ANDA SEDANG MEMBACA

23

Menuju 21

Silat Gayong


Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pasukan juara sebenar tidak memerlukan permainan pelik-pelik untuk menang. Simple touch diadun dengan sedikit teknik sihir, sudah cukup untuk menumbuk padu ke muka haters yang berkeliaran. Berbekalkan patch emas di lengan, para pemain Man Utd mempamerkan gaya mudah dan senang dipandang untuk memenangi perlawanan.

Swansea bukanlah pasukan yang kerdil. Permainan mereka sebelum ini menarik ketika bertemu pasukan lemah seperti Arsenal, Chelsea dan Liverpool. Mereka tiba-tiba jadi kaku dan hilang arah tatkala berdepan dengan juara Inggeris. Kegentaran mereka dapat dilihat dari segi tahan bola berterabur dan sepak bola guna keting. Michu yang sebelum ini menjadi igauan ngeri penjaga gol pasukan lemah yang disebutkan diatas nampak seperti hilang arah dan berlari-lari tiada guna. 

Perlawanan dimulakan dengan sedikit bosan kerana penguasaan bola yang melampau oleh Man Utd. Tiada pemain Swansea yang berani tampil kedepan untuk merebut bola. Kalau ada pun akan disergah Vidic sampai meninggal. Robin Van Persie yang baran melihatkan keadaan ini kemudian bertindak menjaringkan gol pertama menerusi gerakan silat. Terpinga dan terkejut melihatkan keadaan yang berlaku, Wellbeck pula menjaringkan gol sambil pejam mata dua minit kemudian.

Selepas itu pemain United bagaikan dirasuk saka kerana tidak henti-henti melancarkan serangan yang bertubi-tubi ke arah pintu gol Swansea. Mujurlah mereka masih ingat tuhan dan bertindak bijak untuk menikmati perlawanan tanpa menjaringkan gol lagi.

Waktu rehat digunakan sepenuhnya oleh para pemain dan pegawai pasukan United untuk bermain Candy Crush. Tiada kata-kata berunsur taktikal yang diberikan oleh David Moyes kerana kejang melihat cara pemainnya bermain. Kalau ada pun hanya pesanan berupa nasihat agar bermainlah secara bersama-sama dengan Swansea.

Separuh masa kedua United dilihat mengendurkan asakan mereka. Ternyata pesanan yang diberikan Moyes digenggam erat oleh pemain United. De Gea yang sebelum ini dilihat bersila sudah mula berdiri. Pertahanan United mula membuka ruang untuk pasukan Swansea mempamerkan gaya mereka. Tetapi Van Persie ni dasar kepala batu. Dia merembat masuk gol ketiga United, kali ni dengan gaya sepakan peluru. Moyes yang berang kemudian mengeluarkan Van Persie untuk menghentikan dia dari menjaringkan gol. Ini bagi menjaga air muka penyokong Swansea, Liverpool, Arsenal, Chelsea, City, Bayern Munich, Real Madrid dan Barcelona. 

Menjerit dari luar, Moyes mengarahkan pertahanan United untuk memberikan gol saguhati kepada tuan rumah. Wilfried Bony kemudian dipilih oleh pasukan United secara sepakat untuk menjaringkan gol. Setelah itu barulah nampak penyokong mereka gembira. Mereka dikhabarkan bakal mengadakan kenduri kesyukuran kerana dapat menjaringkan gol menentang United. 

Menjelang minit akhir perlawanan, Wellbeck bercadang untuk menamatkan perlawanan dengan cara aneh. Dia berniat untuk mengechip bola menuju tiang tetapi tidak sengaja telah menjaringkan gol keempat. 

Tamat perlawanan, Swansea 1-4 Manchester United.

23 Ulasan:

kobetz berkata...

celaka bahana candy crush!

sekut merie berkata...

Puihhh

Tanpa Nama berkata...

Terbaik..mau angkuh lagi
GGMU

hantuLongkang berkata...

Tamat perlawanan, Liverpool 1-0 Stoke. Maka juara EPL sah milik Liverpool.

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

hai hantuLongkang

Haria hoi berkata...

Terasa mcm x cukup angkuh lg ni. GGMU

sufian berkata...

Thumbs up,artikel pembukaan yang steady

Unknown berkata...

Hahaha... Lawan kelab lemah boleh la... Puih..

talkIZcheap! berkata...

3 perenggan dan aku tahu dah artikel ni sampah. Nak buat lawak pu biar la detail game tak dihilangkan begitu saja. Macam mana ko boleh terlepas untuk mention assist Giggs? Dia punya pass dah segila Scholes, bukti kenapa Moyes lebih gemar start dengan dia dalam 2 game official beliau di MU.

Aku tahu tujuan artikel dalam sokernet adalah untuk meningkatkan keangkuhan sesuatu pasukan, tapi kenapa nak menafikan yang Swansea lebih banyak menyerang sebelum gol pertama?

Cuba tengok artikel-artikel J Or Ji sebelum-sebelum ni, walaupun dipersembahkan dengan gaya bahasa bersahaja dan angkuh, namun tak pernah memadamkan fakta-fakta penting perlawanan yang sebenarnya mampu meningkatkan lagi keangkuhan artikel itu sendiri...

Ini tahap komen budak-budak kat page FB Sokernet je artikel ni, tak memberangsangkan langsung! Aku nasihatkan penulis-penulis sokernet jauhkan diri la dari page FB Soekrnet tu kalau nak ada kemajuan dalam penulisan kesukanan yang sinis...

Tanpa Nama berkata...

kalo x suka jangan baca...

Kerandut FC berkata...

Ok ni..aku tersenyum time baca..ok ni ok ni..aku suka tulisan ni..yang tak suka tu, ko boleh pergi main belek2 jubo sendiri laa badigol!

ejatkujat berkata...

tak nak angkuh lagi statment..kakakaka #ggmu

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

sabarlah talkizcheap, aku dalam mode masih belajar lagi ni.

sukan bola sepak agenda dajjal berkata...

arsenal 5 - 0 mu

Itik Roket berkata...

aku kurang setuju dgn talkcheapz. bagi aku dlm generasi baru penulis sokernet yang paling menonjol penulisan dia danny je. dia je yg ok setakat ni. penulis baru yang lain sedikit hambar. moga2 kalian akan terus berusaha dgn menghasilkan post yang angkuh dan sombong

Tanpa Nama berkata...

Bahan membahan sampai berdarah jubo budaya sokernet...klu pengulas pun x tahan psyco x yah arr...kemon dany

Tanpa Nama berkata...

Gua tak payah baca 3 perenggan cuma tengok tajuk pun gua dah tahu. Pulak tu artikel pasal MU memang bangang bangang bangang laaa... Team tak power kecoh lebih arrrr....kakakaka.
Syok jugak komen pakai anon :D

Tanpa Nama berkata...

die bengang la tu baca post danny huhu

lilrojak berkata...

Keangkuhan kita bermula dah...

Tanpa Nama berkata...

woiii TalkIZcheap!yg ko sentap sgt 2 knp?bpk banganggg siall kau ni,org lain rilex je ko nk sentap plak apahal?lek2 dah la...org lain rilex je baca..pembaca ko ni bt smpah je dlm ruangan komen ni...baghalll..kalau nk ulasan penuh dgn ayt2 skema dgn kejujuran yg penuh di dada ko g baca utusan bahagian sukan tuh..bangangggg abadii! aku xda lah fans man u,tp aku berbulu tgk komen mcm 2...

Azhanhizan berkata...

Hahahaha...
Mampuih la korang...

Unknown berkata...

woi penulis yang agak kurang pandai. ko tahu x apa yg ko cube ckp. ko ckp liverpool team lemah.tapi faktanya liverpool sukar ditewaskan oleh team setan Manchester United

talkIZcheap! berkata...

wah sentap gila dengan komen tanpa nama, nama pun takdak, nak sentap-sentap jugak... wakakak!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...