ARKIB SOKERNET

21

Jika FAM Bubar

LuciusMaximus Isnin, Oktober 31, 2011 ,

Pada satu hari biasa biasa di mana yang tua sibuk beribadat di rumah mahu masuk syurga, yang separuh tua sibuk di pejabat mahu bayar bil, yang muda tak habis-habis berasmara kerana belum dapat dan yang kanak-kanak semakin obes di hadapan TV dan komputer, muncul satu susuk yang tidak asing lagi di kaca TV. Dengan kepala bersongkok,Sultan Bola ingin membuat satu pengumuman yang penting lagi mendebarkan. 
“Beta dengan ini mengisytiharkan Harimau Malaya dilupuskan dan semua liga bola sepak tempatan dibubar dan dihentikan serta-merta. Semua pemain bola sepak boleh balik kampung tanam jagung,” titah Sultan Bola. 
Maka terhenti terus pekerjaan seluruh rakyat Malaysia. Semuanya hairan berkerut-kerut kening tertanya-tanya. Semuanya melopong tak tentu hala. Belum dan 5 minit, semuanya sambung kerja seperti biasa.Yang beribadat - sambung bersila, yang bekerja - sambung menjenguk Facebook, yang berasmara - sambung membelek teman masing-masing dan yang kanak-kanak sambung baring sambil mengunyah. 
Pemain-pemain bola sepak yang buat-buat terkejut pula, bagai lembu pulanglah mereka ke kampung halaman masing-masing. Yang mendengar cakap pergilah dia menanam jagung. Yang pandai bercakap mulalah dia cuba-cuba menjual insurans. Dan yang banyak cakap, terus sibuk dia berpersatuan menuntut pampasan itu dan ini akibat tak pernah menyimpan. 

Mengikut catatan cerdik pandai sejarah, 25 tahun selepas kejadian 'Sultan Bola kepala bersongkok keluar TV', pasukan bola sepak Malaysia bermain hingga ke peringkat separuh akhir Piala Dunia. Beberapa bulan selepas itu, Lucius Maximus berjaya menyiapkan penulisan buku Cerita Malaysia Ke Piala Dunia. Ianya menjadi 'best seller' selama 12 bulan berturut-turut di MPH, Kinokuniya, Popular dan beberapa toko buku mamak yang lain.

Itu cerita kalau 'Sultan Bola kepala bersongkok keluar TV' untuk umum bola sepak tempatan bubar. Tapi setakat hari ini Sultan Bola sekadar keluar TV untuk umum harga tiket bola RM50 masih murah berbanding harga tiket bola di negara lain. Jadi kita tahu Malaysia memang tidak akan ke Piala Dunia walaupun dalam tempoh 25 tahun lagi.

Atas sebab itu buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia ditulis, bukan yang sebaliknya. Atas sebab itu jugalah malam ini ramai-ramai kita perlu berbondong ke Rasta TTDI pada jam 8 untuk membeli buku yang berharga RM20 senashkah ini, kerana ianya jauh lebih murah dari harga tiket bola yang dijual FAM.

Siapa yang masih ragu-ragu, masih berkira-kira atau masih belum membudayakan amalan membaca, sila beringat bahawa hanya 50 nashkah terhad buku ini dicetak!


Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia
Rasta TTDI 8 malam
RM20 senashkah

"Seperti yang dijangka, Malaysia ghairah memburu gol dan kami hanya perlu menunggu sebarang kesilapan pihak lawan untuk melancarkan serangan balas" - Carlos Alberto Perreira

"Saya telah melakukan tugas saya sebaik mungkin. Saya tidak pernah menipu sesiapa mahu pun memperdaya sesiapa juga" - Frank Lord

"Mungkin para pegawai boleh memberikan saya rehat panjang dan lupakan saja tentang Seoul" - Shebby Singh

"Korea Selatan ibarat berada di atas pokok menanti untuk gugur. Malaysia mampu menggoncang mereka hingga jatuh" - Trevor Hartley

"Dunia belum berakhir" - Sultan Bola

19

ITS ALL ABOUT PRESENTATION..

saudagar gaRAM..
Jersi Home MAS
World Best Cabin Staff
Minggu lepas masa lawan team yang kononnya harapan terakhir umat manusia, berlogo singa..konon garang..tumbang..tumbang lawan MAS..ya.maybe just 1-0.

diorang pakai lambang MAS..menang satu gol.apa juga alasan,main 10 orang ke,main 9 orang ke..kalo dah kalah,kalahlah jugak iye dak?

tapi pedulik hape..singa Aslan tu tumbang.gua mati mati ingat team brader Tony ni hebat..so,minggu ni gua hantar lawan dengan team ayam..kita tengok apa cerita..
Jersi Away Air Asia
World Best Low Cost
 minggu ni depa pakai jersi AIR ASIA. bawah sket dari MAS. lawan team chap ayam..gentar? kami kata APA ADA HAL..

AIR ASIA ni lembab sket dari MAS. takde makan makan..tempat duduk sempit
kaki pun boleh kejung pasal seat dia tak boleh nak adjust sangat..

selamba je ayam kitai bagi 3-1..apa ada hal..

Jersi ketiga..Tune Hotel
Hotel cilake takde aircond, takde tv, takde bathtub..


Nampak pasal apa?
Jersi first, nampak lebih UKay..
Jersi second, nampak lebih Malay..
Jersi ketiga, nampak lebih Maya Karin..
Sekarang, lu tau kenapa QPR kalah?
kepada model, mohon trisam..di Tune Hotel..
19

Suatu Tempat Rahsia Di England

pakkordi Ahad, Oktober 30, 2011
... burung 'throstle' telah selamat disemadikan bersama dengan beberapa mayat yang lain.


Until later, R.I.P.

#YNWA ./
7

Penyu Menangis Sokmo





Bakpo mung nak nangis?
18

Chelsea 3-5 Arsenal


"Banyak lagi ko kena belajor, orang muda," - Ferguson

"Emmmm pakcik pun apa kurangnya..." - Villa Boas


20

Senyum Soker - Sebab Nogori Monang Malam Semalam

Obefiend Weiland ,
26

CHEL53A!

LuciusMaximus ,




Untuk brader-brader Chelsea semua, boleh baca artikel berikut ini untuk sedapkan hati:



Yang mana Arsenal tu tukar Chelsea, Arsene Wenger tukar Andre Villas-Boas dan seterusnya.

Jangan gelabah. Rilek dan buat-buat biasa je. Ada orang lain dah kena sampai 6 biji, yang 8 biji pun ada.

Apa ada hal?
26

Piala Malaysia 2011

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, Oktober 29, 2011 , ,


Piala Malaysia hampir sampai ke penghujungnya malam ini. Debarannya kian terasa bagi penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu. Pasukan manakah yang akan berjaya menempah tempat ke pusingan yang paling power? Kita tunggu wisel penamat di Stadium Shah Alam malam nanti.
20

Kalau RM100 pun gua bayar...

FdausAmad Jumaat, Oktober 28, 2011

Nombor 10 vs Nombor 10

Perlawanan persahabatan antara Selangor dan Boca Juniors pada Januari 1982.

Selangor tewas dengan jaringan 1-2.


Entah berapa ringgit la tiket masuk stadium masa ni....

15

Moh kita ke Majlis Pelancaran Buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia.




Pergi tengok Final Piala Malaysia kena bayar RM50. Burger stadium rasa papan. Tapi kalau korang datang ke event ni, korang tak payah bayar se sen pun dan kami bagi makan FREE!

Berikut adalah detail Majlis:

Hari: Isnin
Tarikh: 31 Oktober 2011
Masa: 8 malam - 10 malam
Tempat: Rasta TTDI, Kolompo
Pakaian: Wajib pakai custome Helloween, siapa tak pakai, dia Liverpool.

Oh ya, harga buku adalah RM20.00. Ketika majlis ini, buku akan hanya di jual sebanyak 50 bijik sahaja. Kenapa 50 bijik? Ikut suka abang la. Jadi, sila datang cepat, tak main ye nak tempah-tempah.

Lagi satu tambahan, pihak Sokernet juga telah menerbangkan khas Lucius Maximus dari Sabah untuk membuat penampilan istimewa di majlis ini. Boleh la korang dapat sign dan bergambar serta berpelukan mesra dengan beliau, kalau tidak, kalian perlu ke Kota Kinabalu, Sabah untuk berbuat demikian, Adinda Liyana mesti suka. ik ik ik..

Akhir kata, seperti biasa, ajak la sekali kawan-kawan kalian yang lain memeriahkan majlis yang gilang gemilang ini, dan tolonglah promote sekali majlis ini kepada semua rakyat malaysia termasuklah Sultan Bola, info lanjut mengenai majlis ini di SINI.

Ok, ini betul-betul last, siapa tak datang, mak dia itam.

20

Match Preview - West Bromwich Biol vs Liverpool

pakkordi

Sabtu ini sekali lagi Liverpool - Terlalu Power (TM) akan bertemu dengan skuad burung. Kali ini burung 'throstle' pula. Orang British suka betul pada burung, macam Abdul Sokernet jugak.

Perlawanan bermula jam 12.30 pagi hari Ahad waktu Kuala Lumpur. Pertandingan mudah untuk Liverpool kali ini akan berlangsung di Stadium The Hawthorns. Kalau di stadium astro, channel Astro SuperSport 3.

Bacaannya? Dengan penyerang Shane Long yang dah masuk hospital, tugas Liverpool makin rilex. Ikat Odemwingie kemas-kemas, bentes kaki Chris Brunt keras-keras, settle. Suarez tak akan dive dah. Kalau dive pun hanya diving header untuk skor. Serius.

Ahh, malas saya nak preview banyak2 nanti ada yang kata saya cakap besar pulak. Korang tengok lah sendiri.

Ramalan: WBA (0) - (1) Liverpool (kasi chan)

#YNWA ./
22

BOIKOT!!

Jorji



Jang boikot! Tak koso Jang nak bayar RM50 untuk tengok sawah kek Stadium Shah Alam. Sawah kek kampung Jang laie elok. Ado Kobau sekali. Lagipun Jang dah kono maso Malaysia lawan Singapura baru-baru ni, Jang bayar RM50 untuk tengok suku padang. Tompek duduk takdo. Beratus manusio laki pompuan, budak dan orang tuo sosak napeh nak tengok Malaysia main tapi hampeh! Ado yang menjarap, ado yang mencangkung dan ado yang buat aksi kelawar, tergantung kaki nak dapekkan sedikit view padang, ado VIP atau FAM kesah?

Walaupun Jang akhirnya berjayo menyusupkan diri ke VIP area, tapi Jang masih tak pueh hati dengan kes yang lalu, justeru Jang nak boikot dan suka Jang nak cakap kek sini tentang kes tersebut........................................................ Lancau la lu FAM!

kredit gambar : Fesbuk dan laman sesawang FAM.
25

Daulat Tuanku!

Abdul Sokernet Khamis, Oktober 27, 2011 , ,

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah meminta penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan mengetepikan isu kenaikan harga tiket sebaliknya datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam pada Sabtu ini bagi menyokong dan membantu pasukan masing-masing dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

"Kalau dapat 80,000 orang datang adalah baik untuk kedua-dua pasukan, bukan kepada FAM"

"Kesian juga pasukan negeri-negeri telah belanja berjuta-juta untuk nak perbaiki pasukan masing-masing. Marilah kita beramai-ramai menyokong kedua-dua pasukan ini, dalam masa sama menolong menambahkan pendapatan daripada jualan tiket kepada kedua-dua pihak"

"Tinggal beberapa jam lagi nak sepak mula, takkan nak tukar" - Presiden FAM Sultan Ahmad Shah

Sumber : Bernama

Ihsan: http://semutmalaysia.blogspot.com/
22

Where Are They, Wednesday - Ronaldo (Brazil)

pakkordi Rabu, Oktober 26, 2011

Ronaldo Luís Nazário de Lima. Nama manja, Ronaldo. Selepas pemain ini jadi popular, nama ini juga jadi popular. Ramai ayah terhegeh-hegeh menamakan anak mereka Ronaldo.

Saya tak mahu bercerita tentang karier bolasepak Ronaldo kerana umum lebih tahu. Ronaldo ni pemenang anugerah Ballon d'Or sebanyak 3 kali. Menang Piala Dunia 2 kali bersama Brazil dan La Liga bersama Real Madrid bla bla bla.

Rupanya selain dari pandai main bolasepak, Ronaldo ni pandai tackle awek. Pehhhh! Tak pastilah berapa ramai awek yang kutu ni dah ayat tapi awek-awek kat bawah ni semua bekas makwe/bini Ronaldo (salah seorang itu ialah pondan yang hampir2 menjadi skandal Ronaldo. Cuba teka yang mana satu).



Bukan sahaja ramai makwe, anak dia bersepah. Yang dilahirkan oleh makwe/bini ada tiga orang. Anak yang lahirkan oleh skandal-sekejap-gila (Ronaldo pun tak angkat pot hinggalah minah tu claim anak dia adalah anak Ronaldo) ada sorang dan dilaporkan kini tinggal di Singapura bernama Alexander. Seronok lah orang Singapura ada peluang player keturunan Brazil main untuk skuad antarabangsa mereka nanti.

Kerana sudah tak larat nak buat anak, Ronaldo mengambil keputusan untuk memandulkan dirinya (vasectomy). Aduhhhhhh, senak perut saya bila baca ayat 'vasectomy' ini.

Ronaldo kini tinggal di Sao Paulo, gemuk, mandul dan masih menjadi salah seorang pemilik francais A1 Team Brazil yang bertanding di A1 Grand Prix (saya pun tak pasti A1 GP ni ada lagi atau tidak kerana masalah kewangan).

Ronaldo - Kerja ko bola, seks, makwe, bini, dapat anak halal, buat anak haram dan last sekali, mandul.
70

QPR 1 - Chelsea 0

pakkordi Isnin, Oktober 24, 2011

"It's the third time in row where a referee has directly influenced the result for us and we're not happy with this. In three games there have been blatant refereeing mistakes. I'm very disappointed with Chris' performance. With nine players we kept our emotions very well. Chris and his team managed to play an emotional game and they conceded to the crowd and committed tremendous mistakes."

- Andre Villas Boas (the so-called tactical genius yang nama macam ular). Read original article here.

Third time in row?

Oct 15th: Chelsea (3) vs Everton (1)

Oct 2nd: Bolton (1) vs Chelsea (5)

Apa anda cuba cakap ni Villas Boas?

P/S: Kejap lagi ada lah kutu nama "Lion-O (Thundercats)" mengaum. Apahal nak kena ada '(thundercats)', saya pun tak tahu.
34

Lagu Minggu Ini






Lama betul rasanya takde orang letak lagu dekat Sokernet. Ini lagu biasanya untuk peminat bersamamu Liverpool, tapi kali ini abang nak ajak Jorji, Fdaus Ahmad, Nazri, Lucius Maximus dan Obefiend nyanyikan lagu ini bersama-sama.

Oh ya, fan2 Selangor pun bolehlah tumpang sekaki sekali ye.
68

Follow me and Manchester United

Apo berlaku?

Dah ghayo ko?

Apa perangai orang lain yang beraya, orang lain pulak yang suko lebih-lebih ni? P.Maniam rilek aje di FAS. Masih berkerja macam biasa, takda bising-bising pun? Superstar Rajnikanth juga belum naik hangin lagi. Semuanya tenang tapi kenapa dengan segelintir manusia ini? Jangan buat hal abang-abang sekelian, Deepavali disambut hari Rabu ini, jadi bawa bertenang.

Manchester United kalah? Itu biasolah. Adat pertandingan, ada yang menang, ada yang Liverpool. Takkan asyik menang aje, mesti la pertandingan menjadi bosan, orang pun tak mahu tonton lagi. Kalah 1-0 atau 2-0 memang pedih, tapi kalau 6-1 terus jadi tabah dan redha.

Peminat Manchester United menerima kekalahan kepada Man City dengan tabah. Man City bermain lebih baik, sementara Manchester United nampak seperti salah percaturan dan tidak kemas. Tiada percubaan merbahaya dilakukan oleh Manchester United sementara Man City, dari 8 percubaan 'on target' menghasilkan 6 gol. Semenjak 37 tahun, 48 thropy dan 2,062 perlawanan, adatlah kalau kalah sekali macam ini.

Justeru, Manchester United layak kalah dengan teruk.

Sekonyong-konyong wisel penamat dibunyikan, laman fesbuk dan twitter bagai dilanggar orang mabuk todi. Ianya sangat menghiburkan! Aku yakin ramai peminat Manchester United diasak bertubi-tubi dan juga yakin tiada dari mereka yang 'melompat' melatah tak tentu arah. Semua cool kan? Sebab kita kalah besar beb! Nak lawan camna lagi? Terima aje lah.

Kekalahan mengajar kita tentang tingginya langit dan kerasnya bumi. Sesekali
kita patut belajar dari The Kops bagaimana mahu menjadi penyokong yang tabah. Tabah dihina dan dicaci. Tabah menerima kekalahan demi kekalahan. Tabah secara sementara la, jangan asyik tabah aje selama 20 tahun. Ejas-ejas la sikit ok Devils?

Kalau tak tau jugak, tanya pengacara Scoreboard, Encik Tabah Sazwan.

Hi Devils

Tapi, walaubagaimanapun Devils sekelian, kita harus berbangga menjadi penyokong Manchester United. Sekurang-kurangnya kita selalu orgasm bersama apabila melihat pasukan Manchester United menang bergaya. Kita klimaks bersama-sama bila Rooney hattrick dan bila kalah, kita juga harus tenang bersama.

Itu adalah lebih baik dari hanya mampu orgasm dengan melihat pasukan orang lain menang. Terklimaks bila lihat Manchester United dikalahkan. Kerana perbuatan hina sebegitu umpama seorang lelaki yang tidak berjaya dipuaskan dengan keupayaan sendiri. Bagaikan mengharap lelaki lain memuaskan ...ahh, tak sanggup aku nak habiskan ayat ni. Saintifiknya, IMPOTENCE!

Oh Tuhanku.

bawakla berubat

Manchester United akan kembali. Tak perlu aku ceritakan lebih terperinci. Semua umat manusia dah tau. Ianya bukan hal rahsia lagi. Kalau IMPOTENCE baru la rahsia.


Kem Manchester United mengucapkan Happy Diwali

Follow me on twitter _jorji dan kita orgasm bersama.
Cheers!
34

QPR 1-0 Chelsea

Pipiyapong Abdillah Hamzah ,
"Keh keh keh kalah Chelsea malam ni keh keh keh! - Wenger
"Hehehe..." - Ferguson
"Eh ko macam tak berapa masuk je aku kutuk Chelsea ni... - Wenger
52

M6nch6st6r Unit6d

Pipiyapong Abdillah Hamzah Ahad, Oktober 23, 2011 , ,
'Kekesalan dan kekecewaan seorang ayah'


'Air mata seorang ayah'



Sementara itu di Emirates, Arsenal selesa dengan kemenangan 3-1 sebagai TUAN RUMAH.
22

Tahukah Anda Logo Baru Manchester City?



Manchester 6ity!


Ada apa hal?



20

Terima kasih Mario Balotelli




Terima kasih Mario Balotelli kerana akhirnya ada juga hari yang boleh kami raikan season ini. Kirim salam pada Aguero, Edin Dzeko, David Silva dan tak lupa juga pada Mancini.

Yang benar,
The Kop

P/s: YNWA

41

Manchester Power!



Manchester 6 - Manchester 1

MUFC Arsenal! Babi!


Sila menganjing di ruangan komen.

15

Misi 33 Yang Power!



18

Liverpool 1-1 Norwich City






"There are people questioning Luis Suárez’s integrity but it is their integrity that needs questioning" 
- Kenny Dalglish
41

Liverpool Terpijak Kulit Pisang

pakkordi
Hoi!

Sebagai pasukan yang power, popular dan disegani, keputusan seri agak sukar untuk saya terima. Pasukan smurf (S) dan (U), Manure dan skuad tadika boleh lah terima keputusan seri. Bukan Liverpool. Kami ada ... 'kwan'.

Tahniah kepada skuad kenari mat saleh yang berjaya menyekat Liverpool dari memungut mata penuh di Anfield.

Pertahanan Norwich City bermati-matian menahan asakan Liverpool dengan mengunakan dada, perut dan 'crotch'. Seperti ManUtd, Norwich City yang hampir menjadi lauk berjaya menjaringkan gol nasib.

Sekali lagi, penguasaan dan peluang yang dihasilkan Liverpool gagal disudahi. Apabila berjaya menewaskan penjaga gol, tiang gol pulak buat hal. Bukan sekali, tapi lebih dari sekali! Nampaknya sumpahan k*n#k si Abdul ni sudah mula membuahkan z*k*r.

Walau bagaimana pun saya tetap berpuashati dengan permainan yang ditunjukkan oleh pemain yang berjaya membuka banyak ruang dan peluang untuk skor. Cuma Steven Gerrard dan Glenn Johnson nampak sedikit pancit dihujung perlawanan. 2-3 game lagi match-fit lah tu. Mengikut kata ketua fisio di Anfield, 19 November adalah tarikh semua player 100 peratus cergas.

Hoi!

#YNWA ./
9

Abang Perancis

LuciusMaximus Sabtu, Oktober 22, 2011 ,









Untuk perlawanan Piala Dunia Ragbi 2011, aku dah sedia dengan jersi zaman 2007, walaupun tahu tanpa Sebastien Chabal susah Les Bleus nak kalahkan All Blacks.

Tapi ada ada hal? Kalau asyik nak sokong All Blacks tak ada thrill bak kata orang. Sama macam sokong Liverpool, sokong sebab dulu-dulu kelab ni power katanya.
30

Musuhnya Habis Binaso! -- HIMPUN 1 Juta Jang di 'This is Paroi'.

Jorji Jumaat, Oktober 21, 2011 ,

Janggggg.... oooo Janggg..
Mano pulak poie Ujang tadi?

Tak mungkin Jang nak poie rumah Najib tengok bola Manchester City lawan Manchester United. Menghabihkan boreh yo!

Pak Ajib montang-montang pasukan dio tak main Pialo Malaysia, sikit dio tak sensitif kek 'akar umbi' Jang yang akan bertarung malam tu. Dio ajak eh orang datang rumah dio tengok bola penjajah. Apo nak jadi ni? Kalau Jang kalah malam esok, Jang nak ajak 1juta rakyat Jang keluar parti dan hidupkan semulo Semangat 46.

Tapi sobab Pak Ajib support Manchester United, Jang maapkan.

Jang gentar tiada!

Berbalik ke This is Paroi. Jang nak soru semua Jang-Jang yang dah sunat untuk datang ponuhkan STAR esok malam. Kito bukan nak bagi gorun kek T-Team. Mereka sumo dah gorun dah! Kito sajo nak ambil feel, berlatih untuk game final nanti. Dongar eh ado surprise esok kek STAR, so kalau nak tau apo bondo eh, datang la malam esok. Jang bagi klu sikit, kok nak ghaso feel bolasepak sebonar ala San Siro, datang!

Nanti jangan koba Jang tak cakap pulak!
Tiket macam biaso Parlimen Ghombau sponsor.

Haaa.. jamah la nasi Dagang tu, Jang tompah cukup untuk 45 ribu rakyat Jang yang akan berhimpun kek Stadium Paroi malam esok. Kito berhimpun kek Paroi dulu la, esok final baru kito berhimpun kek stadium Misinya Hanya 33 di Shah Alam. kuikuikui.


Terimo kasih Katering Jarr untuk Nasi Dagang ni.

Budu pun Jang hirup macam sirap, ini pulak nasi dagang ikang tongkol tak bertulang T-Team Mung ni. Haaa...mari!

Hobin Jang Hobin!
Jang ultra Jang!

p/s : Penyu menangis, siapa yang tahu?
29

Match Preview - Liverpool vs Norwich City

pakkordi
Hey!

Pasukan Liverpool akan membelasah Norwich City di Anfield jam 12.30 pagi Ahad waktu Malaysia.

Saya tak berapa tahu pasukan Norwich City ini kecuali fakta yang dahulu Proton pernah sponsor mereka sekejap. Last saya tengok game diorang ialah ketika sorotan perlawanan EPL baru-baru ini dimana Norwich ayamkan ManUtd dan memperolehi banyak peluang menjaringkan gol di Old Trafford tapi sebab nasib, ManUtd menang.

Selain dari itu, saya juga tahu bahawa pasukan Norwich City dikenali sebagai 'The Canaries'.

Burung kenari yang agak merbahaya dan liar ialah Grant Holt dan Anthony Pilkington. Kenari dari Wales dengan nama Steve Morison tu pun boleh tahan ganas. Tapi ganas yang terkawal. Memang la Johnny Evans dan 'David' Jones kelam-kabut nak kawal penyerang kenari tempoh hari sebab diorang tu pemain pertahanan yang sayur. Ni Liverpool bro. This is Anfield. Defend tip-top.

Batu jemala patik rasakan Sebastian Coates akan start untuk Liverpool kali ini. Bellamy dan Carroll pula akan berada dihadapan. Suarez akan direhatkan kerana penat jadi 'diver' sambil berzikir 'nigger' 60 kali seminit minggu lepas. Gerrard seperti biasa akan mengawal semua pergerakan diatas padang hatta pergerakan pengadil pun dia akan kawal. Hey! Terer sungguh kapten kita kawan-kawan.



Holohh holohhh. Comelnya burung-burung kenari ni.

Ramalan: Liverpool 3 Norwich City 0.

#YNWA ./
123

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia







Abang nak tanya ni, kalau buku ni keluar, korang dok pung pang pung pang kat sini terutama yang sokong Liverpool tu, nak beli ke tak?

Itu je. Sila tinggalkan jawapan di ruangan komen atau sila pergi mati.


p/s: Cukup 100 orang kata nak beli, baru buku ini akan diterbitkan. Sekian, harap maklum. Majulah sirap untuk negara. -> tak kelakar.
40

Orang Lain Main Midweek Ko Pun Nak Main Midweek!

Abdul Sokernet Rabu, Oktober 19, 2011 ,



Abang nak pesan sikit, midweek game ni kelab-kelab power Eropah je yang boleh main. Kelab macam Wigan, Wolves dan Liverpool dinasihatkan duduk diam dan kumpul tenaga untuk beri cabaran pada kelab power hujung minggu nanti.

Tu je abang nak pesan.
16

Where Are They, Wednesday - Andrés Escobar

pakkordi

Andrés Escobar Saldarriaga ialah seorang bekas pemain bolasepak kebangsaan Colombia.

Beliau merupakan seorang pemain pertahanan yang hebat. Mula mewakili Colombia pada tahun 1988 dan pada tahun 1994, Escobar bermain untuk pasukan Colombia yang telah melayakkan diri ke pertandingan akhir piala dunia di Amerika Syarikat dengan rekod kelayakan cemerlang, menundukkan Argentina 5-0 di Buenos Aires, seterusnya menjadikan Colombia antara pasukan pilihan untuk menang di USA 1994.

Andrés Escobar hanya pernah sekali menjaringkan gol untuk Colombia iaitu didalam perlawanan persahabatan dengan England di Wembley. Malangnya, Escobar tidak dikenangi kerana jaringan beliau di Wembley itu tetapi jaringan gol sendirinya menentang USA di piala dunia 1994. USA menang 2-1 dan mengakibatkan Colombia gagal ke pusingan kedua.





Anak saudara Escobar bernama Felipe yang menyaksikan gol sendiri pakciknya itu secara langsung dikaca televisyen terus berkata kepada ibunya, "mereka akan membunuh Andres."

Benar kata Felipe. Sepuluh hari kemudian, seorang lelaki bernama Humberto Castro Muñoz (gambar dibawah) telah menembak Escobar sebanyak 12 kali di bandar Medellin, Colombia dan untuk setiap tembakan, Muñoz berteriak, "Gol!". Pembunuhan Escobar ada kaitan dengan kekalahan judi jumlah besar puak-puak gangster di Colombia.




Escobar pernah berkata bahawa beliau sukakan sukan bolasepak kerana tidak seperti sukan lawan lembu (bullfighting), pemain tidak akan mati. Alangkah ironinya.

Di Malaysia ini kalau pasukan negara kalah 5-0, kena kutuk sahaja. Itu pun ada yang melenting.

Andrés Escobar - in his case, football is a matter of life and death.

(Sumber: wiki, footballblog.co.uk)
36

Mungkin kah?

FdausAmad Selasa, Oktober 18, 2011 ,


Malaysia layak kali ke 2 ke sukan Olimpik 1980 di Moscow. Pada ketika itu Harimau Malaya dibarisi antaranya oleh Santokh Singh, James Wong, Hassan Sani, Khalid Ali dan R.Arumugam. Namun atas faktor politik, hasrat ke Moscow tidak kesampaian. Ini berakar dari semangat solidariti negara Malaysia yang turut menyertai beberapa negara lain mem-boycott sukan Olimpik Moscow dalam protes penaklukan Soviet Union ke atas Afghanistan. Sejarah yang satu ini akan tetap kita semua ingat, buat bekalan bercerita di masa hadapan.

Namun sejarah bolasepak kita tidak terhenti di situ, kesinambungannya masih membakar dengan tahun tahun berikutnya muncul pula legenda SuperMokh - Mokhtar Dahari, yang menerajui pasukan Harimau Malaya membenam Arsenal, juga membawa pasukan Malaysia seri dengan pasukan England B. Negara juga pada masa yang lebih kurang sama turut memiliki permata bolasepak lain seperti K Rajagopal, Yip Chee Keong, K. Kanaraju dan Abdullah Ali.

Bukan setakat itu, di suatu masa dahulu, pemain kelahiran Malaysia seperti Wong Kam Fook, Chow Chee Keong dan Lim Fung Kee turut bermain dalam liga professional Hong Kong!. Perlukan kita sebut juga tentang Lim Teong Kim yang bermain di Hertha Berlin??.
Semuanya Power!!

Masa menganjak ke hadapan dan seterusnya teraju bolasepak negara diambil alih pula oleh wira sukan SEA 1989, Wong Hung Nung, Zainal Abidin Hassan, Serbegeth Singh dan Rashid hassan antaranya.

Sekarang mari kita anjak pula masa terus ke belakang,
Bermula dari era 1950'an dan awal 1960'an.
Ketika ini barisan Harimau Malaya megah dibarisi oleh Edwin Dutton, Robert Choe, G. Govindaraju, Stanley Gabriel, Arthur Koh dan seorang manusia power bernama Abdul Ghani Minhat. Abdul Ghani, yang memegang gelaran Raja Bola bersama rakan sepasukan ketika itu adalah Harimau sebenar yang ngauman mereka di atas padang sangat ditunggu oleh rakyat Malaysia di corong corong radio.

Lapis ke dua pemain negara menyaksikan kehebatan Abdullah bersaudara - Namat dan Shaharudin, N.Thanabalan, Zulkifli Norbit, Wong Fook Chuan bersama ketua pasukan berwibawa Abdullah Nordin, mereka membawa negara ke penanda aras dan mercu kehebatan bolasepak Malaysia dengan memenangi kejuaran Piala Merdeka pada tahun 1968. Perlawanan akhir antara pasukan Malaysia menentang Burma yang ketika itu diterajui oleh the imfamous Suk Bahadur, menyaksikan kita menang selesa dengan jaringan 3-0.

Bersama momentum yang masih membara, perjalanan bolasepak Malaysia sekali lagi menempa sejarah dengan melayakkan diri ke sukan olimpik Munich 1972. Ketika ini gua boleh gerenti abah abah kita sangat konfiden yang 10 atau paling lama pun 20 tahun lagi Malaysia akan tampil memberi saingan di pusingan akhir Piala Dunia. Pity to you abah!

Di Munich, kita dibarisi pula oleh Lim Fung Kee, Wan Zawawi, Soh Chin Aun, Dell Akhbar, Wong Choon Wah, Bahwandi Hiralal dan seorang lagi manusia power M.Chandran. Kepoweran pasukan Malaysia masa ni dibuktikan apabila kita boleh tapau Korea Selatan, Jepun, Taiwan dan Filipina yang seterusnya melayakkan kita beraksi di sukan Olimpik Munich 1972. Dan tahukah anda, walaupun kita tak menang Olimpik 1972 tapi kita dapat tapau USA 3-0?, Puas hati ke tak puas hati??,

Persoalan paling besar sekarang, apa benda mesej yang gua nak sampaikan ni?, adakah mesej supaya kita mengenang sejarah macam Liverpool?, atau mesej supaya kita sedar yang dulu bola kita pernah power gila macam Manchester United sekarang?, Yaa..antara mesejnya benda benda tu lah, tapi itu bukan mesej sebenar.

Mesej sebenar yang gua cuba sampaikan ialah MUNGKINKAH...untuk membina pasukan Malaysia sekarang supaya setara, atau lebih dihormati dari pasukan Malaysia terdahlu, kita perlu memiliki semula pemain pemain pelbagai bangsa dan agama dalam satu pasukan seimbang terdiri dari Melayu, Cina, India, Sikh, Eurasian, atau Gurkha sekalipun??

The Truly 1Malaysia line up.

Bukan seperti pasukan sekarang yang terdiri dari pasukan Melayu dan S.Kunalan semata mata.

MUNGKINKAH?

Racist kah gua?,

42

27 Ogos 1972: Jerman Barat 3-0 Malaysia

LuciusMaximus Isnin, Oktober 17, 2011 , ,


Jersi hitam kuning Harimau Malaya dan hitam putih Die Mannschaft di dalam satu padang - Benda yang mungkin kita tidak akan dapat lihat lagi seumur hidup kita


Sabtu malam Ahad lepas, ketika rakyat Malaysia masih sibuk berbincang kenapa Alex Ferguson tidak masukkan Rooney dan Chicharito dari awal, atau benarkah Evra dan Suarez mengeji satu sama lain, atau mungkinkah Giggs sayang 'telor' dan sama ada tendangan gol Gerrard adalah genius atau tidak disengajakan, sambil pada masa yang sama berkemungkinan pula melayan perlawanan Manchester City dan Aston Villa, RTM melalui TV1 dengan senyap-senyap menayangkan satu perlawanan bolasepak klasik.

Siaran perlawanan 39 tahun sudah itu adalah pertemuan di antara Jerman Barat (sekarang Jerman) dan Malaysia dalam Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman Barat. Menurut dari rakaman klasik RTM tersebut, siaran ini adalah 'siaran terus menerus TV Malaysia dari Munich melalui satelait bumi Kuantan'. Satelit (satelait ini ejaan lama) bumi Kuantan terletak berdekatan pantai Beserah, mula dibina pada 1967 dan siap sepenuhnya pada 4 April 1970 dengan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Kalau tidak kerana 'satelait bumi Kuantan' ini memang tidak dapat abah-abah kita dulu nak layan bolasepak Olimpik 1972.

'Satelait bumi Kuantan' ini juga bolehlah dikira satu-satunya sumbangan negeri Pahang terhadap bolasepak Malaysia. Sultan Bola dan Pipiyapong pula bukanlah sumbangan tetapi lebih kepada sumbang mahram terhadap bolasepak Malaysia.

Satu-satunya sumbangan Pahang terhadap bolasepak Malaysia

Pertemuan Jerman Barat dan Malaysia berlangsung pada 27 Ogos 1972 di Olympiastadion Munich. Olympiastadion Munich ini memang dibuat khusus untuk Sukan Olimpik, siap sepenuhnya pada 26 Mei 1972. Walaupun bukan perlawanan bolasepak pertama, tetapi pertemuan Jerman Barat dan Malaysia boleh dikira sebagai perlawanan kompetitif pertama di stadium keramat ini. Keramat kerana dua tahun selepas Olimpik, Jerman Barat menjulang Piala Dunia 1974 di Olympiastadion Munich dengan menewaskan Belanda 2-1.

Olympiastadion Munich - Malaysia lawan kompetitif pertama Jerman di stadium keramat ini

Perlawanan Jerman Barat dan Malaysia dihadiri lebih kurang 60,000 penonton di stadium dan disiarkan secara langsung ke serata dunia. Armando Marques dari Brazil menjadi pengadil perlawanan. Arbitro brasileiro ini bagi siapa yang tidak tahu merupakan pengadil paling tersohor dan kontroversi dalam sejarah bolasepak Brazil. Bahawa perlawanan Malaysia pernah diadili oleh pengadil lagenda Brazil adalah juga satu penghormatan.

Satu-satunya pengadil Brazil yang pernah ditulis buku tentang kariernya - O Mito (The Myth)

Bolasepak Olimpik zaman itu terbuka hanya untuk pemain bertaraf amatur. Jadi pasukan Jerman Barat yang berdepan Malaysia dibarisi oleh pemain amatur. Pun begitu ada dari mereka yang kemudiannya muncul pemain profesional dan kebangsaan Jerman, seperti Ronald Worm (MSV Duisburg), Manfred Kaltz (Hamburger SV) dan Uli Hoeness (Bayern Munich), sementara Ottmar Hitzfeld (FC Basel) pula kini dikenali sebagai antara pengurus bolasepak terbaik Eropah. Apa ada hal, pemain kita zaman itu pun semuanya amatur juga.

Malaysia di bawah kendalian jurulatih Jalil Che Din bermain dengan yakin dan tidak goyah sekali pun di stadium yang padat dengan mamat dan minah Jerman. Menjaga gawang ialah Wong Kam Fook yang cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya Jerman Barat ("Wong Kam Fook melentik sungguh cantik tadi menyelamatkan bola"). Barisan pertahanan dengan tonggak utamanya Soh Chin Aun dan Namat Abdullah tidak teragak untuk menghalang sebarang cubaan membawa bola masuk ke dalam kotak penalti Malaysia sementara Abdullah Othman dan Mohammed Chandran cemerlang sebagai fullback yang menyokong jentera serangan.

Namat Abdullah & Soh Chin Aun - Jaket Namat Abdullah tu, siapa ada memang boleh jual harga RM10,000 di eBay

Malaysia mengekang Jerman Barat tanpa sebarang jaringan dalam separuh masa pertama. "Para penonton tidak berpuas hati dengan cara permainan Jerman Barat," kata pengulas RTM. Malaysia juga sekali-sekala mengasak pertahanan Jerman Barat, khususnya bila Looi Loon Teik dimasukkan pada minit ke-61 dan banyak mengkucar-kacirkan pertahanan lawan di sebelah kanan.

Pun begitu Malaysia berdepan beberapa kesukaran, khususnya ketika merebut bola di udara. Seperti kata pengulas, "hantaran lambung tapi sayang pemain Jerman lebih tinggi" dan "Salleh menggelecek bola itu depan pintu gol Jerman Barat, hantaran tapi pemain kita susah mendapat bola tinggi". Faktor fizikal menjadi penghalang utama. Juga masalah rumput yang berbeza, seperti kata pengulas "rumput di sini lebih tebal dari rumput di Malaysia, sepakan leret mestilah kuat", menghalang Malaysia dari bermain hantaran pendek.

Jerman Barat akhirnya berjaya menggunakan kelebihan mereka dan mula menghasilkan gol melalui Ronald Worm (56), Juergen Kalb (71) dan Rudolf Seliger (82). Malaysia beberapa kali cuba bangkit, Mohammed Chandran bermain secara lebih ofensif sambil Wan Zawawi dan Hamzah Hussein (yang masuk menggantikan Wong Choon Wah) banyak mengkucar-kacirkan pertahanan Jerman Barat. Malahan pada satu masa pemain Malaysia mampu melakukan 10 hantaran satu sama lain di tepi kotak penalti lawan! Jerman Barat bernasib baik kerana bolasepak zaman itu membenarkan back-pass kepada penjaga gol, maka seperti biasa mereka menggunakannya untuk membuang masa.

Soh Chin Aun - Tidak sayangkan telor macam Ryan Giggs

Walaupun kalah, secara keseluruhan permainan Malaysia di Olimpik 1972 ini aku berani katakan 100 kali lebih bagus dari permainan Malaysia hari ini. Pakcik-pakcik 1972 ini nampaknya tahu apa itu istilah 'penguasaan bola' dan 'hantaran tepat'. Ada kalanya mereka bermain satu unit, menyerang dan bertahan secara bersama. Sampaikan aku merasakan bahawa Total Football sebenarnya dicipta oleh Malaysia (dua tahun kemudian di Olympiastadion Munich, Belanda menunjukkan permainan yang serupa dalam Piala Dunia). Yang pasti penyakit seperti 'tendang ikut arah telor' memang tidak wujud di kalangan pemain.

Begitu juga dengan mutu ulasan oleh pengulas zaman itu yang aku tidak tahu namanya. Yang pasti beliau mengulas dengan tenang dan tidak merapu. Setiap perkataan dan ayat disebut dengan jelas, setiap aksi diperincikan sebaik mungkin. Tak macam ulasan merapu Astro Arena.

Skuad Malaysia yang terbang ke Munich turut membawa bersama mereka seekor anak harimau milik Zoo Negara bernama Tuah II.  Tuah II adalah maskot dan haiwan peliharaan skuad Malaysia. Selesai Olimpik 1972, Tuah II telah dihadiahkan kepada Zoo Munich.

Pemain Malaysia dulu bawa harimau, pemain Malaysia sekarang?

Bagi aku, perlawanan Jerman Barat-Malaysia dalam Olimpik 1972 ini bukan sekadar bolasepak klasik, tapi satu kemuncak sejarah penting negara. 27 Ogos 1972 ini adalah tarikh keramat, Malaysia menentang kuasa besar bolasepak dunia. Kita kena sedar, hari ini mustahil sudah untuk Malaysia bermain menentang Jerman dalam bolasepak. Dan jika sekalipun itu berlaku janganlah harap kita mampu sekadar tewas 3-0, kerana silap-silap kita boleh dilauk 30-0 kalau dinilai dari mutu bolasepak kita dan Jerman hari ini!

p/s: Dah habis perlawanan klasik ini barulah aku pergi layan Chelsea lawan Everton. Aku tengok gaya permainan Everton pun tak hebat macam Malaysia di Olimpik 1972. Apa ada hal?
32

I Am David Jones






Nama: David Jones
 Tempat Lahir: Southport, England
Tarikh Lahir: 4 November 1984
Posisi Kegemaran: Tengah (dan tepi sikit-sikit)
Pemain Idola: Eric 'The King' Cantona
Pemain Paling Dibenci: Luis 'Arnab Terjun' Suarez
Kelab: Manchester United (2003-2007)
Pencapaian Terbaik: Menjuarai Premier Reserve League 2004/05

Abang berbangga ada adik macam top_ace7 yang minat bola bukan setakat nak tengok divers of the world unite and take over. Adik top_ace7 ni bukti peminat bola yang kenal semua pemain termasuk yang kurang femes. Bukan macam peminat Liverpool, tak habis-habis yang diorang kenal Gerrard, Suarez dengan King Konek.
25

Luis Suarez rasis? hek eleh

MDM FARAH FAIZURA


Apa sebenarnya yang terjadi antara Evra dan Luis? Saya sebagai rakyat 1Malaysia nasi lemak 2.0 sangat tidak menyokong rasis. Jadi semalam pada hari Ahad, saya berkesempatan berbual dengan Luis dan bertanya apa sebenarnya yang terjadi.

Aku : Memang ada kutuk dia hitam legam?



Luis : Mana ada. Mana ada.

Aku : Kutuk dia monyet?



Luis : Mana ada. Mana ada.

Aku : Kutuk dia makan pisang?



Luis : Lagilah tidak.

Aku : Ok, apsal dia cakap kau rasis.

Luis pandang kiri, pandang kanan, selepas itu dia bisik, “Sebenarnya, hari tu aku tengah bosan tunggu bola nak pasing kat aku. Biasa la kalau bosan. Aku pun nyanyilah lagu 'Kuda hitam aduh, kuda hitam, kuda hitam berbahaya.' Tapi aku translate lah bahasa omputih. Tapi kau pun tahu, aku mana pandai sangat cakap omputih, aku pun direct translate, “'Black Horse goodness, dark horsedark horse dangerous.'.

Aku : (tergamam kejap) Itu pun rasis?

Luis : Sebenarnya, selepas aku nyanyi lagu kuda hitam, aku berpantun pulak. the black-black spots mangosteen, more considered more sweet .

Aku : Apa tuh?

Luis : Hitam-hitam si tompok manggis, semakin dipandang bertambah manis. YNWA!

Aku : hek eleh. itu pun nak rasis ke. Terima kasih, dan YNWA.

Luis : Liverpool power!

Aku : Ya, power!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...