Memaparkan catatan dengan label EPL Masters 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EPL Masters 2011. Papar semua catatan
22

EPL Masters 2011 ; Lebih Lagenda dari Merong Mahawangsa

Jorji Isnin, Mac 14, 2011 ,

Aku belum tengok Merong Mahawangsa sebenarnya tetapi jika aku diberi tiket percuma pun aku pilih untuk tonton filem buatan orang putih. Tidak berniat untuk menidakkan kebolehan penggiat filem tempatan tetapi memang penggiat filem tempatan yang tidak punya kebolehan serba boleh. Tambahan pula, selera seni aku memang luarbiasa tinggi rendahnya.

Aku masih percaya kepada formula filem David Teoh, Mamat Khalid dan penggiat filem indie.

Berbeza dengan bolasepak, aku suka aksi perlawanan luar tetapi jika dihidangkan bolasepak tempatan, aku juga akan teruja, emo, butthurt dan sebagainya, walau aksi kedua benua ini jauh berbeza. Pemain kita tetap punyai kualiti dan kesungguhan. Semangat mereka kuat dan mereka tidak gentar. Musuhnya habis binasa la!

Tetapi bolasepak dan filem adalah dua seni berbeza, jadi... kita bersiaran seperti biasa!

EPL Masters 2011 semalam menyaksikan kembali lagenda pemain Malaysia, Manchester United, Liverpool dan EPL All Star. Walau tetah berumur dan bersara dari bolasepak kompetitif tetapi mereka masih ligat dan paling penting, masih punya semangat juang yang tinggi.

Suasana di Bukit Jalil meriah! Karnival dan pameran diluar stadium dan aksi Ultras sudah cukup untuk menaikkan mood bolasepak sebenar. The Kop menguasai hampair 60% ruang stadium dan mereka menyanyi beramai-ramai bagaikan di Anfield. Memang kelas! Di satu penjuru pula Ultras Malaya menunjukkan yang mereka tak reti penat! Makan apa bebudak ni? Memang noise!

Perlawanan pula berlangsung agak sengit. Penonton dapat menyaksikan gaya permainan mereka saling tak tumpah seperti corak mereka bermain di EPL. Kesabaran mereka menguasai bola sebelum membuat percubaan, counter attack dan aksi merebut bola secara fizikal yang agak keras. Senario sama ditunjukkan oleh pemain Malaysia. Abang Zainal kita asal kene usik terus tergolek! Memang 80an! Penonton menjerit dan terhibur aksi dive yang kalau Drogba tengok, mesti terus insaf! Inilah Master of Dive yang sebenar!

Pemain Malaysia memang 'gentar tiada'. Walau halus seperti Shahrin Majid dan Nizam Adzha tapi mereka bersaing merebut bola dengan berani. Terdapat beberapa insiden kekasaran dilakukan oleh pemain Liverpool terhadap pemain Malaysia ketika merebut bola. Ah! Liverpool, begtu bersungguh-sungguh hendak menang nampaknya? Takkan sama pemain Malaysia pun nak patahkan kaki? Tak gentle langsung!

Liverpool kalah kepada All Star tetapi menang 4-3 keatas Manchester United Master, walau sebenarnya keputusan sepatutnya 4-4 tetapi pemain Manchester United dipersalahkan kerana dituduh menggunakan tangan. Takpa, atas semangat "Tak menang piala pun takpa asal menang lawan Manchester United' diguna pakai, maka Manchester United bagilah mereka menang! Apa ada hal?

Manchester United pula bermain bagaikan Manchester United la. Andy Cole mendapat Player of the Tournament Award. Ronny Johnsen masih hebat, Captain Marvel masih seorang pengemudi pasukan yang baik. Mereka menewaskan EPL All Star 4-1 sebelum kalah di final 2-3 kepada All Star semula.

Menang senyum dan juara depan kamera

Liverpool? tempat ke 3. Malaysia tempat ke 4. Nasib baik ada Malaysia, kalau tak, Liverpool mesti corot! Terbukti pemain Liverpool dari muda sampai ke tua tak menang piala! Muda pun main untuk kalah takkan dah tua nak menang pulak? Berger, Fowler, Macca semua masih muda dan cergas cuma kemudaan dan kecergasan bukanlah satu tiket untuk jadi juara. Tak caya, tanya Arsenal.

Malaysia tetap dihati oleh semua peminat bolasepak yang hadir semalam. Kembali dapat melihat hero lama beraksi rasanya lebih sentimental dari aksi err.. Fowler! Aksi Zainal, Nizam Adzha, Ahmad Sharul Azhar, Mazlan Wahid dan Annuar Abu Bakar lebih dekat dihati. Ultras Malaya menyanyikan lagu dan disambut oleh penonton lain sudah cukup memuaskan hati aku. Mereka hebat! Mereka memberi tentangan dan berjaya menjaringkan gol ketika menentang LIVERPOOL dan EPL All Star. Malaysia ni sebenarnya sama taraf dengan Liverpool.

Kesimpulan / Aksi.

1. Gandingan EPL All Star memang hebat! Faustino Asprilla menjadi penjaring terbanyak. Aksi mereka paling terbaik justeru layak menjadi juara.

2. Manchester United adalah lagenda yang tak perlu diulas lagi. Naib Juara.

3. Liverpool. Terbukti mereka sudah mencuba sedaya upaya, baik dahulu, sekarang, pasukan lama atau baru, mereka tetap The Biggest L O S E R! Sementara supporter mereka memang hebat. Satu kombinasi sia-sia disitu.

4. Malaysia Tanah Air ku.

5. Adegan penari masa rehat sangat tak patut, buang masa dan 'cheap'!

6. Keputusan peraduan tiket free EPL Master telah dimenangi oleh 2 pembaca dan mereka adalah supporter Liverpool yang tak True sebab tak datang! Anda tahu siapa diri anda.

7. Aksi sekumpulan penyokong Manchester United chanting 'loser!'loser! kepada The Kop dan menyanyikan lagu 'Pulang marilah pulang (Geylang sipaku Geylang)' apabila Liverpool kandas awal memang meriah dan cari pasal!

7. Ketika Liverpool lawan EPL All Star, seorang penyokong meniup wisel penamat dan game terus berhenti. Semua pemain termasuk pengadil terpinga-pinga atas padang. Memang lawak master!

P/S :

Harap edisi akan datang penganjur sila bawa Arsenal Masters la pulak. Tertanya-tanya Pipiyapong, mana Arsenal Masters? Terus dia lepak dengan fanatik The Kop!

Terima kasih FootballfocusAsia, Zin Shahar, Van Kordi, fanatik The Kop yang membantu SOKERNET mendapatkan tiket percuma. Juga Zan sebab tukarkan pass aku dengan cepat!


Jumpa lagi di EPL Master yang akan datang!
17

EPL Master 2011; Master and Servant

Jorji Jumaat, Mac 11, 2011 , ,


Bekas pemain Liverpool yang akan bermain :- McManaman, Wright, Thomas, Fowler, Rob jones, Babb

Ahad ini mari kita ramai-ramai ke Bukit Jalil untuk menyaksikan Karnival EPL Master 2011 yang akan berlangsung dari jam 12.00 tengahari hingga lewat petang. Perlawanan dijangka bermula jam 4.30 petang dan kepada semua pemenang tiket EPL Master 2011 di kejohanan Mizi Sports Sokernet Futsal yang lalu, anda dinasihatkan untuk memasuki stadium lebih awal untuk mengelakkan kesesakan dipintu masuk.

Siapa pemain yang akan kita jumpa nanti?

Lagenda Manchester United akan bertemu 'bekas pemain' Liverpool FC (jika tidak pernah menang sebarang piala, tak layak dipanggil lagenda) Juga beberapa lagenda EPL seperti Zola dan David Seaman akan bermain untuk EPL All Star sementara lagenda bolasepak tanahair juga akan bermain seperti Zainal Abidin Hassan dan Khan Hung Meng. S
iapa tak datang, dia tak true Liverpool supporter!

Sokernet difahamkan bahawa bintang-bintang lagenda ini serta bekas pemain Liverpool akan berada disekitar kawasan karnival dan stadium, jadi anda dinasihatkan untuk datang awal dan bawa kamera!

Sokernet juga difahamkan yang kemungkinan pemain pertahanan lagenda, Jaap Stam mungkin tidak akan bermain kerana terdapat kesilapan teknikal. Tidak berpuashati, Sokernet terus menghubungi Stam tetapi sehingga kini Stam masih belum menjawap email kami. Desas desus kencang mengatakan bahawa beberapa bekas pemain Liverpool tidak mahu bermain jika Jaap Stam ada. Benarkah? Takkan sampai ke tua masih takut dengan Stam? kui3.

Sokernet berharap Jaap Stam akan membalas email kami.

Sementara itu, oleh kerana terdapat lebihan tiket, Sokernet ingin memberi peluang kepada 3 pembaca untuk memenangi 6 tiket percuma ke EPL Master 2011 ini.

Syaratnya mudah;

1. Terbuka kepada semua penyokong Liverpool FC yang TRUE SAHAJA. Tak true tak boleh join.
2. Berminat sila email ke sokernetmail@gmail.com dan nyatakan dalam email tersebut;-

"Saya adalah penyokong tegar Liverpool FC dan ingin melihat Fowler beraksi di EPL Master kerana.....?

3. Penyertaan ditutup sebelum jam 12 tengah malam esok.
4. Sila nyatakan nama, no. telefon dan cara tiket ini anda mahu terima
5. Penyertaan terbaik akan memenangi 2 tiket.
6. Tak pernah lihat Fowler beraksi sekitar tahun 90an,
7. Jika ada pemenang, mereka akan dihubungi melalui emel atau talipon. Tapi jika tiada pemenang, anggaplah anda semua adalah penyokong Liverpool yang tak true sebenarnya.
dan syarat terakhir;
8. Tahan bergurau cara Sokernet.

Oklah..selamat mencuba!

Kredit kepada FootballFocusAsia kerana berjaya menganjurkan EPL Master 2011 untuk edisi ke 3 ini.


32

EPL Masters 2011

Jorji Khamis, Februari 24, 2011 , ,

EPL Masters kembali lagi!

Kepada yang tak tahu apa itu EPL Masters, sah korang ni penyokong Chelsea! takda 'history' yang boleh diceritakan dan takda 'legends' yang boleh dibanggakan.

EPL Masters 6-a-side ini akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 13hb Mac 2011. Ianya adalah satu karnival bolasepak. Macam-macam aktiviti ada dan bermula seawal jam 12 tengahari. Jadi stamina kene kuat untuk bertahan sampai petang.

Pasukan yang terlibat adalah Manchester United Masters, Liverpool Sisters, EPL All Stars Masters dan Malaysian Masters (hell yeah!) Mereka akan berentap untuk menentukan kejuaraan EPL Masters edisi kali ke 3 ini.

Untuk rekod, Manchester United Masters adalah juara bertahan (juara edisi lepas). Hmmm...makan apa pemain Manchester United ni? Tua muda tak boleh dikalahkan.

53 gol musim 98-99. United Treble!

Siapa pemain lagenda Manchester United yang akan turun? Aku berkesempatan menghadiri press conference EPL Master 2011 ini di DoubleTree Hilton minggu lepas atas undangan Footballfocus.com dan secara rahsia Captain Marvel Bryan Robson menghulurkan kepada aku antara senarai barisan kemungkinan yang akan beraksi untuk Manchester United nanti;

Dwight Yorke, Andy Cole, Jaap Stam, Ronnie Jonhsen dan Jesper Blomqvist

Pergh! Jaap Stam bergabung dengan Ronny Johnsen di pertahanan, Blomqvist kiri dan double lethal striker Yorke dan Cole? SAH JUARA!!

Line up ni masa zaman kegemilangannya, Manchester United tiap tahun ambik Cup. Fikir balik... Manchester United memang tiap tahun pun ambik cup kan?

Siapa lahir lambat dan tak tengok aksi ini boleh datang EPL Masters

Malaysian Masters diwakili oleh Mazlan Wahid, Yap Kam Choon, K. Gunalan, Ahmad Shahrul Azhar, Shahrin Majid, Azrin Shah Zainal, See Kin Seng, P. Somasundram, Anuar Abu Bakar, Ghani Malek, Khan Hung Meng dan Zainal Abidin Hassan.

Ultra Malaya turun tak? Baik korang turun la. Majoriti Ultras sekarang ini tak berkesempatan melihat Khan Hung Meng melarikan bola dulu-dulu. Selisih dengan Yap Kam Choon pun belum tentu korang kenal, Yob yang tak kenal Ahmad Shahrul boleh lihat ketenangan beliau mengawal permainan.

Ater? nganga sakan Yob? Ajernye iye.

Sementara EPL All Stars pula dibarisi oleh Gianfranco Zola, Paolo Di Canio, David Seaman, Mendieta dan Faustino Asprilla. Jadi geng Chelsea pun boleh la datang melihat bekas bintang mereka yang sebenarnya dah legends di Itali.

Siapa Liverpool Sisters? Fowler, Rush, Mcmanaman, Berger dan Rafa Benitez..hehehe.

Kalau benar Liverpool itu sandarkan pada kenangan dan kalau korang rasa Fowler lebih baik dari mana-mana pemain Liverpool sekarang ini, baik korang turun Bukit Jalil nanti. Sekurang-kurangnya hati korang tak la sakit sangat melihat mereka bermain.

Mungkin EPL Masters inilah satu-satunya peluang untuk Liverpool angkat piala.

Get past him if you fucking can
Try a little trick and he'll make you look a dick
Yip Yap Jaap Stam

--------------------------------------------------------------------------

Tickets for the matches are available at RM33 and can be purchased via Fatdeal's Online Ticketing at www.fatdeal.com.my and football fans are advised to visit www.footballfocusasia.com or contact Sabrina at Football Focus at 03-79549094 or e-mail sabrina@footballfocusasia.com.

p/s : Senarai terakhir pemain masih belum pasti sepenuhnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...