Ahad, Januari 06, 2013

DMWTY - This Is Yob!

Bercakap mengenai Juara Piala Malaysia adalah perkara basi.

Bercakap mengenai Juara Liga adalah perkara basi

Bercakap mengenai Double Treble juga perkara basi.

****

Sekarang mari kita bercakap mengenai Konsisten.

Definisi Konsisten ialah Tetap dan Tidak Berubah. Konsisten juga boleh diselaraskan mengikut kehendak dengan perkataan yang berbeza.

Bila kita bercakap mengenai konsisten, perkara pertama yang kita harus tahu ialah bagaimana perlunya konsentrasi dan Fokus.

Korang pernah dengar perkataan Kaizen? dan apa yang korang dapat pelajari dari perkataan Kaizen? Mari sini aku ulas sikit mengenai Kaizen. Kaizen adalah satu bentuk perbuatan dari bahasa Jepun. Ianya tentang bagaimana menjalankan kerja secara konsisten dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Melalui Kaizen, kita dapat melihat cara kerja yang berterusan dan tidak pernah mengecewakan. Dengan modal yang dikeluarkan hanya secebis hama mampu membawa pulangan yang melebihi pelaburan. Ianya tentang sebuah pasukan paling cool dalam sejarah bola sepak Malaysia.




Falsafah Kaizen ialah mencipta juara. Konsisten bukan hanya terletak pada berapa banyak anda memenangi Piala Liga atau berapa kali anda Menjuarai Piala Malaysia. Tetapi bagaimana anda dengan konsisten mencipta dan mengeluarkan produk pemain masa hadapan. Mengekalkan tempat di kawasan selamat dan tidak pernah diaibkan sehingga terpaksa bermain di divisyen dua sejak Liga Semi Pro diperkenalkan adalah perkara paling true yang tidak pernah berlaku pada pasukan lain.

Bila korang bertanya apa yang perlu dibanggakan dengan sekadar konsisten? Ianya lebih dari apa yang korang bayangkan. Mencipta pemain masa hadapan untuk diguna pakai oleh pasukan Kelantan dan Selangor adalah misi pasukan ini dan ianya ialah perkara paling murni dan tidak pernah juga dilakukan oleh mana-mana pasukan.

Bagi mengekalkan prinsip pasukan yang berjiwa murni dan suka menolong pasukan yang lemah dalam pembangunan akar umbi dan negeri yang kekurangan bakat-bakat muda bermain bola sepak menyebabkan pasukan ini sentiasa konsisten dalam menjalankan kerja-kerja menghasilkan produk yang berkualiti.

Sekarang mari kita lihat misi konsisten yang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pasukan ini

1. Menjuarai Piala Belia U17 Malaysia 2012















2. Menjuarai Piala Presiden 2012












3. Menjuarai Piala Emas Raja-Raja 2012














4. Pingat Perak Sukma 2012










5. Tempat ke-4 Liga Super 2012













********
 
Aku ambil untuk tahun 2012 kerana bagi pasukan ini, sangat kurang hajar memperkatakan kejayaan masa lampau. Ianya tidak sopan dan biadap terhadap kejayaan yang dicapai masa kini. Sama jugalah seperti mempertikaikan kejayaan masa kini. Jadi se-eloknya, aku biarkan sejarah kejayaan lampau pasukan ini dari tak terus diperkatakan. Tak tahulah kalau-kalau Selangor tak ada kejayaan masa kini yang hendak diceritakan sampai terpaksa mengali sejarah lampau.

DMWTY

12 ulasan:

  1. Kaizen adalah continues improvement. Kalau consistent tp x improved maksudnya adalah bangang abadi.

    BalasPadam
  2. kire si petai nak ckp yg perak macam arsenal je la ni?ok faham.ngeh3

    BalasPadam
  3. perak dah lama meluaskan kuasa....

    BalasPadam
  4. Kau ni faham ke tak kaizen tu apa?

    Bangang!

    BalasPadam
  5. Perak Power 2013!

    ajenye pasukan lain semue tengin ayor dan ngancokwok

    BalasPadam
  6. "Nwa" lu tau ka Kaizen tu apa?


    "Nwa" BODO!

    Luaskan kuasamu Yob!

    BalasPadam