ARKIB SOKERNET

21

Well..well..well...its Welbeckham!!

Jorji Rabu, September 03, 2014


Tahniah Arsenal!

Walau mendapat tentangan sengit di saat akhir untuk mendapatkan khidmat penyerang prolific muda England ini dari kelab Spurs dan Liverpool, namun Welbeck tegas mahu bersama Arsenal.

Manchester United dengan berat hati melepaskan anak didik akademi ini dengan yuran perpindahan di percayai sekitar 16 juta pound. Inilah bolasepak sebenar. Tak macam kelab lagi satu tu, beli pemain Southampton secara pukal sampai rumput dan tiang gol pun mereka nak beli. Habis Southampton nak main apa? Guli? Ianya adalah tidak beretika dan salah dari segi Financial Fair Play. hmm.. takpalah, biarlah mereka bincangkan sendiri hal ini dalam group whatsapp mereka.


Berjuanglah kau wahai anak muda. Kau ibarat kain putih, Arsene Wenger lah yang akan mencorakkannya. Jika baik, baiklah dia..kalau hitam..hitamlah. Peminat mu di Manchester United akan sentiasa merindui gaya dan skil luarbiasa mu.

Arsenal memberikan jersi nombor 23 kepada Welbeck setaraf dengan lagenda bolasepak dunia, Beckham.

Kelab Manchester United mengucapkan selamat maju jaya!

Sementara itu di Old Trafford kelihatan Radamel Falcao, RVP, Rooney, Mata, Di Maria, Blind, Rojo dan pemain lain sedang gembira membuat latihan ringan di bawah pantauan LVG.

Inilah keindahan bolasepak sebenar.




5

Bolasepak Merdeka

Terlebih dahulu saya ucapkan selamat Hari Merdeka yang ke-57 dan Hari Malaysia yang ke-51.

Dua hari lepas bising sekejap tentang penyokong Sarawak yang bertindak ganas membakar harta benda awam dan trak polis. Sebelum itu ada juga keganasan melibatkan penyokong JDT dan penyokong Pahang. Baling batu, baling objek keras, baling bahan letupan. Pada 2008 dahulu penyokong Kelantan ada juga bertindak ganas apabila membakar trak polis dan merosakkan harta benda awam.




FAM sebagai badan bertanggungjawab perihal bolasepak di Malaysia peka dengan gejala ini dan tunduk pada desakan peminat agar mengatasinya. Maka, FAM duduk bermesyuarat karipap mihun seperti biasa untuk menunjukkan mereka ada buat kerja. Selepas mesyuarat demi mesyuarat, perbincangan demi perbincangan, FAM menemui satu jalan yang dianggap genius 17 petala langit. FAM berpendapat gejala ini dapat dihentikan melalui kempen. Kempen apa?

Kempen Love Football Stop Hooliganism. Namun, seperti saudara semua, saya tak terkejut pun andai ini yang terpacul keluar dari pucuk pimpinan FAM.


Malaysia terkenal dengan kempen. Kita ada kempen cintai sungai, kempen berhenti merokok, kempen anti-dadah, kempen membaca, dan pelbagai lagi kempen seperti mana yang tertulis dalam karangan sekolah menengah.

Tujuan kempen dianjurkan adalah untuk menimbulkan kesedaran, menerap sikap, dan memberikan ilmu pengetahuan kepada golongan sasaran. Dengan kata mudah, kempen ialah satu bentuk propaganda yang dihebahkan secara teratur dan tertib. Dalam kempen biasanya ada pameran, ada lagu khas, ada simbolik, dan beberapa lagi aspek yang berbentuk facial.

Saya tidak letakkan kesalahan ke atas FAM 100% sebenarnya berkenaan kejadian di Sarawak kerana ramai rakan dari Sarawak menjelaskan keganasan terjadi akibat tohmahan berbentuk perkauman dari penyokong Perak. Ya. Isu perkauman ketika kita menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-57 merangkap 16 hari menghampiri ulangtahun penubuhan Malaysia.

Kesimpulannya, saya rasa sangat jijik untuk mengulas lanjut kerana masalah ini telah sekian lama berterusan berlaku. Terlalu banyak masa, keringat, dan wang yang sudah dibazirkan. Jadi, saya tinggalkan dua persoalan kepada FAM dan seluruh rakyat Malaysia yang bertanggungjawab membiarkan kebodohan ini berlaku.

1. Untuk FAM, apa khabar kempen Love Football Stop Hooliganism?
2. Untuk kita, apa puncanya benda sebodoh isu perkauman boleh berlaku semasa majoriti rakyat menghormati ulangtahun kemerdekaan yang ke-57? Mindset? Mentaliti? Politik?

Merdekakan minda dan fikir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...