ANDA SEDANG MEMBACA

1

MENGAPA PEMAIN BERKELAS DUNIA TIDAK MAMPU BERMAIN BAIK DI LIGA-M?

Unknown Khamis, Disember 15, 2016

Pelbagai aksi dan karenah dapat disaksikan di Liga Malaysia setiap tahun. Paling menarik apabila terdapat sebilangan pemain berkelas dunia menyertai kelab Liga-M.

Namun, pemain berkelas dunia nampaknya gagal untuk menyerlah di Liga-M. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini !

INTENSITI DAN TEMPO LIGA MALAYSIA TERLALU RENDAH !

Kalau kita saksikan dengan teliti, kebanyakan pasukan Liga Malaysia mengamalkan 'build-up attack' daripada half sendiri dan banyak bermain di kawasan sendiri sebelum melancarkan serangan ke tempat lawan. Secara tidak langsung, tempo permainan akan menjadi perlahan dan ianya sedikit sebanyak menganggu rentak permainan serta melengahkan masa. Pemain berkelas dunia agak tidak biasa dengan tempo sebegini kerana di liga luar negara, tempo permainan mereka adalah daripada tahap 'moderate' hingga 'ultra-fast'. Selain itu, intensiti di Liga-M juga sangat rendah dengan tidak banyak pressing dilakukan dan terjahan di sini terlampau kasar hingga menyebabkan kecederaan serius. Ianya berbeza dengan pemain berkelas dunia yang gemar untuk 'recycle' bola dengan cepat dan melakukan 'clean tackles'.

PEMAIN BERKELAS DUNIA SUDAH OFF-PEAK?

Kadangkala, corak permainan di Liga-M tidak boleh dipersalahkan 100%. Salah satu sebab mereka gagal di Liga-M mungkin kerana mereka sudah off-peak! Apa itu off-peak? Ia bermaksud pemain itu sudah melepasi kemuncak prestasi mereka dan sedang mengalami kejatuhan prestasi yang drastik. Pablo Aimar antara pemain yang sudah off-peak ketika menyertai Johor DT. Bukan salah pemain tetapi salah pengurusan & jurulatih ketika itu!

PEMAIN MALAYSIA TIADA 'BASIC FOOTBALL' ?

Ini mungkin kenyataan sebenar tentang Liga Malaysia. Sampai bila pemain kita mahu 'buta' tentang 'basic football'? Sampai bila pemain kita terus tinggal di bawah 'tempurung'? Sampai bila? Kalau kita perhatikan, pemain berkelas dunia tidak dapat langsung melakukan tugas mereka dengan baik disebabkan kelemahan 'basic football' pemain Malaysia. Tiada kesefahaman dan kurang kemahiran individu sebenarnya menyusahkan mereka umpama mereka keseorangan di atas padang! Sampai bila?

Sekian sahaja penulisan saya kali. Saya harap ada yang faham mengapa pemain berkelas dunia pun tidak mampu mengubah pasukan selemah ATM FA. Terima kasih !

Artikel ini ditulis oleh Seladang Tacts Amirul.

1 Ulasan:

Mizan Yusof berkata...

kemon..kroni fam dah baru..blog ni masih senyap..dimana kegemilangan yg dulu hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...