Memaparkan catatan dengan label Arsenal paling power di alam semesta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Arsenal paling power di alam semesta. Papar semua catatan
18

Dari Lidah Kem Arsenal : Laporan Penangguhan dan Menjelang Piala FA

Kita tangguh dulu!
Sebagai pengulas Arsenal di Sokernet, aku menyuarakan secara tegas misi tiga piala Arsenal ditangguhkan sekali lagi agar para peminat bolasepak global boleh memberi fokus kepada kejatuhan Manchester United. Para penyokong pasukan lain yang pastinya sentiasa cemburu dengan kecemerlangan Arsenal mungkin berkata ini sudah dijangka apabila mengakhiri musim di tempat keempat. Mereka silap.

Hakikat sebenar yang disembunyikan ialah Arsenal merupakan pasukan yang akan menang bila mereka mahu sahaja. Yang pastinya bukan musim ini. Oleh itu, tiada alasan untuk para penyokong Arsenal terus berasa sombong.

Antara perkara yang tidaklah penyokong pasukan lain perasan, peranan yang dimainkan Arsenal cukup besar dalam memastikan saingan dipenuhi kecelaruan. Sengaja kalah kepada Chelsea, Liverpool, dan Manchester City dengan jumlah jaringan yang besar membuatkan ketiga-tiga pasukan itu resah dalam meningkatkan jumlah jaringan. Serampang tiga mata begini bukanlah asing kepada Arsenal.

Wartawan Sokernet di England iaitu Piers Morgan melaporkan, ketenangan penyokong Arsenal terpancar jelas apabila boleh bergurau dengan penyokong lain apabila mengetahui penangguhan ini dari Wenger. Semua penyokong Arsenal redha dengan penangguhan tersebut. Bukan macam penyokong Manchester United minggu lepas yang pergi bayar air di kaunter pun macam nak merusuh. Itu menang tu. Kalau kalah entah macam mana. Tak padan dengan tak boleh main Eropah nak buat perangai jakun.

*****

Sabtu ini Arsenal akan menentang pasukan yang bukan calang-calang iaitu Hull City dalam perlawanan akhir Piala FA. Hull City ni mantap tak mantap jersi pun dah macam Harimau Malaya dulu-dulu. Jadi, kau agak sendiri la macam mana pergi dia punya kemantapan tu.

Tewas 0-2 di tempat sendiri dalam saingan liga baru-baru ini, Hull City bakal diberi dua pilihan oleh Arsenal iaitu kalah atau balik. Seperti diketahui ramai, Arsenal ialah pasukan yang dinamik, gemar membuat player lawan nampak bodoh di tengah padang, dan suka menyirapkan darah lawan apabila bermain passing sesama sendiri. Jadi, dengan kriteria-kriteria sebegitu, aku jangkakan Hull City akan pilih untuk kalah. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Selamat Hari Guru.

Bas pasukan juara sudah bersedia!

2

Sekali Ayam Selamanya Ayam : Arsenal 1 - Tottenham 0

Gaya mutu keunggulan


INTRO

Kelmarin, dua derby termahsyur di England iaitu North London Derby (Arsenal vs Tottenham Hotspur) dan North West Derby (Liverpool vs Manchester United) melakar dua keputusan yang sama di mana kemenangan berpihak pada tuan rumah dengan kelebihan satu jaringan sahaja.
Ketika artikel ini ditulis para penyokong Tottenham dilihat natural sebagai tanda akur penuh pasrah dengan kehebatan Arsenal manakala situasi berbeza melanda kem Manchester United. Penyokong-penyokong mereka langsung tidak merahsiakan perasaan sedih, hiba, pilu, dan sendu di hati masing-masing. Cercaan, hinaan, dan kata-kata kesat berbaur makian ke atas David Moyes dilampiaskan terang-terangan di media sosial. Mereka seperti tidak percaya pasukan yang selama ini mereka anggap bangang, timid, tidak kompeten, dan berkelakuan luar tabii menewaskan mereka dengan jaringan di minit ke-3. Tabahlah. OK ini bukan ulasan Manchester United tetapi Arsenal. Giliran Manchester United akan tiba juga tidak lama lagi. Kita terus ke acara utama.

ULASAN

Perlawanan kali ini menyaksikan Arsenal menurunkan bekas pemain mereka yang juga berpengalaman bermain di Liga Itali bersama AC Milan, Flamini. Begitu juga dengan Tottenham yang menurunkan Lamela dari AS Roma. Ketika ulasan ini ditulis, Gareth Bale selamat diijabkabulkan untuk bersama Real Madrid dan itu menjawab persoalan ketiadaan beliau dalam perlawanan ini. Pengadil kali ini ialah Michael Oliver yang menonjol dengan pesen rambut petak serupa askar.

Bermula seawal wisel mula ditiup, Arsene Wenger telah merancang bersama anak buahnya untuk memainkan perasaan pemain Tottenham. Setiap hantaran dan cubaan yang dilakukan pemain Arsenal dilihat tidak mengenai sasaran. Ramsey pass dapat kat Soldado, Rosicky buat hantaran lintang dapat kat Paulinho, dan banyak lagi helah dibuat bagi memastikan pemain Tottenham mendapat keyakinan palsu. Gibbs terkernyih-kernyih menahan ketawa melihat betapa gembiranya pemain Tottenham mampu membuat interception ke atas hantaran palsu darinyanya.

Arsenal bukan sahaja membiarkan Tottenham mengawal permainan dan, membiarkan Tottenham mengasak sehingga ke kotak penalti , malah Arsenal tidak jujur ketika mempertahankan gawang dari dibolosi apabila mencabar dengan sambil lewa sahaja. Liar Arsenal, liar!

Atas sentimen kecintaan pada kapasiti perlawanan yang dianggap derby dan ditonton jutaan peminat, Arsenal tidak terus membiarkan Tottenham menurunkan tahap perlawanan itu ke tahap perlawanan Liga Super. Pada minit ke-20, Arsenal mula merencana gerakan mudah, ringkas, dan senang tetapi penuh dengan seni tiada tara. Giroud tanpa berlengah-lengah bersama dua lagi rakan sepasukan mengatur gerakan dengan bergerak ke kotak penalti bersama-sama.

Pap, pap, pap, GOLLLLL..!!! Ini gol pertama yang Tottenham bolos musim ini.
Giroud menjaringkan gol menewaskan Lloris yang terkontang kanting di penjuru gol mencari arah pada minit ke-22. Bola dari Rosicky kepada Theo Wallcott di sebelah kanan padang dihantar ke dalam kotak penalti dikuis Oliver Giroud dengan hujung tumit kiri. Pada hemat saya Giroud berbuat demikian bagi menunjukkan untuk menewaskan rakan senegaranya iaitu Lloris, tidaklah perlu menggunakan kemahiran secara total tetapi cukuplah dengan penuh kekok, susah payah, dan usaha yang tidak seberapa. 4 minit kemudian Walcott mendapat peluang kedua tetapi saya kira dia hanya mengacah. Bukankah bergurau itu satu kemesraan?
Sedar dari kealpaan, Tottenham mengatur gerakan untuk menyerang balas. Baki 23 minit perlawanan separuh masa pertama digunakan sehabis baik. Namun, peribahasa "ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya" terlintas di bahagian akademik otak saya apabila Tottenham mempersia-siakan semua peluang yang ada. Depan kotak pun tersasar jauh. Macam mana la sepak bola diorang ni. Hasilnya, mereka menamatkan separuh masa pertama dengan 2 cubaan dan 57% penguasaan bola sahaja tanpa jaringan balas.

Pada separuh masa kedua Andre Villa Boas tak sedar-sedar diri tetap berkeras dengan meneruskan strategi sama. Tidak mengapa, bagaimana lagi ayam mahu mencari makan kalau bukan dengan menguis. Cara sama jugaklah dia tahu. Serangan demi serangan, pertukaran demi pertukaran, dan hantaran demi hantaran dibuat namun masih gagal memecahkan benteng ampuh milik Arsenal. Jermaine Defoe masuk sebagai pemain gantian tidak berfungsi dan menerima satu kad kuning supaya kamera fokus kepadanya. Perlu maklum populariti sangat penting buat pemain antarabangsa England

Debaran sebenar hanyalah pada tempoh 10 minit terakhir, Tottenham mendapat peluang yang sangat banyak apabila setiap bola yang tertampan singgah di kaki pemain mereka di sekitar kotak penalti. Rembatan kencang, sepakan padu, dan tandukan membabi buta masih gagal menandingi benteng pertahan Arsenal yang kental di semua kedudukan terutama di bahagian yang dijaga Koscielny. Keadaan itu berterusan sebegitu sehinggalah ke wisel penamat.

Minit ke-95, ARSENAL MENANG NORTH LONDON DERBY!!
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN : 1-0
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...