ANDA SEDANG MEMBACA

1

[REVIEW] Malaysia 3 - 2 Cambodia Dan Safee Sali Kembali Beraksi Tangkas?

Unknown Isnin, November 21, 2016

Perlawanan pertama Malaysia di AFF Suzuki Cup 2016 iaitu menentang Kemboja nampaknya amat sukar buat Malaysia apabila terpaksa bertarung
sehingga minit ke-80 untuk membuat ‘comeback’ yang bergaya hasil jaringan Syazwan Zainon dan Amri Yahyah. Terdapat beberapa perkara yang saya mahu tekankan di sini setelah meneliti perlawanan sebaik mungkin. Mari kita selusuri laporan post-match kali ini!

GANDINGAN PRAK MONY UDOM DAN VATHANAKA MAMPU MEMBUNUH PASUKAN GERGASI ASEAN

Tiada apa yang saya mahu katakan tentang gol ‘kontroversi’ Vathanaka
dan gol keduanya tetapi saya tertarik dengan gerakan dua pemain muda
serangan Kemboja iaitu Prak Mony Udom dan Chan Vathanaka. Vathanaka, seorang pemain tengah serangan yang boleh bertindak sebagai penyerang menyajikan kemahiran menggeleceknya, kepantasannya dan ketajaman penyudahannya manakala Mony Udom pula lebih kepada ‘feeder’ yang menghantar bola lolos di celah-celah pertahanan seperti mana kita lihat dalam kebanyakan aksi mereka petang tadi. Saya rasa duo penggempur muda ini mampu membawa Kemboja ke peringkat lebih tinggi apabila melihat prestasi kedua-dua pemain ketika ini kerana mengikut rekod, mereka berjaya beraksi baik dengan menjaringkan gol dan
melakukan assists dalam 3 perlawanan terakhir mereka!

KEMBOJA ‘LAJU’ TETAPI CEPAT ‘LAYU’, MALAYSIA GAGAL MENTAFSIR PELUANG
DI DEPAN MATA

Pada awal 30 minit, saya benar-benar rasa Kemboja sememangnya berada
di satu tahap yang lain apabila berjaya melakukan counter-attack dan recycle dengan pantas. Mereka menerima bola dengan baik dan menghantar bola dengan cepat. Namun begitu, selepas 30 minit, mereka nampaknya tak mampu untuk recycle dan distribute dengan efisien dan menyebabkan Malaysia mudah menguasai bola di half mereka begitu lama. Malaysia pula gagal untuk mentafsir peluang dengan baik. Hal ini dapat dibuktikan apabila daripada 10 shots, hanya 6 sahaja on-target dan 3
sahaja yang benar-benar masuk ke dalam gawang gol lawan.

DUO HAZWAN-LOK, IRFAN FAZAIL ‘HILANG’ DARIPADA RADAR?

Berbanding Hazwan, Darren Lok banyak menerima bola namun gagal untuk
menjana serangan. Hazwan pula kelihatan seperti hilang punca apabila
tiada sebarang gerakan berbahaya berjaya dijanakan oleh beliau pada
separuh masa pertama. Seperti Hazwan, Irfan juga tidak banyak bergerak selain sumbangan satu assist dan satu percubaan. Hazwan benar-benar tenggelam sehinggakan saya dapat mengira berapa touches yang beliau
lakukan. Darren Lok juga tak banyak melakukan gerakan berbahaya kerana
kelihatan seperti beliau sentiasa dikawal pertahanan lawan.

SAFEE SALI BERJAYA MENGHIDUPKAN SEMULA BAHAGIAN SERANGAN

Kemasukan Safee Sali pada minit ke-70 sebenarnya telah dijangka peminat tempatan apabila duo Hazwan-Lok gagal memberikan impak. Yang menariknya, Safee Sali berjaya menggerakkan semula serangan apabila beliau berjaya melakukan 3 key passes yang menghasilkan gol kemenangan. Secara tidak langsung, gerakan beliau berjaya menutup mulut pengkritik bola sepak tempatan!


Artikel ini ditulis oleh Seladang Tacts Amirul. Ikuti kami untuk lebih artikel mengenai pasukan Malaysia yang sedang bertanding di Piala AFF 2016.

1 Ulasan:

pelesit berkata...

layout serupa gampang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...