Selasa, Februari 04, 2014

Asas Professionalisme Dalam Sokongan Bolasepak : Pembezaan Kapasiti


Professional tahap tertinggi.

Situasi 1 : "Hal bola suku, politik suku. Biar la Nuar Muso wat kijo untuk bola tapi kalu politik kawe tak caya lasung", kata seorang lelaki yang sedang menjual pisang goreng di Bandar Kota Bharu dengan penuh bengis.

Situasi 2 : "Pada masa itu, saya mewakili negara saya. Bukan kelab saya. Itu memang perkara yang perlu dibuat demi kemenangan kami", ulas Cristiano Ronaldo semasa ditanyakan wartawan Sokernet berkenaan tindakannya mempengaruhi pengadil lantas menyebabkan Wayne Rooney dibuang pada Piala Dunia 2006.

Situasi 3 : "Dia Presiden PBNJ. Dia Tengku Mahkota. Kutuk Presiden PBNJ bermakna kutuk Tengku Mahkota Johor", kata seorang lelaki berjersi JDT secara tegas. Semangat anak muda.


Ada persamaan dalam situasi 1 dan 2 tetapi berbeza sedikit di situasi 3.

Situasi 1 - Seperti kita tahu, Kelantan ialah negeri yang diperintah Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ini bermakna majoriti penduduk Kelantan ialah penyokong PAS. Tan Sri Annuar Musa ialah pemimpin tertinggi UMNO di Kelantan. UMNO dan PAS ialah musuh dalam politik tanah air. Namun begitu, rakyat Kelantan merangkap penyokong Kelantan tiada masalah untuk menyokong Tan Sri Annuar Musa memajukan bolasepak negeri mereka. Menyokong Annuar Musa dalam bolasepak bukanlah bermakna menyokong karier politik beliau. Mungkin ada yang akan menyanggah dengan mengatakan Annuar Musa dapat menang Parlimen Ketereh sebab bola. Tapi, saya bercakap tentang majoriti. Bukan dalam satu parlimen semata-mata. Ini rumusan yang kolektif dan inklusif. PAS masih kukuh di Kelantan meskipun Annuar Musa dah bawak Kelantan menang treble.

Situasi 2 - Cristiano Ronaldo ialah rakan sepasukan Wayne Rooney yang paling serasi di Manchester United. Sorang assist, sorang score. Sorang dummy, sorang score. Macam telepathy. Power nak mampus. Namun, keadaan berbeza bila kedua-duanya bermain berasingan. Pertemuan Portugal dan England di Piala Dunia 2006 menjadi panas akibat tindakan Cristiano Ronaldo mempengaruhi pengadil sehingga Wayne Rooney dilayangkan kad merah. Mereka rakan sepasukan di Manchester United tapi tidak bila mewakili negara. Ronaldo dikecam hebat. Namun, dengan professionalisme yang dimiliki, beliau mampu memenangi Liga Juara-juara dua tahun kemudian bersama Manchester United. Kerana apa? Kau dah tahu jawapannya.

Situasi 3 - Kritikan demi kritikan menimpa Presiden PBNJ. Sebab musabab 'kepanasan' itu saya tidak mahu ulas. Kita pandang depan. Saya juga memilih untuk tidak menulis Tengku Mahkota Johor sebab saya sedang bercakap tentang bolasepak. Bukan bercakap tentang sistem monarki selatan tanah air. Saya tidak faham sebab apa ramai jadi hilang akal bila ada kritikan ke atas Presiden PBNJ. Kritikan adalah atas kapasiti 'beliau' (aku tahu ramai suruh tulis baginda) sebagai seorang presiden bolasepak negeri. Bukanlah sebagai pemerintah Johor. Dan setiap kritikan ke atas beliau adalah dalam konteks bolasepak. Agak senang seandainya setiap kritikan difahamkan seperti di bawah. Kau pun tak diketawakan nanti bila menulis kata-kata nista atas sebab emosional.

i. Isu askar ke stadium
Ayat - Tengku Mahkota Johor tidak hormat penyokong Kelantan bawa masuk askar ke stadium.
Cara nak faham - Presiden PBNJ tidak hormat penyokong Kelantan bawa masuk askar ke stadium

ii. Isu sasaran JDT
Ayat - Tengku Mahkota Johor mensasarkan 3 piala untuk musim 2014.
Cara nak faham - Presiden PBNJ mensasarkan 3 piala untuk musim 2014

Kekecohan sekarang jadi sampai ada nak buat laporan polis, ajak jumpa nak kelahi, maki-memaki di media sosial, dan banyak lagi sebab RAMAI antara penyokong JDT tidak faham tentang kapasiti kritikan. Kau dah gila ke kita sebagai orang Melayu nak jatuhkan institusi beraja. Saya secara peribadi juga menghormati institusi beraja. Tidak ada pun sebab pun aku nak menentang mereka. Pengulas lain aku tak tahu. Lepas ni diharapkan penyokong JDT lebih profesional menangani kritikan dan mencari arah tuju sokongan. Ini benda basic. Benda paling basic. Tapi terpaksa cakap sebab ramai menyimpang dari budaya bolasepak kepada budaya kenegerian. Cukup-cukuplah.

Aku nak tambah sikit lagi. Buat penyokong JDT, pandai-pandailah membezakan kapasiti kritikan. Saya tidaklah benci dengan JDT, jauh lagi berdendam berkenaan insiden di Stadium Sultan Muhammad ke-4. Saya profesional. TMJ juga dah belajar dari kesilapan apabila tidak mengulanginya pada kunjungan kedua tahun lepas jadi tidak guna untuk aku terus mengungkit benda sama. Dalam bolasepak, usik-mengusik, kutuk mengutuk, perli-memperli ialah perkara biasa. Itu kemeriahan dalam milieu Liga Malaysia. Kita dinafikan kemeriahan berupa permainan berkualiti, hantaran kemas, dan cubaan mengelirukan. Hanya itu kemeriahan yang ada. Accept it or get ready untuk sakit jubo.

Kesimpulannya, matang-matangkan fikiran. Jangan lebihkan sokongan ke atas negeri melebihi sokongan ke atas bolasepak sehingga menghilangkan roh the beautiful game. Orang pun menyampah. Ahh..panjang pulak. Malas dah aku tulis. Ahir kata, Arsenal power Arsenal power Arsenal power.

p/s : Untuk situasi-situasi dia atas, El Clasico dan skuad kebangsaan Sepanyol juga boleh dijadikan contoh. Kalau kau paham maksud aku, kau power.

12 ulasan:

  1. kurang padu...banyakkan lagi sarkastik la setan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak lagi sarkastik kau tulis sendiri la setan

      Padam
  2. Yes..el classico... catalunya vs espana..separatist vs monarkis...atas dasar proffesionalisma dan passport..mereka bersatu di bwh la roja...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah di tumbuk keluar dari dalam terowong bilik persalinan oleh pegawai tertinggi JDT

    BalasPadam
  4. terasa ngilu tolor aku seolah2 diterajang curi dalam terowong selepas membaca artikel ni..

    BalasPadam
  5. Meleis ramai yang kuat emo...mana nak faham kapasiti ni semua. Yang diorang tau, asal tegur sikit terus derhaka, tak taat, kena keluar negara...bangang.

    Jebat gak dulu power.

    From: Day XX - Dah Lama Habis Dah

    BalasPadam
  6. Kena bagi contoh lagi banyak.. ko paham2lah JDT ni spesis bengap & susah nk paham..

    Qalbi

    BalasPadam
  7. Ulasan ini tidak dapat dialih keluar oleh Tanpa Nama.

    BalasPadam
  8. Dey Zailee madafaka!

    -Tun Mari Mariappan-

    BalasPadam
  9. Ahh. Gua bukan badut sarkis

    tapi apasal macam badut sarkis!!

    BalasPadam
  10. Baik lah sial. Bior bebudak jdt paham konsep sebenar. Anyway gua pun sokong jdt ekeke

    BalasPadam