ARKIB SOKERNET

12

Amboi amboi amboi

van kordi Selasa, Januari 31, 2012
Dah Thaipusam ke? Kalau di Liverpool dah Thaipusam, di Manchester dengar khabarnya dah kiamat. Di London pula? Ntahlah, mat saleh kata 'insignificant'.

Kepada yang merayakan hari wilayah esok, selamat hari wilayah!



Pasti ramai fans #gorygorymanutd menantikan keputusan atau mungkin, akan menyaksikan perlawanan Liverpool malam ni. Hati-hati mereka yang bagai dihiris ketip kuku minggu sudah pasti akan terubat jika Wolves menang hatta walau seri sekali pun dengan Liverpool. Kah kah kah!

Macam ni lah fans ManUtd (atau fans kelab lain yang sama terluka) sekalian, sekiranya Wolves menang/seri anggaplah ia sebagai pengubat luka-luka anda itu tetapi jika tidak, hantarlah minah "True Devils" tu kembali kepada fans Liverpool. Tahulah kami apa nak dibuat kepadanya pula kali ini.

Korang ni pun, baru saya UP sikit aje dah melenting. Belum Liverpool angkat Piala lagi tu. Amboi amboi amboi... sakitnya hati!

#YNWA ./
34

True Devils!

Awek ni aku bagi markah penuh! True Red Devils berhati kental. Sesiapa kenal awek ni, bak datang no dia. Aku nak bagi jersi Manchester United Adidas 1989 kaler putih. Apa ada hal! Tengok gambar ni semakin menaik darah 'Roy Keane' aku dan aku akan pastikan satu post terbaik untuk awek ini bila Manchester United 'orgasm sebenar' Mei nanti.

Tapi dimana aku biasa nampak aksi macam lelaki-lelaki ni buat eh?

27

Thaipusam Datang Lagi!

 



Okay abang dengar cerita budak-budak Liverpool happy semacam je sekarang ni?

Mula-mula abang pelik juga, jadah apa nak happy? EPL pun kena tinggal sampai 7 tiang, Europa League pun dah tak layak nak main. Champions League jangan ceritalah kan?

Tapi bila abang selak kalendar, patutlah happy semacam...

















Rupanya Thaipusam datang lagi...

Abang mengucapkan selamat menyambut Thaipusam pada semua penyokong Liverpool. Amboi, seleberet seminggu awal nampak?
18

Semanis Kurma

Beberapa hari kebelakangan ini milo panas saya rasa amat manis. Manis yang tidak terperi. Manis yang sangat sihat. Manis madu. Manis buah. Dua hari yang sudah, capati pun dirasakan manis. Namun saya tolak sebarang kemungkinan buatan orang walaupun dizaman moden ni macam-macam benda kuno boleh berlaku.

Capati yang dipesan pagi ini sudah berada dihadapan saya. Adakah mulut saya akan merasakan kuih dal dan capati masih manis seperti kelmarin dulu?

Selepas bacaan doa makan, saya tutup mata rapat-rapat dan mula menjamah. Didalam pejam itu apa yang saya nampak samar hanya wajah-wajah pemain bolasepak dan penyokong-penyokong mereka.

Siapakah mereka? Kenapa mereka bermain-main difikiran saya? Apa salah mereka?

Saya beristighfar panjang.

Suratkhabar milik kedai mamak dimeja sebelah saya ambil dan terus saya ke muka belakang. Lelaki sejati tidak akan baca muka hadapan suratkhabar dahulu.

Tajuk besar dibelakang suratkhabar tertulis "Liverpool Stamped Manchester United". Hati saya semakin berdebar-debar. Saya jeling suratkhabar yang sedang dibaca pengunjung kedai mamak meja sebelah, tertulis "Dutch Delight!" dan "Moves Like Agger!" Tus air liur saya.

Kanta mata saya, saya besarkan dan terus mengamati gambar-gambar yang dipaparkan.


Kelihatan gagah benar pasukan yang berjersi merah didalam gambar. Yang jatuh tergolek pun nampak macho.

"Apa makan penjaga gol rambut Jefri Din ni benak sangat tak melompat?"

Detus hati kecil saya.

Mulut saya masih terasa manis. Saya kemam-kemam sikit untuk membuang rasa manis itu dan meneguk air suam. Masih manis.



"Liverpool Mara Dengan Satu Tumbukan Padu Keudara!" Dari jauh saya lihat terpampang disuratkhabar bergantungan di kaunter kedai mamak yang sama. Apa saiz font suratkhabar pakai ni?

Dimanakah salah dan silap pasukan jersi biru? Tektikal? Fizikal? Mental?

Dari bacaan saya, kesalahan mereka adalah tektikal, fizikal dan mental. Yer, kesemuanya sekali. Tiada "depth" didalam pasukan. Tidak membahayakan langsung gawang pasukan dari Liverpool pada malam itu. Tidak lama lagi pasukan dari Manchester ini akan sandarkan pada kenangan.

Usai makan, saya masuk kedai runcit sebelah kedai mamak sebelum pulang. Saya beristighfar lagi bila ternampak ubat gigi yang gambarnya dibawah, dan tiba-tiba mulut saya rasa lain macam, rasa manis kurma.



***

Piala FA masih jauh dari genggaman Liverpool, saya tahu. Tetapi, sekiranya memenangi Piala FA setelah memperkosa Manchester United di perlawanan akhir atau di pusingan awal adalah sesuatu yang amat memuaskan kerana, "sorry mate, it has always been just Liverpool and ManUtd. The rest are supporting actors."

#YNWA ./
25

Liverpool power - sebuah cerpen falsafah

dingin Ahad, Januari 29, 2012

Liverpool power – sebuah cerpen.

“Ramli udah2 la tu main bola.”

Ramli yang dari tadi ke sana sini dengan bola stoking dan menjadikan mesin jahit singer emaknya sebagai tiang gol berhenti. Dia memandang lelaki yang menegurnya. Seorang lelaki botak dengan tulisan baju Liverpool. Gaya lebih kepada abang power.

“Ini rumah bapak saya. Sukahati sayalah. Abang sapa?” marah Ramli lalu mengambil bola stoking yang sudah dua bulan dibuatnya. Ramli ingat lagi semasa dia buat bola stoking itu, menitik juga air mata apabila belakangnya kena sebat, sebab guna stoking ayahnya. Mujur emaknya datang dan cakap, “Bang, takkan pasal stoking abang nak bunuh anak kita?”

Orang perempuan bila dah cakap macam tu, lelaki memang tak berapa nak melawan sangat. Yalah, tak pasal2 tidur luar.

“Memang bukan rumah abang, tapi abang tak tahan tengok kau main macam setan!” kata lelaki botak, sekaligus membunuh lamunan Ramli berkenaan sejarah bola stokingnya.

“Sukati sayalah nak main macam setan. Ini bukan rumah bapak abang,” Ramli melawan lagi. Entah mengapa Ramli tiba2 terasa dikata main macam setan.

“Berapa kali nak cakap, ini memang bukan rumah bapak abang. Abang tau ini rumah bapak kau, tapi boleh tak kau beri muka sikit kat abang? Taulah kau sokong tim setan merah, tapi janganlah main macam setang jugak. Baju dah la buruk. Geram betul abang.”

Penerangan abang botak yang panjang lebar sambil jari telunjuknya menunjuk pada baju Ramli, membuat Ramli jadi sayu. Dia pandang baju jersi MU yang dibelikan oleh abangnya. Kata abangnya, ia orginal uptown. Entahlah.

“Sampai hati abang cakap macam tu. Dahlah masuk rumah orang, pastu kutuk saya main macam setan, pastu kutuk pula baju yang abang saya beli.” Mata Ramli mula berkaca-kaca.

“Dah jangan menangis. Nak pakai baju ni. Ini akan menjadikan kau power macam abang,” kata abang botak sambil menghulurkan sebungkus plastik hitam.

“Saya benci Liverpool! Saya takkan pakai baju Liverpool!” kata Ramli dengan mata berkaca2.

“Bila masa abang cakap abang nak beri baju Liverpool? Adik tau tak, kat luar sana memang banyak orang tak suka Liverpool sebab Liverpool power. Tapi adik kena ingat, kat luar sana lagi banyak yang tak suka MU. Bukan sebab MU power, tapi sebab MU itu tim setan. Tau setan? Iblis? Ia melukakan ramai hati para tabligh. Mereka tak suka MU tapi dalam masa yang sama, mereka juga tak minat bola. Kalau macam abang, takpa, abang tak suka MU tapi abang boleh sokong Liverpool? Mereka nak sokong apa?”

Sekali lagi penerangan panjang abang botak buat Ramli pening.

“Jadi, itu baju apa?” soal Ramli ragu2, walaupun plastik hitam itu sudah berada dalam tangannya.

“Ini baju yang lebih patut dipakai oleh mereka yang minat sangat dengan united2 ni. Pakailah. Lepas adik pakai, abang akan keluar dan tak kutuk adik main macam setan.”

Ramli pun pakai baju itu.













Muka dipaintkan bagi menjaga privacy.

Sejak itu jugalah, umat Islam bersatu dan Menyu sentiasa kalah kepada Liverpool. Contohnya pada piala FA semalam, Liverpool menang 2-1. Liverpool memang power.

16

Prebiu Liga Super: Perlawanan 5

Lucius Maximus Jumaat, Januari 27, 2012 , ,


PKNS FC (11) lawan Sabah (10)

Jurulatih Sabah, Justin Ganai dipetik berkata semalam bahawa beliau agak gusar dengan perlawanan yang bakal disiarkan secara langsung oleh Astro Arena ini. Puncanya kerana pada musim lepas kesemua 4 perlawanan Sabah yang disiarkan secara langsung berakhir dengan kekalahan, dan minggu lalu pula perlawanan menentang Lions XII yang disiarkan juga berakhir dengan nasib yang serupa.

Awas PKNS, awas PKNS, awas gerak langkahmu ooo...

Tapi berdepan PKNS FC adalah peluang terbaik untuk Sabah kembali mengutip 3 mata. Juara Liga Premier ini masih belum menang dan tercari-cari rentak bersaing dalam Liga Super. Namun peluang Sabah untuk menang bergantung pada keupayaan penyerang seperti Michael Baird dan Bobby Gonzales untuk menghasilkan gol. Dukacita dimaklumkan ketajaman serangan Sabah setakat ini agak tumpul (2 gol dari 4 perlawanan).

Rekod 2011: Tiada
Tilikan: Sabah menang


Felda United (7) lawan Perak (3)

Kekalahan tipis kepada Negeri Sembilan minggu lalu bukan saja membuatkan Felda United berputih mata, tetapi turut kehilangan beberapa pemain tonggak seperti Farid Ramli dan Hardi Jaafar. Dan tugas lebih berat menanti The Settlers apabila menyambut kunjungan skuad Seladang yang kini menghuni posisi ke-3 Liga Super.

Tidak ada banyak masalah buat Cikgu Jan selaku jurulatih Perak. Penyerang Akmal Rizal telah membuktikan sentuhan berbisa beliau walaupun digelar pemain veteran, sementara Lazar Popovic yang masih belum menjaringkan gol kini selesa dilihat sebagai pengumpan kepada Akmal Rizal. Selain dari itu, gandingan tengah antara Shahrulnizam Mustapa dan Michal Kubala terbukti berkesan buat Yob.

Rekod 2011: Felda United 0-1 Perak, Perak 1-0 Felda United
Tilikan: Perak menang


Sarawak (9) lawan Negeri Sembilan (5)

Ketika zaman Awang Mahyan dan Ngap Sayot dulu, mana-mana pasukan yang bertandang ke Kuching pastinya berdepan tugas getir. Hari ini tempat Awang Mahyan diganti oleh Robert Alberts, tetapi sudah wujud tanda-tanda awal munculnya kembali semangat Ngap Sayot yang pastinya boleh menggugat keupayaan Jang mencatat kemenangan di sana.

Robert Alberts menyeru semangat Ngap Sayot

Pertembungan menarik pastinya antara dua pemain Cameroon, Jean Effa Owona dari Negeri Sembilan yang akan beradu tenaga dengan pemain pertahanan Sarawak, Guy Bwele yang kini telah pulih dari kecederaan. Ketiadaan Shakir Ali yang dipanggil menyertai kem skuad Olimpik mungkin sedikit sebanyak menjejaskan rentak serangan Jang, tetapi pengalaman Azraai Khor dan anak buahnya mungkin boleh menjadi kelebihan untuk mengatasi Sarawak.

Rekod 2011: Tiada
Tilikan: Negeri Sembilan menang


T-Team (4) lawan Selangor (8)

Selangor yang masih tidak tentu hala terpaksa bertandang ke Kuala Terengganu untuk berdepan T-Team, yang tewas minggu lalu dan kini pastinya bengis ibarat seekor yang penyu luka (tak dapat aku bayangkan penyu luka bengisnya macam mana). Satu lagi kekalahan malam ini bakal meletakkan kerjaya Irfan Bakti selaku jurulatih Selangor dalam bahaya. 

Pilihan utama untuk menjadi jurulatih pertama dipecat musim ini jika kalah lagi

Dan jika dilihat dari keadaan semasa, serta rekod T-Team musim lepas yang cemerlang dalam menentang Selangor, tidak mustahil Yunus Alif mampu tersenyum biar pun Zachariah Simukonda mungkin gagal menjaringkan gol. Tidak apa kerana T-Team ada Zairo Anuar, pemain tengah yang sedang mendahului senarai penjaring gol buat masa ini.

Rekod 2011: T-Team 2-1 Selangor, Selangor 0-2 T-Team
Tilikan: T-Team menang


Lions XII (6) lawan Terengganu (2)

Lions XII kembali ke Stadium Jalan Besar, padang tiruan kesayangan mereka dan ngauman lantang penyokong Singapura. Satu kelebihan yang boleh menghantui mana-mana pasukan lawan yang bertandang ke sana dan kali ini yang bakal diuji ialah pasukan tangga ke-2 Liga Super dan juara Piala FA 2011, Terengganu.

Terengganu mempunyai barisan serangan yang gah. Francis Doe cemerlang setakat ini dengan 3 gol dari 2 perlawanan. Selain itu Mat Zan Mat Aris mempunyai penyerang pilihan lain terdiri dari Manaf Mamat dan Hadi Yahya, selain barisan tengah berbahaya seperti Ismail Faruqi, Joseph Kalang dan Ashaari Shamsuddin. Cuma satu isu yang mungkin menjadi penghalang ialah hakikat bahawa pertahanan Lions XII juga tidak kurang hebatnya dibawah teraju Baihakki Khaizan.

Rekod 2011: Tiada
Tilikan: Seri


Kelantan (1) lawan Kuala Lumpur (14)

Kuala Lumpur telah pun berjaya mengutip mata pertama mereka untuk musim ini pada minggu lalu. Tetapi perlawanan berikutnya menentang Kelantan di Kota Bharu bakal menjadi satu lagi tugas hampir mustahil buat City Boys dalam usaha mereka keluar dari dasar Liga Super.

Keputusan perlawanan ini memang sudah boleh dicongak dengan mudah (melainkan Razip Ismail ada strategi hebat yang lain). Yang agak suakr dicongak ialah sama ada perlawanan di Stadium Sultan Mohammad IV ini boleh bermula tepat pada masanya atau lewat berpanjangan.

Rekod 2011: Kelantan 2-0 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 0-2 Kelantan
Tilikan: Kelantan menang


Kedah (13) lawan Johor FC (12)

Pertembungan antara 2 pasukan yang melengkapkan 3 pasukan tercorot Liga Super. Kedua-duanya mempunyai rekod bolos yang hebat (6 bolos setiap satu) tetapi di mana satu pasukan telah pun berjaya menjaringkan 3 gol, satu pasukan lagi masih kemarau gol.

Persoalannya adakah jurulatih sementara Kedah, Nidzam Adzha bakal terus bersandar kepada taktik 'long ball' disebalik barisan pemain berkemahiran yang dimilikinya? Dan adakah K Devan yang sebelum ini gagal bersama Selangor bakal terus gagal bersama Johor FC pula?

Rekod 2011: Kedah 1-2 Johor FC, Johor FC 0-1 Kedah
Tilikan: Seri
20

Rangkuman Liga Super: Perlawanan 4

Lucius Maximus Khamis, Januari 26, 2012 ,



Sabah 0-1 Lions XII

Kedatangan Singapore Lions XII ke Stadium Likas setelah 18 tahun berlalu disambut dengan kain rentang 'Singa Pork Dibunuh Saja' oleh North Borneo Ultras.

Sikap penyokong di sebelah utara Borneo ini berdasarkan pemerhatian aku adalah begini. Mereka meraikan pertembungan Derbi Borneo dengan Sarawak atas semangat 1Borneo, tetapi agak fanatik dan lantang bila mana-mana pasukan dari Semenanjung datang untuk menentang Sabah di Likas. Dalam kes Singapura atau Lions XII pula, ianya disambut sebagai musuh yang dibenci.

Dua kad merah dilayangkan kepada Mafry Balang (Sabah) dan Irwan Shah (Lions XII), sebiji mercun dibaling kepada 3 pemain simpanan Lions XII yang sedang memanaskan badan dan jeritan 'Singapore Anjing!' mewarnai perlawanan ini sampaikan buat kali pertama musim ini FRU dikerah membuat perimeter di keliling padang sepanjang separuh masa kedua.

Tetapi 3 mata milik Lions XII itu pun selepas tendangan percuma diberikan di penjuru padang setelah pemain Lions XII, Yasir Hanapi diterajang bontotnya. Sepakan percuma mirip dari posisi sepakan penjuru berjaya ditanduk masuk Hariss Harun pada minit ke-19. Pun begitu Sabah tetap cuba bangkit, beberapa kali cubaan merbahaya dari Brendan Gan, Michael Baird dan Sumardi Hajalan hampir membuahkan hasil tetapi pertahanan dan penjaga gol Lions XII cemerlang menepis sebarang cubaan.

Kemenangan dalam perlawanan tempat lawan ini yang pertama buat Lions XII musim ini dan Hariss Harun mencatat nama sebagai pemain Singapura pertama menjaringkan gol di tempat lawan setelah kali terakhir dilakukan oleh Fandi Ahmad 18 tahun yang lalu. Tetapi jika dinilai dari reaksi penyokong Sabah di stadium, tidak mustahil Lions XII bakal berdepan 'hostile crowd' dalam setiap perlawanan tempat lawan mereka khususnya ketika menentang pasukan negeri.

Sabah bermain lebih baik tetapi Lions XII bijak untuk bermain secara bertahan dan membuang masa dengan gol pendahuluan mereka. Dan sayang, kain rentang North Borneo Ultras yang bersifat provokasi akhirnya makan tuan, sementara insiden balingan mercun dikatakan bakal melibatkan denda berjumlah RM10,000 oleh FAM ke atas Sabah.

Negeri Sembilan 1-0 Felda United

Kacau bilau di Likas turut berjangkit ke seberang Laut China Selatan di STAR of Paroi. S Kunalan (Negeri Sembilan), Farid Ramli (Felda) dan Hardi Jaafar (Felda) mencatat nama dalam buku kad merah pengadil sementara Hamsani Ahmad (Felda) dilaporkan bergaduh dengan penyokong Jang di luar bilik persalinan.

S Kunalan dan Farid Ramli khabarnya bertumbuk ketika waktu kecederaan separuh masa pertama. Hardi Jaafar pula bertekak dengan Jean Effa Owona sebelum kemudiannya menyerang penyokong Jang yang didapati cuba membaling botol kepada Hardi Jaafar kerana mahu menuntut belas atas awang Afrika kesayangan. Hamsani Ahmad pula katanya bergaduh dengan penyokong Jang ketika menuju ke bilik persalinan.

Gol tunggal jaringan Shahurain tidak cukup untuk meredakan api kemarahan ke atas Felda dan mantan MB Nogori, Isa Samad

Akhirnya pasukan keselamatan terpaksa dipanggil untuk mengiringi pemain Felda United keluar dari stadium menuju ke bas mereka. Gol tunggal Shahurain Abu Samah yang memberi 3 mata buat Jang masih tidak dapat membendung kemarahan penyokong negeri beradat itu. Apa yang pasti, FAM sedang perati je insiden Jang dan Felda bergaduh ini.

Kedah 0-3 Kelantan

Malang yang menimpa skuad Kenari diburukkan lagi dengan kali ini dipijak lunyai oleh The Red Warriors. Mohammed Ghaddar, Norshahrul Idlan dan Denny Antwi bergilir mencetak 3 gol. Kedah pula terus memperbaiki rekod dengan bermain selama 360 minit tanpa sebarang gol dijaringkan.

Sebaliknya pemain Kedah seperti Sabre Abu dan V Thirumurugan cemerlang menunjukkan bagaimana hendak menakik kaki atau memijak tubuh lawan di atas padang. Helmi Eliza pula membuktikan bahawa jersi penjaga gol Harimau Malaya sudah pasti mustahil bakal disarung kembali oleh beliau dengan aksi cemerlang menghadiahkan bola buat Denny Antwi menjaringkan gol ke-3 Kelantan.

Wan Jamak khabarnya digantung 7 perlawanan dan kini masih berbaki 3 lagi perlawanan sebelum beliau dapat mengambil alih tugas kejurulatihan dari Nidzam Adzha. Kedah memerlukan keajaiban atau tidak bakal senasib dengan jiran-jiran Utara mereka seperti Pulau Pinang dan Perlis yang kini tidak lagi bermain dalam Liga Super.

Selangor 0-0 Sarawak

Sekali lagi Red Giants gagal menjaringkan gol dan terpaksa berpuas hati dengan 1 mata dikongsi bersama Sarawak yang nampaknya sudah mula menemui kembali semangat Ngap Sayot mereka yang telah lama menghilang.

The Crocs pastinya lebih berpuas hati dengan membawa pulang 1 mata dari tempat lawan dan menamatkan 2 kekalahan berturut mereka sebelum ini. Dikhabarkan juga perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil ini rata-rata dikuasai oleh Sarawak dengan Selangor terus tumpul dan buntu.

Misi 33 bermakna ada 33 orang ultra

Dengan keputusan seri ini, kerusi jurulatih Selangor yang diisi oleh Irfan Bakti kini semakin panas. Melainkan kemenangan dicapai dalam perlawanan berikutnya tidak mustahil Irfan Bakti bakal menjadi jurulatih pertama bakal kehilangan jawatan musim ini. Sementara bagi Sarawak pula, tweet dari @ultracrocs berbunyi "#MSL2012 Tiket mahal RM15 , Tol mex RM1.50, Aik Tin RM2, Aik Mineral, Kacang, Kopok Leko RM 8, nangga Selangor ponek, PRICELESS" cukup untuk menggambarkan kepuasan mereka.

Terengganu 2-1 T-Team

Derbi Terengganu agaknya, pasukan abang bertemu pasukan adik dan macam lazimnya si abang berjaya mengatasi si adik.

Pun begitu T-Team terlebih dulu di depan melalui penalti oleh penjaring utama mereka Zairo Anuar. Namun 2 gol oleh penyerang import Francis Doe memastikan 3 mata milik Terengganu sekaligus menjatuhkan T-Team dari puncak klasemen Liga Super.

Francis Doe, 2 perlawanan dan 3 gol, patutlah MB Ahmad Said sanggup berjuang untuk budak Afrika ini

Francis Doe setakat ini telah menghasilkan 3 gol dari 2 perlawanan yang disertai beliau membuktikan perjuangan MB Ahmad Said untuk kebajikan Francis Doe dan nasib Terengganu tidak sia-sia. Jurulatih T-Team, Yunus Alif pula khabarnya semakin panas dengan prestasi hambar Zachariah Simukonda.

Kuala Lumpur 1-1 PKNS FC

Ada cahaya di hujung terowong buat Kuala Lumpur yang akhirnya berjaya mendapatkan mata pertama mereka selepas 4 perlawanan musim ini.

Tetapi PKNS FC terlebih dulu di depan hasil jaringan Fauzan Dzulkifli setelah perlawanan ditangguh selama 3 jam akibat bah di padang. Ketika PKNS FC hampir dilihat bakal muncul pemenang, Afiq Azmi muncul penyelamat dengan gol penyamaan Kuala Lumpur pada minit ke-84.

Walau bagaimanapun skuad kendalian Razip Ismail masih kekal menghuni dasar Liga Super dan kekal calon utama penyingkiran musim ini.

Johor FC 0-1 Perak

Entah apa percaturan Cikgu Jan untuk Yob, meletakkan gandingan Shafiq Jamal dan Lazar Popovic pada mulanya tetapi kemudian memasukkan Akmal Rizal pada minit ke-31 menggantikan Shafiq Jamal. Tidak lama diperlukan oleh Akmal Rizal untuk meledak satu lagi bol buat Yob tetapi sayang sekali ia dikatakan ofsaid oleh penjaga garisan.

Namun jika Akmal Rizal gagal mencari penyudah buat Yob, hero datang dari sumber yang tidak disangka-sangka. Berpunca dari Michal Kubala yang menggelecek beberapa pemain Johor FC dalam kotak penalti, bola kemudian dihantar kepada pemain pertahanan baru Yob, Shahrom Kalam untuk gol tunggal perlawanan dan memastikan Yob pulang dengan 3 mata penuh.

Don't Mess With The Yob!

Kemenangan ketiga dari empat perlawanan cukup untuk meletakkan skuad Yob ditangga ke-3 Liga Super, berkongsi mata dengan Terengganu dan hanya kurang satu mata berbanding Kelantan di puncak klasemen.


Kesimpulan Perlawanan 4

Penguasaan Pantai Timur masih jelas dengan Kelantan kini merampas takhta Liga Super dari T-Team sementara Terengganu rapat di posisi ke-2 liga. Perak muncul pasukan bukan dari Pantai Timur tunggal untuk melengkapkan kedudukan 3 pasukan teratas, terpisah dari Terengganu melalui perbezaan jaringan.

Hanya 11 gol dijaringkan untuk Perlawanan 4 dengan kedudukan penjaring terbanyak kekal milik pemain T-Team, Zairo Anuar dengan sejumlah 4 gol. Di kalangan pemain import, Jean Effa Owona dan Francis Doe mendahului senarai penjaring masing-masing dengan 3 gol.

Jumlah keseluruhan gol dijaringkan setakat ini ialah 54 gol (purata 1.9 gol setiap perlawanan), Kelantan muncul pasukan paling ofensif dengan 8 gol sementara Perak, Terengganu dan T-Team paling defensif dengan hanya 2 bolos. Rekod bolos terburuk milik Kuala Lumpur (8 bolos) dan Kedah pula kekal pasukan tunggal yang masih belum menjaringkan gol musim ini.
22

Wembley, wembley, wembley

van kordi
Wembley Stadium. Sungguh romantik.

Lama juga saya tak lihat permainan Liverpool disini. Mengikut beritanya, dah 16 tahun kami tidak kesana. Aihh, jangan tersilap adik-adik. Liverpool selalu dah masuk final dan menang dalam masa 16 tahun ini cuma Wembley yang baru sahaja belum dirasai lagi.




Perlawanan di Anfield semalam saya rasakan biasa saja bagi Liverpool. Menyerang, menyerang, menyerang dan percubaan menarik digagalkan oleh penjaga gol. Sekali-sekala kena serang, lepaskan gol. Walaupun begitu, kemaraan Liverpool kali ini gagal dibendung. Liverpool terlalu power bagi pendahulu EPL.

26 Februari, 2012. Tarikh perlawanan akhir Carling Cup menentang Cardiff City. Pasukan yang menumbangkan Crystal Palace diseparuh akhir yang lagi satu.

Cardiff ini sudah tentulah lebih bagus dari ManUtd kerana kepada adik-adik yang mudah lupa, Cardiff ke akhir selepas menumpaskan Crystal Palace, pasukan yang tenang menumpaskan ManUtd di Old Trafford. Arithmetik yang senang sahaja, bukan?

Satu piala sudah nampak didalam jangkauan Liverpool untuk musim ini. Arsenal, Spurs dan Chelsea pula bagaimana?

Piala kali ini akan lebih sedap dipeluk sekiranya ManUtd juga ke perlawanan akhir lalu diperkosa Liverpool tapi apakan daya, ManUtd dah awal-awal diperkosa oleh pasukan lain.

Alang-alang saya curi masa untuk menaikkan entri ini, sesuailah kiranya saya letak gambar dibawah ini sekali. Untuk tatapan peminat-peminat Evra dan ManUtd yang muka tak elok dan berjerawat.



Jumpa kami Sabtu ini yer adik-adik!

#YNWA ./
8

Musuhnya Habis Binasa

Jang nak kasi ingat pada penyokong dan pemain pasukan Jang, kito datang dari negeri beradat, jago tingkah laku dan kelakuan. Jangan buek perangai tak ketontuan bonar. Kito kono kekalkan imej kito sebagai penyokong paling terbaik dikalangan yang terpilih.

Tapi kalau ado yang menjual, buek handa kek lopak kito, kogheh bonar kepalo eh tu, ingat tangan dio yo boleh menghayun, boots bola dio yo ado paku.... ramai-ramai kito gogar bas mereko, kito hantar mereka sampai tol Senawang!



Ingat poit! Bondo ni bukan hal Abang kawasan atau top-top perang. Bukan sobab Isa pendek, makcik Felda, Owana atau Hamsani.

Jangan kasi malu Abang Poe kito! itu kito kono jago.


kredit : N9futbol.com dan tuan punyo video.
25

Kah! Kah! Kah!

Abdul Sokernet Rabu, Januari 25, 2012 ,



Dari entri zaman dulu-dulu punya.

cakapsorang berkata...

Salam..maaf, tp tahu x Abdul tu apa? Abdul = hamba...selepas Abdul tu hanya Nama Allah je boleh letak..kalau tak tahu x apa, tp jgn lepas ni buat lg.. Boleh jatuh murtad..maaf lg sekali




Kah! Kah! Kah!

Woi! Jatuh murtad!
12

Rangkuman Perlawanan BPL




Ini Liverpool




Ini Arsenal




Ini Spurs





Ini Chelsea
10

Negeri Sembilan Negeri Beradat?

Apo kono Jang?



O.k, kita dengar apa kata Jang..

21

Hari ini

16

Esok

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, Januari 21, 2012 , ,


Gua harap semua ahli Arsenal semangat sikit.
38

Khutbah Jumaat: Isu Import, Siapa Yang Benar & Siapa Yang Bana??

Lucius Maximus Jumaat, Januari 20, 2012


[Mulai hari ini slot Footie Friday ditukar kepada Khutbah Jumaat, barulah Melayu dan Islamik gitu!]

Kami tarik diri!

Liga Super dan Liga Perdana Malaysia musim 2012 telah membuka tirai awal bulan ini, kali ini dengan episod baru apabila FAM menghalalkan kembali penggunaan pemain import dalam liga tempatan. Sudah 3 musim berlalu sejak pemain import diharamkan, maka apabila ianya kembali dihalalkan boleh dikatakan semua pasukan bertanding merebut peluang ini untuk mendapatkan khidmat pemain import.

Penglibatan import dalam liga tempatan memang penuh dengan drama. Kali pertama diperkenalkan pada musim 1989, pemain import ketika itu banyak menyumbang kepada populariti liga bola sepak Malaysia. Tetapi selepas skandal rasuah 1994 dan dengan jatuh merudumnya bola sepak kita, lebih banyak masalah timbul dalam kes pemain import. 

Ada pemain import yang tidak dibayar gaji, ada yang kontraknya ditamatkan ikut suka hati pihak pengurusan, ada pula pemain import yang kualiti permainannya lebih teruk dari pemain tempatan dan ada pula pemain import yang sebenarnya bukanlah pemain bola tetapi entah budak Afrika mana yang senang-senang boleh kencing pasukan bola sepak tempatan.

Aaaaaaaaaaa...

Maka oleh itu, bila FAM kembali mahu menghalalkan pemain import dalam liga Malaysia, beberapa peraturan telah ditetapkan untuk setiap pasukan sebagai panduan dalam mendapatkan khidmat import mereka. Semuanya demi memastikan pemain import yang diambil adalah berkualiti bukan jenis yang tangkap muat. Selain dari itu adalah penting juga untuk memastikan pasukan yang menggunakan khidmat import benar-benar mampu dari segi kewangan supaya di kemudian hari tidak timbul kes pemain tidak dibayar gaji.

Dengan adanya peraturan ini semua sepatutnya keadaan menjadi lebih mudah. Mana-mana pasukan yang berminat hendak dapatkan pemain import boleh menguji pemain dan seterusnya mengikat pemain tersebut jika berpuas hati asalkan ianya memenuhi peraturan ditetapkan FAM. Tapi, masih lagi ada pihak pengurusan pasukan yang jenis benak hati dan melakukan kesilapan.

Antaranya ialah seperti Johor FC, PKNS FC, Felda United, Negeri Sembilan, Johor dan pastinya Pahang. Mereka ini cuba mendaftarkan pemain import yang tidak memenuhi peraturan ditetapkan oleh FAM. Dalam kes Negeri Sembilan, pemain import dari Brazil bernama Marquem Nuguen Gonçalves Ferreira sebelumnya bermain dalam kelab Campinense Clube, sebuah kelab Serie C musim 2011. Serie C merupakan liga divisyen 3 Brazil dan ia tidak memenuhi peraturan FAM yang menghendaki pemain dari negara anggota CONMEBOL mestilah bermain dalam liga divisyen 2 ke atas.

Kami tarik diri!

Ini adalah mudah sebenarnya. Kalau kita pandai membaca dan cerdik sedikit kita sudah boleh memahami peraturan jelas yang ditetapkan oleh FAM. Peraturan pemain import yang melibatkan 20 perkara ini telah ditempek di Wikipedia sejak tahun lepas lagi dan sekali baca aku sendiri pun sudah boleh faham maksudnya.

Dan dalam dunia siber masa kini di mana maklumat semuanya di hujung jari, mana-mana pengurusan pasukan boleh mendapatkan maklumat setiap pemain import yang mengetuk pintu mereka di Internet. Boleh tanya lebai Google atau haji Wikipedia. 

Sebab itu aku rasa pelik teramat sangat bila PKNS FC cuba mendaftarkan pemain Tunisia bernama Helmi Loussaief. Adakah PKNS FC tidak membaca peraturan FAM? Adakah PKNS FC tidak mempunyai komputer dan Internet di pejabat untuk mengetahui bahawa Helmi Loussaief ini budak Tunisia, negara anggota CAF dan sebelumnya bermain untuk kelab Spezia Calcio di Itali dalam liga divisyen 3 bernama La Lega Pro Prima Divisione? Dan kalau mengikut peraturan FAM seorang pemain dari negara anggota CAF mestilah bermain untuk sebuah liga divisyen 2 ke atas maka pastilah Helmi Loussaief ini terang-terang tidak layak?

Aaaaaaaaaaa...

Adakah peraturan FAM terlalu rumit dan sukar untuk difahami oleh pengurusan pasukan negeri dan kelab? Jika pun benar ianya sukar difahami, mustahil pasukan negeri atau kelab yang benak hati ini tidak merujuk terlebih dulu kepada peguam mereka yang pastinya seorang ahli undang-undang.

Ini membawa kita kepada kes Ramez Dayoub, pemain import dari Lubnan yang bermain untuk Selangor. Mulanya pendaftaran beliau diluluskan oleh FAM, tetapi kemudiannya didapati bahawa Ramez Dayoub ini telah melanggar salah satu peraturan yang ditetapkan.

Peraturan ke-17 FAM menyebut jelas "Foreign Players who are playing or who have played in AFF South East Asian League have to complete a cooling-off period of two years, where their last Contract must have ended before or on 7 December 2009 before they can be hired by State Football Association or Club to play in M-League 2012."

Kami tarik diri!

Dalam bahasa mudahnya seorang pemain import yang pernah bermain dalam liga bola sepak negara anggota AFF hendaklah melalui tempoh bertenang selama 2 tahun, atau erti kata lainnya kontrak mereka itu mesti tamat sebelum atau pada 7 Disember 2009.

Tapi Ramez Dayoub sehingga tahun lepas masib bermain untuk Magway FC di dalam Myanmar National League. Senang cerita Ramez Dayoub tidak melalui tempoh bertenang selama 2 tahun yang ditetapkan oleh FAM. Entah bagaimana pihak pengurusan Selangor tidak ada satu pun yang terfikir tentang hal ini dan pihak FAM pula terlepas pandang.

Bila Ramez Dayoub sangkut, ada pula suara yang cuba mengaitkan pemain import Kelantan yang juga senegara dengan Ramez Dayoub iaitu Mohammed Ghaddar. Kenapa Ramez Dayoub boleh sangkut tetapi Mohammed Ghaddar boleh lepas? Adakah kerana Annuar Musa taiko besar di FAM?

Aaaaaaaaaaa...

Mohammed Ghaddar lepas kerana kelab terakhir beliau sebelum Kelantan ialah Al-Jaish yang bermain dalam Syrian Premier League, liga divisyen 1 di Syria. Mohammed Ghaddar memenuhi Peraturan ke-5 yang menghendaki pemain dari negara anggota AFC hendaklah bermain dalam liga divisyen 1 di kelab sebelumnya. Dan oleh kerana Syrian Premier League ini bukannya di ASEAN maka si Mohammed Ghaddar tidak perlu melalui tempoh bertenang 2 tahun seperti Ramez Dayoub.

Ini peraturan mudah sebenarnya. Tidak apa jika seorang penyokong bola tidak faham tetapi yang penting seorang pekerja pengurusan bola mestilah faham. Kalau tidak faham maknanya dia tidak lepas UPSR dan tidaklah boleh si kulup ini kerja dalam bidang pengurusan bola. Tetapi kita tahu di Malaysia ini, banyak kulup-kulup sebegini yang bekerja dalam bidang pengurusan bola maka atas sebab itulah bola sepak Malaysia ini pun jenis yang tidak lepas UPSR dan boleh tahan kulupnya.

Ini seterusnya membawa kita kepada kes paling menarik yang melibatkan Terengganu. Terengganu macam pasukan lain di dalam liga cuba mendapatkan khidmat pemain import. Salah seorangnya ialah Tercio Nunes Machado dari Brazil, tetapi setelah melalui ujian kesihatan dan didapati menghidap Hepatitis B pendaftaran beliau dibatalkan. Ini memaksa Terengganu berusaha mendapatkan import yang lain.

Kami tarik diri!

Masalahnya di dalam bola Malaysia ini, macam kita ketahui walaupun ianya dicanang sebagai bola sepak taraf profesional tetapi hakikat yang sebenar ialah tidak ada apa yang profesional baik dari segi permainan atau pengurusan (dan juga dari segi penyokong). Walaupun tempoh jendela perpindahan pemain telah disediakan oleh FAM secara berpatutan, kebanyakan pasukan negeri masih terhegeh-hegeh dalam usaha mendapatkan pemain yang mereka mahu.

Kes Terengganu ialah klasik. Lembap dan bodoh sombong. Aku sebutkan lembap kerana yang pertama walaupun sudah diberikan tempoh sewajarnya tetapi mereka masih belum berupaya mendapatkan pemain import idaman kalbu. Bodoh sombong pula kerana setelah mendapat pekeliling dari FAM yang melanjutkan pendaftaran import sehingga 9 Januari, tidak pula mereka bertanya lanjutan ini untuk Liga Super atau Piala AFC.

Alih-alih, Ahmad Said mengamuk sakan kerana pemain import idaman kalbu tidak boleh bermain untuk Liga Super. Siapa suruh tak tanya dulu?

Aaaaaaaaaaaa, ye la, ye la, kita lanjut sampai 13 Februari (dalam hati, selamat Selangor aku)

FAM pun ada silapnya, hantar surat pekeliling tak semak habis di mana yang mungkin ada terlupa atau tersalah sebut. Tapi itulah dia, macam aku sebutkan tadi bola kita ini nama saja profesional tapi yang sebenarnya prokepalabana. Sebab itu kita boleh ada perlawanan lewat 32 minit macam Kelantan lawan PKNS dan ini dihalalkan oleh taiko besar FAM, Annuar Musa sendiri.

Di penghujung kisah, Hamidin Amin sebagai kepala Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) bermesyuarat bihun dan karipap sampai 5.30 petang untuk melanjutkan pendaftaran pemain import hingga ke 13 Februari. Tapi itu pun selepas kecoh isu Ramez Dayoub pemain import kesayangan Selangor yang di mana Hamidin Amin juga merupakan salah satu taiko besar di sana. Sekaligus ini mengundang persoalan tentang berlakunya 'conflict of interest' dalam keputusan JKPT FAM ini.

Siapa yang benar dan siapa yang bana sebenarnya?


Jawapan aku mudah. FAM telah memberikan tempoh jendela perpindahan yang berpatutan dan menggariskan peraturan yang jelas dan nyata (walaupun ada peraturan yang boleh dipertikaikan, macam Perkara 5.3 tentang ranking negara pemain import, tetapi ianya tertakluk pada budi bicara Jawatankuasa Tapisan yang mempunyai kata putus). Tapi macam biasa pengurusan pasukan negeri dan kelab sentiasa saja mencari masalah mereka sendiri kerana lembap dan bodoh sombong, buat kerja macam kura-kura lepas itu berlagak pandai walaupun sebenarnya tidak tahu atau tidak faham. Dan bila ada kontroversi, ahli politik macam Ahmad Said campur tangan dan ahli politik dalam FAM pula beralah kerana masing-masing nak jaga periuk nasi dan karier politik mereka.

Maka tidak hairanlah bila rakyat Malaysia lagi syok pekena bola orang putih.
24

Rangkuman Liga Super: Perlawanan 3

Lucius Maximus Khamis, Januari 19, 2012 ,



Perak 2-1 Negeri Sembilan

Ramai yang khabarnya tidak puas hati bila Astro Arena memilih untuk menyiarkan siaran langsung perlawanan antara Perak dan Negeri Sembilan, hingga ada yang memerli bahawa Astro Arena patut ditukar nama kepada Astro Owona (sempena Jean Effa Owona, pemain import Jang). Tetapi tindakan Astro sebenarnya adalah satu langkah yang tepat.

Pertemuan antara Yob dan Jang sebenarnya sentiasa menjanjikan aksi menarik. Menarik kerana setiap kali Jang bergelar juara satu-satu piala, mereka pasti akan tersungkur disondol oleh Yob.

Musim 2010, Negeri Sembilan yang baru dinobat juara Piala FA rebah 2-1 di Stadium Perak. Ketika musim 2011, kali ini selaku juara Piala Malaysia tahun sebelumnya sekali lagi Negeri Sembilan tunduk 2-0 kepada Yob di Stadium Perak. Dan musim 2012 juga menyaksikan kisah yang sama, biarpun bergelar juara Piala Malaysia dan Sumbangsih, Jang tewas lagi 2-1 apabila bertandang ke kandang Yob.

Jurulatih Jang memang sporting!

Yang pasti, Stadium Perak merupakan badi buat Jang. Sekali pun kali ini Jang turun dengan dubuk liar mereka sendiri, Effa Owona.

Syukur pada Tuhan, sepak mula perlawananan dapat dimulakan setepat mungkin. Yob selaku tuan rumah memberi penghormatan buat Jang dengan memainkan lagu Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang terkandung ungkapan keramat "Musuhnya habis binasa", kemudian diikuti lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan, satu-satunya lagu negeri yang nadanya sama seperti lagu Negaraku yang menyusul sebagai lagu terakhir.

Cikgu Jan selaku jurulatih Yob memilih gandingan penyerang muda Failee Ghazli dan penyerang import Lazar Popovic, sementara pertahanan Khairi Zainuddin tidak diturunkan, mungkin sedikit sebanyak berpunca dari kesilapan beliau yang menjadi penyebab gol Selangor di Bukit Jalil tempoh hari. Untuk tugas mengawal Effa Owona, Cikgu Jan meletak kepercayaan pada pemain tengah defensif, K Nanthakumar yang mempunyai fizikal setaraf Effa Owona.

Tetapi hanya 4 minit diperlukan oleh Jang untuk berada di depan. Dubuk liar mereka Effa Owona melepaskan rembatan padu dari sepakan percuma di luar kotak penalti Yob. Nasril Nourdin yang agak berisi cuba terbang menepis bola tapi sayangnya tidak kesampaian. Yob dari Alor Pongsu hingga ke Yong di Trolak semuanya tersentak. Yang di stadium apatah lagi.

Dengan Jang selesa mendahului, Yob pula nampak goyah. Lazar Popovic terus menyeksa jiwa raga penyokong di stadium dan di depan TV. Failee Ghazli walaupun lincah dan bertenaga masih lagi tidak mampu mengatasi kekangan hebat pertahanan Jang yang dikepalai Norhafiz Zamani. Segala usaha Yob mencari gol penyamaan terus dinafikan oleh Jang, sementara Effa Owona dan Shakir Ali sekali-sekala terus menguji pertahanan Yob.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, entah bagaimana ketika mengejar bola yang dilorongkan, Failee Ghazli tiba-tiba ditimpa kecederaan hamstring. Yob muda ini tersungkur kesakitan di tengah padang dan terang lagi bersuluh, beliau terpaksa dikeluarkan segera.

Namun kata orang, ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Cikgu Jan pantas memanggil Akmal Rizal untuk bersiap siaga masuk ke padang. Kerap dilabel ramai sebagai penyerang yang sudah senja, tetapi bagi Yob, AR14 tetap mempunyai kelebihan tersendiri.

Hanya sentuhan pertama diperlukan Akmal Rizal untuk meledak gol pertama Yob, melalui sepakan gunting dari luar kotak pada minit ke-38. Jang tersentak dan Yob pula kembali bernyawa. Kedudukan kekal 1-1 hingga tamat separuh masa pertama.

Apabila masuk separuh masa kedua, Yob lebih banyak menguasai perlawanan. Jang pula merosot permainannya, mengulang kembali tabiat dari dua perlawanan sebelumnya hingga kini kerap dilabel sebagai pasukan separuh masa pertama (separuh masa kedua terus hancur). Effa Owona dikawal baik oleh K Nanthakumar, pemain import Jang yang pernah bermain di Perancis ini langsung tenggelam pada babak kedua.

Sebaliknya, Akmal Rizal yang satu masa dulu pernah juga bermain di Perancis kembali menggegar jaring. Mendapat hantaran cantik dari Lazar Popovic, Akmal Rizal tidak menghadapai masalah untuk menjaringkan gol kedua Yob melepasi penjaga gol Jang, Farizal Marlias.

Don't Mess With The Yob!

Kedudukan 2-1 kekal hingga wisel penamat, biar pun Jang cuba bangkit pada saat akhir untuk mencari gol penyamaan. Apa yang pasti, percaturan Cikgu Jan untuk meletak K Nanthakumar buat merantai Effa Owona terbukti berkesan, hanya melalui 'dead ball situation' dubuk liar Jang ini dapat mengganas. Dan yang lebih pasti lagi, Stadium Perak kekal badi buat Jang.

PKNS FC 0-0 Kedah

Fanatik Hijau Kuning hari ini pasti sesal kerana tidak mendapatkan Akmal Rizal ketika penyerang berpengalaman ini dilepaskan dari Kelantan pada tahun 2010 dulu. Atau sesal kerana melepaskan Shafiq Jamal untuk menyertai Perak pada tahun yang sama kerana pada hari ini, Kedah tumpul ibarat Kenari tanpa paruh.

Walaupun cuba memasukkan Baddrol Bakhtiar di separuh masa kedua, ia belum cukup untuk Kedah merobak barisan pertahanan PKNS. Terikat 0-0 hingga wisel penamat dan Kedah kini muncul pasukan tunggal dalam Liga Super yang masih belum menjaringkan sebarang gol walaupun sudah 3 perlawanan berlalu.

Wan Jamak pasti berbulu, hanya mampu melihat ketumpulan Hijau Kuning tapi tidak mampu berbuat apa-apa.

Felda United 1-0 Selangor

Gergasi Merah tumpas di tangan Peneroka? Felda United selamba mensawitkan Selangor?

Cap Traktor

Inilah yang berlaku di Stadium Hang Jebat. Hanay satu atau dua peluang hadir buat Felda United tapi itu sudah cukup untuk Azrul Ahmad muncul wira menjentik telinga Gergasi Merah. Barisan bintang elit Selangor yang dihidangkan banyak peluang bagaimana pun gagal untuk menjaringkan sebarang gol sekaligus memberi tekanan buat jurulatih Irfan Bakti.

Usai perlawanan, Irfan Bakti dilapor menyalahkan faktor padang, cuaca dan waktu bermain petang sebagai punca kekalahan Selangor. Amboi, nak jadi Arsene Wenger lettew!

Sarawak 0-1 Terengganu

Terengganu membuktikan kenapa perjuangan jihad mereka untuk mendapatkan pemain import sehingga MB Ahmad Said turut meroyan adalah penting melalui perlawanan di Kuching ini. Berdepan Sarawak yang semakin meningkat naik, pemain kesayangan Terengganu dari Liberia, Francis Doe.

Francis Doe ini bukan sembarangan pemain import. Berumur 26 tahun, penyerang ini pernah bermain untuk Liberia dan pernah juga bermain untuk kelab bola seperti New York Red Bulls dan DC United di Amerika Syarikat serta Al-Ahly, kelab paling berjaya di Mesir. Pendek kata dalam kebanyakan pemain import Liga Super musim ini, Francis Doe antara yang memiliki 'resume' paling gah.

Macam iras-iras Drogba pun ada si Doe ni!

Pemain Liberia ini turut membuktikan dia juga paling gah di atas padang dalam perlawanan yang dikuasai oleh pasukan lawan Sarawak. Gol tunggal beliau sudah cukup untuk membuat penyokong Terengganu dan MB Ahmad Said senyum sokmo.

T-Team 0-0 Sabah

Tapi lain ceritanya untuk pasukan adik Terengganu, T-Team.

Jika pasukan abang terbang ke Borneo dan pulang dengan 3 mata penuh, pasukan adik pula menyambut kunjungan lawan dari Borneo tetapi terpaksa berpuas hati untuk berkongsi mata.

Ketajaman barisan serangan T-Team yang sebelum ini telah menyumbat 6 gol tiba-tiba tumpul berdepan Sabah. Pun begitu, keputusan seri sudah memadai buat T-Team untuk kekal di puncak klasemen dan mengekalkan rekod masih belum bolos. Yunus Alif bagaimana pun dikatakan naik angin dengan keputusan seri ini.

Lions XII 2-1 Kuala Lumpur

Perlawanan menentang calon relegasi pilihan musim ini merupakan peluang terbaik untuk anak buah V Sundramoorthy mencatat kemenangan pertama dan ianya memang tidak disia-siakan oleh mereka.

Pun begitu jaringan sendiri pertahanan Kuala Lumpur, Aiman Syazwan yang meletakkan Lions XII di depan pada minit ke-41. Hanya pada separuh masa kedua barulah Lions XII dapat menggandakan jaringan melalui Shahdan Sulaiman pada minit ke-57.

Shahdan Sulaiman - Sang Singa akhirnya mengaum

Kuala Lumpur bagaimana pun berjaya merapatkan jurang apabila dihadiahkan penalti yang disempurnakan oleh Fazuan Abdullah. Tetapi ia masih tidak cukup untuk menghalang kekalahan ketiga buat pasukan kendalian Razip Ismail, yang terus kekal di dasar Liga Super.

Kelantan 2-1 Johor FC

Red Warriors terus menunjukkan permainan yang kurang meyakinkan dalam perlawanan ketiga dan sekali lagi terpaksa diselamatkan oleh penyerang handalan, Norshahrul Idlan.

Separuh masa pertama berlalu tanpa sebarang gol. Hanya pada minit ke-55 Indra Putra berjaya meletakkan Kelantan di depan tetapi berselang 8 minit Khairul Ismail menyamakan kedudukan untuk Johor FC. Sekali lagi Kelantan dilihat seperti bakal diikat di gelanggang sendiri seperti perlawanan sebelumnya.

Lagi-lagi kawe yang jadi penyelamat, guane?

Namun gerakan solo oleh Norshahrul Idlan pada minit ke-72 menghasilkan gol kedua Kelantan dan memberikan 3 mata penuh serta senyuman lega buat Peter Butler.

Kesimpulan Perlawanan 3

Pasukan dari Pantai Timur mengekalkan cengkaman ke atas Liga Super dengan T-Team di puncak diikuti rapat oleh Kelantan dan Terengganu (Pahang khabarnya turut mengganas di Liga Perdana tapi itu cerita budak-budak).

Hanya 11 gol dijaringkan dalam Perlawanan 3, membawa kepada jumlah keseluruhan jaringan gol setakat ini kepada 43 gol. Pemain tengah T-Team, Zairo Anuar terus kekal sebagai penjaring terbanyak dengan 3 gol setakat ini.
6

Ajenye Ye!

Lucius Maximus Rabu, Januari 18, 2012 , ,




Ater?
9

Khas Untuk Penyokong Merah Kuning Lambang Kemegahan





Ikhlas dari,

Isa Samad
Pengerusi FELDA
2

Apo Kono Eh Jang?





P/S: Don't Mess With The Yeop!
17

Rangkuman Liga Super 2012: Perlawanan 2

Lucius Maximus Selasa, Januari 17, 2012 ,


Selesai sudah Perlawanan 2 untuk Liga Super 2012. Sebelum bermulanya Perlawanan 2 ini, dunia bola Malaysia dikejutkan dengan kisah ugutan dari Terengganu FA yang mahu menarik diri dari Liga Super kerana merasa ditipu oleh FAM dalam hal pemain import. Kemudian kita dikejutkan pula dengan kisah pemain import Selangor, Ramez Dayoub yang khabarnya juga tidak layak untuk beraksi dalam Liga Super.

Hanya selepas FAM bermesyuarat di hari Jumaat hingga ke 5.30 petang, ditemani bihun goreng dan karipap barangkali, barulah satu keputusan dibuat berhubung isu pemain import. Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPT) FAM yang dipengerusikan oleh Hamidin Amin bersetuju untuk melanjutkan pendaftaran pemain import ke 13 Februari sekaligus mengukir senyuman di muka ahli bola seperti Ahamad Said selaku MB Terengganu. Harus diingat juga, Hamidin Amin ini orang kuat Selangor FA dan keputusan ini muncul selepas kecoh hal Ramez Dayoub, pemain import Selangor.

Apa pun, itu cerita lain.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa - Tok Midin

Tujuh perlawanan Liga Super berlangsung dengan satu perlawanan ditetapkan pada hari Jumaat sementara selebihnya pada hari Sabtu. Pahang seperti biasa tidak terlibat dalam saingan bola sepak antara pasukan elit tanah air.

Kelantan 1-1 PKNS FC

Perlawanan ini disiarkan secara langsung oleh Astro Arena jadi aku ambil kesempatan untuk menonton dan mencongak kekuatan kedua pasukan yang beraksi. Tetapi kemudiannya aku sedar alangkah lebih baiknya kalau aku layan cerita Indon di Astro Pelangi dari membuang masa aku selama 32 minit.

Perlawanan ini dijadualkan bersepak mula pada 8.45 malam. Tetapi pengadil hanya meniupkan wisel pada pukul 9.17 malam mengikut waktu jam Astro. Selama 32 minit masa terbuang hanya kerana Sultan Kelantan khabarnya lewat tiba ke stadium. Padahal Sultan Kelantan bukannya ada main bola atau jadi pengadil, maka perlawanan boleh saja dimulakan dari membuang masa menunggu baginda selama 32 minit.

Ada bermacam alasan atau teori yang aku dengar tentang kelewatan Sultan Kelantan. Ada yang beritahu polis tidak membenarkan kereta baginda masuk ke perkarangan stadium kerana masalah tertentu. Ada juga yang mendakwa baginda lewat kerana terpaksa menunaikan solat Isyak berjemaah terlebih dulu. 

Apa pun alasannya, bagi aku isu di sini ialah jika perlawanan sudah dijadualkan bermula pada jam 8.45 malam, maka eloklah sepak mula itu dibuat menepati waktu. Kenapa mesti kita buang masa selama 32 minit sedangkan masa itu emas? Tidak bolehkah seorang sultan cuba berjiwa rakyat dan memberikan saja lampu hijau untuk perlawanan bermula awal setelah menyedari baginda bakal tiba lewat dan mencuri masa emas rakyatnya? Tidak kasihankah pada 22 pemain yang sudah memanaskan badan tetapi kini sejuk di tengah padang, atau kepada 4 pegawai perlawanan yang terpacak macam tunggul, atau 6 budak Milo yang mengusung bendera 'My Game Is Fair Play'? Atau paling sedih, 22 anak-anak kecil yang selama 32 minit itu dibiar saja oleh pengurus perlawanan berdiri sampai lenguh kaki di tengah padang?

Bola sepak Malaysia boleh hidup tanpa Sultan, baik Sultan Bola atau pun Sultan bukan bola. Dan kalau bola kita hendak maju benda kecil seperti menepati masa itulah yang perlu kita beri perhatian terlebih dulu. Tak perlu cakap pasal nak ada liga 'power' tahap Jepun atau Australia kalau sepak mula sendiri terpaksa dilewatkan 32 minit hanya sebab hendak menunggu VVVVVVVVVVVVVIP yang gagal menepati masa.

Kelantan yang dijangka menang mudah, bagaimanapun seri perlawanan ini selepas gol pendahuluan oleh Badhri Radzi dinafikan oleh jaringan penalti pemain PKNS, Fauzan Dzulkifli. Aku anggap ini karma kerana Sultan Kelantan yang melewatkan perlawanan.

Terengganu 3-0 Felda United

Aku tekankan sebelum ini, Terengganu tanpa import memang sudah merupakan sebuah pasukan yang mantap, tidak seperti Pahang. Entah apa yang merungsingkan fikiran MB Ahmad Said sehingga beliau bersungguh-sungguh mahukan pemain import, sedangkan pemain seperti Ismail Faruqi dan Ashaari Shamsuddin sudah cukup untuk membawa Penyu ke puncak klasemen.

Trio pemusnah Hadi Yahya, Manaf Mamat dan Joseph Kalang Tie tidak menyinar sekali lagi, tetapi pemain tengah Ismail Faruqi yang terlebih dulu memberi kejutan buat Felda United pada minit ke-11. Apabila Felda United dipaksa pula bermain dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan Nazri Ahmad dibuang padang, Terengganu tidak membuang masa untuk menambah jaringan, kali ini Ashaari Shamsuddin muncul wira dengan dua gol pada 20 minit terakhir perlawanan.

Kekalahan Felda United memberi renjatan realiti buat anak buah E Elavarasan yang sebelum ini melakukan kejutan dalam perlawanan pertama mereka. Sementara buat Terengganu, kemenangan pertama ini berita gembira kedua dalam minggu yang sama selepas keputusan FAM melanjutkan tempoh pendaftaran pemain import.

Kedah 0-0 Lions XII

Wan Jamak rupanya masih digantung tak bertali oleh FAM, maka satu-satunya harapan buat Kedah ialah menyandarkan tugas pada Nidzam Adzha, bekas pemain Kedah yang satu masa dulu dicuri dari Perak.

Sebagai bekas pemain, Nidzam Adzha menyambut ketibaan seorang lagi bekas pemain Kedah, senior beliau sendiri iaitu V Sundramoorthy yang melatih pasukan Lions XII. Ini kepulangan pertama V Sundramoorthy ke Stadium Darul Aman selepas berpuluh tahun lamanya.

Namun apa yang dijangka pertembungan menarik antara kedua pasukan sekadar dihiasi dengan tendangan ke arah bulan oleh kedua belah pihak. Bagus untuk perlawanan ragbi, tetapi tidak untuk bola sepak. Bila melihat kepada aksi sebegini aku tertanya-tanya kenapa Kedah membeli pemain import seperti Daniel Soares Neves dan kenapa agaknya Singapura sanggup memberi kerakyatan kepada Agu Casmir kalau kedua-duanya main tak setara mana.

Agu Casmir - Entah tang mana bagusnya sampai Singapura boleh bagi kerakyatan bola

Ini perlawanan yang bagus jika kita berniat hendak membiar televisyen menengok kita tidur.

Kuala Lumpur 0-3 T-Team

Aku difahamkan bahawa Stadium KLFA di Cheras sedang dalam proses pembaikan maka atas sebab itu perlawanan ini terpaksa diadakan di Stadium Hang Jebat yang letaknya di Melaka. Masalahnya di sini kalau di Cheras pun jarang ada yang turun menyokong City Boys, apatah lagi kalau di Melaka?

Berdepan T-Team yang sebelum ini telah merobek Kenari, anak buah Razip Ismail membuktikan kenapa mereka patut dipilih sebagai relegasi utama musim ini. Kuala Lampur langsung tidak melawan, sebaliknya tunduk mudah 3-0 kepada T-Team melalui dua gol oleh Zairo Anuar dan satu lagi oleh Zachariah Simukonda.

Kesimpulannya ialah Kuala Lumpur turun hingga ke Melaka untuk 'home game' mereka sendiri dengan jaminan mereka akan kehabisan wang untuk kos pengangkutan tanpa mendapat sebarang keuntungan dari segi jualan tiket. T-Team pula bertandang untuk satu 'away game' yang pastinya turut tidak memberi sebarang pulangan buat mereka, melainkan 3 mata penuh. Macam mana bola kita nak maju?

Johor FC 0-2 Negeri Sembilan

Stadium JCorp memang dikenali sebagai gelanggang keramat pasukan kelab 'underdog', Johor FC. Namun ianya tidak membantu skuad Lebah dalam berdepan juara Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan.

Jang yang menaruh keyakinan pada penyerang muda Shakir Ali (yang sebelum ini digugurkan dari skuad kebangsaan) mendapati kepercayaan tersebut ditebus apabila pemain tersebut meledak dua gol untuk Jang pada minit ke-32 dan 48.

Jang & Afrika berpisah tiada

Johor FC yang pastinya mengharapkan untuk bangkit seperti Selangor mengikat Negeri Sembilan sebelumnya bagaimanapun kecewa apabila gagal merobek pertahanan utuh anak buah Azraai Khor. Kedudukan kekal hingga wisel penamat dan Jang akhirnya beroleh kemenangan yang pertama.

Selangor 1-0 Perak

Yob bertandang ke Bukit Jalil untuk bertemu Selangor, musuh tradisi Yob sejak azali lagi. Berdepan Red Giants, skuad Seladang milik Yob tetap tenang seperti biasa.

Gol tunggal Safiq Rahim menyelamatkan maruah Red Giants dari disondol Seladang. Bagi Yob, kekalahan pertama ini adalah adat berbola sepak. Apa yang penting, jangan sampai jatuh ke Liga Perdana macam Pahang sudah.

Sabah 2-1 Sarawak

Derbi Broneo kembali lagi musim ini dan amatlah rugi jika tidak turun ke Stadium Likas meraikan kedatangan skuad Bujang Senang bertemu skuad Sabahawks. Apatah lagi bila Sabah memastikan hampir kesemua kaunter tiket di stadium dikendalikan oleh sumandak-sumandak begini.

Sumandak penjual tiket - WIN!

Antara kedua kuasa bola sepak Borneo ini, Sabah terlebih dulu menghuni Liga Super apabila dipromosi naik pada musim lepas sedang Sarawak masih bergelut dalam Liga Perdana. Tetapi dalam Perlawanan 1 Liga Super 2012, Sabah kecundang kepada Felda United 2-0 sedang Sarawak yang merupakan pendatang baru menang dengan jaringan yang serupa ke atas Kuala Lumpur.

Pertemuan kedua pasukan adalah kali ketiga dalam tempoh dua bulan selepas keduanya mengadakan perlawanan ujian pra-musim di Kuching yang berkesudahan seri dan satu lagi kemenangan buat Sarawak. Tetapi Derbi Borneo yang sebenar ialah dalam saingan Liga Super ini.

Bagi jurulatih Sabah, Justin Ganai, kemenangan ke atas Sarawak adalah penting demi mengembalikan reputasi Sabah sebagai juara Borneo.Begitu juga sebaliknya buat jurulatih Sarawak, Robert Alberts yang mahukan kemenangan kedua Sarawak dalam musim sulung mereka di Liga Super.

Seramai sekitar 10,000 penyokong memenuhi Stadium Likas di hari perlawanan. Cuaca yang cerah sepanjang hari menjamin malam yang tidak hujan. Oleh kerana Sabah negeri yang tidak bersultan, maka sepak mula dimulakan hanya beberapa minit lewat dari jadual asal tetapi ianya boleh diterima akal.

Justin Ganai seperti biasa menurunkan kedua pemain import Sabah, Brendan Gan di bahagian tengah dan Michael Baird di bahagian serangan. Gandingan Michael Baird ialah penyerang Bobby Gonzales, anak Sabah yang musim sebelumnya bermain untuk Sarawak.

Sabah lebih banyak menguasai perlawanan, namun di peringkat awal prestasi Michael Baird agak mengecewakan. Tetapi pada minit ke-20, bola muntah dari penjaga gol Sarawak disambar pantas oleh Michael Baird untuk gol pertama perlawanan.

Sabah meneruskan penguasaan sepanjang separuh masa pertama, dengan Brendan Gan perlu diakui cemerlang menggerakkan jentera tengah serta mengkucar-kacirkan pertahanan Sarawak. Ketika dalam masa tambahan separuh masa pertama, larian tepi padang oleh Michael Baird yang disusuli hantaran lintang ditanduk padu oleh Bobby Gonzales untuk gol kedua Sabah.

Sarawak bagaimanapun bangkit dalam separuh masa kedua dan tindakan Robert Alberts memasukkan K Ravindran membuahkan hasil untuk gol pertama Sarawak. Tetapi ianya tidak cukup untuk Sarawak menafikan Sabah dari merampas kembali gelaran jaguh Borneo apabila kedudukan kekal 2-1 hingga wisel penamat.

Hanya di Sabah berita bola keluar di muka surat pertama

Perlawanan 'home game' pertama Sabah ini juga menarik kerana buat kali penyokong Sabah dapat melihat kelibat pemain Juffry Omopor diturunkan untuk perlawanan kompetitif pertama beliau. Siapa Juffry Omopor ini? Beliaulah  pemain yang digembar-gemburkan di seluruh Borneo Utara sebagai Messi Sabah. Dan dalam perlawanan menentang Sarawak ini kelincahan beliau terbukti malah hampir menghasilkan gol ketiga Sabah namun rembatan beliau hanya beberapa inci melepasi palang gol.

Secara kasar, Sabah sebenarnya boleh menjadi 'darkhorse' dalam Liga Super musim ini. Dan apa lagi selepas menghantar Bujang Senang balik tidak berekor ke Kuching.

Perlawanan 3

Perlawanan 3 Liga Super malam ini adalah seperti berikut:

Perak lawan Negeri Sembilan (Perak menang) *Astro Arena

Felda United lawan Selangor (Selangor menang)

Sarawak lawan Terengganu (seri)

T-Team lawan Sabah (T-Team menang)

Lions XII lawan Kuala Lumpur (Lions XII menang)

PKNS FC lawan Kedah (seri) *RTM TV1

Kelantan lawan Johor FC (Kelantan menang)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...