ARKIB SOKERNET

7

Majlis Tahunan Kelantan : Jemput Hadir

zaileefd2 Ahad, Julai 28, 2013



Aku tak boleh tidur. Aku kasihan. Aku toleh belakang ke sebulan yang lalu.

29 Jun lepas, Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi menjadi venue  majlis tahunan Kelantan. Majlis Menjulang Piala. Untuk pengetahuan semua, majlis ini sememangnya dianjurkan Kelantan bagi melengkapkan legasi keangkuhan sebenar dan memberitahu khalayak ramai “who’s the boss”. Seperti mana majlis puja umur, majlis ini dianjurkan setahun sekali. Hanya pada tahun 2012 Kelantan mengadakannya sebanyak 3 kali sebagai satu kelainan akibat prestasi pasukan lain yang agak hambar.
Sejujurnya, aku jemu dan muak dengan majlis ini. Tiap-tiap tahun nak buat. Bayangkan la, sepak bola sambil lewa, taktikal MSSM, tapi boleh buat majlis jugak.

Pada Majlis Menjulang Piala FA baru-baru ini, Kelantan telah menjemput rakyat Johor. Ini sebagai satu khidmat komuniti memandangkan mereka sudah lama tidak memunculkan diri dalam arena bola sepak. Kalau ada pun sibuk menonton EPL hujung minggu. Mereka bersesak-sesak memenuhi stadium untuk melihat sendiri betapa dahsyat dan betahnya pasukan bernama Kelantan ini dalam menjulang piala. Sebagai tanda penghormatan untuk pasukan Kelantan, orang Johor membariskan badut-badut yang professional sebagai penyeri sebelum ke majlis utama selama 90 minit. Aku sangat terhibur dengan persembahan lawak sarkis dari Safiq Rahim dan Mat Yo. Geli hati bila ingat balik gerakan-gerakan hilang akal seperti memusing bola menggunakan hidung serupa anjing laut. Padu dan amat bertenaga. Namun sedikit kecewa dengan badut serba boleh, Safee Sali yang hanya meluangkan 15 minit menghiburkan jemputan.

Perjalanan majlis berjalan seperti biasa dengan nyanyian, tarian, dan pembakaran suar oleh jemputan yang diundang. Sungguh seronok mereka dijemput untuk edisi kali ini. Kegembiraan jelas terpancar setelah sekian lama menjadikan Stadium Bukit Jalil sebagai persinggahan naik bas sahaja. Kali ni mereka boleh masuk pula untuk menonton majlis menjulang piala. Terima kasih orang-orang Johor.

Selepas 90 minit dihiburkan, Kelantan menjulang piala seperti biasa. Cliché.

***********

Acara menjulang piala yang wajib ini akan diteruskan lagi apabila kejohanan Watson Piala Malaysia membuka tirai pada 20 Ogos depan. Maknanya acara selepas ini ialah acara menjulang Piala Malaysia pula. Sebagai penyokong Kelantan iaitu finalis yang menunggu, aku juga memberi perhatian pada majlis pengundian siang tadi. Kelantan ditakdirkan menghuni Kumpulan C bersama adik-beradik dari pantai timur iaitu Terengganu dan Pahang selain saudara dari Negeri Sembilan. Aku syak ini ialah strategi yang dirancang Kelantan memandangkan Pahang, Terengganu, dan Negeri Sembilan ialah pasukan yang diketahui paling kuat di galaksi bima sakti. Pasukan power kena ada bersama yang power.

Ramalan yang berat sebelah aku pula menjangkakan Kelantan bakal bertemu sama ada Lions XII atau Sarawak setelah selepas berjaya melepasi peringkat kumpulan. Cabaran yang juga kecil. Selangor yang masih dimomokkan tanpa jemu dengan Misi 33 juga tidak akan menjadi dugaan. Bagaimana senangnya menyuap roti canai setiap pagi, begitulah juga senangnya Kelantan menang andai berhadapan dengan Selangor. Tenang.

Akhir kata, kita bakal melihat siapa pula yang Kelantan undang ke Bukit Jalil untuk Majlis Menjulang Piala kali ni. Mungkinkah orang Johor sekali lagi. Atau mungkin episod tahun lalu bakal berulang yang menyaksikan Kelantan menjemput ATM.

Sama-sama kita nantikan.
5

Misi 33 Bergaya

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Sabtu, Julai 27, 2013
Zaman bergaya


Watson Piala Malaysia

Watson kepala bana dia. Dah takde ke syarikat gergasi lain yang sanggup menaja Piala Malaysia ni? Kenapa syarikat penjual kondom perisa pisang menaja bola? Apa kaitan mereka dengan bola? Kenapa kejohanan yang begitu agung ni direndahkan martabatnya sampai begini sekali? Salah siapakah ini? Salah JDT jugak kah?

Persetankan nama tu. Kita fokus ke Piala Malaysia. Sebenarnya aku tak kalut sangat bab undian ni. Letaklah Bayern Munich ke Barcelona ke main dalam Piala Malaysia, sudahnya Selangor jugak yang juara nanti. Aku cakap ni bukanlah nak cakap kosong ke cakap besar ke, tapi benda boleh nampak dah. Nak harapkan sape lagi boleh juara ni? Kelantan dah lemau, Pahang dah boleh tolak tepi, JDT engkau tak payah cerita la, Perak hmmm... Sudahnya yang berentap final nanti Selangor dengan Singapura je la. 

Beberapa tahun kebelakangan ni rakyat Malaysia dihantui dengan frasa 'misi 33' yang dibawa Selangor. Misi 33 ni umumnya adalah satu misi untuk memenangi Piala Malaysia kali ke-33 setelah 32 kali menjuarai kejohanan ini dengan 'bergaya'. Kalau dah kata bergaya dah tentulah nak menang pun dengan punuh gaya kan? Kalau setakat lawan Negeri Sembilan, Kelantan atau Perak, lepas tu juara mana ada bergaya. Jadi dengan kembalinya pasukan Singapura ke kancah Piala Malaysia, mereka akan membantu melengkapkan misi 33 Selangor dengan sangat bergaya. Kau nampak?

Benda ni penyokong Selangor je yang nampak, penyokong lain mana boleh fikir sejauh tu. Buktinya kau tengok la nanti Stadium Shah Alam sunyi masa perlawanan peringkat kumpulan. Sebab mereka dah tahu yang Selangor akan ke final, jadi mereka hanya penuh masa final je la nanti. Nampak tak tahap IQ genius penyokong Selangor ni macam mana? Tak payah kau terkinja-kinja macam beruk awal-awal sudahnya terkandas peringkat kumpulan, terkandas suku akhir. Ke macam mana?

Kah kah kah


0

keputusan Penuh Undian Peringkat Kumpulan Watsons Piala Malaysia 2013

Jali Bah
Fokus balik dekat liga Malaysia, tolak tepi dulu cerita tingkap perpindahan, Suarez ke Arsenal, Rooney ke Chelsea, Chopot ke Pahang dan skuad Gopal yang kena bantai 5-0. Bila nak menang ni Gopal.

Piala Malaysia, piala paling hebat dalam sejarah bola sepak di cakerawala bumi selepas Piala Dunia, namanya saja mungkin berubah, piala HMS malaya sebelum rebranding ke piala Malaysia, kemudian jadi fenomena sekejap dengan nama Dunhill Piala Malaysia dan sekarang tukar balik ke Watsons Piala Malaysia.

Ya Watsons, kedai jual peralatan farmasi, produk kecantikan dan kesihatan diri, alahan, resdung, sembelit dan kencing tak lawas terkemuka di Malaysia.

Kualiti masih sama kekal dengan gaya, mutu dan keunggulan. Soalan pun masih sama, yang balik-balik Zainal Abidin Rawop akan tanya setiap tahun sampai aku naik bosan nak jawab, ke mana piala Malaysia tahun ni, ke Singapura, kekal di Pantai Timur atau mungkin terbang ke Pulau Borneo.

JDT? Itu pasukan bola sepak ke?.
Satu ketika dahulu, Dunhill Piala Malaysia
Sembang panjang pun tak guna, baru tadi Hafizal Hamad mesej aku keputusan cabutan undi. Aku dekat Fulham Street ni, seminggu dah dekat sini, sultan Sokernet suruh cari bahan. Sepak mula terajang pada 20 Ogos 2013.

Ok, aku nak pergi tarawih ni.

Kumpulan A

Johor FA, ATM, Sime Darby FC, Selangor (Juara 32 kali)

Kumpulan B

PKNS FC,  Felda United,  T-Team,  JDT

Kumpulan C (Kumpulan maut)

Negeri Sembilan (Sayur tahu, sayur), Pahang, Terengganu, Kelantan (Calon juara)

kumpulan D 

Kedah, Perak, Sarawak, Lions 12
4

Selamat Tinggal 'Hassan Kepada James'

Unknown
Sesebuah negara yang mempunyai potensi untuk menjadikan sesebuah jenama itu maju dan boleh mendatangkan keuntungan adalah negara yang mempunyai populasi penduduk yang besar, Indonesia misalnya. Tetapi idea tersebut boleh dipertikaikan kerana, selain dari populasi penduduk dan pengaruh bolasepak yang kuat di negara tersebut, ia juga berkaitan dengan sistem dan kualiti pengurusan.

Aku fikir, tentang itu, Malaysia lebih mendahului Indonesia walaupun populasi penduduk Malaysia hanya suku daripada keseluruhan penduduk Indonesia dan tidak sefanatik penyokong Indonesia walaupun kita mempunyai beberapa kelompok penyokong seperti Ultras. (Sebenarnya Ultras lebih lama wujud di Indonesia)

Kerana itu, beberapa kelab eropah ini, lebih memilih Malaysia kerana selain dari apa yang aku sebutkan tadi, ia juga berkaitan soal lokasi yang strategik.

Fakta yang harus diketahui, kehadiran beberapa kelab eropah di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, adalah merebut peluang untuk penghasilan berjuta pound sterling dan pound-pound yang lain. Jika di Indonesia, kebanyakkan penyokong masih tidak tahu tentang perlawanan yang di iktiraf atau tidak seperti menentang Chelsea, tetapi kita di Malaysia sudah lama mengerti. (Soal sponsor yang mengaturkan perlawanan bukan PSSI, pun di maki hamun oleh mereka di sana, tepuk dahi aku lihat)

Pengalaman lalu yang tidak membawa apa keuntungan atau kelebihan terhadap mutu bolasepak Malaysia sendiri membuka mata semua penyokong Malaysia. Mungkin kerana bosan dan menganggap ianya satu perlawanan tongong, kehadiran penyokong yang menyaksikan perlawanan menentang Chelsea tempoh hari hanya menampakkan lebihan kerusi di celah-celah hujung stadium sana. Jualan tiket yang tidak mencapai target punca kenapa aku berkata demikian. Kalau main dekat Stadium lain, aku jamin full, pang cuba!

Malaysia vs Chelsea

Aku fikir, pemain-pemain tipikal Rajagopal yang bermain ini hanya dua benda yang berlegar di kepala mereka. Kalah secara bermaruah atau kalah secara bangang. tetapi bagi aku secara lahiriah dan objektif, aku terus konsisten memilih kalah secara bangang. Terbukti bukan?


2003, tahun pertama Chelsea datang ke Malaysia untuk kejohanan Premier League Asia Trophy yang menyaksikan dua lagi kelab iaitu Newcastle United dan Birmingham City selain dari Malaysia yang bermain untuk merebut juara kejohanan edisi pertama itu. Malaysia yang  diketuai oleh penjaring tunggal Malaysia untuk 3 perlawanan ketika itu, iaitu Hairudin Omar mengekalkan status kalah secara bangang yang menjadi tradisi kepada bolasepak Malaysia. Aku masih ingat, tandukan Hairudin Omar yang  menerjah gawang Chelsea mendapat liputan yang meluas di semua akhbar Malaysia. 

Televisyen beberapa kali mengulang tayang gol tersebut dan menyoal pemain tersebut mengenai perasaan menjaringkan gol serta apa yang difikirkan ketika bola menuju ke kepala walaupun Malaysia tewas pada perlawanan menentang Chelsea itu.

Tahun 2013, situasi gol yang hampir serupa pada 2003 terjadi lagi, gol melalui tandukan Fadhli Shas di hujung-hujung minit perlawanan pada ketika pemain Chelsea sudah memikirkan untuk berhibur di mana selepas perlawanan tidaklah mengejutkan. Tetapi agak merisaukan aku, adakah soalan "apa yang anda fikirkan ketika bola menuju kepada anda?" oleh wartawan kepada Fadhli Shas akan muncul? 

Dan ketika itu aku sudah membayangkan sebijik cawan di rumah aku pecah bila membaca soalan tersebut di surat khabar.

Bila mengenangkan gol yang selalu di ulang tayang di televisyen iaitu 'Hassan kepada James' yang pada suatu ketika dahulu menjadi fenomena, agak merisaukan aku juga, adakah gol Fadhli Shas ini juga bakal menjadi lagenda untuk 20 tahun lagi sementara bolasepak Malaysia masih mengekalkan status bangang?

Selamat tinggal 'Hassan kepada James'


3

Pesanan Ikhlas untuk Harimau Malaya

Jali Bah Sabtu, Julai 20, 2013

Kalau alasan untuk dapat pengalaman berguna, pendedahan, peluang lawan world class player bukan selalu dapat dan ah lantak apalah kau nak guna, aku rasa alasan tu dah basi, kalau makanan lah elok buang dekat tong sampah untuk dilupuskan atau bagi anjing makan.

Isu dekat sini bukan isu berapa kali team tu datang Malaysia lawan friendly, bukan jugak berapa banyak duit team tu kaut dekat Malaysia ni. Aku tanya jujur lah, lepas Malaysia lawan team-team hebat ni, apa pengajaran yang Malaysia dapat? Meningkat ke tak tahap permainan, shooting makin padu, passing tak ke laut, idea makin banyak atau main masih sama macam dulu. Puasa-puasa macam ni jangan jadi lemau malas nak berfikir.

Sebab kita tak maju-maju lagi bola ni tak payah fikir susah-susah, sudah banyak kepincangan seawal peringkat asas, macam racync cakap pemilihan pemain yang memang tak betul, alasan susah nak pilih player yang memang tak boleh pakai.

Itu aku tak sebut lagi pasal kemahiran asas teknik bola sepak, tahan bola guna kepala bana, passing tak sampai macam tak cukup makan, passing bola selalu ke laut, player tak kreatif, lambung bola lari kejar bola, bola out. Lepas tu sambung lambung bola, lari kejar bola, bola out. 90 minit main macam tu tak ke kita kena barah hati kalau tengok lama-lama.

Lawan Chonburi FC pun tak lepas, ada hati Gopal nak lawan Barcelona.

Macam kanak-kanak ribena lah, jalan tak betul, lari pun tak laju sangat, otak pun tak berkembang lagi tapi kita paksa bagi dia tengok cerita The Matrix lengkap sampai siri Revolutions dengan harapan lepas tengok boleh jadi bijak terus macam Rajagopal. 

0

Bukan Senang Pilih Player - Alasan Serupa Setan

Kami berjaya rembat duit lagi! Horey!!

Ini cerita tahun ni punya cerita. Gua dapat berjumpa dengan seseorang yang memang dah lama gua nak jumpa. Jejaka berkulit hitam, tinggi dan kemas sweet sweet lebih kurang. Masa tu pun kebetulan sebab gua bermalam di hotel dan level floor yang sama dengan brader ni. Hotel belakang dataran besar Johor Bahru.

Peluang berbual yang sesingkat cuma tu gua gunakan cukup cukup. Gua bukan berbual pasal politeisme, bukan pasal pluralisme dunia dan jauh sekali pasal survival eksistensi sinematikal terhadap khalayak audiens di Malaysia. Bukan cerita itu saudara saudari. Terlalu bukan. Dia orang bola, jadi gua berbual pasal bola.


Pung pang pung pang.


Ayat last dia tu gua memang ingat.

"Sekarang susahlah. Bila kita dah pilih player tu, atas padang dia main tak sama pulak macam kita nak." rintih beliau.

Gua hanya tersenyum angguk sikit sikit, lepas tu gua pimpin tangan bini berjalan terus tak toleh belakang. Bak kata anak Muhyidin, 'senyum, tak perlu kata apa apa~~ '.

Brader tersebut lebih dikenali sebagai Dato' K Rajagobal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...