ARKIB SOKERNET

12

Kita Rilex Dulu

pakkordi Rabu, Februari 29, 2012
Braders, susters, negritos and negritas,

Jangan lah marah-marah, bengang-bengang dan tersinggung tahap prime. Mari bergembira layan Erykah Badu sekejap.



Berikut ialah sebahagian dari lirik lagu ini untuk kita berkaraoke:

'Jump Up In The Air And Stay There'(feat. Lil Wayne, Bilal)
------------------------------------------------------------
[Erykah Badu - Chorus]
I know you want to
Jump up in the air and stay there [repeat 7x]
[repeated]

Jumped up out my seat
I know you want to
Something musta got n me
I know you want to
Church neva felt this good before
I know you want to
'Cept I was at the club
Oh Oh
I know you want to
Bounce Hey come on
I know you want to

I know you want to reach to the higher level
Much further from the devil
Until you feelin the weather
[repeated]
50

Sokernet's Official Merchandise #1

Abdul Sokernet
Kini Sokernet melangkah maju setapak lagi.

Bagi mengutip dana untuk menubuhkan kelab bolasepak kami sendiri, Sokernet telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan siri barangan rasmi Sokernet.  Jangan tak tau kami akan keluarkan t-shirt, sticker, keychain, minuman isotonik dan spender bermotifkan Sokernet.

Segala jualan daripada barangan rasmi ini, kami akan salurkan ke Tabung Penubuhan Kelab Bola Sepak Sokernet.

Oleh sebab menghormati pasukan terhebat dan paling banyak menang piala di England yakni Liverpool yang baru sahaja memenangi Piala Liga, kami rasa inilah waktu yang sesuai menjual barangan bermotifkan pasukan hebat ini. Kena pula waktu sekarang ni para Kopites begitu bersemangat sekali memuja pasukan kesayangan mereka, malahan berdasarkan kajian yang pihak Sokernet lakukan, para Kopites adalah pembaca teramai Sokernet.  Oleh itu, mereka-mereka ini amatlah patut kami hargai dan kami jamin benda ni tidak ada di jual di mana-mana tempat di dalam dunia hatta di Liverpool sekalipun.  Anda adalah antara orang bertuah jika memiliki sticker rare ini.

Sticker kereta dan motor "THIS IS ANFIELD"
Kod: TIAS
Saiz: 15cm x 10cm
Harga: RM5 (Pos biasa)
                                                                          RM 9 (Pos Laju) 

Ingat sekalian umat! Ini adalah barangan rasmi pertama keluaran Sokernet.  Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya!

Bagaimana nak beli bang? Tunjukkanlah saya carannya, saya tak sabar dah ni..

Sabar adik-adik.  Cara beliannya amat mudah.

1. Emel butiran berikut ke sokernet.media@gmail.com:
    - Nama:
    - Alamat:
    - No. telefon
    - Kereta atau motor?
    -Kuantiti
2. Tajuk emel tersebut mestilah: THIS IS ANFILED!
3. Nantikan emel dari Abang, dalam emel abang akan mengandungi bagaimana bayaran boleh dibuat.

Itu sahaja.  Mudah bukan? 

Akhir kata, demi memastikan kewujudan Kelab Bola Sepak Sokernet menjadi kenyataan, belilah sticker power ini.  Mohon sebarkan tentang penjualan sticker ini ke serata Facebook dan Twitter.

Majulah Liverpool untuk England -> tak kelakar!

P/s: Sebelum ada bangang-bangang yang melenting, Kelab Bola Sepak Sokernet bukanlah nama pasukan Sokernet kelak.  Kami tak jumpa lagi tempat yang sesuai untuk kami buat stadium.  Kalau kami dah jumpa, kami akan namakan kelab bola sepak mengikut tempat stadium kami itu, Batang Berjuntai FC misalnya.


40

The Magical World Of EuroDisney

Jorji Selasa, Februari 28, 2012 , ,


Bila legend main bola, ini la jadinya!

Orgasm memuncak, tumbukan padu ke udara dan semestinya bolasepak sebenar!
Dah lama aku tak hilang akal bila lihat jaringan Giggsy. Walau aku pasti kemenangan dalam 'Fergie's Time' itu memang dah lama ada dalam DNA Manchester United, terutama Scholsy dan Giggsy, tapi sebagai penggemar bolasepak sebenar, aku teruja.

Giggsy, tearing you apart since 1991!



Makin tua makin menjadi. Tapi celebrate biasa-biasa je



Aku juga turut gembira dengan dengan kemenangan Liverpool dalam Carling Cup.

Aku gembira bila Pakkordi gembira. Bila Zin Molby, pjoe, Jar, Farwalis, KhairilAnuar, Zanbassist..sapa lagi? Aku kurang ingat sikit nama-nama boring ni. kui kui kui. Tapi aku suka mereka akhirnya mengecap nikmat kemenangan dan mereka deserved it.

Poit! Lamo gila tak raso monang cup, walau Mickey Cup, tapi ianya masih satu piala.

Khabarnya, mereka di Anfield tidak perlu menyusun semula kabinet piala, mereka letak piala mickey ni dalam mangkuk Piala Eropah mereka aje. Mungkin sebab piala ni kecik, jadi tak payah la nak ejas-ejas kedudukan piala dalam kabinet. Tu pun nasib baik jumpa kunci kabinet! Last sekali bukak bilik piala ni tahun 2005!

Cuba teka Piala Mickey dalam Cup mana satu?Istanbul laaa poit!

Atau malu la tu.. tapi, 8 kali jadi juara Disney memang magic!

Aku kadang-kadang lucu juga dengan beberapa fakta Disney yang dibuat oleh The Kops ni. Ramai dari mereka sebenarnya supporter tipu-tipu aje. Asal bola, mereka support Liverpool. Asal Liverpool, mereka kata YNWA! This is Anfield. Lain mereka tak tau.

Ok, We won it 5 times! - satu lagi ayat yang mereka hafal.

Ini aku nak tambah beberapa ayat power dan fakta untuk hafalan supporter Liverpool ni. Bacalah, walau membaca itu memang kemalasan anda.

Tahukah anda,

1. Mickey Mouse Cup di cipta dan dipopularkan oleh LFC sendiri keatas Everton - google.!

2. Charlie Adam pecah rekod NASA, menghantar bola ke Bulan dan beliau lakukannya seorang diri! (Fucccckkkkk!! NASA upah 5 ribu perkerja tau takkkk!!!)

3. Untuk perlawanan akhir Carling Cup lepas, History Channel dilucutkan hak penyiaran kerana Disney Channel membida lebih dan mereka juga sponsor utama.

4. Walaubagaimanapun, History Channel dapat semula hak untuk ulangan sampai 2039!

5. Kesemua supporter Liverpool di Wembley sebenarnya sesat dan keliru beberapa jam sebelum permainan. Mereka tak tahu Wembley sebenarnya dah baru! "kali terakhir kami datang, Wembley bukan macam ni" sigh.

6. Decibel check di Wembley mendapati supporter Cardiff lebih tinggi dan power. Supporter Liverpool sibuk ambil gambar dolls..

7. "Saya racist, saya ok" - Suarez.

8. "Suarez racist, saya ok" - King Kenny.

9. "If you cant kick racism out of football, just kick Liverpool" - Mandela.

10. "before the cup, the camera!" - Gerrard.


Tapi yang paling power dan banyak aku jumpa ialah:

"We won it 19 times! Now we are level"

Tolong la.....

Nway, sebenarnya aku suka Liverpool menang dan komen-komen bangang sebab aku memang perlukan inspirasi dan semangat untuk terus mengeji.

16

Hey EPL!

Abdul Sokernet Isnin, Februari 27, 2012




Power!


Power!


Power!


Power!

Sokernet mengucapkan tahniah kepada team-team power dalam EPL yang menang minggu ini.

Korunk memang power!
42

Hey Piala!

Menyaksikan pasukan yang disokong bermain diperlawanan akhir sesungguhnya merupakan sesuatu yang amat mengasyikkan. Berantakkan dengan orgasm. Penuh dengan keghairahan dan rangsangan yang tidak terucap oleh kata-kata.

Walaupun permainan semalam agak menyebelahi Liverpool dari sudut statistik, tahniah saya ucapkan kepada Cardiff City yang berjuang hingga ke minit terakhir.

Cardiff City mendahului dengan jaringan yang membuatkan peminat ManUtd, Chelsea serta Arsenal tersenyum nipis. Mereka menjadi kacip tanpa menyedari bahawa Liverpool sebenarnya hanya mempermainkan perasaan mereka. Malah, agak sadis juga kerana aksi mempermainkan perasaan mereka ini bermula dari kes keretapi yang membawa ramai fans Liverpool rosak sebelum sepak mula dan berterusan sehinggalah ke tendangan bolasepak yang terakhir. Takziah saya ucapkan kepada mereka yang terjebak. Mohon tabah.



Tambahan masa adalah sesuatu yang sudah saya jangka kerana hati bookie perlu dijaga. Dilaporkan perlawanan kemasa tambahan semalam telah menyebabkan bookie mengaut keuntungan yang berbillion Euro dan 99% dari duit itu ialah duit penyokong ManUtd, Chelsea dan Arsenal. Sekali lagi, mohon tabah.

Begitu nikmatnya pabila perasaan-perasaan mereka diperkotak-katikkan, dilambung-lambung tatkala ada diantara mereka berani menyuarakan pendapat bahawa Liverpool bakal kalah. Begitu lemahnya pemikiran mereka. Begitu naif.

Kemenangan Liverpool semalam walaupun hanyalah Piala Carling, ia tetap tercatat didalam sejarah sebagai satu kejuaraan dan gobok piala di Anfield bakal diisi dengannya.

Dengan Piala FA masih menjadi buruan Liverpool, nampaknya peluang Liverpool menang piala berganda semakin tinggi. Harapan ManUtd untuk menang sebarang piala semakin tipis manakala peluang Chelsea dan Arsenal pula bolehlah kita abaikan.

Tahukah anda walaupun menang sampai 3-0 atau 5-2 tapi tak menang piala adalah ibarat mengorat makwe sampai habis duit beribu ringgit tapi akhirnya kutu lain yang sapu makwe itu bermodalkan air liur?

Juga, tahukah anda skor last minit untuk menang tak dapat apa tapi skor menang penalti dapat piala?



Saya sudahi entri saya ini dengan meminjam tweet dari brader A.K.A.B:

'1981 1982 1983 1984 1995 2001 2003 2012. YNWA'

#YNWA ./
23

Hey Miki!

Jorji Sabtu, Februari 25, 2012 ,

Perlawanan terpenting abad ini diantara Malaysia dan Liverpool akan berlangsung di Wembley.
Pasukan yang berjaya memenangi perlawanan tersebut diberi hak eksklusif untuk merayakan kemenangan tersebut...bagaikan J U A R A !.

Champions of EuroDisney!

Di beritakan King Kenny telah menyenaraikan barisan pemain terhebat mereka ahad ini dalam memastikan piala Mickey Mouse kembali semula ke Anfield. Rata-rata penyokong tegar mereka juga berdebar-debar ya amat dan excited menunggu hujung minggu ini.

Yelah, mana tahan tengok lebih 60 pasukan telah bermain di Wembley, Liverpool tak merasa lagi.

Rakyat yang menyokong gagasan 1Malaysia berdiri teguh dibelakang Cardiff, demi hak sama rata sesama kaum tanpa mengira batasan agama dan warna kulit, Hadhari wasattiyah Ultras Malaya.

Semoga Cardiff menang dan Mickey Mouse diselamatkan!
24

YNWA!

Abdul Sokernet Rabu, Februari 22, 2012 ,
Persetankan bola sepak Malaysia.

Ayuh kita menyokong bolasepak England!

God Save The Queen!

Hail Roman Abramovich!

Kah kah kah kah!
46

Crawley Town, Stevenage FC Serta Johor & Johor B

LuciusMaximus Selasa, Februari 21, 2012



Hujung minggu lepas aku luang masa melayan perlawanan FA Cup. Ye, FA Cup milik orang putih, bukan Piala FA yang kita punya tu.

Apa yang aku suka tentang FA Cup ialah apa yang orang putih gelar 'the romance of the FA Cup'. Cerita tentang kelab-kelab bola kecil yang berjuang dalam pertandingan bola sepak kalah mati tertua di dunia di mana dalam pengembaraan itu mereka akan berdepan kelab-kelab gergasi. Lazimnya kelab kecil kalah, tapi ada masanya 'The Davids beat Goliaths' macam apa diungkap di bait pertama sajak Paul Cookson, 'The Romance Of The FA Cup (And We're In Love With It Again)'.

The year of the under dogs
Where giants have been killed
The Davids beat Goliaths
Fantasies fulfilled
Anything is possible
Eleven vee eleven men
The romance of the F.A. Cup
And we’re in love with it again

Dua kelab kecil turun menentang kelab gergasi EPL minggu lalu yang menarik perhatian aku, Crawley Town dan Stevenage FC.

Crawley Town seperti namanya adalah sebuah kelab bola dari Crawley, sebuah bandar berpopulasi 107,600 penduduk yang terletak dalam county West Sussex. Kelab bola Crawley Town ini bermain dalam League Two (divisyen 4) setelah musim sebelumnya menjuarai Conference National (divisyen 5). Gelanggang mereka ialah Broadfield, sebuah stadium dengan kapasiti 4,996 (1,150 duduk). 

Hari Ahad lalu Crawley Town meraikan kunjungan kelab EPL bernama Stoke City yang terkenal dengan permainan 'anti football' mereka. Berdepan Goliath, Crawley Town tewas 2-0. Pun begitu, untuk sebuah kelab divisyen 4 yang mengembara jauh sehingga pusingan ke-5 FA Cup, itu sudah dikira cukup hebat. Yang paling penting, Crawley Town mengutip ratusan ribu dari duit kemenangan dan jualan tiket perlawanan FA Cup.

Stevenage FC pula adalah sebuah kelab bola dari Stevenage, sebuah bandar berpopulasi hanya 81,800 penduduk yang terletak dalam county Hertfordshire. Kelab bola Stevenage FC ini bermain dalam League One (divisyen 3) setelah musim sebelumnya dipromosi naik dari League Two (divisyen 4) kerana berjaya menduduki posisi ke-6 liga. Gelanggang mereka ialah Broadhall Way, sebuah stadium dengan kapasiti 7,100.

Hari Ahad lalu Stevenage FC meraikan kunjungan kelab EPL di posisi ke-3, Tottenham Hotspur. The Boro, yang seronok sakan sebelum ini bila diundi bertemu Spurs, mengikat lawan Goliath mereka 0-0. Kini mereka berseronok sakan sekali lagi kerana akan mengadakan perlawanan ulangan di White Hart Lane, pertama kerana ianya bakal menjanjikan kutipan jualan tiket lumayan dan kedua kerana bukan senang untuk sebuah kelab kecil dapat peluang bermain di gelanggang sebuah kelab gergasi seperti Tottenham.

Macam mana Crawley (yang populasinya lebih kurang sama dengan Ulu Tiram) dan Stevenage (populasi lebih kurang seperti Labuan) boleh mempunyai kelab bola yang bermain di dalam FA Cup?

Pertama sekali sebab kerana orang-orang di Crawley dan Stevenage tidak mahu duduk diam berpeluk tubuh bila melihat orang bandar besar di Manchester, Liverpool, Newcastle atau Madrid, Milan dan Munich mempunyai kelab bola tersendiri. Jadi mereka menubuhkan kelab bola mereka. Biar main tak power, biar tak ada star dan biarlah stadium sekangkang kera yang penting mereka dapat main bola.

Kedua pula, sebab Sussex County FA dan Hertfordshire County FA tidak menghalang penduduk Crawley dan Hertfordshire dari mempunyai kelab bola sendiri. Sebaliknya Sussex County FA dan Herfordshire County FA ini lebih berminat mentadbir hal ehwal bola sepak serta menganjurkan liga country mereka dari mengurus dan menghantar sebuah pasukan bola untuk bermain di peringkat kebangsaan England sana.

**********

Sebelum aku menyalak lebih lanjut tentang hal Johor, eloklah kamu semua baca dua artikel lama Sokernet:


Dua artikel ini bukan baru, tapi sudah keluar sejak tahun 2010 lagi. Aku berani katakan isu ini sudah lama diperkatakan Sokernet, lama sebelum sebahagian besar rakyat Johor tiba-tiba jadi fanatik bola bila Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjadi Presiden PBNJ.

Tetapi perjuangan solidaritas Sokernet untuk mempertahankan Johor FC akhirnya berkubur juga. Kini kelab bola paling berjaya (lebih berjaya dari MPPJ FC yang menang Piala Malaysia sekali dan kemudian terus masuk liang lahad) dalam sejarah bola Malaysia akhirnya bakal menghembuskan nafas yang terakhir. Akan ada yang berkata Johor FC masih wujud, tetapi apa ertinya wujud itu kalau nama ditukar menjadi Johor B dan pentadbiran diletak bawah PBNJ?

Penentangan aku dalam hal bola Johor ini bukan sebab dengki pada Johor atau pun pada TMJ. Tapi sebabnya bagi aku apa yang berlaku adalah satu langkah ke belakang dalam usaha kita nak mengubah dan memajukan bola sepak Malaysia. Bila negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam malahan Myanmar berusaha mewujudkan bola berasaskan kelab, kita masih lagi terkongkong dengan bola berasaskan negeri.

Dan dalam kes Johor FC, kita ada sebuah kelab yang berjaya. Pengurusan bagus, prestasi pasukan baik dan yang paling penting telah berjaya menjadi kelab yang mampu menarik sokongan orang ramai. Tetapi akhirnya kelab ini 'dimakan' oleh FA negeri atas alasan 'kita cuma ada satu negeri'.

Apa yang berlaku hanya membantutkan pertumbuhan kelab bola. Sebaliknya bola sepak kita kekal berpaksikan negeri dan terus dikawal oleh FA negeri. Sudahnya, bola sepak berasaskan kelab terus menjadi mimpi buat kita yang terpaksa berpuas hati dengan 14 pasukan negeri (atau mungkin 28 pasukan negeri kalau semua negeri tiba-tiba mewujudkan pasukan B masing-masing).

**********

Setiap kali aku ketengahkan pendapat kita mesti memansuhkan pasukan negeri dan mewujudkan kelab bola dengan sebanyak mungkin, hujah-hujah dari mereka yang tidak bersetuju ialah populasi kita sedikit, kewangan tidak mencukupi dan tidak ada penaja.

Cakapkan benda yang sama pada penduduk Crawley atau Stevenage dan mereka akan gelakkan anda, lebih-lebih lagi kalau anda berasal dari bandaraya berjuta penduduk seperti Johor Bahru atau Kuala Lumpur.

Crawley Town atau Stevenage FC bukan Manchester United, tapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi kelab bola. Populasi sedikit? Tidak apa, stadium pun kecil dan kalau sudah ada 5,000 penyokong itu sudah bagus. Kewangan ciput? Dah namanya pun kelab kecil, bukan perlu duit ratusan juta seperti Liverpool. Tidak ada penaja yang power? Penaja power seperti Emirates biarkan saja menaja kelab seperti Arsenal, kelab kecil Stevenage FC sudah cukup dengan tajaan kedai jual kereta atau perkhidmatan teksi pekan Stevenage.

Tapi di Malaysia, kelab bola hidup segan mati tak mahu bukan kerana orang Malaysia tak ramai, duit tak ada atau penaja susah nak dapat. Tapi sebab tak ada siapa berminat nak tubuhkan kelab bola dan menyokong kelab bola kerana semua sibuk mendewakan pasukan negeri masing-masing.

Dan kalau pun ada kelab bola yang berjaya, nasibnya mungkin jadi macam Johor FC.

**********

Berbalik pada Johor, rata-rata rakyat Johor ramai yang menyetujui apa yang berlaku. Johor FC pun nampaknya kini lebih banyak diam tanda setuju, mungkin kerana muafakat membawa berkat.

Setelah dikatakan sebagai 'anjing menyalak yang tidak berani menggigit' serta disuruh 'berambus', jadi aku rasa biarlah orang Johor dengan bola sepak mereka sendiri.

Semoga mereka menang Piala AFC.

Amin!
22

Ringkasan Maklumbalas 'Unofficial Meeting' Antara TMJ, Johor FA & Johor FC

Abdul Sokernet Isnin, Februari 20, 2012

Mereka yang berjanji bakal membawa zaman kegemilangan bola sepak Johor

Misi dan Visi utama Tunku Mahkota Johor dalam mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Negeri Johor:-
  • Semua unsur-unsur politik dalam persatuan akan dihapuskan bagi memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan lancar.
  • Memperbaiki semula struktur organisasi PBNJ.
  • Tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu dalam persatuan ini yang terlibat dengan amalan rasuah dan mempunyai kepentingan sendiri.
  • Memperkukuhkan sumber kewangan persatuan.
  • Sumber kewangan dikawal sepenuhnya oleh DYAM Tunku Mahkota Johor bagi memastikan saluran kewangan dapat disalurkan ditempat yang sepatutnya.
  • Mewujudkan Akademi Bolasepak Johor dengan kerjasama Kelab Liga Perdana England (Arsenal/Cardiff City).
  • Pasukan Johor akan mempunyai dua pasukan dalam Liga Malaysia bagi musim depan dan akan kenali sebagai Pasukan Johor dan Pasukan Johor B. Pasukan tersebut diletakan dibawah pentadbiran Persatuan Bolasepak Negeri Johor .
  • Pasukan Johor akan memberi keutamaan kepada pemain yang berasal dari Johor untuk menyertai pasukan tersebut.
  • Pasukan Johor akan mengambil pemain-pemain import yang ternama diperingkat kebangsaan dan antarabangsa untuk  pasukan Johor dan pasukan Johor B.
  • Pasukan Johor meletakan sasaran pencapaian hingga ke tahap memenangi Piala AFC dalam tempoh beberapa tahun.
  • Pemain-pemain Johor dan Johor FC tidak dipinggirkan setelah wujudnya Pasukan  Pasukan Johor dan Pasukan Johor B.
  • Menyatukan kumpulan penyokong pasukan Johor FA dan penyokong Johor FC dalam satu kelab yang akan dikenali sebagai Kelab Penyokong Johor (Johor Fan Club).
  • Kelab Penyokong Johor akan memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan Johor dan Johor B dalam setiap perlawanan.
  • Mewujudkan “Johor FA Café” khas untuk rakyat Johor berkumpul, menjalankan aktiviti-aktiviti dan sebagai pusat untuk mendapat barangan atau cenderahati pasukan bolasepak Johor.

9.00 malam
19 Februari 2012 bersamaa 26 Rabiulawal 1433H
Istana Pasir Pelangi
Johor Bahru

Komen Abang Abdul: Korang komen la dulu hal ni, nanti abang panggil Abam Lucius untuk komen panjang lebar pulak. Lucius ni mesti ada je benda yang dia tak puas hati punya, abang pun pelik dibuatnya.

Kredit: Jengking Fan Club
17

6-1 Tribute

pakkordi
Despite all of the uncertainties in life ..



.. today we march on.

#YNWA ./
13

Johor Darul Takzim

Abdul Sokernet Sabtu, Februari 18, 2012

27

Cerekarama: Revolusi Bola Sepak Johor

LuciusMaximus Jumaat, Februari 17, 2012



"Saya tidak faham mengapa kita perlu membataskan keupayaan kita. Sebagai sebuah pertubuhan sukan, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) atau Johor FA perlu menjalankan tanggungjawab penuh untuk memajukan bola sepak di seluruh negeri Johor, bukan sekadar fokus terhadap satu pasukan sahaja.

Maka oleh itu, mulai musim hadapan pasukan negeri Johor FA akan dibubarkan dan tidak lagi bertanding dalam liga bola sepak tempatan. Sebaliknya Johor FA akan menumpukan usaha untuk mewujudkan satu liga bola sepak dalam negeri Johor yang akan ditandingi oleh kelab-kelab bola sepak sekitar Johor. Johor FA akan membantu dalam menubuhkan kelab-kelab bola sepak ini di setiap bandar-bandar utama negeri Johor.

Untuk pasukan kelab sedia ada seperti Johor FC, MP Muar FC dan MBJB FC mereka bolehlah kekal dan terus bersaing dalam liga kebangsaan. Tetapi kita akan ubah nama-nama kelab ini supaya ianya lebih berupaya untuk menarik minat penyokong tempatan. 

Oleh kerana Johor FC bermain di Pasir Gudang, maka eloklah ianya dinamakan Pasir Gudang FC dan kekal bermain di Stadium JCorp. Penduduk Pasir Gudang yang berjumlah sekitar 100,000 orang harapnya dapatlah memberikan sokongan padu kepada Pasir Gudang FC. Pengurusan kelab ini biarlah kekal dibawah pengurusan pihak swasta seperti sedia ada tetapi mestilah turut melibatkan kepentingan masyarakat di Pasir Gudang.

MP Muar FC pula mungkin boleh dinamakan sebagai Muar Maharani, bersempena nama lainnya iaitu Bandar Maharani. Mereka akan terus kekal bermain di Stadium Sultan Ibrahim di Muar dan terus menjadi kebanggaan buat sekitar 150,000 penduduk Muar. Pengurusan kelab kekal di bawah Majlis Perbandaran Muar dengan peluang dibuka kepada komuniti Muar untuk terlibat sama.

MBJB FC pula akan diubah kepada Johor Bahru United dan muncul sebagai kelab mewakili seluruh bandaraya Johor Bahru yang kini sudah melebihi 1.4 juta penduduk. Mereka akan kekal bermain di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, stadium keramat di negeri Johor dan bolehlah dianggap sebagai pewaris pasukan negeri Johor FA yang dibubarkan. Pengurusan kelab diletak bawah Majlis Bandaraya Johor Bahru dengan penglibatan aktif dari masyarakat setempat.

Ketiga-tiga kelab ini yang sudah pun membuktikan keupayaan mereka akan menjadi kelab bola sepak teras negeri Johor, mewakili Johor dalam saingan liga kebangsaan demi mengharumkan nama negeri. Mereka akan diurus secara profesional, mendapatkan tajaan dari pihak swasta dan berfungsi sebagai kelab yang membangunkan bakat bola sepak di bandar masing-masing. Pihak Johor FA akan memantau ketiga-tiga kelab ini demi memastikan ianya diurus baik dan ditadbir dengan telus.

Seterusnya diharap bandar-bandar lain di negeri Johor akan merasa tercabar dengan kejayaan Pasir Gudang FC, Muar Maharani dan Johor Bahru United hingga mencetus semangat menubuhkan kelab bola sepak mereka. Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Segamat, Pontian Kechil, Mersing, Kulai, Tangkak, Rengit, Yong Peng dan Labis semuanya akan mempunyai kelab bola sepak mereka sendiri dan bakal bersaing dalam Liga Negeri Johor yang diwujudkan kelak. Juara Liga Negeri Johor akan dihantar oleh Johor FA untuk bersaing pula dalam liga peringkat kebangsaan, bermula dari Liga FAM ke Liga Premier dan harapnya terus berjaya hingga ke Liga Super.

Dengan banyaknya kelab bola sepak di negeri Johor, akan wujud lebih banyak peluang untuk anak negeri Johor bermain dan mengasah bakat mereka dalam bola sepak secara konsisten. Johor FA akan memantau aktiviti semua kelab bola sepak ini supaya tidak lari dari landasan sebenar selain terus menguruskan Liga Negeri Johor. Kelab-kelab ini pastilah mendapat sokongan padu dari penyokong di bandar masing-masing, kerana kelab ini merupakan wakil bandar mereka dan para penyokong mampu memberi fokus kepada kelab kerana tiadanya lagi pasukan negeri untuk disokong.

Oleh kerana Johor merupakan negeri pertama yang melakukan revolusi berani ini, tidak mustahil dalam tempoh 10 tahun kelab-kelab bola sepak dari Johor bakal memenuhi Liga Premier dan Liga Super, semuanya bermain untuk bandar masing-masing dan merupakan wakil yang memartabatkan bola sepak negeri Johor.

Pada masa itu, rakyat negeri lain akan hanya ada satu pasukan negeri yang mereka sokong di stadium tetapi berharap alangkah baik jika mereka juga mempunyai banyak kelab bola sepak di negeri mereka agar ada peluang untuk mereka bermain bola sepak secara konsisten seperti yang dinikmati oleh rakyat negeri Johor."


(Ucapan di atas ini ialah imaginasi liar penulis semata-mata. Tapi kalau real, power juga ye tak?)
69

.

LuciusMaximus


"Saya tidak faham mengapa kita perlu membahagikan keupayaan kita. Kita sepatutnya mengembeleng semua kekuatan terhadap satu pasukan sahaja, dengan hanya satu pasukan negeri sahaja yang bertanding"
- Tunku Mahkota Johor sejurus selepas dipilih sebagai Presiden Johor FA


Sebenarnya aku pun tak faham. Negara lain dalam dunia ini bermati-matian tubuhkan kelab bola sepak sebanyak mungkin supaya lebih banyak peluang untuk rakyat bermain bola secara kerap hingga dapat ke Piala Dunia, tetapi di Malaysia ada satu negeri nak bubarkan pasukan kelab macam Johor FC, MP Muar FC dan MBJB FC supaya hanya Johor FA dapat bermain dalam liga kebangsaan.

Juga aku tak faham, hanya Malaysia ini satu-satunya negara dalam dunia yang pasukan negeri bermain dalam liga. England dah beratus tahun main guna kelab, semua negara Eropah pun sama. Di Amerika Selatan pun mereka main ikut kelab. Orang Amerika Syarikat yang gila American football pun dah buat kelab bola sepak untuk main 'soccer'. Jepun sekitar 20 tahun dulu mulakan liga mengikut kelab bola sepak dan sekarang setiap 4 tahun main Piala Dunia. Indonesia, Singapura dan Thailand yang merupakan jiran sebelah rumah kita pun main liga guna kelab bola sepak.

Lagi aku tak faham, di Malaysia ini kita masih percaya kena ada satu pasukan bola setiap negeri supaya stadium penuh. Kita masih percaya dengan ada 13 pasukan negeri dan satu pasukan wilayah persekutuan bola sepak kita akan maju. Kita masih percaya rakyat setiap negeri mesti sokong pasukan negeri dan biarkan pasukan kelab lingkup. Kita masih percaya kalau nak buat juga kelab bola sepak mesti guna nama yang bangang nak mampus macam Felda United atau T-Team. Kita masih percaya pasukan negeri mesti kekal tapi pada masa sama berharap akan ada orang baik hati keluar duit untuk tubuhkan kelab bola sepak.

Paling aku tak faham, ada juga rakyat Malaysia yang menyokong idea macam Presiden Johor FA. Ada juga rakyat Malaysia yang mahu hanya pasukan negeri dibiarkan bertanding dalam liga bola sepak. Dan pada masa yang sama, semenjak berita hal ini keluar semalam, kuasa-kuasa ultra di Malaysia masih lagi sibuk berniaga mafla dan flare di Facebook serta Twitter dengan tak ada seekor pun nak bersuara hal yang akan menggelapkan masa depan bola sepak Malaysia ini. Ultra kepala bana dia!

**********

Bola sepak ini asalnya sukan rakyat kebanyakan, sukan kaum buruh, sukan golongan proletariat. Ia masih kekal sukan untuk semua orang hingga ke hari ini. Untuk rakyat kebanyakan macam kita yang tak mampu beli kuda untuk bermain polo atau beli kapal layar untuk lumba layar, bola sepak inilah sukan yang paling mudah buat kita. Sepasang but bola, sebiji bola, sebuah padang dan bersama kawan-kawan yang kita suka dah boleh main tendang terajang apa semua.

Adakah kegilaan kita kepada bola sepak ini mesti ditentukan atau ditetapkan oleh seseorang?

Adakah bila keluar titah hanya satu pasukan dalam satu negeri, ini bermakna akan berkubur segala usaha untuk menubuhkan kelab bola sepak?

Aku ada rancangan untuk menubuhkan sebuah kelab bola sepak, mungkin di Perak atau mungkin di Selangor. Kalau di Perak aku mahu namakan ia Ipoh City Football Club (ICFC), kalau di Selangor mungkin di Sepang dengan usaha sama Tony Fernandes dan kami namakan ia Sepang Rangers. Bayangkan jika kelab bola sepak ini berjaya dan tiba-tiba keluar titah mengatakan hanya perlu ada satu pasukan di negeri Perak atau Selangor. Dan titah ini pula keluar setelah pasukan Perak FA atau Selangor FA itu bermain bangang serta hanya mampu menarik 30 orang penonton ke stadium?

Inilah sebabnya bola sepak Malaysia tidak pernah maju dan kita tidak akan pernah ke Piala Dunia. Kerana bola sepak kita dipasung oleh FA negeri yang dipimpin ahli politik atau orang istana yang bertindak mengikut keinginan mereka sendiri. Jangan salahkan orang kaya seperti Tony Fernandes atau syarikat gergasi macam Genting jika mereka memilih untuk memartabatkan bola sepak Inggeris. Lihat nasib yang menimpa Johor FC, susah payah tubuhkan kelab dan kini diberi titah hanya boleh ada satu pasukan saja untuk negeri Johor.

**********

Nampaknya bola sepak Malaysia memang tidak dapat diselamatkan lagi. Kita akan hanya berpuas hati dengan 13 pasukan negeri dan 1 pasukan wilayah persektuan serta kelab-kelab bola yang bangang serta hidup segan mati tunggu masa je.

Melainkan FAM dirombak, pasukan negeri sedia ada dibubarkan, liga kebangsaan direvolusikan serta kelab-kelab bola sepak yang sebenar diwujudkan; bola sepak kita akn terus ke laut dengan masa depan yang gelap.

Dengan ini aku menarik sokongan terhadap mana-mana pasukan negeri termasuklah Perak FA serta memulakan kempen menghentam liga bola sepak kebangsaan serta semua pasukan negeri.

Sekian, majulah bola sepak untuk semua negara kecuali Malaysia.
38

Korunk Apa Cer?

Abdul Sokernet Khamis, Februari 16, 2012 ,



Putera Boateng: Korunk jangan ingat King Henry je boleh terbang!




Robinho: Mana dia Pipiyapong? Mana? Kata power sangat!
Putera Boateng: Sabor abang Robinho, sabor. Pipi tu budak lagi!



Robin Van Persia-sia: Cilake lawan dengan orang tua pun boleh kalah!
King Henry: Cilake main dengan budak-budak macam mana nak menang?



Pak Berahim: There is only one Fly Emirates, kakaka!
King Henry: Yes, gol! AC Milan power! Season depan aku on loan kat sini aje la!
47

Power

Pipiyapong Abdillah Hamzah Rabu, Februari 15, 2012 ,

Kita orang besok main Champions League. Korunk tak main ke? 
33

A Letter To Mr.Evra

pakkordi Isnin, Februari 13, 2012

#YNWA Suarez ./
63

Umat Manusia Diselamatkan, Racisme dikuburkan!

Jorji Ahad, Februari 12, 2012 ,



Amboi, besarnya gelak Pakcik Mandela!

Salam.

Sapa tak sambut salam, dia Suarez.

Umat manusia seluruh dunia sedang meraikan kemenangan ke atas perbezaan warna kulit. Terima kasih kepada Wayne 'The Rudeboy' Rooney dan 'O Captain! My Captain! Patrice Evra. Sebelum itu mari aku tunjukkan skil copy paste aku, sama-sama kita lihat apa ulasan umat manusia terhadap kemenangan manusia sejagat.

"He's a disgrace to Liverpool Football Club. Some players should not be allowed to play for Liverpool again.- Sir Alex Ferguson.

"We don't want racism, but the passion and the tackling — we want that in the game." -- Gary Neville.

"I have just today realised Suarez is a total wasteman Clown."-- Frimpong, Arsenal player

"As a liverpool fan, it is with a heavy heart that i am coming to conclusion that luis suarez is a bit of a cock" -- Tom Chivers.

"If i was playing, if Incey was playing, if Sparky was playing, Suarez ends the game wishing he'd shaken hands" --- Roy Keane. (Keano, kami semua tau apa akan jadi kalau Keano ada atas padang!)


"Akhirnya racism benar-benar dikuburkan. Terima kasih Rooney" -- Nelson Mandela.

"Ini budaya pembangkang Uruguay!" -- Najib.

Dalglish was then interrupted as the reporter attempted to focus on the handshake, to which the Liverpool boss kept asking: "How many bookings were there? How many bookings were there? How many bookings were there?" (inilah masalah sebenar Liverpool dan penyokongnya.. nampak? nampak? )


Penyelamat umat manusia mahu terbang.


Aku akan memulakan kempen 'Kick Football out of Liverpool' selepas ini. Bolasepak tidak boleh lagi dipermainkan di Liverpool. Biarlah Liverpool hanya dikenali sebagai bandar pelabuhan. Tapi Titanic pun tenggelam..hmmm. Apa pun tak boleh lah Liverpool ni.

Teruskan bergembira dan raikanlah kemenangan ini.


26

Harapan Terakhir Umat Manusia

Jorji Sabtu, Februari 11, 2012 ,

Perjuangan menentang kekejaman perbezaan warna kulit kini menjadi tanggungjawab Wayne 'The Rudeboy' Rooney selepas Nelson Mandela menyangka beliau berjaya melakukannya kira-kira 20 tahun yang lalu.

Dunia tidak lagi mempunyai pilihan. Umat manusia tidak mahu lagi melihat tubuh lemah Nelson Mandela merengkok di penjara hanya untuk persamaan hak tanpa mengira warna kulit.

Warna darah tetap merah walau bahasa berlainan.

Umat manusia hanya ada 90 minit dan tugas berat ini walau sesukar mana pun akan digalas dengan hati dan semangat yang jitu oleh The Red Devils bimbingan Sir Alex Ferguson. Perjuangan menentang kebangkitan racism harus dilakukan dan harus dimusnahkan sekarang juga.

Musnahkan racisme! Pertahankan Equality!

Pergilah kau berjuang demi keamanan manusia sejagat




27 tahun aku di penjara......
16

A Letter To Sheena

pakkordi Jumaat, Februari 10, 2012


Dear Sheena,

I am deeply saddened by the monstrosity that you have had to endure the day Liverpool kicked ManUtd out of the FA cup. It is a terrible thing indeed (the incident I mean). If only Howard Webb was present to save you.

Nevertheless please remember that there is always a black sheep in any community. Infact you have one as a team captain.

On behalf of all sane Liverpool fans, we would like to wish you a healthy physical, mental and emotional recovery together with a prosperous 2012. May you unleash the dragon in you. Adding further, we advice you not to park your car in dark alleys again. Its dangerous. There might be drug addicts, drunken Chelsea fans or even homeless Arsenal supporters lurking in there at night.

We also hope that you receive the white Adidas 1989 ManUtd Jersey as promised via post soon because we really walk the talk.

So Sheena, see you this Saturday and au'revoir.

Truly,
Pakkordi

P/S: All the faces were blackened to maintain privacy and in honour of Evra.

#YNWA ./
4

Rasuahnya Habis Binasa!

Abdul Sokernet Khamis, Februari 09, 2012 ,



Antara Jang 11 orang ni, abang rasa mesti ada yang belajar takat SPM atau Sijil Kimpalan IKM kot, main bola pun cukup-cukup tahap Fakri Saarani je. Sekarang dah kena gantung sebab rasuah, elok la apply kerja kilang kat Senawang




Jang hitam yang sekor ni pulak, jadi coach pun takde la power mana kot, itu pun nasib baik dapat kerja jadi coach, nak kerja pejabat ada aircond mungkin takde kelayakan gamaknya. Sekarang dah kantoi rasuah, elok la apply jadi coach tim bola penjara Sungai Buloh ke
13

Kick Liverpool Out Of Football

Tahukah anda, sebab sebenar kenapa Sokernet blogspot yang original ini di tutup selama beberapa hari?

a. Adakah kerana Arsenal menang 7-1 tetapi tak siapa peduli lalu Pipi marah dan tutup blog?

b. Adakah kerana kalah vote dalam Social Media Awards 2012 lalu merajuk?

c. Adakah kerana 2 assist Howard Webb kepada Rooney menyebabkan Lucius emo lalu tutup blog?

d. Adakah kerana cuti Thaipusam?

e. Atau adakah kerana gejala rasuah bolasepak Malaysia yang tidak mampu diselesaikan sampai bila-bila?

Aku tertanya-tanya juga lalu melakukan siasatan. Setelah menyiasat dan berbincang dari hati ke hati dengan Pipi di Demajew, maka aku pun mendapat jawapan sebenar.

Sokernet ditutup kerana kembalinya Racism kedalam bolasepak sejagat!

Sokernet secara rasmi menolak racism dalam bolasepak, justeru sebagai tanda protes terhadap kembalinya Racism kedalam bolasepak dunia, Pipi menutup Sokernet dimalam pasukan yang mencintai racism bermain. Terpuji betul langkah ko Pipi. Aku ingat kau marah sebab Arsenal menang besar tapi orang tak ambik pot. Aku silap!

Apa kau buat ni setannnnnn?


PTUIIHHH!!!

13

Don't Mess With The Yob!





Tahniah Yob kerana klasemen di Liga Super. Ajenye ye!



Pahang mana? Pahang?
26

Sasaran Pembelian Chelsea Untuk Musim Panas Nanti

LuciusMaximus Isnin, Februari 06, 2012 ,



Untuk perpindahan musim panas nanti aku harap AVB dan Roman Abramovich bersedia untuk memecah bank bagi mendapatkan khidmat pemain di atas.

Kalau duit dalam bank tak cukup, boleh jual Nando Torres, Super Frank dan Captain Marvel untuk kaver.

Tak cukup juga, kita jual Stamford Bridge.

Pemain berkaliber seperti di atas sangat-sangat diperlukan. Cepat sebelum Arsenal beli dulu.
10

Arahan Abang Abdul 2

Abdul Sokernet Ahad, Februari 05, 2012 ,





Sebagai peminat bola sepak, abang yakin kita semua tidak mahu ditewaskan oleh sebuah blog rempit.

Mana kita nak letak muka kalau blog bola ditewaskan oleh blog rempit? Hah, mana?

Sia-sialah perjuangan Liverpool selama ini sampai menang Champions League 5 kali kalau bola dikalahkan oleh rempit. Tak akan kita nak biarkan segala usaha murni King Kenny terbuang begitu saja? Tak akan segala usaha Suarez mengutuk Evra itu hitam hendak kita persiakan? Jangan biar '8 match ban' Suarez jadi sia-sia kerana blog rempit mengalahkan Sokernet! Tahukah anda Suarez sekarang tak main bola sebab sibuk buat undi hantu untuk Sokernet di rumah? Mana Andy Carroll nak letak muka?

Ya.

Maka dengan segera klik pautan di bawah. Undilah Sokernet, undilah untuk bola dan Liverpool!


17

Perlawanan Tumpuan Minggu Ini: Juara bertemu Juara

Pipiyapong Abdillah Hamzah Sabtu, Februari 04, 2012 ,

Tiada perlawanan yang lebih penting berbanding perlawanan ini!

Ramalan: Arsenal 6-0 Blackburn Rovers
25

Iklan: Cerita Bola Sepak Malaysia

LuciusMaximus Rabu, Februari 01, 2012 ,



Projek Cerita Bola Sepak Malaysia (CBSM) adalah satu usaha murni untuk menceritakan perihal bola sepak Malaysia. Apa yang hendak diceritakan kali ini bukanlah tentang kenapa Malaysia tidak ke Piala Dunia, atau Piala Asia atau Piala Negara-negara Afrika. Juga bukanlah tentang kenapa FAM sangat power dalam bermesyuarat tapi mati pucuk dalam mentadbir bola sepak. Bukan juga tentang kenapa pemain bola kita suka tendang bola ke langit, bergambar tanpa baju di tepi kolam renang, skandal dengan artis atau model dan kemudian mudah pula disuap bookie. Bukan, bukan itu semua.

 Tetapi apa yang hendak diceritakan dalam CBSM ialah tentang bagaimana setiap pasukan negeri yang bertanding dalam kancah bola sepak tempatan, dari Perlis hinggalah ke Sabah, pernah pada satu masa bernasib baik dan menjuarai piala-piala yang dipertandingkan oleh FAM.

Dalam erti kata lain, CBSM ialah cerita tentang Perak menjuarai Piala FA 1990, atau tentang Sabah menjuarai liga musim 1996, atau tentang Terengganu menjuarai Piala Malaysia 2001. Atau juga tentang cerita Kedah menjuarai kesemua Piala Malaysia, Piala FA dan kejuaraan liga pada tahun 2008. Ini sebagai contoh.

Tapi apa yang lebih menarik, cerita-cerita ini akan diceritakan oleh anda. Ya, projek CBSM ini terbuka buat mereka yang merasakan ilmu bola sepak mereka setaraf atau jauh lebih hebat dari abang fakta seperti Lucius Maximus.  Kalau anda penyokong Kelantan dan mahu menulis cerita tentang Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010, silakan mencuba nasib.

Projek CBSM mensasarkan untuk menghimpun sejumlah 16 cerita bola (terdiri dari 13 negeri dan 1 wilayah serta 2 cerita lagi tentang Singapura dan Brunei) dalam satu buku bola yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Berminat menyertai projek CBSM?

Berikut ialah pengeras dan pantang larangnya:

1) Satu cerita untuk setiap satu pasukan negeri. Oleh itu hanya cerita yang terbaik akan dipilih mewakili pasukan negeri tersebut.
2) Cerita tersebut mestilah karya anda sendiri, lengkap dengan fakta dan tepat dari segi sejarah.
3) Menceritakan dengan menarik kisah kejayaan pasukan tersebut. Contohnya jika ia tentang Pulau Pinang menjuarai liga tahun 1998, maka ceritakan perjalanan Pulau Pinang dalam menjuarai liga. Jika ianya tentang Selangor menjuarai Piala FA dan Piala Malaysia 2005, ceritakan tentang kisah Selangor menjuarai kedua piala tersebut.
4) Panjang setiap cerita ialah sekitar 2,500 hingga 5,000 patah perkataan dalam bahasa Melayu ejaan Rumi.
5) Ditulis oleh seorang manusia yang menjiwai bola sepak.

Mereka yang berminat mahu bercerita bolehlah menghantar draf 500 patah perkataan pertama ke ceritabolasepak@gmail.com untuk penilaian pakar dan tindakan selanjutnya.

Tarikh tutup penyertaan projek CBSM ialah 29 Februari 2012 bersamaan 7 Rabiulakhir 1433H.

Sebarang perkembangan terkini dan pengumuman mengenai projek CBSM akan dihebahkan di laman Facebook rasmi Cerita Bola Sepak Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...