ARKIB SOKERNET

19

Kepala Bana Bertiga

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Ahad, Mac 31, 2013

PENGAKUAN EKSLUSIF DANIEL GUIZA



Daniel Guiza, yang kelihatan sugul, sayu dan marah ketika ditemubual sejurus tamat perlawanan antara JDTFC menentang Terengganu semalam, melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana mendapat tahu beliau telah bermain dengan sebuah pasukan palsu. Tambahnya, seluruh rakyat dan media Sepanyol kini mengecam dirinya kerana bermain dengan pasukan tersebut. Mereka berpendapat, Guiza telah mencemarkan maruah, budaya bolasepak dan Raja Sepanyol kerana bermain dengan pasukan palsu yang tiada nilai integriti ini. Dirinya kini dikatakan dalam keadaan tertekan dan trauma sehingga teman wanitanya yang tidak lagi sanggup menanggung rasa malu meminta putus dengan mengirimkan “wall post message” di laman Facebook miliknya akibat bermain dengan pasukan palsu ini.


“Saya kesal dan hati saya terguris kerana mendapat tahu bermain dengan pasukan palsu dan saya tidak ingin membangangkan diri saya lagi dan khususnya seluruh rakyat Sepanyol, namun saya juga rasa bersyukur kerana akhirnya saya sudah mendapat tahu perkara sebenar yang cuba disembunyikan oleh mereka selama ini”. Tambah Guiza, ini bukan soal wang ringgit, tapi lebih kepada soal integriti, intelektual dan tanggungjawab modal insan yang menjadi pegangan hidupnya selama ini. “Cukuplah dengan penghinaan bermain dengan pasukan palsu ini. Saya sudah tidak sanggup. Saya tidak akan menjatuhkan air muka saya dengan bermain dengan pasukan seperti ini lagi. Sebab itulah saya tidak meraikan jaringan saya ketika menentang Terengganu kerana tanda protes ke atas pasukan palsu ini. Hanya penyokong yang bijak saja faham. Manakala yang bangang, terus bersorak macam orang kena rasuk saka”.

Pada masa yang sama. Guiza melahirkan rasa terkejut dan pelik bagaimana pasukan ini sanggup mengambil Safiq Rahim. “Sesungguhnya, Safiq itu tiada kaliber untuk bermain bolasepak. Jika di Sepanyol, dia hanya taraf pencacai bola sepak saja. Kalau setakat “free kick” dia tu, saya cuma gunakan tumit dan buku lali saja. Saya juga meluat melihat misai nipisnya. Ada ketika, saya membayangkan bola itu adalah muka Safiq semasa mengambil sepakan percuma atau penalti”, ujar Guiza dalam nada yang amat geram dan meluat.

“Saya juga merasa hairan bagaimana penyokong pasukan palsu ini boleh menjadi bangang dengan menyokong pasukan ini dan tidak pasukan asal mereka yakni Johor FC dan juga Johor FA yang sudah lama terperosok dalam Liga Perdana sebelum ini. Bagi saya ini satu tindakan yang tidak bertamadun, bangang dan tiada integriti. Jika saya menjadi mereka, pastinya saya akan menggantung diri. Dikahabarkan, sebelum saya menyertai pasukan palsu ini, Stadium Larkin dan Stadium Pasir Gudang tidak pernah penuh dan kadang kala hampir kosong. Nampaknya mereka ini bukanlah penyokong bolasepak sebenar seperti penyokong Kelantan, Selangor dan Perak. Saya amat malu dan menyesal. Semoga tuhan mengampuni dosa saya ini”, kata Guiza sambil meludah dan memijak gambar muka Koyok yang dikatakan mengugut dirinya supaya terus bermain dengan JDTFC.

Disamping itu, Guiza kerap kali tertanya-tanya apakah maksud tiga bintang di atas logo JDTFC itu. “Saya pernah menanyakan hal tersebut kepada rakan sepasukan ketika berdisko di bandaraya Johor Bahru, tapi mereka kelihatan terpinga-pinga dan buntu akan maksud bintang itu. Mulai saat itu saya sudah syak, pasukan ini adalah pasukan palsu. Jelas sekali, bintang di atas logo itu juga hendak di palsukan oleh mereka! Apa kejadahnya!” Bentak Guiza dalam bahasa Sepanyol.

Ketika di pengakhiran temubual, Guiza sempat berpesan kepada penyokong Johor palsu, “saya menyeru kepada mereka, kembalilah ke pangkal jalan. Masih belum terlambat untuk berbuat demikian. Saya sudah nampak cahaya kebenaran, anda bila lagi? Janganlah di ikut sangat perangai “glory hunter” Koyok dan IJF yang bangang itu”. Ujar Guiza seraya memecut keretanya buat kali terkahir di bumi Johor.

-Artikel Ini ditulis oleh Recca
6

Pelancaran Logo Baru DMWTY

Unknown Ahad, Mac 24, 2013

Assalamualaikum, orang islam kena bagi salam, angkuh-angkuh pun nak kemana, hujungnya kebawah jugak.

Maaf kepada peminat siri paling popular di atas muka bumi ini iaitu "DMWTY" kerana disebabkan hal-hal tertentu, episod yang tergantung tu tak dapat di tamatkan dengan gaya yang seksi.

Tapi percayalah bermulanya pusingan kedua Liga Super akan datang. Siri DMWTY akan bermula dengan wajah yang baru dan kurang sikit angkuhnya sebab aku nak tengok dulu team suci The Yobs perginya macam mana.

Untuk itu aku lancarkan logo baru siri DMWTY
Sapa kutuk aku maki tanpa kompromi!
5

Glory again

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Ahad, Mac 17, 2013 ,

Sedikit masa lagi...
7

Johor Palsu Diterajang Bertubi-tubi Di Shah Alam

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Ahad, Mac 10, 2013
Perkara menerajang Johor ni bukanlah sesuatu yang asing bagi bola sepak Selangor. Tambah lagi Johor palsu. Benda-benda power macam ni memang tak boleh dilakukan oleh pasukan negeri lain. Shah Alam, stadium keramat yang menjadi saksi pasukan yang dibarisi bintang-bintang, dihentak berlipat oleh pasukan Selangor yang memang terkenal dengan permainan menarik dan bergayanya sejak turun-temurun.

Bermula seawal minit ke-4, S Kunalan meletakkan Selangor di hadapan menerusi satu permainan gaya senang yang tak boleh dilakukan oleh pasukan Pahang. Through pass dari Forkey Doe dikejar bagai peluru oleh Kunalan, seterusnya bertindak melambungkan bola masuk ke dalam gol, membuatkan Zamir Selamat lemas terkapai-kapai di daratan. Tersentak dengan gol awal itu, pasukan Johor Darul Takzim yang dilapisi ego penyokong-penyokongnya cuba bertindak balas namun begitu mudah dikawal oleh barisan pertahanan Selangor yang dengan tenang membuatkan Daniel Guiza berfikir dalam-dalam tentang tujuannya bermain bola sepak di Malaysia.

Selepas itu Selangor menguasai bola sepenuhnya sehinggakan budak-budak milo di tepi padang kelihatan seperti tiada kerja hendak dibuat. Mereka bertindak bermain timbang-timbang sesama mereka untuk menghiburkan hati yang bosan. Stadium Shah Alam kemudian bergegar lagi pada minit ke-23 apabila Forkey Doe menolak masuk hantaran K Soley bagi menjadikan kedudukan 2-0. Kali ini Zamir bukan sahaja lemas, malah rebah mengunyah rumput. Selepas itu Selangor bermain tiki-taka tiki-taka tiki-taka tiki-taka tiki-taka sampailah tamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, para pemain bintang Johor Darul Takzim kelihatan takut-takut untuk masuk ke padang apabila melihat pemain simpanan Selangor berlatih tendang bola deras-deras. Berbekalkan semangat TMJ, mereka masuk juga meneruskan permainan mengejar bola mereka. Melihatkan perlawanan yang tidak seimbang dan pasukan Johor beraksi bukan-bukan, Irfan bakti mengarahkan pemain baru Selangor, Charappan (betul ke?) mendapatkan kad merah bagi memberi semangat melawan kepada pasukan Johor. Sesungguhnya ketakutan mereka memang berasas, kerana pada minit ke-67, Mahali Jasuli yang berang dengan penggantungan enam bulan TMJ, menambah luka yang sedia parah kepada pasukan Fandi Ahmad. One Two pass bersama Forkey Doe disudahkan dengan baik oleh Mahali membuatkan penyokong Johor di seluruh negara mengalirkan air mata. Selang seminit kemudian, Amri Yahyah yang tidak kurang berangnya dengan keputusan FAM itu merembat kencang untuk menjadikan kedudukan 4-0. 4-0??? 

Persembahan hebat Selangor malam tadi seharusnya dijadikan tauladan oleh pasukan negeri lain untuk memantapkan permainan mereka. Selangor sememangnya boleh menambah jaringan lagi selepas itu bagi merampas kedudukan takhta liga, tetapi sebagai menghormati pejuang-pejuang negara di Lahad Datu yang masih berperang ketika ini, mereka membenarkan ATM untuk menduduki takhta sementara, dan cukup sekadar berpuas hati dengan empat gol sahaja.

Para pemain JDT kelihatan ceria sebelum diterajang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...