ARKIB SOKERNET

5

Nafas Baru Untuk Harimau Malaya Part 2

Jali Bah Rabu, Januari 30, 2013

Harimau Malaya lebih power dan suci tanpa no.8 dan 12.

6 Februari ni Harimau Malaya melawan Qatar, buka kempen kelayakan Piala Asia 2015. Semua tahu, 3 benda. Pertama, Qatar hebat, ke-2 Harimau Malaya tak berapa nak power dan benda ke-3, Rajagopal nak selamatkan periuk nasi beliau sekeluarga untuk layak piala paling mahsyur di Asia ni.

Kalau ikut style main Liga Super selalu memang tak boleh makan Qatar ni, tambah-tambah main away. Dua benda yang aku nak Gopal tengok sebelum lawan Qatar, otak biar bijak sikit, kurangkan kebebalan. At least ada 1 mata Gopal curi di Qatar, 3 mata itu bonus.

1.Tampal kelompongan bahagian tengah.

Pasukan hebat macam Spain malas nak pakai natural striker, lagi sedap guna false number nine. Bukan Villa, Llorente atau Torres tak boleh pakai, sebab nak maintain kekuatan di bahagian tengah, jana serangan dan kawal keseluruhan permainan. Bahagian tengah ni ibarat enjin, kalau mati memang tak boleh jalan. Macam tu jugak Malaysia, selama ni kita main 4 midfielder, semua tak boleh pakai terutamanya 2 orang tu (aku rasa hina nak sebut). Main tak ada daya imaginasi langsung. Bola selalu lost di bahagian tengah, main bola ke tak aku pun tak tahu.

Nak menang, tengok team mana yang pegang dan kawal bola. Pemain tengah Malaysia harus bernafsu besar, kawal bola dengan angkuh, tengok lawan dengan bengis, passing bola biar konfiden. Baru kuasa tengah dapat diaktifkan, dapat create chances untuk striker. Kalau kelompongan ni dapat diatasi, tak ada masalah Gopal boleh tersenyum manis balik Malaysia.

2.Tipikal Malaysia, jom ubah

Semua orang tahu style Malaysia main di bawah regim Safiq Rahim dan Amar Rohidan. Long pass dan direct ke depan, tak ada one touch sesama pemain tengah, kalau adapun aku boleh hitung dengan jari. Lawan Qatar nanti, aku harap pemain tengah Malaysia dah bertaubat dari dosa Safiq dan Amar di masa lampau, cukup-cukup sudah main long pass dan terlalu direct forward tu. Menampakkan akal terlalu pendek dan lemah daya imaginasi.

Nak beat pemain timur tengah yang saiz badan power, Malaysia perlu main tempo laju. Biar pemain Qatar mampus nak kejar. Banyakkan ground ball, cepat dan biar bola mengalir dengan sedapnya di kaki pemain Malaysia. Kuasa bahagian winger jugak perlu diaktifkan, perlukan keseimbangan, aku tengok AFF 2012 dulu bahagian tu je yang selamatkan Malaysia sebab bahagian tengah memang hancur binasa. Agi idup agi ngelaban, selamat berjuang Harimau Malaya.

Kesebelasan utama pilihan aku untuk Malaysia lawan Qatar:

Khairul Fahmi Che Mat

Mahali Jasuli-Amirizdwan Taj-Fadhli Shas-Asrarudin Putra

Shakir Shaari-Shukor Jusoh
Azamuddin Akil                                                                          Nor Farhan
Amri Yahyah

Fauzi Roslan

5

Harimau Malaya, Makwe Dan False Number Nine




Baru lepas berak tadi, gua terbaca tentang senarai terbaru pemain Harimau Malaya untuk kelayakan Piala Asia 2015 :

Goalkeeper :
- Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias, Norazlan Razali

Pertahanan :
- Aidil Zafuan, Fadhli Shas, Amirizdwan Taj, Faizal Muhamad, Nik Shahrul Azim, Mahali Jasuli, K Reuben, Asrarudin Putra Omar, Azmi Muslim.

Tengah :
-Shakir Shaari, Shukor Jusoh, Helmi Rameli, Affize Faizal Mamat, Yong Kuong Yong, Azamuddin Akil, Nor Farhan, Ashaari Shamsudin.

Penyerang :
- Khyril Muhymeen, Amri Yahyah, Abdul Hadi, Fauzi Roslan.


Makwe yang ceria


1 - Dari senarai yang ada, ini line up pilihan gua. Menggunakan formasi 4 – 2 – 3 – 1  :

Apek
Mahali – Aidil Zafuan – Fadhli Shas – Azmi Muslim
Shakir Shaari – Shukor Jusoh
Azamudin                                                 NorFarhan
Amri Yahyah
Fauzi Roslan

2 – Goalkeeper adalah posisi paling steady untuk Malaysia. Apek dan Farizal memiliki keupayaan teknikal yang hampir setara. Namun antara tiga lahanat ni, pilihan gua tetap Apek sebagai goalie utama. Apek lebih meyakinkan dari segi komunikasi atas padang. Tentang isu kemungkinan kekurangan air lutut, itu cerita lain.

3 - Lawan kita adalah pasukan dari negara timur tengah. Maka kita memerlukan centre back yang agresif secara fizikal, laju dan boleh bersaing untuk bola di udara. Dari senarai yang ada, Aidil dan Fadhli adalah yang terbaik untuk centre back. Mahali dan Azmi pula memiliki kelajuan dan stamina untuk kerap overlapping di kanan dan kiri.

4 - Kemampuan ( Mahali dan Azmi ) ini penting untuk membolehkan Alex dan Farhan lebih peluang untuk melakukan dribble dan cut inside serta bermain secara inverted winger. Kelebihan Alex dan Farhan, mereka juga bijak untuk mencari ruang di far post untuk melakukan rembatan. Cara permainan old school winger (stay wide dan crossing) kurang sesuai jika di ambil kira pertahanan lawan yang pastinya tinggi tinggi dan power ketika bola tinggi.

5 – Shakir bagus sebagai deep lying midfielder. Dia juga berkebolehan sebagai ball tackler dan membuat long through ball jika perlu. Shukor Jusoh boleh bermain sebagai advance midfielder dan bertindak sebagai ball passer (kepada flanker dan forward) dari kawasan tengah. Barisan tengah kena rapat untuk senang melakukan hantaran pendek. Alhamdulillah Ya Rabbi, Amar dan Shafiq tiada dalam senarai kali ini. 

6 – Amri sangat true jika dapat bermain sebagai attacking midfielder ataupun shadow striker. Namun, kunci kepada serangan negara gua letak kepada Fauzi Roslan aka Koji. Dengan ketiadaan Wak Lan, mungkin  coach Raja boleh cuba meletakkan Koji pula sebagai false number nine ( striker tapi kerap untuk drop deep di kawasan tengah bagi mendapatkan bola). Ruang yang ditinggalkan boleh di gunakan oleh Farhan dan Amri untuk melakukan serangan. Selain itu, Koji juga bagus sebagai poacher, pandai untuk beat offside trap dan score. Gerakan ini mampu mengelirukan musuh namun kesefahaman yang tinggi amat diperlukan.

7 – Sebenarnya gua minat lagi Ashaari, cuma berdasarkan prestasi semasa, Alex dan Farhan lebih layak. ( Gua rasa bersalah pulak kalau tak mention pasal ni. )

8 – Rasanya harapan untuk masuk Piala Asia 2015 tu memang tak ada. Jangan harap sangat. Burung yang terbang tinggi, kalau jatuh, parah nanti. Tengok, gua dah cerita burung pula. Tapi bagus sebenarnya, nanti banyak sikit modal untuk kita minta coach ( dan presiden ) letak jawatan. Apa pun, selamat berjuang Harimau Malaya!

3

Kelab Mengkritik Ultras Ver.2

Syafiq Rahim Isnin, Januari 28, 2013


Ini Bukan Ultras 

1. Selangor

                                                  Selangor Soccer Fan Club (SSFC)

Barisan Kita

                                                         Sorakan Se..La..Ngor..


2. Perak

                                                       Ipoh Mali Talak Sombong


3. Kedah

                                                          Biar Jasa Jadi Kenangan


4. Kelantan

                                                 Bo Lawe Staro Demo (minit 10:50)

5. Johor

                                                        Luaskan Kuasamu Johor



Nampak tak ultras? Nampak tak? Apa perbezaan mereka dengan kamu. Mereka membawa identiti mereka dan kita boleh kenal mereka melalui sorakan dan lagu nyanyian mereka.

Lagu Barisan Kita begitu sinonim dengan Selangor walaupun itu lagu Malaysia. Sorakan Selangor pula biarpun mirip kepada keliverpoolan tetap menunjukkan mereka berbeza dari pasukan negeri lain. Perihal Selangor dan Liverpool semua orang sudah sedia maklum bahawa mereka mempunyai perangai yang sama.

Perak pula sudah sekian lama menyanyikan lagu Ipoh Mali Talak Sombong dan orang boleh tahu itu penyokong Perak. Walaupun lagu itu akan dibalas balik oleh penyokong lawan jika mereka kalah dengan berbunyi Ipoh Balik Talak Sombong, tapi mereka hepi.

Kedah jangan disangkal lagi. Jangan bermain main dengan lagu keramat mereka. Sehinggakan band skinhead turut mengubah semula lagu Biar Jasa Jadi Kenangan menjadi versi street rock. Jangan sesekali kamu semua pandai pandai mengubah lirik Kedah, Kedah pantang kalah kepada Kedah, Kedah haram jadah. Mereka cukup marah.

Kelantan juga mempunyai lagu mereka sendiri. Bo Lawe Staro Demo jika dimainkan dalam versi dikir barat barulah kamu semua tahu erti keinzalan. Tapi jangan provok sangat mereka, baru nak merasa jadi lejen dekat Malaysia dah nak jatuh dah musim ni. Jadi benda benda begini jadi sensitif orang kata.

Apa nak dikata tentang Johor Tak Betul ni. Lagu tu tak berapa pasti milik ultras mereka atau Johor Fan Club. Tapi rasanya dari Johor Fan Club sebab tak penah dengar ultras lain nyanyi. Biasanya kalau lagu sedap, satu ultras buat, ultras lain pakat pakat rembat. Tapi negeri ni hadapi krisis identiti yang tahap kritikal. Bukan berkenaan lagu tapi sokongan. Sedarlah Johor betul atau Johor FA atau Johor United berada di Liga Perdana. Berbuih dah seluruh rakyat Malaysia bagitahu tak pandai pandai lagi ke.

Boleh tangkap tak wahai ultras ultras yang tak makan kuaci pegi stadium sekalian.




6

Nafas Baru Untuk Harimau Malaya

Jali Bah Sabtu, Januari 26, 2013

Hari demi hari aku sabar tunggu bila kejantanan sebenar Harimau Malaya era millenium ni terserlah balik. Aku tengok main pun macam tu juga, tengok Singapura makin menapak di depan, Jepun tak payah cerita dah macam Barcelona main dah aku tengok. Malaysia ni je aku tengok tak ubah-ubah. Mungkin benda-benda ni boleh bagi power balik Harimau Malaya ni.

Terserlah kejantanannya di situ
1. Rombak FAM

Sultan Bolo ketawa geli hati bila disuruh letak jawatan, Shabery Cheek mesti datang back up. Yang jelas FAM semakin mengarut. Kebebalan bermaharajalela dan kebal dengan segala kritikan. Rombakan perlu untuk kebaikan bola sepak tanah air. Terlalu banyak kepincangan, ketidakrelevenan dan kesungguhan yang FAM tunjukkan sungguh mendukacitakan rakyat jelata.

Apa yang aku harap, FAM sebagai badan induk utama mengawal atur urusan bab-bab bola sepak ni perlu bertaubat dari kesilapan lampau. Kalau tak mampu nak bertaubat, pergilah berubat. Kurangkan kebebalan, mudah terima kritikan dan jangan terlalu ego. Kalau boleh lah, kita nak badan FAM ni bebas dari unsur kepolitikan, serahkan pada yang pakar yang layak, cintakan bola sepak dan ada semangat memajukan industri bola sepak tanah air.

2. Bagi kemas Liga Malaysia

Stating the truth, FAM gagal membentuk satu liga bola sepak yang betul-betul kompetitif dan berdaya saing. Liga macam manakah yang kita nak? Taraf liga cap ayam, liga daerah, liga kampung, atau setaraf EPL, LA Liga atau Serie A?. Boleh bukan tak boleh. Rancang dengan sistematik, cantik dan tersusun. Format liga perlu ditetapkan untuk jangka masa panjang, tak perlu nak ubah-ubah, tempoh perpindahan pemain yang sesuai. Buat malu je keluar berita kes pemain sign kontrak semasa dalam kem latihan.

Sekejap kurangkan jumlah pasukan, kejap benarkan lepas tu haramkan pemain import. Sekejap macam ni, sekejap lagu tu. Macam mana liga kita nak maju?. FAM ni macam orang hilang pedoman hidup.

3. Tukar Rajagopal

Kalau kita fikir guna akal yang lurus, Rajagopal sebenarnya tak perlu susah-susah, tak perlu pun bereksperimen sebenarnya . Pemain dah ada, yang tahu dan layak wakil negara itu jelas dan yang sekadar tahu tendang bola pun bukan kita tak nampak.

Taktikal Gopal tak fleksibel, mudah dibaca lawan, lemah semua aspek. Tiada X-faktor, lepas juara AFF Suzuki 2010 dan Sukan Sea, tak banyak perubahan dan peningkatan yang kita nampak. Kandas dengan Singapura untuk kelayakan piala dunia, boleh seri pulak dengan Bangladesh, terlepas AFF Suzuki 2012,  apa lagi yang perlu Gopal buktikan?. Ong Kim Swee jauh lebih baik.

Aspek pemilihan pemain kebangsaan pun masih lemah, tak telus. Kadang-kadang aku terfikir macam mana Rajagopal pilih pemain, mungkin tengok TV je sambil makan capati (tapi sekarang dah rajin datang stadium, bagus). Balik-balik pemain yang tak ada fungsi dipanggil. Yang beraksi cemerlang sepatutnya diberi peluang. Faktor usia bukan penghalang, 30,31 tahun masih boleh lari, Jalaludin Jaafar tu masih steady je main untuk Pahang aku tengok walaupun umur dah 38 tahun. Kalau lagi bagus dari Amar, Safee Sali kenapa tak ambil?.

4. Panggil bakat-bakat di luar

Kita ada Titus James Palani yang hilang ditelan masa. Cerita pun banyak versi. FAM cakap player tak nak datang, tapi player cakap tak dapat panggilan, mana satu yang betul  pun aku tak tahu. Nazmi Faiz boleh balik sekejap, tunjukkan pengalaman yang ada dekat Portugal. Mungkin Fakri Shaarani dah insaf dan jadi power sekarang, apa salahnya Rajagopal panggil balik. Semua tu boleh dipanggil datang main untuk Malaysia. Sean Gan Giannelli bagi besar sikit lagi, budak baru nak up, bagi cukup power dan pengalaman lagi baru Malaysia panggil untuk main senior team.

Budak ajaib yang hilang ditelan zaman
5. Banyakkan aksi persahabatan kompetitif kelas A

Fam perlu proaktif. Atur sebanyak mungkin aksi persahabatan kelas A. Ni sibuk nak lawan pasukan negeri je, memang dah tahu lah siapa menang. Alasan tak ada pasukan luar yang available memang tak boleh pakai. Paling koman pun dapat lawan Vietnam ke, Thailand ke jadilah. Lagi bagus dapat lawan negara-negara Timur Tengah. Bagi pengalaman untuk pemain kita.

Malas nak buat kerja memang habuk je lah yang kita dapat. Tak dapat kelas A punya friendly, lawan Selangor, Sabah atau Sarawak pun jadilah kata FAM. Macam mana mentaliti pemain kebangsaan nak meningkat? Lawan main pun lebih kurang je, makin bodoh lah jawabnya. FAM memang bangsat.

6. Tingkatkan kemahiran

Mungkin ini satu penghinaan untuk pemain malaysia. Tapi aku rasa betul, basic skill masih belum layak untuk bersaing aksi kompetitif di peringkat antarabangsa. Nak buat macam mana, dekat Malaysia yang terbaik dari ladang tu je kita ada.

Kalau Alex Ferguson jadi coach Malaysia pun mesti Ferguson menangis tengok. Malaysia tetap main macam sampah kalau benda ni tak ada peningkatan. Nak jadi hebat, rajin-rajinlah praktis sendiri dekat padang. First touch masih tak berapa nak betul, tahan bola ke laut, passing berterabur, shooting tak power, tak konfiden dan lemah akal fikiran, semuanya masih di taraf amatur. Tak percaya tengok aksi persahabatan Malaysia lawan Iraq nanti 1 Februari ni. 
12

Kelab Mengkritik Ultras ver.1

Syafiq Rahim
Budaya ultras di Malaysia mula dibawa sejak tahun 2007. Ultras pertama yang mula mula dijumpai ialah Ultras Malaya. Selepas itu seperti cendawan tumbuh selepas hujan maka berduyun duyunlah tertubuhnya ultras di seluruh pelosok Malaysia.

Ultras negeri pertama dikhuatiri wujud ialah Ultras dari Perak. Mereka mengelarkan diri mereka sebagai Silvermania. Ultras ultras lain ada yang namanya gerun orang dengar tapi ada jugak yang namanya buruk buat orang ketawa. Sebagai contoh Ultras Tranung, Ultras Kedah dan lain lain. 

Disini bukan ingin berbicara mengenai sejarah ultras di Malaysia tetapi ingin menegur para ultras tegar tentang lagu lagu yang mereka nyanyikan. Tiada originaliti. Masih lagi menyanyikan lagu lagu dari ultras di Indonesia membuatkan mereka semakin rakus menuduh kita sebagai maling. 

Kemon la ultras sikit punya banyak korang punya kepala takkan takleh bagi idea untuk buat lagu baru atau sorakan baru. Kami datang ke stadium mahukan hiburan. Takkan kami terusan disajikan dengan lagu lama yang nyata begitu boring di perdengaran kami.

Satu lagi masalah yang berjaya dijejaki ialah budaya menciplak lagu ultras negeri lain. Sebagai contoh Ultras Negeri Sembilan iaitu Buffalo Souljah buat lagu Sehati Sejiwa maka secara boria semua ultras negeri lain pun ikut serta. Kami bayar duit tiket masuk stadium mahukan hiburan yang segar dan ada jati diri. Jadi mana kepuasan yang kami dapat.

Antara ultras yang boleh dipuji ialah :

1) Ultras Negeri Perak (Silvermania) - Darah


2) Ultras Negeri Sembilan (Buffalo Souljah) - Sehati Sejiwa



3) Ultras Negeri Johor (Boys of Straits) - Sorakan Luaskan Kuasamu Johor 


4) Ultras Negeri Selangor (Ultrasel) - Bantai Sampai Mati 


10

Review: Don't Mess With The Yobs Edisi JDTFC Menang 1 gol je lawan The Yobs Atototo

petai kt
Muka suci para pejuang The Yobs

Orang selalu lupa, awal kebangkitan sebuah pasukan yang hebat datangnya dari para pemain muda yang punya semangat melawan dan kudrat macam orang cop sawit.

Ini yang dibuktikan The Yobs pada perlawanan semalam. Hanya mengunakan separuh atau mungkin sesuku saja kekuatan pasukan dengan hampir 80 peratus pemain merupakan pemain Piala Presiden datang ke Johor dengan misi membalas dendam kekalahan pada Liga Super lepas. 

Kedatangan pasukan suci The Yobs juga dibuktikan dengan melihat pada kesucian muka para pemain muda The Yobs yang belum lagi didedahkan dengan dunia glamour dan para artis.

Kalau ingin berbicara tentang sejarah, mana mungkin dilupakan pada tahun 2000 bagaimana sebuah pasukan yang mengunakan hampir keseluruhan pemain muda yang tidak dikenali seperti Indra Putra Mahyudin, Khalid Jamlus, V. Saravanan, Liew Kit Kong, Chan Wing Hong, K. Nanthakumar beraksi untuk dikenali dan dibeli oleh pasukan yang ketandusan pemain seperti Selangor dan Kelantan.

Aksi mereka cukup memukau pada ketika itu, diberi kesempatan bermain dan belajar dari kesilapan adalah bukti kehebatan The Yobs yang tidak gentar dengan apa jua cabaran dan resiko yang bakal dihadapi.

Kini, 13 tahun berlalu, seperti skrip lama yang berulang kembali, The Yobs dengan misi menuai pemain muda untuk di saksikan oleh pasukan Selangor dan Kelantan dengan penuh ghairah berjaya membuktikan kualiti dan keunggulan pemain muda The Yobs menentang Johor Darul Takzim semalam.

Hanya dengan gol melalui dead ball situation saja yang mampu dilakukan oleh pemain Johor Darul Takzim untuk menewaskan penjaga gol muda The Yobs, Khairul Amri. Serangan demi serangan, asakan demi asakan berjaya ditepis, dihalang dengan tenang sekali oleh pemain muda Muhd Syahmil Khairi yang berjaya mengawal kelincahan Norshahrul Idlan sambil tidak dilupakan sumbangan Rafael Souza.

Semalam juga berjuta rakyat Malaysia menyaksikan kelincahan pemain muda berbakat besar Norhakim Isa yang secara rebel mengawal jentera tengah Perak yang sama sekali menenggelamkan kelibat Safiq Rahim. Mungkin diperlukan lagi masa setahun dua untuk pemain suci Norhakim Isa menjadi bintang masa depan yang akan dipancing oleh Selangor dan Kelantan.

Ok, secara hormat The Yobs mengaku kalah dengan jaringan tetapi The Yobs sama sekali tidak mengaku kalah dalam corak permainan. Keunggulan menjuarai kesemua piala peringkat bawah umur menjadi bukti kekuasaan The Yobs bakal bermula tidak lama lagi.

#.DMWTY
5

Luaskan Fajuramu




Pilihan Johor (JDT) 1 – 0 Perak

1. Dengan keampuhan back four Perak, coach Fandi memulakan perlawanan dengan formasi 4-4-1-1. Dua pemain meningkat naik, Irfan Ghani dan Ezaidy Kahar diberi peluang dalam kesebelasan utama. Dengan burger bakar dan air jagung di tangan, gua menunggu perlawanan penuh debar.

     Zamir Selamat
Azmi Muslim-Muslim Ahmad-Aidil-Irfan
Ezaidy-Ezrie-Safiq-Awe
Guiza
Wak Lan

2. Separuh masa pertama. Pemain rajin, Ezrie bertindak sebagai deep lying midfielder dan menjadi ball winner untuk pasukan JDT. Safiq bermain agak rapat bersama Ezrie berbanding selalu push forward seperti perlawanan yang lepas lepas. Celaka, dah enam game baru ko nak main macam ni?

3. Dengan kedudukan midfielder yang lebih rapat, JDT banyak bermain hantaran pendek dan keep possession. Azraai bijak dengan mengarahkan defensive line Perak untuk lebih ke atas dan menekan pemain tengah JDT supaya mereka agak jauh dengan Guiza dan Wak Lan. Strategi ini menyebabkan serangan JDT kerap dimatikan di kawasan attacking-third Johor. Menyedari Hadi Yahya menjadi focal point attack untuk Perak, Aidil dan Ezrie akan segera rapat dengan Hadi ketika bertahan. Makanya, serangan dari Perak juga tidak kesampaian.

4. Awe dan Ezaidy yang merupakan old school winger banyak stay wide dan cuba untuk crossing ke dalam. Tapi nak crossing celah mana kalau nak gelecek pun takut takut? Guiza dan Wak Lan kerap bertukar ganti untuk melakukan off ball movement namun gerakan mereka juga kerap menemui kegagalan. Hasilnya di separuh masa pertama, tiada jaringan gol yang terhasil.

Gua tengah duduk atas palang besi.
5. Di separuh masa kedua, permainan berlangsung dengan lebih agresif. Awe dan Ezaidy kelihatan lebih berani untuk membawa bola dan kadangkala bermain secara inverted winger. Guiza bermain secara free role (forward) dan banyak mengelirukan pertahanan Yob. Wak Lan juga lebih berani menggelecek namun kerap gagal untuk melepasi Rafa ‘abang besar gila babi ‘ Novais  yang macam jahanam dia punya marking. Deretan peluang terhasil dan akhirnya pada minit 59, gol JDT terhasil dari tandukan Aidil Zafuan, hasil sepakan sudut Safiq.

6. Perak ni pun perangai jenis melawan. Rafa terus main free role dan suatu ketika sampai jadi striker! Dengan cool, JDT kemudian membuat beberapa pertukaran dan menukar startegi permainan kepada 4-5-1. Kemasukan Zaquan dan Akram memberi lebih keseimbangan kepada kawasan tengah Johor.

7. Sebab aku dah ngantok, pendek cerita keputusan perlawanan kekal sehingga akhir perlawanan. Secara keseluruhan permainan JDT sudah meningkat dan keserasian juga lebih terlihat. Jika Del Nero kembali cergas kelak, JDT dengan Werder Bremen pun dah tak jauh beza.


Real Johor 2 – 3 Pahang

1. Dalam perlawanan ini Johor sebenarnya lebih banyak menyerang dan menguasai perlawanan. Agak menghairankan kerana beberapa peluang mudah gagal disempurnakan oleh pemain Johor. Namun jika melihat kepada Presiden FAM pun sultan dia, kasino pun dia punya, kekalahan ini lebih kepada memberi muka kepada Presiden FAM berkat hubungan baik kerabat kedua-dua negeri. Orang Johor dan Pahang sebenar mesti tahu pasal hubungan baik kerabat yang gua maksudkan ni.

2. Percayalah, dengan kekalahan awal di Piala FA, Real Johor akan naik Liga Super tahun depan. Masa tu, entri gua akan jadi tak ingat dia punya berlagak. Jaga jaga!



"Jaga jaga tau...Ahhhh...." kata Fajura.



* Kredit gambar stadium dari page Johor Fans.
6

1 2 3 Lompat! Zass!

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o.


"Permainan cantik harus seiring dengan muka yang jambu"


Kena 2-0 pada separuh masa pertama, bangkit di separuh masa kedua menyamakan kedudukan. Satu Malaysia tahu Selangor adalah raja bola sepak negara. dan ke'raja'an Selangor dibuktikan dengan satu permainan mudah, mantap, pantas dan berkesan. Takde Amri? Takde masalah. Takde Forkey Doe? Takde masalah.


1 2 3 Lompat! Zass! Gol.

1 2 3 Lompat! Zass! Gol.

Mudah? Mudah sangat kan.

Lupakan Safee, lupakan Hadi, lupakan Zaq-one, lupakan Koji. Afiq Azmi membuktikan masih ada lagi penyerang tempatan yang berbisa. Masuk menggantikan Forkey Doe yang tercedera, Afiq menunjukkan kepada semua bahawa seni menjaringkan gol itu sesungguhnya mudah. Berbekalkan formula '1 2 3 lompat zass' yang diajar, Afiq masuk dan meng'zass'kan para pemain ATM sehingga selepas wisel penamat! 

Terlebih dahulu ATM di depan 2-0 hasil jaringan Marlon Alex James dan gol sendiri pertahanan Selangor. Di separuh masa pertama Selangor banyak beraksi secara tunggu dan tengok dulu. Hasil pemerhatian mereka selama 45 minit, maka di separuh masa kedua barulah aksi sontot menyontot bermula. 

Larian cantik K Soley dari sebelah kanan tidak terkejar oleh pemain ATM. Soley seterusnya menyilangkan bola ke tengah dan Afiq entah dari mana datangnya berlari deras lalu '1 2 3 lompat, zass!!!' Gol kedua tak payah ceritalah. Afiq lompat tiga kali lebih tinggi dari sebelumnya dan menanduk masuk membuatkan penjaga gol ATM tergamam dan terbaring hampir tidak sedarkan diri. 

Perlawanan yang rancak dikuasai Selangor secara tiki-taka nyata tidak disenangi pemain ATM. Mereka mula bermain ganas dan memijak perut. Mujurlah ada pengadil gila yang jadi pengadil. Kalau tidak maunya dibawa masuk sekali raifal M-16 ke dalam padang. Hasil kegilaan pengadil, pemain tengah Selangor, Shukor Jusoh diperintahkan keluar padang selama dua minit sahaja. Perintah itu dipatuhi, dan Shukor keluar sekejap merenung nasibnya lalu masuk semula bermain. Ya, ianya hanya terjadi di Malaysia sahaja. 

Perlawanan seterusnya berakhir dengan tendangan penalti setelah kedua-dua pasukan tidak larat lagi bermain dan ada kelihatan pemain ATM yang menendang bola guna keting. Hasil dari latihan tendangan penalti pada perlawanan sebelum ini nyata memberi tuah kepada Norazlan Razali apabila mudah menyelamatkan tiga sepakan pemain ATM. Setelah perlawanan berakhir, Afiq Azmi yang masih lagi terpengaruh dengan formula '1 2 3 lompat zass', pergi melakukan sekali lagi aksinya di hadapan para pemain ATM yang tengah teresak-esak menangis. Pergaduhan tercetus dan Shukor Adan diterajang di dahi, manakala Hai-O pula lari menyelamatkan diri. Ramez Dayoub pula tenang melakukan spear kepada Marlon yang tidak bersedia. Mereka berhenti bergaduh setelah lampu di stadium padam dan darah tersembur merata-rata.


3

Ringkasan Piala FA 2013 - Perlawanan yang tertangguh

Bayangkan anda seorang pemain bola sepak profesional. Esok hari raya, tapi hari ini pulak ada perlawanan yang memerlukan anda untuk bermain. Baju Melayu tak bergosok lagi, duit raya tak masuk sampul lagi, nak balik kampung, lemang, ketupat..arghh. Agak tertekan bukan?

Mungkin tekanan yang sama juga dirasakan oleh P. Rajesh (PKNS FC), V. Sundramoorthy (Jurulatih Lions XII), S. Sivanesan (N. Sembilan), G. Puaneswaran (Terengganu) dan lain-lain. Mereka terpaksa bermain/mengurus di perlawanan Piala FA semula yang ditangguhkan akibat hujan lebat pada hari Sabtu, menjelang Hari Thaipusam yang jatuh pada hari Ahad esoknya. Badan mungkin di atas padang, kaki pastinya menendang bola, tidakkah hati sudah di kuil? Tapi itulah pengorbanan yang perlu dilakukan, demi kelab, persatuan, peminat dan sukan yang tercinta.


All the best, macha! 


(Kahkahkah..tu je yang aku rajin tulis sekarang)
1

Analisis Piala F.A dari Pasir Gudang

mr.muscle Jumaat, Januari 25, 2013
Johor true 2-3 Pahang

Hari yang terik tidak mematahkan semangat aku untuk ke Stadium Pasir Gudang menyaksikan pasukan beraksi di tempat orang.

Aku yang menyewa di kawasan jenayah Seri Alam dengan tenang bertolak ke PG seorang diri, memandangkan budak-budak Pahang yang lain amat kedekut. Mereka rela menghabiskan duit ke hutan bandar, the zone, shisha salsabila..gampang!

Sesampainya di stadium, kelihatan ramai penyokong Johor berpusu-pusu masuk. kebanyakan mereka memakai baju tertera kalimat "Southern Tiger", "Luaskan kuasamu"...nampak di situ krisis identiti yang melanda atmosfera bolasepak Johor.

Tiada kelibat langsung penyokong Pahang, kalau adapun mereka sekadar menyembunyikan jersi kuning pahang di dalam jaket dalam keterikam mentari..Dengan tawaduk aku duduk di tempat penyokong Johor.

Perbezaan ketara dalam aspek makian, kerana orang Johor makian mereka lebih kepada "Babi", manakala jika di Kuantan, makian adalah dalam bentuk variasi merujuk kepada alat kelamin dan lain2.

Ultras Johor menyanyi lagu senario K.E.R.J.A dan diubah suka hati mereka. Ada satu lagi lagu, melayut dan meleweh dan tidak energetik. Macam mana nak bagi semangat kepada pemain kalau nyanyi lagu syahdu?.


Berikut adalah analisis persembahan pemain;

Nasril: Main macam biasa, lambat alert, banyak save bola percubaan pemain Johor. Lemah dalam bola tinggi dan crossing.

Razman: kerap silly mistake, bagus dalam membantu serangan

Poyeng: konfiden dalam mengawal bola dan perebutan bola tinggi

Faisal: pengganti Shahrizan yang meletup urat. Acap kali tewas dalam perebutan bola tinggi. Rajin dan kerap melakukan overlap. Banyak diasak oleh winger johor yang baik dalam melakukan crossing.

Jalal: Cool dan sweet. Stamina macam orang muda, cuma tak aggresif.

Alex: main macam gampang, nak kitai sorang, pastu terlepas. Rembat macam pondan.

Gopi: Prestasi menurun dalam 2 game yang lepas dan berterusan dalam aksi piala F.A.

Faizol: mengawal tengah dengan baik, banyak melakukan percubaan.

Hafiz: Stail permainan berbeza dengan amirulhadi yang lebih tenang dan visi yang baik. Ok, tapi diharapkan kurangkan gelepor.

Borji: Ajak Koji sujud, tapi Koji enggan. Ulama telah memfatwakan sujud di atas padang dengan berseluar pendek tidak dibolehkan. Skor hasil umpanan Koji. Lembab macam lori sampah. Persembahan beliau statik dan tiada peningkatan.

Koji: Tajam di depan gol. selamba flesing kaki kiri menghasilkan gol ketiga. Laju dan tak terkejar oleh defend botak Johor.

Sujud Sahwi atas padang

14

Gergasi juga punya hati

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Khamis, Januari 24, 2013

Tenang membuli


Bermain di stadium Navy Lumut langsung tidak menggentarkan barisan pemain Selangor yang turun beraksi bersahaja. Lagak tenang yang dipamerkan skuad merah kuning berjaya membuatkan para pemain Perak kelihatan seperti lembu (atau seladang?) rodeo yang dipermainkan oleh sang matador.

Layaknya sang matador yang membuli sang lembu, Selangor menguasai segenap sudut padang sejak dari wisel mula permainan. Pertahanan Perak kucar-kacir melihat kekemasan permainan yang ditonjolkan. Amri Yahyah dan Forkey Doe begitu tenang bermain one two pass sehingga ke depan gol Perak dan kemudian berpatah balik semula menjadi one two three pass bersama Norazlan Razali.

Menyaksikan tiada saingan yang diberikan kepada pasukannya, Irfan Bakti bertindak menyuruh Amri Yahyah melakukan sesuatu supaya semua penonton yang hadir berasa puas hati. Ini penting kerana penonton membayar duit tiket untuk menonton perlawanan yang berkualiti dan sengit tetapi apa yang disaksikan hanya satu pasukan sahaja mempamerkan kualiti cemerlang manakala pasukan satu lagi, mengejar bola macam orang gila. Amri kemudian dengan patuh meminta supaya pengadil memberikan kad merah kepadanya untuk membangkitkan suasana perlawanan semula.

Separuh masa kedua bermula dan Selangor yang bermain 10 orang masih mengusai bola dengan tegas tanpa ada tanda mahu memberikan sedikit rasa simpati kepada 'The Yobs'. Dasar awang import, Forkey Doe yang tidak dapat menahan sabar akhirnya menjaringkan gol untuk pasukan Selangor.

Melihatkan gol yang sudah dijaringkan oleh Forkey Doe, para pemain Selangor mengendurkan asakan dan bertindak mengubah taktikal permainan mereka. Mereka akhirnya faham akan rasa tertekan yang dialami oleh para penyokong Perak, dan mengambil keputusan untuk bermain bola secara bersama. Ketika ini barulah Stadium Navy bergemuruh sedikit dengan tempik sorak penyokong Perak.

Bosan melihat pemain Perak yang terkapai-kapai passing bola berterabur, Selangor membuat keputusan untuk memberikan penalti secara ikhlas kepada Perak bagi menaikkan semangat mereka. Tambah pula Selangor memang suka melatih penjaga gol mereka dengan tendangan penalti, jadi perkara ini hanya biasa-biasa sahaja bagi penyokong Selangor. Lagi pula pemain Perak sampai berdarah hidung kerana terharu menyaksikan permainan mantap pasukan Selangor.

Tendangan diambil oleh Abdul Hadi Yahaya. Norazlan Razali bersimpati dengan nasib yang menimpa Hadi bersama pasukan Perak, dan dia bertindak membiarkan sahaja bola itu masuk memandangkan kedaan Hadi yang ingin merebut tempat dalam pasukan negara. Perlawanan berkesudahan seri 1-1 kerana Selangor tidak sampai hati untuk menjaringkan gol lagi apabila melihatkan pemain Perak begitu bergembira meraikan jaringan penalti menentang pasukan sehandal Selangor.
7

Review: Don't Mess With The Yobs Edisi Selangor Tidak Menghampakan The Yobs

petai kt Selasa, Januari 22, 2013
Nota kecil prakata : Susah juga jadi sifu nak bimbing semua pasukan

Menjadi sebuah pasukan paling cool dan mempunyai rekod kecermelangan antara terbaik di Malaysia sejak legasi lampau sehingga ke kekuasaan era terkini sememangnya dibuktikan pada malam ini. The Yobs secara cool turun ke padang dengan misi mengajar Selangor bagaimana membina pemain masa hadapan dengan tidak mengharapkan kuda tua sahaja seperti Amri Yahya.

Selain dari mengajar Selangor cara membina pemain masa hadapan, ada lagi beberapa isu lain yang dibawa The Yobs khusus untuk tetamu teristimewa Selangor di Lumut malam tadi. Isu-isu seperti cara menjaringkan gol dengan mengunakan 10 pemain merupakan satu daripada topik penting untuk dipelajari Selangor.

Hanya dengan The Yobs yang  menjaringkan gol mengunakan 10 pemain  menentang Negeri Sembilan kelmarin sahaja yang mampu mengajar mana-mana pasukan lain yang ketandusan ilmu sedemikian. Selangor beruntung menjadi pasukan pertama yang berjaya memujuk The Yobs cara bagaimana menjaringkan gol mengunakan 10 pemain  menentang 11 pemain lawan.

Azrai Khor seperti kebiasaan dengan sifat cool dan tenang di bangku pemain simpanan hanya tertawa nipis melihat tingkah laku anak-anak buahnya yang sengaja mempermainkan perasaan pemain-pemain Selangor dengan membiarkan Selangor menjaringkan gol pendahuluan. Sememangnya itu yang ingin dilakukan oleh The Yobs untuk mengajar Selangor.

Hanya beberapa insiden membabitkan pengadil adalah diluar kawalan perasaan pemain The Yobs. Penglibatan pengadil yang tidak bermutu membantutkan kelancaran pengajaran yang dilakukan The Yobs kepada Selangor. Bantahan dilakukan The Yobs seperti analogi membabitkan cinta 3 segi. Sangat bosan melihat akan gelagat pengadil yang langsung tidak memahami maksud sebenar perlawanan ini membuatkan Azrai Khor mengeluarkan beberapa pemain utama dan memasukkan 3 pemain Presiden Cup untuk mententeram perasaan pemain-pemain utama The Yobs.

Menjaringkan gol menerusi sepakan penalti adalah ilmu baru yang harus dipelajari oleh lawan The Yobs seterusnya. The Yobs secara sengaja telah menghukum Selangor yang tidak beradap menarik baju pemain The Yobs untuk mengajar cara-cara menangkap bola sepakan penalti. Tetapi latihan percuma yang diberikan The Yobs tersebut gagal dipelajari penjaga gol Selangor. Kecewa pastilah kecewa latihan percuma yang diberikan The Yobs kepada penjaga gol Selangor gagal dipelajari.

Hanya dengan sifat cool dan bermurah hati seperti The Yobs sahaja mampu membimbing pasukan-pasukan lain yang ketandusan ilmu dalam bola sepak.

Untuk Selangor. Kalian tidak seperti Negeri Sembilan dan kalian berjaya membuatkan The Yobs berbangga dengan pelajaran baru yang diberi dan kalian tidak mensia-siakan pelajaran tersebut. Semoga kalian berjaya dengan ilmu baru yang diberi The Yobs.

#.DMWTY
2

Budak Ajaib Malaysia : Sean Gan Giannelli

racYnc

Gua berhenti sekejap bercerita tentang Liga Malaysia yang kejam. Sebelum itu, gua nak ingatkan pasukan hebat Spurs berjaya mengajar Manchester United tentang apa itu comeback sebenar. Tapi ulasan akan diberikan di page Tottenham Hotspurs Fan Club (Malaysia). Orait?

Sedikit info mengenai budak ajaib dari Malaysia, Sean Gan Giannelli yang kini bermain untuk kelab Serie D, Atletico Arrezo. Pemain penyerang itu berdarah campuran Italy – Malaysia. Tak lari jauh sangat dengan gua yang berdarah Jawa – Banjar. Sebelum ini Sean Gan pernah bermain untuk pasukan Malaysia Bawah 14 , Malaysia Bawah 16 dan Malaysia Bawah 17.

Sean Gan Giannelli

Kini berusia 16 tahun, bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu telah menjalani ujian di sana pada bulan Jun tahun lepas. Beliau telah berjaya menarik perhatian ketua jurulatih Abel Balbo (pernah bermain untuk Argentina bersama Maradona) yang seterusnya menyerapkan Sean Gan di  dalam pasukan Atletico Arrezo Bawah 17. Senarai budak ajaib dari Malaysia yang lain boleh tengok di entry ini. <--

Sean Gan menjadi pemain pertama dari Malaysia yang berjaya menyertai kelab bolasepak remaja Italy. Sebelum ini, Nazmi Faiz menjadi pemain pertama dari Malaysia yang berjaya menyertai kelab bolasepak di Portugal. Fakri Saarani pula berjaya menjadi pemain pertama dari Malaysia yang bermain untuk kelab FC Barcelona, tapi itu cerita lain.

Berita terbaru, Sean Gan telah berjaya memasuki senarai pemain best eleven untuk pemain dari Serie B, C, D Italy. 

Power !




Sedikit pesanan buat Sean Gan :

" Apa - apa hal bagitau abang." Panji Akiem Taiko Bersatu  


* Jangan marah Zacharia De La Rocha, gua temubual taiko lu senyap senyap. Salam '/.
7

Kelab Hooligans Johor

"Kamilah Kelab Hooligans Johor. Anda suka, sila like kami"

Tahukah anda, sekarang sudah ada Johor Hooligan Football Club. Mungkin sebulan 2 bulan lagi, wujud Legoland Hooligans Club, Tampoi Green Elite atau Inter Muar Firms. Kita tunggu. Gua tak pasti banyak-banyak firms ini untuk sokong Johor Betul atau Johor Palsu. Atau pun untuk mengumpul like terbanyak setiap hari. Tapi yang pasti,  semua ini bangang abadi.

Sebab apa gua cakap bangang abadi?


600 senapang ko nak tembak tentera Zionis ke? 

Kalau betul-betul hooligans turun stadium lawan, kemaskan firms, atur strategi, bergaduh dengan firms negeri lain( yang betul-betul berhajat). Jangan buat statement yang menunjukkan kebangangan anda. 

Perak, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, KL (negeri lain mungkin ada tapi belum dikenalpasti) ada firms hooligans nie Koyok oiii..tapi tidak terlintas dalam fikiran mereka untuk mencari likers dan berblog seperti anda semua.Mereka bergerak secara terancang, group mereka dirahsiakan, identiti hanya kalangan mereka sahaja yang mengenali, apatah lagi untuk upload gambar secara terang-terangan di blogspot dan facebook. Wujudnya firms bukan untuk suka suka hati atau sebagai kelab peminat.

Seperti kata-kata seorang lejen hooligans

"You can't just join the firm coz you saw a film"
Les Muranyi a.k.a "The General" Main Firms.

Renung-renungkan lah wahai Koyok..






7

Pemain Import: Indah Khabar Dari Rupa?

Jali Bah
Masuk ke perlawanan Liga Super yang ke-5, tapi apa yang aku nak tengok sangat bukan setakat kualiti permainan yang semakin meningkat, stadium yang kembali hidup dengan kehadiran penonton, penyokong menjadi lebih angkuh dan bernafsu, media arus perdana dan bawah tanah tak menang tangan untuk tulis pasal Liga Malaysia dan jersi-jersi pasukan yang bermain di Liga Malaysia laris dijual di pasar malam, aku sangat kegersangan nak tengok impak maksimum yang dibawa setiap pemain import yang bermain di Liga Malaysia.

Semua pasukan dalam Liga Malaysia sangat dahagakan pemain yang mempunyai kualiti permainan yang tinggi, kemahiran yang mantap dengan pengalaman hebat beraksi di liga lebih kompetitif, set-piece cemerlang, dead ball situation mantap, finishing power gila babi, kaki dan kepala genius, berpengaruh di atas padang, luar padang kita cerita lain kali. 

Belanja nak bawa masuk pemain import bukan murah, gaji bulanan, agen pemain, insurans dan lain-lain lagi benda yang telah dipersetujui dibayar oleh pasukan bukan satu pelaburan yang sikit. Persatuan terpaksa jimat bajet untuk selamatkan kewangan pasukan, tapi tak ubah seperti menanggung biawak hidup. Saiz badan dah lepas, pengalaman pernah bermain di liga luar negara satu reputasi hebat, persatuan bukan tak bayar gaji. Alasan apakah lagi untuk gagal menyinar?.

Power!!!
Selain Marlon Alex James, Dani Guiza, Effa Owona, Obina dan Bruno Martelotto, aku tak nampak lagi sejauh mana sumbangan yang diberikan oleh pemain import yang lain untuk pasukan selain dari jadi model sambilan susuk badan yang mantap di tengah padang, gaya bajet star sebab pernah main liga elit di luar negara, skills bodoh-bodoh yang lebih kurang je dengan pemain tempatan dan bagi perabis duit pasukan untuk bayar gaji.

Di Pahang, Dollah Salleh lebih percaya dengan bakat-bakat tempatan. Kesialan apakah ini?. Kerana kepoweran Fauzi Roslan sehingga Borji menggigit jari, begitu juga di Selangor, Amri Yahyah lebih cemerlang berbanding Forkey Doe yang masih mandul di depan gol. Di Perak di mana kepoweran Karim Rouani nya?, di Negeri Sembilan dengan De Porras nya. Kena ingat, tugas utama striker untuk jaringkan gol bagi pasukan. Mana Boateng? Del Nero, Keita Mandjou?.

Kuda tua yang masih berbisa
Kalau setakat bagi trial 3,4 perlawanan persahabatan dengan pasukan dan terus setuju nak bagi tawaran bermain, itu bodoh namanya. Lagi bodoh kalau pemain tu dinilai hanya berdasarkan video berdurasi 5,6 minit, dengan gol-gol menarik yang dijaringkan, 2,3 skills power dihighlightkan dan terus ditawarkan kontrak bermain. Hantar scout tengok sendiri pemain tu bermain hebat ke tak, bagi tempoh percubaan lebih lama sikit, cari pemain import seluruh dunia yang berbaloi dengan harga, buat sedikit research tentang player tu jangan main bantai sign, baru layak dianggap persatuan atau kelab yang genius.

Liga Malaysia kita ni sesungguhnya kegersangan dengan pemain import sebegitu. Tapi yang datang indah khabar dari rupa. Yang betul-betul menjadi cuma 3,4 orang, yang lain hanyalah sampah yang perlu dilupuskan. Bukan mula tahun ni, dari start import dibenarkan bermain balik, masalah yang sama terus berulang. Bodoh, bodoh dan bodoh lagi.
11

#Sokernet121 - Himpunan Kebangkitan Bola

second-adib Isnin, Januari 21, 2013 ,



Jangan salah faham, ini bukan entri politik. Baca dulu.

Sabtu minggu lepas berlangsungnya sebuah perhimpunan di Stadium Merdeka (stadium legenda untuk arena bola sepak Malaysia) iaitu perhimpunan #KL112. Perhimpunan yang menghimpunkan beberapa NGO, mengemukakan beberapa tuntutan kepada kerajaan. Jadi, mengambil daripada semangat tuntut-menuntut ini, kita letak tepi dulu apa-apa fahaman politik kerana ini blog parodi bola, dan di sini aku juga ingin sertakan tuntutan mudah terhadap pihak-pihak tertentu dalam industri bola sepak negara (jika boleh dipanggil industri):-

1. Tuntutan kepada media - jauhkan wartawan hiburan daripada pemain bola  
Kalau diikutkan, pemain bola tak perlu pun publisiti murahan seperti gosip cinta, perceraian dan sebagainya. Mereka masih lagi boleh hidup tanpa wartawan hiburan, macam kita semua. Mereka boleh saja dengan angkuh berkata 'fuck off' jika terdapat wartawan hiburan cuba mengorek cerita sensasi. Mereka hanya perlu melayan wartawan sukan dan soalan tentang karier mereka. Dapat dilihat kesan cerita-cerita sensasi seperti ini kepada Nazmi Faiz, yang terjejas permainannya akibat gosip cinta bersegi-segi yang dimainkan oleh media sebelum itu.


Jadi kepada pemain bola sepak, jika anda mahu populariti atau berjaya, tunjukkan sahaja di padang. Kepada wartawan hiburan, fuck off.

2. Tuntutan kepada pemilik stadium - Padang kasi lawa sikit boleh tak?
Baiklah, tuntutan ini lebih kepada modal dan kemampuan kewangan. Tetapi, kepada pemilik stadium atau pasukan yang mempunyai kewangan yang kukuh, apa kata anda luangkan sedikit modal kepada penambahbaikan mutu padang stadium masing-masing yang dah tak rupa padang lagi. Cari mekanisma atau sistem penjagaan padang yang sesuai untuk iklim dan cuaca di Malaysia. Ala, kita ada abang-abang kat UPM , USM, UTeM dan bermacam 'U' lagi di Malaysia ni, takkanlah tak ada yang buat tesis pasal jenis padang yang sesuai untuk kegunaan di Malaysia?

Tengok. Sampai terjatuh pasangan ini dek kerana padang yang tak rata.

3. Tuntutan kepada pemilik stesen TV - Pengulas bola semangat sikitlah.
Tengok bola di stadium atau di kaca TV sememangnya berbeza daripada segi suasana perlawanan itu sendiri. Untuk penonton yang menonton di TV, sememangnya pengulas memainkan peranan penting untuk menutup ruang kosong ketika perlawanan berlangsung. Tetapi kebanyakan pengulas bola Malaysia sekarang ni kelihatan seperti menyeksa penonton. Salah sebut nama pemain, salah guna terma dalam bola sepak, serta ulasan tidak bersemangat sememangnya tidak menarik langsung. Ada hari tu, bola dah gol ni, pengulas hanya berkata, "Masuk," dengan selamba. Kebendanya tu? Semangat sikitlah..

4. Tuntutan kepada pemain - Main betul-betul
Ini tuntutan asas. Simple. Liga Super sekarang kelihatan sudah menampakkan kehangatannya. Stadium-stadium sudah mula dipenuhi. Ambillah peluang ini untuk mengembalikan semula kepercayaan kepada peminat bola di Malaysia dengan bermain bersungguh-sungguh dan menarik. Jangan hanya ghairah pada 2-3 perlawanan awal sahaja. Teruskan sehingga perlawanan akhir Piala Malaysia nanti dan musim seterusnya. Oh jangan lupa, fuck-off-kan wartawan hiburan.

Contoh pemain bola yang main 'bersungguh-sungguh'. 


5. Tuntutan kepada peminat - Sila angkuh
Kutuklah Darul Takzim. Caci makilah Kelantan. Perlekehkan Pahang. 'Boo' kan ATM. Ludahkan Misi 33 Selangor, Anjingkan Lions XII(cilake..ni team aku ni). Timbulkan perseteruan antara anda semua, secara profesional. Cukuplah selama ini bergocoh kerana kelab bola Eropah. Angkuhkan diri dengan pasukan kebanggaan anda yang bermain di liga tempatan. Keluarkan segala fakta, koreklah segala sejarah. Hamburkannya di blog. Serang di Facebook. Unmensi di twitter(?). Edit gambar Bojan pakai bikini. Cipta 'meme' baru. Luaskan persengketaan di merata alam internet!

Setakat macam ini tak cukup lagi.


Kenapa aku tak masukkan tuntutan supaya presiden FAM letak jawatan? Eh itu orang lain dah buat. Cukuplah. Lagipun Pahang tengah top sekarang, memang susahlah dia nak letak jawatan.

(Maaf entri ini agak lambat selepas daripada KL112 tempoh hari. Harap masih relevan.)


4

Siapa kata Pahang tak power ?

Jose Villas Stramaccioni Ahad, Januari 20, 2013

Komeh dah boei keeper "sakit" pun tok boeih menang?

Mengikut hukum alam semesta, Pahang boleh menang besar malam tadi apabila turun menentang Selangor. 

Sebab apa hukum alam berkata begitu?

Sebab 1. Pengadil + penjaga garisan 80% keputusan sebelah Pahang

Sebab 2. Selangor turunkan Sharbinee Alawee dan bukan-nya Norazlan Razali di posisi penjaga gol utama

Tapi Pahang memilih untuk menentang hukum alam ini dengan memberi kemenangan kepada Selangor. Menentang hukum alam ini bukan semua pasukan boleh menang. Jadi ,

Siapa kata Pahang "tak power" ?

12

Tok Gajah lesu disontot Gergasi.

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o.
PS3 Gameplay.


Berdepan Tok Gajah yang sedang naik minyak nyata bukan satu tugas sukar kepada pasukan Gergasi merah. Berada di depan seawal minit ketiga perlawanan menerusi gol dari pemain fantastik merah kuning, Amri Yahyah, menunjukkan betapa garangnya pasukan Lembah Klang ini. Lebih manis lagi apabila gol itu disumbat bersahaja melalui celah kangkang penjaga gol Pahang yang nampak tergamam dengan permainan pantas dari Selangor. 'Through Pass' dari K Soley gagal dibaca oleh pertahanan Pahang lalu disambut kemas oleh Amri dan kemudiannya menolak bola sambil memejam mata menghasilkan gol pertama perlawanan.

Selepas gol itu, barisan pertahanan Pahang nampak kucar-kacir dengan serangan bertali arus yang dikemudi oleh Forkey Doe dan Amri seterusnya membuka peluang buat Selangor bermain cantik ke tahap bola sepak tertinggi yang dilihat Pahang seperti kelibat-kelibat menakutkan di padang. Ini memberikan peluang buat S Veenod menghantar gaya PS3 kepada Amri yang berada di depan gol dan seterusnya tenang menolak masuk gaya PS3 juga untuk menghasilkan gol kedua pada minit ke-20. Nyatalah Pahang yang konon-konon digelar Juventus Malaysia bukan tandingan bagi pasukan Selangor. Juventus-lah sangat.

Bosan dengan 'pace' perlawanan yang tidak berubah-ubah, Selangor akhirnya mengendurkan asakan dan bertindak bermain biasa-biasa sahaja bagi mengambil hati Dollah Salleh yang pernah membimbing Selangor menjuarai treble pada 2005. Ketidakpuasan hati pemain Selangor terhadap jurulatih Harimau Malaya, K Rajagopal, diterjemahkan dengan membenarkan Fauzi Roslan menanduk masuk gol pertama Pahang pada minit ke-24. Ini dilakukan kerana rakyat Selangor amnya dan rakyat Malaysia khususnya ingin menyingkirkan striker lemau pasukan Johor Darul Takzim, Safee Sali dari menunggang tak tentu hala bersama Harimau Malaya. Mereka melihat Fauzi sebagai calon yang tepat bagi menggantikan Safee kerana ayam tambatan mereka, Amri sudah tidak bernafsu lagi menyarung jersi negara.

Bosan sekali lagi dengan permainan tidak mencabar yang ditonjolkan pasukan Pahang, Selangor kemudian mengambil keputusan untuk melatih penjaga gol barunya dengan tendangan penalti. Irfan Bakti mempunyai pandangan berbeza dengan tendangan penalti itu. Melihatkan bekas pemainnya, Razman Roslan yang bakal mengambil sepakan, Irfan mengenyit sedikit matanya kepada Sharbinee. Isyarat itu kemudian difahami dengan mudah oleh Sharbinee lalu membiarkan sahaja tendangan lemah Razman bergolek masuk ke dalam bagi gol penyamaan pasukan Pahang. Penyokong Pahang yang tidak faham permainan psikologi dari Irfan nyata bergembira dengan gol itu. Ini dibuktikan dengan keghairahan mereka di Twitter dan Facebook.

Pengalaman enam kali bergelar juara liga dan 32 kali menjuarai saingan Piala Malaysia nyata berguna untuk dimegahkan diatas padang. Pemain gantian Selangor, Ramzul Zahini Adenan yang berang melihat permainan lemah pasukan Pahang, bertindak menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-80. Gol itu membuatkan para penyokong Pahang yang berada di stadium pulang ke pangkuan keluarga, dan yang berada di rumah pula offline berinternet. Selangor yang memegang prinsip 'biar kalah takpe, asal jangan kena gol kangkang', membuktikan kejaguhannya dalam bola sepak Malaysia. Pahang pula yang sudahlah kalah, kena kangkang pula tu, ternyata malu dengan tahap permainan mereka yang tidak setanding itu. Ternyata kegembiraan yang dirai pasukan Pahang ketika menewaskan Johor Darul Takzim adalah tidak berasas sama sekali kerana kedua-duanya tidak setanding dengan pasukan handalan, Selangor.
1

Telornya Habis Binaso


Apo Kono Eh Jang? Telornya Habis Binaso?

Sehati Sejiwa!..ketak ketum..ketak ketum..ketak ketum


Salam 1-0..ketak ketum..ketak ketum..ketak ketum..

Don't Mess With The Yobs!
3

Review: Don't Mess With The Yobs Edisi The Yobs Kecewa Dengan Negeri Sembilan

petai kt Sabtu, Januari 19, 2013

Muka-muka suci para pejuang The Yobs

Hebatnya kebangkitan sebuah pasukan dalam mencari kemenangan bukannya datang dari ketinggalan jaringan gol. Tetapi datangnya dari sifat cool bermain bola secara separa kekuatan dengan mengunakan 10 pemain saja di atas padang menentang 11 pemain lawan dan bermain pula di gelanggang lawan.

Hanya dengan sifat cool dan tidak sombong serta memberikan pasukan lawan kemudahan yang secukupnya untuk menang adalah bukti kebaikan sebuah pasukan paling cool dalam Malaysia ini. The Yobs dengan prinsip suka memberi pengajaran dan memberi ilmu baru kepada pasukan-pasukan lawan seperti merasa sangat kecewa dengan lawan-lawan yang dihadapinya. Ilmu yang diberi tidak digunakan sebaiknya. Sebaliknya mensia-siakan pelajaran terbaik yang diberikan oleh The Yobs kepada mereka.

Kebaikan apa lagi yang perlu The Yobs berikan? Aku cuba mengajak kalian semua membayangkan seorang pemain gantian The Yobs melakukan jaringan dengan membiarkan pemain utama bersenang lenang supaya tidak menganggu konsentrasi pemain Negeri Sembilan untuk melancarkan serangan seterusnya menjaringkan gol.

Kalian bayangkan juga akibat terlalu bosan tiada jaringan yang dihasilkan pemain Negeri Sembilan membuatkan Azrai Khor melakukan tindakan drastik memasukan pemain gantian Failee Ghazli untuk mengajar Negeri Sembilan cara menjaringkan gol pada minit ke 90+3.

Memperlekehkan kebaikan yang diberikan The Yobs yang sengaja mendapatkan kad merah untuk membantu kelancaran pergerakan serangan Negeri Sembilan supaya dapat menjaringkan gol dan belajar dari The Yobs cara bermain bola sepak secara cool adalah tindakan kurang hajar dan ianya harus dibalas.

Terbukti bukan? Slogan Don't Mess With The Yobs telah meresap kedalam tubuh pemain The Yobs. Ingatan kepada semua pasukan. Jangan cari pasal dengan The Yobs. Bukan susah pun untuk kalian dengar amaran yang diberikan oleh The Yobs jika kalian tidak mahu mendapat susah seperti yang terjadi kepada Negeri Sembilan.

Dengan The Yobs senang saja, cuma kalian saja yang menjadikannya susah.

#.DMWTY
2

Majulah Liga Super Untuk Malaysia

Jali Bah


Semalam aku bengang sangat pasal game power Johor Palsu lawan ATM yang aku nak sangat tengok LIVE dari Borneo tak dapat sebab Rais Yatim tak bagi LIVE dekat TV1, ARENA pun sama bangang dengan RTM dah tahu game sedap tak bagi LIVE. Kebangangan apakah ini?.

Start tahun 2013 ni, azam baru aku untuk lebih bernafsu tengok Liga Super main. Awal-awal lagi azam aku seperti membuahkan hasil, ditambah lagi dengan rancangan menarik di Arena 801 berkaitan dengan Liga Malaysia seperti Formasi, Sorakan 12, Kafe Sukan dan Masa Tambahan rancak ditayangkan, nafsu aku semakin tak terkawal. 

Tambah-tambah lagi malam ni ada lagi Liga Super dan nafsuku makin membuak-buak. Aku sangat teruja nak tengok sampai lupa malam ni game EPL team mana maen, peduli apa aku. Sana sini orang sibuk cakap Pahang lawan Selangor.

1.  Dua-dua team power, dua-dua team ramai bekas legend dan dua-dua bekas gergasi bola sepak tanah air.

2. Orang ramai sekarang sibuk cakap pasal team Pahang ni yang paling power dan paling mantap dekat  Malaysia sekarang ini. Hangat dan laris macam goreng pisang kena jual petang-petang waktu musim hujan dekat Malaysia sekarang.

3. Selangor masih antara pasukan yang terbaik di Malaysia dan masih panas dengan kemenangan di Kuala Terengganu tempoh hari.

4. Aku dengar orang Pahang makin angkuh sebab tak pernah kalah lagi main Liga Super. Dengar-dengar mengalahkan keangkuhan orang-orang Johor dekat Selatan Tanah Melayu.

5. Aku tak nak tengok TV1, game bosan taraf budak-budak sekolah main bola sepak dan potensi untuk aku tukar channel adalah tinggi.

8.45 malam ni aku janji duduk terpacak depan TV tengok game hebat ni. Aku harap malam ni game tak buat aku mengantuk. Aku tak kisah siapa menang siapa kalah yang penting kualiti permainan tak jauh standard macam Liga Juara-Juara Eropah main, paling koman pun macam EPL main selalu hujung minggu. Tiada lagi askar bawa M16, tiada orang kena kepung, tiada provokasi dan tiada RELA kena belasah. Majulah Liga Super untuk Malaysia.
9

Jubor Street Elite



Tahukah anda, belum sampai sebulan hooligans Johor dah buat firms baru?

 JOHOR STREET ELITE (JSE)

Ranting kepada Inter Jubor Firms. Since 2012 baru turun Stadium Larkin.
Takut? Lu orang nampak penumbuk buku lima tue? 
Cakap banyak gua panggil Jubor Street Elite pecah dahi lu orang.




Sementara itu di Larkin ..

"Yeahhh!!! Kami seri lagi!"

Apa jasa korang pada bolasepak Johor? Puihhhh!

4

Pahang Inter Firm

mr.muscle Jumaat, Januari 18, 2013
Hai semua!!..

Hari ni saya nak cerita pasal team bola yang paaaaling power kat malaysia...
haa...tak cakap lagipon semua orang tau kan...

Pasukan ni diumpamakan seperti real madrid, swansea, ajax, hapoel tel aviv, fenerbahce, standard liege, PSV eindhoven dan al-ittihad kerana ciri permainan yang menarik dan memikat jiwa.

kalau nampak je bebudak power main bola kat padang awam, mesti orang cakap "ni mesti budak Paha**"..nak buat camne kan, persepsi orang zaman sekarang...

team ni tak pakai import doh!!..import pon tak bolek nak mengimplementasi falsafah tiki-taka yang menjadi anutan para prmain tempatan...

yang main wing jadi power main central mid, yang main bek kanan bertambah power main centre bek, yang keeper gemuk ttibe jadi gemuk power...

hinssshhhh...dah nasib badan team ni...yang duduk bench kalo masuk terus skor, yang tua main bek kanan selambe beat azmi muslim, yang main bek kiri masa muda main wing, masa dengan zainal main tengah....pendek kata, kalo main keeper pon dorang ni mesti perform...

saya dah penat menaip laa...nanti kita jumpa lagi ea?..kirim salam kat mak dengan abah awak semua, protin jangan lupa tau amek sebelom tido..

Ikon power malaysia

11

Warkah Dari Fakri Saarani

racYnc Khamis, Januari 17, 2013

1. Dunia memang kejam. Macam mana sebuah pasukan bolasepak yang memiliki pair midfielder terbaik di Malaysia, Piya dan Shakir, namun hanya mampu seri dengan pasukan yang meletakkan Safiq Rahim sebagai kapten. Sebagai pengubat duka, abang askar dan M-16 dipersalahkan.

2. Dunia memang kejam. Macam mana sebuah pasukan yang dentum dentam dikhabarkan paling cool di Malaysia, yang memiliki jurulatih tempatan terbaik, kemudian kalah dengan pasukan Amar Rohidan.

3. Dari melayan dunia fana yang kejam ini, ada baik kita luangkan sedikit masa melihat warkah dari pemain bengap tapi rajin belajar, Fakri Saarani.



      " Pejam celik, pejam celik kini sudah hampir dua minggu saya berada di sebuah negara yang pernah menjajah kita suatu masa dahulu.Nama Malaysia agak sukar untuk orang-orang di sini mengenalinya, tetapi bila sebut nama Melaka maka semua orang akan tahu kedudukannya.Begitu besarnya nama Melaka di bumi Portugal ini. Secara kebetulan, pengurus peribadi saya Faisal Zakariah orang Melaka, apalah lagi bukan main bangganya dia.

Bak kata pepatah Melayu, 'jauh perjalanan luas pemandangan.'Inilah yang saya alami sekarang ini, bukan hanya dapat melihat dunia malah dapat mempelajarinya dalam menempuh liku-liku kehidupan disini.Maklumlah hidup di negara sendiri semuanya mudah tetapi bila kita berada di luar segalanya menjadi susah. Kesukaran inilah yang akan mengajar kita erti kehidupan.

Saya bermain di sebuah kelab yang terpencil yang diberi nama Athletico Sports Clube Reguengos (ASC) yang terletak di sebuah pekan kecil di Reguengos De Monsaraz dan beraksi dalam divisyen tiga, Portugal.Walaupun kelab ini kecil tetapi saya teruja melihat kelab ini terurus secara professional. Walaupun pada mulanya hati saya berdetik, benarkah aku akan beraksi dengan sebuah kelab yang macam ini?

Maklumlah, melihat pekan yang kecil dan agak jauh terpencil maka tentunya saya akan berfikiran yang bukan-bukan.Ejen saya, Marco Guimaraes dapat merasakan sesuatu yang tidak kena difikiran saya lantas menerangkan secara lengkap mengenai kemampuan kelab ini.

Memang benar apa yang diterangkan oleh Marco Guimaraes jelas dan nyata.Hari pertama saya ingin memulakan latihan sahaja saya sudah dapat melihat bagaimana kelab ini terurus dengan rapi.Bermula dengan mengambil pakaian latihan dan seterusnya ke bilik persalinan, saya telah mula teruja dan seterusnya ke padang latihan.

Beza dan memang amat berbeza, sebaik sahaja latihan memanaskan badan bermula, dapat dilihat semua pemain serius serta memberikan tumpuan dalam latihan yang berintensiti tinggi yang memerlukan tahap disiplin yang tinggi.Boleh dikatakan tiada rehat, sentiasa dengan bola dan kelajuan serta juga memastikan teknik yang dibuat itu adalah sempurna.Semua orang bekerja. Dalam erti kata lain tiada siapa yang boleh curi tulang. Begitulah rutin seharian dalam setiap latihan.

Pada 6 Januari yang lalu, pasukan kami tewas 1-2 dengan pasukan Gusmentemor yang merupakan pendahulu liga.Saya tidak dapat beraksi didalam perlawanan ini kerana sijil perpindahan antarabangsa (ITC) belum dikeluarkan lagi, namun terus terang saya katakan saya belum bersedia untuk beraksi dalam perlawanan tersebut tetapi saya tetap bersama-sama pasukan ke stadium tempat lawan.

Alhamdulillah, ketika saya sedang mengarang catatan ini, saya menerima perkhabaran gembira bahawa ITC saya berjaya diperolehi.Ini bermakna saya akan berada di dalam senarai pasukan untuk bermain. Sama ada saya akan berada di dalam kesebelasan utama atau pun dalam senarai pengganti tidak dapat saya pastikan.Namun, saya berkeyakinan tinggi bahawa saya akan dapat beraksi untuk perlawanan tempat lawan pada 13 Januari nanti untuk bertemu pasukan yang menduduki tempat kedua liga pada masa ini iaitu pasukan CF ESP Lagos.

Peluang saya untuk beraksi di dalam perlawanan ini amat cerah kerana berdasarkan kepada petanda di dalam latihan itu sendiri saya telah diberikan tugas untuk menjalani latihan bersama kesebelasan utama.Pastinya, saya perlu berusaha lebih gigih lagi agar saya terus mendapat perhatian dan kepercayaan pengurus pasukan berdasarkan merit.

Secara keseluruhannya, memang saya dapat rasakan perbezaan yang amat ketara jika dibandingkan dengan negara kita.Saya memohon kepada Allah, semoga tuhan memberikan saya kekuatan bagi menempuh hari-hari yang mendatang. Sesungguhnya cabaran disini amat tinggi dan bukan tugas yang mudah untuk saya bersaing bersama rakan pasukan yang secara teknikalnya lebih baik dan lebih laju dari saya.

Sayalah orang yang bertubuh paling kecil dan terendah dalam pasukan ini walaupun ketinggian saya adalah 176 sentimeter.Saya menyeru kepada rakan-rakan dan pemain pemain muda negara untuk mencari peluang menimba ilmu dan bermain di luar negara serta tinggalkan seketika kesenangan dan kemudahan yang ada.

Insya-Allah banyak yang akan dapat kita pelajari dalam kita menjalani kehidupan sehari-hari. Jadikan ia sebagai satu cabaran bagi menempuh hari-hari yang mendatang. Semoga kita bertemu dilain catatan. Salam buat keluarga saya dan seluruh rakyat Malaysia."



* Handal juga beliau menulis. Ini jasa dia pada bolasepak negara. Jasa kita apa? Baca buku hooligans?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...