Memaparkan catatan dengan label bolasepak amerika. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bolasepak amerika. Papar semua catatan
13

Amerika Kalah Tapi Hope Solo Memenangi Hatiku (10 Gambar)

Obefiend Weiland Isnin, Julai 18, 2011 ,

Piala Dunia Wanita Berakhir

Pagi tadi pasukan bolasepak wanita USA kecundang kepada Jepun dalam perlawanan akhir Piala Dunia Wanita. Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa tambahan, Jepun akhirnya berjaya mengalahkan pasukan favourite USA buat pertama kali dalam 25 kali percubaan. Aku layan game ini dikedai mamak pagi tadi. Walaupun ianya bolasepak wanita aku rasa game pagi tadi adalah exciting. Exciting kerana USA banyak kali kena tiang dan mensia-siakan peluang yang diberikan. Wambach dan Alex Morgan kerap membuatkan barisan pertahanan Jepun goyah. Walaubagaimanapun Jepun bertahan, Banzai sehingga akhir sungguhpun bermain dengan 10 orang pemain sahaja diakhir-akhir perlawanan.

Walaupun USA kalah aku rasa ada seorang pemainnya yang memenangi hati aku. Hope Solo, penjaga gawang berambut perang kini brunette secara tiba-tiba sememangnya hot. Holy shit. Takpelah Hope cuba lagi ok.



4

Don't Tread On Me

LuciusMaximus Ahad, Jun 27, 2010

Berapa kali sudah aku tulis dalam Sokernet tentang bolasepak di Amerika Syarikat (yang mereka panggil soker macam sokernet!) dan Major League Soccer mereka.

Amerika Syarikat bagi aku ialah sleeping giant bolasepak. Mereka ada potensi untuk muncul juara Piala Dunia, bukan tahun ini tapi paling tidak dalam tempoh 50 tahun akan datang.

Tak percaya? Tunggu dan lihat, tu pun kalau kita masih bernafas lagilah.

Lebih 80% yang bermain untuk skuad The Yanks atau Cardiac Kids (nama baru mereka) adalah pemain liga-liga utama Eropah. Lebih 50% dari yang bermain di Eropah ini adalah hasil produk Major League Soccer sedangkan 16 tahun dulu masa Piala Dunia 1994, berapa kerat je yang main di Eropah, itu pun untuk kelab macam Luton Town dan Saarbrucken.

Major League Soccer yang bermula hanya pada tahun 1996 adalah rahsia kejayaan bolasepak Uncle Sam hari ini.

Harap Sultan Bola ambil iktibar.

Aku predict Cardiac Kids 2 - Black Stars 0.

Jom bola!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...