Sekadar hiasan. |
Arakian kini tersebar luas ke seluruh Malaysia tentang pemilihan kepimpinan tertinggi FAM bagi penggal 2014-2018. Adapun kemuncaknya pada proses pengundian yang akan berlangsung pada 25 Mei tahun ini, pantas menggamit pandangan seluruh peminat bolasepak tidak kira tua dan muda. Seperti kebiasaan pelbagai konotasi dihamburkan tentang siapa yang bakal menjadi pengganti kepada tuan presiden seraya lantang dihebahkan di media sosial, media cetak dan geng mesyuarat tingkap hendaknya.
Baiklah. Abaikan kejap gambar makwe atas ni. Cerita mudahnya begini. Dari tahun 90-an serupa ni juga gaya berita dia namun akhirnya presiden tetap orang yang sama tiada yang ganti pun. Pejam celik 30 tahun telah berlalu. Apa kau gila nak cabar sultan?
Aku terpanggil membuat entri ini untuk melontarkan pandangan. Kau pun ada pandangan kan? Buatlah entri jugak atau kalau malas sangat komen sahaja di ruangan bawah. Bagi pemilihan kali ini, antara nama yang disebut - sebut menjadi pengganti kedengaran lebih relevan iaitu Tengku Abdullah dan Tunku Ismail Idris. Kenapa aku kata relevan?
Boleh di fahami ramai yang memberontak supaya bakal pengganti presiden nanti biarlah di kalangan marhain atau orang biasa biasa dan bukan dari kerabat diraja atau golongan VVIP politician. Perkembangan FAM yang 'stagnant' atau 'non-progressive' di bawah seliaan presiden semasa lebih mendesak kepada kebarangkalian seperti ini. Pada peminat bolasepak dari golongan marhain, 'bolasepak adalah sukan rakyat jadi sepatutnya biarlah diserahkan sahaja kepada rakyat'. Betul kan macam tu?
Harapan sebegitu tidaklah salah tetapi golongan yang dimaksudkan marhain ini yang macam mana? Dari golongan orang biasa biasa atau bekas pemain kan? Cuba kita imbau dahulu tentang siapakah presiden FAM sebelum ini :
Tunku Abdul Rahman (1951 - 1974)
Tun Abdul Razak (1974 - 1976)
Tan Sri Raja Hamzah (1976 - 1984)
Sultan Haji Ahmad Shah (1984 - kini )
Jadi cuba cerita secara sopan, dari senarai nama di atas ini, siapa yang dari golongan marhain? Siapa?
Langkah pertama sebenarnya kita perlu terima hakikat. Ini Malaysia. Sukan utamanya ditadbir oleh golongan istana. Jadi rasanya tidak perlu kita terlalu jumud untuk berkehendakkan bakal presiden FAM nanti dari golongan orang biasa biasa. Benda tu tak logik. Tak percaya? Tu kau punya pasal.
Buka sikit minda kita. Benarkah golongan istana semuanya tak boleh buat kerja? Tengku Abdullah contohnya, tanpa bantuan dan liputan sebesar yang diterima sukan bolasepak, mampu membawa pasukan hoki kita sehingga layak sekali lagi ke Piala Dunia. Malaysia masih lagi menjadi antara kuasa dunia di dalam arena hoki. Ingat senang ke nak bagi maintain macam tu? Satu lagi contoh Tunku Ismail, dalam hanya beberapa tahun berjaya menjadikan bolasepak suatu fenomena di seluruh pelusuk negeri Johor. Adakah ini bermakna mereka tak pandai buat kerja? Bukankah orang biasa biasa pun ramai juga yang tak pandai buat kerja?
Dengan pengakuan secara terbuka dari Tunku Ismail bahawa beliau tidak berminat dengan jawatan presiden FAM, kini hanya tinggal Tengku Abdullah sahaja dilihat sebagai main contender untuk menggantikan presiden semasa. Walaupun aku dari Johor, aku tetap rasa beliau wajar di beri peluang.
Ini cuma pendapat personal dari aku. Bukan lah aku penjilat kerabat diraja. Siapa presiden pun aku tetap kena keluar pergi kerja cari makan untuk anak bini. Rutin harian tetap sama. Tak untung apa pun. Cuma dalam hal ini aku memilih untuk bersifat lebih realistik. Cukuplah, jangan ditiup angin syurga ke telinga hamba.
Kredit kepada pemilik gambar.
Nak popular kan..
BalasPadamDan di penghujungnya angin syurga dihembus taufan ultras lantas menerbitkan bahalol-bahalol pemakan asap.
BalasPadamhye danny komando
BalasPadamulasan yang bangang
BalasPadamknpa kita susah nk trima prubahan?.kemon la..
BalasPadamFeudalistic
BalasPadam