ARKIB SOKERNET

1

Pahang vs JDT: Pandang Sisi

Jali Bah Rabu, Mei 29, 2013
Tahukah anda, bangang Sultan bola menurun ke penyokong.

Aku tak bias mana-mana pihak. JDT ke Pahang. Dua-dua team perangai penyokong macam Israel. Sebenarnya JDT dengan Pahang main biasa-biasa saja, yang luar biasanya ada perut boroi Nunez, Wak Lan tonggek atau Safe Sali yang kebelakangan ni bangangnya di depan gol tak boleh dibendung lagi. Dari kau tak selesa bersesak-sesak dekat stadium, kena baling batu lagi, lagi bagus duit nak beli tiket tu beli makanan duduk kat kedai mamak tengok bola sambil usha awek bumper mantap lalu lalang. Dapat awek bumper mantap dan kepala selamat tak kena baling.

Silap pengurusan buat kerja macam gampang. Darul Makmur diingatnya Santiago Bernabeu, kapasiti 40 ribu kau sumbat 60 ribu. Kerusi tak cukup, penyokong banjir sampai ke trek. Itu tak kira penyokong dekat luar yang masih berebut-rebut masuk khabarnya sampai terkincit dan terkencing dalam seluar. Baling batu, stadium buruk dan kecik, kucing masuk stadium buat tahi, mana Sultan bola nak letak muka?. Bangang abadi.

Nak mudah, lepas ni kosongkan stadium main bola macam dekat Itali. Tak ada baling batu, tak ada fans bana jatuh stadium turunkan bendera. Atau jangan benarkan penyokong JDT masuk stadium, buat semak je. Bangang semuanya ni. Tak pun buat sangkar macam dekat Amerika Selatan, sumbat semua penyokong dalam tu. Kalau ada penyokong tak puas hati, lepaskan anjing polis dekat dalam. Anjing, bukan kucing. A.N.J.I.N.G.

Main bola tak kemana, buat tahinya lebih.
FAM=Tahi
2

PREVIEW UCL FINAL 2013 : DER KLASSIKER AT WEMBLEY STADIUM AND LISA FREUNDIN'S WARNING!

racYnc Jumaat, Mei 24, 2013 , ,



Perlawanan terakhir dan paling dinantikan oleh seluruh peminat bolasepak seantero dunia. Flashback dari pusingan kalah mati, The Black Yellows tanpa di duga berjaya menempatkan diri ke final dengan mengalahkan Shakhtar Donetsk (5-2 agg), Malaga (3-2 agg), serta membanakan Real Madrid (4-3 agg), sebelum ke final. Manakala The Bavarians menewaskan Arsenal melalui kemenangan away goal (3-3 agg), Juventus (4-0 agg) serta me'Melaka'kan Barcelona dengan kemenangan aggregat besar, 7-0.

Ini adalah pertembungan all-Germans pertama di pentas final UCL (UEFA Champions League). Sebelum ini, pertembungan final dari negara yang sama pernah berlaku pada tahun 2000 (Spain), 2003 (Italy) dan 2008 (England). Kali terakhir Dortmund memenangi UCL adalah pada tahun 1997, manakala Bayern Munich pada tahun 2001.



Jurgen Klopp vs Jupp Heynckes

Perlawanan dijangka menarik memandangkan konsep taktikal berlainan dari kedua dua jurulatih pasukan. Jurgen Klopp lebih gemar bermain secara counter-attack manakala Jupp Heynckes seperti sedia maklum, lebih gemar bermain secara posession football. Nampak tak? Sebab tu Pep Guardiola memilih Bayern Munich sebagai destinasi terbaru. Sebab corak asas permainan Bayern dengan Barcelona adalah sama, bukan dia pilih Bayern sebab makwe sana putih putih ke, tetek besar ke, bukan saudara saudara sekalian.

Heynckes, yang akan melepaskan tugasnya selepas perlawanan ini pastinya mengejar kemenangan untuk melengkapkan gelaran treble bersama The Bavarians. Beliau dikatakan akan bersara dari dunia bolasepak selepas ini dan menyertai perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) untuk mengisi masa lapang. Manakala Klopp, pastinya ingin memenangi perlawanan ini untuk mengubat duka lara selepas gagal mempertahankan kejuaraan liga dan kekalahan dalam Piala German.


Reus, Grosskreutz, Mandzukic, Gundogan, Martinez.
Midfielder's War.

Peminat bolasepak pastinya akan disajikan dengan pertempuran menarik dari posisi tengah oleh kedua dua pasukan. Baik Borussia Dortmund mahupun Bayern Munich, mereka memiliki pasangan midfielder yang terbaik di dunia ketika ini. Si Copot ke, Nanthakumar ke, waima Amar 'The King' Rohidan pun tak boleh makan punyalah!

Bayern Munich dijangka menurunkan pairing-midfielder terbaik mereka iaitu Schweinsteiger, Martinez, Ribery, Muller dan Robben. Sementara lawan mereka pula dijangka menurunkan Reus, Gundogan, Blaszczykowski, Bender dan Grosskreutz (jika Gotze gagal cergas).

Atas kertas, midfielders Bayern Munich di lihat bakal lebih menyerlah nanti terutama menerusi Martinez yang mempunyai rekod tackles won all season tertinggi dalam Bundesliga musim ini, ditambah pula skill kepimpinan cemerlang dari Schweinsteiger serta ketajaman trio Ribery-Muller-Robben yang gilababi dahsyat. Tapi bak kata legendary Fakri, "Kalau bola tu tak nak masuk, buat lah macam mana pun, tak masuk jugak". Makanya, tengok sahaja nanti apa jadi.


Amaran dari Lisa Freundin buat pasukan Bayern Munich.

Baiklah, aku dah penat. Prediksi aku, Bayern Munich 2-1 Borussia Dortmund.





* Der Klassiker (The Classic) adalah gelaran pertembungan tradisi di antara Bayern vs Dortmund.
2

Josh Turnbull - Bintang Masa Depan Chelsea

Obefiend Weiland Selasa, Mei 21, 2013 ,

Still a better player than Kezman .............................. pasti!

3

Tahniah Chelsea : Solidariti Buat Lucius Maximus

racYnc Khamis, Mei 16, 2013


Saksikanlah Liverpool!!

1 - Disebabkan rasa cinta kepada bolasepak (dan respect buat Lucius), perlawanan akhir Ueropa League tetap juga gua tengok walaupun Chelsea ataupun Benfica, dua dua pasukan bukan kegemaran gua. Berlangsung di Amsterdam Arena, perlawanan ini lebih penting buat Chelsea yang mengalami deretan kegagalan musim ini termasuk di dalam saingan BPL.

2 - Chelsea kini perlu menang dengan Everton untuk mengekalkan tempat ke-3 di dalam saingan liga. Ya, dengan bajet dan bakat besar yang dimiliki, nombor 3 sahaja yang mereka mampu lakukan musim ini. Bangang kan? Berbanding Benfica, yang berpeluang menjadi juara Liga Portugal jika menang dengan pasukan Moreirense sementara dalam masa sama FC Porto pula seri ataupun tewas pada perlawanan terakhir mereka.

3 - Perlawanan berlangsung dengan agak perlahan di separuh masa pertama. Benfica lebih kelihatan bertenaga dengan beberapa percubaan dari dalam kotak penalti. Percubaan terbaik Chelsea pula hadir dari pakcik power, Frank Lampard namun dapat diselamatkan oleh Artur. Perlawanan kekal tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama. 2-3 kali jugak la gua terlelap.

Percubaan dari Lampard.

4 - Separuh masa kedua berlangsung dengan lebih garang dari kedua pasukan. Tandukan Cardozo (minit-51) hampir memberikan gol buat Benfica namun telah dipersalahkan terlebih dahulu kerana offside.

Offside dari Cardozo. Halus gila.

5 - Kebuntuan jaringan akhirnya dipecahkan oleh Fernando Torres (minit-59) yang berjaya melepaskan diri dari pertahanan Benfica sebelum mengelecek goalkeeper seterusnya menyepak mudah jaringan pertama. Ok, sebenarnya masa ni gua dah tertidur, tapi pengulas punya menjerit buat gua terbangun balik. Setan!


Jaringan Torres.

6 - Namun gol itu tidak bertahan lama apabila Benfica berjaya menyamakan kedudukan menerusi penalti oleh Cardozo (minit-68) setelah handball dari Azpilicueta. Perlawanan semakin rancak di akhir perlawanan dan akhirnya abang tonggek Ivanovic berjaya menjaringkan gol kemenangan menerusi tandukan pada masa kecederaan seterusnya membolehkan gua tidur awal.

Tandukan kemenangan Ivanovic.


7 - Sebenarnya perlawanan agak seimbang dan kedua pasukan berpeluang memenangi perlawanan. Bagi pasukan Benfica, gua berikan pujian terhadap beberapa player yang bermain cukup baik seperti Cardozo dan Nicholas Gaitan. Power mamat dua ni. Chelsea pula menang hasil beberapa pemain yang on form seperti Cahill, Ivanovic, Mata dan tak lupa Torres. Babi, rasa janggal pulak bila puji Torres ni.

8 - Tahniah Chelsea, tahniah Lucius Maximus.
2

Tragedi Di Hari Final Europa League

Accurecca Rabu, Mei 15, 2013

Jarum jam di pergelangan tangan Nordin sudah menunjukkan pukul 12.55 tengah hari. Lagi 5 minit untuk menjamu makan tengah hari. Nordin yang sudah muak menghadap monitor komputernya dari tadi, cuba mencari topik untuk memulakan perbualan dengan rakan sepejabat barunya, Thaqif.

“Sembang pasal bola pun OK jugak dengan budak baru ni aku rasa” Nordin bermonolog sendirian. Dia menyinsing lengan kemejanya yang berona jingga muda itu dan berpaling ke arah Thaqif yang duduk di sebelah mejanya.

“Woi Thaqif, malam esok final EL, Chelsea lawan Benfica. Kau agak siapa yang akan menang?” Tanya Nordin memulakan bicara.

Thaqif yang ketika itu sedang tekun menghadap monitor komputernya berpusing ke arah Nordin dan menghela nafas panjang seperti orang sakit asma.

“Aku rasa Chelsea akan menang” balas Thaqif pendek tapi penuh keangkuhan.

“Pasal apa kau pilih Chelsea?” Tanya Nordin meminta penjelasan Thaqif sambil menarik nafas dalam-dalam.

“Chelsea power woi sekarang ni. Gaya permainan dah macam Bayern campur Barca campur Dortmund. Kalau setakat Benfica tu, aku rasa jadi lauk kenduri Chelsea je” jawab Thaqif seraya ketawa menyeringai menampakkkan giginya yang berterabur dan kuning tanda kuat hisap rokok.

“Lagi satu kalau engkau nak tahu Nordin, Chelsea ni dia punya power, kalah kelab London yang lain. Setakat kelab Arsenal tu, dorang ketis sambil buat gaya gwiyomi je.

“Ehh, lebih-lebih pulak budak baru ni. Aku tanya pasal final EL je, yang dia kutuk Arsenal apa hal?” Nordin bermonolog sendirian lagi dalam hatinya yang mula membara. Semua budak ofis lain tahu yang Nordin ni peminat tegar Arsenal dan panas baran.

“Arsenal tu dah berapa tahun tak menang piala, tapi ada jugak yang bangang nak sokong lagi. Arsene Wenger tu dah patut kena tendang dah. Tak faham aku dengan penyokong Arsenal ni. The Professor kepala hotak dorang!” Tambah Thaqif lagi seolah-olah menempah keranda.

“Ahh ini sudah lebih. Dia kutuk Wenger pulak. Cilaka!” Bentak Nordin sambil mengetap giginya kuat-kuat.

“Lagi satu yang aku tak faham penyokong Arsenal ni, dorang bangga sangat dengan corak permainan ART. ART apa jadah kalau tak menang piala nak dekat 10 tahun dah” tambah Thaqif lagi serentak ketawa berdekah-dekah memperlekehkan Arsenal kesayangan Nordin.

Muka Nordin sudah merah. Lengannya sudah timbul urat. Kakinya sudah menggeletar. Peluh sudah mula meleleh di belakang telinganya.

“Ehh, aku lupa nak tanya. Engkau ni sokong pasukan mana woi?” Tanya Thaqif selepas puas gelak mengekek sambil menyeka air mata tanda gelak kepuasan.

“Aku sokong Arsenal la setaannnnnn!” Serentak dengan itu, kerusi ofis hinggap di batang tengkuk Thaqif.

Thaqif rebah menggelepar. Darah terpercik merata-rata. Suasana ofis menjadi hingar bingar dengan pekikan dan lolongan menyuruh Nordin berhenti menghempuk kerusi ke badan Thaqif yang sudah lembik.

Semoga roh Thaqif dicucuri rahmat

0

Mencari Maksud Bangang Sejati

Jali Bah

Tahukah anda?

Seorang manusia hebat di bumi pernah berkata:

"When you don't win anything for years, people understand why you leave. Football is all about winning. If you don't win you want to go".

 " Jadilah dari tak ada langsung" 
                                 '' khas untuk kau Prof. Wenger
    "gila kau nak rasa macam ni main dengan Arsenal"
"Nampak tak nampak tak?"
Sampai bila nak membangangkan diri. Pkpknlh.



0

Tribut Kepada Super Frank Lampard

Obefiend Weiland ,

Terima kasih Super Frank!




9

Bangla, Bangla, Bangla Power!

Accurecca Selasa, Mei 14, 2013

Selepas liga semi-pro ubah jadi liga pro, hampir 30 tahun pegang jawatan Presiden FAM, berbelas kali tukar format liga, taddddaaaaaaaaaaa! Ini hasilnya! Mohon bangga!




Jangan risau. Beri beta masa 30 tahun lagi untuk memperbetulkan keadaan ini. Mohon semua rakyat tabah. Beta tahu apa yang beta buat. I am a fighter.



Aaaaa? Ranking Malaysia? Peduli apa aku. Aku ada misi lebih penting nak jahanamkan AFF pulak lepas ni.



Dey, Sokernet! Engko jangan banyak bunyi. Aku tahu mana pemain bangang untuk main dengan skuad Malaysia.



Woof! Woof! Kalau kau hebat sangat, kau sendiri pergi main bola la. Asyik nak kritik je ~~ ayat tipikal anjing bolasepak Malaysia.



Beribu-ribu tahniah! Beribu-ribu tahniah!




R.I.P Malaysian football.







1

SIr Alex - Ada Bakat Masuk Kilauan Emas

Obefiend Weiland Isnin, Mei 13, 2013

Baguslah!

Dah bersara rasanya boleh mulakan kareer baru sebagai peserta kilauan emas!



1

Kelab Manchester Paling Bangang

Accurecca Ahad, Mei 12, 2013

Man City 0 - 1 WIGAN

Burung superbia superbana!

Kalah dengan Wigan, kelab yang bakal turun liga, gol pula disumbat pada minit 90++ adalah satu perkara paling hina!
7

R.I.P Sir Alex Ferguson (1986-2013)

Jali Bah Khamis, Mei 09, 2013


Orang kata, bangsa Scotland ni boleh tahan hebat dia kalau jadi manager walaupun main bola sebenar diorang main biasa-biasa je. Apa pun, good bye Sir Alex Ferguson. 27 tahun yang gemilang (ya gemilang, dengan bantuan reffree dan FA) dengan 49 trofi kesemuanya bersama United. Khabarnya David Moyes is on his way to Old Trafford, the theatre of dream, orang Scotland jugak dia ni.

Man United dengan Sir Alex ni sebenarnya satu entiti. Sebati menjadi satu unsur yang sangat sukar untuk dihapuskan ikatannya. Orang tengok MU, mesti nampak bayangan Ferguson. Orang tengok Rooney mesti ingat Ferguson, tengok dahi Beckham koyak mesti ingat Ferguson, tengok pengadil ingat Ferguson sampailah ke ahli tertinggi FA Inggeris pengaruh SAF begitu dominan. Aku berani cakap 90% peratus kejayaan united selama ni datang dari kebijakan taktikal Ferguson, selebihnya hanya nasib dan ya bantuan pengadil yang dibeli jugak tidak lupa.

Kejam tak kejam Ferguson ni tengok berapa tahun Arsenal kemarau tanpa trofi, City walaupun habis juta-juta masih bergelut untuk jadi kelab terbaik di Manchester, berapa banyak nyawa manager yang sudah terkorban di Stamford Bridge?. Liverpool pula masih berkabung sampai sekarang. Hebat betul penangan SAF ni sebenarnya.

Jatuh bangun Ferguson bersama Manchester United tempoh 3 tahun pertama yang begitu sukar untuk SAF yang hampir dipecat, dari era Steve Bruce, Cantona sampailah ke Robin Van Persie, SAF tetap steady.
 Banner yang naik tahun 1989. 
Maka apa yang aku boleh kata, United dalam perjalanan menuju ke zaman kegelapan dan kehancuran, macam Liverpool. The rest is history. Pernah tengok macam mana hebat tak Malaysia satu masa dulu main bola, pernah tengok hebat tak Kelantan 1,2 tahun lepas? Sekarang semua main bola macam anak anjing main kan. Macam tu lah Man United sebenarnya aku nak khabar nanti bila Sir Alex ni berambus.

Apa-apapun tunggu dan lihat. David Moyes is quite okay, aku tengok bila Moyes jadi manager Everton pun boleh tahan walaupun bajet kecil. This is the right time to go Sir Alex, dari tak ada uban sampai beruban, kurus ke gemuk, statue pun sudah siap, title ke-20 pun sudah dapat, aku nasihat cukup-cukuplah. Mahathir pun sudah lama bersara.
angkuh
5

Mencari Maksud Power Sejati

Accurecca Rabu, Mei 08, 2013
27 tahun di Manchester United:

13 kali juara EPL
5 kali juara Piala FA
4 kali juara Piala Liga/Carling
10 kali menang Piala Perisai (Charity Shield)
2 kali juara UCL
1 kali juara Piala Juara-Juara
1 kali menang Piala Super Eropah
2 kali juara Piala Kelab Dunia

Power tak aku?
Huhu! Powernya! Powernya! Huhuhu...srotttt..
Tunggu! Alex Ferguson power? 

Power kepala bana!
29 tahun sebagai Presiden FAM:

3 kali juara Pestabola Merdeka
3 kali menang pingat emas Sukan SEA
1 kali juara Piala Kemerdekaan Indonesia
1 kali juara Piala AFF
Berjaya membangangkan ranking Malaysia dari kedudukan 75 ke 163

Amacam, power tak beta?
Power! Power!

OK. Sekarang dah faham maksud power sejati?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...