ARKIB SOKERNET

3

Prebiu Final Piala FA : Kelantan vs JDT

Jali Bah Sabtu, Jun 29, 2013
Tahukah anda, ramalan pakar semua memilih Kelantan untuk menang. Jadi apa alasan kau nak pilih JDT?.

Kembali ke kancah bola sepak tempatan, final Piala FA di Bukit Jalil malam ni yang sudah pun mencecah edisi ke 23, Kelantan vs JDT, pasukan bana dari selatan.

Di atas kertas, peluang 50-50.  Atas padang kita tengok gaya main macam mana pergi dia. Kalau diikutkan pengalaman, Kelantan dah banyak kali ke final siap pernah lawan dengan QPR sekali. Tekanan beraksi di final pun dah boleh serap. 

JDT ni yang susah sikit aku nak khabar macam mana, hayat tak sampai setahun lagi, kalau budak masih kulup dan bulu pun tak tumbuh lagi JDT ni sebenarnya kalau dibuat perumpamaan.

Dua-dua team ni ada banyak persamaan, selalu jadi mangsa kebengapan FAM, dua-dua presiden yang kuat semangat rebel dia dan penyokong yang boleh tahan bangang dan kental assobiyah dia. 

Sebab tu banyak betul kontroversi pasal isu tiket final, siap ada panjat stadium, kejar tukang jual tiket dan sanggup beli tiket harga cekik darah dari FAM walaupun sebenarnya hanya perlu duduk depan tv atau serbu kedai mamak 24 jam.

Epik betul.

Beza dia satu je, satu pasukan yang lahir dari survival suci tanpa perlu menggunakan teknik cheat code atau teori money can buy success. Satu lagi pasukan palsu yang entah datang dari ceruk mana menggunakan logo kepala bana bertiga.

Ah, pasukan palsu dibunuh saja.

Tilikan power Sokernet: Kelantan menang.



2

Respect The Don

racYnc Jumaat, Jun 28, 2013




2

Keluar mulut rimau, masuk mulut buaya

Unknown Khamis, Jun 27, 2013
Hamidin Amin jadi Setiausaha Agung FAM yang baru. Korang terkejut ke?

Tak payah terkejut, usaha memulihkan bolasepak Malaysia diteruskan selama 100 tahun lagi. Haram jadah bukan?

Bolasepak asalnya sukan kaum buruh. Kaum yang penat bekerja menjala ikan, menampi padi, menoreh getah, mengecop sawit, memanjat pokok nyor dan mencari kayu api. Bukan sukan kaum kerabat dan ahli politik. Sukan korang tu ha main Polo, main Golf, bawak kereta sports dan lawan drift lepas tu mengaku raja drift Malaysia. Pergi la main sukan tu dan jangan ganggu sukan kaum buruh.

Dan bilamana sukan kaum buruh dirompak dan dilucutkan statusnya menjadi sukan kaum kerabat, apa lagi yang tinggal oleh kaum buruh?

Ceritanya simple, engkau keluar dari mulut rimau, masuk pulak dalam mulut buaya. 


2

Piala Konfederasi: Prebiu Separuh Akhir

Jali Bah Rabu, Jun 26, 2013
Di sebalik protes rakyat Brazil tentang penganjuran Piala Dunia 2014 yang dituduh ada unsur korupsi dan pembaziran, kejohanan ini berlangsung dengan aman, tiada balingan batu dalam stadium, tiada penonton jatuh dan khabarnya tiada satu pun kelibat kucing kelihatan di Maracana, Castelao atau di Arena Pernambuco.

Separuh akhir piala konfederasi, Brazil yang layak atas tiket tuan rumah melawan Uruguay juara Copa America manakala Sepanyol juara dunia dan Eropah beradu kekuatan dengan Italy di Fortaleza, naib juara Euro 2012 ( Sepanyol menang WC dan Euro 2012).

Ok, tak ada Jerman, Argentina atau Belanda. Jangan sibuk nak tanya aku mana Ronaldo, Messi, atau Robben tak pasal-pasal aku sumpah jadi azkal.

Brazil vs Uruguay

Derby klasik Amerika Selatan, the Celesta melawan the Selecao
Brazil

Pertemuan klasik derby Amerika Selatan ini yang sudah berjumpa 72 kali untuk semua pertandingan sebelum ini,  the Selecao menang 33 kali, Uruguay 20 dan selebihnya seri. Sekarang Brazil berbeza dengan Brazil zaman Pele ke Ronaldo gemuk. Rentak Samba sekarang sumbang dan tak mengancam macam dulu, ranking pun jauh terpelosok bertangga-tangga ke bawah.

Brazil cukup kuat di gelanggang sendiri, England seri di sini, begitu jugak Perancis kena titik 3-0. Group stage, Samba masih kekal dengan rekod 100% menang, dengan wonderkid Neymar menjaringkan gol dalam semua perlawanan. Jelas, Brazil dalam kondisi top form sekarang menentang Uruguay dan langsung saja layak ke final.

Uruguay

Uruguay bukan lawan mudah, walaupun diayamkan sepanyol dengan penguasaan bola 27%-73%, anak-anak buah Oscar Tabarez bangkit menang ke atas Nigeria, wakil Afrika 2-1 sebelum menyemadikan newcomer, Tahiti 8-0 dengan tenang di Arena Pernambuco.

Di barisan depan, gandingan hebat 3 serangkai cukup berbahaya untuk menggempur Brazil, Suarez, Forlan dan Cavani siapa sedia meng’threesome’kan Julio Cesar bertubi-tubi awal pagi Jumaat nanti.

Ramalan: Brazil 3- Uruguay 1

Sepanyol vs Itali


Itali

Bermula goyah menang tipis 2-1 ke atas Mexico sebelum nyaris dibunuh Jepun 4-3 dan kalah dengan tuan rumah, Brazil 2-4 selepas itu. Itali sudah melepaskan 8 goal dengan Buffon semakin dimamah usia di gawang gol. Tanpa Andrea Pirlo, maestro yang macam biasa bermain sebagai deep lying playmaker, siapalah Italy. Hilang punca, kurang menyengat dan tiba-tiba Itali bermain seperti Melaka FA yang beraksi di Liga FAM.

Timbul tanda tanya keberkesanan taktikal Catenaccio. Atau buang saja taktik Catenaccio dan meniru corak permainan JDT yang sudah pun layak ke final piala FA.

Sepanyol

Sepanyol sebenarnya masih belum anzal dan bermain sekadar memanaskan badan setakat ini. Dengan rekod bersih menang 100%, 15 jaringan gol dan hanya melepaskan satu gol setakat ini, La Roja calon pilihan juara Piala Konfederasi edisi kali ni. Tak kira team Sepanyol A atau B, La Roja tetap cemerlang seperti biasa.

Sepanyol cukup complete sebagai satu pasukan yang kuat, aliran pergerakan bola yang cukup lancar di atas padang dengan prinsip total football, tanpa syak Sepanyol sekarang adalah jelmaan Belanda di Piala Dunia 1974 di Jerman. Dibantu kualiti pemain yang seimbang tak kira yang duduk menonton saja di bench atau yang sedang menggentel bola di atas padang, terlalu banyak pilihan untuk Del Bosque.

Tanpa prejudis dan ragu-ragu lagi, Sepanyol akan terus mengekalkan legasi kuasa besar bola sepak dunia sekurang-kurangnya sampai Malaysia layak bermain di Piala Dunia.

Ramalan: Sepanyol 4- Italy 0




3

Piala Konfederasi : Cinta Antara Benua

racYnc Selasa, Jun 25, 2013

Entri ini sebenarnya di hasilkan sejurus selepas game Spain membelasah Tahiti 10-0. Namun baru siap disebabkan banyak faktor seperti sibuk bekerja, idea tetiba hilang, tengah menulis tetiba rasa nak makan megi dan tak lupa juga bila tengah menulis tetiba rasa nak terberak lalu tumpuan hilang di situ. At the end, nothing else matter.

Mundialito (Little World Cup) 1980


Sejarah evolusi Piala Konfederasi boleh disingkap sedari 1980 apabila kejohanan Mundialito dianjurkan. Piala ini turut dikenali sebagai Worlds Champion's Gold Cup (Copa de oro de Compeones Mundialis) yang berlangsung di Montevideo, Uruguay.

Asalnya kejohanan ini dibuat bersempena ulangtahun ke-50 Piala Dunia yang telah berlangsung di negara yang sama pada tahun 1930. Negara bekas pemenang Piala Dunia dijemput menyertainya seperti Brazil, Argentina, Italy, Uruguay, German Barat dan England. Namun England dengan tegingnya menolak untuk menyertai kejohanan ini dan digantikan oleh Belanda (Naib Juara Piala Dunia 1974&1978).

Kejohanan ini telah dimenangi Uruguay setelah mengalahkan Brazil 2-1 di final.

King Fahd Cup (Intercontinental Championship) 1992 & 1995



Pada Oktober 1992, piala ini berevolusi pula sebagai King Fahd Cup (Confederations Winner Cup atau Intercontinental Championship), di anjurkan oleh Persatuan Bolasepak Arab Saudi dengan menjemput beberapa juara bolasepak dari setiap benua di dunia. Pada edisi kali ini, ianya hanya disertai oleh 4 negara iaitu Arab Saudi (Juara Asia 1988), Argentina (Juara Copa America 1991), Ivory Coast (Juara Afrika 1992) dan USA (Juara CONCACAF 1991).

Seperti diduga, skuad Argentina berjaya menjuarai edisi 1992 dengan mengalahkan Arab Saudi 3-1 di final. Team Argentina masa ni memang power dibarisi beberapa lagenda seperti Batistuta, Redondo, Caniggia dan Simeone. Tak kenal Batistuta? Pergi hentak kepala kat dinding sana.

King Fahd Cup diteruskan pada Januari 1995 dan disertai oleh 6 negara. Denmark yang secara 'diam diam ubi berisi' berjaya menjuarai edisi kali ini dengan mengalahkan juara bertahan Argentina 2-0. Dunia menyaksikan pula kehebatan 'Laudrup Bersaudara' pada edisi kali ini.

Piala Konfederasi



Melihat pada momentum populariti kejohanan ini yang meningkat naik, akhirnya FIFA telah membeli hak penganjuran kejohanan ini lalu menukar namanya kepada Piala Konfederasi (FIFA Confederation Cup) namun tetap dianjurkan di Arab Saudi pada 1997.

Pada edisi kali ini, Brazil yang dibarisi kombinasi otai seperti Romario, Dunga, Cafu serta wonderkid seperti Denilson dan Ronaldo telah menjadi juara setelah meMelakakan Australia 6-0 di final. Namun kejutan terbesar dibuat oleh pasukan Socceroos yang berjaya mengalahkan Brazil pada peringkat kumpulan sebelum melangkah penuh bergaya ke final.

Beberapa fakta power mengenai Piala Konfederasi:

  • Juara seterusnya adalah Mexico (1999), Perancis (2001 & 2003) dan Brazil (2005 & 2009).
  • Hanya Mexico(1999) dan Perancis(2003), berjaya memenangi kejuaraan piala ini di tempat sendiri.
  • Setiap wakil benua pernah mencatat sejarah melangkah ke final, termasuk Socceroos (wakil Oceania ketika itu) yang menjadi kejutan terbesar.
  • Lagenda Brazil, Dida menjadi pemain yang beraksi paling banyak di kejohanan ini dari tahun 1997 ke 2005 dengan jumlah 22 perlawanan.
  • Blanco(Mexico) dan Ronaldinho(Johor) menjadi penjaring terbanyak gol kejohanan ini sepanjang zaman. Namun berjaya dipecahkan Fernando Torres (ketika entri ini dibuat).
  • Bermula 2001, kejohanan ini telah berevolusi lagi apabila ianya hanya akan dianjurkan oleh negara yang telah memenangi bidaan penganjuran Piala Dunia. Cerita mudah kiranya sebagai sesi pemanas badan terhadap negara penganjur Piala Dunia yang akan berlangsung pada tahun seterusnya.
  • Piala Konfederasi kebiasaannya menjadi medan untuk pasukan kuasa bolasepak dunia melakukan eksperimen pemain dan taktikal terhadap pasukan mereka sebelum mengharungi kejohanan lebih utama (Piala Dunia). Namun jangan kau samakan dengan eksperimen tak sudah dari K Rajagobal. Itu cerita lain.
  • Pada edisi 2013, hanya pasukan Tahiti yang merupakan newcomer, yang seterusnya terus berjaya menjadi Tahi.
  • Edisi 2003 menyaksikan episod paling hitam buat Piala Konfederasi apabila midfielder Cameroon, Marc Vivien Foe pengsan ketika separuh akhir menentang Colombia. Beiau disahkan mati akibat sakit jantung.
  • FAM meramalkan Malaysia akan masuk kejohanan ini juga suatu hari nanti. Kau percaya, kau bangang.


Ok, aku nak melawat orang meninggal ni. XOXO.

5

Keji, Kritik, Gurau.

pakkordi Rabu, Jun 05, 2013
Selepas tsunami PRU13 kini kita dilanda krisis kebebasan bersuara pula. Atas alasan kebebasan bersuara, berbagai kenyataan yang bersifat negatif dari kacamata kerajaan (dan juga pada mata manusia marhaen seperti saya) telah dikeluarkan oleh golongan generasi baru yang kelihatannya lebih pro-pembangkang. Samada apa yang mereka nukilkan atas dasar kebebasan bersuara itu satu kritikan ataupun kejian, bukanlah hak saya untuk tentukan.

Secara peribadi, saya rasa kritikan adalah sesuatu yang perlu wujud. Samada kritikan itu membina atau pun tidak, datang dari golongan yang kita didik ataupun tidak, ia kekal sebagai kritikan dan saya yakin untuk kita maju kehadapan, kita harus belajar untuk terima kritikan.
 penting, ego kita tidak perlu terlalu tinggi kerana ego boleh membutakan mata dan hati.

Berlainan pula dengan kejian. Perbuatan mengeji adalah dilarang oleh agama. Siapakah kita untuk mengeji ciptaan Tuhan? Ada yang cuba menyembunyikan perbuatan mengeji dibelakang tabir gurauan. Pada saya, bergurau pun ada hadnya. Kadangkala saya suka mengeji ManUtd tetapi kejian itu hanyalah satu gurauan kerana menyokong kelab bolasepak tidak menganggu prinsip kemasyarakatan, prinsip beragama dan prinsip hidup seseorang. Tidak tahulah pula jika mengeji sebuah kelab bolasepak itu boleh menjatuhkan maruah penyokong2 mereka tetapi rasa saya, tidak.


Saya harap kita semua faham perbezaan diantara mengeji, bergurau dan mengkritik kerana jika perbezaan ini kabur, maka ranaplah sifat keislaman kita dan hancurlah budaya ketimuran kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...