Liga bola sepak utama Eropah kembali menghantui peminat sekalian. EPL, La Liga, Serie A mahupun Bundesliga, kini sudah memulakan sepak mula. Sudah pasti liga-liga ini jauh lebih menarik daripada Liga Super dan Liga Perdana anjuran FAM, yang “entahpape” mutu permainannya. Liga Bangladesh pun lagi seronok di tonton rasanya. Semoga orang-orang yang berada di kerusi empuk FAM, tersedar daripada “koma” yang dah berapa lama. Tapi, semua tahu. Ianya merupakan angan-angan kosong seperti angan-angan England menjulang Piala Dunia.

(Editor: Sandarkan Pada Kenangan. 1966 World Cup)
Ok, bukan nak bercerita tentang “rompakan” FAM terhadap khazanah bola sepak Negara tetapi nak bercerita tentang Serie A Itali sebenarnya. Ya. Mungkin ramai yang berasa bosan dengan Serie A kerana kebanyakan corak permainan pasukan yang bermain dalam Serie A adalah defensive dan membosankan. Tak seperti La Liga, EPL apatah lagi Bundesliga yang pantas. Malahan sekarang ini Serie A berada di kedudukan keempat dalam rangking liga terbaik Eropah selepas EPL, La liga dan Bundesliga.Tetapi, percayalah Serie A mempunyai dramanya tersendiri. Dan Serie A season 2010/2011 semakin menjadi menarik dan terdapat kemungkinan berlakunya pemecahan dominasi pada musim ini.
Serba ringkas tentang Serie A, ianya telah bermula sejak tahun 1929. Sebelum itu, dari tahun 1898 sehingga 1922, kejohanan dimainkan mengikut wilayah-wilayah di Itali. Juventus merupakan pasukan paling berjaya dalam sejarah serie A dengan 27 gelaran Scudetto, Inter dengan 18 gelaran dan Milan 17 gelaran.
(Editor: Boleh bikin Wallpaper ye? Klik untuk imej besar punya)
Antara ciri-ciri menarik Serie A, juara Scudetto akan diberi penghormatan untuk memakai lambang bintang pada jersi mereka musim berikutnya sebagai juara Itali. Stella d’Oro al Merito Sportivo" merupakan antara penghormatan tertinggi dalam bola sepak Itali. Pasukan yang telah memenangi 10 gelaran serie A akan dikurniakan satu bintang pada jersi mereka dan bertambah satu bintang lagi untuk 10 gelaran serie A yang seterusnya. Setakat ini, hanya Juventus( 2 bintang), Inter (I bintang) dan Milan( 1 bintang) yang berjaya memperoleh penghormatan itu.
Sebab apa Serie A pada musim ini semakin menjadi lebih menyengat? Tidak dapat tidak, disebabkan perubahan jurulatih kebanyakan pasukan utama. Rafa Benitez untuk Inter, Massimialano Allegri untuk Milan dan Luigi Di Neri untuk Juventus. Ketiga-tiga kuasa utama Serie A memperkenalkan jurulatih baru.
(Editor: ... )
Inter Milan mungkin paling terjejas kerana The Special One, Jose Mourinho telah meninggalkan mereka untuk Real Madrid. Dan tempatnya diganti oleh Rafa Benitez, lelaki Sepanyol yang telah membawa kepada malapetaka kepada pasukan “sandarkan pada kenangan” musim lepas. Mungkinkah tsunami akan berlaku sekali lagi di San Siro? Nantikan pada Mei 2011 atau lebih awal, sama ada lelaki reject Sepanyol ini, terus berdiri mencium trofi atau sekali lagi ditendang mencium padang.
Mengapakah Serie A musim ini menjadi lebih menarik? Tengok sahajalah transfer window di Serie A. Dua pemain bernama besar, Zlatan Ibrahimovic dan Robinho menyertai Rossoneri (The Red and Blacks). Sememangnya tonik terbaik bagi Milan dalam merampas kembali Scudetto daripada musuh sebandar Inter. Dengan penambahan Ibracadabra dan Robinho, kuartet serangan Milan yang sudah diisi oleh Ronaldinho dan Alexandre Pato, semestinya akan menjadi ancaman kepada mana-mana pasukan di Itali.
(Editor: Robinho. Harap mung dapat main unlike while you were in Citteh)
(Editor: Baby jaga diri baik baik, nanti balik Liverpool jadi star okay?)
Musim ini, adakah Inter berjaya mempertahankan gelaran mereka? Milan mampu merampas kembali Scudetto? Juventus berjaya bangkit daripada tsunami musim lepas? Adakah Roma berjaya mencelah dan menjulang kejuaraan Scudetto buat kali ke-4 dalam sejarah? Ibracadabra dan Robinho mampu menyerlah? Atau Milito dan Sneijder sekali lagi yang mencuri tumpuan? Siapakah pengurus yang akan di tunjukkan jalan keluar musim ini? Benitez? Allegri? Di Neri? Tak lupa juga siapakah yang akan tersingkir ke Serie B?
Drama Serie A baru sahaja bermula.
LANGGANI RSS KAMI



