ARKIB SOKERNET

8

Hukuman UEFA dan Hukuman FAM

zaileefd2 Jumaat, Mac 28, 2014
Bodo serupa ateras.
Gambar di atas ialah gambar penyokong otak kerbau. Serangan peribadi ke atas Mesut Ozil dari penyokong Bayern Munich ketika perlawanan Bayern Munich menentang Arsenal di Allianz Arena baru-baru ini.

Ini media statement dari UEFA berkenaan kes ini.

Disciplinary proceedings have been opened against FC Bayern München for discriminatory behaviour of their supporters (Article 14 Uefa disciplinary regulations), display of an illicit banner (Article 16(2e) DR) and late kick-off (Article 11(2g) DR) at their Uefa Champions League round of 16 match against Arsenal FC, the 1-1 draw in Germany on Tuesday.

Hukumannya, satu section yang digelar Sector 124 akan dikosongkan 9 April nanti ketika Bayern Munich dijangka akan membelasah Manchester United di peringkat suku akhir Liga Juara-juara Eropah seperti gambar di bawah.

Section bertanda merah ialah Sektor 124 yang akan dikosongkan.
Jadi di sini kita boleh lihat satu kelompok penyokong buat perangai celaka, kelompok penyokong itulah yang dihukum. Tidak membabitkan penyokong lain. Cuma nama kelab ada tercalit sedikit kekotoran tetapi tidaklah hingga melarat ke kelompok lain.

*****
Berbeza di Malaysia (Baca : FAM), satu kelompok penyokong buat taik, semua sekali kena bedal. Persatuanlah yang paling utama kena sebab di Malaysia ni tingkah laku penyokong ialah tanggungjawab persatuan. Memetik peristiwa terbaru iaitu lebih kurang seminggu lepas:
  • JDT didenda RM19,000 sebab satu kelompok penyokong bakar flare.
  • Kelantan didenda RM15,000 kerana satu kelompok penyokong chant "FAM Bangsat, FAM Bangsat".


Ya, kelompok penyokong itu ialah ultras. Lepas tu ultras-ultras ni sibuk pula menghasut penyokong silent majority, ultras kuaci, ultras burger, dan ultras makwe mengumpul duit untuk membayar denda (terutamanya Kelantan). Ini bolehlah diumpamakan ultras yang berak, persatuan tolong cebok, penyokong lain yang flush. Bangang bukan?

Jadi, aku harap FAM bolehlah ubah bentuk hukuman. Jangan nampak sangat nak peras duit orang ramai. Sikit-sikit denda, silap sikit saman. Keadaan tetap macam tu jugak sebab persatuan bukan boleh ubah pun mentaliti depa. Kalau FAM nak tahu, ultras ni tempat mereka di Gate H. Kalau ultras buat taik lagi, suruhlah persatuan kosongkan Gate H. Ultras berkumpul di gate lain, kosongkan pula gate yang itu. Lama-lama lembutlah. Aku kesian sebenarnya dengan persatuan. Persatuan dah banyak beban nak ditanggung, semak lagi kepala sebab perangai ultras yang serupa siamang.

Kesimpulannya, aku tak rasa FAM akan ubah hukuman melainkan ada gesaan dari persatuan. Sistem seating penyokong di stadium Malaysia juga menyukarkan ia untuk direalisasikan. Tapi tak apa. Ini sekadar cadangan. Sebagai peringatan, selagi FAM suka cari salah, selagi ultras suka buat salah, selagi itulah masalah ni takkan tamat. Selama ni pun persatuan kena denda atas tingkah laku ultras kan? Dekat selatan je ada satu kes sebab hooligan botol mineral.
29

Apa akan jadi kepada pasukan ManUtd?

pakkordi Selasa, Mac 18, 2014
Inilah kesudahan ManUtd. Hanya tinggal spender...

6

Polemik Presiden FAM : Jangan Ditiup Angin Syurga Ke Telinga Hamba

racYnc Selasa, Mac 04, 2014
Sekadar hiasan.

Arakian kini tersebar luas ke seluruh Malaysia tentang pemilihan kepimpinan tertinggi FAM bagi penggal 2014-2018. Adapun kemuncaknya pada proses pengundian yang akan berlangsung pada 25 Mei tahun ini, pantas menggamit pandangan seluruh peminat bolasepak tidak kira tua dan muda. Seperti kebiasaan pelbagai konotasi dihamburkan tentang siapa yang bakal menjadi pengganti kepada tuan presiden seraya lantang dihebahkan di media sosial, media cetak dan geng mesyuarat tingkap hendaknya.

Baiklah. Abaikan kejap gambar makwe atas ni. Cerita mudahnya begini. Dari tahun 90-an serupa ni juga gaya berita dia namun akhirnya presiden tetap orang yang sama tiada yang ganti pun. Pejam celik 30 tahun telah berlalu. Apa kau gila nak cabar sultan?

Aku terpanggil membuat entri ini untuk melontarkan pandangan. Kau pun ada pandangan kan? Buatlah entri jugak atau kalau malas sangat komen sahaja di ruangan bawah. Bagi pemilihan kali ini, antara nama yang disebut - sebut menjadi pengganti kedengaran lebih relevan iaitu Tengku Abdullah dan Tunku Ismail Idris. Kenapa aku kata relevan?

Boleh di fahami ramai yang memberontak supaya bakal pengganti presiden nanti biarlah di kalangan marhain atau orang biasa biasa dan bukan dari kerabat diraja atau golongan VVIP politician. Perkembangan FAM yang 'stagnant' atau 'non-progressive' di bawah seliaan presiden semasa lebih mendesak kepada kebarangkalian seperti ini. Pada peminat bolasepak dari golongan marhain, 'bolasepak adalah sukan rakyat jadi sepatutnya biarlah diserahkan sahaja kepada rakyat'. Betul  kan macam tu?

Harapan sebegitu tidaklah salah tetapi golongan yang dimaksudkan marhain ini yang macam mana? Dari golongan orang biasa biasa atau bekas pemain kan? Cuba kita imbau dahulu tentang siapakah presiden FAM sebelum ini :

Tunku Abdul Rahman (1951 - 1974)
Tun Abdul Razak (1974 - 1976)
Tan Sri Raja Hamzah (1976 - 1984)
Sultan Haji Ahmad Shah (1984 - kini )

Jadi cuba cerita secara sopan, dari senarai nama di atas ini, siapa yang dari golongan marhain? Siapa?

Langkah pertama sebenarnya kita perlu terima hakikat. Ini Malaysia. Sukan utamanya ditadbir oleh golongan istana. Jadi rasanya tidak perlu kita terlalu jumud untuk berkehendakkan bakal presiden FAM nanti dari golongan orang biasa biasa. Benda tu tak logik. Tak percaya? Tu kau punya pasal.

Buka sikit minda kita. Benarkah golongan istana semuanya tak boleh buat kerja? Tengku Abdullah contohnya, tanpa bantuan dan liputan sebesar yang diterima sukan bolasepak, mampu membawa pasukan hoki kita sehingga layak sekali lagi ke Piala Dunia. Malaysia masih lagi menjadi antara kuasa dunia di dalam arena hoki. Ingat senang ke nak bagi maintain macam tu? Satu lagi contoh Tunku Ismail, dalam hanya beberapa tahun berjaya menjadikan bolasepak suatu fenomena di seluruh pelusuk negeri Johor. Adakah ini bermakna mereka tak pandai buat kerja?  Bukankah orang biasa biasa pun ramai juga yang tak pandai buat kerja?

Dengan pengakuan secara terbuka dari Tunku Ismail bahawa beliau tidak berminat dengan jawatan presiden FAM, kini hanya tinggal Tengku Abdullah sahaja dilihat sebagai main contender untuk menggantikan presiden semasa. Walaupun aku dari Johor, aku tetap rasa beliau wajar di beri peluang.

Ini cuma pendapat personal dari aku. Bukan lah aku penjilat kerabat diraja. Siapa presiden pun aku tetap kena keluar pergi kerja cari makan untuk anak bini. Rutin harian tetap sama. Tak untung apa pun. Cuma dalam hal ini aku memilih untuk bersifat lebih realistik. Cukuplah, jangan ditiup angin syurga ke telinga hamba.


Kredit kepada pemilik gambar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...