ARKIB SOKERNET

19

Sejarah Bola Sepak Sebenar

Pipiyapong Abdillah Hamzah Isnin, September 30, 2013 , ,


1. Bola sepak moden (Total) adalah sejenis bola sepak yang real. Bola sepak sebenar. Ia berasal dari Belanda iaitu spesifiknya Amsterdam. Orang yang bertanggungjawab memulakannya adalah Rinus Michels dengan bantuan mentee-nya Johan Cruyff. Bola sepak Rinus Michels berjaya menakluk Eropah dengan pelbagai gelaran dan kemuncaknya pada final Piala Dunia 1974.

2. Pada tahun 1985, Cruyff bersara sebagai pemain dan mula menjadi jurulatih. Dia memulakan kerjaya sebagai jurulatih di Ajax Amsterdam. Berdasarkan bola sepak Rinus Michels, Cruyff memulakan bola sepaknya yang tersendiri dengan pemain-pemain seperti Basten dan Rijkaard.

3. Bola sepak Cruyff berjaya menakluk Eropah dengan sekumpulan pemain muda apabila berjaya merangkul European Cup Winner's Cup. 

4. Dalam masa yang sama di Ajax Amsterdam, Cruyff menemui Bergkamp, seorang pemain bola sepak teknikal terbaik dunia sehingga hari ini. Cruyff terus bertindak menjadi mentor Bergkamp selama beberapa tahun sehingga Bergkamp membuat kemunculan profesional pertama pada 1987, iaitu ketika berusia 17 tahun.

5. Selepas kejayaan peringkat Eropah, Cruyff mahukan perubahan di Ajax. Ajax mesti dibangunkan secepat mungkin. Dia mahu Ajax diuruskan secara lebih profesional dengan gaya Amerika. Namun Pengerusi Ajax, Harmsen tidak sependapat dengan Cruyff.

6. Cruyff merajuk membawa diri ke Barcelona dengan harapan dapat membina pasukan impiannya di sana. Di sana dia mencari pengganti Bergkamp dan akhirnya menemui Pep Guardiola.

7. Ketika Total bimbingan Rinus Michels berada di kemuncak, ia menjadi perhatian seorang penjual kasut dari Italy, Arrigo Sacchi. Penjual kasut itu telah jatuh hati dengan bola sepak Rinus Michels yang power. Di negaranya bola sepak dimainkan serupa celaka dengan corak bertahan.

8. Cinta Arrigo Sacchi yang mendalam terhadap bola sepak Belanda telah membawanya ke Amsterdam. Dia mengikut abahnya yang ada hal bisnes ke Belanda. Ketika abahnya menghadiri ekspo kasut, Arrigo Sacchi senyap-senyap ke padang latihan Ajax Amsterdam mengkaji bola sepak Total dan menonton permainan Cruyff dan Neeskens.

9. Dengan ilmu yang dikutip dari padang latihan Ajax, Arrigo Sacchi balik kampung dan mula melatih pasukan kampungnya. Tahun demi tahun bola sepaknya menjadi. Dari pasukan Baracca Lugo dia ke Bellaria, AC Cesena, Rimini, sehingga menjadi jurulatih remaja Fiorentina yang berjaya. Dari Fiorentina dia ke Parma yang ketika itu di Serie C sehingga mampu menewaskan AC Milan. Pengerusi AC Milan, Berlusconi menjadi kagum lalu membawa Arrigo Sacchi ke AC Milan.

10. Selepas Cruyff meninggalkan Ajax (dan berjaya di Barcelona), Bergkamp dan rakan-rakannya masih meneruskan bola sepak Cruyff dipimpin oleh Louis Van Gaal. Sebenarnya bukan Cruyff saja yang meninggalkan Ajax. Van Basten dan Rijkaard turut pergi dibeli oleh penjual kasut, Arrigo Sacchi yang mahu sentuhan Belanda dalam bola sepak ciptaannya yang juga dari Belanda.

11. Celaka apa aku cerita panjang-panjang ni? Aku kena pendekkan ni.

12. Tak lama kemudian Inter Milan beli Bergkamp dan Wim Jonk untuk ubah bola sepak Inter Milan supaya menjadi seperti bola sepak AC Milan. Inter Milan gagal apabila jurulatih mereka degil nak main stail parking bas macam Chelsea yang sekarang juga.

13. Kegagalan membawa perubahan itu menyebabkan Bergkamp membawa diri ke England. Dia masuk Arsenal, sebuah pasukan yang main boring macam celaka dengan gaya bertahan ala Italy. Namun kemahuan seluruh pemain dan pegawai Arsenal untuk berubah telah menjadikan Arsenal sebuah pasukan dengan gaya bola sepak Belanda perisa Perancis hasil kerjasama Bergkamp dan Wenger.

14. Begitulah ceritanya.

15. Sebenarnya aku nak cakap ada 3 pasukan je yang main bola sepak real. Ada 3 je! Barcelona, Arsenal dan AC Milan.

16. Yang pasukan lain lain semua bangang. Semua main bola sebab nak hapuskan bola sepak yang real ni. Main sepak je bola tak tentu hala dan tak respek pada bola sepak itu sendiri.

17. Pada hari ini, Arsenal di persada Liga Perdana Inggeris. Power nak mampos.


Notakaki: Ketika artikel ini ditulis, Johan Cruyff dan Bergkamp sedang bekerjasama semula di Ajax Amsterdam untuk mencipta sebuah pasukan berteknikal Bergkamp. Arsenal dalam proses untuk menghalang. Pasukan lain apa tau? 
5

Malaysian Supersix Schools Rugby Finals

pakkordi Khamis, September 26, 2013

Sabtu ini di padang PULAPOL. Majulah sukan untuk negara. Nak harap kat bolasepak Malaysia? Haihh...

Champion ialah antara STAR v SMSS.

Aku rasa SMSS menang ni...

8

He is scared.. he is very scared ..

pakkordi Rabu, September 25, 2013

Tau pun ...
6

be afraid... be very afraid

Jorji Selasa, September 24, 2013

.

jangan kata aku tak cakap!
18

Sekilas Pandang Liga Juara-juara UEFA 2013/14

zaileefd2 Rabu, September 04, 2013 ,


Ketika saya ke Switzerland beberapa hari yang lalu untuk memeriksa baki akaun di Swiss Bank, saya berkesempatan meluangkan masa untuk ke Nyon bagi menghadiri acara pengundian kumpulan kejohanan Liga Juara-juara Eropah (UCL). Itu pun atas menghormati hubungan akrab antara saya dengan Presiden UEFA kerana pada hemat saya, tiada apa yang istimewa bagi perkara ini selain melihat Arsenal menjulang piala keramat kejohanan.

Seperti mana kejohanan yang lepas-lepas, kejohanan ini mengekalkan format asal iaitu 8 kumpulan dengan setiap kumpulan dihuni oleh 4 pasukan terbaik. Tidak perlu rasanya untuk mengulas lebih lanjut tentang format kejohanan memandangkan pembaca-pembaca sudah sedia maklum akan perkara tersebut. Lainlah andainya ada peminat baru yang mula mengambil tahu tentang bolasepak seperti mana yang berlaku di selatan tanah air mutakhir ini. Khalayak itu mungkin boleh mendapatkan informasi berkaitan di laman sesawang Wikipedia.

Berikut ialah keputusan undian berserta sedikit analisis dari kaca mata saya.


KUMPULAN A
Manchester United - Shaktar Donetsk - Bayer Leverkusen - Real Sociedad

Ini ialah kumpulan ayam. Manchester United yang dibanakan Liverpool beberapa hari lalu ditakdirkan menghuni kumpulan ini bersama ayam-ayam yang lain memandangkan saingan dilihat bertaraf sabung ayam sahaja. Ini ialah kali pertama David Moyes bersaing di peringkat ini atas kapasiti pengurus Manchester United. Taktikal beliau yang tidak mampu makan Chelsea dan tewas mudah pada Liverpool menjadi bahan gelak ketawa di England akan dijangka akan menjadi bahan gelak tawa di peringkat Eropah pula.

Shaktar Donetsk dan Bayer Leverkusen agak hebat menyerang balas. Juara dari Ukraine itu telah melepasi peringkat kumpulan pada 2 dari 3 kejohanan  UCL yang lepas. Leverkusen kini dikendalikan oleh Sami Hyppia. Kita semua tahu kemampuan Hyppia bukan? Real Sociedad tidak boleh dipandang mudah setelah menunjukkan belang apabila tenang membelasah Lyon dengan agregat 4-0. Rumusannya, juara dan naib juara kumpulan ini tidak lain tidak bukan hanyalah berfungsi sebagai penghibur di peringkat kalah mati. Tiada keistimewaan.


KUMPULAN B
Real Madrid - Juventus - Galatasaray - Copenhagen

Tidak banyak untuk diperkatakan tentang kumpulan ini. Kalau bengap macam mana pun dah boleh nampak siapa yang akan ke peringkat kalah mati. Kemasukan Gareth Bale semalam ke dalam skuad Real Madrid tidak akan memberikan kelebihan ketara berdasarkan tahapnya dalam kejohanan ini belum pernah diuji. Akhirnya segala harapan akan balik pada Cristiano Ronaldo jugak. Juventus yang kononnya unbeatable di Itali tetapi disepak terajang Bayern Munich musim lepas telah dikuatkan dengan Carlos Teves.

Didier Drogba kembali lagi ke kejohanan ini bersama Galatasaray. Musim lepas depa tersekat dengan Real Madrid. Mungkin ini peluang untuk memulangkan paku buah keras awal-awal. Copenhagen pula kini dikendalikan semula oleh Stale Solbakken yang tidak gembira di Wolves. Rumusannya, senang tanpa berkias saya cakap Real Madrid dengan Juventus akan ke peringkat kalah mati. Galatasaray akan main Liga Europa.


KUMPULAN C
Benfica - Paris Saint Germain - Olympiakos - Anderlecht

PSG menjadi pasukan pilihan bagi kumpulan ini. Musim lepas depa sampai suku akhir sahaja tetapi bernasib baik. Kalau tidak mungkin mereka yang akan kena toron 7-0 dengan Bayern. Edison Canvani masuk untuk digandingkan dengan Ibrahimovic. Benfica yang pemes dengan suwey sebab selalu kalah final Liga Europa ada peluang di sini. Diharapkan lokasi perlawanan akhir di Estadio da Luz, Lisbon akan menjadi motivasi buat mereka.

Olympiakos ialah peserta lazim dalam kejohanan ini tetapi sudah agak lama tidak melepasi peringkat kumpulan. Begitu juga dengan Anderlecht. Anderlecht tidak pernah melepasi peringkat kumpulan sejak musim 2000/01. Rumusannya, PSG dan Benfica ialah pasukan pilihan saya tetapi saingan tetap terbuka kepada semua pasukan.


KUMPULAN D
Bayern Munich - Manchester City - Viktoria Plzen - CSKA Moscow

Akhir-akhir ini, agak sukar untuk juara bertahan mempertahankan kejuaraan. Tengok Chelsea. Tengok Inter. Tengok Barcelona. Nasib yang sama mungkin turut menimpa Bayern Munich. Tambah-tambah dengan Pep Guardiola yang ambil alih, lagi la susah. Nak makan Chelsea pun merangkak masa Piala Super tempoh hari. Padahal Chelsea tu paling ayam la lepas Menyu. Saingan untuk pasukan ini mungkin hanya dari Manchester City yang dikuatkan bintang-bintang baru serta pengurus baru, Pellegrini yang berpengalaman membawa Malaga ke peringkat suku akhir musim lepas.

Mungkin akan ada kejutan dari dua lagi pasukan iaitu Viktoria Plzen dan CSKA Moscow. Mungkin. CSKA Moscow memiliki banyak bakat baru. Satu-satunya harapan mereka ialah jarak perjalanan untuk pasukan lawan. Ini trick Inter menang dengan Barcelona dulu la. Bagi jalan jauh-jauh, bagi penat, lepas tu ajak lawan. Plzen ialah underdog dalam kumpulan ini tetapi underdog juga tahu menggigit. Rumusannya, Bayern Munich diiringi Manchester City akan melepasi peringkat kumpulan lepas tu akan ada pasukan lain balas 7-0 pula pada Bayern.


KUMPULAN E
Chelsea - Schalke 04 - Basel - Steaua Bucharest

Ini kumpulan ayam juga. Cilake Menyu dengan Chelsea dapat jalan senang. Schalke tak jadi masalah buat Chelsea. Jose Mourinho akan kembali ke Veltins-Arena iaitu tempat yang sama dia menang UCL bersama Porto 10 musim dahulu. Basel ni dia punya power lain macam. Bebudak Menyu mesti tidak lupa depa ni la yang singkirkan pasukan mereka dua musim lepas. Kalau gelak sekarang pun real lagi ni. Kah kah kah!

Steua Bucharest takkan jadi masalah pada mana-mana pasukan. Rumusannya dah ada atas saya tulis. Ini kumpulan ayam. Chelsea dengan Schalke mara.


KUMPULAN F
Arsenal - Borussia Dortmund - Marseille - Napoli

Jujur saya cukup teruja dengan kumpulan ini. Satu-satunya kumpulan yang menampilkan pasukan-pasukan handal, berkarekter, dan sengit. Salah satu dari 4 pasukan ialah finalis menunggu iaitu Arsenal yang tampil untuk kali ke-16 berturut-turut. Kemasukan Ozil semalam makin mengukuhkan keyakinan saya. Borussia Dortmund dua tahun lepas tidak jadi masalah pada Arsenal tetapi musim ini mereka sudah layak menjadi pemanas badan. Dortmund mana boleh kalahkan Bayern. Arsenal dengan Bayern semua orang tahu macam mana.

Rafa Benitez beria betul nak lari dengan Arsenal tapi jumpa pula kali ni. Seri 2-2 kat Emirates musim lepas bukan tanda Rafa boleh cakap besar. Higuain kali ni akan Arsenal ajar makna penyesalan sebenar sebab tak nak masuk. Apa dia ingat formasi 4-2-3-1 dia yang letak Higuain paling atas tu boleh lepas dengan Koscielny? Kah kah kah. Marseille pula boleh menjadi pasangan untuk Arsenal berlatih teknik-teknik baru. Arsene Wenger tu orang Perancis. “A rude French knows another French rudeness”. Tahu la dia apa nak buat jumpa Marseille nanti. C’est la vie ma cheri….

Rumusannya, Arsenal menghuni tangga pertama kumpulan dengan 18 mata dan diikuti Borussia Dortmund di tangga ke-2 untuk mara ke peringkat kalah mati.


KUMPULAN G
Porto - Atletico Madrid - Zenit St Petersburg - Austria Vienna

Ini kumpulan totok Liga Europa. Deme-deme ni level Liga Europa aje tetapi kecemerlangan musim lepas meletakkan mereka sekali dalam satu kumpulan di tahap UCL. Bagaikan satu takdir. Porto ada Hulk. Atletico Madrid ada Villa menggantikan Falcao. Tidak banyak perkembangan tentang Zenit. Ausria Vienna ni dah 7 tahun tak menang liga tempatan tapi kali ni menang. Jadi mereka dapat masuk. Rumusannya, setiap pasukan mungkin akan merebut tempat ketiga kumpulan untuk meneruskan legasi mereka di Liga Europa. Dah serupa bangang. Orang nak nombor satu mereka ni rebut nombor tiga. Tapi sebab nak cukupkan syarat preview, saya pilih Atletico Madrid dengan Porto.


KUMPULAN H
Barcelona - AC Milan - Ajax - Celtic

Seperti mana AC Milan, Celtic juga berdendam dengan Barcelona susulan kekalahan pada kejohanan lepas. Barcelona yang ‘dikuatkan’ dengan kemasukan Neymar di bahagian serangan menjadi pasukan pilihan. Tetapi perlu diingat, ini UCL. Bukan perlawanan persahabatan menentang Malaysia. Kebolehan sebenar Neymar akan teruji pada UCL kali ini. AC Milan pula seperti biasa akan bergantung pada pemain bodoh alang si Mario Balloteli. KP Boateng yang berpindah ke Schalke semalam mungkin akan memberikan sedikit masalah buat mereka di bahagian tengah.

Ajax, wakil dari Belanda akan memberikan tentangan sengit walaupun pasukan ini ibarat Liverpool di England yang hanya menang dulu-dulu. Begitu juga Celtic. Kebolehan pasukan ini tidak boleh dipandang mudah apabila berjaya menyontot Barcelona pada perlawanan kedua peringkat kumpulan musim lepas. Rumusannya, Barcelona dan AC Milan akan ke peringkat kalah mati dan salah satu antara mereka akan disontot 7-0 pula oleh Arsenal.


KESIMPULAN

Setiap kumpulan tidak seimbang. Ada kumpulan yang sengit dan ada kumpulan yang bakal melalui jalan mudah. Namun demikian, harus diingat dalam kejohanan seperti ini tidak ada perlawanan yang mudah. Juara bertemu juara. Juara liga 20 kali pun boleh dipijak-pijak seperti tiket perlawanan dalam kejohanan terkenal ini. Semua pasukan wajib berwaspada.


Akhir kata, Arsenal akan mengumpul 18 mata di peringkat kumpulan, menang besar di peringkat kalah mati, menoron lawan di peringkat suku akhir, menerajang pasukan pilihan di separuh akhir, dan seangkuh mungkin menjulang piala UCL dengan kemenangan 14738 - 0 ke atas pasukan lawan di perlawanan akhir. Sekian.
17

Apa Kata Wenger

Pipiyapong Abdillah Hamzah Selasa, September 03, 2013 , ,

"Hari ini ramai orang bercakap tentang Arsenal terutamanya tentang Ozil yang memilih pasukan yang benar-benar bermain bola. Kami tahu yang bercakap-cakap itu banyaknya dari Manchester United. Sebenarnya mereka tak perlu risau. Saya bawa Ozil ke sini hanya sebagai tukang baca doa. Tanpa dia pun sekarang, kami yakin musim ini Arsenal boleh menang kurang kurang 3 piala. Cuma saya percaya usaha perlu diiringi doa. Dan usaha tanpa doa adalah sombong." - Arsene Wenger
12

Rasuk : Special Edition

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Isnin, September 02, 2013
Sturridge tidak menggigit.


Amaran 18SX!


"Awak hebat Ram.!" Kata seorang lelaki bertubuh kekar kepada Ramli.


Ramli hanya tersenyum sekilas, sambil duduk bersandar di dalam ruangan kubikal empat segi bertirai besi itu. Ya, Ramli kini di dalam tahanan, menunggu perbicaraan mahkamah diatas kes bunuh yang dilakukannya tempohari. Pembunuhan dengan cara menggigit itu mendapat liputan meluas media eropah. Ramli dijulang bagai superstar di mata masyarakat Liverpool kerana tindakannya yang menunjukkan sikap scouser sejati. Ramli merenung dinding di hadapannya yang kusam tanpa mempedulikan pertanyaan rakan satu selnya. 


Ruang kecil yang hanya diisi oleh sebuah katil double decker itu menjadi bisu. Lelaki bertubuh kekar yang dikenali sebagai Zailee itu kemudian bangun dan meletupkan jari-jemari dan pinggangnya. Lelaki itu menuju kearah Ramli yang masih bersandar melemparkan pandangan kosong. Dia kemudian mencium pipi Ramli sambil tangannya cuba menyeluk ke dalam seluar Ramli. 


"Hish, apa ni... Tadi kan dah dapat. Dah dah la." Ramli menepis tangan Zailee dengan perasaan yang berbulu.


Ya, Ramli sudah tiada dara. Imbas kembali dari saat pertama dia masuk ke bilik itu, Zailee sudah mula mengenyit mata. Dari mata turun ke jubur, Ramli ditoron tanpa belas kasihan. Jeritan dan erangan Ramli tidak dipedulikan oleh penghuni sel lain dan juga warden. Perkara itu sudah menjadi lumrah buat mereka yang berada di situ. Mereka masak benar dengan perangai Zailee. Sedangkan lembu yang besar pun dia balun, inikan pulak Ramli. Tambahan pula Ramli penyokong Liverpool. Habis segala sumpah seranah keluar dari mulut Ramli. Zikir babi diulang-ulang dengan perasaan geram. Zailee rakus menghenjut dengan cara memvariasikan tempo, perlahan 10 dayung, laju 10 dayung. Bertukar-tukar sehinggalah Ramli berbuih mulut mintak harder lagi. 


"Hmm..." Zailee mengeluh.


Dia kemudian berbaring di katil dengan membelakangkan Ramli sebagai tanda merajuk. Ramli buat tak peduli. Rajuk Zailee bukan boleh dilayan sangat. Kalau dipujuk dia bakal diseluk. 


"Malam ni ada game Liverpool. Lawan menyu." Zailee bersuara dalam rajuknya.


"Hah? Betul ke?" Ramli bertanya untuk kepastian.


"Ye." Pendek Zailee membalas. 


Petang itu Ramli mandi awal. Seawal pukul enam dia sudah berada di bilik air. Ramli bersemangat. Sambil mandi dia bernyanyi riang. Sewaktu kesemua penghuni penjara sedang berada di luar beriadah, Ramli menyanyi girang dalam bilik air. Bersemangat betul dia. Dendam season lepas dan lepas-lepas bertumpu di fikiran. Ramli menyental seluruh badan dengan bersungguh-sungguh. Sental ketiak, mulutnya Liverpool. Sental telor, mulutnya juga Liverpool. Sental jubor, Ramli menjerit.

"Aaarghh! Babi! Babi Zailee! Zailee babi! Babi babi babi babi!" Sesungguhnya Ramli akrab dengan babi.


Sesudah mandi Ramli menuju ke selnya untuk berehat. Dia perlu bersedia. Mental dan fizikal perlu mantap fikirnya. Perlawanan menentang Man Utd bukanlah perlawanan mudah. Dia tidak mahu dirasuk lagi. Ramli perlu bertenang. Dia perlu berkelakuan baik. Orang-orang kampungnya menggaji peguam-peguam handal untuk membelanya. Sebab itulah Ramli rela ditoron Zailee. Ramli menolak pintu sel dengan cermat. Bunyi berkeriut memecah sunyi. 


"Liberpuuul, liberpuuul, yu wil neber wok elon!" Sambil lap badan Ramli menyanyi. 


Tepat pukul lapan malam Ramli sudah terpacak di dewan makan. Rambutnya sedikit serabut kerana diramas Zailee sewaktu bercium sebelum keluar sebentar tadi. Dia perlu memberi Zailee sedikit upah sebelum keluar kerana tidak mahu rancangannya menonton Liverpool disekat. Zailee tidak minat bola. Dia hanya minat telor. 


Perlawanan dimulakan dengan pasukan Liverpool bijak memainkan bola. Pemain Man Utd terkejar ke sana-sini diatas padang. Kawalan kemas Liverpool membuatkan Ramli teruja. Matanya terbeliak menyaksikan kehebatan Liverpool. Hasilnya seawal minit ketiga gawang Man Utd sudah dibolosi oleh Sturridge. Ramli menjerit girang.

"Goooool! Gooooool! Goooool! Goooool! Goooooooooolllllll!" Lima kali Ramli melaungkan gol sebagai tanda lima kejuaaraan eropah yang dimiliki Liverpool.


"Gooooooooool! Dany babi! Dany babi! Padan muka kau!" Ramli bersorak dan memaki dalam satu masa. Dany yang takde kena mengena pun terbabit sama. Suka betul Ramli.


Perlawanan seterusnya berlangsung menarik pada pandangan Ramli kerana Man Utd sukar untuk menguasai bola. Kekemasan jentera pertahanan Liverpool membuatkan Ramli mengalami orgasme sehingga keluar mata putih. Keaadaan ini berlarutan sehingga ke wisel penamat. Walaupun pasukan Man Utd menyerang bertubi-tubi masih tidak dapat menembusi pertahanan Liverpool. Ramli berasa sangat takjub menyaksikan permainan kemas Liverpool. Tidak seperti sudah-sudah, Ramli sentiasa berada di dalam tekanan. Terima kasih kepada Man Utd. 


Ramli pulang ke selnya pada malam itu dengan perasaan gembira. Masuk-masuk sahaja dia terus mencium Zailee tanpa dipinta. Zailee yang hairan menyaksikan telatah Ramli membalas ciuman Ramli dengan rakus.

"Kenapa suka sangat ni?" Tanya Zailee setelah mengelap liurnya.


"Liverpool menang! Liverpool menang!" Adu Ramli girang.


"Liverpool menang lawan menyu?" Zailee hairan. Walaupun dia tidak minat bola, tapi tak bermakna dia tidak tahu langsung tentang kehebatan Man Utd.


"Baguslah. Saya pun hepy bila awak hepy." Ujar Zailee.

"Hehehe. Awak nak main?" Tanya Ramli.

"Aummm!"

Lampu dipadam, katil dikemas, Zailee terus menghenyak Ramli. Dan mereka hidup bahagia selamanya.

Tamat.






p/s: Tahniah Liverpool. Semoga menuju 19.


2

Sekali Ayam Selamanya Ayam : Arsenal 1 - Tottenham 0

Gaya mutu keunggulan


INTRO

Kelmarin, dua derby termahsyur di England iaitu North London Derby (Arsenal vs Tottenham Hotspur) dan North West Derby (Liverpool vs Manchester United) melakar dua keputusan yang sama di mana kemenangan berpihak pada tuan rumah dengan kelebihan satu jaringan sahaja.
Ketika artikel ini ditulis para penyokong Tottenham dilihat natural sebagai tanda akur penuh pasrah dengan kehebatan Arsenal manakala situasi berbeza melanda kem Manchester United. Penyokong-penyokong mereka langsung tidak merahsiakan perasaan sedih, hiba, pilu, dan sendu di hati masing-masing. Cercaan, hinaan, dan kata-kata kesat berbaur makian ke atas David Moyes dilampiaskan terang-terangan di media sosial. Mereka seperti tidak percaya pasukan yang selama ini mereka anggap bangang, timid, tidak kompeten, dan berkelakuan luar tabii menewaskan mereka dengan jaringan di minit ke-3. Tabahlah. OK ini bukan ulasan Manchester United tetapi Arsenal. Giliran Manchester United akan tiba juga tidak lama lagi. Kita terus ke acara utama.

ULASAN

Perlawanan kali ini menyaksikan Arsenal menurunkan bekas pemain mereka yang juga berpengalaman bermain di Liga Itali bersama AC Milan, Flamini. Begitu juga dengan Tottenham yang menurunkan Lamela dari AS Roma. Ketika ulasan ini ditulis, Gareth Bale selamat diijabkabulkan untuk bersama Real Madrid dan itu menjawab persoalan ketiadaan beliau dalam perlawanan ini. Pengadil kali ini ialah Michael Oliver yang menonjol dengan pesen rambut petak serupa askar.

Bermula seawal wisel mula ditiup, Arsene Wenger telah merancang bersama anak buahnya untuk memainkan perasaan pemain Tottenham. Setiap hantaran dan cubaan yang dilakukan pemain Arsenal dilihat tidak mengenai sasaran. Ramsey pass dapat kat Soldado, Rosicky buat hantaran lintang dapat kat Paulinho, dan banyak lagi helah dibuat bagi memastikan pemain Tottenham mendapat keyakinan palsu. Gibbs terkernyih-kernyih menahan ketawa melihat betapa gembiranya pemain Tottenham mampu membuat interception ke atas hantaran palsu darinyanya.

Arsenal bukan sahaja membiarkan Tottenham mengawal permainan dan, membiarkan Tottenham mengasak sehingga ke kotak penalti , malah Arsenal tidak jujur ketika mempertahankan gawang dari dibolosi apabila mencabar dengan sambil lewa sahaja. Liar Arsenal, liar!

Atas sentimen kecintaan pada kapasiti perlawanan yang dianggap derby dan ditonton jutaan peminat, Arsenal tidak terus membiarkan Tottenham menurunkan tahap perlawanan itu ke tahap perlawanan Liga Super. Pada minit ke-20, Arsenal mula merencana gerakan mudah, ringkas, dan senang tetapi penuh dengan seni tiada tara. Giroud tanpa berlengah-lengah bersama dua lagi rakan sepasukan mengatur gerakan dengan bergerak ke kotak penalti bersama-sama.

Pap, pap, pap, GOLLLLL..!!! Ini gol pertama yang Tottenham bolos musim ini.
Giroud menjaringkan gol menewaskan Lloris yang terkontang kanting di penjuru gol mencari arah pada minit ke-22. Bola dari Rosicky kepada Theo Wallcott di sebelah kanan padang dihantar ke dalam kotak penalti dikuis Oliver Giroud dengan hujung tumit kiri. Pada hemat saya Giroud berbuat demikian bagi menunjukkan untuk menewaskan rakan senegaranya iaitu Lloris, tidaklah perlu menggunakan kemahiran secara total tetapi cukuplah dengan penuh kekok, susah payah, dan usaha yang tidak seberapa. 4 minit kemudian Walcott mendapat peluang kedua tetapi saya kira dia hanya mengacah. Bukankah bergurau itu satu kemesraan?
Sedar dari kealpaan, Tottenham mengatur gerakan untuk menyerang balas. Baki 23 minit perlawanan separuh masa pertama digunakan sehabis baik. Namun, peribahasa "ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya" terlintas di bahagian akademik otak saya apabila Tottenham mempersia-siakan semua peluang yang ada. Depan kotak pun tersasar jauh. Macam mana la sepak bola diorang ni. Hasilnya, mereka menamatkan separuh masa pertama dengan 2 cubaan dan 57% penguasaan bola sahaja tanpa jaringan balas.

Pada separuh masa kedua Andre Villa Boas tak sedar-sedar diri tetap berkeras dengan meneruskan strategi sama. Tidak mengapa, bagaimana lagi ayam mahu mencari makan kalau bukan dengan menguis. Cara sama jugaklah dia tahu. Serangan demi serangan, pertukaran demi pertukaran, dan hantaran demi hantaran dibuat namun masih gagal memecahkan benteng ampuh milik Arsenal. Jermaine Defoe masuk sebagai pemain gantian tidak berfungsi dan menerima satu kad kuning supaya kamera fokus kepadanya. Perlu maklum populariti sangat penting buat pemain antarabangsa England

Debaran sebenar hanyalah pada tempoh 10 minit terakhir, Tottenham mendapat peluang yang sangat banyak apabila setiap bola yang tertampan singgah di kaki pemain mereka di sekitar kotak penalti. Rembatan kencang, sepakan padu, dan tandukan membabi buta masih gagal menandingi benteng pertahan Arsenal yang kental di semua kedudukan terutama di bahagian yang dijaga Koscielny. Keadaan itu berterusan sebegitu sehinggalah ke wisel penamat.

Minit ke-95, ARSENAL MENANG NORTH LONDON DERBY!!
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN : 1-0
5

1-0 kocik bonar, den masih sonyum lebar.

pakkordi
Terimo lah....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...