Isnin, Januari 14, 2013

Rasuk

"Babi!"
Maki anak muda bernama Ramli yang sedang cuba mencucuh rokok setengah batang yang disimpan kemas di dalam saku bajunya sejak petang tadi. 

Rokok jenama Canyon itu sengaja dijimatkan supaya dapat dinikmati ketika menonton perlawanan pasukan kegemarannya, Liverpool menentang Man Utd pada malam hari. Ramli baring diatas lantai rumah sewanya yang tidak bertikar sambil menyilangkan kaki menghadap TV 21 inci buatan Jepun. Fikiran Ramli menerawang jauh.

Petang tadi dia sanggup berlakon demam supaya makwe-nya, Rokiah tidak jadi meneruskan hasrat untuk menonton wayang cerita melayu. Ramli melakukan itu supaya dia benar-benar fit untuk bersorak menonton bola. Biarlah apa yang bermain di fikiran Rokiah, Ramli tak peduli. Baginya menonton Liverpool adalah ibarat menonton porno. Stim, tegang, dan mengeraskan. Dia lebih rela menyeluk tangan ke dalam kain sendiri semasa menonton pemain kegemarannya, Suarez dari menyeluk tangan ke dalam kain Rokiah. Lagipun Rokiah adalah seorang serbanistas. Tak mungkin dia boleh mendapatkan keghairahan itu dari Rokiah.

Di kaca TV Ramli melihat Van Persie dikerumuni oleh para pemain Man Utd yang lain meraikan jaringan. Hatinya sakit menyaksikan suasana itu. Bibirnya diketap geram. Rokok digenggam erat menggunakan jari telunjuk dan jari hantu sehingga bengkok. Jauh di sudut hatinya dia mengagumi gerakan mudah oleh para pemain Man Utd dalam mencipta gerakan yang menghasilkan gol itu. One Touch Football, serta hantaran pendek atau 'main mudah' bagi istilah Melayu, sangat berkesan dipraktikkan. Ramli bangkit duduk dan tarik nafas dalam-dalam seraya menghembus pelan-pelan dengan sedikit getar. Amarahnya cuba dikawal. Dia mencapai cawan yang berisi kopi di sebelah. Ramli melihat pada sudut atas TV mencari minit perlawanan. 19.

"Takpe, awal lagi."
Getus Ramli dalam hati.

Perlawanan seterusnya ditonton Ramli dengan amarah yang bertambah-tambah. Gerakan-gerakan dari pemain Liverpool dengan mudah dapat dipatahkan oleh barisan pertahanan Man Utd. Gandingan Gerrard dan Joe Allen sangat mudah dibuli oleh Carrick dan Cleverley. Malah teramat mudah. Suarez, pemain kegemarannya pula dilihat berlegar-legar di atas padang tanpa tujuan. De Gea diperhatikan nampak sedikit mengeluh kerana kurang mendapat bola. Keadaan ini berlaku sehingga tamat separuh masa pertama.

Ramli bergegas bangun menuju ke dapur mencari Maggi kari. Ramli memetik api dapur sambil berzikir babi babi babi di dalam hati. Selesai memasak Maggi Ramli ke depan menonton TV semula. Dilihatnya pundit-pundit sedang membincangkan tentang permasalahan yang berlaku tentang perlawanan separuh masa pertama tadi. Kemudian diulang tayang semula gol jaringan Van Persie pada minit ke 19. Zikir Ramli makin laju. Babi babi babi babi babi babi babi.

Perlawanan dimulakan semula dengan serangan dari Liverpool. Ramli tersenyum sedikit. Dilihatnya pada babak kedua ini Liverpool lebih agresif dan tidak lemau. Ramli jadi bersemangat. Dihirupnya saki baki Maggi di dalam mangkuk cepat-cepat supaya dia dapat menumpukan perhatian kepada perlawanan yang semakin rancak. Ramli berharap sejarah di Istanbul dapat berulang malam ini. Dia berharap sangat. Tambah-tambah menentang Man Utd. Pasukan yang sangat dibencinya.

Ramli jadi berdebar pada minit ke 54. Man Utd mendapat freekick dari luar kotak penalti setelah Wellbeck dijatuhkan oleh Skrtel. Ramli jadi berdebar tak patut bila melihat Van Persie yang bakal mengambil sepakan. Risau sangat bila memikirkan kehebatan dan kebahayaan yang akan menimpa apabila bola berada di kaki bintang Belanda itu. Sesungguhnya kerisauan Ramli itu memang berasas. Bola dilencongkan cantik oleh Van Persie ke dalam kotak penalti dan ditanduk kemas oleh Evra dan kemudian dicium pula oleh dahi Vidic melewati celah ketiak Reina. 2-0.

Ramli bingkas bangun dan menjerit dengan sekuat hati pada TV 21 inci buatan Jepun-nya.
"Babi! Babi! Babi! Babiiiiiiiii!!!"

Ramli kerasukan babi. Jiran-jiran datang menerjah pintu rumah yang separuh terbuka. Osman, abang pemandu teksi sebelah rumah, serta beberapa lagi orang pemuda dan dua tiga orang anak kecil mendapatkan Ramli. Ramli masih seperti tadi. Terpekik, terlolong menjerit babi babi tanpa menghiraukan sesiapa sambil mulut berbuih bau Maggi. Keadaan Ramli tidak berubah setelah lima minit berlalu. Osman dan abang pemandu teksi mengambil keputusan drastik. Mereka mengikat Ramli dengan tali dan menutup mulutnya dengan sehelai kain. Osman bercadang membawa Ramlli ke rumah imam dengan tujuan berubat. Ramli pun dipapah keluar...

Evra yang bersalah dalam hal ni!

16 ulasan:

  1. power.good work good work-wulan guritno

    BalasPadam
  2. kah3! macam byk je jd cam ramli nie td.. sumpah berdekah!

    BalasPadam
  3. tidak dilupakan...2 tumbukan padu ke udara...yesssss

    BalasPadam
  4. hahaha..yang ni padu!!suka suka..kah3..

    BalasPadam
  5. mcm cerita psl diri sendiri ke Dany? cuma tukar nama.

    BalasPadam
  6. sambungan cite ni, ramli akhirnya join MU, disapa oleh SAF mase training n belari2 ke dressing room. akibat zikirnya, jadilah juga die seorg 'babi'.

    BalasPadam
  7. btw zeff. nice try ok. not funny at all. last but not least, ni cerita seram ke pe fakk

    BalasPadam
  8. oh ye baru aku teringat yang ramli ni iklan pemuda malaysia join m.u.

    hahahaha ni kira cerita pasal apa ramli putus asa dan join m.u kan?

    BalasPadam
  9. babi!..entri ni babi :D

    aku tarik balik undian aku kalu macam ni..hahah..

    BalasPadam
  10. sabar, anak muda..babi mana ada siku :D

    BalasPadam
  11. kah3. satu undi untuk entri angkuh macam ni!

    BalasPadam