ARKIB SOKERNET

15

Umat manusia 1-0 Kejahatan

Jorji Sabtu, Jun 23, 2012


A Liverpool fan has been given a four-year ban from attending Liverpool or England games after being found guilty of racially abusing Patrice Evra.


Phillip Gannon, 58, was caught on TV cameras making a racially offensive monkey impression towards the Manchester United player, Liverpool Magistrates' Court was told
- from ESPN news


Ptuihh!!


KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH

ini betul lawak!

kah kah kah.. woit! INI KES BERAT kah kah kah

kah kah kah... INI SAMA MACAM TARIAN BUNTUT kah kah kah

kah kah kah... INI KELAB MANA NI WOI? kah kah kah

kah kah kah.. MESTI AHLI PERKOSAR kah kah kah


KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH


kah kah kah.. KES INI SATU PENGAJARAN kah kah kah

kah kah kah.. INI KENENAGAN UMAT MANUSIA kah kah kah


Nota:

Pergh! post gaya Tukar Tiub ni spesial untuk kemenangan umat manusia.



17

God save the Queen

Jorji Selasa, Jun 19, 2012

Atau adakah devil ini yang akan menyelamatkan maruah Permaisuri England?

Ah! kita lihat sendiri peranan Rudeboy dalam 2 perlawanan sebelum ini. Kontrol cute, tepuk tangan ala Putera Williams dan balik hotel. Itu sahaja sudah buat syarikat TV bersusah payah letak satu kamera khas untuk rakam aksi beliau.

Aku tertarik juga, ramai pilihan pemain Unkle Roy mendapat kritikan terutama jika pemain itu dari kelab pertengahan, tetapi tiada seorang pun mempertikaikan Unkle Roy membawa seorang pemain yang sah tidak boleh bermain kerana di gantung 2 perlawanan dan hanya kontrol cute tepuk tangan ke dalam pasukan.

Nampak tak betapa powernya beliau ini?

England!!!!!


15

Jerman 2-1 Denmark

LuciusMaximus Isnin, Jun 18, 2012 , ,


"Perkara paling penting adalah untuk hidup menepati masa. Menguruskan masa dengan betul adalah cara hidup Jerman, bukan Malaysia."


Pernah makan Danish Butter Cookies? Pernah?
Aku pun pernah. Sedapnya memang tak ingat. Lemak, berkrim dan rangup. Tapi harga pun boleh tahan mahal. Zaman budak dulu Danish Butter Cookies ni Emak aku akan bagi makan lepas siap kerja sekolah, sebelum nak masuk tidur. Danish Butter Cookies sepiring dengan segelas susu. Lepas makan dan minum, kita tidur malam tu dia punya pergi... Pergh!

Tapi sejak zaman dah bekerja ni aku boleh suka-suka beli Danish Butter Cookies dan suka-suka makan bila aku mahu. Kalau zaman dulu Danish Butter Cookies ni datang dalam satu cap sahaja iaitu cap Kjeldsen's. Tapi sekarang aku tengok dah makin banyak cap-cap lain di pasaran.

Apa pun suka aku ingatkan di sini Danish Butter Cookies yang paling lemak, berkrim dan rangup tetaplah cap Kjeldsen's sahaja. Cap-cap lain tu kita jangan percaya sangat, harapkan harga murah tapi rasa macam pasir.

Sekian laporan Euro 2012 saya.

Heil Deutschland!
13

Jerman 2-1 Belanda

LuciusMaximus Khamis, Jun 14, 2012 , ,



 "Untuk berjaya, anda perlu memberikan segala-galanya"
 (dan ada awek berdiri di belakang anda memberi semangat)

Walaupun Mario Gomez bertanggungjawab menghasilkan 2 gol buat Jerman, tetapi tabik hormat aku berikan kepada Bastian Schweinsteiger (aka Schweini, aka Basti, aka The Beast). Dua assist paling efisien menunjukkan kemantapan kerjasama Jerman bila mereka bermain bola sepak. 

Ya yang paling penting bila bermain bola sepak ialah kerjasama. Jangan jadi macam Belanda dan Robin van Persie. Apa guna Anugerah Kasut Emas kalau main macam Arsenal tanpa memikirkan rakan sepasukan? Kerjasama harus diutamakan. Kalau kita abaikan kerjasama jadilah macam Belanda yang kalah dengan Denmark itu hari.

Apa yang penting? Kerjaaaaaaaasama.
Rafael van der Vaart ada menyebut sebelum perlawanan bahawa Die Nationalmannschaft hanya mempunyai 3 pemain berkualiti dalam skuad berbanding Belanda yang katanya semua berkualiti belaka. Beliau lupa kualiti semata-mata hanya menjadikan sebuah pasukan itu sekuat Tottenham Hotspur. Jerman mungkin kurang pemain berkualiti, tetapi mereka memberikan segala-galanya. Sama seperti bila tentera Wehrmacht mempertahankan bumi Deustchland dalam Perang Dunia Kedua, atau seperti bila Jerome Boateng sanggup patah tulang rusuk kiri menahan rembatan padu Wesley Sneijder.

Dengan 2 kemenangan dari 2 perlawanan, Jerman seperti biasa berada dalam kedudukan selesa untuk mara ke suku akhir. Bak kata Schweini, "untuk berjaya, anda perlu memberikan segala-galanya". Pasti ianya lebih membantu bila anda ada awek berdiri di belakang memberi semangat.

Awek Schweini macam Sarah.


Okay, gambar lama Euro 2008
Nota kaki:

Tabik hormat juga kepada Matt Hummels, yang juga memberikan segala-galanya dan ada awek berdiri di depan (bukan belakang) untuk cemolot setiap musim di atas padang Westfalenstadion, Borussia Dortmund.



Hmm, mantap. Maksud aku permainan Mats Hummels semalam. Pertahanan yang epik serta terjahan yang klasik hingga ada budak Arsenal cakap Arsene Wenger wajib beli Mats Hummels. Aku rasa elok jangan, nanti jadi macam Lukas Podolski pula.
31

Kalau Dah Namanya Pemain Liverpool

Abdul Sokernet Rabu, Jun 13, 2012 ,


Adat bermain bola sepak antarabangsa, setiap kali sebelum perlawanan para pemain akan berbaris untuk sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenangan. Inilah yang kerap diamalkan dan sudah menjadi kebiasaan buat pemain dari kelab-kelab power seperti Arsenal, Chelsea, Manchester-Manchester dan juga Kelantan.

Tetapi dalam perlawanan menentang Perancis di Euro 2012, pasukan England menjalankan sesi fotografi mereka dengan hanya dibarisi 10 pemain.


Pemain yang dilaporkan hilang dari foto kenang-kenangan ini ialah Glen Johnson, seorang pemain Liverpool.

Di manakah Glen Johnson sebenarnya? Kenapa dia tak bergambar sama? Adakah dia halimunan?

Rakaman Satelit Orbit Tinggi Bumi milik Sokernet bagaimanapun berjaya merungkai persoalan ini.


Glen Johnson rupanya sudah berlari ke tengah padang untuk memulakan permainan. Jenis tak biasa main perlawanan antarabangsa, tak reti adat istiadat langsung.

Tapi bila difikirkan dia ini pemain Liverpool, maka tidaklah menghairankan kalau bangangnya tidak bertempat.
10

Jerman 1-0 Portugal

LuciusMaximus Isnin, Jun 11, 2012 , ,


"Penyelenggaraan yang baik memelihara pulih enjin kereta Jerman anda"

 Kau orang pernah pakai kereta Portugal?

Tak?

Aku pun tak pernah.
22

Kem Itali Pemakan Rasuah Kini Dibuka SPRM!

Abdul Sokernet Khamis, Jun 07, 2012



Suit Up : The Italians and The African-Italian has arrived - Kem Itali Telah Dibuka

Pasukan Itali telah tiba dengan handsome di Krakow, Poland dengan satu sut lengkap Dolce&Gabbana semalam. Berada di Kumpulan C bersama juara bertahan Sepanyol serta Crotia dan Ireland, Azzuri dijangka tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk layak ke pusingan kedua. 

Azzuri - Gaya, Mutu, Keunggulan
Antara yang masih bersama selepas merangkul kejuaraan Piala Dunia 2006 adalah Gianluigi Buffon, Danielle De Rossi (Futura il Capitano) dan Andrea Pirlo. Tak guna gua pung pang cerita pasal Andrea Barzagli, Christian Maggio, Federico Balzaretti, Claudio Marchisio, Franco Borini, kalau lu orang kenal Marco Balotelli sorang je.
Saya janji saya main elok-elok nanti - Marco Balotelli
Nasib baik si Balotelli ni main kat Manchester City, kalau main kat Liverpool mesti Roy Hodgson panggil dia main untuk England.
 
Entri asal: Sembang Sepetang
 
Nota Abang Abdul:
 
Sebenarnya Itali ni haram tak power mana pun, harap sut je Dolce & Gabbana, kira lebih sikit la dari sut Spark Manshop yang Harimau Malaya punya.
 
Itali ni kalau nak kira yang betul-betul power hanyalah ketika di zaman Si Tocang Ilahi.
 
 Kalau zaman abang dulu, rasuah ni kami tak main! Kami main duit komisen je!
6

Lu Ingat Lu Power?

LuciusMaximus Rabu, Jun 06, 2012 ,


Sokernet Euro Classic League


Code to join this league: 312008-69135


Ditutup bila aku rasa dah semak sangat persertanya
35

The Queen is Dead!

Jorji Isnin, Jun 04, 2012
 King Roy

Piala Dunia atau Euro, bila kehadiran pasukan England dianggap serius, merbahaya atau berpotensi menjadi juara?

Apa bezanya dengan Euro 2012?

Dari perlantikan pengurus Unkle Roy sehingga ke pemilihan pemain, kecederaan, penggantungan, tidak dipilih kerana isu racist sehingga peluang ke separuh akhir, semuanya nampak bermasalah dan malang.
Mampukah Unkle Roy mencipta kejutan dan menukar semua masalah kepada kemenangan?

Apakah pemilihan sehingga 6 pemain kelab pertengahan atau pemilihan pemain berusia lebih 30an atau tiada pengalaman dan sebagainya adalah satu perjudian yang Unkle Roy sendiri tidak pasti hasilnya? Atau beliau masih berhalusinasi?

Adakah WAGS telah bersedia?

Apapun, Piala Dunia atau Euro, kehadiran pasukan England tetap menarik perhatian. Tanpa pasukan England, tiadalah glamor sesuatu pertandingan itu.

Kem England dibuka secara rasmi dengan dendangan Cock Sparrer - England belongs to me.

England belong's to me
A nation's pride the dirty water on the rivers
No one can take away our memory
Oh Oh, England belongs to me

We'll show the world that the boys are back to stay

And you all know what we can do
Heads held high, fighting all the way
For the red, white, and blue

errr... Unkle Roy tahu Skrtel tu pemain kebangsaan Slovakia kan? mana tahu ada pertahanan yang cedera nanti...


6

Malaysia 0 - 0 Filipina

LuciusMaximus Ahad, Jun 03, 2012 ,



7 teknik terokai tubuh isteri


Tol Batu Tiga = RM1.10 sehala
Ayor Coke + Ayor Paip = RM2.00 segelas
Kuaci = RM5.00 tiga peket
Tiket perlawanan = RM20.00 sekepala
Melihat Malaysia diikat tanpa gol oleh Filipina di tempat sendiri = Kepala bana!
8

Kini Kem Poland dibuka

MDM FARAH FAIZURA Jumaat, Jun 01, 2012
Sebagai seorang yang meminati sejarah perang dunia kedua, maka saya sokong Poland. Itu sahaja sebabnya. Lagipula sebab saya agak malas mahu mengulas, dan mengikut perkiraan Poland akan keluar awal, maka ia memudahkan kerja saya, tidak perlu mengulas. 

Marilah kita menyokong Poland.



12

Die Nationalmannschaft - Kem Jerman Kini Dibuka

LuciusMaximus , ,




Sebuah produk Jerman sentiasa menekankan aspek seperti ketepatan, kejituan dan kesempurnaan. Baik dari segi penghasilan motokar. motorbot, motorsikal, basikal, seterika dan sebagainya. Ini adalah tradisi sejati Jerman yang dipupuk sejak terasasnya Magna Germania, tradisi yang kekal membezakan antara sebuah produk Jerman dan produk negara lain, seperti kereta Malaysia contohnya yang selalu kerosakan power window.

Dan bagaimana terencatnya power window Proton itu dapat dilihat berjangkit ke dalam bola sepak Malaysia yang juga terencat, sempurnanya power window Audi, BMW, Mercedes atau VW itu dapat dilihat juga dalam sempurnanya bola sepak Jerman. Melihat bola sepak Jerman adalah melihat seperti kesempurnaan itu disempurnakan, menyokongnya pula menjadikan kita manusia yang hampir sempurna.

Dengan Euro 2012 sudah mula mengetuk dekoder Astro masing-masing atau milik mamak, saya seperti biasa membuka kem Jerman untuk semua yang menghargai kesempurnaan dalam bola sepak. Bak kata pepatah, jentera Jerman di kilang kita minyakkan, Harimau Malaya di belakang rumah kita biar mati meninggalkan belang.

Ayuh menyokong bola sepak Jerman kerana Malaysia memang tidak akan ke Euro sampai kiamat pun!


10

Mr. Brendan Rodgers - Our New Gaffer

pakkordi

"In many ways the work of a critic is easy. We risk very little, yet enjoy a position over those who offer up their work and their selves to our judgement.

"We thrive on negative criticism, which is fun to write and read.

"But, the bitter truth we critics must face is that, in the grand scheme of things, the average piece of junk is probably more meaningful than our criticism designating it so.

"But there are times when a critic truly risks something and that is in the discovery and defense of the new.

"The world is often unkind to new talent, new creations. The new needs friends."

- Anton Ego in the movie, Ratatouille

On a similar note, I would very much agree to what Anton has to say and more so towards unpaid critics. The current dogma we suffer is the belief that only a superstar name fits the managerial void in Liverpool.


I am glad that many articles have been written with regards to why Brendan Rodgers is the right candidate to succeed Kenny Dalglish and I do not plan to reiterate each one of them. But, I do like to stress the fact that everyone deals with choices and options in life and no doubt, they come with associated risks. The same goes to the decision made by the owners which I believe has the clubs best interest in mind when deciding on Mr. Rodgers.

Mr. Rodgers may not have the pedigree of managing a cup winning side yet, nevertheless the achievements Swansea made and the style of play they showed last season was astonishing. Stout when defending, fluid when they do attack. They definitely try not to force a goal but instead patiently open up spaces and gaps where they can exploit.

I trust that the players we have in our stable is more than able to grasp the new set of training regime with differing coaching techniques brought along by Mr. Rodgers but the question is, how long? Will they need half a season to figure it out? A season or two?

I would assume that some lady "liverbirds" might have reacted differently if the picture below is of Mr. Rodgers. Friends, looks can be deceiving.


Just to sum it all up, we should not be expecting a cup double or a premier league championship next season but we do look forward to a place in the Champions League and a more emphasized pass and move gameplay.

I read somewhere that on a whiteboard in his Swansea office he wrote "Per Ardua Ad Astra" which means "through adversity to the stars"; Mr. Rodgers, surprise us.

#YNWA ./
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...