Memaparkan catatan dengan label Bermain futsal suatu ibadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bermain futsal suatu ibadah. Papar semua catatan
38

FUTSAL SOKERNET 2011

UPDATE 23 Januari 2011




Maklumat lebih detail akan di update nanti. Sekarang cuma nak kasitau pasukan-pasukan yang berminat sudah boleh berkira-kira nak mula start jogging tepi pantai ala rocky.

TARIKH PERTANDINGAN: 5 Mac 2011
MASA: 830 pagi (pendaftaran) 9 pagi-3 petang
YURAN PERTANDINGAN: RM160 per team (8 orang satu team)
TEMPAT: AKAN DITENTUKAN (tapi yang pastinya di Kuala Lumpur bukan di Kuala Lipis)
MAKSIMUM PASUKAN: 16 sahaja (first pay first serve basis)

Untuk pertanyaan boleh tinggal di ruangan komen.
Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengemel: sokernetmail at gmail.com

Khabar Angin: Nazri dan Juliana Evans bercinta?

UPDATE 23 Jan 2011

Berikut adalah pasukan yang sudah mendaftar menerusi sokernetmail.

1. Keramat Power - SUDAH BAYAR
2. Chelsea (apa jadah nama team tak kreatif ni?) - SUDAH BAYAR
3. Batu Seremban
4. Kardio FC
5. Satu team dari Melaka yang tak letak nama team - SUDAH BAYAR
6. Matrade
7. Smecorp
8. MIDA
9.
11.
12.
13.
14.
15.
16.

Perlu diingatkan format masih first pay first serve basis, makanya mana yang belum bayar boleh saja dicantas oleh team yang sudah buat payment.

To Kardio dan penyokong-penyokongnya, anda sudah tentunya suka berhibur dan bergelak ketawa menghantar komen-komen yang biasa anda buat, tapi harap entri ini lebih menyentuh Q n A pasal Futsal.

Terima kasih

4

Futsal Sokernet


Gua marah betul dengan backdrop gambar ni...

Tak patut sangat ye tak?,

Kahkahkah!


Teka Bola malam ini:

Man City 3 - Chelsea 1
Arsenal 1 - WestBrom 1
Liverpool 0 - Sunderland 8
10

Malam Ni, Jangan Lupa

LuciusMaximus Jumaat, September 24, 2010 , , ,
Klinik Futsal Sokernet Bersama Pipiyapong

Tempat : De Stadium Futsal Subang (03-80249778 kalau sesat)
Alamat : Lot 862 Jalan Subang 8, USJ19 Taman Perindustrian Subang, Selandia Baru.
Tarikh : 24 September 2010 bersamaan 15 Syawal 1431H
Waktu : 9.30 malam hingga 12 tengah malam

p/s: Yang pasal Chelsea kalah tu, lepas futsal nanti kita cerita.
17

Klinik Futsal Sokernet Bersama Birthday Boy Pipiyapong


Ya, Klinik Futsal Sokernet datang lagi!

Melihat kepada kejayaan klinik futsal edisi pertama bersama Abang Lucius, Sokernet mengambil keputusan untuk sekali lagi menganjurkan klinik futsal edisi yang kedua pula.

Klinik Futsal Sokernet Bersama Pipiyapong

Tempat : De Stadium Futsal Subang (03-80249778 kalau sesat)
Alamat : Lot 862 Jalan Subang 8, USJ19 Taman Perindustrian Subang, Selandia Baru.
Tarikh : 24 September 2010 bersamaan 15 Syawal 1431H
Waktu : 9.30 malam hingga 12 tengah malam

Kepada semua pembaca Sokernet, khususnya pemuja Pipiyapong dan bolasepak ART, sila datang beramai-ramai untuk mengimarahkan majlis.

Antara pengisian program klinik futsal ini ialah:

1) Mendalami seni bolasepak ART mengikut falsafah Arsene Wenger, Thierry Henry dan pastinya Pipiyapong Abdillah Hamzah.

2) Meraikan ‘belated birthday’ Pipiyapong. Ya, Pipiyapong juga sambut birthday macam kita semua!

3) Merapatkan silaturahim antara pengulas dan pembaca Sokernet, antara Diego dan Nazri, Bungwahab dan Lucius, Kardio dan Fdausamad dan sebagainya.

4) Mengasah bakat-bakat terpendam. Kalau ada lah.

Aturcara majlis (tentatif):

9.00 – 9.30 : Ketibaan para peserta klinik futsal berserta WAGS masing-masing dan pendaftaran peserta

9.30 – 9.40 : Ucapan alu-aluan oleh Pipiyapong diikuti nyanyian Allah Selamatkan Kamu oleh para perserta khusus untuk Pipiyapong

9.40 – 9.50 : Taklimat keselamatan oleh Nazri dan sesi memanaskan badan dibawah kendalian Awi Rui

9.50 – 10.00 : Bacaan doa oleh jemputan khas Al-Fadhil Ustaz Fdausamad

10.00 – 12.00 : Sepak mula dan sepak bola

12.00 merangkak ke Subuh : Sesi post mortem dan minum-minum sambil mengupas dan mengkritik persembahan setiap peserta (moderator: Jorji)

Bagi mereka yang berminat bolehlah hadir. Peluang sebegini tak datang bergolek tiap-tiap hari. Banyak ilmu yang nak diturunkan oleh Pipiyapong nanti. Kalau terlepas yang ini terpaksalah tunggu sampai Prof Arsene Wenger turun Malaysia nanti. Tapi kalau ikut gaya Arsenal sekarang yang tak menang apa trofi pun, memang lambat lagilah.

Seperkara lagi, jangan letak harapan terlalu tinggu untuk dengar Pipiyapong bersuara. Orang ART ni banyak diam. Kita harap diam-diam ubi lah, bukan besi.



Para graduan Klinik Futsal Sokernet edisi pertama dulu. Dengar cerita 90% dari graduan dah disambar oleh Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Kelantan Red Warriors
25

Review Ikhlas - Sokernet Futsal edisi celebriti

Abdul Sokernet Sabtu, Julai 24, 2010

Line up para Pemutsal

Seperti yang umum tahu, malam tadi telah berlangsungnya sesi Sokernet Futsal edisi celebriti atau dalam nama saintifiknya dikenali sebagai Klinik Futsal bersama Abang Lucius. Maka dalam entry kali ini gua akan mengulas event berkenaan serba sedikit melalui perspektif neutral, adil, jujur dan tidak berpaksi pada mana mana regim atau sentimen.

Tempat: The Club, Damansara
100% milik Kapitalis totok yang kejam, non-sensible dan tidak berperikemanusian. Siapa yang pilih tempat ni?, Bola pun kena bawak sendiri!. 87 dari 56 pemain yang hadir menikmati takdir kesesatan di persimpangan The Club dan terpaksa membuang masa, minyak kereta dan tenaga sebelum sesat sekali lagi di kawasan parking tempat yang sama.

Kedatangan: termasuk WAGS..ada la dalam puluh puluh.
Main sepatutnya mula pukul 9, tapi pemain semuanya tak berdisiplin, masing masing sampai pukul 9.40 malam. Tapi bab ni gua tak berkira sangat sebab ramai yang sesat.

Pasukan Sokernet:
Diketuai oleh Lucius yang berumur 36 tahun, Jorji juga 36 tahun, Pipiyapong 33 tahun, Rochaang Noor 33 tahun, Awi rui 33 tahun dan Luca 32 tahun. Nazri 32 tahun, tak dapat hadir sebab ada bisnes trip di oversea. Obefiend 34 tahun, juga tak dapat datang sebab dah beli tiket tengok Inception untuk assignement Inception versi bola macam entri kat bawah.

Pasukan Lawan:
Adik adik Sokernet yang umur mereka paling tua sekali 25 tahun, dan paling muda sekali 20 tahun. Frank, Deus, mofasad, Schomey, siggplus, fa rid, frwls...hah yang lain ramai sangat tak larat nak petik nama.

Pemain paling mencuri tumpuan:
Lucius Maximus a.k.a Libero (C), atas arahan beliau, Sokernet bermain flat midfield dengan satu penyerang.

Kesimpulannya, Klinik Futsal Bersama Abang Lucius sangat memuaskan. Sokernet harap anak anak muda yang hadir dapat mempraktikkan ilmu yang di curahkan oleh Abang Lucius semasa sesi Klinik semalam. Kalau ada yang kurang faham, terutamya dari aspek taktikal dan strategi, boleh emel sahaja kepada beliau. InsyaAllah, masalah lu orang akan selesai.

Ok, rasanya sampai di sini sahaja review gua,

Apa macam?, Ada yang tak puas hati?, Nak tambah rencah?, di bawah ni ada tempat komen..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...