ANDA SEDANG MEMBACA

9

ORANG USA

xXx Sabtu, Oktober 14, 2017

Tahukah anda?




Di USA mereka sentiasa gembira tidak kira apa yang mereka lakukan. Negara mereka menghantar puluhan ribu askar untuk pergi berperang di negara asing juga sesuatu yang menggembirakan. Jika tidak manakan timbul filem Rambo yang sentiasa menang walaupun berlawan puluhan askar Vietnam yang lengkap dengan AK-47, RPG, Carl Gustav serta bom tangan. Manakala Rambo hanya menggunakan sebilah pisau sebesar parang Pak Lang Kodiang yang digunakan untuk menebas kebun pisang emas yang dibawa belayar.



Orang USA juga telah membina Las Vegas untuk bergembira. Syurga perjudian dunia yang paling sedap untuk cepat ke neraka. Dahlah berjudi, minum arak, kemudian main perempuan. Sedap betul kegembiraan mereka dalam menjalani kehidupan. Syaitan tidak diperlukan disana.



Selain Las Vegas, orang USA juga mempunyai Madison Square Garden (MSG). Tidak dinafikan MSG sebagai tempat hiburan orang USA dengan gelaran  The World Most Famous Arena. The Fight Of The Century antara Muhammad Ali vs Joe Frazier pada 8 Mac 1971 menceritakan segalanya. Perlawanan merebut kejuaraan Heavyweight dunia dalam sukan tinju. Perlawanan yang menyeronokkan dan mendebarkan penyokong kedua-dua peninju ini. Bergasaklah mereka berdua selama 15 pusingan. Menumbuk, mengelak, jab dada, ion fist ke muka, maaf kaki tak dibenarkan dalam tinju. Sangat mengujakan dan penuh dengan debaran. Akhirnya selepas 15 pusingan, Frazier diisytiharkan pemenang oleh pengadil dengan keputusan sebulat suara. Tamat perlawanan, penyokong Frazier bersorak sorai, mabuk tak tentu hala. Ada juga yang mati kerana terlalu seronok. Manakala penyokong Muhammad Ali pulang hampa, memaki hamun pengadil sambil menerima ejekan penyokong Frazier. Adil. Satu perlawanan hebat yang menyebabkan orang USA dan malahan penonton seluruh dunia berseronok selepas melihat ulang tayang di Youtube pada tahun 2017. Masih memberi impak. Seronok betul.




Tidak cukup dengan perlawanan tinju, orang USA juga meminati sukan bola keranjang. Ya penanda aras keseronokan sebenar orang USA. Siapa yang tidak mengenali Michael Jordan dan Chicago Bulls? Kobe Bryant? Orang kulit hitam yang disorak sorai mat saleh berkulit putih. Keseronokan bola keranjang adalah permainannya yang tidak pernah kering dari menjaringkan gol. Ya, berpuluh gol boleh dilakukan dalam satu perlawanan. Penat menjerit. Penat bersorak gol. Sama penat macam Michael Jordan yang terlompat-lompat di tengah gelanggang. Menang kalah lain cerita, yang penting seronok dalam menonton perlawanan. Kerana akhirnya ada satu keputusan, tak menang, kalah. Dan yang pasti gol banyakkkkkk. Pada tahun 1962, perlawanan antara Warriors menentang Knicks telah menghasilkan jaringan terbanyak sepanjang zaman. Warriors 169 - 147 Knicks. Ambik kau. Dalam perlawanan tersebut Wilt Chamberlain seorang telah menjaringkan 100 jaringan secara individu. Menjadikan beliau penjaring terbanyak dalam satu perlawanan sepanjang zaman. Kau bayangkan macam mana gila penyokong jerit masa jaringan dilakukan. Seronok kan?




"0-0 ni elok tak payah mainlah" kata Daus Katak dalam group Whatsapp selepas tamat perlawanan paling hebat arena persepak bolaan dunia antara Liverpool menentang Mancherster United.

Apahal main bola sepak, 90 minit sebiji gol pun dua-dua pasukan ni tak boleh nak bubuh? Cilake. Baik tengok basketball lah macam ni. Matilah kau Liverpool dengan Manchester United. Matilaaaaaaaaaaaaaa... syaitan.




Nota kaki: Liverpool tak ucap tahniah pada Salah kerana layak ke Piala Dunia ke?








9 Ulasan:

Pak Long Kokdiang berkata...

Kahkahkah. Macam babi.

Rizal berkata...

ok la

Tanpa Nama berkata...

orang gile aje sokong libepul ni...

Tanpa Nama berkata...

Lama dah tunggu artikel bernas mcm ni. Ada intro, kupasan, detail, santai penerangan dan ending with punch line..wow! serius keruit dahi...wow!

Tanpa Nama berkata...

jangan HINA Liverpool

Tanpa Nama berkata...

Suatu perasaan timbul dipanggil kegusaran,mencari page yang selalu menghiburkan hati dengan jenaka yang tak kering gusi. Dimanakah page itu skrg.. Mohon feedback.

Temerlove berkata...

Seronok baca.. nampak merapu tapi berfakta :)

amal berkata...

Sekumpulan lelaki gila yang otaknya bergeliga



Itulah identiti kerajaan Sokernet Darul Angkuh

Tanpa Nama berkata...

Jibaker

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...