ARKIB SOKERNET

15

Kecewa Dengan Ultras Malaya?

Abdul Sokernet Rabu, November 30, 2011


El término barra brava se emplea en América Latina para designar a aquellos grupos organizados dentro de una hinchada, respecto de un club de fútbol, que se caracterizan por producir diversos incidentes violentos, dentro y fuera del estadio de futbol.
14

Chelsea Muda vs Liverpool Muda

pakkordi

Perlawanan suku-akhir piala budak-budak pagi tadi yang memang tidak ada sebarang inisiatif selain dari hanya menjaga maruah kelab, Chelsea Muda jadi lauk kepada Liverpool Muda.

Kalau barisan yang sama menggalas tanggungjawab mengharumkan nama kelab dalam tempoh 2-3 tahun akan datang, Chelsea seperti 'Harimau Malaya' jelas tiada harapan. Arsenal Muda? Heh heh.

Apa nak jadi dengan Andre Villas Boas? Dimanakah pula patut diletakkan 'bana sakti' untuk edisi kali ini kawan kawan ultra kops sekalian?

#YNWA ./
28

Arsenal 0-1 Manchester City

Pipiyapong Abdillah Hamzah , , ,



"Walaupun kalah 1-0, kami semua berpuas hati dengan permainan, kesungguhan dan kualiti yang ditunjukkan oleh pasukan muda kami!!!" jerit para penyokong Arsenal hampir serentak di London.


Sementara itu di Kuala Lumpur,


"Kami pun puas hati walaupun kalah dan passing bola berterabur!!!" jerit Ultras Malaya beramai-ramai juga hampir serentak.

"Errr... semua puas hati, aku pun puas hati juga la," celah brader baju kuning barisan hadapan 3 dari kanan sambil terkelip-kelip mata pandang keliling.


28

Carling Cup: Chelsea 0-2 Liverpool

LuciusMaximus ,



King: Kahkahkah! Kalah lagi!
Nando: Hehe...


Sementara itu sekumpulan peminat Chelsea (ke penyokong?) didapati meninggalkan Stamford Bridge terlebih awal sebelum wisel penamat ditiup. Harap kumpulan Ultra Chelsea tak akan buat tuduhan mereka yang blah awal sebagai tidak patriotik.








Sementara itu di The Emirates, pasukan kedua Arsenal kalah tipis kepada pasukan kelima Manchester City.
34

Si Bongok dengan Team bangang

pakkordi Selasa, November 29, 2011
Ok, cukuplah dengan Ultras dan bana buat masa ni. Sambung dengan kes bongok & bangang semula.


Macamana lah budak bongok ni boleh score dua gol main away lawan team bangang dari manchester tu hari?

Memang sah team kena enam bijik tu team bangang.
86

Ultra Bangang

Pipiyapong Abdillah Hamzah
Bola sepak tidak memerlukan Ultra, Ultras, Ultraman, Ultimate Warrior, Ultra Racing dan sebagainya. Ia hanya memerlukan penyokong yang jujur untuk menyatakan bangang bila melihat kebangangan di atas padang. Ia hanya memerlukan penyokong yang berdebar-debar apabila melihat Fakri terhangguk-hangguk berlari, penyokong yang tersenyum melihat Khairul Fahmi menangkap bola cermat, penyokong yang ketawa mata bergenang apabila melihat Bahrain menjaringkan 3 gol dalam masa singkat, penyokong yang terkinja-kinja bila Nazmi melemparkan senyuman madu, penyokong yang berani balik awal kerana sudah la hati panas apahal pula nak panas hati bersesak sesak keluar lambat dengan jem bagai dan penyokong yang menguap melihat pemain tergaru-garu di dalam padang. Ya, bola sepak memerlukan perasaan dan atmosfera ini semua.

Bola sepak tidak memerlukan robot bangang dengan kuasa bateri 90 minit.





"Seorang pemain bola sepak sejati tidak akan pernah peduli berapa ramai 'Ultras' yang bertempik di sekeliling mereka, mereka hanya peka pada berapa ramai makwe menjerit memanggil nama mereka."



Notakaki: Logo tu tak berapa perfect. Nanti la aku touch up balik. Lagi satu Stadium Nasional Bukit Jalil harus ditukar nama. Jalil ni kutu mana?
191

Cerita Malaysia Kempunan Olimpik

LuciusMaximus Isnin, November 28, 2011 , ,




Ong Kim Swee kata, "saya tak tahu nak cakap apa".

Tak apa, aku tahu nak cakap apa.

Hal Malaysia kalah kepada Bahrain bukanlah luar biasa. Memang adat pasukan ranking ke-27 Asia kena tapau dengan pasukan ranking ke-13 Asia. 

Yang luar biasa sikit bila Malaysia di depan dengan 2 gol, Bahrain sedang bermain 10 orang dan masa hanya tinggal lagi 10 minit.

Tapi bagi siapa yang arif bagaimana bola sepak Malaysia sentiasa memainkan perasaan kita semua pasti tahu itu pun boleh dikira sebagai tidak luar biasa langsung. Siapa yang tak faham boleh baca buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia untuk bagi faham.

Di sini aku tak perlu cerita pasal kebangangan Malaysia dalam tempoh 10 minit terakhir malam tadi. Tapi aku akan cerita tentang reaksi orang ramai selepas kekalahan yang sebenarnya tidaklah luar biasa.

Aku yakin, kalau arwah Abah aku masih hidup dia juga akan berambus awal dari stadium atau tutup TV malam tadi. Dan Abah aku melayan bola Malaysia ini sejak zaman Isa Bakar membawa ke era Zainal Abidin Hassan. Kalau ada budak-budak Ultra nak cakap kat Abah aku yang dia tak patriotik dan tak Harimau Malaya, aku yakin Abah aku akan salib budak Ultra tadi di puncak tiang lampu limpah Stadium Perak.

Ultra. Kepala bana apa Ultra ini?

Menatang Ultra ini muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini hampir selari dengan apa yang dikatakan kebangkitan semula bola sepak Malaysia. Bermula dari kecil-kecilan ianya kini berkembang luas dengan ahli yang boleh tahan ramai sama seperti mana-mana pergerakan MLM. Dan seperti lazimnya pergerakan MLM, ahli Ultra ini kerap berpakaian hampir seragam dan berhimpun di stadium seperti ahli MLM suka berhimpun di ballroom hotel bukan 5 bintang. Kalau tidak berhimpun di stadium, ahli Ultra mengikut tradisi ahli MLM dengan cuba bermesyuarat di kedai-kedai mamak. Bezanya di sini ahli MLM suka membawa fail serta borang keahlian ke kedai mamak sementara ahli Ultra pula lebih suka membawa mafla dan flare.

Adakah aku ada mempunyai rasa tidak puas hati kepada Ultra ini?

Tidak.

Bagi aku budaya Ultra ini walaupun agak asing pada mulanya tapi boleh kita terima sebagai satu elemen pemodenan bola sepak Malaysia. Rata-rata yang terikut dengan Ultra ini juga pada pemerhatian kasar aku adalah anak-anak muda. Awalnya kurang diterima di stadium kerana perangai tidak reti duduk diam mereka, perlahan-lahan kehadiran Ultra kini diterima oleh kelompok pengunjung stadium lain yang lebih suka duduk diam tetapi bising ketika (I) Malaysia menjaringkan gol, (II) pemain Malaysia dikasari dan (III) pemain Malaysia berperangai kepala bana.

Tapi malam tadi, bila Malaysia bermain bangang pada 10 minit terakhir hingga kalah dan ramai yang berambus awal dari stadium serta ramai pula yang sudah mula memaki hamun di laman sosial seperti Facebook atau Twitter, ada pula kelompok ahli Ultra yang tidak berpuas hati. Tidak berpuas hati kerana penyokong tradisional ini kurang patriotik dan hanya tahu bersorak ketika menang tapi memaki hamun bila Malaysia kalah.

Dan bagi aku ini adalah sangat bangang sebenarnya. Kaedah memberi sokongan adalah tertakluk kepada pilihan masing-masing. Kalau ahli Ultra masih mahu membutakan mata dan terus bertepuk sorak ketika Malaysia kalah itu hak Ultra. Dan kalau orang lain, 'the silent majority' aku katakan, mahu mengkepala banakan para pemain serta mengutuk buruk permainan Malaysia itu juga hak mereka.

Di Sokernet, polisi kami terang lagi bersuluh. Tidak ada berlapik-lapik dalam hal bola sepak Malaysia. Kalau menang agak sukar untuk kami puji, kalau kalah bersiaplah menerima habuannya.

Tak salah nak Ultra bagai, tapi janganlah fikir diri sendiri lagi patriotik sebab berdiri lebih 90 minit permainan berbanding penyokong lain yang berambus keluar stadium sebaik Bahrain menjaringkan gol ketiga.

Tentang cerita Malaysia kempunan ke Olimpik; Ah! Malas dah aku nak cerita. Baca sajalah buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia yang penat aku tulis tu, dekat situ nanti dah boleh faham. Dan aku harap juga budak-budak Ultra boleh baca buku ni supaya terbuka sikit ilmu bola sepak itu jangan sekadar tahu menyanyi di stadium. Barulah nanti boleh faham hati sanubari penyokong bola lain yang jauh di sudut hati memang sayangkan Harimau Malaya (atau Harimau Muda) tapi tidak teragak-agak untuk memberi kutukan yang setimpal di atas permainan bangang yang ditunjukkan.

Akhir kata, aku akhiri dengan ungkapan terbaik oleh Ong Kim Swee di suratkhabar hari ini.

"Bagi saya pemain sudah memberikan yang terbaik dan saya mahu mereka melupakan bola sepak seketika."

Sikap mudah berpuas hati dan mudah lupa ini yang Tun Dr Mahathir tak berapa berkenan sebenarnya.
17

Faking Fergie

Obefiend Weiland Ahad, November 27, 2011 ,





14

EKSKLUSIF PERISTIWA BOLA NEGARA: Penyokong banjiri LCCT sambut kepulangan wira Malaysia

nota: yes, slow, penulis dah emel 2 hari lepas dan baru hari ini saya nak up.

Ia tidak di up ke kolum penulis tamu sebab saya sendiri yang menyuruh beliau menulis sementelah tahu beliau sanggup ponteng kerja demi meraikan wira negara dan menghantar gambar ke sokernet. Kira ada ala laporan eksklusif peristiwa bola negara la.

Selamat membaca;

Penyokong banjiri LCCT sambut kepulangan wira Malaysia
Oleh Khaleeq Shahzada Manja

SEPANG, 22 Nov - Lebih 800 orang rakyat Malaysia memenuhi balai ketibaan Terminal Tambang Murah LCCT bagi menyambut ketibaan skuad bola sepak Sukan Sea XXVI kendalian jurulatih Ong Kim Swee.

Ada antara penyokong yang hadir menanti seawal jam 2 pagi, sejurus tamat perlawanan akhir di Jakarta yang menyaksikan skuad Harimau Muda menewaskan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 setelah masa tambahan bagi mempertahankan emas yang dimenangi di Sukan Sea Laos dua tahun lalu.

Tepat jam 8 pagi, pemain dan pegawai diketuai Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar keluar dari balai ketibaan menuju ke bas rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), disambut nyanyian dan pekikan ucapan tahniah penyokong yang rata-rata teruja bertemu wira-wira negara.

“Memang puas hati. Ini kali pertama saya merasai suasana begini. Tahniah kepada skuad Harimau Muda dan terima kasih kerana memberikan kami sesuatu untuk diraikan,” kata Amin Fuad, salah seorang penyokong yang ditemui.


















24

Match Preview - Liverpool vs Mancity

pakkordi Jumaat, November 25, 2011
Banyak betul pasukan berlandaskan entiti paranormal kerdil bergelar 'Smurf' di England sekarang. Ibarat cendawan tumbuh.

Ahad ini di Anfield, Liverpool akan menentang satu lagi pasukan 'Smurf'. Kali ini cawangan utara pula. Sepakmula adalah pada jam 12 tgh malam waktu Malaysia.


Smurf (S) sudah menjadi lauk. Kini giliran Smurf (U) pula diratah. Memanglah Smurf(U) jauh lebih gagah dari sepupu selatan mereka dan belum lagi kalah tetapi Ahad ini mereka akan menjadi najis mughallazah. Strateji mereka akan menjadi najis mughallazah dan mereka akan pulang ke bandar najis mughallazah.

Ramalan, mestilah Liverpool - Terlalu Power (TM) menang. Sapa yang ramal sebaliknya, ketiak dia bau najis mughallazah. Najis! Najis! Najis!

#YNWA ./
39

Footie Friday: Bola Sepak Malaysia & ASEAN

LuciusMaximus ,





Terlebih dulu tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Muda di bawah kepimpinan Ong Kim Swee kerana berjaya merangkul pingat emas Sukan SEA 2011. Ucapan tahniah ini merangkumi setiap lapisan pemain, juga  pegawai pasukan baik yang datang untuk kerja atau yang datang untuk menghabiskan duit bajet yang berlebih.

Hal-hal seperti pemain mana yang kepala bana, yang mana tak layak menyarung jersi Malaysia dan sebagainya kita tolak tepi. Ya, sebana-bana dia pun masih juga dikalungkan pingat emas. Sebana-bana dia pun, bak kata penyokong fanatik Malaysia, masih muncul adiwira penyelamat dengan gol tunggal ke atas Myanmar yang membawa Malaysia ke perlawanan akhir.

Kejayaan memenangi emas bola sepak Sukan SEA 2011 adalah satu pencapaian besar dalam bola sepak Malaysia, sama juga dengan kejayaan menjuarai Piala AFF. Kerana untuk negara yang bola sepaknya masih dunia ketiga macam Malaysia dan pasukan ASEAN lain, ini sajalah kejayaan pentas antarabangsa yang realistik buat kita. Emas Sukan SEA adalah seperti emas Sukan Olimpik, dan Piala AFF itu ibarat Piala Dunia.

Hari ini kita tidak perlu bercerita tentang resepi kejayaan Harimau Muda. Hal ini seperti biasa sudah puas dihebohkan oleh media massa, baik di dada akhbar atau kaca televisyen. Tetapi secara ringkasnya kalau sudah berjuta ringgit dihabiskan untuk ke Slovakia maka hasilnya memanglah paling busuk pingat emas Sukan SEA. Itu tanpa mengambil kira bahawa satu masa dulu FAM tidak perlu pun menghantar para pemain berkampung di negara Eropah semata-mata kerana mengejar pingat emas Sukan SEA.

Persoalannya sekarang setinggi mana prestij pingat emas Sukan SEA atau Piala AFF ini di kancah bola sepak dunia? Adakah dengan status Raja Bola ASEAN benar-benar boleh menjadi kayu pengukur keupayaan Malaysia di pentas Asia kalau tidak dunia?

Thailand pernah pada satu masa dulu mendominasi bola sepak di rantau ASEAN apabila dari tahun 1993 menjuarai pingat emas Sukan SEA selama 8 edisi berturut-turut. Pada waktu yang sama juga skuad senior Thailand muncul juara Piala AFF sebanyak 3 kali. Tapi sepanjang penguasaan 16 tahun ini tidak pernah sekali pun skuad bawah 23 tahun Thailand layak ke Olimpik atau skuad senior mereka layak ke Piala Dunia. Paling hebat dicapai Thailand ialah layak ke Piala Asia sebanyak 5 kali berturutan biar pun kerap dibelasah oleh gergasi Asia seperti Arab Saudi dan Jepun di peringkat kumpulan.

Ini semua berlaku sekali pun era emas bola sepak Thailand ketika itu dibarisi pemain seperti Kiatisuk Senamuang dan Piyapong Piew-on. Thailand diakui sebagai Raja Bola ASEAN tetapi keluar dari rantau ini dan bersaing dalam pentas benua Asia, mereka jelas tidak mampu menandingi kehebatan pasukan dari Timur Jauh atau wilayah Arab. Pentas dunia jangan ceritalah.

Thailand - Pernah menjadi Raja Bola ASEAN tapi pada masa yang sama boleh dijadikan Cerita Thailand Tidak Ke Piala Dunia

Melihat pada senario Thailand ini yang membuatkan kita perlu sedar bahawa menjadi juara di ASEAN adalah sama seperti India menjadi juara Piala SAFF (South Asia Football Federation). Status juara ASEAN itu tidak membawa sebarang makna yang besar melainkan dari menjadi juara di kalangan negara yang pasukan bolasepaknya bangang.

Atas sebab itu sebagai pengikut bola sepak Malaysia yang bukan bermula dari Isnin lepas, atau Piala AFF 2010 atau Sukan SEA 2009, aku dan rakan-rakan Sokernet yang lain menganggap kejayaan Malaysia menjuarai pingat emas Sukan SEA 2011 ini sebagai biasa-biasa saja. Seronok itu memang, dan memang perlu kita merasa seronok dan bergembira kerana seperti yang dikatakan tadi ini sajalah punca keseronokan kita dalam bola sepak. Satu-satunya kejuaraan yang realistik buat Harimau Malaya atau Harimau Muda ialah menjadi juara di kampung sendiri.

Tetapi persoalan berikutnya pula, selama mana kita mahu berpuas hati sebagai juara Sukan SEA dan Piala AFF? Atau adakah kita mahu mengikut jejak langkah Thailand dulu, raja di ASEAN tetapi melukut tepi gantang di pentas Asia?

Ong Kim Swee mensasarkan Olimpik 2012 untuk anak-anak Harimau Muda beliau, tetapi kita tahu ianya sesuatu yang hampir mustahil. K Rajagopal pula meletakkan Piala Asia 2015 sebagai KPI untuk pemain-pemain Harimau Malaya beliau, tetapi dari siri perlawanan persahabatan setakat ini setiap kekalahan telah dilapik dengan ayat manis 'ia pendedahan yang baik untuk pemain negara'. Bagi mereka yang datang ke stadium bukan sekadar untuk membakar 'flare' atau yang menengok bola di kaca televisyen bukan sekadar melihat pemain comel, kita tahu realiti sebenar bola sepak Malaysia.

Realitinya, Malaysia juara ASEAN kerana kita bernasib baik pasukan ASEAN lain lebih sedikit bangangnya dalam bola sepak berbanding pasukan negara kita. Bayangkan jika Australia bertanding dalam Sukan SEA atau Piala AFF, alamat dari Brunei hingga ke Vietnam (ikut susunan abjad) kita semua bakal gigit jari. Harus diingat, Australia adalah negara anggota jemputan khas dalam AFF (ASEAN Football Federation), mereka boleh menyertai semua kejohanan remaja AFF tetapi dinafikan dari kejohanan bertaraf senior hanya kerana semua negara ASEAN tidak berani berdepan dengan Socceroos di atas padang.

Kalau Australia bertanding dalam Sukan SEA atau Piala AFF

Piala Asia 2011 yang berlangsung di Qatar awal tahun ini adalah bukti terbaik di mana duduknya bola sepak ASEAN sekarang. Tidak ada satu pun pasukan bola sepak dari ASEAN yang layak ke Piala Asia 2011. Tidak ada satu pun dari 11 pasukan ASEAN yang wujud hari ini.

Bagi seorang yang pernah merasai saatnya Malaysia menang pingat emas bola sepak Sukan SEA 1989, kejayaan Sukan SEA 2009, Piala AFF 2010 dan terkini Sukan SEA 2011 adalah tidak lebih dari sekadar memberi kepuasan dan keseronokan. Kepuasan dan keseronokan dalam menyokong pasukan negara yang pernah pada satu masa melalui kemarau kejuaraan 20 tahun lamanya.

Tapi sedikit pun ia tidak akan dapat memberi ilusi palsu yang kita sudah mampu untuk paling kurang ke Piala Asia. Kerana hakikatnya di sebalik kebangkitan bola sepak Malaysia ini, kita sebenarnya bangkit di sebuah rantau yang bangsanya bangang dalam bermain bola sepak.

Jadi apa langkah seterusnya?

Kami abang-abang skuad 1989 berharap adik-adik skuad 2011 bolehlah cuba menang benda lain pula

11

THE REAL BANA

Nazri Khamis, November 24, 2011 , , ,

 
 
37

Rangkuman Bola Sepak Sukan SEA 2011

LuciusMaximus Rabu, November 23, 2011 , ,



Sukan SEA 2011 telah melabuhkan tirai. Seperti edisi-edisi Sukan SEA sejak beberapa tahun yang lalu, macam biasa tuan rumah muncul juara keseluruhan. Tapi seperti edisi Sukan SEA yang sebelumnya juga, selain dari melihat siapa yang muncul juara keseluruhan, turut dinanti ialah siapa yang memenangi pingat emas bola sepak.

Pingat emas bola sepak, walaupun nilainya sebutir tetapi ia dianggap seperti ibu segala pingat emas. Dan dalam rantau ASEAN yang penduduknya gila bola tetapi pasukan bolanya pula tahap bangang, saingan perebutan pingat emas bola sepak Sukan SEA (selain Piala AFF) adalah sama hebatnya seperti bertanding di Sukan Olimpik (atau dalam kes Piala AFF boleh dikira setanding Piala Dunia).

KEMBOJA (Corot Kumpulan A)

Diundi dalam 'kumpulan neraka', Angkor Warriors seperti biasa mengekalkan rekod tidak pernah melepasi peringkat kumpulan dalam Sukan SEA. Kalah semua perlawanan, bolos 16 gol dengan hanya 2 jaringan adalah pencapaian yang dibuat oleh anak buah jurulatih dari Korea Selatan, Lee Tae-Hoon.

Tetapi skuad Kemboja yang turun ini secara majoritinya dibarisi pemain berusia bawah 20 tahun. Dan kalau Malaysia sebagai contoh ada seorang pemain usia 17 tahun bernama Nazmi Faiz, Kemboja pula mempunyai sejumlah 3 pemain yang sebaya Nazmi Faiz. Dan mengikut jangkaan Lee Tae-Hoon, ini adalah skuad muda yang dibentuk untuk persediaan dalam Sukan SEA 2013 nanti di Myanmar.

Pun begitu persoalan utama ialah sama ada Lee Tae-Hoon masih kekal bersama Kemboja dalam tempoh 2 tahun lagi kerana sudah kedengaran cakap-cakap beliau bakal dipecat.


FILIPINA (Corot Kumpulan B)

Setelah skuad senior mereka berjaya mara ke separuh akhir Piala AFF 2010, Young Azkals cuba meniru formula yang serupa dengan membina sebuah skuad yang mennghimpunkan diaspora pemain bola sepak keturunan Filipina dari serata dunia.

Dan hasilnya ialah skuad yang dibarisi pemain berpengkalan di Amerika Syarikat, Jerman, Belgium, Sepanyol serta Belanda. Di bawah kendalian jurulatih Jerman bernama Michael Weiss, Filipina bagaimanapun terus membuktikan mereka cuma genius dalam bola keranjang tapi bangang dalam bola sepak.

Kalah 4 perlawanan dan menang hanya 1 ketika menentang Laos membuktikan bola sepak masih jauh ketinggalan di satu-satunya negara ASEAN yang tidak mengiktiraf sukan dunia ini sebagai sukan utama mereka.

THAILAND (Ke-4 Kumpulan A)

Semasa tamatnya Piala AFF 2010 setahun yang lalu, aku ada menekankan bahawa era kegemilangan bola sepak Thailand sudah berada di penghujung. Dalam Sukan SEA 2011 ini skuad Changsuk membuktikan betapa bola sepak Thailand memang berada di zaman gelap.

Setelah mendominasi Sukan SEA selama 14 tahun, Thailand tersingkir awal dalam Sukan SEA 2009. Nampaknya untuk edisi kali ini nasib yang sama juga menimpa Thailand. Malahan lebih teruk lagi, anak buah Prapol Pongpanich hanya menang ke atas Laos Kemboja tetapi tewas di tangan Indonesia, Malaysia dan Singapura sekaligus mencipta rekod terburuk Thailand dalam bola sepak Sukan SEA.

Apa yang pasti, Thailand perlu segera melakukan rombakan dalam bola sepak mereka. Melainkan kalau mereka mahu merasa berada dalam zaman gelap bola sepak macam Malaysia dulu.

Selamat menikmati zaman gelap!


BRUNEI (Ke-5 Kumpulan B)

Seperti lazimnya, Brunei terus kekal sebagai antara pasukan belasahan di dalam rantau ASEAN. Walaupun kaya raya dan mampu menghantar skuad Tebuan Muda berguru bukan sekadar Slovakia, malah mungkin Sepanyol atau England, bola sepak di negara kerdil ini masih kekal di takuk lama.

Anak buah Dayem Haji Ali kalah 3 perlawanan, seri 1 dan menang 1 tetapi mencatatkan bolos 17 gol, rekod bolos tertinggi dalam Sukan SEA 2011. Mereka boleh dikira bernasib baik diundi dalam Kumpulan B yang turut menempatkan pasukan senasib seperti Filipina dan Laos.

Mungkin ada lebih baiknya jika Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam menimbangkan untuk menyertai kembali saingan liga bola sepak Malaysia. Paling tidak ada juga aktiviti bermain bola secara konsisten untuk anak muda Brunei dari menghabiskan duit hasil minyak dengan 'clubbing' di Kota Kinabalu pada hujung minggu.

LAOS (Ke-4 Kumpulan B)

Kejayaan layak ke separuh akhir dalam edisi lalu gagal diulangi skuad Thim Xad kali ini. Terbukti kejayaan dua tahun lepas adalah pencapaian jaguh kampung buat Laos yang pada mulanya dijangka mampu memberi kejutan.

Skuad kendalian Hans Peter-Schaller tampak garang di perlawanan pembukaan apabila tewas tipis kepada Myanmar. Tetapi selepas itu masalah konsistensi menjejaskan rentak Laos apabila hanya seri dengan Brunei dan tewas mengejut pada Filipina. Secara keseluruhannya Laos mencatat hanya satu kemenangan, sari 1 dan tewas 3 perlawanan.

Cuma satu saja berita baik buat Laos ialah kejayaan kapten pasukan, Lamnao Singtao yang muncul penjaring terbanyak Sukan SEA 2011 dengan 6 gol.

TIMOR LESTE (Ke-3 Kumpulan B)

Dalam Sukan SEA 2009, skuad O Sol Nascente kalah semua 4 perlawanan mereka dan bolos 28 gol berbalas hanya satu jaringan tunggal. Kekalahan terbesar dan paling memalukan buat mereka ialah apabila dibelasah 11-0 oleh Harimau Muda.

Hari ini dalam Sukan SEA 2009, O Sol Nascente melakukan kejutan apabila mampu berada di posisi ke-3 Kumpulan B dengan menang 2 dan kalah 3 perlawanan di samping meledak 4 gol berbalas hanya 8 bolos. Jika ada pasukan yang perlu diberi tabik hormat kerana peningkatan luar biasa, inilah dia pasukannya.

Apa rahsia kejayaan Timor Leste untuk meningkat dengan mendadak dalam tempoh 2 tahun?

Jurulatih mereka dari Brazil, Antonio Carlos Vieira ada jalan mudah. Skuad Timor Leste hari ini membariskan beberapa pemain keturunan Timor-Brazil. Antaranya seperti Antonio Marcos Sousa yang bermain untuk kelab Botafogo di Brazil dan Murilo de Almeida yang bermain untuk kelab America FC. Suka atau tidak, Timor Leste boleh diberi jolokan sebagai 'Brazil ASEAN'.

Ini bukan pasukan bola sepak Timor Leste


SINGAPURA (Ke-3 Kumpulan A)

Tanpa pemain import naturalisasi seperti yang terdapat dalam skuad senior mereka, Young Lions tidaklah sehebat mana. Apatah lagi bermain di padang rumput tulen dan bukannya tiruan, anak buah jurulatih dari Serbia, Slobodan Pavkovic kelihatan agak terbatas.

Biar pun berjaya mengikat juara bertahan Malaysia, keupayaan sebenar Singapura terpampang jelas apabila hanya menang tipis Kemboja 2-1 setelah ketinggalan di separuh masa pertama. Kekalahan 2-0 di tangan Indonesia petanda keterbatasan Young Lions dan mereka bernasib baik untuk menang ke atas Thailand yang bola sepaknya sudah pun ke laut.

Namun masih ada harapan untuk barisan pemain Singapura yang sedia ada apabila mereka bakal bersaing dalam liga bola sepak Malaysia musim depan buat menimba ilmu dari pemain-pemain berpengalaman Malaysia. Asalkan jangan terjangkit dengan badi Fakri Saarani.

VIETNAM (Ke-4 Sukan SEA 2011, juara Kumpulan B)

Kalau Sepanyol pernah dilabel sebagai 'world perennial underachiever', skuad Đội tuyển Việt Nam pula memang layak dilabelkan sebagai 'ASEAN perennial underachiever'. Bezanya Sepanyol sudah menamatkan badi 'perennial underachiever' mereka tetapi bagi Vietnam ianya masih berterusan.

Melainkan kejayaan Vietnam Selatan merangkul emas ketika era Sukan SEAP 1959, Vietnam moden hari ini telah layak ke 5 perlawanan akhir dan kalah kesemuanya. Sukan SEA 2011 mencatatkan kisah yang lebih teruk lagi buat pemenang pingat perak edisi lalu. Sekalipun skuad kendalian jurulatih Jerman, Falko Gotz dibarisi oleh pemain berpengalaman dari V-League mereka.

Apabila diundi dalam Kumpulan B ramai pemerhati yang pantas melabelkan Vietnam sebagai pilihan utama untuk muncul juara kumpulan. Ini terbukti benar dengan Vietnam mengganas ke atas pasukan kerdil seperti Timor Leste, Laos, Brunei dan Filipina. Hanya Myanmar berjaya mengikat Vietnam seri tanpa jaringan, tetapi negara komunis ini sudah pun meledak 16 gol untuk menjuarai kumpulan mengatasi pesaing mereka si negara junta tersebut. Malang buat Vietnam apabila lawan mereka di separuh akhir ialah tuan rumah Indonesia.

Dan seperti mana-mana pasukan Vietnam baik dalam Sukan SEA sebelumnya atau Piala AFF, skuad kali ini ketar lutut apabila bermain dalam perlawanan penting. Berdepan Indonesia di Gelora Bung Karno dalam separuh akhir, Vietnam hilang taring ibarat gerila Viet Cong tanpa AK-47. Dua gol Indonesia pada babak kedua cukup untuk meleburkan buruan pingat emas Vietnam. Sekalipun potret Ho Chi Minh diusung masuk penyokong Vietnam ke dalam Gelora Bung Karno.

Harap jangan ada Ultra Harimau Malaya buat kerja gila usung gambar Najib Razak pula


MYANMAR (Gangsa, naib juara Kumpulan B)

Percaya atau tidak, pada tahun 2009 kerajaan junta tentera Myanmar meluluskan satu pelan induk pembangunan bola sepak Myanmar yang antaranya membawa kepada penubuhan Myanmar National League (MNL). Pihak swasta dan orang perseorangan diberi kebenaran untuk menubuhkan kelab profesional dengan syarat dapat menyediakan wang modal secukupnya. Pihak junta bermurah hati memberi insentif seperti pengecualian cukai selama 3 tahun dan kebenaran menggunakan stadium milik kerajaan secara percuma. Suku-sakat Aung San Suu Kyi pantas menuduh tindakan murah hati junta ini sebagai helah pilihanraya.

Helah pilihanraya atau tidak, hari ini MNL telah mula membuahkan hasil buat Myanmar. Di bawah pimpinan jurulatih dari Sweden, Stefan Hansson, skuad White Angels dalam Sukan SEA 2011 adalah produk kelab-kelab profesional Myanmar seperti Ayeyawady United, Naypyidaw FC dan Kanbawza FC. Barisan pemain mereka adalah bintang dan idola dalam MNL, seperti penyerang Kyaw Ko Ko yang bermain untuk Zeyashwemye FC.

Pernah pada satu masa menguasai bola sepak ASEAN dengan nama Burma selaku pemenang pingat emas dalam 4 edisi Sukan SEAP dan layak ke Sukan Olimpik 1972 bersama Malaysia, skuad kali ini bermain agak baik ketika peringkat kumpulan. Mereka muncul naib juara Kumpulan B setelah dipisahkan dengan perbezaan jaringan berbanding Vietnam untuk dikira kurang bernasib baik terpaksa berdepan dengan juara bertahan Malaysia.

Namun harus diakui, dalam pertemuan separuh akhir dengan Malaysia, Myanmar sekali pun agak gugup masih berjaya memberikan persembahan yang tidak kurang hebat. Hanya gol tunggal di minit-minit terakhir oleh kononnya adiwira penyelamat, Fakri Saarani yang berjaya menebus maruah Malaysia dari diheret ke masa tambahan dan kemungkinan penentuan sepakan penalti.

Dalam perlawanan penentuan gangsa, keupayaan sebenar Myanmar kembali ditonjolkan dalam pertembungan kembali mereka dengan Vietnam. Stefan Hansson memilih untuk lebih banyak bertahan dan sebaliknya bergantung harap pada serangan balas dalam percaturan taktikal beliau. Ia membuahkan hasil apabila dalam tempoh 90 minit perlawanan Myanmar mengesahkan pingat gangsa milik mereka dengan kemenangan 4-1 ke atas Vietnam.

Bagi bola sepak Myanmar, ia petanda baik kerana Sukan SEA 2013 bakal berlangsung di Myanmar. Untuk Vietnam pula, terbukti amalan mengusung potret Ho Chi Minh ke setiap perlawanan tidak membawa sebarang tuah buat mereka. Mungkin ada lebih baiknya jika mengusung potret Elly Tran Ha.

Ko Ko Krunch


INDONESIA (Perak, naib juara Kumpulan A)

Matlamat Persatuan Sepak bola Seluruh Indonesia (PSSI) dalam kancah sepak bola Sukan SEA 2011 ini adalah jelas, menang medali emas lantas menamatkan kemarau 20 tahun mereka. Jika Malaysia bisa menamatkan kemarau emas 20 tahun pada edisi 2009 maka Indonesia juga pasti bisa menamatkan kemarau yang sama.

Untuk itu skuad Garuda Muda kali ini diletak bawah pelatih kepala fenomenal, Rahmad Darmawan. Pernah melatih Persipura Jayapura dan Sriwijaya FC mendapat gelar Liga Indonesia, serta 3 gelar Copa Indonesia bersama Sriwijaya FC menjadikan Coach RD pilihan utama untuk misi keramat sepak bola Indonesia.

Coach RD membina skuad terdiri dari pesepak bola yang kebanyakan sudah hampir melewati had umur 23 tahun serta berpengalaman luas dalam saingan Liga Indonesia. Majoriti dari pesepak bola ini adalah dari provinsi Papua yang sebelumnya memang sudah banyak melahirkan pesepak bola timnas Indonesia.

Garuda Muda selaku tuan rumah bermula garang dalam perlawanan pembukaan dengan membelasah Kemboja 6-0. Rentak cemerlang ini diteruskan lagi apabila dalam perlawanan kedua Singapura dibenam 2-0. Garuda Muda kemudiannya menamatkan perjuangan Thailand yang bermain 9 orang apabila menang 3-1 sekaligus memberi keyakinan di seluruh Indonesia tentang prospek memenangi medali emas.

Namun dalam pertemuan terakhir Kumpulan A berdepan musuh tradisi Harimau Malaya, Garuda Muda tewas tipis 1-0. Lantas meletakkan Indonesia dalam laluan sukar selaku naib juara Kumpulan A kerana berdepan Vietnam di separuh akhir.

Pun begitu, bermain di Gelora Bung Karno, Indonesia tidak berdepan sebarang komplikasi untuk menewaskan 'ASEAN perennial underachiever' 2-0. Gol jaringan penyerang Papua Patrich Wanggai diganda pula kemudiannya oleh rakan seprovinsi, Titus Bonai di minit akhir perlawanan. Sekali lagi Garuda Muda mengatur temu janji dengan Harimau Malaya di pentas akhir GBK.

Gol awal Gunawan Dwi Cahyo pada minit ke-5 ibarat petanda medali emas bakal jadi milik Indonesia. Tetapi Malaysia yang sudah biasa bermain di GBK menyamakan kedudukan melalui Asraruddin Putra Omar pada minit ke-34. Kedudukan terikat hingga ke penghujung masa tambahan dengan kedua pasukan berbalas serangan dan penonton pula ramai yang sakit jantung.

Apabila masuk penentuan sepakan penalti, kelebihan penjaga gol Malaysia dan kekurangan penjaga gol Indonesia menjadi jurang pemisah, sekalipun pada satu masa jurang ini hampir dirapatkan oleh satu susuk bernama Fakri Saarani. Bila Khairul Fahmi menafikan sepakan Ferdinand Sinaga, satu GBK tahu Kurnia Meiga berdepan tugas berat untuk menghalang sepakan kapten berpengalaman Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar.

Indonesia hanya mampu berpuas hati memenangi medali perak dan kemarau emas sepak bola Sukan SEA mereka bakal berterusan. Nasib Coach RD masih belum pasti, tetapi barisan Garuda Muda yang ada hari ini majoriti darinya tidak lagi dapat bermain dalam Sukan SEA 2013. Persoalannya adakah PSSI mampu membina kembali skuad yang mantap seperti hari ini dalam tempoh 2 tahun lagi atau kemarau emas sepak bola Indonesia bakal berterusan?

Second best as always


(bersambung)
14

Satu Lagi Kepala Bana




"Mereka kurang garang dan gagal menggerunkan lawan. Kita akan buat post-mortem apabila balik ke tanah air"
- Jamaluddin Hassan, jurulatih skuad Sepak Bana Malaysia






Tak payah balik tanah air pun tak apa. Post-mortem kepala bana dia!
14

GoalGol Header Paling Power

Obefiend Weiland Selasa, November 22, 2011 ,


Kepala Takuk

14

Hujung Minggu Saya

pakkordi

Baiklah, saya akan bagi pujian kepada pemain muda Malaysia semalam kecuali 'you know who and yes, him too'. Tapi harus diingat pujian saya ini merangkumi kejohanan setempat sahaja kerana lebih dari itu, kita masih terlalu lemah. Ingat kekalahan 2-0 kepada Jepun, main lembik macam taik cirit dengan persembahan yang amat menyedihkan pada 21 September sudah? Kesinambungan cerita ini ialah pada 23 Nov, lawan Syria. Jadi eloklah kita tengok dan fikir-fikirkan.

Baiklah, saya terima hakikat bahawa mutu bolasepak kita jauh lebih rendah dari mereka tetapi seperti sebuah rekod lama yang rosak, persoalan yang sama akan kembali berputar iaitu 'sampai bila FAM akan tetap begini'?

Kepada mereka yang terkinja-kinja mengatakan admin di Sokernet tidak cintakan bolasepak Malaysia, anda semua boleh pergi ambik bantal dan tidur dalam kubur.

Kepada mereka yang sayangkan bolasepak negara, percayalah bahawa sistem pengurusan dan struktur bolasepak kita perlukan perubahan yang ketara.

Kepada mereka yang cintakan Liverpool - Terlalu Power (TM), #YNWA ./

P/S: Sila pilih mana patut saya letakkan gambar kepala b*n*? A, B, C, D atau kesemuanya sekali?
20

Jangan kita lupa..KOAM pun sama naik kepala bananya!!

FdausAmad

Malang tiada pembela.

S. kannathasan, Mohd Yunus Yasaleh, Schezuan Ahmad Rosli dan P.Yuaraaj.


Dengan kepala bana KOAM ni, maka kepala bana Fakri jatuh nombor 2.


Bubarkan KOAM demi kemajuan sukan olahraga!.

31

Nazmi Faiz Mansor

Pipiyapong Abdillah Hamzah ,
Hari ni gua tak ada mood nak kepala banakan siapa siapa. Satu Malaysia dah tau siapa Fakri Saarani. Dan yang celik sikit mungkin dah tahu siapa Izzaq, Thamilrasu dan mungkin Guru. Sesiapa yang masih minat mempertahankan mereka, pergilah berjuang mempertahankan mereka. Peduli apa gua.

Mengenai perlawanan semalam, selain Khairul Fahmi dan Baddrol, dua lagi pemain yang boleh dianggap berguna bagi gua adalah Fadhli Shas dan Irfan. Mereka adalah dua daripada 3 pemain yang berlatih di FC ViOn Zlaté Moravce. Seorang lagi tidak dapat bermain di Sukan SEA 2011 iaitu Wan Zack Haikal (yang pernah bermain satu padang dengan gua). Ketiga-tiga pemain itu berada di dalam kelas yang tersendiri.

Tapi sebenarnya tuan-tuan, gua ada perasan satu lagi pemain yang power. Memperkenalkan,



Pemain berjersi 21, adik Nazmi Faiz Mansor!

Persoalannya sekarang dengan satu dua sentuhan kenapa Nazmi Faiz ini mudah digemari dan diminati peminat bola sepak? Jikalau ditanya kepada gua, jawapan gua hanya ada satu.

"Sebab dia main macam Arsenal..."



Notakepalabana: Semalam ketika acara pengalungan pingat di kaca TV, gua harap betul Fakri Saarani tiba tiba tanggalkan pingat emas dari lehernya dan melemparkan kepada ribuan penyokong Indonesia. Peh... baru la dramatik.

24

Terselamat dari kepala bana

FdausAmad



Salah seorang yang terselamat dari Kepala Bana Fakri.

Terselamat dari kepala bana adalah setinggi tinggi pujian yang Sokernet boleh berikan pada skuad Harimau Muda untuk aksi sukan SEA.

Nak mintak lebih, tunggu Malaysia main di Olimpik atau beraksi di kejohanan Piala Dunia.

58

Malaysia 1-1 Indonesia (4-3 pen) - Edisi Media Pencacai Penjilat Kepala Bana


Malaysia - Raja bola sepak ASEAN


Skuad bola sepak bawah 23 tahun negara menghadiahkan pingat ibu segala emas buat semua rakyat Malaysia berbilang kaum apabila berjaya menundukkan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua pasukan terikat 1-1 hingga masa tambahan.

Anak buah jurulatih bijaksana Ong Kim Swee membuktikan lawatan sambil belajar mereka ke Slovakia berbaloi dengan aksi persembahan yang mengikut kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mirip seperti zaman emas bola sepak Malaysia dekad 1970-an.

Berdepan hampir 100,000 penyokong fanatik Garuda, skuad Harimau Muda tidak goyah tetapi sebaliknya menanam tekad untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi ketika Sukan SEA 2009.

Tetapi Indonesia terlebih dulu mengasak kubu pertahanan negara dan terlebih dulu di depan apabila Gunawan Dwi Cahyo menanduk bola masuk ke gawang Malaysia melepas penjaga gol tersohor, Khairul Fahmi.

Tetapi ibarat harimau luka, Malaysia bangkit kembali menyamakan kedudukan apabila umpanan kapten berwawasan Baddrol Bakhtiar ditanduk kemas oleh Mohd Asraruddin untuk gol penyamaan Harimau Muda sekaligus melenyapkan sorakan Indonesia di Gelora Bung Karno.

Kedua pasukan terus mengasak hingga ke masa tambahan dengan Indonesia bermatian mengekang pergerakan adiwira Fakri Saarani. Manakala itu setiap percubaan Garuda Muda berjaya dipatahkan oleh barisan utuh pertahanan Malaysia dan ketangkasan Khairul Fahmi di gawang.

Menjelang sepakan penalti, tangan emas Khairul Fahmi berjaya menepis tendangan Ferdinand Sinaga. Kapten Malaysia, Baddrol Bakhtiar kemudiannya menggalas tugas berat di bahu dalam sepakan terakhir tetapi rembatan kencang beliau gagal ditangkap kemas Kurnia Meiga untuk bola bergolek masuk ke gawang.

Kejayaan mempertahankan pingat emas merupakan hadiah terbaik Harimau Muda buat peminat bola sepak Malaysia khususnya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang sebelum itu berkenan mencemar duli turun bertemu para pemain bagi merestui perjuangan skuad Harimau Muda.


Nota: 

Kalau Sokernet nak tulis berbunga begini memang senang dan boleh saja. Tapi kemudiannya apa beza Sokernet dengan suratkhabar macam Harian Metro, Kosmo! atau Utusan Malaysia? Lebih baik kamu semua baca suratkhabar saja dari baca Sokernet. Baca saja berita sukan yang ditulis oleh wartawan profesional sekaum dengan Rizal Hashim yang dibayar gajinya setiap bulan dan perlu menulis dengan baik untuk menjaga periuk nasi anak bini di rumah. Di situ saja kita sudah boleh nampak kenapa sukan Malaysia khususnya bola sepak selalu ke laut. Kerana yang menulis tidak berani menegakkan yang hak dan menentang kebathilan.


Tapi di Sokernet, para penulis tidak dibayar gaji dan tidak terhutang budi dengan sesiapa pun. Kami tulis sebab minat dan atas sebab itu kami bersuara dengan jujur dan tanpa sebarang batasan.


Ya, Malaysia menang. Tapi apa yang kepala bana tetap kepala bana. Kalau Malaysia menang Piala Dunia sekali pun dan permainan Fakri Saarani masih kepala bana, kami akan kata dia kepala bana.

Tak suka, beli Harian Metro dan baca sampai jadi bangang.

*Nanti dalam Footie Friday aku bagi versi rasmi Sokernet
76

Malaysia Menang Pingat Emas

Abdul Sokernet Isnin, November 21, 2011 ,
Bangang abadi!
20

NKBI - Negara Kepala Bana Indonesia


Ini adalah logo NKRI, yang maksudnya Negara Kesatuan Republik Indonesia.
Yang kepala bananya tentang peta dalam logo ini ialah Sabah, Sarawak dan Brunei turut dimasukkan sekali!
Kepala bana dia, dah kalah Konfrontasi masih tak puas hati!
Kepala bana harga mati!


Yang di bawah ini pula ialah contoh terbaik NKBI.
Negara Kepala Bana Indonesia!

21

Chelsea 1-2 Liverpool

LuciusMaximus ,


King Kenny: Gua dah pesan, stay kat kelab yang power!
Nando: Hihi...
31

Match Preview - The Smurf (S) vs Liverpool

pakkordi Jumaat, November 18, 2011
Sempena semangat SEA Games, saya sebenarnya malas nak cerita pasal EPL tapi nanti orang kata saya makan gaji buta pula. Oleh itu match preview saya kali ini singkat dan padat.

Perlawanan menentang The Smurf (S) di Smurf Bridge Ahad ini pada jam 11pm waktu Malaysia.




Kalau abang Carragher selamba kodok aje mentackle dubuk smurf tengah bawak skuter, paham-paham lah sapa yang akan menang. Kali ini tiada ramalan jumlah gol yang terhasil kerana @reemshahwa kata tak payah.

#YNWA ./

P/S: Malaysia 1 - 0 Myanmar (Izzaq, Fakri, Mahali - pemain bongok semua tak main)
11

India Power!




Pemain Malaysia 3: Ya Tuhan, powernya mamat India ni. Guna kepala otak control bola!
Pemain Malaysia 15: Power, power. Tak perlu guna kepala bana macam kita. Boleh terapung!
Sunil Chhetri: Dey macha! Belakang saya tada heran mau main itu Cardiff City. Apa ada hal, macha?

















Syukur, syukur pada Tuhan! Nasib baik Harimau Muda milik OKS menang! Selamat gua untuk sehari dua ni. Melayu kan mudah lupa!
49

Indonesia 0-1 Malaysia

Pipiyapong Abdillah Hamzah Khamis, November 17, 2011 ,

Di dalam perlawanan yang serba tidak mendebarkan ini, Harimau Kepala Bana telah memperoleh kemenangan yang dicari-cari dah diharapkan oleh semua penyokong bola sepak negara. Namun bagi saya, kemenangan itu tidak penting kerna yang penting di dalam perlawanan itu kita telah berjaya mencungkil satu lagi bangang baru! Jadi memperkenalkan...


Adik Izzaq Faris Ramlan!

Sama sama la kita doakan semoga beliau muhasabah diri dan bersara awal.

18

Ayuh Ganyang Malaysia!






Saudara-saudara rakyat Surabaya.
Bersiaplah! Keadaan genting.
Tetapi saya peringatkan sekali lagi.
Jangan mulai menembak.
Baru kalau kita ditembak.
Maka kita akan ganti menyerang mereka itu.
Kita tunjukkan bahwa kita itu adalah orang yang benar-benar ingin merdeka.
Dan untuk kita saudara-saudara.
Lebih baik kita hancur lebur daripada tidak merdeka.
Semboyan kita tetap.
Merdeka atau mati.
Dan kita yakin, Saudara-saudara.
Pada akhirnya, pastilah kemenangan akan jatuh ke tangan kita.
Sebab Allah selalu berada di pihak yang benar.
Percayalah Saudara-saudara!
Tuhan akan melindungi kita sekalian.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Merdeka!

- Bung Tomo, Arek Suroboyo
27

Konfrontasi (Lagi)

LuciusMaximus , , ,




Sebenarnya cerita Malaysia lawan Indonesia memang dah jadi kebiasaan sangat. Baik dalam bola sepak atau dalam acara Sukan SEA yang lain. Hari-hari pun kalau kita buka Astro Arena baik dalam acara sukan apa sekali pun, para penonton baik yang di Palembang atau Jakarta akan bising bila berlaku dua perkara sahaja. Pertama bising bersorak bila atlet Indonesia keluar, yang kedua bising mengejek bila atlet Malaysia tunjuk muka.

Perseteruan Malaysia-Indonesia aku anggap memang paling sengit dalam seluruh ASEAN ini. Kalau dengan Singapura pun kita tak macam ni punya teruk. Indonesia kalau dengan Timor Leste pun biasa-biasa juga. Myanmar dengan Thailand yang berperang gajah sebagai Burma dan Siam sebanyak 19 kali beratus tahun dulu sampai jadi Nang Nak dan Bang Rajan pun tak macam ini punya dendam. Sama juga dengan Thailand dan Kemboja yang sekarang masih sibuk berebut kuil. Kemboja yang 33 tahun dulu kena langgar dengan 150,000 askar Vietnam pun tak ada nak kecil hati sampai ke Sukan SEA (tapi itu sebab Vietnam tolong hapuskan Pol Pot dan Khmer Rouge).

Tapi Malaysia dan Indonesia masih terbawa lagi dengan cerita Konfrontasi atau Ganyang. Masih lagi berebut Rendang, Rasa Sayang dan Manohara. Kalau dalam badminton masih nak berebut jadi nombor 2 paling power di dunia selepas China. Kalau dalam silat olahraga tak kisah Vietnam menang pingat emas asalkan Malaysia dan Indonesia boleh berebut pingat perak. Dalam bola sepak pun sama, tak layak Piala Dunia atau Piala Asia tak jadi hal janji dapat menang ke atas satu sama lain. Hatta dalam acara terjun aku tengok Indonesia berusaha mengejek penerjun Malaysia yang memang power dan menang pingat emas walaupun penerjun Indonesia kebanyakannya hampeh (melainkan dalam acara PATI terjun tongkang buat melarikan diri dari pak polisi marinir Malaysia).

Macam pernah aku tuliskan masa zaman Piala AFF 2010 sudah, persengketaan Malaysia dengan Indonesia ini bukan asal dari Sukarno yang mula-mula berteriak 'Ganyang Malaysia!'. Persengketaan ini ribuan tahun dulu punya cerita bermula dari zaman Srivijaya lawan Majapahit. Kalau tak memang tak ada sebab Parameswara lari dari Srivijaya dan mengasaskan Melaka. Tak percaya boleh tanya Sultan Melaka sekarang, Raja Noor Jan Shah.

Oleh kerana itu, ada baiknya juga dalam Sukan SEA ini kita biarkan saja masing-masing meluahkan perasaan yang tersimpan. Biar bersengketa dan bergaduh dalam acara sukan, kalau dipendam lama-lama nanti makin teruk jadinya. Ini lebih baik dari kita berperang balik macam zaman Konfrontasi dulu.

Petang ini di Gelora Bung Karno, pemain bola Malaysia yang masih tak reti nak bersara di harap jangan tertekan. Tak perlu main ART sangat macam Arsenal, cukuplah main bangang-bangang standard ASEAN janji menang. Kalau menang aku jamin kepala Ong Kim Swee berjambul. Kalau kalah siap-siap sajalah untuk dikepala banakan.
28

India 3-2 Malaysia

Pipiyapong Abdillah Hamzah ,
Kepala banakan.




Maksud aku, bincangkan. Tapi sebenarnya kalau bincang pun dia akan jadi kepala bana juga. Jadi baik kepala banakan terus.
19

Where Are They, Wednesday - Marco Van Basten

pakkordi Rabu, November 16, 2011

Pada perlawanan peringkat kumpulan di Kejohanan Negara2 Eropah 1988, Belanda memulakan kempen kejohanan dengan mengunakan khidmat Wim Kieft sebagai penyerang utama. Belanda kalah pada perlawanan pertama menentang Russia 1-0. Pada perlawanan kedua menentang England, barisan yang sama diturunkan oleh Rinus Michel, pengurus lagenda Belanda. Setelah mengeluarkan Wim Kieft diseparuh masa pertama dan menggantikannya dengan Marco Van Basten, Van Basten berjaya menghasilkan hattrick untuk membenam England 3-1.

Diseparuh akhir, Belanda menumpaskan Jerman Barat 2-1 dengan Marco Van Basten menjaringkan gol kemenangan diminit-minit akhir perlawanan melalui satu sepakan sambil 'sliding' yang cemerlang dan sangat klinikal. Pada perlawanan akhir, Russia jadi lauk.




Marco Van Basten kemudian dipilih untuk anugerah pemain terbaik eropah sebanyak tiga kali dan pemain terbaik dunia sekali.

Penyerang ini memang menarik minat saya dan sewaktu beliau bermain di Italy, saya ikut melayan Italian Serie A dengan menyokong AC Milan. Beliau sangat berbisa dan saya sering berangan menjadi Van Basten bila main bola. Apabila kecederaan buku lali yang serius meranapkan karier Van Basten, saya berasa amat sedih.

Beliau kemudian menjadi pengurus pasukan kedua Ajax sebelum menjadi pengurus Belanda di kejohanan Dunia 2006 dan Euro 2008. Belanda kurang menyerlah di dua kejohanan itu. Marco Van Basten kini ialah pengulas sukan di saluran Sport1.

Marco Van Basten - A True Legend.
19

Buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia : Satu ulasan

Jorji Isnin, November 14, 2011 ,



Malaysia tidak ke Piala Dunia itu semua orang tahu.

Tapi apa cerita sebenar yang berlaku dari 1970 hingga 2014, Malaysia secara konsisten gagal layak ke Piala Dunia? Hanya Lucius Maximus ada butirannya didalam buku kedua beliau yang bertajuk CERITA MALAYSIA TIDAK KE PIALA DUNIA.

Aku membeli senaskah dimalam pelancarannya di Rasta TTDI kira-kira 3 minggu lalu.

Buku yang dimulakan dengan prakata cukup padu dari Pipiyapong tentang angan-angan Malaysia ke Piala Dunia. Galataraub FC, Barcelumut dan Torpedo Lipis? Aku kuat merasakan prakata ini juga adalah sedikit cebisan naskah power Pipiyapong tentang Baharum Bahari seperti yang selalu kita baca di blog beliau. Atau mungkin tidak.

Gaya penulisan Lucius seperti lazimnya kita tahu memang seperti Supermokh diatas padang. Padu dan mampu mengejutkan seperti padunya tendangan sambil berlari Arwah Supermokh juga. Itupun jika anda semua pernah berkesempatan menyaksikan kehebatan Supermokh dan rakan-rakan.

Tetapi jika tidak pernah pun atau hanya menyokong Malaysia di zaman Ultra, Lucius masih mampu membawa anda pembaca muda kembali kezaman kegemilangan bolasepak kita dizaman 70an dan 80an. Aku secara peribadi seperti dibawa kembali ke zaman kanak-kanak aku, menggilai bolasepak Malaysia dengan beberapa nama lama yang secara tidak sedar memberi aku sedikit orgasm.

CMTKPD dimulakan dengan kelayakan 1974. Butiran perlawanan dan rentetan peristiwa yang berlaku ditulis semula oleh Lucius dengan cukup baik. Aku kagum diatas usaha dan kerajinan beliau mendapatkan semula fakta sejarah serta nama pemain, jurulatih dan mereka yang terlibat. Entah arkib mana beliau selongkar, aku tidak bertanya pula. Yang pasti bukan muzium FAM.

CMTKPD juga menyentuh tentang gaya kepimpinan dan campur tangan FAM dalam menentukan corak kegagalan Malaysia ke Piala Dunia. Beberapa nama korban FAM seperti Ken Worden, Frank Lord dan B.Sathianathan juga ada diceritakan. Juga berapa nama pengurus bolasepak serta ragam mereka dalam melukakan hati penyokong setia Malaysia juga tidak terlepas dari tulisan Lucius. Ada banyak info serta fakta menarik yang entah mana dikorek oleh beliau untuk pengetahuan semua.

Kesimpulanya, bolasepak Malaysia dibawah FAM memang unik justeru kegagalan Malaysia untuk layak ke Piala Dunia juga hasil dari paten yang sama. Lucius tidak memberi penyelesaian keatas kemelut bolasepak Malaysia dan bukan itupun tujuan buku ini, tetapi pihak berwajib harus membaca dan jadikan iktibar. Hati rakyat Malaysia telah lama dilukai dan terus dilukai, apakah tidak ada satu manusia pun yang mahu menjadikan angan-angan Pipiyapong menjadi kenyataan?

Jika anda peminat bolasepak sebenar, samada tempatan atau antarabangsa, anda wajib membeli buku ini. Samada Lucius penulis pujaan anda atau tidak, itu no 20. Jangan terlepas peluang atau menunggu lama-lama lagi, itu perangai The Kops dan The Gunners. Apa dapat?
Anda Ultra Malaya yang hebat tetapi dengan buku CMTKPD, anda adalah Ultra Malaya sebenar!

CMTKPD diterbitkan oleh penerbit indie terkemuka Malaysia, Dubook Press dan boleh diorder disini.


Bila Malaysia nak ke Piala Dunia itu hanya Sultan Bola yang tahu.
19

Harimau Malaya Lawan Garuda



Jangan kalian semua lupa, kita masih ada senjata mesum ini..

Garuda di dadaku!
71

Kepala Bana Kau!

LuciusMaximus Khamis, November 10, 2011 , ,
Sebenarnya, kalau nak baca cerita bola yang menyebut:

1) Pemain negara janji aksi terbaik
2) Jurulatih negara janji aksi terbaik
3) Pengurus pasukan janji aksi terbaik
4) Setiausaha Agung FAM janji aksi terbaik
5) Tengku Bola janji aksi terbaik
6) Sultan Bola janji aksi terbaik

Kamu semua boleh pakat ramai-ramai pergi kedai beli Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro atau Kosmo!

Aku tak kisah dan aku tak peduli. Duit kau, belanja ikut kepala bana kau!

Tapi kalau nak baca cerita bola yang jujur, yang tak ada ayat-ayat manis dan membodek, yang ditulis oleh kaki bola tanpa mengharapkan satu sen pun sebagai gaji, yang bersedia memberi kritikan kepala bana yang menyakitkan hati, yang tak ada ayat bangang berbunyi 'harap pasukan bola Malaysia berikan aksi terbaik' macam surat khabar lain selalu tulis, kau boleh buka dan baca Sokernet.

Satu sen pun tak perlu bayar pada Sokernet.

Sekian untuk waktu ini, aku ada kerja hakiki nak diselesaikan selaku seorang pegawai ekonomi. Yakni macam mana nak selamatkan padang bola di kampung dari dirembat tauke resort 5 bintang. Celaka apa sebagai pegawai ekonomi nak masuk mesyuarat pertahankan padang bola?

Nanti kita cerita lebih panjang.












Sekadar gambar hiasan

31

Malaysia 2-1 Thailand

Pipiyapong Abdillah Hamzah Rabu, November 09, 2011 ,
Peduli apa aku Malaysia menang? Main takat tu juga. Kepala bana laaa!!!


Notakepalabana: Aku tak paham apa benda yang boleh dibuat dengan pingat emas Sukan SEA ni kalau dapat. Dulu pun dah dapat kepala bana juga jadinya.
60

Kenapa Mesti Dikepala Banakan?

LuciusMaximus Selasa, November 08, 2011 , ,


Semalam selepas Malaysia seri dengan Singapura, sidang Sokernet telah sebulat suara mengutuk, mengeji, mencaci, menghina dan mengkepala banakan barisan pemain Harimau Muda.

Namun ada beberapa kutu yang kurang faham dengan tindakan sebulat suara Sokernet mengkepala banakan Harimau Muda. Mereka mengungkit-ungkit cerita tahun lepas atau dua tahun sudah bila Harimau Malaya dan Harimau Muda menang Piala AFF dan pingat emas Sukan SEA sekaligus dipuja oleh Sokernet.

Celaka. Dah menang mestilah dipuja, tak akan hendak dikepala banakan pula?

Dalam bola sepak, apabila kita menilai dan memperati permainan satu-satu pasukan, kita akan berakhir dengan salah satu dari 4 kesimpulan berikut:

1) Main cantik dan keputusan cantik - macam Manchester City
2) Main cantik tapi keputusan bangang - macam Arsenal
3) Main bangang tapi keputusan cantik - macam Chelsea
4) Main bangang dan keputusan bangang - macam Pahang

Perlawanan Malaysia lawan Singapura semalam layak dikategorikan dalam pilihan ke-4. Yakni main bangang dan keputusan juga bangang. Aku boleh terima lagi main cantik keputusan bangang  (macam masa Malaysia kalah 3-0 pada Jerman Barat dalam Olimpik 1972) atau main bangang keputusan cantik (macam masa Malaysia menang pingat emas Sukan SEA 2009 mengalahkan Vietnam 1-0). Tapi kalau main bangang dan keputusan bangang, memang layak kita kepala banakan saja.

Benda ini tak perlu nak cerita susah payah sangat. Siapa yang tengok perlawanan semalam dah boleh tahu tinggi mana tahap bangangnya Malaysia (dan Singapura). Aku yang terlelap dekat 2 ke 3 kali depan TV pun tahu bangangnya Malaysia (dan Singapura) semalam. Siapa yang tak tengok dan takat tahu keputusan 0-0 lepas tu kata 'okay apa?', dia termasuk dalam kategori bangang dan boleh kita kepala banakan sama.

Kesimpulannya, kita bukan lawan dengan Jepun semalam. Kita lawan dengan pasukan bola sepak ASEAN lain yang rata-ratanya semua bangang. Dalam seluruh ASEAN sekarang ini tak ada satu pun negara yang reti main bola. Mana pernah ada pasukan bola sepak ASEAN menang Piala Asia pun? Tapi kalau menang Piala AFF dan pingat emas Sukan SEA memang bersepah.

Jadi kalau bermain satu padang dengan Singapura pun boleh terserlah kebangangan Malaysia semalam, jangan haraplah nak pergi Piala Asia. Piala Dunia lagilah jangan berangan. Itu baru lawan Singapura yang bola sepaknya sama bangang macam kita. Lainlah lawan Jepun atau Jerman atau Argentina ke, bolehlah dimaafkan juga kalau Malaysia berperangai bangang.

Kalau begitulah tahap permainan yang ditunjukkan selepas pergi mengaji sampai ke Slovakia tu, aku pun setuju dengan Pipiyapong, eloklah ramai-ramai pakat bersara je. Umur pun rata-rata masih bawah 23 tahun, sempat lagi nak kejar sijil kimpalan Institut Kemahiran Belia Negara.
























Sekadar gambar hiasan

39

Singapura 0-0 Malaysia

Pipiyapong Abdillah Hamzah Isnin, November 07, 2011 ,
Mamat ni gua dah perati lama. Main sentiasa bangang. Bangang yang konsisten. Itu hari gua tengok dia main Negeri Sembilan pun sama. Bangang juga. Otak udang. Gua harap ada siapa siapa yang kenal dia boleh beritahu dia supaya suruh bersara awal daripada bermain bola. Ko memang dah tak boleh pergi.

Pemain-pemain Malaysia lain, jangan risau kerana anda semua pun sama bangang. Ultras Malaya pun sama. Liverpool pun.


APBMAB!

15

Jangan Bersedih @reemshahwa

pakkordi
Hey! Selamat Hari Raya Aidil Adha!



Liverpool seri 0-0 dengan Swansea. Saya hanya melayan di twitter. Rumah mertua saya yang Astronya dulu ada saluran sukan kini sudah tiada. Yang tinggal hanya saluran kartun dan saluran HBO. Tak kuasa saya nak keluar cari mamak dimalam raya aihh. Liverpool lawan team kodok, takyah lah saya beriya-iya kan?

Tapi nampaknya sudah beberapa kali, Liverpool yang biasanya gagah perkasa menjadi lemah di Anfield bila berhadapan dengan team kodok seperti Norwich, Man Utd dan kini Swansea.



Hey, jangan bersedih ye Reem Shahwa (boleh follow @reemshahwa di twitter atau di program 'Football Overload' di Astro kerana dia juga seorang peminat team bola Liverpool, sama seperti saya). Bukannya kalah pun kan Reem, kan kan kan?

Chak!!

#YNWA ./
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...