mana mungkin sebuah art itu terhasil dengan tidak sengaja, tak tentu hala atau tak pasal-pasal.

Di dalam perancangan art peringkat ke-7 iaitu art yang paling tinggi, Arsene Wenger memutuskan untuk menjual Fabregas ke Barcelona. Boleh jadi inilah yang dikatakan satu perancangan yang sangat komplikated dalam menghasilkan art dan semestinya kita semua patut mengambil kesempatan menikmatinya.

Begitulah serba sedikit pandangan saya tentang Fabregas ke Barcelona.


Dicedok dari Hilang Punca.

p/s: Pipi, Pipi, keh tengok aok ni dah makin jauh menyimpang. Bawak la bertaubat tengah elok bulan Ramadhan ni!
21

Kesederhanaan

LuciusMaximus Isnin, Ogos 15, 2011 ,


Salam ukhuwah


Chelsea memulakan musim EPL 2011/2012 di dalam bulan Ramadhan ini dengan penuh kesederhanaan. Tidak terlalu gelojoh mahu menjaringkan gol seperti sesetengah orang yang ke bazaar Ramadhan dan pulang dengan tangan kiri baik kanan menjinjing beg plastik. Tapi cukup sekadar sebiji kurma dan segelas susu.

Sebelum turun menentang Stoke City, wakil Sokernet sempat bertemu saudara Nicolas 'Bilal' Anelka untuk bertanya diari Ramadhan beliau di Chelsea.

"Teman jarang benor ke bazor-bazor ni. Lagi pun di UK ni yob mana mandang bazor-bazor ni kome!"

Di tanya sama ada tahun ini masih tidak berpuasa macam tahun sudah akibat faktor kecederaan, Anelka sekadar menjawab, "Hehehe..."

Tarawikh main 8 ke atau 20 lap?

"Hehehe, selalu lepaih berbuka teman main PS3 dengan yob Drogba. Agak orang mesejid udoh habis tarawikh, teman cepat-cepat turun masjid. Moreh deme sana, terlior! Hehehe..."


Bersedia untuk aktiviti moreh
38

Manchester United Juara EPL 2011/12








Adalah tidak manis jika Manchester United juga seri pada perlawanan pertama mereka. Sebagai sebuah pasukan yang telah 19 ( SEMBILAN BELAS ) kali menjulang kejuaraan inggeris, mereka patut memberi contoh baik kepada pasukan-pasukan lain.

Musim 2011/12 EPL telah bermula!

...dan ianya bermula lesu! satu dunia telah tahu dan menjangkakannya. Anti klimak! Soalan bocor! Undi hantu dan SPR! Kenapa? Sudah jelas lagi bersuluh, tiada satu pasukan pun yang mampu menidakkan kejuaraan ke 20 Manchester United pada musim ini! Thats it!

Manchester United kali ini dibarisi barisan pemain yang lebih menyeluruh. Baik kesebelasan utama, simpanan dan juga pemain muda di akademi/team B. Malah berani di'kabor'kan, jika Pak Alex menurunkan Team B Manchester United di EPL pun belum tentu Chelsea boleh menang, apatah lagi Arsenal.

Jangan fikir la Liverpool. Ianya sama macam terkenangkan sirap bandung di tengahari panas bulan puasa. MAKRUH! Silap-silap boleh kurang pahala puasa. Perumpamaan la...

Kemasukan Ashley Young menambah-bahayakan lagi jentera serangan Manchester United yang sedia bahaya. Kira macam Young and Dangerous la. Cleverly pula bermain baik. Sebenarnya aku sangat benci dengan Carrick dan Anderson. Aku suka kalau Carrick patah kaki atau kene langgar. Midfields yang baik mesti berani memegang bola, mencorakkan serangan, kreatif, sedikit robust dan paling penting membuat hantaran tepat. Semua itu tiada pada Carrick dan pemain Harimau Malaya hari itu. Cleverly atau Fletcher adalah lebih baik dari Carrick. Safiq juga lebih baik dari Carrick!

Pertahanan juga mendapat suntikan pelapis yang bagus setakat ini. Boleh dikatakan, Manchester United telah bersedia dari segi persediaan pemain untuk mengharungi pelbagai piala dan pentas perlawanan untuk musim ini. Jika ada yang tercedera, penggantinya pula telah tersedia. Rotation juga boleh dilakukan jika pemain kepenatan. Cemerlang betul persediaan Manchester United dibawah bimbingan Pak Alex!

Apa makan Pak Alex ni?

Valencia, JS Park, Chicharito, Evra dan Sneijder belum main lagi. Apa? Sneijder? Ya! Sneijder telah hadir ke Manchester United dan berita pembeliannya akan dikeluarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Bagaimana dengan pasukan lain? Mari kita ulas sedikit walaupun ianya membazirkan megabytes aje.

1. Chelsea - Mohon seri pada perlawanan pertama. Torres masih sama. Tidak tahu menjaringkan gol. Mungkin dia hanya sesuai sebagi 'lone striker'... atau bergandingan dengan Villa Boas? Corak permainan juga masih sama. Tiada pembelian pemain yang menarik. Sementara Boas dijangka akan dipecat pada perlawanan ke 6 atau 7.

Target tahun ini dijangka tempat ke 5 dan layak ke Europa League.

2. Arsenal - Seri juga diperlawanan pertama dan mungkin dibanyak perlawanan akan datang. Jika Arsenal menang sebarang perlawanan musim ini, dikira bernasib baik, sementara mana-mana pasukan di EPL yang tidak boleh menang lawan Arsenal dianggap bebal! Lawan Arsenal pun kalah? Biar betul?

Target musim ini - sama seperti target selama 6 musim sebelumnya iaitu, kekalkan Arsene Wenger sebagai pengurus....dan dijangka berjaya!

3. Manchester City - Bakal memberi saingan hebat kepada Manchester United? chaait! Kun Aguero bakal flop. Tevez terus bising nak balik Argentina sementara Mancini akan dipecat. Ballotelli pula disahkan mempunyai otak sebesar biji kundang. Jutawan Arab Sheikh Mansour ini adalah contoh orang islam banyak duit tapi belanja ke tempat-tempat tak berfaedah kepada pembangunan islam. Rakyat Eutopia masih melarat dan kebuluran semenjak tahun 80an tetapi tidak mendapat bantuan sepatutnya. Orang islam sibuk nak buat bangunan tertinggi la, beli pemain berjuta-juta pound sterling la, sementara orang putih macam Bill Gates sibuk buat kebajikan. Apa nak jadi ni? Ini petanda apa ni?

14. Liverpool tolong sedar diri cepat. Dapat kekal di EPL lagi dah kira syukur dah tu. Sebagai pasukan yang mencintai dan mementingkan sejarah, Liverpool sepatutnya banyak belajar dari Ali Rustam. Bagaimana Ali Rustam berjaya membangunkan Melaka dari sebuah negeri penuh sejarah kepada sebuah negeri maju 2010. Mereka sepatutnya bertandang ke stadium Hang Jebat dan menentang pasukan Melaka sebagai pemanas badan, ini tidak, sibuk nak lawan Harimau Malaya!

Liverpool dan Sharbani adalah punca sebenar Harimau Malaya gagal kepusingan seterusnya Piala Dunia!

hmmm... lebih baik kita bertahajjud dari bercerita hal Liverpool.

selamat berpuasa dan jangan lupa bertarawikh dahulu sebelum tengok bola!


25

Barclays Premier League 2011-2012: The Liverpool Edition

Jannah Ahad, Ogos 14, 2011 ,
Konek!

Carutan untuk Liverpool. Sebab seri perlawanan pertama menentang Sunderland sebentar tadi.

Potong stim betul. Dah sexited berangan menang besar 3-0 bagai. Pastu boleh kau seri je.


Khabarnya separuh masa pertama Liverpool bermula konfiden dan garang, Luiz Suarez membuka buku jaringan gol untuk BPL pada minit ke 5. Dan semua geng #YNWA saya di Twitter bersorak riang.

Oh dapat nasi ayam for moreh after terawikh. Hiks.


Gol Sunderland dijaringkan oleh Sebastian Larsson. I think I found someone to look out for during Sunderland matches. Daim cake yummilicious.

Jane! Kembali pada Liverpool. Astaghfirullahalazim. Macam mana boleh leka dengan Sebastian Larsson ni.

Dari kerana mata.

Sebenarnya, jujur saya ingin menyatakan disini saya tidak bersedia dari segi mental untuk perlawanan menentang Sunderland. Tak sempat saya nak sediakan apa-apa kata semangat untuk di hantar ke @LFC di twitter. Ini kerna saya ingatkan perlawanan Liverpool menentang Sunderland adalah pada hari Ahad.

E P I C  F A I L ! ! !

Tengahari tadi di Twitter saya berkesempatan bertanya pada rakan-rakan #YNWA lain tentang apakah impian dan harapan mereka untuk Liverpool FC pada 2011/2012 ini. Berikut adalah diantara respons yang telah saya dapat.



Maaf jika ada terlepas pandang tweeps geng #YNWA lain.

Rata-rata menyatakan harapan untuk top 4 dan kelayakan ke Liga Juara Eropah. Dan mungkin Piala FA?

Harapan saya? Saya berharap Liverpool akan sentiasa maju ke hadapan dan tolong jangan biarkan keputusan seri pada malam ini menjadi petanda kayu aras untuk performasi Liverpool FC untuk game seterusnya pada masa akan datang.

Impian saya agar Liverpool terus mara, walk on through the rain, berjalan terus walaupun basah kuyup dek hujan.

Still, suck balls sungguh bila seri ni. Oh well. I take the one point over nothing at all kan?

To the best season yet! You'll Never Walk Alone!
25

Safee Sali Ke Bundesliga? Kau Biar Betul!

LuciusMaximus Khamis, Ogos 11, 2011 , ,


Gokhan Tore lawan Chris Lowe, dua pendatang baru Bundesliga yang dah rasa peritnya minggu sudah


Semalam kecoh bila pecah berita bahawa penyerang paling power dalam Harimau Malaya, Safee Sali dilaporkan telah mendapat tawaran dari sebuah kelab Bundesliga. Astro Arena telah pun mendedahkan berita ini yang dikatakan turut diakui Safee Sali sendiri. Bagaimanapun tawaran yang dikatakan itu masih di peringkat awal, katanya.

Kalau betul Safee Sali mendapat tawaran bermain di Bundesliga ini memang satu berita baik. Baik untuk Safee Sali sendiri dan bolasepak Malaysia secara umumnya. Cuma aku berharap Presiden FAM tak keluar TV buat kenyataan bijak berharap pemain Malaysia kekal di Malaysia untuk menyumbang kepada liga bolasepak tempatan macam yang pernah dibuatnya masa Safee Sali hendak ke Pelita Jaya dulu.

Macam biasa selepas pecahnya berita ini maka ramailah yang sudah mula mencongak-congak kelab Bundesliga mana yang bakal disertai Safee Sali (kalau betul berita ini). Ada yang meramal Bayern Munich, atau Borussia Dortmund, VfB Stuttgart, Bayer Leverkusen atau Schalke 04. Pendek kata semua kelab-kelab Bundesliga yang power. Tak ada siapa pula kot yang terfikir kalau tawaran itu datang dari FC Augsburg, SC Freiburg atau Borussia Monchengladbach pun sudah kira cukup kuar biasa sebenarnya.

Namun kelab yang paling disebut-sebut bakal menjadi destinasi buat Safee Sali ialah FC Koln, kelab Bundesliga berpengkalan di Cologne yang juga merupakan kelab penyerang kebangsaan Jerman, Lukas Podolski (tapi Podolski ini dah menghampiri ambang senja dalam skuad Die Mannschaft). Jika benar bagai dikata, bolehlah agaknya Safee Sali bergandingan dengan Lukas Podolski di bahagian serangan ye tak?

Tapi itu semua belum pasti lagi. Dan walaupun Bundesliga merupakan liga di mana banyak pemain luar Eropah tidak ternama diberikan tawaran bermain, ia bagaimanapun bukanlah liga cap ayam. Bundesliga memang terkenal sebagai salah satu liga yang banyak menghasilkan bintang baru bolasepak dari pemain yang langsung tidak dikenali sebelumnya. Dan siapa-siapa yang rajin layan Bundesliga pasti tahu betapa pantasnya permainan mereka. Purata pemain Bundesliga akan berlari lebih dari 10km dalam 90 minit permainan dengan corak permainan menyerang dan pesta gol yang merupakan perkara normal.

Setakat ini, kebanyakan pemain Asia dalam Bundesliga berasal dari Jepun. Antara yang paling berjaya ialah Shinji Kagawa, pemain tengah berusia 22 tahun yang Borussia Dortmund beli pada harga ciput sekitar EUR300,000 tahun lepas. Sekarang nilai Kagawa paling busuk pun EUR3,000,000 agaknya.

Aku sebenarnya kurang yakin Safee Sali ini 'Bundesliga material'. Ya kat dalam Asia Tenggara memang dia gempak tapi Asia Tenggara ni tahap mana je? Pemain Jepun boleh kot main Bundesliga tapi pemain Malaysia seekor pun tak ada yang main di J-League.

Mungkin betul Safee Sali bakal ke Bundesliga. Mungkin juga betul-betul bakal menyertai FC Koln. Atau mungkin yang sebenarnya Safee Sali dapat tawaran dari kelab 2. Bundesliga, yakni divisyen ke-2 bolasepak Jerman.

Bukan apa, Astro Arena ni duk pulun cakap 'tawaran dari kelab Bundesliga' tapi kena ingat Bundesliga ini ada 2 jenis juga.

Tapi, kalau dapat tawaran dari kelab 2. Bundesliga pun dah gempak habis sebenarnya. Suka hati engkaulah Safee Sali, yang penting kau glamer sebab benda yang bagus, bukan sebab Jejari Runcing atau Dahlia Teteck.
19

Sokernet Premier League/Liga Fantasial Sokernet

Abdul Sokernet Isnin, Ogos 08, 2011 , ,


Ya, musim bolasepak orang putih kembali lagi. Sebagai blog bolasepak 'yang mengutamakan bolasepak orang putih dari bolasepak tempatan' tersohor di Malaysia, Sokernet kali ini dengan penuh sukacita menganjurkan...

SOKERNET PREMIER LEAGUE

Ya, Sokernet Premier League adalah liga yang dibuat khusus menggunakan Fantasy Premier League untuk semua peminat-peminat Sokernet yang rasa ilmu pengurusan bolasepak mereka lebih power dari Alex Ferguson.

Format untuk liga ini adalah secara Head-to-Head dan ianya hanya terhad kepada 38 pasukan sahaja. Ya, 38 adik-adik. Jadi siapa cepat dia dapat masuk. Apa tak faham Head-to-Head? Pergi baca undang-undang kat Fantasy Premier League.

Kod untuk menyertai Sokernet Premier League ialah 1215180-278203. Sebaik saja jumlah penyertaan mencecah 38 pasukan, ianya secara automatik akan ditutup. Siapa lambat gigit jari.

Ada hadiah ke tak? Pergh kalau dah buat pertandingan macam ini mestilah ada hadiah. Tapi tunggu habis musim bolasepak orang putih bulan Mei tahun depan baru dapat hadiah. Ye la Manchester United musim lepas pun tunggu liga dah habis baru dapat hadiah.

Sekali lagi diingatkan, penyertaan untuk Sokernet Premier League terhad pada 38 pasukan saja. Dan diulang kod penyertaan ialah 1215180-278203.

Sokernet Premier League
Kod : 1215180-278203
Format : Head-to-Head
Pasukan : 38


*******************************************************************

Walaupun begitu, panitia pertandingan Sokernet agak prihatin. Terutama kepada para pembaca di luar sana yang mungkin terlambat baca entri ini kerana sibut bersolat tarawikh di masjid. Untuk tidak menghampakan harapan anda dan bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini, Sokernet dengan sukacita menganjurkan satu lagi liga yang lain.

LIGA FANTASIAL SOKERNET

Berbeza dengan liga yang disebut di atas, liga yang ini pula dijalankan secara Classic. Maknanya lebih kurang macam liga fantasi yang kita pernah main 2 musim sudah. Kalau tak faham juga format Classic ni macam mana sila baca di Fantasy Premier League.

Jumlah penyertaan untuk setiap pasukan adalah tidak terhad dan penyertaan terbuka sepanjang masa sampai Manchester United julang piala EPL dan Liverpool gigit jari bulan Mei nanti.

Macam mana nak masuk? Guna kod 1215180-278267 berikut menyertai.

Ada hadiah tak? Ya masih ada hadiah tapi bezanya hadiah untuk Liga Fantasial Sokernet ini tidak se-power hadiah Sokernet Premier League. Sebab itu nama dia fantasial.

Liga Fantasial Sokernet
Kod : 1215180-278267
Format : Classic
Pasukan : Tidak terhad
27

Diari Ramadhan Liverpool








"You must believe you are the best and then make sure you are" - Bill Shankly

Guangdong Sunray Cave 3 - 4 Liverpool

*Guangdong Sunray Cave mendapat nombor ke-11 dalam China League One musim 2010, yang merupakan divisyen ke-2 liga bolasepak China (divisyen 1 ialah China Super League)

Malaysia XI 3 - 6 Liverpool

*Malaysia XI ini proksi pasukan kebangsaan Malaysia, ranking FIFA ke-146 dan tak layak bermain dalam Piala Dunia 2014

Hull City 3 - 0 Liverpool

*Hull City mendapat nombor ke-11 dalam Football League Championship musim 2010/11, juga merupakan divisyen ke-2 liga bolasepak England

Galatasaray 3 - 0 Liverpool

*Galatasaray mendapat nombor ke-8 dalam Turkish Super League musim 2010/11

Valerenga 3 - 3 Liverpool

*Valerenga kelab Norway yang mendapat nombor ke-2 dalam Tippeligaen musim 2010

Pre-season kelab lain setakat ini:

Manchester United - 5 perlawanan, menang 5
Chelsea - 5 perlawanan, menang 5
Arsenal - 5 perlawanan, menang 2 seri 3

Macam kata Bill Shankly, you must believe you are the best and then make sure you are. Tapi tengok gaya Liverpool ni tak nampak pun diorang make sure they are the best?
9

Selamat Berpuasa Dari Blackburn Rovers

Obefiend Weiland Isnin, Ogos 01, 2011 ,
Iklan Ramadan Mereka


Terima kasih Superredpatek
34

Harimau Malaya VS Singa Temasek - 11 Perkara



6-4?! Kah kah kah! Nasib baik Raja Gelek tak ada!


Aku baru balik dari outstation di Sandakan dan Tawau, jadi memang ulasan ini terpaksa dilewatkan. Tapi celaka apa mana pergi pengulas Sokernet lain? Sibuk menyiapkan tempahan kuih raya ke?

Sebab lewat, macam biasa aku bagi ulasan gaya Tun Dr M.

1) Kalau dulu aku pernah kata Malaysia lawan Indonesia macam England lawan Jerman, maka Malaysia lawan Singapura adalah seperti England lawan Scotland. Perseteruan antara dua saudara rapat, abang dan adik dan sebagainya. Singapura macam Scotland dengan mentaliti tidak mahu kalah kepada kita walaupun jauh lebih kecil. Kita pula macam England masih dengan mentaliti mahu tunjuk siapa 'big brother' (sama macam Indonesia yang selalu fikir mereka 'Abang Long' kepada kita). Bezanya cuma Scotland masih sebahagian dari United Kingdom of Great Britain tetapi Singapura bukan lagi sebahagian dari Persekutuan Malaysia. Siapa punya kerja bangang ni?

2) Harimau Malaya kena ratah dengan Singa Temasek di Jalan Besar. Kita tak perlu salahkan padang tiruan, stadium kecil, pemain boroi dari China atau mamat pencen Yugoslavia. Harimau Malaya ada keupayaan menjaringkan gol tapi entah macam mana bab bolos gol pun sama hebatnya. Apa pun Sharbinee Allawee telah menghancurkan kepercayaan Rajagopal sama seperti Nasril Nourdin selepas dia bertindak seperti tunggul dalam 3 dari 5 gol jaringan Singa Temasek. Kembali kepada Apek!

3) Khairul Fahmi Che Mat memang mantap, apa makan Apek ni? Keupayaan beliau mengawal gawang memang patut mendapat pujian dari peminat bolasepak dan pujaan dari para gadis. Selepas cemerlang mengawal gawang Malaysia dan sekali lagi menjadi pujaan para gadis, Apek tenang memutuskan pertunangan dengan Jejari Runcing. Nora Danish dah boleh ambil nombor giliran.

4) Safee Sali memang Safee Sali, tak sia-sia Pelita Jaya beli dari Selangor. Mamat ini kalau dapat bola di kaki memang boleh bikin huru-hara, tak percaya tanya Liverpool. Tapi masalahnya Harimau Malaya terlalu berharap pada Safee Sali sebagai lone striker, yang lain semua hampeh. Dan corak taktikal kita ialah Apek tendang bola bagi Safee Sali, yang lain tidur.

5) Bila Malaysia main lone striker, Singapura pula boleh belasah twin strikers (dan kekadang corak serampang tiga mata). Qiu Li dan Aleksandar Duric senang-senang saja kucar-kacirkan pertahanan Malaysia. Bila 2 ekor Singa tua import ini dikekang, mereka ada Shi Jiayi yang muda sedikit dan lebih pantas. Barisan pertahanan kita yang muda belaka goncang dek kerana pengalaman singa-singa tua ini.

6) Aidil Zafuan. Rajagopal patut rujuk dengan Rita Rudaini tentang prestasi semasa Aidil Zafuan kerana hanya seorang isteri yang lebih arif tentang tegang atau kendurnya si suami. Akhirnya Aidil Zafuan keluar awal dan Muslim Ahmad yang pernah goyang di Jalan Besar terpaksa dimasukkan. Adakah Malaysia benar-benar ketandusan pemain pertahanan? Tidak. Kita ada Norhafiz Zamani. Ada sebab kenapa John Terry, Rio Ferdinand dan Jamie Carragher masih jadi tonggak pertahanan kelab masing-masing walau sudah berusia. Dalam bolasepak, pengalaman sahaja mampu memberikan +10 untuk pertahanan. Kalau Nando Torres sendiri goyang berdepan Norhafiz Zamani apatah lagi China perut boroir dan Yugoslavia pencen?

7) Aku perasan K Rajagopal ini dah makin banyak terikut pe'el Arsene Wenger. Nak anak harimau yang muda dan bergetah saja. Memang kita menang Piala AFF 2010 dengan anak-anak harimau ini tanpa dijangka tapi ada baiknya juga dalam perlawanan kelayakan sebegini kita selitkan barang 2 atau 3 ekor harimau veteran. Orang muda memang main laju tapi ada yang mudah gugup, berbeza dengan pemain veteran yang dah banyak makan rumput di padang bola. Kalau Harimau Malaya mahu bersaing di peringkat senior, kita perlukan beberapa ekor harimau veteran sebagai abang long. KL Gengster pun pakai abang long inikan pula Harimau Malaya?

8) Ball possession memang tak wujud dalam kamus bolasepak Malaysia agaknya. Penguasaan bola tu penting, pokoknya kalau bola di kaki pasukan kita pihak lawan tidak akan dapat berbuat apa-apa. Tapi itu hari Harimau Malaya pantang dapat bola mesti nak buat hantaran walaupun tidak ditekan lawan. Aku salahkan sekali lagi anak muda yang nak main laju dan mudah gugup.

9) Bab Singa Temasek berlakon cedera, banyak buang masa, tendang bola keluar padang dan sebagainya itu memang asam garam bolasepak di dunia sebelah sini. Ramai yang tak puas hati dengan drama swasta yang ditayangkan pemain Singapura dan aku akui memang agak keterlaluan. Tapi kita lupa agaknya setiap kali perlawanan akhir Piala Malaysia atau Piala FA, drama swasta yang sama juga kerap ditayangkan oleh pemain tempatan kita. Sama juga tahap gampang keterlaluannya. Macam aku katakan, asam garam bolasepak di dunia sebelah sini. Sebab itu bolasepak Asia Tenggara ini semuanya ke laut.

10) Satu-satunya benda positif dari perlawanan di Bukit Jalil tempoh hari ialah Stadium Nasional penuh sampaikan ada yang tak dapat masuk. Awek aku pun dengar cerita katanya terpaksa duduk atas meja nak tengok orang main bola. Kali terakhir situasi stadium penuh bila Malaysia main bola ini aku rasa berlaku masa Sukan SEA 1989 dulu, itu pun kat Stadium Merdeka. Lepas perlawanan itu Tun Dr Mahathir umum cuti keesokan harinya. Namun untuk perlawanan 28 Julai lepas di Bukit Jalil tidak ada pula cuti diumumkan. Mungkin sebab Tun Dr M tak datang tengok bola di stadium kot. Tapi bila menyentuh bab ulat tiket, tiket palsu atau tiket LRT tiba-tiba tak boleh pakai nak naik LRT, itu lumrah Malaysia kot. Bab itu FAM dan Rapid KL kena banyak muhasabah diri.

11) Sebenarnya semua situasi ini tidak akan berlaku kalau 9 Ogos 1965 dulu Tunku Abdul Rahman dan UMNO tak buat kerja bangang menendang Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia. Tanggal 28 Julai lepas di Bukit Jalil ramai yang pegang kad manila bertulis 3-0. Tapi mungkin segelintir saja yang ingat bahawa jaringan 126-0 di parlimen untuk menghalau Singapura 46 tahun dulu yang kita sangkakan sebagai kemenangan besar kita ke atas Singapura sebenarnya akan menjadi duri dalam daging kepada kita baik dari segi ekonomi, politik dan juga bolasepak. Ini namanya Ketuanan Melayu oleh UMNO? Pungkok!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...