ANDA SEDANG MEMBACA

0

1, 2, 3, 4, Setel!

Issey Ibrahim Rabu, September 16, 2015


ARSENAL 7-5 READING.

44 minit pertama yang menjadi neraka buat pasukan yang dibarisi adik-adik tadika. Bermula minit ke 11 apabila Jason Roberts menjaringkan gol pertama. 6 minit berselang, giliran kaki Koscielny pula menghadiahkan jaringan kedua buat Reading hasil hantaran lintang Chris Gunter dan seterusnya menewaskan penjaga gol Arsenal, Damian Martinez buat ke sekian kalinya. Menambah derita Arsenal, Mikele Leigertwood meledak gol ketiga melalui sepakan padu dari jarak jauh. Giliran Noel Hunt pula melakar nama selaku penjaring 15 minit selepas jaringan Leigertwood hasil hantaran lintang Garath McCleary. 

40 minit 30 saat masa permainan,

“We want Arsenal Back!”
“We want Arsenal Back!”

Penyokong yang yang datang jauh dari Utara London ke Madejski Stadium mula melaungkan kata-kata semangat buat kelab kesayangan mereka. Hasilnya Theo Walcott menghadiahkan sebuah jaringan penaik semangat menerusi hantaran Andrey Arshavin.

Tamat separuh masa pertama.

***
Separuh masa kedua Thea Walcott berlumba menentang masa sehinggalah beliau, menerusi sebuah sepakan sudut menghantar tepat ke kepala Oliver Giroud untuk menghadiahkan Arsenal gol yang kedua, Arsenal 2-4 Reading. 

1 minit sebelum tamat 90 minit masa permainan,

Penyokong Manchester United yang sudah bersorak sorai merayakan kekalahan Arsenal. Penyokong Chelsea pula bersuka ria dengan laungan “London is Blue” mereka. Tidak lupa juga penyokong Liverpool yang sering kali meraikan kemenangan pasukan lain kerana mereka sedar Liverpool dan kekalahan memang tidak boleh dipisahkan lagi.

Sedang semua bersuka ria Laurent Koscielny yang tidak dikawal menanduk masuk sepakan sudut Theo Walcott merapatkan lagi jurang kepada 3-4. 

5 minit masa tambahan,

Di sinilah semua keajaiban bolasepak bermula. Minit pertama masa tambahan Theo Walcott menjaringkan gol peribadi yang kedua dalam permainan dan seterusnya menyamakan kedudukan. Momentum kebangkitan Arsenal diteruskan lagi dengan jaringan kelima oleh Mauroune Chamakh yang menyepak padu menerusi kelangkang Kaspars Gorkss terus ke dalam jaring. Arsenal 5-4 Reading, buat kali pertama dalam permainan Arsenal mendahului Reading.

Tersentak dengan jaringan Mauroune Chamakh, Reading mula tahu nak melawan. Pogrebnyak menyamakan kedudukan 5-5 menerusi sebuah tandukan untuk menewaskan Martinez. Tetapi itu tidak menjatuhkan semangat anak-anak tadika Arsenal. Mereka dengan semangatnya masih meneruskan permainan.

Theo Walcott yang menjadi nadi Arsenal melengkapkan hatrik apabila menendang padu bola terus ke dalam jaring dari jarak dekat. Mauroune Chamakh melengkapkan malam bergaya Arsenal apabila membuat sepakan lemas yang menewaskan Federici untuk kali ketujuh pada malam itu.

Tamat permainan, Arsenal 7-5 Reading.

Senarai penjaring 12 gol permainan.


***

FC Istiklol, selamat berkenalan dengan Dickson Nwakame, Kalau mahu kenal lagi boleh tanya JDT.


Malam ini, bakal kita saksikan sekali lagi kebangkitan dan keajaiban sebenar dalam bola sepak. 

1,
2,
3,
4,
Setel!

Tamat permainan, Pahang 5-0 FC Istiklol.
Pahang layak ke Separuh Akhir AFC dengan agregat 5-4.

0 Ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...