Rabu, Januari 09, 2013

Satu Kosong



Barisan Juara Piala Malaysia 2013

Dunia bolasepak Malaysia kecoh seketika apabila dua pasukan ayam tapi perasan hebat iaitu kelab berbelanja besar musim ini Johor Darul Takzim FC tewas mengejut tiga berbalas dua  kepada pasukan berstatus “bekas Real Madrid” walaupun mendahului dengan dua gol pada satu ketika.

Itu cerita kecoh malam tadi, dan dijangka  malam ini pun  sepak Malaysia akan kecoh  apabila Kelantan diramal akan tewas kepada PKNS FC. Harap tiada trak polis yang menjadi korban ye abe abe !

Ketepikan dahulu cerita kelab kelab berstatus “dua bintang” mahupun tiada bintang itu.
Sekarang mari kita bercerita ringkas mengenai perlawanan pasukan berstatus 32 Bintang yang berjaya mengatasi pasukan bermoskot Rosmah Mansor iaitu Negeri Sembilan FA

1. Selangor & Negeri Sembilan tampil dengan barisan baru dengan Selangor diketuai oleh seorang anak muda berjiwa power (Asraruddin Putra) manakala Negeri Sembilan pula diketuai oleh seorang warga tua berjiwa kental (Rashid Mahmud)

2.  Perlawanan malam tadi bolehlah dikelaskan sebagai perlawanan “tektikal” seimbang ala ala Serie A.  Selangor nampak berkesan bermain secara “passing on feet” sementara Negeri Sembilan pula nampak selesa bermain dengan style “Wide ball”.

3. Negeri Sembilan mempunyai peluang menjaringkan gol lebih banyak berbanding Selangor. Namun kerap dihampakan oleh penyudah yang lemah dari penyerang import berasal Argentina mereka. Sepak bola tak kena?  Nak jadi “Torres” ke bang?

4. Penyerang import Selangor Forkey Doe pula menampilkan aksi langit dan bumi berbanding penyerang import musim lepas Bosko Balaban. Nampak agresif, tidak malas, sepakan padu dan yang paling penting tidak lembik suka buat buat jatuh. Mungkin kasut emas akan jadi milik mamat negro dari Liberia ini lagila musim ini!

5. Pemain berstatus kebangsaan yang bermain untuk Selangor semua menampilkan aksi kelas 32 bintang. Bunyamin Omar, S.Kunalan dan Mahali Jasuli seperti biasa tampil dengan aksi bertenaga ganda 32, Ramez Dyoub pula melihatkan aksi agresif kuasa 32 Labenon dia dan Forkey Doe dengan aksi "berlian" 32 karat Liberia dia.

Forkey Doe dengan sepakan padu "berlian" 

6. Ramzul Zahini bermain power malam tadi walau masuk sebagai pemain gantian dengan berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Negeri Sembilan dengan satu percubaan “flying header” nyaris menghasilkan gol. Tepuk dahi Anuar Musa tengok macam mana dia boleh terlepas prospek baik ini !

7. Jurulatih Negeri Sembilan ,muka Timor Liste ,warga Portugal ,cakap Inggeris. Ditanya apa komen dia tentang kekalahan tipis ini , jawab dia ringkas “If you don’t kill, you die!”. Perfect comment!

8. Pengadil juga nampak gugup dalam mengadili perlawanan hebat ini. Kerap kali membuat keputusan luar dugaan, dan nyaris mendapat penampar dari Irfan Bakti.

9. Minit-68 ,S.Kunalan menceriakan penyokong Selangor dengan cubaan lemah ke gawang Negeri Sembilan yang dikawal Hamsani Ahmad tanpa disangka menerjah jaring.

10. Hafiz Noordin ,pemain terbaik malam tadi ! Kah Kah Kah 


3 ulasan:

  1. Yg ni pun klaka gak...
    Buargh! Buargh! Buargh! 32 kali...

    BalasPadam
  2. Ok lah, boleh la aku undi walaupun ko sokong pasukan lemah, tapi kena la bagi sokongan jugak, keh keh... :p

    BalasPadam