ARKIB SOKERNET

24

Penyokong dan JDT

Unknown Ahad, Januari 19, 2014
"Ketiga-tiga individu itu telah diharamkan daripada memasuki mana-mana stadium yang mempunyai kaitan dengan pasukan Johor untuk seumur hidup." - Tengku Mahkota Johor

Kaedah yang diaplikasikan oleh TMJ dengan mengharamkan penyokong yang membuat onar untuk memasuki stadium ni baru pertama kali aku dengar dalam sejarah hidup aku di dalam Liga Malaysia ni. Aku tak tahu onar apa yang dilakukan penyokong JDT semalam sampai diharamkan seumur hidup.

Lepas tu, aku kurang jelas cara bagaimana TMJ ni melakukan kawalan di setiap pintu masuk bagi menghalang individu yang diharamkan ini untuk tidak terlepas masuk ke stadium dikemudian hari. Apakah dengan menampal gambar wajah  individu tersebut di setiap pintu masuk?

Atau, melakukan pengecaman terhadap setiap penyokong yang masuk di stadium mengunakan CCTV? atau mungkin kena tunjuk IC? kena thumbprint? atau kena scan badan?

Mintak maaf sebab aku kurang jelas tentang hal ini, tapi komen aku begini;

Sejak Liga Malaysia ni bermula pada tahun 1982 sehingga la sekarang, aku belum pernah mendengar ada penyokong diharamkan dari memasuki stadium di Malaysia ni, kalau ada tolong betulkan balik. Kalau pemain tu pernah la dengar, kes rasuah 1994.

Penyokong ni manusia, manusia ni pula dia ada pelbagai level, pemikiran, umur, jantina dan cara berfikir. Yang datang ke stadium pula niatnya sudah pasti untuk melihat pasukan yang disokong bermain dan mencatat kemenangan. Aku jamin tak ada satu penyokong pun yang datang ke stadium dari rumah dah pasang niat "Aku nak pergi stadium nak buat onar, nak pukul orang tu, nak pancitkan tayar orang tu, nak baling pasu dekat cermin kereta dia."

Paling koman pun dia niat sebelum datang ke stadium ialah nak berjoget dengan atras je.

Tapi bila dah ada di stadium, kau tak boleh jamin dengan niat penyokong kau tu, suasananya berbeza, emosi main peranan. Bergaduh, baling selipar, tuju bekas air ke penyokong lawan ini sebenarnya lumrah dalam Liga M, kau tak boleh nak capai seratus peratus perfect dalam cara sokongan penyokong kau. Rating luar padang tu penting dalam sebuah pasukan selain dari nilai komersil.

Mendidik penyokong lain dengan hukuman mengharamkan penyokong yang membuat onar ke stadium bagi aku buang masa dan kurang berkesan. Aku faham niat TMJ, ingin melakukan perubahan besar, bukan dari segi sokongan saja tapi cara pengurusan dan pembentukan pasukan. Tapi TMJ perlu ingat, ini Malaysia bukan England. Nak didik penyokong yang bukan penyokong sejati ni bukan mudah.

Tak percaya tanya penyokong Selangor, 32 kali menang piala, tetap ada penyokong serupa baghal dikalangan mereka yang membuat onar di stadium, benda ni kita tak perlu nak kupas mendalam sangat, khususnya di Malaysia ni.


Apa salahnya diubah hukuman tu kepada ganti rugi yang harus dibayar oleh individu tersebut, atau diberi kaunseling yakni lepak dalam lokap dua hari.


Tapi tak tahu la kalau memang jenis penyokong JDT ni susah nak dilentur. Nasihat berkali-kali tak makan makan juga, kerja memang nak lipat orang saja. Itu memang aku setuju diharamkan, bukan saja di stadium seluruh Johor, tapi di seluruh Malaysia juga. 


Ketahuilah, dalam pada pemain pemain di tengah padang itu menahan bola mengunakan keting, sepak hanya angin dan hanya menendang bola mengikut arah telur, disebalik itu kita harus mengakui kesuraman itu ditutupi oleh cerita yang menghiburkan yang membolehkan kita bercerita lebih mengenai pasukan masing-masing. Kita mampu cipta satu topik yang membolehkan kita berbual, iaitu provokasi dan pergaduhan.

Kau mampu ke hari-hari nak bercerita soal pemain itu tahan bola guna keting? sambil menyepak bola meliar jauh sampai keluar stadium?

Jadi, teruskanlah dengan suasana yang semamangnya sebati dan menjadi budaya bolasepak di Malaysia. Nikmati sepuas-puasnyalah. 

7

Sabahawks Terbang Tinggi 2.0

Jali Bah Jumaat, Januari 17, 2014

Musim baru liga bola sepak Malaysia untuk musim 2014, aku tak ambik kisah sangat sebenarnya liga bola sepak Malaysia ni. Bukan lah bermaksud aku tak patriotik atau aku berkiblatkan barat secara total dalam bab sokong menyokong bola ni, tapi semua benda yang kita buat, tonton, dengar sampai benda kita nak telan masuk dalam mulut pun kita nak kepuasan, bermutu dan penuh  keunggulan.

Apa lagi dalam bab tengok bola ni. Benda ni tak ada kompromi bagi pencinta bola sepak tegar macam aku.

Tapi tak sah kalau tak sokong pasukan negeri sendiri, ah panjang betul mukadimah aku nak start bila ni.

Jadi aku menyempatkan diri juga nak buat entri pasal Sabahawks. Kau kupas panjang lebar pasal Arsenal, Manchester United atau Barcelona, abah kau lahir dekat situ ke?.

Ya, Sabah, apalah Sabah nak dibandingkan dengan JDT atau Pahang. Beza bagai langit dan bumi. Main pulak dekat Liga Perdana. Menang atau kalah, ah siapa nak ambik kisah.

Tapi soal main Liga Super ke Liga perdana, itu semua tak penting sebab Negeri Sembilan yang pernah menang piala Malaysia beberapa kali musim-musim lepas pun main sama dalam Liga ni. Kedah yang pernah menang treble semusim pun masih berminat main kat Liga Perdana masuk musim yang kedua.

Apa lagi? Kelantan pun pernah terjerumus sama dalam Liga Perdana ni. Jadi siapa berani kata Liga Perdana ni tak power?. Power sampai kiamat.

In Milomir, We trust

Bab-bab meramal ni aku tak berani nak cakap jauh mana Sabahawks boleh pergi. Boleh jadi pencabar utama top 3 atau sekadar pasukan belasahan. Ah entah, aku malas nak fikir. Dalam bola sepak ni macam-macam boleh jadi.

Manchester United yang juara 23 kali EPL musim ni pun boleh terkeluar dari persaingan top 3. JDT yang perabis duit juta-juta beli player musim lepas tak ada satu pun piala dibawa balik ke Larkin.

Jadi tahun ni cerita nya tetap sama macam tahun lepas, misi kembali ke Liga Super. Aku harap tahun ni misi tu menjadi.

Hampir satu musim aku tak ambik kisah pasal Sabahawks. Bukan pasal Sabahawks tak power, tapi aku sakit hati dengan SAFA yang malas buat kerja. Aku belek je paper aku tengok result dua ni je selalu aku hadap, kalah seri je, jarang betul menang. Tapi tu dulu. Sekarang aku dengar Milomir Seslija dah ambik alih jadi coach, Sabahawks jadi power balik.

Dari segi barisan pemain,aku perati  banyak muka baru. Paling menarik aku nak tengok prospek besar bekas pemain Harimau Muda B Maxsius Musa. Rozaimi pun dah habis kontrak dengan Harimau Muda A sekarang main balik dengan Sabahawks. 

Khidmat kuda tua Zainizam Marjan, Rosdin wasli dan Reitahudin Embran tak boleh dipandang sepi. Bisa orang lama ni lah sebenarnya paling beracun. 

                                                     Form is temporary, Class is permanent

Jadi keseimbangan tu penting, pengalaman orang lama dengan yang baru bila bergabung buat team tu lebih dinamik. Pemain import yang Milomir bawa masuk pun boleh tahan. Playmaker Srecko Mitrovic, defender Predrag Pocuca dan striker Marwan Sayedeh dari Syria. 

Jadi complete dari defender sampai striker, 3 posisi utama orang Malaysia kita lintang pukang macam Yahudi mabuk bila di atas padang. Kau memang genius Milomir.

Jadi aku harap semua import ni menjadi, perabis duit rakyat bayar gaji mahal tapi main standard pemain kampung nak simpan buat apa. Bangang.

Friendly dengan Sarawak dulu pun sabah menang 1-0. Sarawak tu, semi finalis piala Malaysia tahun lepas.  Lepas tu selamba badak je tapau Cebagoo FC 6-0 minggu lepas. Jadi ini satu petanda aras yang positif.

                                                                  Boleh bah kalau kau!. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...