... terlalu berat dugaan hamba mu ini untuk mengukir kata-kata..permudahkan lah.
Rasanya baru semalam kegagahan dan keangkuhan peminat Liverpool bercerita tentang kelayakan mereka di pentas Eropah. Tentang bangun di pagi khamis atau Rabu. Tentang bagaimana kelab besar Southampton hanya layak duduk depan TV sahaja menonton perlawanan Eropah. Semuanya rasa begitu segar dalam minda.
Liverpool yang layak ke pentas Eropah atas tiket NAIB JUARA kejuaraan Inggeris seperti di duga, tersungkur sayu di rumput Anfield. Kesemua perlawanan mereka hanya sebagai pelengkap jadual. Kalau menang pun ketika nafas sudah sampai ke penghujung kerongkong. Itupun dengan pasukan Lucozades..ke Ludogorets ke..Luhado? Inilah imej yang di bawa mereka ke pentas Eropah. Hanya sekadar mengaut keuntungan hak penyiaran. Dapatlah Lalalana dan Lambert di bawa berjalan-jalan menghirup udara segar di beberapa negara eropah lain. Sejuk benar katanya.
Inilah kebijaksanaan Sir Brendan Rodgers yang patut kita semua raikan. Sir Brendan Rodgers wajib kita pertahankan. Beliau yang di angkat sebagai wira kebangkitan semula gergasi eropah selepas lama terlajak tidur rupanya hanya sekadar menjadi pelawak komedi untuk menghiburkan kita semua. Maka tak manis kalau kita tak ketawa. KAHKAHKAHKAH. Ketawalah kerana ianya percuma.
Prinsip Manchester United di pentas Eropah mudah. Jika layak, mestilah sebagai juara inggeris. kemudian bermain pula selayaknya bagai sang juara dan di geruni lawan. Asal layak terus jadi juara. kalau kalah pun biarlah bermaruah dan bergaya. kalau setakat nak tempah baju dan sewa bas bumbung terbuka, team bowling padang pun boleh buat.
Puisi pendek.
Kita nyanyi ramai-ramai..plis..
"ooohhhh Liverpool, kau kebanggaan ku..ohh Liverpool satukan jiwa ku. Selamanya Liverpool,selagi kita bernyawa ohhh Liverpool.kau takkan jalan sendirian"
Bertabahlah wahai rakan Liverpool.
hmmm..karat juga ilmu memperlekehkan liverpool aku ni.
Semusim di Europa.
BalasPadamwe won it five times!!!.
BalasPadam2 orang je komen?
BalasPadamBaru keluar gua ke...???
BalasPadamKetawa lah kerana ketawa itu percuma..
Kah Kah Kah..
Ya mmg karat...try harder bro
BalasPadamnumber six is here!! :v
BalasPadamMenyahut seruan tuan ketua:
BalasPadamKahkahkahkahkah
sokernet kembali menghiburkan. padu padat. harap penulis2 picisan yang cuba2 buat posting hambar dapat kembali ke IKM belajar bagi habis kursus kimpalan.
BalasPadam