ARKIB SOKERNET

10

Modenisasi Bolasepak : Bersediakah Siti?

racYnc Rabu, November 27, 2013 , ,



          Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memiliki 47 pasukan yang majoritinya negara dari benua Asia. Bagi semua negara transcontinental countries, yang memiliki tanah jajahan campuran benua asia dan benua eropah pula adalah di bawah naungan  Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA). Contohnya seperti Turki dan Russia. Israel lahanat juga di bawah naungan UEFA walaupun negara tersebut secara total di dalam Asia. Gila berlagak nak meninggal.

Baiklah. Itu mukadimah yang entah kenapa dijadikan mukadimah bagi entri ini.

Aku tiada niat bercerita perihal persengketaan di antara FAM dan KBS bagi entri ini kerana Van Kordi dah menulis tentang hal itu dengan cukup baik. Lu punya entri power bro! Aku ingin menulis tentang seorang jiran aku. Sebelum berpindah dan menjadi jiran, beliau merupakan petugas MSN yang pernah bekerja rapat dengan Allahyarham Dato Paduka Basri Akil ketika zaman double treble bagi negeri Kedah. (Al Fatihah buat arwah)

Beliau merupakan di antara jawatankuasa yang merangka projek Harimau Muda ketika hendak ditubuhkan dahulu. Benar saudara. Projek Harimau Muda asalnya adalah dari keringat pihak MSN sebelum di sailang secara rahsia oleh FAM apabila projek berkenaan mula mendapat perhatian dan membuahkan hasil yang agak membanggakan. Nak harapkan FAM? Sila jangan buat kelakar.

Geng buat kelakar.
Banyak cerita bolasepak yang dikongsi bersama dan separuh daripadanya dia dah pesan awal awal supaya tidak dihebahkan. Antaranya apa kesusahan Allahyarham Basri Akil angkara kukubesi FAM, siapa pemain Kedah paling kuat rasuah, siapakah di belakang organisasi perasuah pemain tempatan, bagaimana modus operandi rasuah di kalangan pemain dilakukan dan besar mana iblisnya FAM, antara cerita hitam yang pernah dikongsikan. Setelah pemergian Allahyarham Basri Akil, beliau bersara dari dunia bolasepak dan jadilah pasukan Kedah seperti yang sekarang ini.

Aku pernah berpeluang datang ke rumah bapa pembangunan bolasepak negeri Johor, Datuk Sulaiman Mohd Noor pada tahun 2008. Karier beliau di dalam bolasepak turut hancur berkecai dek kerana FAM. Kami berbual hampir 3 jam (majoriti tentang bolasepak) dan ada di antara isi perbualannya turut aku kongsikan bersama jiran aku.

Sejarah menjadi saksi bagaimana dua orang genius bolasepak kita secara sistematiknya di gilis hancur oleh FAM. Terkini, giliran seorang lagi genius bolasepak, Tan Sri Annuar Musa pula yang ingin dikuburkan FAM. Maka kami sependapat, FAM perlu diubah secara total jika kita inginkan komposisi bolasepak negara yang lebih berdaya maju. Modenisasi dan penswastaan bolasepak negara amat perlu. Itu pendapat kami dan terpulang pendapat engkau macam mana.

Genius bolasepak yang kasihan.
Sedia maklum, modenisasi bolasepak di rantau asia bermula agak lambat, dan Malaysia antara negara yang paling lambat. Atas dasar modenisasi ini, kini muncul kelab kelab kuasa baru di asia seperti Jeounbuk Hyundai Motors (nama sebelumnya Jeounbuk Buffallo), Pohang Steelers (nama asal POSCO) dan Guangzhou Evergrande FC (asalnya Guangzhou FC). Maka jika kelab kelab bolasepak negara dimodenisasikan, mungkin akan muncul pula pasukan seperti Sarawak Setia FC, KL Petronas FC, Pahang Genting FC dan bermacam nama baru lagi. Bergantung kepada pemilik baru mereka. Persoalannya, bersediakah kita untuk berfikiran terbuka? Johor FC baru tukar nama jadi JDT pun dah ramai kena sawan. Itu baru nama, belum hal lain lagi.

Bersediakah Siti?
Dari tahun lepas, jiran aku ada melontarkan idea untuk kami bergandingan membuka sebuah kelab bolasepak amatur. Mungkin itu sahaja saluran yang kami mampu laksanakan buat sukan bolasepak yang kami sayangi. Biarlah kecil, tapi ada sumbangan. Segalanya di dalam perancangan. Baiklah tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Salam mesra. XOXO.        
      

13

Malaysia, Harimau Malaya, Harimau Muda.

pakkordi Jumaat, November 22, 2013
Nampaknya kerajaan melalui KBS sedang merangka dan tidak lama lagi akan melancarkan satu Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020. Bersama pelan itu nanti terdapat beberapa nama yang disebut untuk bakal menganggotai majlis yang akan menjayakan pelan ini.

Memetik dari artikel akhbar Utusan bertarikh 22 Oktober 2013 (klik sini) pelan ini bertujuan untuk, "meningkatkan imej sukan bola sepak negara yang kini menghuni tangga ke-160 dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)". Pelan ini juga dikatakan akan melihat lebih 10,000 remaja berusia tujuh hingga 17 tahun dilatih di seluruh negara. 

Dalam artikel akhbar yang sama YB menteri KBS juga mengatakan, "pelantikan bekas penolong jurulatih pasukan akademi kelab gergasi Jerman, Bayern Munich bawah 19 tahun, Lim Teong Kim sebagai Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara dijangka mampu membawa sinar baharu kepada sukan bola sepak tempatan".

Kejap. 

Apa beza "Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020" dengan "Pelan Pembangunan Bolasepak Negara"? (klik sini). 

Untuk memudahkan kerja, saya akan namakan pelan YB menteri sebagai "pelan B" dan yang satu lagi, "pelan A". 

Dalam laman web "pelan A" tak nampak pun nama Lim Teong Kim sebagai pengarah projek. Mungkin laman web ini belum dikemaskini atau mungkin juga pelan ini pelanduk dua serupa. Mungkin juga "pelan B" ialah sebenarnya "pelan A" yang telah ditukarkan kulit dan akan berlaku sedikit perubahan ahli didalamnya.

Apa pun pelan yang bakal disuapkan kepada kita, saya harap peminat semua faham bahawa kelemahan FAM bukanlah satu-satunya punca kejatuhan mutu bolasepak Malaysia. Saya bagi satu contoh yang mudah. Tak berapa lama dahulu, sahabat saya ada mengesyorkan kepada setiausaha persatuan bolasepak negeri isketambola (bukan nama negeri sebenar) supaya menggunakan teknologi GPS yang boleh mengesan prestasi pemain diatas padang seperti berapa kilometer dia berlari, kadar kerja pemain itu diatas padang dan mengenal pasti kecenderungan pemain untuk cedera, contohnya. Teknologi sebegini bukan lah terlalu mahal dan tidak sukar untuk digunapakai. Pasukan profesional di negara barat sudah lama menggunakan teknologi ini. Setiausaha persatuan bolasepak negeri isketambola tadi tidak menyetujui penggunaan teknologi GPS itu dengan alasan yang berbunyi lebih kurang begini, 

"..malu pemain kalau kita boleh kesan statistik begini. Kita tak boleh malukan pemain." 

Tahukah anda bahawa peruntukan KBS yang disalurkan melalui Majlis Sukan Negara untuk pasukan bolasepak senior kebangsaan setiap tahun sejak tahun 2000 ialah RM300,000 setahun (rujuk artikel akhbar Utusan yang sama)? Jika ditukar ke duit England, 60,000 pound sterling. Gaji mingguan untuk Luis Suarez pun lebih dari itu. 

Tahukah anda peruntukan untuk skuad Harimau Muda A dan B untuk 5 tahun (dari 2005 hingga 2009) pula ialah RM5juta? Bermakna, hanya RM500,000 setahun untuk satu skuad. Jika ditukar ke duit England, 100,000 pound sterling. Gaji mingguan Luis Suarez pun lebih dari itu.

FAM ialah "tip of the iceberg" dan peminat bolasepak perlu terima hakikat ini. Banyak lagi faktor seperti sistem pembelajaran, taraf hidup serta budaya masyarakat yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi sukan negara secara keseluruhannya. Kita sudah tertinggal jauh dari arus perdana bolasepak antarabangsa dan tidak keterlaluan sekiranya saya nyatakan bahawa untuk kembali mengejar mereka dipersada antarabangsa adalah amat sukar. 

Oleh itu, jangan lah ultras marah pada saya jika saya tak turut bersama mereka menyanyi kan lagu "FAM bangsat" di stadium kerana bagi saya kelemahan FAM hanya 30% dari masalah yang perlu kita selesaikan. Pendekatan saya berbeza dari mereka. Salah kah?

Namun begitu ramai yang nampaknya gembira dengan YB menteri KBS dalam usahanya memartabatkan kembali bolasepak Malaysia menerusi "pelan B" ini. Sejujurnya saya tak berapa nak gembira sangat. Patutnya janganlah biarkan orang politik pula yang kuasai bolasepak Malaysia. Ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut naga. 

Tak nampakkah kita bahawa perebutan ini kerana mahukan kuasa dan pengaruh. Nanti gajah sama gajah bergaduh, bolasepak kita mati kat tengah-tengah.
6

Malaysia Kalah Lagi. Apa Kau Nak Heran?

zaileefd2 Rabu, November 20, 2013 , ,
Messi kalah 7-0 takde pun suruh orang buat kerja dia.

Saya menonton perlawanan Harimau Malaya menentang Qatar semalam di rumah. Sepanjang perlawanan berlangsung saya tidaklah menumpukan perhatian sepenuhnya pun tetapi sempat mengambil beberapa iktibar untuk dikongsikan. Ini ialah kekalahan kedua dalam tempoh lima hari.


Apa kau nak heran?


PRA PERLAWANAN

1. "Jangan biadap dengan orang tua", nasihat Siti Nurhaliza.

2. "Kau main sendiri lah", ujar Safee Sali pada hari selanjutnya sebelum ke salon.

3. "Persembahan bertenaga walaupun kalah", ulas Rajagopal tentang kekalahan di tangan Bahrain. Barangkali di fikiran beliau bolasepak sama sahaja dengan pertandingan dikir barat yang turut mengambil kira aspek persembahan.

4. "Rahsia Qatar di tangan saya", jawab Safiq Rahim ketika ditanya wartawan.

5. Subahan Kamal jemput Khairy Jamaludin hadir ke stadium.

6. Tidak dilupakan, "kita janjikan aksi terbaik."

PERLAWANAN BERLANGSUNG
1. Tiada perubahan untuk kesebelasan utama. 

2. Bola dihantar terus ke depan macam biasa. Penyerang kejarlah sendiri. Kena pandai-pandai kalau nak hidup. Jangan nak harapkan orang aje.

3. Apek selamatkan gawang banyak kali tapi takde guna kalau takde bantuan pertahanan.

4. Penguasaan bola ada pada lawan. Ini taktik Total Shitty Football.

5. Gaduh-gaduh masa hujung perlawanan. Main bola tak terer pun. Terajang orang boleh harap.

6. Rahsia Qatar di tangan Safiq Rahim tercicir atas padang.

PASCA PERLAWANAN

1. Ultras Malaya merusuh. Dua orang masuk lokap. Keputusan perlawanan nampaknya tidak berubah dari tindakan ini.

2. Masa depan Rajagopal yang kita semua sayang.

Ultras sebelum dibebaskan

Kalau ada pemain suruh saya main sendiri, saya cadangkan pemain itu cubalah jadi penyokong dan lihat dari kaca mata kami.

Nota kaki : Harimau Malaya bukan main tak bagus sebenarnya cuma Harimau Malaya banggang je. Nak main Piala Asia kunun.
15

Kene School

Jorji Isnin, November 11, 2013
PEKELILING KEMENTERIAN PELAJARAN

Semua sekolah di seluruh Malaysia akan mula bercuti bermula Jumaat ini sehingga 3 Januari 2014.

Kecuali Sek.Ren.Jenis Kebangsaan Arsenal. Mereka kene sekolah terus.

Kah kah kah.
#hambar.
11

Sekilas Pandang Final Piala Malaysia Kelantan vs Pahang

zaileefd2 Sabtu, November 02, 2013 , ,




Ada dua isu dalam pertemuan dua pasukan power dari pantai timur Malaysia ini iaitu :
1. Kekecohan pengagihan tiket
2. Profesionalisme FAM
3. Ramalan

1. Proses pengagihan tiket dikatakan sedikit kecoh atas beberapa faktor:

i. Pembelian secara borong

Ada YB yang hilang akal merompak sukan rakyat dengan membeli tiket secara pukal dan diagihkan secara percuma kepada kumpulan yang tidak ada keghairahan terhadap sukan bola sepak. Ini amat mendukacitakan dan tidak patut berlaku. Apa gila bagi tiket dekat Puteri UMNO? Depa Ultras Awek. Masuk stadium setakat nak ambik gambar lepas tu gebang kat Facebook betapa depa ni berjiwa sukan. Habis kuat pun bersorak semasa pasukan sendiri menang. Baki masa menyorak dihabiskan dengan menggigit jari atau bertepuk tangan sesama sendiri bila pemain lawan dilayangkan kad kuning.

Satu soalan untuk penerima tiket percuma dari YB. Anda tidak rasa bersalah mengambil tiket itu lantas menafikan peluang orang yang memang berminat untuk menonton perlawanan ini?

ii. Kecekapan persatuan negeri

Seperti kita ketahui, Kelantan ialah pasukan yang regular  memasuki peringkat akhir sama ada Piala FA mahupun Piala Malaysia mutakhir ini. Setelah beberapa tahun melalui keadaan yang sama, KAFA nampaknya tidak belajar dari kesilapan lalu. Lebih mendukacitakan apabila kekecohan ini dikatakan lebih teruk dari tahun-tahun sebelumnya. Maaf cakap, sebagai pasukan yang telah sekian lama tidak memenangi Piala Malaysia, kejayaan Pahang ke final ini disambut dengan penuh rasa ghairah. Pihak yang menguruskan soal tiket sepatutnya dapt menjangka akan berlaku ketegangan.

KAFA banyak duit. Sebab nak berjimat, mereka sanggup gadaikan keselamatan penonton. Mentaliti sebegini tidak patut ada pada individu yang diberi tanggungjawab menguruskan satu function besar. Apa salahnya jika mengeluarkan lebih sedikit belanja bagi menambahkan bilangan pengawal keselamatan atau menaiktaraf sistem jualan tiket yang lebih efisien. Gambar di bawah ialah contoh akibat kebanggangan persatuan negeri.


2. Profesionalisme FAM

Baru-baru ini FAM keluarkan amaran kepada budak-budak ultras supaya jangan malukan Malaysia dengan bertindak banggang membakar suar atau berkelakuan seperti beruk-beruk di belantara. Mereka barangkali terlupa mereka sudah sekian lama memalukan kita rakyat marhaen dengan meletakkan ranking Harimau Malaya di tangga ke 160, meletakkan liga kita di gred D, dan banyak lagi. Hari ini, FAM menunjukkan kepada kita contoh tindakan waras mengikut pertimbangan mereka sendiri.



Kain lapik meja yang kusam entah dari bilik stor mana, meja yang setaraf meja jual ubat kuat, dan kerusi yang layaknya di bilik dewan JKKK digunakan untuk sidang media bagi acara yang berprestij ini. Mungkin itulah agaknya tindakan waras, tepat, dan bernas mengikut pertimbangan akal monyet milik pegawai-pegawai FAM. Terima kasih diucapkan untuk contoh yang sangat meyakinkan ini.


3. Ramalan

Dua perlawanan di peringkat kumpulan antara Kelantan dan Pahang menyaksikan Kelantan menang 4-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-4 dan seri 1-1 sama di Stadium Darul Makmur. Kelebihan nampak memihak kepada Kelantan namun dengan ketiadaan Obinha yang digantung perlawanan, Kelantan nampaknya bakal berdepan dengan tugas sukar.

Alex cemerlang ketika berdepan jaguh Borneo iaitu Sarawak tetapi ke"kasanova"an Kelantan menoron JDT tanpa belas kasihan di suku akhir juga menjadi bekalan semangat untuk pemain-pemain Kelantan. Secara bias, saya wakil penulis dari Kelantan tetap berharap Kelantan akan menang dengan jaringan 2-1. Maaf jika tidak cukup anguh kerana hanya angka 2-1 sahaja yang terbentu tadi dalam kepulan asap rokok yang saya baru hembus. Jadi itu sahaja. Hati-hati di jalan raya.

p/s : Arsenal minggu ni nak terajang Liverpool dengan cara yang sama orang Kelantan terajang pagar beli tiket.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...