ARKIB SOKERNET

5

Tiada tekanan, releks & lancar

Unknown Isnin, April 29, 2013

"Kita nampak, pemain kita bermain dalam keadaan tiada tekanan. Bermain begitu releks, ball possession pun begitu lancar sekali." - Azrai Khor, Ketua Jurulatih Perak FA.

hanss hanss hanss
1

Amsterdam kami datang

Jali Bah Jumaat, April 26, 2013

Buka kempen Europa League, niat aku satu aku nak tengok team power Chelsea main. Lawan Basel, Manchester United yang kononya juara 20 kali EPL pun patah kaki di sini. Biarpun piala ni level dia cap ayam, jadilah dari kabinet terus berhabuk tanpa trofi macam Arsenal.

Bermain sebagai satu unit yang kukuh, kuda tua back in the squad selepas tradisi squad rotation system dari Rafa. John Terry solid rock of London, macam biasa kapten. Ivanovic yang hampir putus tangan digigit Suarez  gigi steady di tepi Terry macam biasa.

Bermain dengan corak bertahan, dengan formasi 4-3-3, tanpa Mata dan Oscar, Chelsea tetap hebat seperti biasa. Seperti diramal, team mana lagi yang skor dulu. Satu deflection header dari Ivanovic tepat ke kepala Mosses yang terus menerjah jaring goal Basel, satu stadium sunyi sepi ibarat dilanggar garuda.

Chelsea in front, 1-0.

Basel menyerang bertubi-tubi, tapi sayang semuanya menemui jalan buntu. Tak sangka Basel ini begitu mudah, semudah menentang JDT. Murat Yakin tetap tenang di tepi padang, mungkin terpukau dengan kehebatan chelsea yang begitu terserlah. Mohamed Salah yang dicanang sebagai pemain paling berbahaya, entah hilang di mana. Begitu juga Stocker yang kelihatan begitu mandul malam itu.

Babak kedua bersambung, Murat membuat double substitutions, tapi Chelsea masih steady, Juara Eropah baq hang. Tempo permainan bertukar rancak, tetapi jelas Basel lebih menguasai permainan. Basel membuat satu percubaan tepat yang hampir meragut dara Cech,  menggegar tiang. Percubaan Diaz pula tinggi di atas penjuru kiri Cech. Chelsea membalas, tendangan Torres  yang seakan masuk tiba-tiba keluar balik. Masih 1-0.

Menuju ke minit-minit akhir, Chelsea bertahan cukup kental, Basel mencuba di setiap inci sudut kanan dan kiri Chelsea. Untuk meredakan keadaan, Chelsea bermurah hati memberi penalti kepada Basel. Goal!! 1-1 di St.Jakob Park. Penyokong Basel seperti dirasuk, satu stadium bergema, flare dibakar, chants kedengaran di sana sini mirip situasinya dengan penyokong palsu di Larkin.

Basel semakin bernafsu menambah gol untuk melakar sejarah pertama kali masuk ke final Europa League.

4 minit tambahan masa.

Chelsea bingkas menyusun rentak, permainan menjadi lebih terbuka. 2,3 kali pintu goal Basel terselamat. Tapi sudah menjadi lumrah kalau dinamakan team hebat, bertahan hebat manapun Basel tetap kebocoran jugak.

Mosses dikasari, David Luiz mengambil sepakan. Yakin dan tenang, setenang Mahalli di Shah Alam dulu, tapi Luiz tidak memilih bangang seperti Mahalli. Seperti biasa, aku tengok cara Luiz ambik sepakan pun aku tahu memang masuk. Macam petang-petang aku buat selalu dekat kampung. Memilih untuk menendang leret, mencari sudut kiri dan Goal!!. 2-1. Sepanjang aku tengok bola, Cuma Ronaldinho yang boleh sepak goal free kick macam tu. Memang cukup menganjing untuk mana-mana goalkeeper.

Bekalan 2 goal ke Stamford Bridge, Amsterdam, kami datang!.
7

Welcome To Hell!

Accurecca Khamis, April 25, 2013

Pemain Real Madrid yang bertandang ke Stadium Signal Iduna Park, disambut dengan slogan Willkomen in der Hölle Real Madrid (welcome to the hell Real Madrid). Ingat ultras Galatasaray je boleh buat sambutan macam ni?

Menurut Twitter salah seorang pemain Real Madrid yang namanya dirahsiakan, suasana stadium ketika itu sangat menggentarkan hati mereka. “Kami hilang fokus. Kami takut sampai terkencing semasa berlari ketika bermain di sana. Mourinho pula terpaksa menogok air holy water untuk memulihkan kekuatan”, kata petikan Twitter pemain Madrid itu.

Barisan kesebelasan kedua-dua pasukan:-

Borussia Dortmund: Weidenfeller, Subotić, Hummels, Piszczek, Schmelzer, Bender, Gündoğan, Götze, Reus, Błaszczykowski, Lewandowski.

Real Madrid: Diego López, Varane, Pepe, Ramos, Coentrão, Khedira, Özil, Alonso, Modrić, Ronaldo, Higuaín.

Kedua-dua pasukan bermain dengan formasi 4-2-3-1, cuma yang membezakan ialah Madrid bermain dengan dua “inside forward” iaitu Ronaldo dan Ozil di bahagian kiri dan kanan, manakala Dortmund bermain dengan seorang “inside forward” iaitu Marco Reus disebelah kiri dan Jakub Blaszcyzkowski sebagai “natural winger/wide midfielder” disebelah kanan untuk memberi bantuan secukupnya kepada Lewandowski.

Perlawanan bermula rancak tapi agak berhati-hati. Seawal minit ke-6, Marco Reus yang kelihatan malu-malu ketika berlari, mengacah pintu gol Madrid dengan sepakan lemah yang sengaja dilakukannya untuk mengambil mood perlawanan. Ronaldo pula yang sentiasa menjadi sasaran “boo” penyokong Dortmund ketika menerima bola, kelihatan tertekan dan semacam hendak menangis.

Pada minit ke-15, Ilkay Gundogan menggunakan kekuatan badan yang kental hasil pergi gimnasium 4 kali seminggu, dengan tangkas merampas bola dari kaki Sami Khedira, dan terus menghantar bola kepada Marco Reus disebelah kiri. Reus yang sudah mula mendapat mood dan hilang rasa malu, tanpa membuang masa terus membuat hantaran lintang yang tepat seakan-akan disukat, disambut dengan bersahaja oleh Lewandowski yang menghulurkan kaki untuk menjaringkan gol pembukaan Dortmund. Gol yang sangat mudah. Rampas bola-pass-cross-gol. Pasal apa pemain Malaysia tak boleh buat macam ni?

Selepas gol pertama itu, Mourinho yang kelihatan gelisah gundah gulana bingkas bangun dari bangku pemain simpanan dan mula buat-buat muka bengis di tepi padang untuk menakut-nakutkan para pemainnya. Pemain Madrid pula mula menggelupur hilang punca seperti anak ayam menetas tak cukup bulan.

Selang beberapa minit kemudian, Madrid memperoleh sepakan percuma hasil ihsan pertahanan Dortmund, tetapi tendangan Ronaldo dari jarak 25 meter ditepis sambil cekak pinggang oleh Weidenfeller. “Sepak bola serupa pondan”, getus Weidenfeller dalam hati beliau.

Minit ke-43, Mats Hummels yang menyedari perlawanan agak berat sebelah, sudah mula merasa bosan kerana Dortmund asyik menyerang, dengan sengaja menghantar bola ke belakang kepada Weidenfeller, tetapi berjaya dipintas oleh Higuain yang tanpa berlengah membuat hantaran lintang rendah untuk Ronaldo menjaringkan gol penyamaan Madrid. Gol tersebut disambut dengan gaya acah-acah hidup segan mati tak mahu oleh para pemain Madrid. Mungkin takut kena baling dengan bola tenis oleh penyokong Dortmund agaknya, seperti yang dilakukan oleh sekumpulan ultras “dua satu kocik bonar, ompek satu sonyum lebar”.

Tamat separuh masa pertama, Dortmund 1-1 Madrid.

Selepas sepak mula separuh masa, pemain Dortmund tanpa membuang masa melancarkan serangan untuk mecari gol kedua. Mereka sudah bertekad ingin mengajar pasukan bintang Sepanyol itu gaya bancuhan bola sepak Jerman. Hasilnya pada minit ke-51, Lewandowski menyumbat gol kedua hasil hantaran pukau yang dahsyat oleh Mario Gotze, yang secara tidak sengaja merembat tapi bola tepat menuju ke kaki Lewandowski, yang sempat memusingkan badan dan terus menguis masuk, membuatkan Diego Lopez terpinga-pinga semacam tak percaya mudah sangat bola itu bergolek masuk. 2-1.

Pada minit ke-55, Lewandowski yang sepanjang perlawanan sentiasa membuatkan Raphael Varane dan Pepe kelihatan bengap setaraf pertahanan legenda sepanjang zaman pasukan JDT, Muslim Ahmad, dengan penuh gaya dan bersantun mejaringkan gol ketiga merangkap hatrick beliau selepas sekali lagi menerima hantaran lintang yang tepat ke kakinya. Beliau hanya membuat tiga kombinasi pergerakan. Tahan, pusing dan rembat. Memang gol yang cantik persis gaya penyerang klinikal berwibawa. Kalau pemain Malaysia, tahan, tahan, kawal, menggelepar tahan lagi, lepas tu rembat bola sampai ke satelit USSR. 3-1.

Selepas gol ketiga itu, Dortmund kelihatan semakin menggila dan rakus menyerang. Setiap asakan kelihatan sangat merbahaya. Pemain Real Madrid pula kelihatan semakin lemah dan gementar untuk memegang bola kerana teringatkan mimik muka bengis Mourinho di tepi padang. Mesut Ozil dan Luka Modric seakan-akan berjangkit dengan bangang seorang pemain tengah pasukan palsu yang ketagih menghantar bola ke kaki lawan. Ronaldo pula mungkin terlalu banyak menonton video gelecekan Azamudin Akil, yang sering dirasuk saka monyet dan gemar terkinja-kinja ketika menggelecek. Mungkin mereka takut dimarahi jika gagal menyempurnakan setiap hantaran. Kelemahan mental pemain Madrid terserlah ketika ini.

Masuk minit ke-66, Dortmund yang sudah malas memberi muka dan bersabar dengan aksi bangang pemain lawan, menyedari lubuk Madrid disebelah kiri, terus mengasak ke kawasan itu. Marco Reus yang mendapat hantaran cantik disebelah kiri pintu gol Madrid, dijatuhkan dengan gelojoh oleh Xabi Alonso yang memaut pangkal leher Reus seperti hendak bercium. Pengadil tanpa teragak-agak memberikan sepakan penalti kepada Dortmund. Lewandowski yang memburu jaringan keempat dalam perlawanan itu, dengan mudah menjaringkan penalti apabila menendang padu bola ke tengah-tengah pintu gol Madrid. Diego Lopez yang melayangkan badan ke kanan, kelihatan tersedu sedan dan menyembam muka ke rumput menahan sebak melepaskan gol keempat.

Dortmund 4-1 Madrid!

Walaupun selepas itu Mourinho yang sudah terbeliak mata dan berbuih mulut hilang sabar dengan aksi bangang anak buahnya, terus memasukkan rangkaian serangan Karim Benzema, Angel Di Maria dan Kaka dengan harapan untuk menambah gol di tempat lawan, namun pertahanan Dortmund masih utuh dan santai bertahan. Benteng pertahanan Dortmund yang dikepalai Hummels dan Subotic sempat bergurau senda dan bertukar-tukar senyuman dengan membuat gaya  gwiyomi di hadapan pintu gol menahan asakan lemah penyerang Real Madrid yang bernilai puluhan juta Euro itu.

Pengadil sudah mula geram dengan aksi main-main pemain Dortmund. Penonton juga dah naik kesian tengok Mourinho terbelalak biji mata di tepi padang melihat aksi memukau pemain Dortmund. Kedudukan 4-1 kekal hingga ke wisel penamat. Jurgen Klopp memberi tuisyen percuma kepada Jose Mourinho dan mengajar beliau apa maksud sebenar “the special one” menerusi gaya bolasepak Jerman sejati.

Echte Liebe!
Lewandowski power!

10

Rasuk III : The Final Chapter

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Rabu, April 24, 2013
Robin Van Persie


"Babi!!"

Ramli memaki sambil mematahkan rokok yang sedang dihisapnya. Tidak cukup dengan itu Ramli memijak pula puntung rokok itu. Tetapi dia terlupa, dia di dalam rumah dan berkaki ayam. Puntung rokok yang masih berbara itu dilihat seakan tersenyum sebelum kaki Ramli mencecah padanya.

"Babiiii!!!!"

Ramli menjerit kesakitan. Dia terlompat-lompat menggunakan sebelah kaki. Matanya berair. Ramli sempat menjeling pada skrin TV nya, kelihatan  pemain Manchester United, Robin Van Persie meraikan jaringannya. Ramli panas hati.

"Pukimak apa baru mula dah gol?!! Haramjadah!

Ramli dah pandai menggunakan perkataan lain untuk memaki. Semenjak musim pilihanraya ni, banyak betul perkataan cacian baru yang dipelajarinya selain daripada babi. Ramli pandai meggunakan setiap perkataan itu secara bervariasi mengikut keadaan. 

Pagi itu Ramli tidak tenang. Dia tidak senang duduk memikirkan yang Manchester United bakal menjuarai liga kali ke-20 seandainya berjaya menewaskan Aston Villa. Ramli yang kesakitan sebelah kakinya duduk semula di sofa dan membelek kakinya.

"Ahh melecur pulak. Babi betul."

Ramli tidak pernah melupakan babi.

Ramli meneruskan tontonannya pada perlawanan yang dilihat tidak seimbang itu. Tidak seimbang kerana kelihatan  Manchester United menyerang sejak dari awal permainan lagi. Pemain Aston Villa pula dilihat seolah-olah berserah sahaja dan tidak mampu melawan. Kawalan bola yang kemas dari para pemain United cukup menggusarkan hati Ramli. Ramli cuba bersabar dan bersandar pada sofa mahalnya. Dialihkan pula pandangannya ke dinding. Kelihatan kain rentang yang tertulis 'You'll Never Walk Alone'.

"You'll never walk alone kepala bana!" 

Ramli berbisik di dalam hati. Sakit betul hatinya bila terpandang ayat keramat itu. Ahad semalam Ramli mengajak kawan-kawan Liverpool-nya untuk menonton perlawanan menentang Chelsea bersama-sama di rumah. Tetapi ramai yang memberi alasan tak masuk akal untuk tidak bersama Ramli. Mereka bimbang Ramli sawan tiba-tiba. Sudahnya, Ramli 'Walk Alone' di rumah menonton sendirian. Kebimbangan mereka sememangnya berasas apabila Ramli bertindak menggigit sofa sehingga sompek apabila melihat Suarez secara tiba-tiba menggigit lengan Ivanovic. Semangatnya jadi lain macam bila melihat kejadian itu.

Ramli mengambil kotak rokok diatas meja kaca di depannya. Ramli mendengus kerana rokoknya habis. Dipejamkan matanya rapat-rapat sambil mengetap bibir. Tiba-tiba...

"What a stunning amazing goal!!"

Ramli cepat-cepat membuka mata dan melihat ke TV. Van Persie sedang meraikan jaringan keduanya dengan mengangkat Rooney. Ulang tayang menunjukkan Rooney menghantar bola cantik dari tengah padang tepat kepada Van Persie yang kemudian membuat volley kencang kearah gol. Cantik. Memang cantik. Ramli terlopong. Air liurnya meleleh, matanya terbeliak. Ramli tersedar beberapa ketika kemudian.

"Babi!!!"

Ramli menjerit gila. Dibalingnya kotak rokok di genggaman kearah TV. Balingan itu membuatkan TV-nya terjatuh kebelakang dan pecah. Terkejut dengan kejadian itu Ramli menjerit histeria.

"Babiiiiiiiiii!!!!"

Jiran-jiran tiada di sebelah untuk menenangkan Ramli kerana mereka penat setelah mengikut kempen politik dan mendengar ceramah. Ramli menjerit keseorangan. Sudahnya Ramli menenangkan diri sendiri. Dia kemudian bangun dan menuju kearah TV-nya yang pecah sambil mendengus-dengus. Menakjubkan. Walau sudah pecah TV-nya masih terpasang dan siarannya masih ada. Ramli melihat TV itu memaparkan lagi ulang tayang gol Van Persie.

"Pranggg!"

Ramli terajang TV-nya. TV-nya senyap tak berkutik. Pandangan Ramli bengis dan melilau ke serata arah. Ramli bergerak menuju pintu dan mencapai kunci motornya lalu keluar. Ramli ingin ke 7e dahulu mencari rokok untuk menenangkan hatinya yang panas. Ramli mengambil masa yang lama untuk sampai ke kedai. Dia pusing-pusing dulu untuk menenangkan hati sambil mengambil angin. 

"Babi babi babi babi babi" Ramli berzikir dalam hati.

Sampai sahaja di 7e Ramli membeli rokok Dunhill dua kotak. Ramli keluar dari 7e dengan senyum kerana makwe 7e senyum padanya sambil mengucap terima kasih. Ramli tenang. Tiba-tiba...

"Yeahhh woooooooo~"

Kedengaran jeritan kegembiraan bersahut-sahutan dan bergema. Ramli hairan. Dia menoleh ke sebelah kanan. Rupanya selang beberapa kedai ada mapley sedang menayangkan perlawanan Manchester United. Ramli jadi berdebar tak patut. Dia pantas berlari ke kedai mapley itu. Ramli melihat penyokong-penyokong Manchester United sedang menjerit-jerit gembira. Ramli lihat ke skrin. Rupanya perlawanan sudah tamat. 3-0. Serta merta pandangan Ramli jadi berpinar. Darahnya naik ke kepala. Bibirnya menggigil laju dan matanya naik keatas.

"Wuarghhhh!!! BABI!!!!!!!!!!!!!!"
Ramli sudah naik gila. Dia bertindak menyerang mamak yang sedang membawa air. Digigitnya lengan mamak itu sehingga putus. Ramli tidak puas lagi. Di depannya ada sekumpulan penyokong Manchester United sedang menyanyi. Mereka yang asyik dan leka menyambut kejuaraan pasukan tidak menyedari kerasukan Ramli. Ramli menerkam kearah mereka dan menggigit pula leher salah seorang penyokong Manchester United itu. Putus kepala. 

Pelanggan yang ada di kedai bertempiaran lari menyelamatkan diri. Menjerit-jerit. Keadaan sudah sangat tidak terkawal. Ramli sudah membunuh 3 orang...
8

Bayern Munich VS Barcelona - Final Before The Final

racYnc Selasa, April 23, 2013


Sebelum melihat perlawanan padu ini ada gereknya kita melihat dahulu beberapa fakta penting tentang kedua dua pasukan. Oh ya, entri ini tajuk sahaja dalam bahasa inggeris, segala isinya akan di isi menggunakan bahasa melayu. Yang bodoh bahasa inggeris, jangan risau tau. XOXO.

1 - Bayern Munich juga dikenali sebagai 'Star Of The South (Stern des Sudens)', tapi ramai rakyat marhaen German mengatakan skuad Bavarians tidak sama sekali ada kaitan dengan pasukan Southern Tiger Al-Palsu dari selatan Malaysia. Sampai menangis nangis mereka nafikan. Punya lah tak suka.

2 - Dalam enam pertemuan mereka yang terakhir, Barcelona hanya pernah menang sekali sahaja terhadap Bayern Munich. Sekali sahaja!

3 - Bayern Munich telah memenangi 17 dari 20 perlawanan Champions League mereka di Allianz Arena (termasuk final UCL 2012).

4 - Mengikut rekod, Bayern pasti mencipta jaringan jika bertemu pasukan dari Sepanyol di tempat sendiri. Menjaringkan sejumlah 25 gol dari 13 perlawanan. Bapak powernya kamu ni!

5 - Barca merekodkan 56 shot on-target di UCL musim ini, yang terendah dari ke empat empat semi finalis. Bayern Munich pula merekodkan 66 shot on-target.

6 - Bayern Munich menghasilkan 202 hantaran lintang dari open-play (20.2 per game), tertinggi di UCL musim ini.

7 - Barca hanya menang sekali dalam 5 perlawanan terakhir mereka dalam UCL musim ini (3 seri, 1 kalah). Bangang bangang bangang!

8 - Barca suka main passing passing serupa anak anjing. - fakta semua pun tau.

Ramalan gua, The Bavarians akan ke final. Kepada pengulas lain, lets the battle begin!

3

MAN CITY 1 - 3 SPURS : Super Comeback Terhebat




Pemain Agung - Gareth Bale


1. Perlawanan bermula dengan AVB membuat tiga pertukaran dari kesebelasan yang tewas kepada FC Basel . Kembalinya pemain agung, Gareth Bale serta Hugo Lloris dan Benoit Essou-Ekotto dalam lineup Spurs telah membuatkan barisan pemain City sedari awal goyang lutut dan dikhabarkan ramai yang terkentut kentut sebelum permainan. Yang muntah darah tu tak payah cerita la.

Spurs (4-4-1-1): Lloris; Walker, Dawson, Vertonghen, Assou-Ekotto; Dempsey, Parker, Dembele, Sigurdsson, Bale, Adebayor.

City (4-3-3): Hart; Zabaleta, Kompany, Nastasic, Clichy, Milner, Toure Y, Barry; Tevez, Dzeko, Nasri.


2. Bale yang baru pulih dari kecederaan buku lali berjaya melancarkan serangan pertama seawal minit ke 4, tapi deflection sebelum dinafikan Joe Hart. Seminit kemudian pemain yang biasanya tak main, Samir Nasri meledak side-foot volley untuk jaringan City hasil umpanan Milner. Ok, gol ni kita tak payah hirau dulu.

3. Permainan di separuh masa pertama berlangsung dengan tempo dan intensiti tinggi namun keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Yang ini pun jangan hirau dulu.

4. Di separuh masa kedua, perlawanan menjadi lebih perlahan. Secara sarkastik, ini taktikal AVB untuk melekakan pemain City. Ah, gua tahulah!

5. Sehinggalah minit ke 60, AVB mula mengatur langkah untuk menang dengan memasukkan Lewis Holtby dan Tom Hudlestone. Defoe yang kali terakhir beraksi ketika perlawanan dengan Swansea dimasukkan pula menggantikan Adebayor (minit-71). Taktikal mula di ubah menjadi 4-3-3 seterusnya memberi petanda mimpi ngeri City bakal bermula.

6. Tanpa membuang masa, Spurs terus melancarkan serangan demi serangan dan berjaya meraih jaringan pertama melalui Clint Dempsey hasil hantaran menakjubkan Bale pada minit ke 75. 

7. Defoe menambah jaringan empat minit kemudian hasil hantaran dari Holtby yang seterusnya tenang merembat secara padu ke penjuru gol. 

8. Tak cukup lagi, Spurs menambah jaringan lagi tiga minit selepas itu. Througball cantik tak masuk akal dari Huddlestsone disudahkan dengan cermat oleh Gareth Bale, jaringan ke-23 beliau untuk musim ini.

9. Keputusan perlawanan kekal sehingga tamat perlawanan. Meninggalkan pengajaran berguna kepada seluruh warga dunia tentang apa itu super comeback terhebat!

Come On You Spurs!
3

Gergasi Merah patah kaki di Shah Alam

Jali Bah Rabu, April 17, 2013

Dalam bola sepak, kalah melawan pasukan power itu satu perkara yang suci, tapi bila melawan pasukan bana dan masih tercari-cari arah, bermain pulak di kandang sendiri aku ingat satu team tu patut bertukar jadi anjing. Berhenti main bola dan buat reban ayam.

Selangor tampil dengan reputasi hebat di Shah Alam, 2 perlawanan terakhir menang dalam liga super dan piala AFC sudah cukup untuk jadi tonik terbaik skuad Irfan Bakti.

Seperti di Larkin, Mahalli kereta kebal selangor sekali lagi mencetuskan gundah di hati penyokong  JDT yang datang berserta sepanduk “ kami bukan lagi pasukan bana”. Tasha Shilla menjerit gembira di depan tv LCD di rumahnya. Aggregat 3-1. Kelebihan untuk the red giants. Irfan yang tiba-tiba menjadi simpati terhadap nasib JDT memasukkan Ramzul Zahini menggantikan Forkey Doe yang nyaris maut diserang Helmi Eliza and the gang tempoh hari. Selangor menjadi 100% pasukan orang asal menentang JDT pasukan bana dari selatan. Itu satu kerja mulia.

Di barisan depan JDT, 3 striker utama cukup berbisa untuk merogol Nor Azlan bertubi-tubi di gawang gol. Gabungan bumper mantap belakang Mat Yo dan bumper depan import baru, Leonel Nunez mencetuskan satu gelombang tenaga yang cukup kuat untuk dihalang back four selangor. seperti dijangka, Nunez  menjaringkan gol untuk menjadikan aggregat 2-3. Selangor resah tapi masih tenang, tidak mahu bermain kotor seperti Manchester City. 

Penyokong JDT bersorak riang, kedengaran seperti nama Guiza dilaung. Sah mereka memang penyokong palsu. Irfan resah, belakang baju kemejanya basah menahan resah dan gementar. Sementara itu, JDT semakin bernafsu mencari gol untuk menyamakan aggregat. Perlawanan berbaki beberapa minit lagi. Di facebook dan twitter, fans Selangor mula menaik status-status angkuh, merah kuning warna kebanggaan. Tasha shilla memeluk kuat bantal menahan gementar di rumahnya. Ahhhh..

Tapi langit tak selalu cerah. Nunez dibantu satu tenaga ajaib yang datang dari dalam perutnya bijak memperdaya pertahanan Selangor mencari sudut kiri Nor Azlan, GOALL. Asrarudin Putra menggeleng kepala tidak percaya. 3-3 aggregat di Shah Alam. Penyokong JDT yang sudah keluar stadium tiba-tiba masuk balik. Sah memang penyokong palsu. Tambahan masa, namun Selangor dan JDT masih buntu mencari gol. Penalty shootout!.

Pemain JDT begitu tenang mengawal emosi. sempurna, tiada masalah untuk mereka menewaskan Nor Azlan dari jarak 12 ela di gawang gol. Pemain silih berganti mengambil sepakan, Mahalli mengambil sepakan, konfiden dan tenang mengawal gemuruh, memang layak bermain untuk Malaysia. Di gawang gol, seperti ada bayangan Tasha Shilla yang tiba-tiba menjadi goalkeeper JDT. Mahalli tiba-tiba bertukar menjadi lelaki mithali, bimbang untuk tercedera, Mahalli menyepak dengan penuh kasih sayang dan belas ihsan. Tiba-tiba penyokong JDT bersorak riang, Mahalli terpinga-pinga bingung. Tasha Shilla sekali lagi menjerit, tapi kali ini jeritannya lebih panjang.

FT: SELANGOR 3-JDT 3 ( AET: 2-4). 

"jangan salahkan abg Mahali kita tau"

14

Kebangkitan Kelab Bolasepak Dunia Tanpa Teknik “Cheat Code”


Dalam era kelab bolasepak ghairah mencari nama dan piala dengan kaedah “money can buy success”, “mee segera” atau “cheat code” menukar nama pasukan seperti Chelsea (2003), Manchester City, Paris Saint Germain dan Kepala Bana Bertiga, mereka terlupa elemen yang paling penting, iaitu ketahanan dan keperitan sesebuah kelab untuk bertahan dalam apa juga cabaran. Dengan cara susah payah inilah kelab-kelab yang menderita, membina “fan base” yang original berteraskan semangat untuk bangkit, bukan dengan cara didikan “bandwagon fans” ataupun “gloryhunter”.

Borussia Dortmund


Siapa yang tak kenal dengan salah satu gergasi bolasepak Jerman ini? Kalau tak kenal, elok pergi rendam kepala dalam mangkuk tandas sekarang. Sejarah Dortmund bermula seawal tahun 1909. Sejak penubuhannya, kelab ini telah memenangi 8 kejuaraan Bundesliga. Ya, hanya 8 kejuaraan liga kerana saingan yang amat sengit dan terbuka antara kelab handalan lain seperti Bayern Munich (23), FC Nuremberg (9), Dinamo Dresden (8), Schalke 04 (7), Hamburger SV (6), VfB Stuttgart (5), Borussia Monchengladbach (5) dan Werder Bremen (4). Seteru sampai mati Dortmund ialah Schalke 04 yang dikenali sebagai “Revierderby”, manakala pertembungan dengan Bayern Munich sering kali dianggap sebagai “Der Klassiker” ataupun dalam bahasa penjajah “The Classic”.

Dortmund memenangi kejuaraan liga pertama pada tahun 1956 yang dikenali sebagai Oberliga West pada masa itu. Mereka terpaksa tercirit menunggu 47 tahun untuk kejuaraan pertama! Betapa sabarnya mereka membina pasukan dari bawah hingga memperoleh kejuaraan. Dortmund mengekalkan kejuaraan Oberliga West pada tahun 1957 dengan majoriti pemain yang sama. Tahun1963, Dortmund memenangi kejuaraan liga ketiga mereka sebelum Oberliga West ditukar menjadi Bundesliga, dan kemudiannya bermulalah era kepala bana Dortmund dalam liga domestik.

Walaupun Dortmund mengalami zaman gelap dalam saingan Bundesliga, pencapaian mereka di dalam saingan Piala Jerman dan di pentas Eropah pada ketika itu boleh dibanggakan, apabila telah memenangi Piala Jerman pertama mereka pada tahun 1965,  seterusnya Piala Antara Juara Eropah (European Cup Winners Cup) pada tahun 1966 setelah menewaskan kelab penuh sejarah tapi menderita sakit bangang sokmo, Liverpool 2-1.

Kejatuhan yang paling dayus akhirnya berlaku apabila Dortmund terjerumus ke 2. Bundesliga pada tahun 1972 akibat masalah kewangan yang teruk pada waktu itu. (Liga Divisyen Satu Jerman dikenali sebagai 1. Bundesliga). Walaupun berjaya kembali ke saingan 1. Bundesliga pada tahun 1976 setelah 4 tahun senak dirogol bergilir-gilir di liga bawahan, kelab ini terus mengalami zaman gelap kerana kekangan kewangan yang berterusan sehinggalah ke penghujung tahun 1980an.

Setelah lebih 10 tahun terseksa dirogol, disula dan kadang kala di”threesome” oleh kelab-kelab gergasi Jerman yang lain, dengan dendam yang penuh kesumat dan tersumbat, Dortmund bangkit pada era 1990an apabila Ottmar Hitzfeld dilantik menggantikan jurubangang sebelumnya, Horst Koppel. Pada 1993, Dortmund layak ke perlawanan akhir Piala UEFA, tetapi tewas kepada kelab juara rasuah Itali, Juventus dengan agregat 6-1. Walaupun  tewas pada perlawanan itu, Dortmund berjaya membawa pulang DM25 juta hasil penyertaan mereka dalam pertandingan peringkat Eropah. Dengan wang itulah mereka dengan cermat dan sopan memancing pemain-pemain lebih berkualiti untuk membina pasukan yang lebih kuat, bukannya dengan wang hasil tabungan dari kecil seperti yang dilakukan Rosmah Mansor atau “cash injection” oleh Pak Arab dan taikun minyak Rusia atau taktik “cheat code” menukar nama pasukan yang dipelopori oleh seorang anak raja misteri. Hasilnya, pada 1995, Dortmund memenangi Bundesliga pertama mereka dan mengekalkan kejuaraan berikutnya pada tahun 1996.

Kemuncak ejakulasi Dortmund berlaku pada bulan Mei 1997, apabila sekali lagi bertemu dengan kelab rasuah, Juventus dalam perlawanan akhir UEFA Champions League. Juventus yang ketika itu dibarisi pemain-pemain bintang seperti Zinedine Zidane, Angelo Peruzzi, Alessandro Del Piero dan Fabrizio Ravanelli gagal menyaingi kehebatan Dortmund yang dikepalai oleh Karl-Heinz Riedle dan Andreas Moller yang tanpa belas kasihan merodok depan, belakang, kiri dan kanan pertahanan Juventus. Akhirnya, setelah teruk dianjing-anjingkan, Juventus rebah menggigit tulang dengan keputusan 3-1 hasil dua jaringan Riedle dan satu sumbangan Lars Ricken, manakala gol Juventus sumbangan Del Piero.

Disebabkan kadar hormon kuda yang tinggi oleh pemain Dortmund pada waktu itu, mereka sekali lagi mengalami puncak ejakulasi pada akhir tahun 1997 apabila menjuarai Kejuaraan Kelab Dunia (Intercontinental Cup) pertama mereka dengan menewaskan Cruzeiro 2-0, dan muncul kelab kedua dari Jerman memenangi kejohanan tersebut selepas Bayern Munich.

Selepas tahun 1998, Dortmund kehilangan rentak juara dan terpaksa bertapa memendam rasa selama empat tahun sebelum kembali merampas gelaran Bundesliga ketiga pada tahun 2002. Namun selepas itu akibat terikut-ikut nafsu berbelanja ciptaan Rosmah Mansor, Dortmund sekali lagi mengalami masalah kewangan dan terpaksa menjual stadium mereka, Westfalenstadion untuk menampung kos perbelanjaan kelab. Pada tahun 2003, kerana rasa kasihan dan ingin menganjing, Bayern Munich melupakan perseteruan mereka lantas meminjamkan Dortmund 2 juta Euro bagi meringankan beban hutang. Pada tahun berikutnya, Dortmund terus menderita dan lemas dalam lautan hutang sehingga terpaksa pula menjual pemain bintang seperti Tomas Rosicky dan David Odonkor untuk mengimbangi buku akaun, sebelum Cristoph Metzelder tanpa rasa belas kasihan, meninggalkan kelab secara percuma.

Tetapi seperti dipanah halilintar, pada Mei 2008, seorang genius yang gemar meminum susu kocak Dutch Lady sebelum perlawanan bernama Jurgen Klopp telah dilantik menggantikan seorang lagi jurubangang terdahulu Thomas Doll. Berkat daripada benih genius dan zat susu Dutch Lady inilah, Dortmund kembali bangkit membina legasi pasukan juara. Setelah menggeletar dan berbuih mulut menunggu hampir sembilan tahun, akhirnya pada musim 2011, Dortmund kembali mengucup kejuaraan Bundesliga hasil kerahan tenaga pemain muda berteknologi hybrid seperti Mario Gotze, Neven Subotic, Nuri Sahin, Mats Hummels, Robert Lewandowski, Shinji Kagawa, Ilkay Gundogan dan ramai lagi.

Akibat tenaga teknologi hybrid dan zat susu Dutch Lady yang tidak terbendung oleh anak-anak muda ini, natijahnya Dortmund sekali lagi terlajak menjulang kejuaraan Bundesliga pada musim 2012. Tetapi pada musim ini, kejuaraan mereka lebih manis semanis air Red Bull Honey apabila mencatat gelaran berganda setelah menundukkan Bayern Munich 5-2 dalam perlawanan akhir Piala Jerman.

Seperti pepatah Melayu-Inggeris yang dipinjam oleh orang Jerman, “I thought the sunny day will last long, but it is raining in the afternoon”, pada tahun 2013, Dortmund sedikit terumbang ambing di dalam Bundesliga dan terpaksa akur dengan kehebatan Bayern Munich. Ini juga mungkin salah satu cara Dortmund ingin membayar hutang 2 juta Euro yang dipinjamkan oleh Bayern pada tahun sebelumnya. Walaupun mereka sedikit goyah dan bergelut dalam saingan domestik, namun pada saat dan ketika ini, Dortmund masih berjuang dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dan bakal berdepan Real Madrid.

Begitulah perjuangan Borussia Dortmund. Mereka jatuh, miskin papa kedana, mengemis, jual stadium, meminjam duit seteru utama dan kini terus bangkit kembali. Tidak sekali-kali mereka mengamalkan “cheat code”,  menggunakan alasan “rebranding” dengan menukar nama pasukan atau hasil suntikan dana jutawan minyak dan Pak Arab untuk maju ke depan dan mengecap kejuaraan. Echte Liebe!
Hitam Kuning kebanggaan Jerman

5

Selangor 1 - 2 JDT



Tahukah anda,

Yang tengah tengah tu Nunez.





Yang ni Tasha Shila.




Inilah sebab Selangor kalah. Faham?

Dah, gua nak tidur.

6

Kepala Bana Bertiga II

Unknown Selasa, April 02, 2013



Tahukah anda Nicholas Gaitan? Apa, Gaitan? Nicholas Gaitan tuuuu?? Kepala bana dia!

"Saya akan suruh peguam dan ejen saya siasat perkara ini" - Gaitan.

Begitulah reaksi Nicholas Gaitan ketika diminta mengulas mengenai situasi dirinya yang dikaitkan bakal berpindah ke sebuah kelab di Asia Tenggara.

"Untuk pengetahuan anda, ibu saya di Argentina hampir terjun dari tingkap rumah apabila mengetahui tentang khabar angin ini. Bapa saya pula kini berada di ICU akibat terkejut dan trauma yang amat sangat. Mana mungkin saya yang bertaraf bintang dunia akan bermain dengan kelab yang dikatakan palsu itu. Tak tahu malu ke?!" Tempelak Gaitan dalam nada yang amat marah.

Dikatakan, nilai pasaran pemain itu yang dikatakan bernilai 16juta Euro kini jatuh merudum akibat khabar angin itu. "Saya sudah minta peguam saya siasat. Dia akan berkerjasama dengan Interpol untuk mencari dalang disebalik konspirasi ini". Kata Gaitan sebelum menyarung mukanya dengan beg kertas untuk mengelak rasa malu yang teramat sangat.

- Accurecca


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...