Jika kita imbas kembali, pemergian Mesut Özil ke Real Madrid menimbulkan suasana panas kat Sokernet. Bintang yang menyinar di Piala Dunia baru-baru ini dikatakan membuat pilihan salah dengan menyertai Los Galácticos sekaligus mensia-siakan peluang untuk menjadi lagenda kelab terbaik sepanjang sejarah EPL iaitu Manchester United. Biarpun dipujuk oleh Lisa Surihani, remaja yang berkongsi tarikh lahir dengan David Trézéguet dan Andy Cole ini tetap membulatkan tekad untuk menyarung jersi serba putih Los Blancos dan menolak untuk berpindah ke Theater of Dreams.

Namun, kita tinggalkan sejenak pergaduhan kecil antara Özil dan Lisa. Bak kata pepatah,

(Editor: Tengok tang bibir senyum, hidung, sama kan? Sah ada jodoh)
Namun, kita tinggalkan sejenak pergaduhan kecil antara Özil dan Lisa. Bak kata pepatah,
“Carik-carik jaring Blackburn, half-time nanti dijahit juga”.
Setelah tinjauan dibuat, ruangan komen Sokernet dipenuhi dengan feedback yang agak mengutuk Liga Sepanyol:
mr dimaz berkata...la liga borink nk mampus x de saingan cam epl,,lg2 real barca club len tercungap2 nk lps top2..x mcm epl skrg ni da byk club bg saingan..tg shaaban berkata...bagi aku ada 2 team je dlm la liga
= RM + barcelona
lelain mencukupkan kuorom je
Jadi, pada minggu ini MAYBeT akan membuat liputan ringkas tentang liga Eropah yang dikatakan takde saingan menurut mr dimaz dan mencukupkan quorum menurut tg shaaban.Kajiselidik MAYBeT telah membuktikan bahwa La Liga bukanlah seteruk yang disangkakan. Walaupun didominasi oleh Marca (tribute to abg jarr) dan Barca, setidaknya liga ini masih menampilkan beberapa juara lain yang mencuri 28 kejuaraan dari 79 musim pertandingan. Atletico, Bilbao, Valencia, Sociedad, Deportivo, Sevilla dan Betis pernah memberi saingan kepada duo el Clásico – Madrid dan Barcelona.
Real Madrid CF | 31 |
FC Barcelona | 20 |
Club Atlético de Madrid | 9 |
Athletic Bilbao | 8 |
Valencia CF | 6 |
Real Sociedad de Fútbol | 2 |
Real Club Deportivo de La Coruña Real Betis Balompié Sevilla FC | 1 |
Jika kita meninjau ke Turki, Super Lig adalah liga yang lebih hambar daripada La Liga. Apa tidaknya, dalam 52 musim liga ini berjalan, Galatasaray dan Fenerbahce masing-masing mengumpulkan 17 kejuaraan di ikuti Besiktas, 11 dan Trabzonspor, 6. Sebelum musim 2009/10 melabuhkan tirainya, liga yang dikategorikan antara liga termuda Eropah ini adalah liga paling membosankan kerana hanya menampilkan 4 juara. Namun, kemenangan Bursaspor pada musim lalu membuatkan liga ini lebih menghiburkan, secara automatik membawa mereka ke kejohanan yang pernah 5 kali dimenangi oleh sebuah kelab England - salah satu daripadanya dicatat cuma 2 marhalah dari pusat kota Bursa. Namun sayang, kejohanan itu tidak dirasai lagi oleh kelab tersebut dalam 2 tahun terakhir ini.
* (nota: jarak Bursa ke Istanbul ialah 92 kilometer)
Galatasaray Fenerbahçe | 17 |
Besiktas | 11 |
Trabzonspor | 6 |
Bursaspor | 1 |
Satu lagi liga yang dikatakan tidak ada ghairah yang seimbang adalah Liga Sagres. Kerana terlalu sering memenangi Liga Portugal, threesome Benfica, Porto dan Sporting Lisbon digelar Os Tres Grandes. Sejak liga ini berjalan dari tahun 1934, hanya dua kelab sahaja yang berjaya mencelah untuk memenanginya iaitu Belenenses (1946) dan Boavista (2001). Selebihnya, 74 kejuaraan didominasi oleh trio tersebut dengan pembahagian 32, 24 dan 18 masing-masing.
Benfica | 32 |
FC Porto | 24 |
Sporting Lisbon | 18 |
Belenenses Boavista | 1 |
Jika kita melihat apa yang terjadi di era baru English Premier League….. (bersambung) …..MAYBeT akan kembali lagi

LANGGANI RSS KAMI