ANDA SEDANG MEMBACA

42

Hey Piala!

Menyaksikan pasukan yang disokong bermain diperlawanan akhir sesungguhnya merupakan sesuatu yang amat mengasyikkan. Berantakkan dengan orgasm. Penuh dengan keghairahan dan rangsangan yang tidak terucap oleh kata-kata.

Walaupun permainan semalam agak menyebelahi Liverpool dari sudut statistik, tahniah saya ucapkan kepada Cardiff City yang berjuang hingga ke minit terakhir.

Cardiff City mendahului dengan jaringan yang membuatkan peminat ManUtd, Chelsea serta Arsenal tersenyum nipis. Mereka menjadi kacip tanpa menyedari bahawa Liverpool sebenarnya hanya mempermainkan perasaan mereka. Malah, agak sadis juga kerana aksi mempermainkan perasaan mereka ini bermula dari kes keretapi yang membawa ramai fans Liverpool rosak sebelum sepak mula dan berterusan sehinggalah ke tendangan bolasepak yang terakhir. Takziah saya ucapkan kepada mereka yang terjebak. Mohon tabah.



Tambahan masa adalah sesuatu yang sudah saya jangka kerana hati bookie perlu dijaga. Dilaporkan perlawanan kemasa tambahan semalam telah menyebabkan bookie mengaut keuntungan yang berbillion Euro dan 99% dari duit itu ialah duit penyokong ManUtd, Chelsea dan Arsenal. Sekali lagi, mohon tabah.

Begitu nikmatnya pabila perasaan-perasaan mereka diperkotak-katikkan, dilambung-lambung tatkala ada diantara mereka berani menyuarakan pendapat bahawa Liverpool bakal kalah. Begitu lemahnya pemikiran mereka. Begitu naif.

Kemenangan Liverpool semalam walaupun hanyalah Piala Carling, ia tetap tercatat didalam sejarah sebagai satu kejuaraan dan gobok piala di Anfield bakal diisi dengannya.

Dengan Piala FA masih menjadi buruan Liverpool, nampaknya peluang Liverpool menang piala berganda semakin tinggi. Harapan ManUtd untuk menang sebarang piala semakin tipis manakala peluang Chelsea dan Arsenal pula bolehlah kita abaikan.

Tahukah anda walaupun menang sampai 3-0 atau 5-2 tapi tak menang piala adalah ibarat mengorat makwe sampai habis duit beribu ringgit tapi akhirnya kutu lain yang sapu makwe itu bermodalkan air liur?

Juga, tahukah anda skor last minit untuk menang tak dapat apa tapi skor menang penalti dapat piala?



Saya sudahi entri saya ini dengan meminjam tweet dari brader A.K.A.B:

'1981 1982 1983 1984 1995 2001 2003 2012. YNWA'

#YNWA ./

42 Ulasan:

pakkordi berkata...

Menang!

pejalan kaki berkata...

ramai betul evra hitam mati dalam gambar tu...eh alamak teracist pulak...mohon jabat tangan kihkihkih

Tanpa Nama berkata...

menang pun ada yg bising.
Cardiff hebat dpt msok final.
yg lain haram! :)
YNWA

Khairil Anuar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Khairil Anuar berkata...

selepas kecewa apabila chelsea dan manchester city gagal memberikan saingan yang hebat di quaterfinal dan semifinal, akhirnya cardiff city tidak menghampakan liverpool pada aksi final sebentar tadi.. #YNWA

meonism berkata...

all hail pakkordi!

rashideeshukri berkata...

power!

tahun ni ada can nak dapat Double. dengar cerita kalau menang League Cup tahun ni, boleh main Europa terus.

congrats jugak pada Cardiff yang tak pernah menyerah kalah walaupun Liverpool punya attacking tadi macam durian jatuh bila sampai musim. nak tercabut ulu hati aku bila habis extra time.

YNWA!

orang_es berkata...

nampak kecik benor piala tu, mcm tak feel je nk angkat tinggi2 kahkah

Yapok_Ayu berkata...

sgt terbaik. sungguh shahdu. tak sabar menunggu fan2 lain terutama manu mengutuk kemenangan mlm td. seperti, " eleh.. mng penalty je pun", "lawan team lemah" dan lain2 lagi.. ape lagi, bgn la JORJI...

PabloHoney berkata...

memang pun...lawan cardiff pun nak pakai penalti...pigi dah!!!!

memang kalau tk best tu tak best la jugak..

saya MU saya nak kutuk liverpool saya punya suka lah ek...

dueng berkata...

babi betul, macam nak tercabut jantung aku tengok. cardiff main parking kereta kebal, mmg berjaya sungguh.

tapi the best team won finally. pukul 4 aku baru tidur sebab eksaited adrenaline pumping. dah lambat nak gi keje arini. hahaha.

Aku harap sgt Suarez tanam "benda" kat Wembley supaya Man Utd tak jejak dah Wembley. Aku harap je la.

pakkordi berkata...

Hi Missus Vidic nak handyplast kat buntut ke? Sesungguhnya, the feeling is mutual cik. Kah kah.

Tanpa Nama berkata...

da enam tahun tak mng piala. cam ne la jadinye..huhu

.Gory. berkata...

Yea! Liverpool boleh juga main Eropah season depan Yea!!!

tukang sapu berkata...

tahniah akhirnya menang juga walaupun piala kecil2-an tapi itu lebih baik dari tak menang apa2 kan?
tapi cuba-lah pula menang liga tahun depan ye.
asyik team sama yang menang bosan gak..
yenuwa!

Mista Maman berkata...

Even aku bukan KOPitiam, tp aku layan game malam td. Cardiff dah penat tahap gaban sial. Bape ramai yg dah gigil kaki? Tp, kredit utk Cardiff, especially keeper Heaton.

For Liverfool, dah secure EUL. Hehe. Congrats!

Qazwsx berkata...

ak nak tgk sgt evra terkinja2 bila menang europa league nanti.opss piala yang pernah dikeji fan menyu.ahahaa

talkIZcheap! berkata...

Kemenangan Liverpool semalam menafikan trofi untuk pasukan "Malaysia" sekali gus menangguhkan hasrat Malaysia untuk menang at least satu piala/kejohanan setiap tahun... Kena tunggu AFF Suzuki Cup pulak...

Disamping itu, ia juga menafikan hak cuti umum untuk rakyat Malaysia pada hari ini... celaka jem teruk, kena drive manual pulak pasal kereta kat bengkel... Clutch Savvy boleh tahan lar berat dia!

-Another reason to hate Liverpool! :p


p/s: masih bukan robot...

noramieza berkata...

Pak Kordi punya article mmg ada class, mcm game Liverpool semalam.

Game semalam bikin lemah jantung. Bukan sebab hampir2 kalah tapi hampir2 kenduri gol.

Apa2 pun Liverpool dah menang Carling Cup itu yg paling vital.

YNWA

f.islahi berkata...

liverpool dijangka julang next cup adalah pada tahun 2019.lagi pun nxt season liver tk main kejohanan eropah.so fan liver boleh lah ddk diam2.biar team top 5 yg buat kerja utk naikkan nama bpl.

keli berkata...

@f.islahi
Team top 5 buat kerja naikkan nama BPL??? Hahahahahahahaaaa....Mula-mula MU dgn City terkeluar dari UCL, pasni gua agak Arsenal dengan Chelsea pun dah nyawa-nyawa ikan kat UCL. Buat malu nama BPL je...LOL:D
Apa-apa pun gua cool hari ni.
I feel good today.
Game pagi tadi memang buat gua naik risau. Kelihatan juga penyokong Cardiff berjersi logo AON, SAMSUNG dan EMIRATES di kedai mamak. Majoriti adalah AON. Bukan main lagi bila Cardiff score....hahahaha. Ada 2 player liverpool yang memang bikin gua panas masa game tu...tapi sebab dah menang gua ok je....:D

Jojoe Ali berkata...

Nape tah.. ulasan dan visual yg aku tengok dlm game semalam macam tak selari. Hmm. TV aku rosak agaknya.

Apapun, tahniahlah kepada yang berkenaan. Ada kosong lagi rupanya gobok tu ek? Team AON tu dah tak muat, dah tukar pakai gudang je...

JackTropicana berkata...

Sy mnyokong 100% Missus Vidic.
Lwn Malaysia pun nak penalti..
Nak dating dgn Missus Vidic blh?

dueng berkata...

Man Utd dah tak muat dah gobok piala? Camne ni, baru menang sikit, dah tak muat dah gobok. Beli yang besor sikit la ye. belajar sikit dari Liverpool ni, dah lama dah beli gobok besar, sebab dah lama dah rasa piala berkoyan2. Man Utd je baru nak merasa, takper2, take it slow k. Jangan henjut kuat sgt, nanti pancut awal ye.

Aku faham Man Utd nak kejar rekod 3 UEFA cup milik Liverpool, pasal tu sengaja masuk UEFA cup. takper2, jgn orgasm lagi, tak menang pun lagi. Dah menang nanti, baru orgasm puas2 ye.

Owh..tahun ni Man Utd tak gi Wembley ke utk main game for cup? Owh lupa, dua2 dah keluar kan. sabar la ye. man City ada tunggu League and UEFA cup tu, harap2 boleh la menang salah satu. Kalau tak, malu beb.

Unknown berkata...

oh how irony Man U supporters, 2003 kate piala hingusan, then 2010 tu lah the only piala lu org, then kate europa hingusan, now ur in it, irony irony irony...........

YNWA, next, FA Cup

gambarequest berkata...

hey piala! dia punya hey lama la jugak.

rashideeshukri berkata...

tahukah anda, Liverpool dah menang 41 piala berbanding MU yang dah menang 38? sekali lagi, mohon tabah.

hADIE berkata...

fans Liverpool memang akan celebrate gila-gila punya...

menang piala kan?...

juara tu... biarlah Carling Cup ke hape...

wakakaka! juara... juara...

PabloHoney berkata...

alah pak kordi buat2 tanya pulak...
memang bontot saya sakit pun hehe..

al maklum lah jeles giler tengok liverpool menang angkat piala..

f.islahi berkata...

@keli.ok lah bersaing gak.dari tk masuk langsung.ntah season depan turun divison kot.tapi sbb liverpool dah menang.so tahniah.

p/s : baru menang carling dah meroyan.tktau cmne liver menang bpl.nasib liverpool dah tk kn menang bpl. hihi

Cob Nobbler berkata...

Fan-fan menyu ni satu je aku nak tanya, cakap piala kecik lah, baru menang League Cup nak kecohlah, menang penalti lawan Cardiff lah, apa lah, satu je aku nak tanya.

Kenapa kalah dengan Crystal Palace? buat marah Cantona je. Nak kalah pun, kalah lah dengan team lain. Penat je dia terajang fan Crystal Palace tau.

keli berkata...

@f.islahi
OK. Teruskan persaingan.
Liverpool turun division? Hehe...you are delusional bro.

@Cob Nobbler
Betul betul betul. Crystal Palace. Muahahaha...

talkIZcheap! berkata...

how fan Liverpool pada tahun 1977 kata itu piala Mickey Mouse, dan merekalah yang pertama sekali menggunakan term tersebut...

karma is a bitch, I know... :p

Thaqif Ismail berkata...

gua penat menelek gambar gerrad tu julang apa. baru perasan dia julang carling cup rupanya. apesal kecik sangat?

faridzainal berkata...

Yeah..baru semalam nampak fan liverpool senyum penuh bangga..tahniah2..

Mat Sabu berkata...

Liverpool Ni Paling Busuk Pon Kalau Qualify Semula ke UCL harus Sampai QF Kurang2..Ckup Bagus bukan utk Kelab yang dah lame xmain ucl..Nak harapkan Manc Kejadah? Satu bangang Satu Kaya Bodo..Londoners? mimpi..LFC Jugak yang ckup mkn garam dalam kancah UCL Ni..

pakkordi berkata...

Kau ni daus, Liverpool pun ada juga gagal di peringkat kumpulan UCL.

Come on, be fair.

JackTropicana berkata...

Dah lama sgt Liverpool ni xde cup..Bg la diorg merasa.. Biar diorg stim lebih2..pasni lauk laaa...

Missus Vidic, Mana yg sakit tu..blh sy bantu?

f.islahi berkata...

kemarau 6 thn.julang carling cup je.pastu bising2.mujur tuhan tuh maha adil.bg menyu menang cup slalu,bukan liver.klu tk hancur dunia ni.haha pape pun fan liver.come back when you've won 19 ok

dueng berkata...

Jack: Sape yang lauk yang dah out dari League Cup, Fa Cup and UCL? Sape sekarang ni, sape?

f.islahi: come back when you won 5 UCL, 3 Europa League, 8 League Cup ye. Come on la, kecoh gile baru pecahkan satu rekod. Ada 3 lagi tengah tunggu. Come back when you've won all those.

Aku rasa dunia boleh kiamat bagi penyokong Man Utd kalau trophyless this season. Kalau betul trophyless, itulah Sumpahan Suarez. hahahaha.

el-tigre berkata...

Tahniah kerana menjuarai piala adik-adik kpd tim pasukan tangga ke 7 ini dlm epl yg jaringan nya lebih sikit dari blackburn rovers.

Mambang Tanah berkata...

Baru ada satu ke yg nak dbanggakan,bang? Br dpt modal eh? Dulu ms liverpool pegang rekod dok kecoh kata fan liverpool sandarkn pd kenangan,la ni dia pun sama.dulu pun dok bising kata euro cup piala kelas kedua,la ni hak tu gak yg hangpa kejar2.awatla hangpa ni dok keje jilat ludah je ni? Keh keh keh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...