Selasa, Oktober 04, 2011

Salam Lebaran Dari Munich

Oktoberfest yang ditunggu tiba lagi. Meneruskan tradisi Bavaria yang diamalkan sekian lama, Bayern Munich telah memberikan peluang kepada para pemainnya untuk meraikan hari yang mulia ini. Ini pun nasib baik kerana Bayern Munich berada di puncak klasemen Bundesliga sekarang, berbeza dengan musim lepas di mana mereka berkelakuan 'Arsenal' sehingga para pemain diharamkan dari meraikan Oktoberfest.

Seperti lazimnya kita menyambut hari raya di sini, para pemain Bayern Munich mengenakan pakaian tradisi Bavaria sementara pasangan masing-masing tampil anggun berkebaya Bavaria. Para pemain dan pasangan mereka berkumpul menikmati juadah yang dihidangkan seperti Schweinebraten dan Braunschweiger sambil menonggak bergelen-gelen beer. Kunjung-mengunjung menjadi amalan murni mengikat tali silaturrahim dan memupuk persefahaman dalam satu pasukan bola.

Pasangan bola nombor 1 Jerman, Bastian Schweinsteiger dan awek kesayangan Sarah Brandner
Turut tidak ketinggalan ialah Arjen Robben bersama isteri kesayangan, Bernadien
Ayam tambatan Mario Gomez bersama pasangannya Silvia Meichel ceria di pagi Oktoberfest
Thomas Mueller bersama segelas beer dan teman wanita Lisa
Kapitan Philipp Lahm bersama orang rumahnya, Claudia Lahm

Pemain berusia 19 tahun yang dipinjam dari Osaka Gamba, Takashi Usami bersama aweknya Ran
Bak pinang dibelah dua, Manuel Neuer dan Kathrin Gilch
"Kami para pemain Bayern Munich bersama pasangan mengucapkan Selamat Hari Oktoberfest dan Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca Sokernet!"


P/S: Heh, seronok ye? Tunggu Borussia Dortmund dan WAGS mereka datang baru kau tahu langit tinggi ke rendah!

13 ulasan:

  1. apsal xde pic ribery dgn bini dia?
    hari tu aku tgk ada je dorang g sana.

    BalasPadam
  2. fuh meriah sokernet...akhir2 ni bnyk entri di post...

    BalasPadam
  3. muahaha...arsenal lagik kena


    http://azrijohan.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Borrusia Dortmund punya WAGS lagi hot ke atau datang sekadar menganjing je...
    Jangan sampai John 'Tiger' Terry datang sudah la ye dokk..
    Maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  5. eh2,annoying pulak azrijohan ni.sikit2 promote blog je.dah blog sampah tu blog sampah jugak la.takyah la promote2.

    BalasPadam
  6. wags germany lebih hot dari wags england for sure, and diorang takde buat perangai bodoh macam kacau laki masa nak main bola :)

    BalasPadam
  7. being a wag is so damn fun..just get your boobies ready and flaunt it...

    urggghhh im so jeles

    BalasPadam
  8. errr....boobs awek Thomas Mueller agak lazat...kehkehkeh...

    BalasPadam
  9. ni semua2 duk terkinja2 tersengih2 terkemut2 tengok orang punya oktoberfest, zakat dah bayar belum?..

    BalasPadam
  10. salam lebaran dari ramli jgk di MU...

    BalasPadam