Jumaat, Januari 11, 2013

Liga Super 2013 - Worst XI

Jika FIFA Ballon d'Or 2012 itu hari heboh dengan senarai World XI mereka, kali ini aku tampilkan formasi pemain gagal untuk minggu pertama Liga Super 2013, atau digelar sebagai, Worst XI.

Worst XI / Sebelas hampas

Al-Hafiz Hamzah (DTFC) - Beliau dipilih semata-mata kerana gawang yang dijaganya paling banyak dibolosi antara semua perlawanan yang berlangsung minggu ini. Itu sahaja.

Tuah Iskandar(DTFC) - Pertahanan kanan yang kurang berfungsi malah sangat mudah dibolosi. Lubuk, bak kata Pipi. Nampaknya tuah tidak menyebelahi beliau dan dipilih berada dalam team gagal ini.

Muslim Ahmad(DTFC) - Sekali lagi pemain pertahanan Johor DT terpilih untuk team ini. Bermain gaya pemain bola Malaysia klasik, iaitu 'asal tendang bola melambung, itulah bolasepak' mengakibatkan pasukannya sering kehilangan bola. Ini adalah salah satu contoh yang perlu dirisaukan akan berlaku, ke atas pemain Harimau Muda yang lain selepas dilepaskan kembali ke pasukan negeri nanti.

Nuraliff Zainal Abidin(T-Team) - Dari segi permainan beliau, aku tak berapa pasti. Tetapi, akibat daripada gol sendiri jaringan beliau di saat-saat-saat-saat akhir perlawanan mengakibatkan pasukannya T-Team tewas kepada Perak. Malang bagi bekas pemain Sime Derby ini.

Amar Rohidan(Felda United) - Sebenarnya aku pun tak tahulah dia main ke tak hari tu. Tak ambil peduli pun. Aku masukkan dia ni sebab aku bengang tak sudah dengan dia dari Piala AFF hari tu je. Dia memang perlu ada dalam team ini untuk menyerlahkan lagi kegagalan. Dendam ni, dendam.

Koperal Venice Elphi(ATM) - Si askar ni memang seorang pemain sayap yang laju, tak kira dengan bola atau tanpa bola. Tapi apalah gunanya laju bak kilat tapi akal tidak berasah? Bawak bola ke hujung dunia, rakan di tengah ternanti-nanti. Spesis yang sama dengan S. Kunanlan.

Zaquan Adha (Johor DT) - Lebih dikenali sebagai 'ZaqOne' (sebut: Za-Ko-Ney), pemain ini kakinya diperbuat daripada kaca. Mudah pecah. Tetapi mungkin kerana pakej 'nak ambik abang kena ambik adik sekali' menyebabkan beliau juga diambil oleh Johor DT di samping Aidil Zafuan.

Safiq Rahim (Johor DT) - Memang dia ada jaringkan gol. Tetapi detik itu sahajalah yang bagus, sebab dia jaringkan gol melalui cara selain sepakan percuma. Selain daripada itu, yilekk! Macam mana teruk dia main untuk Malaysia, macam tu jugalah dia main untuk Johor DT. Dapat gambaran? Bagus. Tak payah aku hurai lagi.

Nikolce Kleckaroski (Pahang) - "Silap pakai but." Itulah alasan yang diberikan oleh beliau dan seorang lagi pemain import Pahang ketika tewas dalam perlawanan persahabatan dengan Lions XII beberapa hari sebelum saingan Liga Super bermula. Ketika perlawanan dengan Johor DT, perbezaan positif kelihatan kepada pasukan Pahang apabila beliau dikeluarkan pada separuh masa kedua. Mungkin salah pilih but lagi.

Emanuel De Porras(Negeri Sembilan) - Penyerang import untuk Negeri Sembilan musim ini. Gagal menjaringkan gol dan pasukan kalah. Itu gagal kecil. Gagal besar ialah memilih untuk menendang angin daripada menyepak bola  apabila hanya berhadapan dengan pintu gol yang terkangkang luas. Worst Blunder untuk minggu ini.

Marlon Alex James (ATM) - Sekurang-kurangnya 3-4 gol beliau boleh jaringkan pada perlawanan menentang Lions XII. Tetapi lebih memilih untuk menyepak ke arah penjaga gol lawan. Ketajaman yang beliau pernah miliki suatu ketika dahulu kelihatan sudah pudar dimamah usia. Paling ketara, Worst Blunder kedua untuk minggu ini, di saat hanya sentuhan lembut ke atas bola sudah mampu menggegar gawang, beliau memilih untuk..untuk membiarkan bola itu berlalu pergi. Gagal taraf epik!

14 ulasan:

  1. aku suka ni.. mohon worst eleven setiap minggu

    BalasPadam
  2. Aku vote ko minggu ni sebab ko buat benda lain.

    BalasPadam
  3. ok, aku baca separuh dan aku rasa ko harus kekalkan dan tingkatkan mutu. Amat baik untuk minggu ini... <--- ceh, sejak bila aku jadi juri ni??

    BalasPadam
  4. yang ne baru padu, bernas dan sarat dengan maklumat...sangat berguna untuk mereka yang main MSL Fantasy

    BalasPadam
  5. woi mat
    ko kekalkan tulis mcm ni
    ko jgn ubah mane2
    tiap2 mggu ko mesti tulis
    persetankan yg lain

    BalasPadam
  6. Bagus article ni. Gaya penulisan dan idea tersendiri. Tak macam penulis lain yang banyak tiru gaya penulisan penulis lama sokernet. Kalau ada pun penulis lain yg tulis idea sendiri, tapi bangang pulak! Kipidap! Aku akan vote ko.

    BalasPadam
  7. Mantap artikel nih. Sila teruskan ulasan utk setiap minggu

    BalasPadam
  8. padu.padu. teruskan penulisan yang bagus mcm ni.

    BalasPadam